Sunday, 28 February 2016

Artis Fahmi Reza bawa karikatur 'Najib Badut' ketika dipanggil polis

Isnin, 29 Februari 2016

Bawa Karikatur 'Najib Badut' Ketika Dipanggil Polis

Artis Fahmi Reza hari ini membawa karikatur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi selepas dipanggil polis berhubung karya seni yang sama yang diedarkan dalam talian.

Beliau bergambar dengannya di hadapan media di luar ibu pejabat polis itu petang ini sebelum memberi keterangan kepada polis selama 90 minit.

Beliau kemudian muncul dari balai polis meluahkan rasa terkejut apabila tidak ditahan kerana aksi itu.

Fahmi berkata semasa soal siasat, anggota polis meminta beliau memberikan nama pengguna dan kata laluan untuk akaun media sosial termasuk Facebook, Twitter dan Instagram.

Bagaimanapun, artis itu berkata beliau enggan menyerahkan butiran itu walaupun telah menjawab semua soalan lain dan mengakui menjadi orang yang melukis dan memuatnaik karikatur itu.

“(Saya kata) saya tak boleh bagi user-name dan password kepada akaun Facebook saya, Instagram saya, dan juga Twitter saya kerana itu akaun peribadi saya. Tetapi aku boleh bagi kerjasama kalau dia orang nak tengok apa-apa content.

“Aku tak ada apa nak disembunyikan, tak ada apa nak sorok. Semua ada kat situ.

"Masalahnya ialah kalau bagi password kita, dia (polis) boleh akses segalanya – dia boleh akses mesej Facebook saya, dia boleh akses benda-benda lain yang tiada kaitan dengan isu ini, dan saya tak mahu itu," katanya kepada wartawan dan penyokong di luar ibu pejabat polis itu.

Fahmi berkata beliau mengakui bahawa Seksyen 249 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA) menyatakan beliau mesti membekalkan agensi penguatkuasaan, terutamanya Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (SKMM), akses kepada akaun beliau untuk membantu siasatan.

Bagaimanapun beliau mahu membuka akuan itu sendiri dan pegawai penyiasat boleh mendapat maklumat yang mereka perlukan.

Fahmi kini disiasat di bawah Seksyen 233 CMA kerana didakwa menyalahgunakan rangkaian telekomunikasi, dan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu tindakan "sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan".

Beliau dijadual memberi keterangan kepada SKMM pagi esok.

Sementara itu peguam Fahmi, Syahredzan Johan berkata mereka diberitahu siasatan ini berkaitan karikatur lain yang dibuat Fahmi, tetapi mereka tidak diberitahu yang mana satu.

Semasa soal siasat hari ini, kira-kira 40 penyokong Fahmi menunggu di luar Ibu pejabat polis itu sejak pukul 4 petang. -mkini
Read More

BN Tonggang Terbalik di PENGHUJUNG Benua Asia pulak! "Di mana bisanya Ahmad Maslan skrg?"

Isnin, 29 Februari 2016
Tanjung Piai merupakan tanah paling selatan di benua Asia. Ia terletak dalam mukim Kukup, daerah Pontian, Johor.








Di mana bisanya Ahmad Maslan skrg !!! Tanpanya sunyi BEKU politik tanahairku..
WE WANT AHMAD MASLAN !!!
WE LOVE YOU... ðŸ˜‚ ðŸ˜‚ 
😂
Read More

"PAS & UMNO hendak berbaik" - Hadi Tidak Akan Sertai Himpunan Anti-Najib.

Ahad, 28 Februari 2016

Hadi Tidak Akan Sertai Himpunan Anti-Najib Kerana PAS Dan UMNO Hendak Berbaik

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau tidak akan menyertai sebarang himpunan bagi mendesak supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatannya.

“Saya anti Umno tetapi tidak (anti) orang Umno, orang Umno tidak, orang Umno kita (Pas) hendak berbaik. Ada pun parti Umno sudah banyak (buat) kesilapan. (Oleh itu) saya tidak mahu terlibat dalam himpunan (anti-Najib) itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian selepas melepaskan peserta acara Langkah Harap sempena program Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.3 di Padang Mengkuang, semalam.

Sebelum ini, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menyuarakan hasrat untuk menganjurkan satu perhimpunan bagi mendesak merdana menteri berundur

Bagaimanapun, Zaid berkata, acara yang dijadualkan pada 27 Mac itu bukan merupakan bantahan awam tetapi satu acara ‘tertutup’ dan atas ‘jemputan sahaja’ kepada kira-kira 1,000 orang.

“Saya lihat ramai masih bercakap mengenai perhimpunan pada 27 Mac, ia sebenarnya satu perjumpaan pemimpin dalam suasana tertutup.

“Saya tidak pernah kata ia akan menjadi protes jalanan atau perhimpunan awam. Saya bukannya seperti Bersih,” tulis Zaid dalam tweetnya sebelum ini. - mkini
BLM.
Read More

'Perhimpunan Anti- Najib' - Rafizi minta Hadi tidak beri gambaran PAS sokong salah laku Najib.

Ahad, 28 Februari 2016

Tindakan Hadi seolah-olah sokong salah laku Najib

Rafizi minta Hadi tidak beri gambaran PAS sokong Najib

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berharap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menghantar isyarat mengelirukan bahawa parti Islam itu menyokong skandal membelenggu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Rafizi berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Abdul Hadi dalam Sinar Harianhari ini yang mengatakan tidak akan menghadiri perhimpunan anti- Najib pada 27 Mac ini.

Menurut Rafizi, beliau sendiri menyatakan persetujuan supaya perdana menteri meletakkan jawatannya pada himpunan tersebut.

"Saya harap Datuk Seri Hadi Awang juga akan turut sama, supaya rakyat tidak terkeliru seolah-olah beliau/PAS mempertahankan Datuk Seri Najib Tun Razak pada kala kemarahan rakyat terhadap Perdana Menteri makin memuncak," katanya dalam Facebook hari ini.
Rafizi berkata, beliau jarang mengulas mengenai PAS atau Abdul Hadi kerana menghormati sumbangannya kepada pembangkang sejak puluhan tahun, tetapi beliau dihujani dengan pertanyaan mengenai kenyataan terbaru pemimpin PAS itu.

Ahli Parlimen Pandan berkata beliau tidak bersetuju dengan pendirian terbaru Hadi Awang iaitu "menolak parti Umno, tetapi berkawan dengan orang (pemimpin) Umno".

"Sepanjang sejarah Umno terutamanya selepas merdeka, sebenarnya pimpinan Umno itulah yang mencorakkan hala tuju dan pendekatan Umno. Sebab itu setiap kali Umno bertukar Presiden, setiap kalilah Umno bertukar.

"Maka bagi saya, kemudaratan yang dibawa oleh Umno kepada rakyat sebenarnya berbalik kepada jenis orang yang menjadi presiden/pemimpin Umno.

"Jika presiden Umno itu kasar, tidak mementingkan rakyat dan taksub dengan kuasa - maka Umno (dan kerajaan) pun akan kasar, tidak mementingkan rakyat dan taksub dengan kuasa," katanya.

Atas sebab ini, Rafizi berkata beliau telah memberi tumpuan terhadap kritikannya ke atas Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau turut menyenaraikan keputusan yang disifatkan menindas rakyat dan berlaku ketika Najib menjadi presiden Umno.

Antaranya dengan memperkenalkan Cukai Barangan Dan Perhidmatan (GST), menghentikan biasiswa, memansuhkan subsidi minyak, dan menyebabkan hutang 1MDB mencecah RM42 bilion.

Selain itu, katanya, harta negara seperti tanah dan stesen janakuasa elektrik bertukar tangan kepada syarikat asing dan kemewahan melampau melibatkan pembelian jet baru dan rombongan ke luar negara yang ditanggung rakyat. - mkini
BLM.
Read More

Saturday, 27 February 2016

FBI siasat 1MDB – Penyiasat Antarabangsa, L Burke Files memberitahu New York Post.

Sabtu, 27 Februari 2016
MANA SATU BOHONG ???
Anda sendiri boleh nilaikannya...

Makin lama Najib terajui negara, makin byklah segala kebobrokan & kepincangan Najib & BN akan terbongkar satu persatu...

FBI siasat 1MDB – New York Post

fbi-1mdb
PETALING JAYA: Pegawai Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) semakin hampir membongkar skandal kewangan berkaitan Goldman Sachs and 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Penyiasat antarabangsa, L Burke Files memberitahu New York Post, FBI dalam usaha memperoleh dokumen sensitif dan mengenalpasti saksi dalam siasatan kes yang membabitkan pengerusi sebuah bank di Asia Tenggara iaitu Tim Leissner, 45

Perkara itu dilaporkan Bloomberg semalam, bahawa Leissner sudah meninggalkan firma perbankan dan ia disahkan jurucakap Goldman Sachs tanpa mengulas lanjut sebarang perkembangan mengenainya.

Sementara itu, Files dilaporkan sebagai berkata, “sumber memberitahu saya bahawa Kerajaan AS juga sedang menyiasat 1MDB meliputi pelbagai aspek dan aktif dalam mendapatkan dokumen dan mengenalpasti saksi berpotensi dari seluruh dunia.”

Goldman Sachs dan Leissner dikaitkan dengan kontroversi 1MDB berikutan hubungan rapat dengan pegawai tinggi kerajaan di Malaysia, yang mana menyaksikan badan perundangan dari beberapa negara menyiasat syarikat pelaburan itu kerana disyaki terbabit dalam pengubahan wang haram.

Beberapa laporan media antarabangsa juga ada menyebut bahawa Goldman Sachs mengenakan caj pada ‘kadar yang sangat tinggi’ terhadap transaksi kewangan yang dibuat 1MDB.

Leissner yang sudah bersama Goldman Sachs selama 18 tahun juga dilaporkan menjana keuntungan berjumlah jutaan ringgit hasil urusannya dengan 1MDB.

Sementara itu, New York Post melaporkan bahawa FBI enggan mengesahkan dan mengulas lanjut mengenai dakwaan siasatan itu. Wakil Goldman Sachs juga enggan memberikan sebarang komen, lapor akhbar yang berpangkalan di AS itu.
KedahLanie.
Read More

[Video] "Gaji guru2 ni dibayar oleh parti Umno ker?" Engko neh tau ker wanita amno oii!, Samsung tutup kilang di Seremban & Nasib penoreh getah yang tertekan.

Sabtu, 27 Februari 2016

Page Liked · 6 hrs · Edited 

Guru2 ni kerja ngan kerajaan ker kerja dengan umno...?

Gaji guru2 ni dibayar oleh kerajaan ker dibayar oleh parti Umno...?


Hok nei kamu wanita amno tak nak tolong ker?

Berapa ramai hilang kerja? Jadi berapa ramai akan menganggur? Nak masuk bangla lagi...??

Samsung tutup kilang di Seremban

BERNAMA
Kuala Lumpur: Samsung akan menamatkan operasi Samsung Electronics Display Malaysia (SDMA), kilang kemudahan televisyennya (TV) di Seremban, Negeri Sembilan, April ini.
Bagaimanapun, syarikat itu menegaskan penutupan kilang pengeluaran TV itu tidak menjejaskan perniagaan lain di Malaysia yang mempunyai lebih 5,000 pekerja.
Langkah itu, susulan pelaksanaan pelan strategiknya menambah baik keseluruhan kecekapan perniagaan akan menjejaskan kira-kira 620 kakitangan, kata syarikat berkenaan dalam satu kenyataan.
"Seramai 475 warga Malaysia dan 145 pekerja asing yang bekerja di kilang itu akan menerima pakej pampasan yang adil dan berpatutan," kata syarikat itu.
Perniagaan lain di Malaysia termasuk pembuatan oven gelombang mikro Samsung Electronics dan bateri Samsung SDI.
Samsung berkata, ia akan terus menjual TV di Malaysia, dan produk TV pelanggan sedia ada dan baru akan terus disenggara Samsung Customer Care Network yang terus kekal.
Artikel ini disiarkan pada : 
Jumaat, 26 Februari 2016 @ 9:30 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/118383?m=1#sthash.XWoUUkB8.dpuf
Engko wanita amno oii, mai tengok neh!
Nasib Pengusaha & Penoreh Getah yang tertekan 

3 perhimpunan telah dilakukan oleh Pengusaha & Penoreh Getah di Baling sebelum ini.

Pertama di Pekan Baling pada 1 Februari 2016 & perhimpunan kedua pada 7 Februari 2016 di Weng. Perhimpunan ketiga pula diadakan di Kuala Pegang, Kupang.
Hari ini Pengusaha & Penoreh Getah meluahkan perasaan kesal terhadap Kerajaan yang sehingga kini gagal memperjuangkan nasib Pengusaha & Penoreh Getah yang tertekan dengan penurunan harga getah.
Turut hadir adalah Pengerusi Pergetah Saudara Taufik Yaacob.
Rujuk gambar & video.
Sabtu.
3.30 petang.
28 Februari 2016.
Pekan Baru Kampung Lalang, Baling, Kedah Darul Aman.
Read More

Peluang terakhir gerakan pembaharuan sebelum PRU-14..."Menolak institusi politik yang korup."

Sabtu, 27 Februari 2016

Peluang terakhir gerakan pembaharuan sebelum PRU-14

Ini merupakan peluang terakhir rakyat yang mahukan perubahan menaruh harapan terhadap pimpinan politik kedua-dua untuk bergerak bersama melakukan perubahan sebelum menjelang Pilihan Raya Umum (PRU-14).
anwar-muhyiddin
Oleh Ooi Heng
Kenyataan pertama Tan Sri Muhyiddin Yassin setelah digantung jawatan Timbalan Presiden UMNO seiring dengan kenyataan terkini Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mereka mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya berundur, pada masa yang sama, menolak institusi politik yang korup dan menuntut pembaharuan.
Semalam, Selangorkini melaporkan pesanan Anwar yang disampaikan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika berucap pada program Halaqah Ilmu, di kediamannya di Bukit Segambut.
Menurut Wan Azizah, Anwar memesan bahawa, langkah terbaik menyelamatkan Malaysia adalah menukar seluruh sistem negara dan bukannya sekadar seorang individu sahaja.
Hari ini, kenyataan pertama Muhyiddin setelah dipecat kelihatan seiring dengan kenyataan Anwar.
Menurut laporan Malaysiakini, kenyataan Muhyiddin berbunyi seperti berikut:
“Jika kita mahu melihat Malaysia kembali menjadi sebuah negara yang dihormati dan rakyat menikmati kehidupan yang lebih sejahtera, maka kita mestilah bersedia untuk bersama-sama menuntut perubahan. Ia bukan sekadar mendesak perdana menteri supaya berundur, tetapi menolak institusi politik yang telah gagal dalam memenuhi aspirasi rakyat.
Semenjak siri pendedahan dilakukan berkenaan kes 1MDB dan seterusnya kes RM2.6 bilion oleh media tempatan dan antarabangsa, cukup ramai rakyat Malaysia yang kecewa dengan situasi negara.
Perkembangan merisaukan telah berlaku di mana satu demi satu media yang melaporkan berita melibatkan pentadbiran tertinggi negara telah diambil tindakan, antaranya termasuk The Edge dan Sarawak Report, sehingga yang terkini The Malaysian Insider.
Namun, harapan rakyat yang mahukan perubahan dan pembaharuan terkilan kerana dalam situasi sebegitu, dan dalam konteks perpecahan pihak oposisi, seolah-olah tuntutan rakyat tidak dapat diterjemahkan sebagai gerakan massa dan tindakan politik yang berkesan.
Pihak-pihak yang mengikut perkembangan politik negara secara dekat tahu akan peri pentingnya peranan Anwar dan betapa pengemblengan tenaga melibatkan semua pihak yang mahukan perubahan dan pembaharuan, termasuk semua parti oposis, semua pemimpin dan mantan pemimpin parti pemerintah yang mahukan perubahan, semua akar umbi, pihak masyarakat madani dan masyarakat massa, adalah faktor penting untuk menjayakan impian dan tuntutan perubahan.
Berikutan kenyataan pertama Muhyiddin yang jelas seiring dengan kenyataan Anwar, kini tiba masanya semua pihak berkaitan bergerak bersama menuntut perubahan dan pembaharuan.
Badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) berpendapat, ini merupakan peluang terakhir rakyat yang mahukan perubahan menaruh harapan terhadap pimpinan politik kedua-dua belah pihak dan masyarakat madani untuk bergerak bersama melakukan sesuatu yang penting dan bermakna sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Jika kiranya pemimpin parti politik terus angkuh dan bergerak sendiri dengan tindakan politik yang mengecewakan rakyat, KPRU khuatir, sokongan rakyat akan berlerai menjelang PRU-14.
Ooi Heng adalah Pengarah Eksekutif Badan Pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU).
Di atas kepercayaan kebebasan bersuara tanpa wasangka, FMT cuba untuk berkongsi pandangan dengan pihak ketiga. Artikel yang disiarkan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mempunyai kaitan dengan FMT
Read More

Salute The Malaysian Insider! Konsisten melaporkan skandal 1MDB dan RM2.6 bilion...Akhirnya, BN menyekat portal ini.

Sabtu, 27 Februari 2016
Salute The Malaysian Insider
Yang konsisten melaporkan skandal 1MDB dan RM2.6 bilion..Kini Menjadi kerakusan Kerajaan UMNO BN..menyekat portal ini..
I just discovered Menteri dan pembesar UMNO yang bermati-matian sokong PM memerlukan hanya satu kriteria utk terus dipilih.
Sokongan buta.
Tengok Ku Nan. Punyalah bijak pandai.
Golongan gelandangan, dia tak bagi NGO bagi makan radius Kuala Lumpur supaya bandar KL bersih. Orang meroyan barulah dia flip flop. Ye la kan, dia amat cukup makan di rumah. Manalah tahu perasaan orang yang tak cukup makan.
Nak atasi masaalah Mat Rempit, dia cadangkan Mat Rempit berlumba atas jalanraya. Kalaulah ade skala tak pandai, Ku Nan adalah ikon.
Tapi Ku Nan disimpan pasal dia sokong ketua tahap ultraman.
Siapa ketua penerangan UMNO baru..?
Annuar Musa.
Dia gagal mentadbir KAFA sampaikan Datuk Vida kena tolong.
Patut orang sebegini kena cold storage.
Dia sebenarnya tak layak jadi ketua penerangan pasal dia out of touch dengan masaalah parti.
Sekarang dia menjadi ketua penerangan UMNO yang tidak effektif.
Siapa ketua Siber UMNO..?
Ahmad Maslan.
Orang yang paling kena bantai dalam media sosial kini menjadi General UMNO utk perangi musuh di media sosial.
Keputusan yang paling tak pandai dlm sejarah politik UMNO.
Akibat drp ini, persepsi orang terhadap PM di media sosial menjadi semakin buruk.
Ini semua pasal orang yang tidak layak dipilih menjadi pilihan.
Icing atas kek adalah pemilihan Ahmad Bashah sebagai ahli majlis tertinggi UMNO.
Sekolah setakat SRP, kantol tidur beberapa kali dan kriteria pemilihan adalah dia sokong ketua.
Imagine, kerani bawahan pun kena lulusan SPM.
Kalaulah BN kalah PRU14 nanti, tolong jangan terperanjat.
Kesemuanya bermula drp pemilihan ketua-ketua yang tak menepati spesifikasi dan hanya berdasar kepada ketaksuban kepada pemimpin.
Macai ameno yg menyesal
Read More

Mulanya Dasar Pro-Barat, Kendian Dasar Pandang Ketimur & akhirnya DASAR KE LAUT..."Saksikan akan kemunculan diktator baru, ah!"

Sabtu, 27 Februari 2016


Di zaman Mahathir jadi PM, rakyat Malaysia yang hanya berkelulusan SPM merasa juga lah kerja di kilang² yang tumbuh merata ceruk negara...

TETAPI..

Zaman Najib jadi PM, rakyat Malaysia yang ada phD, profesor pun kena buang kerja. Apatah lagi yang ada ijazah ataupun diploma. Lagi la tak ada kerja. Yang tiada kelulusan tapi terjamin kerja.. Dapat kerja jadi menteri besar lagi.. hanya utk Ahmad Bashah... ITULAH DASAR KE LAUT...


Like This Page · 2 hrs 

 Ya ker... Betullah tu bukan Kuku Besi sebab dah upgrade pada Tukul Besi... 
smile emoticon

Kita sedang saksi kemunculan diktator baru, kata Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak sedang mengukuhkan kuasanya dan bekas timbalan perdana menteri itu memberi amaran tentang kemunculan diktator baru.
"Kita sebenarnya sedang menyaksikan keruntuhan institusi demokrasi dan kemunculan seorang diktator baru," kata Muhyiddin dalam satu kenyataan pagi ini.
Muhyiddin mengeluarkan kenyataan tersebut selepas Majlis Tertinggi Umno menggantungnya dari jawatan pemimpin nombor dua parti itu kerana kritikannya terhadap Najib.
Bekas timbalan perdana menteri itu mensasarkan Najib selepas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menolak untuk mendakwa perdana menteri atas dakwaan menerima RM42 juta dari syarikat milik negara SRC International dan RM2.6 bilion daripada satu akaun luar pesisir.
"Hanya kerana dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat perdana menteri, peguam negara tidak berani mendakwa Najib
"Institusi seperti SPRM dan Bank Negara tidak dapat berfungsi dengan sempurna kerana ditekan oleh mereka yang berkuasa.
"Akta Majlis Keselamatan Negara pula digubal untuk memberi kuasa kepada perdana menteri mengisytiharkan kawasan keselamatan yang impaknya sama seperti pengisytiharan darurat.," kata Muhyiddin.
Menurutnya lagi, hari demi hari, kredibiliti dan imej negara juga semakin terjejas.
"Keadaan ekonomi semakin tidak menentu, rakyat dihimpit masalah kos sara hidup yang semakin meningkat manakala ruang demokrasi dan kebebasan semakin tertutup.
"Mereka yang lantang mengkritik Najib ditahan di bawah undang-undang keselamatan, portal berita atas talian disekat dan suara-suara yang menentang ditekan dengan pelbagai ugutan," katanya lagi.
Bagaimanapun, Muhyiddin berkata beliau bersedia untuk bersama dengan rakyat untuk menentang kezaliman.
"Rakyat mesti bangkit untuk menentang kezaliman dan kemungkaran. Selamatkanlah Malaysia.
"Saya bersedia untuk bersama-sama anda dalam perjuangan ini. Jangan takut kerana yang Maha Berkuasa ialah Allah s.w.t.
Malaysiakini.
😂😂
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena