Monday, 29 June 2015

Bencana Buat Penjawat Awam? Gaji awal Julai pada 9 haribulan...

Selasa, 30 Jun 2015

Bencana Buat Penjawat Awam?


Bencana Buat Penjawat Awam? Menunggu 46 hari untuk gaji Ogos berikutan pembayaran awal gaji bagi Julai boleh mengundang "bencana kewangan" kepada penjawat awam jika mereka terlalu ghairah berbelanja untuk menyambut perayaan Aidilfitri.

Penjawat awam yang menerima gaji dan bonus RM500 pada 25 Jun lalu, dijadualkan menerima gaji awal untuk Julai iaitu pada 9 haribulan, manakala gaji berikutnya pada 25 Ogos.

Seorang perunding kewangan dari Great Eastern Takaful Ahmad Humaizi Mat Noor berkata penjawat awam perlu bijak berbelanja semasa Hari Raya.

Mereka perlu menetapkan dalam minda masing-masing bahawa gaji yang dibayar pada 9 Julai itu seharusnya digunakan untuk bulan Ogos.

"Harus diberi perhatian serius kerana kehidupan anda bergantung kepada gaji tersebut selama 46 hari sebelum akaun kembali terisi dengan gaji bulan berikutnya," katanya.

Dalam temu bual dengan Bernama, beliau mengajukan beberapa saranan kepada penjawat awam dalam merancang perbelanjaan.

Ahmad Humaizi berkata bajet untuk keperluan Aidilfitri, yang dijangka disambut pada 17 Julai, harus dibuat berdasarkan gaji diterima pada 25 Jun berserta bonus RM500 yang diberikan kerajaan.

Pendapatan yang diterima pada 9 Julai tidak wajar "diusik", katanya.

Katanya penjawat awam juga sewajarnya terus membuat bayaran perbelanjaan bulanan bagi Ogos seperti ansuran rumah, kereta, taska anak, kad kredit kerana realitinya gaji yang diterima pada 9 Julai adalah untuk bulan Ogos.

Beliau berkata, sekiranya seseorang itu tidak dapat menahan nafsu melihat baki simpanan dalam bank berlebihan, sebaiknya wang itu dipindahkan ke akaun lain yang tidak mempunyai kad ATM seperti Tabung Haji atau Amanah Simpanan Bumiputera (ASB).

"Apabila cukup kitaran gaji seperti biasa, bolehlah anda mengeluarkan wang ini seperti biasa untuk kegunaan pada bulan Ogos," katanya.

Read More

Reformasikan politik Islam, bukan layan khabar angin parti baharu, kata G18

Isnin, 29 Jun 2015
Siasat segera skandal Mara tanpa mengira status – G18

Reformasikan politik Islam, bukan layan khabar angin parti baharu, kata G18

Pemimpin PAS perlu melihat gambaran yang lebih besar bagaimana memajukan politik Islam yang lebih menyeluruh dan progresif berbanding melayan khabar angin mengenai pembentukan parti Islam baharu, kata bekas pemimpin PAS.

Bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, salah seorang daripada pimpinan yang disingkirkan pada muktamar lalu, atau lebih dikenali sebagai G18 berkata, masyarakat melihat PAS semakin menguncup dan tidak mengamalkan politik terbuka dan menyeluruh.

“Itu lebih besar untuk dibincangkan daripada kita bincang (mengenai) ahli hari ini yang dikatakan G18 kononnya nak keluar parti,” katanya merujuk jawatankuasa tindakan yang ditubuhkan pemimpin progresif PAS yang tewas dalam muktamar lepas.

Kenyataan Mujahid itu seperti secara halus menjawab pandangan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang memperkecilkan kemungkinan G18 menubuhkan sebuah parti baharu.

Kata Tuan Ibrahim, walaupun G18 berhak menubuhkan parti baharu, namun ia tidak perlu melakukannya semata-mata kerana tewas dalam pemilihan parti.

Mujahid sebaliknya berkata, PAS seharusnya mencari jalan membawa politik Islam ke arus perdana dan menjadikannya lebih menyeluruh dan progresif.

Katanya, PAS juga mesti bersedia untuk melakukan perubahan.
“Apabila kita melihat benda yang besar di depan kita, kita lakukan jauh lebih besar dari isu pembersihan, cantas mencantas sesama ahli.

"Maka segala apa yang dihujahkan terlalu kecil apabila kita melihat kepada keperluan besar yang perlu kita bina dan cipta untuk bawa politik Islam,” katanya.

Mengulas amaran diberi Tuan Ibrahim kepada pemimpin yang kalah supaya wala' kepada pimpinan parti, Mujahid berkata, G18 masih merupakan ahli parti yang setia kepada kepimpinan.

"Kita pun tak kata kita nak pecah, kita masih lagi ahli PAS.

“Cuma kita merasakan ada satu keperluan untuk melihat apa yang berlaku dalam pemilihan baru-baru ini. Bukan kekalahan, tapi pembersihan yang berlaku,” katanya mengulas kekalahan G18 terhadap golongan ulama PAS.

"Agak pelik kalau orang itu halau kita dari rumah, tiba-tiba dia ajak kita balik.”

"Tiba-tiba hari ini, kenapa cakap pasal wala" kata beliau
Read More

140 hari dah...Misi "Plan Senario Pertama" Semakin hari semakin tersingkap AGENDA mereka!

Isnin, 29 Jun 2015
140 hari dah...


Kenyataan TS Khalid Ibrahim Adalah Isyarat Kerjasama PAS Dan Umno Telah Diushakan Itulah Hakikat yang sedang berlaku diantara PAS dan UMNO bila Bekas Menteri Besar (MB) Negeri Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menyatakan bahawa beliau bersedia untuk kembali Menerajui Kerajaan Negeri Selangor sebagai MB jika mendapat Sokongan Majoriti Mudah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, sedangkan beliau hanyalah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BEBAS yang tidak Berparti Politik akibat Dipecat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana Berlagak seperti seorang Ketua didalam PKR. 

Jika bukan ADUN dari PAS dan UMNO yang akan Menyokong beliau sebagai MB, siapa yang beliau maksudkan untuk beliau mendapatkan Sokongan Majoriti Mudah didalam DUN Selangor. Tak mungkin ADUN dari PKR atau pun ADUN dari DAP yang akan Menyokong beliau jika tidak ADUN dari PAS dan UMNO. 

Maka tak secara langsung Tan Khalid Ibrahim telah memberi Isyarat yang Kerjasama antara PAS dan UMNO telah diushakan oleh kedua-dua Pihak Pucuk Pimpinan Parti bagi menjadikan beliau menjawat Jawatan MB Selangor semula.
Dicatat oleh Mat Indera Sipejuang 



SEMAKIN HARI SEMAKIN TERSINGKAP AGENDA MEREKA....
Langkah Kajang utk sekat agenda UG utk rampas Selangor tapi selepas Muktamar agenda UG kembali lagi. UMNO dan UG takkan berdiam diri selagi Selangor tak jatuh ke tangan mereka... Justeru Haji Hadi meroyan bila dapat tahu perancangan awal UG telah cuba digagalkan oleh Rafizi Ramli.. dan PAS mulai mencemuh serta mencerca  Rafizi.. 

Bermakna Misi " Plan Senario Pertama "  Dr. Zuhdi, Jika PAS keluar PR dan bergabung dgn UMNO + TSKI pasti akan terus mereka usahakan di Selangor.

 Teuku Zacharyah Iskandar 
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO

DinSharpshooter
Read More

"ANJING DAN SERIGALA" Sebab itu 'aku' tidak hairan pimpinan Hadi sekarang, hancur...

Isnin, 29 Jun 2015

"ANJING DAN SERIGALA" - FITNAH EDAR PIL GUNA, GUNA TAKTIK ITU JUGA...

APABILA disebut menyalak seperti "anjing dan serigala" buat mereka yang kononnya menolak hukum Hudud, Hj Hadi kata "siapa makan cili banyak sangat, terasa pedas".    Ini kenyataan beliau setelah ramai pihak yang mempertikaikan 'uslub' beliau yang bagi aku pun tiada hujah langsung. 

Pertamanya, sindiran "siapa makan cili, terasa pedas", itu adalah ayat biasa yang beliau gunakan untuk cover dirinya setelah membuat tuduhan.  Dalam isu fitnah edar pil kuda dulu pun, gitu jugalah jawapannya "siapa makan cili, terasa pedas", dan sampai sekarang dia sendiri tidak kenal siapa yang edar pil kuda itu.  Sebab itu di mahkamah, hakim menyebut memang terdapat unsur fitnah, tetapi 'fitnah umum', tidak sebut nama.  Maka, Hj Hadi menang kes.  Ini saja cara mahu cover, walaupun amat-amat tidak bertanggungjawab atau bijak. 

Begitu juga apabila beliau sebut merreka yang menentang hukum Hudud itu umpama salakan 'anjing dan serigala".  Apabila ramai yang mempertikaikan cara dakwah Hj Hadi itu, beliai cover lagi dengan contoh makan cili.  Siapa yang makan cili?  Memang Hj Hadi tidak akan tahu dan kenal siapa yang makan cili itu sepertimana beliau tidak akan tahu siapa yang edar pil kuda dulu. 

Hj Hadi mempunyai masalah untuk membezakan mereka yang mengkritik beliau dengan menghina beliau selaku Ulamak.  Sama juga, dia ada masalah untuk membezakan orang yang menentang hukum Hudud secara mutlak dengan orang yang berbeza pendapat dan pendekatan berkaitan perlaksanaan hukum Allah tersebut.  Ini masalah Hadi yang besar.  Adakah beliau mahu tutup malu kerana RUU Akta 355 telah memalukannya selaku Presiden yang gagal dan tertipu berkali-kali oleh Umno?  Beliau tidak malukah untuk bercakap tentang anjing dan serigala sedangkan yang "menganjingkan'nya adalah pihak yang berjanji untuk membantunya melaksanakan RUU Akta 355 yang selalu dianggap Hudud itu. 

Sebab itu aku tidak hairan pimpinan Hj Hadi sekarang, hancur...

DICATAT OLEH WFAUZDIN NS DI 2:30 PTG 
Read More

Siapa yang gopoh & bodoh? Kamu asyik 'nak salahkan orang, salah sendiri tak nampak ke'

Isnin, 29 Jun 2015

Asyik Nak Salahkan Orang, Salah Sendiri Tak Nampak

Guan Eng terlalu gopoh

KEPALA BATAS - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng adalah seorang yang gopoh apabila mengisytiharkan PR tidak lagi wujud sedangkan Pas masih belum memutuskan sebarang ketetapan berhubung usul Dewan Ulama mahu parti itu memutuskan hubungan dengan DAP.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, ini kerana Guan Eng tidak merujuk kepada kepimpinan pakatan pembangkang untuk mengisytiharkan bahawa DAP tiada lagi hubungan Pas dan PR juga sudah tidak lagi wujud.

Katanya, Majlis Syura akan mengadakan mesyuarat khusus berhubung isu itu dan beberapa isu lain tidak lama lagi selepas Mursyidul Am, Datuk Dr Harun Din pulang daripada mengerjakan umrah.

“Apa yang berlaku ialah DAP yang memutuskan hubungan dengan PR dan Pas. Jadi, ini sesuatu yang menariklah usul Dewan Ulama Pas Pusat dilaksanakan oleh DAP sedangkan kita belum membuat sebarang keputusan dan ketetapan mengenainya,” katanya selepas ceramah perdana kepimpinan Pas Pusat di Markas Tarbiyah Pas negeri, Pongsu Seribu.

Nasrudin berkata, sehingga sekarang, Pas mempunyai hubungan yang baik dalam PR dan parti komponen yang lain kecuali DAP yang mengambil pendirian untuk memutuskan hubungan dengan Pas dan PR.

Ditanya sama ada tindakan Guan Eng itu mahu menimbulkan sentimen untuk mengelirukan rakyat, Nasrudin berkata, apa yang berlaku merupakan satu provokasi yang cuba dilancarkan sejak awal lagi.

“Apa yang mereka (DAP) nak lakukan, bagaimana mereka nak suarakan dan apa sikap yang mereka nak ambil itu terpulanglah. Namun, sikap (pendirian) Pas sehingga hari ini kita masih bersama dengan PR,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengarahkan semua lapisan kepimpinan Pas negeri dilantik beberapa perjawatan dalam kerajaan Pulau Pinang untuk meneruskan tanggungjawab dan amanah kepada rakyat seperti biasa.

Mengenai cadangan penubuhan parti politik baharu, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) dan kumpulan G18, Nasrudin mengibaratkan itu hanyalah fenomena sementara selain ‘demam’ selepas pasca muktamar Pas.

Namun, beliau menasihatkan agar mereka tidak menjadi pengganggu kepada hasrat parti untuk memperjuangkan Islam dan menjadi satu alternatif kepada Umno dan BN dalam mentadbir negara.

“Dengan langkah yang ditimbulkan mereka sedikit sebanyak mengelirukan orang awam dan juga mengganggu kedudukan politik tanah air yang saya kira tak kan ke mana pun,” katanya.

Ditanya mengenai DAP yang didakwa menjalin hubungan baik dengan Pasma dan kumpulan G18 yang disifatkan sebagai pro DAP berbanding pro-ulama Pas, Nasrudin berkata, itu adalah hak rakan sekutunya itu untuk berbuat demikian selain tidak timbul sentimen pro-ulama mahu pun profesional. - Bernama

ULASAN GB

Cukup aneh dan cukup pelik. Asyik nak menyalahkan orang lain sedang diri sendiri yang membuat salah.

Bukankah usul memutuskan hubungan itu dengan DAP itu adalah usul dari Dewan Ulama yang telah diterima secara SEBULAT SUARA?

Mengapa DAP pulak dijadikan sasaran dan bukan Dewan Ulama yang membentangkan usul itu?

Hanya nak membela puak sendiri walaupun salah... itu adalah assabiyah.

Dan katakanlah usul itu tertakluk kepada keputusan Majlis Syura Ulama, mengapa sampai sekarang Majlis Syura Ulama tidak bermesyuarat untuk membuat keputusannya?

Inilah akibatnya sudah tiada lagi golongan profesional dalam PAS. Semuanya menjadi jumud dan kolot semula. Lembab dan tidak layak lagi untuk memimpin ummah.

InsyaAllah, masa akan menentukan, PAS sudah menjadi semakin tidak relevan di dalam arus politik negara.

Hari Raya ini akan menyaksikan satu "exodus" - penghijrahan berama-ramai dari PAS kepada sebuah parti baharu.

COMMENTS:

Anonymous said...
Kalau dulu mungkin orang tidak tahu...tetapi sekarang melalui media sosial, orang semua sudah tahu...siapa yang gopoh..dan bodoh...
jangan sampai jadi seperti berak ke langit...malu dapat...busuk pun dapat...lebih dahsyat lagi...orang lain turut terpalit
Omar Daud said...
Salam semua:

Satu telunjuk di tunjukkan pada org, 4 telunjuk lagi memaling pada diri sendiri,Ini lah kempen penerangan PAS (UG) KE Kampong-kampong untuk menutup kecurangan,kebejatan pemimpin-pemimpin mereka.Macambiasa bila raya nanti, saudara-saudari balik kampong kita NEUTRALISEKAN balik,Ini zaman IT/information di hujung jari.

Dari pengalaman saya nak menang pilihanraya bukan sekadar informasi yg berterusan, 6 bln/setahun sebelom pilihanraya sesuatu kawan DUN/MP, Kawasan2 ini kena ada tenaga kerja minima DUN 5 orng/MP 10 orang, Kader-kader, 1.untuk penyedia PACA,Tenaga untuk mendapat latest data pengundi setempat,untuk record2 update data pengundi/dan yg meninggal,Tenaga kerja/calon mesti rapat/dgn tenaga kerja-ada schedule/activity rakyat.

Insyallah jika parti baru ditubuhkan, saya dan group saya akan cuba menyediakan class-class,strategy, utk DUN/MP.-class free cuma disediakan makanan dan minuman saja.

Dari pengalaman lalu ,tak guna jika ceramah berbueh-bueh orn ramai berpusu-pusu, ramai orang datang dengar tetapi bila pilihanraya kita kalah,

BENTENG TERAKHIIR kita tak jaga.

WASSALAM
Anonymous said...
semalam saya bertemu secara tidak sengaja dengan DSNizar di surau Tol Chgt Jering. Kami bertiga berbual. nampaknya ramai yang ternanti2 akan parti baru. Insyaallah, jika orang minat tu ada. tak macam HAMIN dulu nanmpaknya. sekarang kuasa media sosial yang mempromosi parti ini sangat kuat. Kesilapan PAS ialah seolah2 menolak pandangan/pendapat umum terhadap kepimpinan mereka. Saya bukan penyokong mat sabu dan kumpulan tetapi saya sangat terkilan cara mereka dikelaurkan daripada saf kepimpinan.
Read More

[Video] Subky Latif : 'Kerajaan Perpaduan Pas-Umno' (UG) itu benar adanya...melibatkan pemimpin tertinggi parti!

Isnin, 29 Jun 2015
Subky Latif : UG itu benar adanya, bukan keberangkalian



Saya percaya ramai yang kesihankan Subky bila dia kata:

" Apa yang dikatakan UG atau Kerajaan Perpaduan yang menghantui setengah kerabat Pakatan Rakyat hanya satu keberangkalian jika pernah ia dibincangkan oleh Majlis Syura Ulama.

 "Sehingga kini Majlis Syura tidak mengetahuinya dan tidak pernah membincangkannya." Baca seterusnya di sini.



Walaupun telah kesekian waktu telah terbukti adanya UG dengan pengakuan Hj Hadi sendiri dan juga pendedahan oleh bekas Timbalan Presiden Nasarudin Mat Isa, penulis sehebat Subky Latif ini masih naif dan masih berani untuk mengatakan bahawa kewujudan UG hanyalah suatu keberangkalian?  Dan dia tanpa segan silu mengatakan, antara sebab DAP mencurigai PAS, khususnya TG Haji Abdul Hadi Awang ialah hantu UG inilah....

Pertamanya, wahai Tuan Hj Subky, bukan DAP sahaja yang mencurigai Hj Hadi dan pimpinan chainya yang kini, tapi ramai pimpinan PAS termasuk ahli di peringkat akar umbi beranggapan begitu. Mahu dikatakan apa lagi bila Hj Hadi sendiri pernah mengakuinya? Nak dikatakan apa lagi bila Nasarudin Mat Isa sendiri telah mendedahkan:

Majlis Syura Ulama PAS Pusat yang bermesyuarat pada 28b April 2008, memutuskan untuk mengadakan perbincangan dan sesi dialog dengan Umno dalam usaha untuk memperkukuh kedudukan Islam dan Melayu dalam Negara kita.   Agenda perpaduan PAS dan Umno, mesti menjadi agenda yang berterusan tanpa boleh diberhentikan! Itulah pendedahan bekan Timbalan Presiden PAS Nasarudin Mat Isa.Vdonya ucapannya di sini

MSU sepatutnya memanggil Nasarudin Mat Isa untuk disiasat mengenai pengakuannya tersebyt yang telah tersibar luas dan telah sekian lama berada di media sosial. Mustahil jika MSU tidak menyedarinya.....

Bukankah Ust Ahmad Awang pada ucapan penggulungannya pada hari terakhir Muktamar PAS 55 di Shah Alam, 7 Jun 2009 telah menyatakan: 

Saya nak bagi tahu ketika kami di Perak membuat keputusan dulu tegas sungguh untuk tidak bersama dengan Umno dan putuskan dah bersama Pakatan Rakyat... belum bernama Pakatan Rakyat untuk bersama DAP dan PKR.  Saya dihubungi oleh pimpinan tertinggi..  "Tak bolehkah kaji keputusan itu untuk kita bersama parti bersama Umno.."   Ada saudara-saudara.. Jadi jangan cakap tak ada. Cuma saya tak nak sebut siapa. Tapi saya nak katakan ada.. Sebab itu janganlah saudara-saudara terus membuat keputusan seolah-olah Pas semua yang ada dalam ini tidak yang berfikir begitu.. Ada..!!

Dengarlah sendiri melalui rakaman videonya  : 




Kenapa tidak ada seorang pun dari kalangan pemimpin PAS ketika itu, samada dari Haron Din atau dari Hj Hadi sendiri menyangkal kenyataan UAA tersebut? Sehinggalah ke hari ini, mereka semua bungkam tidak berani menafikan kenyataan UAA tersebut. 

Wahai Subky, jangan jadi jumud sangat. Malulah kalau bekas penulis yang besar dan sehebat tuan boleh menggelungsur jatuh ke taraf chai....Ada lagi satu vdo yang patut Subky tontoni :


Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn 
Read More

Sunday, 28 June 2015

"PAS Menuju Kehancuran" AGENDA SULIT Fasa 1 telah selesai...Fasa 2 Kafir mengkafir akan timbul kembali?

Ahad, 28 Jun 2015

Diumumkan: PAS Bukan Lagi Mertabatkan Islam, Bala Bakal Menimpa Mereka

ramziredang
"Enam tahun yang lalu saya pernah menulis artikel bersiri, "PAS Menuju Kehancuran", sementara artikel ada gerakan jatuhkan husam pula hanya disiar setengah jam sebelum ditarik balik dari paparan umum di tranungkite dot net. Kini enam tahun berlalu telah jelas di depan mata PAS memang telah hancur. Rakyat dapat menilai betapa hancurnya PAS sekarang. Yang tak rasa ianya hancur hanya orang orang yang mabuk pil kuda wala sahaja.

Kenapa saya memilih tajuk 'PAS bukan lagi mertabatkan Islam'? Kerana ianya telah terlalu kontradik dengan segala tindakannya. Banyaknya perbuatan yang membawa fitnah kepada Islam dan juga fitnah kepada kemuliaan, kesucian dan ketinggian peribadi Rasulullah saw kesayangan umat.

Rasulullah saw dengan jelas telah kita ketahui, baginda seorang yang mulia,ikhlas,amanah dan sangat menepati janji. Akhlak baginda sangat terpuji. Dengan akhlak yang terpuji itulah baru baginda dapat mengesahkan bahawa baginda di utuskan sebagai rahmat untuk sekalian alam

Surah al anbiya ayat 107:" Dan tiadalah kami mengutuskan akan engkau(wahai muhammad), melainkan (untuk) menjadi rahmat sekalian alam"

Akhlaq berasal dari perkataan al-khuluq. Al khuluq bermaksud tabiat atau tingkah laku. Akhlaq yang mulia adalah matlamat utama bagi ajaran Islam. Kerana ianya adalah kulit utama bagi gambaran isi kemuliaan islam itu sendiri. Umpama sebiji buah, andai kita ingin menarik orang merasa isinya, maka kulit luarnya hendaklah segar, tidak buruk, serta dapat meyakinkan orang untuk merasa bahawa isinya tentu manis sekali.

Kemuliaan akhlak ini jugalah yang ditinggalkan oleh Rasulullah saw, untuk diamalkan oleh para sahabat dan para pewarisnya. Kerana itu kita dapat mendengar berbagai cerita hebat tentang perangai para sahabat. Ianya juga diwarisi juga kepada para tabiin dan para ulama.

Hari ini sesuatu yang kita asyik dengar, yang orang cuba kaitkan dengan Rasulullah saw adalah, "ulama pewaris nabi". Apa yang ulama ini warisi?

Sifat sombong?ujub?riak?sumaah?mungkir janji?suka memfitnah?. Tidak.

Untuk mengesahkan seseorang ulama itu adalah pewaris Nabi, maka dia patut juga mewarisi akhlak terpuji Rasulullah saw. Jika ia tidak mewarisi sifat terpuji Rasulullah saw, maka dia bukan ulama pewaris Nabi.

Jika dia suka memfitnah maka dia adalah ulama fitnah. Jika dia suka bercakap menipu maka dia ulama penipu.

Jangan sesekali sifat sifat buruk ulama ini kita gabungkan dengan perkataan 'ulama pewaris nabi' kerana kelak kita sendiri membawa fitnah kepada Rasulullah saw. Dan pengakhirannya adalah neraka. Ulama pewaris nabi mestilah mewarisi sifat sifat mulia Rasulullah saw.

Saidina Ali r.a. berkata: 'Bahwasanya Rasulullah SAW bersabda: 'Suatu
zaman akan datang dimana dimana Islam hanya tinggal nama saja. Dan
Al-Qur'an tinggal tulisan saja. Masjid-masjid akan penuh dengan
penghuninya tetapi kosong dari orang-orang dapat petunjuk. Ulama-Ulama
mereka adalah sejahat-jahat makhluk dibawah kolongan langit dan mereka
akan membuat fitnah dan kemudian fitnah itu akan kembali kepada diri
mereka sendiri.'.......(Baihaqi, Misykat hal, 38)

Dan mari kita renungi surah al hujurat: surah al hujurat ini juga digelar surah 'akhlak' oleh para ulama tafsir terdahulu.

“Wahai orang-orang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) boleh jadi yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh puak perempuan yang lain, (kerana) boleh jadi puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; janganlah pula panggil-memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. Amatlah buruk sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat, maka merekalah orang-orang yang zalim.” (Al-Hujurat:11)

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu dosa; dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu) Bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” (Al-Hujurat:12)

Bacalah kembali apa yang saya tuliskan dan bandingkanlah dengan keadaan PAS dan pemimpinnya, apakah sesuai dengan hadis atau ayat yang disertakan di atas? Apakah ianya tidak cukup menjadi isyarat apa yang Rasulullah saw nyatakan dan juga sebagaimana firman Allah swt?

Sekalipun ada yang dilantik sebagai timbalan ulama Ke'dunia'an, sekalipun kononnya yang memerintah PAS sekarang semuanya adalah dari golongan ulama keduniaan, belum tentu ia mereka pewaris nabi. Kerana mereka semua ulama akhir zaman. Kalau tanya mereka sendiripun mereka dapat mengesahkan sekarang adalah 'akhir zaman' seperti mana semua tanda tanda yang Rasullah saw beritahu semuanya sudah muncul. Jadi kalau dah akhir zaman, maka sesuailah di akhir zaman ini sukarnya untuk mencari ulama pewaris nabi.

Jangan kata hendak mertabatkan Islam. hududpun jadi mainan politik ulama keduniaan. Modal untuk mengejar jawatan

....................................................................

FASA 2. (SETELAH AGENDA SULIT MEREKA FASA 1 TELAH SELESAI)

Tidak mustahil selepas ini akan ada usrah usrah, kuliah k uliah atau apa sahaja yang dapat menyeru penngikut meraka untuk taat kepada mereka dan tidak lari meninggalkan mereka.

Mungkin akan ada baiah. Mungkin kafir mengkafir akan timbul kembali. Tetapi kafir mengkafir dalam keadaan 'berlapik'. Takfiri ini tidak akan ditujukan lagi kepada 'ORANG YANG TIDAK SEJAHAT FIRAUN' tetapi kepada ahli yang hendak meninggalkan parti.(KERANA FASA KE 2 INI MEMERLUKAN AHLI TAAT SEPENUH HATI, BARU AGENDA MEREKA DAPAT DIJALANKAN)

(nota:saya tidak tahu samada firaun dan taghut mana satu yang jahat, kerana dulu pemimpin PAS selalu sebut satu golongan itu taghut, tetapi sekarang golongan itu disebut 'tidak sejahat firaun')

Tapi itu semua tidak menghairankan kita kerana mereka semua adalah pedagang dan matawang mereka adalah ayat quran dan hadis. Dengan menjadikan quran dan hadis sebagai matawang mereka, dari situ mereka membeli kedudukan mereka dan pangkat jawatan mereka

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :

« يَخْرُجُ فِى آخِرِ الزَّمَانِ رِجَالٌ يَخْتِلُونَ الدُّنْيَا بِالدِّينِ يَلْبَسُونَ لِلنَّاسِ جُلُودَ الضَّأْنِ مِنَ اللِّينِ أَلْسِنَتُهُمْ أَحْلَى مِنَ السُّكَّرِ وَقُلُوبُهُمْ قُلُوبُ الذِّئَابِ يَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ أَبِى يَغْتَرُّونَ أَمْ عَلَىَّ يَجْتَرِئُونَ فَبِى حَلَفْتُ لأَبْعَثَنَّ عَلَى أُولَئِكَ مِنْهُمْ فِتْنَةً تَدَعُ الْحَلِيمَ مِنْهُمْ حَيْرَانًا ».

“Akan muncul di akhir zaman orang-orang yang mencari dunia dengan agama. Di hadapan manusia mereka memakai baju dari bulu domba untuk memberi kesan kerendahan hati mereka, percakapan mereka lebih manis dari gula sedangkan hati mereka adalah hati serigala (tamakkan harta dan kedudukan). Allah berfirman, “Apakah dengan-Ku (kasih dan kesempatan yang Kuberikan) kalian tertipu ataukah kalian berani kepada-Ku. Demi Diriku, Aku bersumpah. Aku akan mengirim bencana dari antara mereka sendiri yang menjadikan orang-orang santun menjadi kebingungan (apalagi selain mereka) sehingga mereka tidak mampu melepaskan diri darinya.” (HR. Tirmidzi)
-detikdaily-
Read More

Tindak Tanduk Pemimpin PAS Memalukan Islam..."Menyebabkan parti itu dikritik hebat"

Ahad, 28 Jun 2015
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEidCh-fWAa44JSkLZVF1rwUm_JOgyDPehEH6vazZu_VyyFYlRk-CtHPQtdiwUzCyKtsDapx1oajB8xtY4z3Ex-1RIxR3QBjzDdkiZBhAn1iRGTFPFQC_z_3kSBsEJyP9vAMDZK_MzKiGk4/s320/20239_101509329881558_100000674750840_38958_3620402_n.jpg

Tindak Tanduk Pemimpin PAS Memalukan Islam



Kepimpinan PAS sekarang tidak mewakili sebuah parti politik Islam yang sebenar, dan juga kadang kala memalukan agama itu, dakwa bekas seorang pemimpin parti itu
 
Bercakap kepada Malaysiakini, anggota parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli berkata perkara tersebut disebabkan oleh tindak tanduk pemimpin-pemimpin parti.
 
"Secara keseluruhannya, kami percaya bahawa PAS, atau lebih tepat pemimpin, telah sampai ke titik di mana kedudukan dan tingkah tanduk yang tidak mewakili parti politik Islam yang sebenar.
 
"Kadang kala ia memalukan Islam di mata orang ramai, orang Islam atau bukan Islam," katanya.
 
Dr Hatta berkata, perkara tersebut telah dibincangkan dalam parti, tetapi beliau tidak melihat sebarang usaha serius untuk membetulkan keadaan.
 
"Sebaliknya, membantah dan pertentangan idea ditafsirkan sebagai menentang ulama," kata bekas pengarah pilihan raya PAS pusat.

Sementara itu, diminta mengulas bagaimana PAS dikatakan memalukan Islam, MP Shah Alam Khalid Samad memberi contoh antara lain keputusan PAS bertanding di Kota Damasara yang menjadi kerusi PKR sejak pilihan raya umum 2008.

Pengerusi PSM Nasir Hashim sepatutnya mempertahankan kerusi DUN bagi penggal kedua atas tiket PKR, namun PAS meletakkan calon menjadikan pertandingan enam penjuru dan akhirnya dimenangi BN.

"Nasir adalah ADUN dan tidak ada rungutan terhadap beliau sejak lima tahun kemudian tiba-tiba pada 2013, PAS letak calonnya sendiri dan tidak memberi penjelasan sebabnya, di samping mengkritik sosialisme, dan begitu dan begini," katanya kepada Malaysiakini.

Langkah itu telah dilabel sebagai pengkhianatan PAS, dan menyebabkan parti itu dikritik hebat.
Read More

Hukum UmnoBN - Isu demi isu buat keyakinan rakyat merudum

Ahad, 28 Jun 2015


PENEROKA FELDA TAHU KE TAK BERITA INI !!!

Dahulu bukan main bongkak & kurang ajar menghina 'HARAM JADAH' kpd peneroka/ sesiapa saja yg menolak penyenaraian FGV ke Bursa Saham..

HAKIKATNYA.. saham #FGV dah dikeluarkan senarai Indeks Komposit Bursa Saham KL pada 4/6/2015..

Kenapa tak bahas kesan kejatuhan saham FGV kpd peneroka Felda? Faham2 sajalah. Umno menang PRU via 54 kerusi parlimen & 92 DUN yg ada Felda...

TOLONG SEBARKAN !!!.. agar rakyat/ peneroka tegar UMNO sedar...

4 hrs · 
 

ASAL SAJA UMNO SENTUH pasti hancur !!!
Inilah kerja mereka Najib & Isa Samad..

APA DAH TINGGAL RM1.68 drpd asal RM5.39 ???

Bersyukurlah... Jgn marah silap2 tanah peneroka MELAYU Felda BAKAL TERGADAI.. Kalau tergadai sekalipun xper coz UMNO KAN PEMBELA & PEJUANG MELAYU like emoticon

PADAN MUKA KORANG YANG DEGIL TAK DENGAR KATA 
like emoticon like emoticon like emoticon

#suararakyat #UmnoPENGKHIANAT #FGV



Berita gembira.. Rizab Antarabangsa Bank Negara M'sia SUSUT LAGI buat 3 tahun berturut-turut..

JANGAN RISAU.. Cukai GST dari rakyat KAN ADO !!!

Bila negara nak jahanam. Selagi negara tak jahanam rakyat tak akan sedar2...

Isu demi isu buat keyakinan rakyat merudum

MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI


SHAH ALAM - Penganalisis politik berpandangan isu-isu besar yang melanda negara kini seperti krisis 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan terbaharu isu yang membabitkan anak syarikat Majlis Amanah Raya (Mara), Mara Incorporated Sdn Bhd telah mengikis keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

Sehubungan itu kata pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, kerajaan pimpinan BN, mahu atau tidak perlu mencari strategi terbaik untuk memulihkan keadaan.

"Kerajaan BN perlu mencari solusi terbaik bagi mengelak keyakinan rakyat terus-menerus menurun," katanya kepada Sinar Harian Online.

Sementara ketika ditanya bagaimana jalan terbaik untuk melakukanya, Azizuddin berkata, perkara itu terserah kepada kebijaksanaan kerajaan BN.

"Perlu buktikan yang kerajaan tidak terlibat dalam kes-kes tadi khususnya dari segi tuduhan penyelewengan.

"Hukum sesiapa yang terlibat, kena bina 'fresh image' untuk BN," katanya.

KedahLanie.

Read More

Strategi 4 langkah lemahkan PAS dilakukan UMNO BN..."Mana ada golongan Ulama masuk ke kampung2 Cina"

Ahad, 28 Jun 2015

Strategi 4 langkah lemahkan PAS yang sedang dilakukan UMNO BN

(FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO)

 Strategi 4 langkah lemahkan PAS
UMNO risau dengan kemajuan PAS yg berganda sejak tahun 1999 kemudian semakin bergerak dgn pantas merentasi blok2 perkauman dlm negara kita.

Yang paling UMNO gerun bila mana PAS mulai diterima oleh bukan Islam terutama masyarakat Cina serta golongan terpelajar…

Sokongan terhadap UMNO kian hari kian merosot, rakyat terbanyak mulai mengalihkan pandangan mereka ke arah parti2 gabungan dalam PR terutama PAS yg merupakan parti terbesar dlm gabungan tersebut..

Kehebatan serta strategi terancang dari kumpulan profesional dan Ahli Akedemik dalam PAS telah mampu melonjakan sokongan anak muda dan bukan melayu utk turut sama menyokong serta berkhidmat kpd PAS tanpa menuntut sebarang bayaran..

Cina tolak PAS?

Benarkah Bukan Islam dalam DAP menolak PAS? Jika kita lihat sebelum ini berbondong2 masyarakat cina tua dan muda mengundi PAS. Ini adalah hasil daripada usaha golongan muda dlm DAP bersama2 golongan profesional PAS. Merekalah yg berusaha membuang persepsi masyarakat Cina di kampung2 yg fobia dgn PAS..

Mana ada golongan Ulama dlm Majlis Syura PAS masuk ke kampung2 Cina utk perkenalkan PAS kepada masyarakat Cina..

KedahLanie.
Read More

Cuti Berganti (budak sekolah) sempena Hari Raya Aidilfitri 2015...Horeyy

Ahad, 28 Jun 2015

Posted by Kerajaan Rakyat 



Inilah petua sempoi yang kita belum cuba. Dengan membelah dua tangkai durian dan selit ke lubang keluar air cond  .. Selamat mencuba ya..
Posted by 

Read More

Selepas BARUA, TOLOL, NYAMUK, kini ANJING dan SERIGALA pula....

Ahad, 28 Jun 2015

[PANAS] Haji Hadi Gelar Penantang Hudud Sebagai Anjing & Serigala!


Isu hudud: Biar anjing, serigala menyalak, kata Hadi

PAS akan meneruskan agenda untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan, demikian ditegaskan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata walaupun ada sesetengah pihak yang menolak pelaksanaan undang-undang hudud, PAS tidak akan berganjak malah mengorak langkah dengan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) bagi membolehkan sebahagian undang-undang hudud dapat dilaksanakan di negeri itu.

"Dalam hal ini, PAS mengambil sikap untuk mengajak manusia secara damai. PAS tak mahu berkelahi. Malangnya ada orang yang nak ajak berkelahi, nak ajak berlawan. Biarlah...biar dia sahaja yang bersuara kita bawa agenda kita. Biar anjing menyalak, serigala menyalak... qabilah berjalan terus sampai ke destinasi, matlamat yang dituju.

"Ini slogan yang kita bawa, salaklah dia nak salak pun. Saya terpaksa sebut perkataan salak ini sebab dia melawan hukum Tuhan. Kita akan terus bawa agenda ini, kita tidak akan berganjak," katanya pada ceramah perdana kepimpinan PAS Pusat di Markas Tarbiyah PAS negeri, Pongsu Seribu di Kepala Batas malam tadi.

Turut hadir Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan dan barisan kepimpinan PAS Pulau Pinang.

Abdul Hadi sekali lagi mengulangi bahawa undang-undang hudud bukan untuk menyeksa penjenayah sebaliknya ia bertujuan mendidik penjenayah selain membela mangsa yang dizalimi.

"Sebagai contoh hukuman sebat. Kita tak boleh samakan hukuman sebat yang ada dalam penjara hari ini dengan hukuman sebat dalam Islam di mana sekali sebat bukan kulit sahaja yang pecah isi juga yang pecah.

"Hukuman sebat dalam Islam ini pukul tak boleh sampai memecahkan kulit, tak boleh menyeksa tetapi mendidik penjenayah dan menakutkan bakal penjenayah. Bunyinya seratus sebatan, tapi sebatannya tidak memecahkan kulit," katanya.

Sementara itu, Tuan Ibrahim mengingatkan anggota-anggota PAS untuk menjaga setiap tutur kata agar tidak merosakkan nama baik parti yang mempunyai adab, akhlak dan peraturan yang perlu dijaga setiap anggota parti.

"Kita kena ingat bahawa selagi kita ikat diri kita di jalan Islam menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga nama baik Islam, nama baik jemaah dan perjuangan yang kita bawa.

"Jangan kita tiba-tiba duduk dalam jemaah dan kita mengkritik jemaah yang kita duduk itu. Ia tidak mencerminkan kebaikan akhlak kita kerana seorang yang baik tidak akan keluar daripada mulutnya melainkan kebaikan," katanya. -Bernama

ULASAN GB

Selepas BARUA, TOLOL, NYAMUK, kini ANJING dan SERIGALA pula yang keluar dari mulut Haji Hadi.

Kali ini ditujukan khusus kepada mereka yang yang tidak bersetuju dengan perlaksanaan hudud.

Dan semua orang tahu yang tidak bersetuju dengan hudud ialah DAP dan majoriti kaum bukan Islam.

Apakah kerana tidak bersetuju dengan perlaksaan hudud di Kelantan maka ia mewajarkan Haji Hadi menggelar mereka najing dan serigala? Siapa yang mengajar demikian? Sedang kaum bukan Islam berhak untuk tidak menyokong hudud.. dan apakah mereka perlu ditempelak sebagai anjing dan serigala yang menyalak lantarannya?

Bukankah Haji Hadi sendiri pernah menyatakan "Hudud Bukan Keutamaan" dan "DAP Berhak Tolak Hudud?" Kini apabila mereka menolak hudud di tempelaknya mereka sebagai anjing dan serigala yang menyalak.


Bagaimana kita boleh menempelak dan menyalahkan mereka yang bukan Islam sebagai anjing dan serigala? Apakah mereka mahu dilahirkan sebagai bukan Islam? Bagaimana agaknya jika ditakdirkan dahulu Haji Hadi lahir dari perut ibu seorang bukan Islam?Apakah beliau rela ditempelak sedemikian rupa??>

Dan kedua, hina sangatkah makhluk Allah yang bernama anjing dan serigala itu? Apakah Islam mengajar kita untuk melakukan penghinaan sedemikian rupa terhadap sesama makhluk Allah?

Apakah anjing dan serigala itu mahu dilahirkan sebagai anjing dan serigala? Bagaimana satu ketika dulu atau satu ketika nanti Allah menukar kejadian Haji Hadi sebagai anjing dan serigala pula?

Sebagai muslim, kita mesti taat dan patuh terhadap ajaran agama ISLAM. ISLAM telah menetapkan beberapa peraturan dan hukum berkenaan anjing.

Hukum fiqh terhadap anjing bukanlah bermakna kita mesti menghina dan memandang hina terhadap anjing. Hukum itu mempunyai hikmah tertentu dan wajib kita sebagai muslim mematuhinya, sebagai tanda iman yang kukuh. Kepada anjing dan semua binatang serta makhluq ciptaan ALLAH yang lain, kita tidak wajar menherdik dan melakukan penganiayaan terhadap mereka. Itulah ajaran Islam yang suci. Sebagai muslim, kita mesti taat dan patuh terhadap ajaran agama ISLAM. ISLAM telah menetapkan beberapa peraturan dan hukum berkenaan anjing. Secara ringkasnya telah saya senaraikan di atas serta dalil-dalilnya.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahwa Rasulullah saw telah bersabda yang maksudnya:

“Tatkala seorang lelaki sedang berjalan pada sebuah jalan terasalah olehnya dahaga yang sangat. Lalu ia mendapati sebuah sumur dan bersegeralah ia meneruninya untuk minum. Ketika keluar, tiba-tiba dia melihat seekor anjing menjulurkan lidah sambil menjilat-jilati debu kerana merasa sangat haus.

Lelaki itu berkata: “Anjing ini sedang kehausan seperti aku tadi” lalu turunlah dia kembali ke dalam sumur untuk memenuhi kasut kulitnya dengan air lalu digigit agar dapat naik kembali. Kemudian ia meminumkan air itu kepada anjing tersebut. ALLAH berterima kasih kepadanya lalu mengampuninya.

Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah kami akan memperolehi pahala kerana binatang-binatang seperti ini?”

Rasulullah saw menjawab: “Pada setiap yang bernyawa (makhluk hidup) ada pahalanya.” 


(HR Muslim)

Lihatlah tuan/puan sekalian, betapa ALLAH telah sediakan kebaikan dan pengampunan dosa sekiranya kita berbuat baik kepada binatang-binatang. Malah ALLAH berterima kasih kerana berbuat baik kepada haiwan iaitu salah satu makhluq ciptaanNYA.

Di dalam hadith yang lain, Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Nabi saw telah bersabda yang masudnya:

“Bahawa pada suatu hari yang sangat panas seorang wanita pelacur melihat seekor anjing sedang mengelilingi sebuah sumur sambil menjulurkan lidahnya kerana kehausan. Ia kemudian melepas kasut kulitnya (untuk mengambil air sumur yang akan diminumkan kepada anjing), lalu wanita itu diampuni dosanya.”

(HR Muslim)

Demikian hebatnya seekor anjing boleh menyelamat seseorang dari masuk neraka apabila kita berlaku baik terhadapnya, bukan menggunakan fitrahnya dilahirkan sebagai seekor anjing untuk sesiapa secara sesuka hati menempelak dan memaki orang lain.

Hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Watak dan perwatakan Haji Hadi semakin terserlah. Kata-kata Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man sendiri di acara yang sama menyatakan:

Tuan Ibrahim mengingatkan anggota-anggota PAS untuk menjaga setiap tutur kata agar tidak merosakkan nama baik parti yang mempunyai adab, akhlak dan peraturan yang perlu dijaga setiap anggota parti.

Tidakkah wajar perkataan Tuan Ibrahim itu ditujukan kepada Presiden PAS sendiri?

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena