Tuesday, 31 May 2016

[Video] Pemuda Pas: 'Cukuplah PAS dipergunakan DAP, PKR dulu'...Amacam PKR?

Selasa, 31 Mei 2016




'Pahlawan Melayu' di muktamar Pemuda PAS hari ini

Muktamar Pemuda PAS di Kelantan hari ini menyaksikan kelainan apabila pemimpin kanannya tampil dengan pakaian seperti pahlawan Melayu.

Penampilan ketuanya Nik Abduh Nik Mat yang sebelum ini selalu tampil berkopiah hari ini nyata berbeza.

Angota parlimen Pasir Mas itu bahkan bertanjak dan menyelit keris di pinggang.
Keadaan ini berbeza dengan sebelumnya apabila pemimpin PAS lebih selesa dengan imej biasa mereka berkopiah putih, berserban dan berjubah.

Ini muktamar pertama PAS selepas meninggalkan gabungan dengan PKR dan DAP dan membentuk blok baru dengan parti kecil Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).

Muktamar ini berlangsung menjelang dua pilihan raya kecil bulan depan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang ditandingi mereka.

Kedua-dua kawasan itu mempunyai majoriti pengundi Melayu.
KDL.

Suara Rakyat faham betul2 posting ini.. Posting ini menyatakan pemimpin2 PAS berpakaian spt pahlawan Melayu YANG BERTANJAK & BERKERIS semasa Muktamar Pemuda PAS..

Ada tak arwah TGNA berpakaian sebegini semasa Muktamar Pemuda PAS ??!!


Nak komen tu biarlah bertepatan dgn posting yg dipaparkan. ATAU mmg suka SPIN dgn FAKTA yg dipaparkan..

Nak tunjuk pic ?? Bgtau tau kami DAN tunjukkan kami pic mana arwah TGNA pernah berpakaian sebegini semasa Muktamar Pemuda PAS ??!!


Pemuda PAS ikrar 'seribu langkah' di kerusi PKR, DAP

Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berharap pucuk kepimpinan parti mengkaji semula agihan kerusi parlimen dan dewan undangan negeri (DUN) pada pilihan raya akan datang.
Menurut beliau, ‎pembahagian kerusi wajar mengambil kira kekuatan jentera parti di kerusi yang ditandingi di samping pola sokongan pengundi mengikut komposisi umur dan tahap pendidikan.
"Cukuplah pengalaman lalu menjadi pengajaran, di mana tenaga ahli kita yang ikhlas dan patuh diperguna oleh rakan-rakan demi mencapai kemenangan.
"Kemudian ditinggalkan begitu sahaja," katanya ketika menyampaikan ucaptama Muktamar DPPM ke-57 di Kota Bharu hari ini.
Justeru katanya, sekiranya kepimpinan parti mengambil satu langkah berani untuk bertanding di kerusi yang selama ini dipinjamkan kepada PKR dan DAP‎, Pemuda PAS berikrar dan berjanji 'mengambil seribu satu langkah'.
Malaysiakini
Read More

'Sekelip mata'...Selepas berpecah, Pas jadi pahlawan Melayu pulak?

Selasa, 31 Mei 2016
Page Liked · 14 mins

Admin cuma nak korang komen , apa yang menariknya dengan gambar ni..

Slps pemergian Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz , macam-macam dah berubah dgn sekelip mata...

pas yang kini..bukan yang dulu...
Oii la hai Panglima PAS...Jubah mana jubah..
Lebai mana lebai...Kahkahkah..
Ni nak buat cabutan berkat ke kayuhan berkat ke atau nak buat silat berkat? Nak bersilat syarie' ke?
Dari kiri berpakaian kepahlawanan Melayu Datuk Syed Ali Alhabshee, Datuk Seri Najib( dalam pakaian Melayu biasa), Datuk Zahid Hamidi dan Tengku Adnan Tengku ...zamkata.blogspot.com

Pas membuat perubahan besar selepas berpecah iaitu menjadi pahlawan Melayu.
Pas membuat perubahan besar selepas berpecah iaitu menjadi pahlawan Melayu.
Selepas berpecah dalam muktamar tahun lalu, pemimpin Pas membuat perubahan besar dalam muktamar mereka tahun ini, dari berjubah kini mereka berpakaian pahlawan Melayu lengkap berkeris dan bertanjak.
Pakaian ini menjadi satu yang luar biasa kepada sejarah muktamnar Pas kerana biasanya mereka berpakaian baju Melayu atau berjubah dalam majlis rasmi khasnya muktamar.
Ketika merasmikan Muktamar Dewan Pemuda Pas hari ini, semua pemimpin Pas termasuk Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang merasmikan muktamar itu berpakaian pahlawan Melayu lengkap.
Turut berpakaian demikian adalah Ketua Pemuda, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, timbalannya, Mohd Khalil Abdul Hadi dan naibnya, Khairul Nizam Khirudin.
Ke empat-empat mereka diarak bagaikan pahlawan Melayu dalam majlis perasmian  muktamar Dewan Pemuda Pas yang berlangsungnya petang ini.
Muktamar Tahunan PAS ke 62 bagi tahun 2016 dimulakan petang ini dengan acara perasmian Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Pusat pada petang ini, 31 Jun 2016.
Ia akan disusuli dengan perasmian Muktamar Tahunan Dewan Ulama dan Dewan Muslimat pada malam ini.
Malam esok 1 Jun 2016, semua perwakilan akan hadir untuk mendengar Taklimat Khas Presiden yang merupakan suatu pembaharuan dalam susun atur acara muktamar.
Pada pagi 2 Jun 2016 acara kemuncak perasmian Muktamar Tahunan PAS ke 62 akan berlangsung dengan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberikan ucapan dasar muktamar kali ini.
Muktamar ini sangat penting untuk menentukan hala tuju Pas selepas parti itu berpecah dua selepas mukatamar tahun lalu apabila kumpulan profesional yang dikenali kumpulan erdogan disingkir secara blok dari kepimpinan Pas di semua tempat.
Kumpulan ini kemudiannya menubuhkan Amanah dan bergabung dengan PKR dan DAP membentuk Pakatan Harapan yang menyebabkan Pas terpinggir.
Read More

Majlis Pengisytiharan Calon PH PRK Sg Besar & K Kangsar..."Obor ISLAM FOR ALL kini sudah berada ditangan AMANAH".

Selasa, 31 Mei 2016
Majlis Pengisytiharan Calon Pakatan Harapan PRK Sungai Besar. Semua Dijemput Hadir. Sebarkan semaksima mungkin!

Majlis Pengisytiharan Calon Pakatan Harapan PRK Kuala Kangsar. Semua Dijemput Hadir. Sebarkan semaksima mungkin!

Baru Diumumkan Calon, Dr.Rani Dah Serang Mat Sabu & AMANAH


Baru saja nama diumumkan sebagai calon, Dr.Rani terus menyerang Presiden AMANAH. 

Punyalah "baik" sikap beliau yang memasuki bakul dan mengaku dirinya seorang yang penyabar dan berjanji “tidak akan mencampak mikrofon sewaktu berucap”. 

Apabila seorang yang dulunya dianggap baik tetapi berada di dalam kumpulan yang ketuanya suka memaki hamun, maka sifat pemimpin itulah yang akan menempiasi dirinya
Pepatah arab menyebut “an-aaasu ‘ala diini muluukihim” yang ertinya manusia (rakyat) itu mengikuti agama (akhlak) para pemimpin mereka 

Berkata Imam Ghazali pula:
"Rosaknya Rakyat kerana rosaknya pemimpin, rosaknya pemimpin kerana rosaknya ulamak" 

Maka tidak hairanlah kita untuk mendapati begitu ramai ahli-ahli PAS yang memfitnah dan memaki hamun... 

Sebenarnya ada banyak kisah mengenai Dr.Rani tetapi kita tidak berkempen dengan membuat serangan peribadi seperti yang beliau lakukan. 

Ini tidak, Mohammad Sabu belum pun dinamakan sebagai calon AMANAH di Sungai Besar, Dr.Rani sudah mengambil sikap "menyerangnya" walaupun dia faham Mohamad Sabu mencampakkan mikrofon itu hanya sebagai satu gimik untuk menyeru rakyat supaya bangkit menentang kezaliman UMNO

Jadi kita dapat melihat "keresahan" Dr.Rani sendiri jika AMANAH menghantar calon untuk bertanding di Sungai Besar apatah lagi jika Mohamad Sabu yang dinamakan sebagai calon 

Seperti yang GB ulas sebelum ini, Dr.Rani sendiri ditewaskan sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Kapar di dalam muktamar yang lalu oleh golongan yang mengaku pro-ulama. 

Kini kerana PAS tiada calon ulama yang berwibawa untuk bertanding di Sungai Besar, maka Dr.Rani dikutip semula untuk menggalas tugas mewakili PAS di dalam PRK tersebut. 

Kebanyakan golongan profesyenal di dalam PAS sudah menubuhkan sebuah parti Islam yang lain, Parti Amanah Negara namanya, sebuah parti yang lebih amanah, progresif dan peduli yang dipimpin oleh penasihat-penasihat dari kalangan ulamak yang bertaraf dunia juga, Ustaz Ahmad Awang, Ustaz Abdul Ghani Samsuddin dan ramai lagi di dalam saf kepimpinan seperti Dr. Mujahid Yusof, Ust Hasanuddin Yunos, Dr.Hassan Baharum yang jauh dari akhlak yang rendah seperti memaki hamun dan memfitnah. 

PAS sudah tidak lagi berupaya memegang obor "PAS FOR ALL" yang telah diperkenalkan oleh golongan progresif di dalam PAS satu ketika dulu. Obor itu telah dicampakkan ke longkang. Jika ada ahli PAS yang menggunakannya, ia hanyalah tempelan yang bertujuan untuk menipu dan memperdayakan rakyat. 

Bagi PAS, parti mereka hanya untuk "geng ulamak", geng yang boleh memaki-hamun dan memfitnah, geng yang boleh mengkafir malah melaknat orang sesuka hati. 

Obor ISLAM FOR ALL itu kini sudah berada ditangan AMANAH dan insyaAllah keindahan dan keperkasaan Islam itu akan dapat dilihat oleh seluruh rakyat, Islam dan bukan Islam. 
Dicatat oleh 
Read More

Monday, 30 May 2016

Huis, tangkas! Apa dibuatnya Nizar di Warong kopi Seberang Manong pulak ni? GADUH JANGAN TAK GADUH! Bilyon Bilyon.

Selasa, 31 Mei 2016
Bilyon Bilyon

ULASAN:

Tanpa Nama berkata...
Ketam Sesama Ketam

SOTONG Sesama SOTONG

Ketam dan SOTONG ini RACUN

Kolesterol TiNGGI

Dapat GHOUT pulak nanti

Jadi MP aka MANGKOK PULON memang boleh kaya raya lah

Bilyon Bilyon

Udah TERBUKTI

TUN kata NAJIS

TAIK nilai BILYON BILYON , juta juta MELAYU sudah GILA TAIK

Dunya Dunya
POSTED BY TUKAR TIUB 

AWAN Nasional shared AWAN Perak's
Salam ukwah.
Program Ramah Santai Datuk Seri Nizar bersama Awan di Seberang Manong pagi tadi , menyelami masalah rakyat & bertukar2 pandangan sambil memperkenalkan Amanah kpd masyarakat setempat.
Semoga Allah permudahkan segala urusan Amanah membela nasib rakyat..amin.
GADUH JANGAN TAK GADUH

Anak jati Kuala Kangsar mohon BN tukar calon

  | May 30, 2016
Hanya beri kelebihan pada PAS sekiranya Mastura kekal calon BN



PETALING JAYA: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak,  Zambry Abd Kadir digesa supaya menukar calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar.
Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Syed Rosli Jamalullail membuat gesaan itu kerana merasakan pemilihan Mastura Mohd Yazid hanya memberi kelebihan kepada PAS.
“Saya anak jati Kuala Kangsar dan dibesarkan di sana dan saya merasakan tindakan yang dibuat pucuk pimpinan terutama Zambry amat memeranjatkan dan ini sebenarnya berkemungkinan memberi impak yang negatif kepada UMNO dan BN.
“Ada masa lagi tukar calon lain. Saya sebagai anak jati Kuala Kangsar mohon pucuk pimpinan menukar calon sebelum penamaan calon pada 5 Jun ini,” katanya kepada FMT.
MACAM ADA

KONSPIRASI

NAK BAGI

HADI MENANG

KAH KAH KAH
Read More

Hamidah Osman: BN melawak? AMANAH tidak gerun 3 penjuru di Sg Besar

Selasa, 31 Mei 2016

AMANAH tidak gerun 3 penjuru di Sungai Besar

 | May 30, 2016
Parti letak calon untuk memberikan alternatif lebih baik kerana pengundi Melayu mungkin tidak mahu mengundi BN atau PAS.
Khalid-Samad
PETALING JAYA: AMANAH menolak pendapat sesetengah pihak yang mengatakan pertembungan tiga penjuru di PRK Sungai Besar akan memberi kemenangan kepada calon BN.
Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Abdul Samad berkata parti itu akan meletakkan calon sesuai untuk memberikan alternatif lebih baik kerana pengundi Melayu mungkin tidak mahu mengundi BN atau PAS.
“Sebab itu, kita letakkan calon supaya beri satu alternatif yang lebih baik dan meyakinkan kepada pengundi kerana kami melihat undi Melayu belum tentu kekal pada BN.
“Kita juga yakin undi Melayu takkan pergi kepada PAS kerana mereka juga seperti BN, sebaliknya undi berkenaan pergi kepada AMANAH atau Pakatan Harapan,” katanya kepada Sinar Harian.
Malah, Khalid berkata beliau yakin pertembungan tiga penjuru pasti berlaku di Sungai Besar walaupun tanpa AMANAH bertanding di situ.
“AMANAH sejak kelahirannya sudah tahu soal tiga penjuru ini kemungkinan dan masalah timbul apabila PAS mempunyai satu sikap keras kerana tak mahu bekerjasama.
“Kalau AMANAH tak ada, tiga penjuru tetap akan berlaku sama ada dengan BN, PAS, DAP atau PKR,” katanya.
Sabtu lalu, BN mengumumkan ADUN Sungai Panjang Budiman Mohd Zohdi sebagai calon, manakala PAS menamakan ADUN Meru Dr Rani Osman mewakili parti itu untuk merebut kerusi Parlimen Sungai Besar.
AMANAH dijangka mengumumkan calonnya pada Rabu ini bagi melengkapkan senarai pertembungan tiga penjuru.
Kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kosong susulan penyandangnya maut dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak awal bulan ini. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari mengundi pada 18 Jun.
FMT

BN melawak letak calon untuk raih simpati – Hamidah Osman

 | May 30, 2016
Pencalonan Mastura hanya untuk meraih undi simpati rakyat, sekaligus sanggup mengadai perjuangan asal BN.
hamidah-osman
PETALING JAYA: Keputusan Barisan Nasional (BN) mencalonkan Datin Mastura Mohd Yazid sebagai calon BN bagi PRK Parlimen Kuala Kangsar dilihat sebagai satu lawak jenaka pucuk pimpinan parti itu.
Bekas Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman berkata demikian selepas mendapati ramai akar umbi parti itu sendiri tidak bersetuju dengan pencalonan Mastura, balu bekas Ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang meninggal dunia dalam nahas helikopter baru-baru ini.
Katanya, pencalonan Mastura hanyalah untuk meraih undi simpati rakyat, sekaligus sanggup mengadai perjuangan asal BN sebelum ini yang sentiasa mengetegah calon berkaliber dan mampu berkhidmat untuk rakyat.
“Saya pun tak faham apa strategi BN dengan meletakkan Datin Mastura sebagai calon.
“Strategi meraih simpati itu sudah lari daripada strategi asal UMNO dan BN yang mahu meletakkan calon yang mampu berkhidmat untuk rakyat dan menyumbang tenaga.
“Ia menunjukkan UMNO dan BN sudah tenat sehingga terpaksa guna elemen simpati untuk menarik undi,” katanya yang turut menegaskan Mastura masih tidak cukup pengalaman dalam bidang politik.
Tambahnya lagi, proses berkempen adalah penting untuk calon mengambil tahu dan melihat sendiri permasalahan rakyat demi melakukan perubahan selepas dipilih menjadi Ahli Parlimen.
“Namun, halangan (temph edah) Mastura tidak turun berkempen dikhuatiri akan menjadi kekurangan. Saya juga tidak yakin rakyat akan mengundi calon BN atas dasar simpati. Ini bukan medan mencari simpati dan keadaan Mastura sebagai balu sepatutnya diberi sokongan bukan digunakan sebagai strategi menang pilihanraya,” katanya kepada FMT.
Ekoran itu, Hamidah yang juga bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng turut menjangkakan pengundi Kuala Kangsar akan berubah angin menolak BN dan memilih calon PAS yang dilihat mampu membawa suara rakyat berbanding BN.
“Sokongan rakyat kepada calon pembangkang (PAS) bukan kerana mereka suka pembangkang tetapi mereka tidak suka calon BN. Selain itu, mereka juga tiada pilihan. Situasi dan isu semasa seolah-olah membolehkan calon PAS berpeluang untuk menang.
“Ini ditambah dengan isu Datuk Seri Najib Razak yang semua sedia maklum diikuti kemarahan penduduk Kuala Kangsar yang kebanyakannya penoreh getah dan menanam kelapa sawit di mana harga getah dan kelapa sawit turun sehingga menekan hidup mereka.
“Akar umbi BN juga tidak bersetuju dengan pencalonan Mastura dan mengajak penduduk mengundi calon yang tidak ada edah (pembangkang),” katanya.
Terdahulu, Mastura tampil membuat permohonan maaf kepada seluruh jentera parti kerana tidak dapat menyertai kempen yang dijadual bermula 5 Jun depan.
Mastura, 55, berkata beliau mengambil keputusan itu kerana masih berada dalam tempoh edah selama empat bulan 10 hari sebagaimana yang ditetapkan hukum Islam bila seseorang wanita kematian suami.
 FMT.
Read More

GEMPAR! Mosang King (貓山皇) & GFI - Aliran keluar wang haram, Malaysia 'hilang' RM1,800,000,000,000? Apa? RM1.8 trilion!

Selasa, 31 Mei 2016
Page Liked · 10 hrs

Admin cuma nak korang komen , apa yang tak kena dengan gambar ni? 
'Makan Durian Di KLIA, Ini Bukan 'Down To Earth' Tapi Nak Menunjuk' - Netizen

Mo sang king(貓山皇), compare to the thailand mornthong(金枕). they're alot smaller in size, not as watery, deeper color(inside) but taste much stronger then thailand durian.

Ketidakhadiran calon BN dalam kempen mula timbulkan isu

Mastura calon BN Kuala Kangsar hanya berada di atas kereta tanpa boleh bertemu pengundi kerana masih dalam edah.
Mastura calon BN Kuala Kangsar hanya berada di atas kereta tanpa boleh bertemu pengundi kerana masih dalam edah.
Ketidakhadiran calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid semasa tempoh berkempen kini mula menimbulkan persoalan kepada orang ramai.
Ini menimbulkan tandatanya apakah Mastura akan terus dinamakan sebagai calon BN atau tidak menjelang penamaan calon 5 Jun ini.
Pemilihan Datin Mastura sebagai calon BN dalam PRK Kuala Kangsar bakal membuka jalan untuk lain-lain isteri wakil rakyat UMNO bertanding jika suami mereka alami nasib sama seperti Allahyarham suami Datin Mastura. Bagaimana pula keadaannya jika ia berlaku kepada MP PEKAN? Adakah isterinya akan dipilih sebagai calon mewakili BN? Jawab jangan tak jawab..hahaii...
Page Liked · 9 hrs

GEMPAR !!! Hebat Najib Razak urustadbir negara... Negara kecil tp hero aliran keluar wang haram NO.(1) di Asia Tenggara & No. (5) Dunia. Malu ah sikit kat negara2 jiran bukan Islam S'pore & Thailand.

Menurut laporan tahunan terbaru Global Financial Integrity (GFI), yang beribupejabat di Washington, Malaysia telah kehilangan jumlah terkumpul sebanyak AS$418.542 bilion (RM1.8 trilion) sejak tahun 2004.

Apa.. 'hilang' RM1,800,000,000,000 ???

Pada tahun 2013 sahaja, Malaysia kehilangan sejumlah AS$48.25 bilion, kata pemerhati kewangan global itu.

Aliran keluar modal haram, kata laporan itu, berpunca daripada pengelakan cukai, jenayah, rasuah, dan aktiviti haram lain.
Page Liked · 9 hrs

JANGAN RISAU... pakar Menteri Kewangan Malaysia, Najib Razak kata asas ekonomi negara kita MAPAN, TAK BERMASALAH & KUKUH w'pun negara dilanda krisis ekonomi .

Disbbkan ekonomi negara kita begitu kukuh lah aset2 negara pon dah tergadai ke negara komunis-China di bawah pemerintahan PALING CEKAP BN Najib Razak...

M'sia ketiga paling hampir dengan krisis kewangan Asia

Asia berada di ambang kemungkinan krisis kewangan, menurut penganalisa politik, dengan Malaysia berada di kedudukan ketiga untuk tempat ia bermula.

Berbanding dengan krisis kewangan Asian 1997 yang bermula di Thailand, penganalisa Alastair Newton berkata, krisis tersebut berlaku ekoran hutang domestik.
“Ia bukan krisis 1997 sekali lagi, bukan disebabkan oleh hutang luaran.
“Ia lebih kepada krisis Asian versi 2007 (krisis gadai janji subprima di Amerika Syarikat). Ia berkenaan hutang domestik dan kenaikan harga aset yang disebabkan kadah faedah rendah yang berterusan.
“Ini akan menjurus kepada tekanan utama dalam sistem kewangan,” katanya di Petaling Jaya, pagi ini.
Bekas duta British itu berucap semasa Persidangan Ekonomi Global 2016, yang dianjurkan oleh pasukan pemikir Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), Pusat Kajian Sosio Ekonomi (SERC).
Mendahului senarai negara-negara yang terdedah kepada krisis seumpama itu, Newton berkata, adalah China dan Hong Kong, diikuti oleh Thailand dan kemudiannya, Malaysia.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas penemuan oleh bekas rakan sekerja yang juga ahli ekonomi, Robert Subbaraman.
Subbaraman, katanya, telah mengkaji lima penunjuk berbeza mengenai risiko dalam empat sukuan sebelum ini di pelbagai negara di rantau Asia (tidak termasuk Jepun).
Bagaimanapun, Newton menjelaskan, Subbaraman tidak melihat risiko politik yang boleh menjurus kepada krisis kewangan, dan pilihan raya Majlis Undangan Hong Kong akan datang boleh kemungkinan menjadi pencetus.
“Kedua-dua kami percaya China akan menanganinya (krisis), namun risiko kelemahan adalah besar. Jika China terjebak, saya tidak perlu jelaskan betapa seriusnya keadaan itu kepada kita semua,” katanya.
Pelbagai pihak sebelum ini menyatakan kebimbangan mengenai situasi hutang di Malaysia, sama ada dalam bentuk hutang kerajaan (sebahagian besarnya hutang domestik), hutang isi rumah dan hutang korporat.
Malaysiakini
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena