Thursday, 28 January 2016

Isu TH: Rakyat Resah, AMANAH Ambil Peduli & Pandang Serius...Kenapa Pas bersusah payah bela Tabung Haji?

Jumaat, 29 Januari 2016

KENYATAAN MEDIA
ISU RIZAB TABUNG HAJI: RAKYAT PERLU DIBERI PENJELASAN
 

1. Parti Amanah Negara (AMANAH) memandang serius laporan bahawa Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan amaran kepada Lembaga Tabung Haji berhubung rizab agensi itu yang berada pada paras negatif. 


2. Laporan yang merujuk surat Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz itu juga turut menyebut bahawa Lembaga Tabung Haji juga tidak akan dapat membayar dividen kepada 8.8 juta pencarum jika tidak mengambil tindakan menyelesaikan masalah ini. 

3. Laporan ini telah menimbulkan keresahan di kalangan rakyat khususnya para pencarum berkenaan kedudukan simpanan mereka. 

4. Ia juga menimbulkan banyak persoalan di kalangan rakyat berhubung keberkesanan Lembaga Tabung Haji untuk membantu umat Islam di Malaysia menunaikan ibadah haji yang dikhuatiri terjejas. 

5. Lebih membimbangkan apabila Tan Sri Zeti berpendapat Lembaga Tabung Haji mungkin terpaksa melupuskan aset pelaburannya pada skala besar dan masa yang singkat untuk memenuhi tanggungjawab kepada pendeposit.

6. Lembaga Tabung Haji sebelum ini juga dikaitkan dengan syarikat pelaburan bermasalah, 1Malaysia Development (1MDB) apabila membeli tanah 0.64 ha di Tun Razak Exchange (TRX) pada harga RM188 juta, iaitu 43 kali ganda lebih tinggi daripada yang dibeli 1MDB daripada Putrajaya 5 tahun lalu.
 

7. Dengan segala perkembangan yang berlaku, Parti AMANAH berpendapat bahawa, semua rakyat perlu mendapat penjelasan daripada Lembaga Tabung Haji. 

8. Untuk itu, mewakili AMANAH, saya telah menghantar surat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Dato' Seri Jamil Khir Baharom untuk diadakan satu pertemuan bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara ini. 

"HARAPAN BARU" 

SALAHUDDIN HJ AYUB 
Timbalan Presiden 
Parti Amanah Negara 
28 Januari 2016 


Dicatat oleh 

Kenapa Pas bersusah payah bela Tabung Haji?

STOP PRESS

Kenyataan dikeluarkan oleh Setiusaha Agung Pas Takiyuddin Hassan yang mengatakan beliau yakin dengan kemantapan sistem tadbir urus Lembaga Tabung Haji (TH) dirasakan kurang bertepatan dengan perkembangan atau persepsi negatif orang ramai kepada lembaga itu kini.

Untuk apa tiba-tiba Takiyiddin perlu untuk membela Tabung Haji dengan mengeluarkan pendapat demikian, sedangkan waktu ini orang ramai mencurigai akan TH ekoran surat teguran daripada Bank Negara Malaysia (BNM) terhadap lembaga berkenaan yang mana tidak boleh mengumumkan dividen apabila asetnya kurang daripada semua jumlah obligasinya?

Apakah Takyuddin sengaja berbuat demikian, membela Tabung Haji kerana ia dalam rangka partinya (Pas) akan berta'awun dengan Umno dalam hal ehwa Islam? Kalau pun Pas ingin berta'awun tetapi bukan dalam keadaan sekarang ini kerana ia semacam tidak menghormati sensitiviti penyimpan Tabung Haji di kala ini. Cara dan tindakan Setiausaha Agung Pas itu tidak bijaksana.

Takiyuddin juga berkata dia yakin dengan pengurusan Tabung Haji yang patuh syariat. Apakah beliau salah seorang orang yang dilantik untuk memantaunya atau sekadar mempercayai kepada kata-kata Menteri?

Sepatutnya Takiyuddin memberi pandangan kepada Tabung Haji untuk menjawab beberapa persoalan yang dibangkitkan mengenai urus tadbirnya, termasuk kelewatan mengumumkan bonus tahunan serta mendesak Tabung Haji menjadi persoalan umum. Atau pun kalau beriya untuk menyokong Tabung Haji bagi menyerlahkan Pas sudah memulakan ta'awun tunggulah sehingga TH mengumumkan dividen.

Tindakan pentas begitu seakan ada undang di sebalik batu. Kita berharap pandangan Takiyuddin itu tidak mencermin pandangan parti agama itu yang seharusnya melihat dari segenap aspek termasuk pengurusan yang bersih, telus dan berwibawa.

Menghairankan juga apabila Takiyuddin langsung tidak menyentuh pelantikan Mohamed Apandi Ali sebagai ahli lembaga pengarah Tabung Haji.  Pelantikan Apandi sebagai ahli lembaga pengarah itu seakan meramaikan "orang-orang yang sepertinya" dalam lembaga itu. Apakah Apandi seorang lulusan syariah dan arif mengenai Islam?

Apabila ia tidak dipersoalkan, umum melihat Pas menerima pelantikan itu walaupun reputasi Apandi menerusi jawatannya sebagai Peguam Negara dipertikaikan ekoran beliau membebaskan Najib Razak di luar mahkamah berhubung dakwaan isu dana RM2.6 billion.

Apapkah Pas bukan lagi menjadi parti yang mengambil berat soal-soal integriti dan moral dan mengharap keredhaan Allah? Hendaknya parti agama itu tidak diheret untuk bersubahat dengan kemungkaran semata-mata kerana mengejar benefit politik. [wm.kl.10:10 pm 28/01/16]

Read More

"Alahai Ajeez..xpayah la buang duit pencarum"! AMANAH mohon jumpa Jamil Khir mengenai TH & PAS pulak yakin dengan Tabung Haji?

Khamis,28 Januari 2016


Hebat jugak orang 'Tabung Haji' ni.. bab2 arak & komunis-China serahkan pada depa..

Yang galakkan & luluskan kemasukan komunis-China beramai2 ke dlm negara... UMNO !!
Yang luluskan lesen arak dari kementerian.. UMNO !!
Yang luluskan lesen arak dari kementerian.. UMNO !!
Yang luluskan pembinaan dua kilang arak.. UMNO !!
Yang luluskan PUSAT JUDI KASINO terbesar di dunia (dlm kategori jumlah pekerja).. UMNO !!
Yang gadai aset2 negara pada komunis-China.. UMNO !!

Tapi pembangkang & cina-DAP jua yg disalahkannya..
2 hrs
azez,bank-negara

Dengar ceta lembaga hitam TH ni nak saman orang yg dedahkan dokumen dari BNM pasal rizab TH yg merah (negetif)..
Alahai !! Azeez..xpayah la buang duit pencarum nak saman bagai..rakyat xbodo nak percaya auta demi auta yg disajikan...

AMANAH mohon jumpa Jamil Khir mengenai Tabung Haji

 | January 28, 2016
Parti itu meminta diadakan pertemuan dalam masa terdekat bagi mendapatkan penjelasan berhubung polemik Tabung Haji.
sallahuddin-ayub
PETALING JAYA: Parti Amanah Negara (AMANAH) memandang serius laporan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM)mengeluarkan amaran kepada Lembaga Tabung Haji (TH) berhubung rizab agensi itu yang berada pada paras negatif.
Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub, berkata laporan berkenaan menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat, khususnya pencarum berhubung kedudukan simpanan mereka.
Katanya, perkara itu juga menimbulkan banyak persoalan dalam kalangan rakyat berhubung keberkesanan TH untuk membantu umat Islam di Malaysia menunaikan ibadah haji yang dikhuatiri terjejas.
“Lebih membimbangkan apabila Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berpendapat, TH mungkin terpaksa melupuskan aset pelaburannya pada skala besar dan masa yang singkat untuk memenuhi tanggungjawab kepada pendeposit.
“TH sebelum ini juga dikaitkan dengan syarikat pelaburan bermasalah, 1Malaysia Development (1MDB) apabila membeli tanah 0.64 hektar di Tun Razak Exchange (TRX) pada harga RM188 juta, iaitu 43 kali ganda lebih tinggi daripada yang dibeli 1MDB daripada Putrajaya 5 tahun lalu,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Salahuddin berkata, beliau menghantar surat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom memohon diadakan satu pertemuan dalam masa terdekat bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara berkenaan.
FMT

PAS yakin dengan Tabung Haji – Takiyuddin

January 28, 2016
PAS puas hati dengan penjelasan Jamil Khir serta pengurusan tertinggi TH berhubung prestasi kewangan TH.
takiyudin-tabung-haji
KOTA BHARU: PAS amat yakin dengan kemantapan sistem tadbir urus baik yang diamalkan oleh Tabung Haji (TH) selama ini, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.
Beliau berkata, bukan sahaja selaras dengan pematuhan syariah, tetapi ia juga mementingkan manfaat dan menjana pulangan pendapatan yang baik kepada pendepositnya.
“TH bukanlah sebuah bank dan diyakini tidak beroperasi sebagai institusi kewangan yang lebih berorientasikan keuntungan maksimum berbanding dengan pulangan kepada pendeposit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sehubungan itu, Takiyuddin berkata, PAS berpuas hati dengan penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang beliau temui di Parlimen semalam serta pengurusan tertinggi TH berhubung prestasi kewangan TH.
Mereka mengesahkan prestasi kewangan TH berada dalam keadaan baik terutama apabila mengambil kira nilai aset keseluruhan portfolio pelaburan TH, katanya.
Beliau berkata, apa yang lebih penting lagi adalah jaminan bahawa bonus pendeposit bagi 2015 akan diumumkan dan dibayar dalam waktu terdekat.
PAS mengharapkan TH akan terus komited dan melaksanakan amanah pendeposit terutama memastikan hasrat mereka untuk menunaikan fardu haji tidak terhalang dengan apa jua kemungkinan, katanya.
Takiyuddin seterusnya berkata, teguran mahu pun nasihat yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia kepada institusi seumpama TH tidak harus menjurus kepada terjejasnya keyakinan pendeposit terhadap organisasi itu.
-BERNAMA
FMT.

Read More

Kita cuma cuntfuse! Kenapa Taboooong Hajeeee bagi kat Ajeeeeez?

Khamis, 28 Januari 2016

Patut ler...SPM...
Bayangan yg pegang cgpa 3.8 pon tak bijak dlm mengeluarkan idea, inikan pula yg lulusan SPM.... Mmg kuat ampu je lah... Sesia dibayar gaji mahal.... Akal letak kat tumit....

Azeez kt mnaaa Azeez2 kttt mnaaaa....
P/s: Bonuuusssss brpaa weyhhh tahunnn niii..

Mamak Pergi Buat Haji Lalu Ikut Mana?

Masjid kapitan Keling

Kuih telinga Keling

Tanjung Keling
Kita tak marahkan kuih, marahkan masjid atau komplen kat tanjung.

kahkahkahkah!!!

Kita cuma cuntfuse. Kenapa Taboooong Hajeeee bagi kat Ajeeeeez? Kah kah kahakh!!!

Pemimpin politik la orang suka kena serang.

Tambah lagi jenis menyamar. Kena pulak SPM cukup makan, gaya mengalahkan grad Harvard. Kahkahkahkah!!!

Kalau tukang kutip botol kosong atau jual kacang putih, ada orang peduli? Kah kah kah kah!!!

Pergi la mampus. Kahahkahkah!

Ada berpuloh juta umat Melayu, kitol ni jugak yg handle Tabung Haji. Yang menabung kat Tabung Haji orang Melayu. Kah kah kah kah!!! Yang berdikit-dikit menabung di Tabung Haji ialah orang Melayu jangan tak tau. Orang bendang, nelayan, peneroka Felda, orang motong gotah, ini lah orang yg menabung di Tabung Haji.

Naik la berapa upah & charge utk ke Mekah banyak mana sekali pun, Melayu tetap setia dgn Tabung Haji.

Mamak pergi Mekah lalu ikut Kerala kot?

Kah kah kah kah!!!
Read More

Tanyalah Ustaz...KAIN SARUNG SINGKAT? Maka SPRM/MACC lawan balik!

Khamis, 28 Januari 2016
Jgn ungkit2 dh..kata Tpm..




Deep...


Biasa la Yb.....Tok Jib dan AG fikir boleh bodohkan rakyat...kalu ada yg percaya pun,macai2 yg sama taraf lembu je...tgk la nanti,mesti ada macai2 akn pertahankan tok jib...termasuk la menteri2 lembu.....


Maka SPRM/MACC lawan balik!! LAWAN TETAP LAWAN!!


Ini manusia atau .....?



KAIN SARUNG SINGKAT....!!!
Nak tutup yang atas, terdedah pula yang bawah...kahkah
Ketika sesi sidang media Peguam Negara mengarahkan SPRM menutup kes SRC dan RM2.6 bilion, secara tak sengaja beliau telah mempamerkan sehelai dokumen (carta alir) yang disediakan oleh SPRM menunjukkan transaksi yang tidak pernah ditimbulkan sebelum ini.
Yang hendak ditutup ialah siasatan berkaitan RM42juta SRC dan RM2.6 bilion tetapi secara tak sengaja, AG pamerkan pula transaksi RM33 juta daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) masuk ke akaun peribadi yang tidak pernah diwar-warkan sebelum ini..
Dokumen transaksi RM33 juta berkenaan sekali gus telah MEMBUKTI dan MENGSAHKAN bahawa memang betul terdapat perbelanjaan mewah lebih RM3 juta menggunakan kad kredit Visa dan Mastercard pada bulan Ogos 2014. Wang KWAP milik awam (bukan derma Tok Arab) digunakan untuk shopping sakan sekeluarga.. Tak salah juga ke?
Selain itu, terdedah pula transaksi sebanyak RM23,520,810 yang telah dipindahkan kepada 17 akaun penerima... Siapakah mereka-mereka yang menjadi penerima bertuah ini?
Sekadar berkongsi info kerana isu ini sudah mula diperkatakan di luar sana.
------------------------
Sehebat mana perancangan manusia, tidak akan mampu mengatasi perancangan Allah SWT. Langsung tiada rasa malu atau takut kepada kekuasaan Allah Azza Wajalla yang dapat memberikan balasan pada bila-bila masa.
Innahum yakii dunakaidan wa'akiiduukaida (Sesungguhnya mereka membuat perancangan (tipu daya) dan Allah membuat perancangan (tipu daya juga.))
Pendedahan asal yang terperinci, sila rujuk di sini.
http://www.sarawakreport.org/…/bungling-ag-gives-away-more…/

Read More

APA NAK JADI dengan SELANGOR neh! Zaman BN dulu pun tak buat kelaku camnie!

Khamis, 28 Januari 2016

Kerajaan SELANGOR buang tabiat, Cukai seperti nie zaman BN dulu pun tak buat kelaku camnie

Iron Steel | Yesterday at 12:48 ·

APA NAK JADI DENGAN KERAJAAN SELANGOR?

pagi tadi lepas sarapan aku pergi pejabat pos. da setel urusan bil di pejabat pos, hala tuju seterusnya ke MBSA untuk lunaskan cukai taksiran.

macam biase brader, ambil nombor giliran.. usha2 jodoh sepandang dua.. lebih kurang 10 minit, nombor aku di panggil.

awek kaunter tu tanye "nak bayar setahun atau separuh?"

aku jawab "ikut bil lah senang rm152.40".

sambil belek2 duit kat dompet, dalam hati memberontak juga. mane tak serabut, dalam setahun je berapa cukai nak kene hadap, tu belum cukai harian lagi. tapi aku rilek sambil senyum, hulur gak duit kat kaunter.

"rumah kos rendah?" dia tanya lagi. aku mengiyakan.

lantas bill tadi di pulangkan balik pada aku, dan berkata "cukai untuk tahun 2016 , kerajaan Selangor dah bayarkan.."

p/s- tu je nak kongsi, duit tu boleh beli barang untuk perbelanjaan dapur atau anak pokok lemon yg aku dah lama mengidam nak beli..


SUMBER : KLIK SINI
Read More

Wednesday, 27 January 2016

TPPA...Tok Pa lega, Wan Azizah kecewa.

Rabu, 27 Januari 2016

HARI INI DALAM SEJARAH..

Tanggal 27hb Januari 2016, dewan mulia Dewan Rakyat lulus usul meterai TPPA..

INGAT.. disebabkan kamu 127 ahli Parlimen sokong#TPPA, sejumlah 31.2 juta rakyat Malaysia akan tanggung segala kesannya..


Celaka keatas kamu wahai pemimpin yang zalim mengikut telunjuk yahudi laknatullah... -tf


TPPA: Tok Pa lega, Wan Azizah kecewa

 | January 27, 2016

Menyakinkan Dewan Rakyat untuk meluluskan TPPA merupakan cabaran terbesar buat Mustapa.
Mustapa_talk
KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed menzahirkan rasa lega apabila Dewan Rakyat meluluskan usul Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
Menurutnya, membawa usul TPPA ke Dewan Rakyat merupakan cabaran terbesar sepanjang kerjaya politiknya.
“Ini merupakan cabaran paling getir saya. Dengan sokongan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan ahli Kabinet. Ini bukan ‘one man show’, ini ‘collective effort’,” katanya dalam sidang media di Parlimen, sejurus usul diluluskan, hari ini.
Dewan Rakyat meluluskan usul kontroversi itu melalui undi belah bahagi. Seramai 127 Ahli Parlimen yang bersetuju dengan usul tersebut dan 84 menolak. Difahamkan seramai 11 wakil rakyat tidak melibatkan diri dalam pengundian itu.
Perkara sebaliknya dirasai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Wakil rakyat pembangkang adalah seramai 89 orang, manakala blok pemerintah 133 orang.
“Sudah tentu kita tidak mempunyai majoriti untuk mengalahkan TPPA. Anehnya Amerika Syarikat sendiri masih ragu-ragu dan kita pula tergesa-gesa untuk menandatanganinya,” ujarnya.
Blok pembangkang akan terus menyatakan bantahan terhadap beberapa usul (retifikasi) yang secara teknikal memudaratkan rakyat.
“Walaupun itu teknikal tetapi ia mesti tepat,” kata Wan Azizah.
“Apa yang kita buat adalah untuk negara dan kita harap dalam dua tahun atau mungkin empat tahun akan diadakan ruang untuk retifikasi ini. Kita akan teruskan,” ujarnya lagi.
FMT.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena