Sunday, 31 May 2015

[Video] Rakyat: Ntah mati ka idup? Oh Kerajaan!: BN Dulu dan BN sekarang...'Orang Tengah' pulak songlap duit sambut Najib di Perlis

Ahad, 31 Mei 2015



Dengar cerita tak mati



Dulu dan sekarang!!
 


Biar BUMI Perlis tu puak BN jer.. yang lain2 dah cerdik, dah sadar diri.. tukar gomen baru.

Apa ada hal ya tak?


WOWW !!! Benarkah sokongan ikhlas tu ???

“Hari ni PM Tok Jib mai Perlis. Ramai kata yang pi diberi RM40. Tak pasti sama ada sebenaqnya RM50 tapi RM10 dah kena sapu. Orang UMNO sendiri mengaku memang bagi duit suruh pi!”

Siapa tak kenal budaya UMNO & DUIT !!!
UMNO & DUIT Berpisah Tiada...


Orang Tengah Songlap Duit Sambut Najib Di Perlis


PETALING JAYA: Ahli UMNO Perlis dikatakan dibayar RM50 seorang untuk menyambut ketibaan Presiden Parti, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor ke negeri itu.

Ia tersebar selepas timbul rasa tidak puas, di mana mereka yang hadir telah dibayar RM40, kurang RM10 daripada yang sepatutnya.

Berdasarkan mesej perbualan yang dihantar melalui Whatsapp, ia mendakwa duit yang sepatutnya diberikan kepada mereka telah disapu orang tengah.

“Hari ni PM Tok Jib mai Perlis. Ramai kata yang pi diberi RM40. Tak pasti sama ada sebenaqnya RM50 tapi RM10 dah kena sapu. Orang UMNO sendiri mengaku memang bagi duit suruh pi!”, antara status yang dibincangkan.

Ia kemudian mengundang reaksi mereka yang lain yang mengesahkan wujudnya pemberian wang kepada mereka yang hadir sambut Perdana Menteri.

“ Tak taboq fitnah aih…sungguh…hari ni pakat tingai kerja sari…kerajaan perihatin…bagi duit penat lelah..apa salahnya”, kata Azam Rashid

Bagaimanapun, dia menjelaskan ramai yang hadir tidak mengambil wang.

Dipetik Dari SINI
BLM.
Read More

Cuba teka ini di negara mana? Bolehkah ‘Negara Berpendapatan Tinggi’, pendapatan rakyatnya rendah?

Ahad, 31 Mei 2015
28 May · 
 

Cuba teka ini di negara mana?

Bolehkah ‘Negara Berpendapatan Tinggi’, pendapatan rakyatnya rendah? (Yang pasti, ‘defisit’ paling sukar di atasi adalah “defisit keyakinan” terhadap PM @NajibRazak)

MAY 31, 2015
Rancangan Malaysia Ke-11 baru dibentang. Penulis bersedia mengakui memang nampak hebat. Namun setelah meneliti tidak banyak yang berbeza. Bahkan laras bahasa dan terminologinya pun tidak banyak yang baru, semacam tepu.
Tetapi yang pasti angka-angka sasaran sangat agresif dan terlalu optimis atau ‘bullish’.
Betul, ini pacuan lapse terakhir untuk menerjah tahun keramat 2020. Namun biar munasabah. Penulis seperti biasa akan menulis secara selektif untuk diketengahkan beberapa isu. Ruang terhad.
Sedikit ingatan, Bank Dunia mengiktiraf Malaysia antara negara terkaya di segi sumber per kapita rakyatnya. Memang patut kita hebat.  Cuba kita perhatikan dahulu pencapaian RMK-10.
Sayugia diketahui, ahli-ahli ekonomi berpandangan sejarah pembangunan Malaysia diakui sebagai satu yag berciri ‘relative underperformance’ atau ‘prestasi rendah secara relatif atau perbandingan’. Ya, kita mendahului jiran atau ‘peers’ seperti Indonesia, Thailand atau Filipina. Sebaliknya, kita tidak mampu bermegah kalau dibanding dengan Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong dan Singapura. Mengapa?
Contohnya, pada tahun 1970 rakyat Korea Selatan punyai “Pendapatan Negara Kasar atau PNK per kapiat (GNI per capita) sebanyak US$270, ketika rakyat kita adalah sebanyak US$470 (mengikut data World Bank Atlas Method). Pada tahun 1980, mereka sudah menghampiri US$1,810 berbanding kita US$1,820.
Tiga dekad kemudian, pada 2011, Korea Selatan terus memecut PNK per kapita rakyatnya cecah US$20,870 sementara Malaysia terus terhambat dalam penomena “Perangkap Pendapatan Sederhana” (Middle Income Trap) dengan hanya mampu mencapai US$8,420 hampir sepertiga mereka.
Nah, mengapa berlaku gejala “perangkap pendapatan sederhana”? Saya juga enggan untuk menggunakan istilah “Negara Maju”. Kedua-dua isu ‘perangkap sederhana dan negara maju berhajatkan wacana yang lain.
Untuk ingatan semua, kita juga adalah sebuah negara yang amat mewah dengan perancangan dan dasar. Ini tidak perlu saya ulangi. Tulisan ini hanya menumpu tentang ‘negara berpendapatan tinggi’.

Barcelona
28 May · 

Cuti sekolah ni x nk balik kampong ka ???
Read More

'Nyawa-nyawa Ikan' Saham FGV Terkini Merudum. Rugi dan Jatuh Lagi.

Ahad, 31 Mei 2015

Saham FGV Terkini Merudum. Rugi dan Jatuh Lagi. Saham FGV Tahun 2012 RM5.30. Sekarang RM1.92 Sahaja (Susut RM3.38)!

    { 110 comments}
Saham FGV Terkini Merudum. Rugi dan Jatuh Lagi. Saham FGV Tahun 2012 RM5.30. Sekarang RM1.92 Sahaja (Susut RM3.38)! : Sudah jatuh ditimpa tangga. Sebelum penyenaraian, inilah saham yang terbaik, inilah peluang untuk keluarga besar FELDA Malaysia menumai hasil berlipat kali ganda di atas kecerdikan mereka mahu senaraikan di Bursa Malaysia. Kata merekalah.
Saham syarikat GLC daripada dahulu lagi acapkali tidak menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Beberapa sempat membuat semakan dan perbandingan seperti di bawah ini :
Saham FGV
  • Ini perbandingan Sime, KLK dan Genting Plantation
  • Pada tahun 1998 Sime RM3.50, KLK pun RM3.50, Genting Plantation RM0.80
  • Sekarang Sime RM8.50 tetapi KLK RM21.00, Genting Plantation RM9.90
  • Itu belum dikira lagi dividen yang lebih daripada KLK & Genting Plantation
  • belum kira lagi Sime sudah gabungkan Gutherie & Golden Hope!
  • Ini pula perbandingan TM dengan Digi
  • Sekarang TM RM7.30, Digi RM5.7 x 10 split = RM57
  • Belum ditambah dengan dividen yang lebih daripada Digi
  • Nah ini pula saham FGV pada tahun 2012, harga saham FGV RM5.30, hari ini RM1.92 sahaja! Susut RM3.30!
  • Felda — > Neverending susut!
Selepas penyenaraian saham FGV sudah kelihatan hilang arah dan sudah mula nampak trend penurunan saham FGV ini. Ditambah pula sekarang ini ikut trend DOW JONES.
  • Dow Jones hari ini jatuh 195 sejumlah 200 points
  • Hang Seng jatuh 190 point.
  • STI (Straits Times-Singapore) jatuh 43 points.
  • Indeks BSKL juga jatuh hampir 13 points.
  • Saham perkhidmatan seperti TM, AXIATA, MAXIS & DIGI yang bertahan, sejak 2 minggu ni, semuanya jatuh meluruh….

Saham FGV Terkini Merudum. Rugi dan Jatuh Lagi

Saham FGV? Jikalau dahulu sudah menunjukkan trend menurun sekarang ini saham FGV terus diperhatikan terus menjunam ke bawah….
  • Kalau banding CIMB dgn Public Bank, return Public Bank pun lebih tinggi tinggi daripada CIMB
  • Kalau banding UEMland dengan Sunway, return Sunway pun lebih tinggi daripada UEM
  • Kalau banding Perwaja dengan CscSteel, return CscSteel pun lebih tinggi daripada Perwaja
  • Kalau banding TNB dengan YTL Power, return YTL Power pun lebih tinggi daripada TNB
  • Kalau banding MAS dengan SIA, return SIA pun lebih tinggi daripada MAS
  • Dahulu MAS dengan SIA adalah syarikat yang sama pada tahun 1963, pengerusi oleh Robert Kuok.
  • Sekarang di mana MAS di mana kedudukan SIA?
Sekarang ini, mahu berikan harapan tinggi kepada 1MDB jadi listed company pula? Nasihat Berita Semasa saham syarikat yang ada kaitan dengan kerajaan, mohon dijauhkan.
P/S : Apalah nasib peneroka felda yang buat loan untuk beli saham fgv ini apabila mana harga saham FGV semakin hanya-nyawa ikan iaitu hampir tinggal 1/3 sahaja dari harga IPO saham FGV ketika disenaraikan dahulu?
PP/S : Jikalau anda semak satu persatu gambar di bawah ini menunjukkan FGV sudah banyak belajar dari MAS, berjaya menjana pendapatan dengan gadai aser dan perniagaan. Untung RM40 juta (hasil jual aset/businesses) manakala rugi RM37 juta. Ini yang dilaung-laung FGV sebagai masih menjana keuntungan. Hebattt….Ermmmmm.
PPP/S : Saham FGV ini, saham produk, produknya aset, aset dan aset Felda, tetapi kita pergi jual? Ermmmm….
Read More

Skim Cepat Kaya Versi VVIP? PM mohon jawab!..."Peluang Kaut Untung Besar" US$500 juta dalam tempoh 18 bulan!

Ahad, 31 Mei 2015

Skim Cepat Kaya Versi VVIP di Malaysia Disebalik Skandal 1MDB : Peluang Kaut Untung Besar US$500 Juta Dalam Tempoh 18 Bulan! PM Mohon Jawab!

    { 81 comments}
Satu demi satu GLC terlibat untuk menyenangkan perjalanan  skim cepat kaya versi kerajaan yang dipanggil 1MDB ini. Selepas KWAP, Tabung Haji dan KWSP mengambil tempat untuk mengaut keuntungan pelaburan ke atas 1MDB katanya.
Melihatkan jaminan daripada kerajaan Malaysia, KWSP tidak menunggu lama untukmelabur RM1.52 bilion pada anak syarikat 1MDB. Walaubagaimanapun, berita terkini Serawak Reportsangat mengejutkan Berita Semasa melalui dakwaan terbaru yang disertakan beberapa bukti sokongan.
1MDB Rosmah Riza
Berdasarkan semakan berita Sarawak Report berkenaan dengan skandal 1MDB ini mereka laporankan baru-baru ini. Ini butiran berita terkini Sarawak Report mengenai skandal 1MDB mellaui bukti-bukti yang mereka perolehi setkat ini.
Berita Semasa terangkan dalam bahasa yang mudah difahami. Antara bukti yang mereka kepilkan ada Berita Semasa sertakan seperti yang tertera pada paparan di bawah ini:
  • Berdasarkan salinan email dan bukti lain dikepilkan dalam blog Sarawak report itu, dikatakan JhoLow dan Najib Razak cuba kaut untung segera USD500 juta dengan menjual pemilikan saham RHB 25% menerusi Abu Dhabi Commercial Bank kepada Aabar Investment sewaktu plan pengabungan CIMB/Maybank.
  • Mereka membeli dengan harga RM10.03 sesaham.
  • Dengan membelakangkan Abu Dhabi Commercial Bank (ADCB) dan kedua-dua bank Malaysia yang sepatutnya membeli 25% saham RHB itu dengan harga RM10.80
  • Mereka menggunakan Goldman Sach sebagai “syndication agent” bagi melancarkan urusan ini.
  • Kesemua kelulusan BNM dan kerajaan Malaysia telahpun diperolehi
  • Bagaimanapun menjelang 2015, krisis keyakinan ekonomi Malaysia dan kemelut 1MDB telah membantutkan usaha tersebut.
  • CIMB menerusi Nazir Razak telah menunjukkan jalan keluar kepada Aabar Investmen dan Abu Dhabi Commercial Bank (ADCB).
  • Sehingga kini, Jho Low dikatakan masih mahukan RM11-12.00 sesaham sebagai penebusan balik saham RHB yang mereka miliki.
Ini tuduhan berat berdasarkan laporan berita terkini Sarawak Report menganai skandal 1MDB kali ini. Berita Semasa berharap Najib Razak tampil sebagai seorang Perdana Menteri yang berani kerana benar disebalik tuduhan seperti ini.
Bersihkan nama anda dengan tuduhan berat seperti ini dan juga nama Malaysia yang terus ditimpa pelbagai dakwaan dan tuduhan yang terus membelengu skandal 1MDB yang telah menjangkau RM42 bilion ini.

Senarai Bukti Berita Terkini Sarawak Report Mengenai Skandal 1MDB!

Read More

'Serang Peribadi' GENG UG habis modal..."Kalau ulama buang profesisonal, lebih baik (PAS) jadi badan dakwah sahaja"

Ahad, 31 Mei 2015

Serang Peribadi Bukti Geng UG Habis Modal

Pencabar bagi jawatan presiden PAS Ahmad Awang kesal apabila budaya fitnah-memfitnah kini dilakukan pihak tertentu dalam parti itu khususnya menjelang pemilihan parti yang semakin hampir ke kemuncaknya.

Bekas naib presiden PAS itu mendakwa terdapat pihak yang melakukan "pembunuhan watak" dengan melakukan serangan peribadi kerana tidak mempunyai "modal" untuk mengecamnya berikutan keputusannya bertanding jawatan tertinggi parti.

"Mereka dah tak tahu nak kata apa lagi, sebab saya istiqamah dalam gerakan Islam, saya juga dah ceritakan kenapa lima tahun dulu saya tidak aktif, saya juga ulama.

"Jadi sekarang ini apa yang dilakukan ialah pembunuhan watak.

"Dulu orang Umno yang fitnah, tapi sekarang ini orang PAS pula," katanya dalam forum Mampukah PAS dilonjakkan Pasca Jun 2015 di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) malam tadi.  

Kira-kira lima hari lagi sebelum muktamar, Ahmad kini diserang oleh kumpulan pendukung status quo dalam PAS sebagai mengetuai "kumpulan yang lunak dengan DAP" .

Malah, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut memberikebebasan kepada perwakilan untuk memilih pemimpin yang mengikut telunjuk DAP atau sebaliknya.

Turut hadir sebagai ahli panel pada forum itu ialah bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan bekas menteri besar Selangoor Tan Sri Muhammad Mohd Taib.

Sementara itu bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Mohd Taib berkata perpecahan yang berlaku dalam PAS kini turut melibatkan pihak luar daripada parti.

Profesional lari

Beliau juga mendakwa Umno tidak akan membiarkan PAS terus kuat bersama Pakatan dan menjadi punca berlaku perpecahan sehingga wujudnya dua kem dalam parti Islam itu.

"Politik adalah seni kepada kemungkinan. (Umno) kena buat sesuatu, kalau tidak imej Umno akan merudum. Jadi cara yang mesti dilakukan ialah pecahbelahkan Pakatan, PAS dan DAP perlu dilagakan.

"Dan cara nak pecahkan PAS pula ialah dengan memisahkan mereka dengan pihak ulama dan profesional. Saya tengok PAS jadi mangsa, sesetengah pemimpin PAS jadi mangsa.

"Selepas itu mereka kata golongan profesional nak menentang hudud. Mana ada pihak yang nak tentang hudud, yang saya tau (nak tentang hudud) Umnolah," katanya.

Justeru itu, bekas naib presiden Umno itu berkata lagi, menjelang muktamar PAS ke-61, beliau berharap agar parti itu tidak akan menyingkirkan golongan profesional.

Ini kerana, sekiranya PAS mengambil pendirian untuk menolak golongan profesional, dikhuatiri ia akan menjadikan parti itu lemah dan golongan tersebut tawar hati untuk menyertai PAS selepas ini.

"Kalau ulama buang profesisonal, lepas ini golongan ini tak nak masuk lagi ke dalam PAS. Yang tinggal hanya ulama.

"Lebih baik (PAS) jadi badan dakwah sahaja. Kita nak PAS dengan kekuatan yang boleh jadi alternatif kepada pimpinan negara," katanya lagi. - mkini
Read More

Saturday, 30 May 2015

'Menunggu Jawapan' Pemilihan Muktamar PAS - Apa jadi bila Najib cabut lari?

Ahad, 31 Mei 2015

Apa jadi bila Najib cabut lari?

Image result for najib cabut lari
Apa akan terjadi pada 1MDB?

1MDB akan tutup kedai, bungkus tikar bantal. Semua aset-aset dalam 1MDB akan dijual, dan 1MDB akan jadi lagi satu hari ini dalam sejarah.

Gurkah-gurkah politik di'port' tak nampak sesiapun yang akan dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan  dalam hal 1MDB ini. Macam dalam kes PKFZ tu dan lain-lain skandal lagi. 1MDB juga akan jadi macam ni.

Apa akan jadi pada kes Altantunya Sharibu?

Gurkah-gurkah politik di'port' melihat dan tidak nampak yang Peguam Negara akan membuka semula
fail/perbicaran ini.

Walaupun kes ini dah selesai dan kedua orang yang dituduh itu sudah dijatuhi hukuman, namun kes ini mesti dibuka semula sebab kita semua nak tahu  dan bukan sahaja Tun Mahathir yang nak tahu siapa upah Sirul dan Azhar, tetapi 2 soalan itu gurkah-gurkah politik di'port' dah tanya lama sebelum Mahathir tanya, jadi gurkah-gurkah ini pun mahu tahu jawapan. Manakala rakyat Malaysia yang lain pun nak tahu apa motif Altantunya di bom begitu rupa?

Apa akan terjadi pada parti Pakatan Rakyat?

Parti Pakatan Rakyat akan berurusan pula dengan Perdana Menteri yang baru. Sama ada Pakatan Rakyat mampu mencuri peluang dengan situasi ini (perang dalaman umno akan terus berlaku) ianya bergantung kepada PAS dan strategi masa depan mereka.

Gurkah-gurkah politik di'port' pula menunggu jawapan dan akan diketahui selepas pemilihan pada Muktamar PAS bulan 6 nanti.

dollah yankee -
Pun macam Tukar Tiub. Menunggu 30 Jun 2015..

Read More

3 Anak Bekas Pimpinan Tertinggi PAS Berkongsi Pentas...Kukuhkan Pakatan Rakyat

Ahad, 31 Mei 2015

Kukuhkan Pakatan Rakyat: 3 Anak Bekas Pimpinan Tertinggi PAS Berkongsi Pentas


Dari kiri, Faiz Fadzil (anak Almarhum Fadzil Noor), Mujahid Yusof (anak almarhum Yusuf Rawa) & Nik Omar Nik Aziz (anak almarhum TG Nik Aziz)

Ayah ambil berat Pakatan lebih daripada anak sendiri, kata anak Nik Aziz

Anak kepada bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata ayahnya lebih mengambil berat hubungan dalam Pakatan Rakyat (PR) berbanding kepentingan anak sendiri.

Menurut Nik Omar Nik Abdul Aziz, menjelang muktamar PAS, perwakilan tidak seharusnya memikirkan sama ada memilih golongan ulama atau profesional diangkat sebagai pimpinan, sebaliknya mereka yang dapat memberi sumbangan kepada parti.

“Ulama ada takrifan tersendiri. Maknanya bagi dia (Nik Aziz), pimpinan PAS semua ulama cuma mengikut tahap masing-masing.

“Ulama ini orang yang takut, maknanya dengan ilmunya, dia takut pada Allah. Pengajiannya dalam bidang sains atau sejarah, yang dia belajar menyebabkan dia kembali kepada Allah. Dia termasuk dalam ulama,”katanya dalam sebuah forum “PAS dan Masa Depan Politik Islam di Malaysia” malam tadi, yang turut dihadiri Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Faiz Fadzil, anak kepada bekas presiden PAS, Datuk Fadzil Noor.

Ditanya ciri-ciri yang dimiliki bapanya sehingga dapat menarik sokongan pelbagai kaum di Kelantan, Nik Omar berkata terdapat tiga ciri utama yang dipegang bapanya.

Katanya, tiga ciri tersebut ialah warak, zuhud dan istiqamah yang ditonjolkan semasa mentadbir negeri Kelantan dan juga ketika bersama keluarga.

“Dia ada sifat atas sikit makamnya, iaitu zuhud. Zuhud biasa orang terjemah tak nak pada dunia. Saya perhati Tok Guru seolah-olah tak ada segelumit pun dia minat pada dunia tetapi dia duduk atas dunia.

“Dunia duduk di tangannya bukan pada hatinya. Dia urus dunia, bukan dunia yang urus kehidupannya.

“Apabila dia menang (menteri besar), antara benda yang dia buat untuk diri dia, dia potong gajinya 45% untuk khazanah negeri dan parti. Dia cakap pada saya, sampai akhir pun 'ayah tidak tahu gaji ayah berapa'. Dia nak guna duit, dia beritahu pegawai dia,”
 katanya mengenang kenangan bersama allahyarham.

Sementara Faiz berkata, ulama atau profesional bukanlah menjadi kriteria utama pemilihan dalam muktamar kali ini, sebaliknya pimpinan beraliran pragmatik perlu diangkat mempelopori PAS untuk tempoh dua tahun akan datang.

Faiz yang juga merupakan peguam syarie berkata, ciri pemimpin berkenaan penting dalam memastikan PAS terus relevan dan bergerak maju ke depan.

“Untuk kita bergerak sebagai sebuah parti politik untuk perintah negara ini, kita perlu pilih pemimpin beraliran pragmatik, yang tajdid yang boleh berfikir ke depan bukan sekadar buka kitab dan baca apa yang ada dalam kitab.

“Kalau tuan-tuan sayang pada PAS, sayang pada agama Islam, wajib memilih pemimpin yang tajdid sama ada mereka yang berkelayakan agama atau profesional.

“Kalau pragmatik menang, kita akan tarbiah golongan ekstrim, reform model tarbiah, usrah dan bawa mereka kenal budaya Malaysia.

Kita bukan tinggal di Mongolia, Arab Saudi, nak jadi ekstrem, kita bukan duduk di Syria. Kita tinggal di Malaysia. Kita anti keganasan,” katanya.

Faiz berkata PAS perlu terus bersama PR dan menunjukkan kepada DAP bahawa Islam sebuah agama yang universal dan boleh dikongsi untuk bersama-sama membentuk kerajaan.

Katanya, mereka yang berpandangan jumud dan sempit sahaja akan menganggap kerjasama di antara PAS dan DAP akan menggadai maruah Islam.

“Perlulah kita berdakwah kepada orang bukan Islam tetapi sekarang seolah-olah kita nak benci orang Cina, bila kita nak berdakwah dengan mereka?

“Kalau dilihat Buku Jingga, ia mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi. Kalau DAP tolak Islam, dia akan buang.

“Polisi bersama dalam PR memperjuangkan keadilan, membanteras penyelewengan, rasuah dan kita nak bentuk kerajaan yang mengamalkan urus tadbir yang baik. Ini (diajar) dalam Islam,” katanya.

Katanya, bagi memastikan parti Islam itu terus relevan maka keahlian perlu dibuka kepada bukan Islam dan bukan sekadar Dewan Himpunan Penyokong PAS.

“Sebab itu dalam PAS saya memikirkan visi pada masa depan, PAS perlu menjadi (parti) pelbagai kaum dan agama.

"Pemikiran ini bukan baharu. Saya akan meneruskan perjuangan itu. Saya kata bukan sekadar Dewan Himpunan, saya mahu bukan Islam jadi ahli PAS.

“Saya akan lawan siapa-siapa saja yang hijack PAS untuk kepentingan sempit. Saya akan lawan.

“Jangan bimbang dengan suara-suara ekstrem, Isis, Taliban, sebab suara ini akan berlalu. Yang akan memimpin PAS, insya Allah, suara yang melihat masa depan negara dan melihat satu sumbangan untuk meletakkan rahmat sekalian alam sebagai dasar utama yang diperjuangkan parti,”
 katanya. -TMI

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena