Tuesday, 30 August 2016

[Video] Najib 1MDB Bukan Lagi Mencuri Tapi Merompak...Masih ramai rakyat Malaysia terbeban dengan kos harga makanan tinggi.

Rabu, 31 Ogos 2016


Masih ramai rakyat Malaysia terbeban dengan kos harga makanan tinggi.
 Astro Awani
Masih ramai rakyat Malaysia terbeban dengan kos harga makanan tinggi

KUALA LUMPUR: Harga makanan yang semakin tinggi terus menjadi faktor peningkatan bebanan kos sara hidup buat isi rumah di negara.

Laporan terbaru keadaan isi rumah Khazanah Research Insitute (KRI) menunjukkan bahawa makanan kekal sebahagian besar perbelanjaan kebanyakan isi rumah dengan kadar peningkatan harga makanan berada di tahap yang membimbangkan.

Pada 2014, lebih 94 peratus isi rumah berbelanja lebih untuk makanan dari perbelanjaan lain dan mereka yang berpendapatan rendah dari RM2,000 telah membelanjakan lebih 38 peratus dari perbelanjaan bulanan mereka untuk makanan.

Jelas, kenaikan harga makanan mempunyai kesan langsung kepada kos sara hidup.
Malah kos makanan yang semakin tinggi menyebabkan ramai rakyat Malaysia, terutamanya isi rumah berpendapatan rendah tidak mampu berbelanja untuk makanan berkhasiat yang selaras dengan Panduan Diet Malaysia.  

Kaji selidik yang dibuat mengenai keselamatan makanan di kalangan isi rumah berpendapatan rendah di Kuala Lumpur menunjukkan bahawa lebih 65 peratus isi rumah mempunyai isu dalam mengekalkan keselamatan makanan.

Ia selaras dengan laporan yang dikeluarkan Food and Agriculture Organization of the United Nations (FAO) mengenai isu ketidakselarasan dan ketidakadilan dalam pengambilan makanan berkhasiat dikalangan isi rumah mengikut keadaan sosio-ekonomi masing-masing.

Selain itu, harga makanan yang dikatakan semakin naik juga terbukti melalui perkiraan Consumer Price Index atau Indeks Harga Pengguna (IHP), dimana makanan dan minuman merupakan salah satu komposisi indeks tersebut.

Ternyata, harga makanan semakin naik melebihi paras normal indeks harga pengguna.
Kajian yang dibuat menunjukkan bahawa inflasi harga makanan dalam negara dipengaruhi harga makanan di rumah yang dikira melalui Indeks Makakan di Rumah.

Ikan dan makanan laut menyumbang 23.8 peratus dari keseluruhan indeks, diikuti bijiran pada kadar 23.2 peratus, daging, 15.5 peratus, sayur-sayuran, 11.3 peratus, produk tenusu dan telur, 9.4 peratus.

Setiap jenis produk makanan ini telah menunjukkan kenaikan harga yang ketara dari tahun 2010 hingga 2015.

Harga makanan laut dan ikan naik sehingga 30.9 peratus, produk tenusu dan telur sebanyak 23 peratus dan daging naik sehingga 18.7 peratus.

Memandangkan produk ini menyumbang 48 peratus total dalam Indeks Makanan di Rumah, kesimpulan yang boleh dibuat ternyata memberi kesan dalam indeks keseluruhan.

Selain produk tersebut, produk gula dan manisan juga semakin naik tinggi dari tahun ke tahun.

Menurut laporan tersebut, sebuah isi rumah dengan lima ahli keluarga akan membelanjakan minimum diantara RM25.21 dan RM38.45 setiap hari untuk diet yang berkhasiat.

Perkiraan ini hanya tertakluk untuk makanan yang dimasak di rumah sahaja dan tidak mengira kos memasak di rumah seperti kos pengangkutan untuk membeli barang masakan, caj eletrik, gas memasak, kos membina dan barangan dapur seperti peti sejuk dan periuk nasi.

Manakala perbelanjaan isi rumah median adalah antara RM2,946 sebulan.

Kota Kinabalu dan Kuching merekodkan kadar perbelanjaan individu paling tinggi untuk makanan berbanding negeri-negeri lain pada kadar RM6.61 dan  dan RM7.69.

Kota Bharu mempunyai kadar perbelanjaan individu untuk makanan terendah pada kadar RM5.04 diikuti Alor Setar pada kadar RM5.23.

Secara purata, isi rumah di kawasan bandar berbelanja hanya 16.4 peratus dari perbelanjaan bulanan mereka untuk makanan yang dimakan di rumah manakala isi rumah di kawasan luar bandar berbelanja sekitar 24.8 peratus dengan kadar median seluruh negara pada tahap 17.1 peratus.

Isi rumah dengan pendapatan dari RM4,000 sehingga RM4,999 hanya berbelanja RM632 untuk makanan setiap bulan.

Sejak 10 tahun kebelakangan ini, bil import negara telah meningkat dengan tinggi, dengan kadar keseluruhan import makanan dan binatang hidup meningkat dari RM1.7 billion pada tahun 2005 ke RM45.4 billion pada tahin 2015.
Ini menunjukkan peningkatan setiap tahun sebanyak 9.8 peratus.

Malaysia mengimport input pengeluaran makanan seperti makanan binatang ternakan, mesin dan benih.

Manakala, bijiran merupakan bahan makanan paling tinggi diimport pada kadar 17.2 peratus atau RM7.8 billion. Selain itu, produk makanan lain yang juga diimport dengan banyak adalah sayur-sayuran dan buah-buahan.

Sejak 2005, import daging menunjukkan peningkatan paling tinggi pada kadar 228.2 peratus atau dari RM1.1 billion pada tahun 2005 ke RM3.4 billion pada tahun 2015.

Data menunjukkan Malaysia tidak mampu mengeluarkan makanan yang cukup kecuali untuk produk daging dan ikan.

Malah, pengeluaran makanan juga semakin menurun untuk beberapa produk termasuk buah-buahan dan sayur-sayuran.

Dalam 10 tahun yang lalu juga import produk tenusu Malaysia meningkat dua kali ganda dari RM1.3billion pada tahun 2005 ke RM2.6billion pada tahun 2014.

Kebanyakkan produk yang diimport dari beberapa negara spesifik. Sebagai contoh, 70 peratus dari daging lembu dalam negara diiimport dan daging ini diimport dari dua negara sahaja iaitu Australia dan India. 54 peratus dari produk tenusu dalam pasaran di Malaysia diimport dari New Zealand dan diikuti Amerika Syarikat.

Astro Awani
Read More

[Video] 'Orang Melayu akan berubah, sekiranya Umno kalah'...Isu RM2.6 billion luntur integriti UMNO & Ini lah Pahlawan UMNO yang paling berani?

Rabu, 31 Ogos 2016


Begitulah....semangat kemerdakaan....apo nak di kata.

'Orang Melayu akan berubah, sekiranya Umno kalah'
Umno
Umno
SHAH ALAM - Perubahan terhadap orang Melayu akan berlaku sekiranya Umno kalah dalam pilihan raya.
Pengasas bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Abdul Rahman berkata, sebagai contoh seperti berlaku di Jepun , Parti Demokratik Liberal (LDP) yang sekian lama memerintah negara itu tumbang dalam pilihan raya, dan kesan daripada itu berlakunya satu perubahan besar terhadap rakyat di Jepun.
"Apa yang terbaik yang akan berlaku pada Pemuda Umno dan orang Melayu di Malaysia adalah jika Umno kalah...pemerintahan LDP penuh dengan rasuah, teruk sangat jatuh sekali orang muda dalam parti itu boleh dinaikkan, mereka yang korup tinggalkan parti itu.
"Dalam masa tersebut pilihan raya seterusnya menang melalui demokrasi yang betul, tetapi kita perlu jatuh dahulu sebelum kita boleh pergi ke hadapan," katanya dalam wacana Sinar Harian siri ke-40 berjudul ‘Politik Malaysia: Di Manakah Melayu?’, di Auditorium Sultan Muhammad ke V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.
LDP merupakan parti tunggal memerintah Jepun selama lima dekad, LDP akhirnya tumbang pada pilihan raya umum negara itu pada 30 Ogos 2009.
LDP kehilangan majoriti kerusi di Parlimen kepada parti pembangkang, Parti Demokrat Jepun (DPJ), dalam kekalahan yang disifatkan oleh kebanyakan pemerhati sebagai "revolusi politik" di negara matahari terbit itu.
Selain Syed Saddiq, barisan ahli panel lain ialah Ketua Penerangan Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari; Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii; Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Shazni Munir ( Amanah) dan Ketua Srikandi PKR, Senator Siti Aishah Shaik Ismail.
Wacana dikendalikan oleh Nazri Kahar dari Astro Awani.
Dalam pada itu, Syed Saddiq berkata,jika pembangkang hendak memenangi pilihan raya akan datang, mereka perlu adakan permuafakatan politik yang baharu.
"Saya percaya jika kita dapat wujudkan pakatan tersebut, kerana kita hanya perlu ada 4 hingga 8 peratus pengundi Melayu untuk pembangkang menang dalam pilihan raya akan datang, tetapi untuk itu berlaku perlu wujudnya satu lawan satu, jadi saya percaya wujudkan akan politik yang baharu," katanya.
Sinar Harian.
Read More

[Video] Malu beb... KECUALI BAGI MEREKA YANG SAMA-SAMA MENCURI! 'Disoal SPRM berjam-jam, tapi habuk pun tak ada'.

Rabu, 31 Ogos 2016
PAKCIK KAMPUNG MAKCIK FELDA tahu tak maksud 'KLEPTOKRASI' !!!

Kleptokrasi disimpulkan berasal daripada cantuman perkataan "KLEPET" dan "KELENTONG" yang berselindung di sebalik demokrasi.

Hanya kerana #1MDB, NAJIB RAZAK dan JHO LOW, seluruh dunia dalam sekelip mata mula mengenali negara kita sebagai negara pencuri.

Malu beb... KECUALI BAGI MEREKA YANG SAMA-SAMA MENCURI !!!

'Disoal SPRM berjam-jam, tapi habuk pun tak ada'

Tindakan demi tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akhir-akhir ini, daripada tangkapan individu bergelar Datuk Seri kepada Tan Sri, tertanya tidak memuaskan hati semua pihak.
Bagi bekas pemimpin akar umbi Umno Khairuddin Abu Hassan, suruhanjaya itu hanya “jaguh” untuk kes-kes kecil tetapi tidak berani menyentuh pemimpin utama negara Datuk Seri Najib Razak.
“SPRM kelihatan amalkan pilih-kasih!

“Selagi SPRM tidak bertindak terhadap Najib Razak yang membabitkan sejumlah duit yang amat besar masuk ke dalam akaun peribadinya; selagi itulah kredibiliti SPRM akan tercalar,” katanya.
Beliau membangkitkan laporannya pada SPRM berkaitan dakwaan berbilion-bilion wang dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.

“Saya nak tanya ketua pesuruhjaya SPRM yang baru mengenai status laporan saya terhadap syarikat 1MDB dan Najib Tun Razak. Apa sudah jadi?” soalnya lagi.
Sementara itu, beliau juga membangkitkan dakwaan terbaru Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa hampir RM1 bilion telah berada dalam akaun bank peribadi Najib sebelum kemasukan RM2.6 bilion dilapor secara meluas.
“SPRM wajib siasat kes pendedahan terbaru Tan Sri Muhyiddin ini. Mantan timbalan perdana menteri ini mesti dipanggil oleh SPRM untuk soal siasat.

“Begitu juga dengan mantan peguam negara (yang didakwa salurkan maklumat itu) pun sepatutnya disoal siasat oleh SPRM.
“Saya rasa buang masa saja buat laporan pada SPRM mengenai kes salah guna kuasa Najib Tun Razak.

“Pergi ke ibu pejabat SPRM berjam-jam disoal siasat tapi habuk pun tak ada!” katanya.
Read More

CIMB Tutup 23 Cawangan di Seluruh Negara...BAKI AKAUN KERAjaan Menyusut? KENAPA dari RM24 bilion KINI dah tinggal RM1.884 bilion?

Rabu, 31 Ogos 2016

Anda kenal kah yang di maksud kan tu..?

CIMB Tutup 23 Cawangan Di Seluruh Negara

KUALA LUMPUR: CIMB Group Holdings Bhd. (CIMB Group) menutup 23 cawangannya sebagai langkah mengurangkan perbelanjaan operasi dan juga menumpukan kepada perkhidmatan perbankan digital. 

Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB Group, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sejak Ogos 2015, sebanyak 22 cawa­ngan CIMB Bank di seluruh Malaysia telah ditutup dan satu lagi akan ditutup menjelang akhir 2016.

Katanya, semua kakitangan terlibat telah dipindahkan ke cawangan lain dan pihak bank tidak bercadang untuk membuka cawangan baharu berikutan peng­optimuman digital adalah cara untuk mengukuhkan kedudukan pasaran.

“CIMB Group sedang giat memanfaatkan teknologi bagi me­ningkatkan jumlah pelanggan dan pelan rasionalisasi cawa­ngan adalah berdasarkan konsep mudah untuk diakses.

“Kebanyakan pelang-gan kini lebih selesa dengan teknologi dalam menjalankan urusan perbankan dan kami perlu peka de­ngan trend ini dalam memenuhi permintaan,” katanya kepada pemberita selepas meng­umumkan keputusan kewangan separuh pertama 2016 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ke­tua Pegawai Kewangan Kumpulan CIMB Group, Shahnaz Jamal.
CIMB Group mencatatkan pe­ningkatan untung bersih seba­nyak 1.7 peratus kepada RM1.67 bilion bagi enam bulan pertama ber­akhir 30 Jun 2016 berbanding RM1.66 bilion pada separuh pertama tahun lalu.

Jumlah pinjaman kumpulan berkembang sebanyak 6.6 peratus tahun ke tahun didorong oleh perbankan pengguna manakala jumlah deposit meningkat 7.1 peratus tahun ke tahun.
Menurut Tengku Zafrul, CIMB Group menyemak semula sasaran pertumbuhan pinjaman tahun ini daripada 10 peratus kepada antara enam hingga tujuh peratus sejajar dengan persekitaran operasi semasa yang mencabar.

“Kumpulan juga menyemak semula unjuran pulangan ke atas ekuiti (ROE) daripada 10 peratus kepada sembilan peratus seiring dengan jangkaan pasaran,” tambah beliau.
- Utusan Malaysia
Read More

[Video] Pulau Pinang diserang 'Badut Banglo'?

Rabu, 31 Ogos 2016


Image result for Foto tangkap Mo1

Image result for Gambar Badut Lim Guan Eng

Guan Eng pula 'dibadutkan' di Pulau Pinang

Selepas popularnya karya grafik mengkritik perdana menteri yang memaparkan wajahnya seperti badut, kini giliran pemimpin lawannya pula berdepan serangan sama.
Di Pulau Pinang kini muncul banyak poster-poster wajah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang dilukis seperti badut dengan perkataan “Badut Banglo” di bawahnya.

Fenomena itu mula disedari orang ramai apabila poster-poster itu dilekatkan di tempat-tempat awam seperti di perhentian bas dan di tiang-tiang lampau di tepi jalan, lapor Umno Online.
Seorang penduduk Kampung Sungai Burong Yusri Ramli berkata, beliau perasan poster-poster itu ditampal hampir sebulan lalu.
“Ini mungkin luahan perasaan rakyat terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang berhubung isu rasuah banglo yang sedang dihadapinya.

“Mungkin gambar badut ini bermaksud sinis tentang jawapan berbelit-belit yang diberikan oleh Guan Eng ketika isu pembelian banglo itu terbongkar,” beliau dipetik sebagai berkata kepada Umno Online hari ini.

Manakala penduduk Jelutong, Jamelah Romzi, 47 pula berkata, pada awalnya beliau tidak perasan bahawa gambar tersebut adalah wajah ketua menteri.

“Tapi suatu hari, apabila akak menunggu bas di perhentian, ada poster-poster yang sama ditampal di sekitar kawasan itu, Tapi bila akak tengok dekat-dekat, gambar ketua menteri rupa-rupanya,” katanya.

Lim pada 30 Jun lalu menghadapi dua tuduhan rasuah susulan pengezonan semula sebidang tanah di Balik Pulau daripada tanah pertanian kepada kediaman untuk memberi manfaat kepada syarikat Magnificent Emblem Sdn Bhd pada 26 Julai 2015.
Beliau juga didakwa membeli sebuah banglo di Jalan Pinhorn berharga RM2.8 juta yang didakwa di bawah nilai pasaran, daripada ahli perniagaan Phang Li Koon. Nilai harta ketika itu RM4.27 juta.
Beliau mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap pendakwaan yang dibuat sendiri oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Guan Eng dituduh melakukan kesalahan itu pada 26 Julai 2015.
Malaysiakini.
Read More

[Video] Sambutan merdeka tiada makna, Malaysia dipimpin 'pencuri'

Rabu, 31 Ogos 2016

Image result for Foto tangkap Mo1
Peserta demontrasi Tangkap #MO1 berarak sambil membawa poster karikatur dari hadapan Pusat Membeli Belah SOGO

Sambutan merdeka tiada makna, Malaysia dipimpin 'pencuri'

Datuk Mahfuz Omar
Datuk Mahfuz Omar
Isu rasuah, pemunggahan dan rompakan wang negara oleh pemimpin sendiri meletakkan negara di ambang malapetaka kata Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.
Lebih malang lagi kata Mahfuz, sikap Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak yang tidak lagi boleh ditegur dan dikritik solah-olah institusi Presiden Umno sudah setaraf dengan institusi Yang Di Pertuan Agong.
"Kekayaan negara bukan dipunggah oleh penjajah seperti dulu tetapi di punggah melalui rompakan oleh pemimpin anak bangsa atas nama patriotisma untuk Mu Malaysia," ujarnya.
Menurut beliau, ia menjadikan sambutan merdeka ke 59 tahun ini tidak bermakna dengan hanya rakyat dipaksa patriotik kepada pemimpin yang mencuri duit rakyat.
Sedangkan kata Mahfuz, yang berjuang untuk kebaikan negara dan keadilan untuk rakyat dianggap jahat, dicaci maki, dihumban ke dalam pagar besi, dipukul mati dan rakyat tiada lagi dipeduli.
"Kepada rakyat Malaysia seruan saya anak kelahiran merdeka bersama selamatkan Malaysia.
"Jangan biarkan kejahatan mengadili kebaikan, jangan biarkan kepalsuan mengadili kebenaran dan jangan biarkan nasi menjadi bubur," katanya.
MALAYSIA DATELINE
Read More

Husam Sah Sertai AMANAH...Tamat sudah segala spekulasi dan teka-teki. MERDEKA! Merrdeka!

Rabu, 31 Ogos 2016


Datuk Husam Musa menyerahkan borang permohonan keahlian AMANAH kepada Presiden, Mohamad Sabu.


Parti Amanah Negara telah menambah 4 foto baru
2 jam
Datuk Husam Musa mengisi borang keahlian Amanah.
Saudara Suhaizan Kaiat & Abang Kerdee diAMANAHkan sebagai PENCADANG & PENYOKONG bagi permohonan Datuk Husam







Husam Sah Sertai AMANAH

Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa sah menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) selepas mengumumkannya di sebuah majlis makan malam di Cyberjaya sebentar tadi.

Walaupun tidak begitu mengejutkan pengumuman rasmi penyertaan Husam dalam AMANAH dinanti kerana sebelum ini pembabitannya dengan parti serpihan PAS itu sekadar khabar angin saja.

Selepas membuat sedikit alu-aluan Husam dengan tenang dan bersahaja mengumumkan penyertaannya ke dalam AMANAH.

Katanya selepas dipecat daripada PAS beliau tidak berasa gelisah atau resah.

“Kita semua tenang dengan Islam, kita senang dengan perjuangan Islam oleh itu kita masuk PAS. (Kemudian selepas dipecat) sekarang ada AMANAH, ia menenteramkan hati saya.

"Ia bertepatan dengan apa yang al-Quran beritahu - "jangan kamu bimbang dan takut (jika bersama Islam". Sekarang saya masuk AMANAH supaya hati saya tenteram.

"Saya berdiri di sini dengan nama Allah, bertawakal, saya serahkan diri pada perjuangan AMANAH," katanya di hadapan kira-kira 500 hadirin yang hadir di majlis makan malam Di Ambang Merdeka itu.

Kemunculan di atas pentas AMANAH malam ini bukanlah kali pertama buat Husam.

Pada Januari 2015 lalu beliau pernah berucap dalam majlis makan malam AMANAH di Petaling Jaya.

Husam dipecat daripada PAS pada 6 Mei lalu selepas sering mengkritik kepimpinan parti, termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaacob yang juga timbalan mursyidul am parti berkenaan.

Selepas empat bulan 'berlayar' tanpa arah yang jelas, Husam kini menyarung 'jersi' baru kerana berpendapat “berjuang bersendirian ternyata bukan suatu pilihan” untuk bekas mahasiswa Universiti Malaya itu.

Husam antara sekumpulan besar kumpulan sederhana yang disingkirkan perwakilan dalam pemilihan PAS di Kuala Selangor pada 2015.

Menurut ADUN Salor itu ramai orang yang ditemui menyarankannya menyertai AMANAH, termasuk individu yang ditemui di dalam teksi, pasar atau lapangan terbang.

Dalam ucapannya Husam yang pernah dilihat sebagai pemimpin pelapis di Kelantan selepas Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata ada pihak yang membandingkan kepimpinan PAS dan AMANAH.

Hanya 'goyang kaki'

Bagaimanapun kata Husam, dalam kepimpinan merit utama bukanlah tinggi rendah ilmu agama mereka sebaliknya kepintaran bacaan politik serta komitmen, pengorbanan dan "suluhan perjuangan" masing-masing.

"Mohamad Sabu (presiden AMANAH) pernah masuk penjara. Adakah orang seperti ini tak ada langsung nilai kepimpinan sehingga yang kita besarkan adalah kelulusan agama padahal merit pada kelulusan itu tak ada," katanya.

Pada masa yang sama, Husam juga mahu AMANAH mengambil alih pemerintahan PAS di Kelantan.

Ia kerana katanya PAS dilihat gagal menyelesaikan masalah yang berlaku di negeri itu, malah isu berkaitan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan 1MDB, parti Islam itu dilihat hanya "goyang kaki" tanpa mengambil apa-apa tindakan.

“(Rakyat Kelantan) nak minta izin AMANAH ambil alih pemerintahan Kelantan. Kita tak nak PAS jatuh diambil oleh Umno yang lebih rakus dengan pelbagai masalah seperti GST dan 1MDB.

“Dan PAS pula goyang kaki. Tiga tahun kita beri ruang kepada pemimpin negeri Kelantan (selesaikan pelbagai isu tapi) yang disiapkan adalah tugu peringatan banjir.

“Kita tidak marah bina tugu tetapi lebih baik siapkan dulu rumah mangsa banjir,” katanya.

Sementara itu, Presiden AMANAH Mohamad Sabu berkata penyertaan Husam tepat padanya kerana parti itu memerlukan individu yang mahir mengenai ekonomi.

“Dari segi angka, saya jauh kalah dengan Husam. Orang seperti dia (boleh) banyak mainkan peranan,” katanya.

Mohamad turut menyeru supaya Husam membawa lebih ramai lagi rakan-rakannya ke dalam AMANAH dalam usaha parti baru itu menuju ke Putrajaya dan selaras dengan prinsip parti itu, Islam rahmat kepada semua.

“Husam, jangan datang seorang, ajak ramai-ramai. (Kita kena) bekerjasama dengan semua pihak untuk betul-betul realisasikan Islam rahmatan lil amin,” katanya.

Sementara itu pada sidang media selepasnya Mohamad berkata AMANAH akan bermesyuarat untuk membincangkan posisi yang sesuai untuk diberikan kepada Husam.

"Kami akan bincang termasuk (dalam) mesyuarat bagi mencari posisi sesuai bagi orang berpengalaman dan berpengaruh seperti Husam ini," katanya.
BLM.
Read More

[Video] 'RM1 bilion dalam akaun Najib'! Samanlah MUHYIDDIN dan GANI PATAIL...Manalah tahu menjadi laluan lebih cepat Zahid jadi PM?

Selasa, 30 Ogos 2016

Samanlah MUHYIDdiN dan GANI PATAIL, barulah bukti boleh ditunjukkan...
Shahbudin Husin
Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan mahu pendahulunya, Muhyiddin Yassin menunjukkan bukti jika benar dalam akaun bank Najib Razak sudah menerima kemasukan wang kira-kira RM1,000 juta sebelum wujudnya kontroversi RM2,600 juta yang didakwa sebagai derma daripada anak Raja Arab.

Kata beliau, Muhyiddin tidak wajar membuat dakwaan yang hanya berdasarkan khabar angin.

"Minta dia berikan bukti jika dia ada. Dia menuduh Perdana Menteri kita, jadi dia mesti menunjukkan bukti," kata Zahid lagi.

Dalam hal ini, Zahid seharusnya sedar bahawa Muhyiddin tidak membuat dakwaan tersebut berdasarkan khabar angin di kaki-kaki lima, tetapi jelas menyebutnya bahawa setelah ditunjukkan bukti oleh Gani Patail yang merupakan Peguam Negara ketika itu.

Bukti itu sekarang sama ada dalam simpanan Gani Patail atau salinannya turut ada pada Muhyiddin.

Tetapi, sebelum Zahid mahu meminta Muhyiddin menunjukkan bukti, beliau yang pernah menjadi Pengerusi Bank Simpanan Nasional juga sepatutnya sedar mengenai wujudnya Akta Bank dan Institusi Kewangan atau BAFIA yang menghalang maklumat perbankan seseorang didedahkan kepada umum.

Jika Muhyiddin mendedahkannya, belum pun kebenarannya dakwaanya itu disiasat, sudah pasti kesalahannya dibawah BAFIA akan diambil tindakan terlebih dahulu.

Maknanya, jika pun Muhyiddin mendedahkan bukti tersebut sebagai memenuhi permintaan Zahid, ia tidak memberi makna apa-apa kepada kebenaran yang ingin diketahui.

Sesuai sebagaimana kata Muhyiddin semalam bahawa maklumat mengenai wang RM1,000 juta itu ditunjukkan sendiri oleh Gani Patail kepadanya ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri, apa yang harus dilakukan ialah Najib sendiri seharusnya mengambil tindakan undang-undang terhadap kedua-dua mereka itu.

Hanya dengan keberanian Najib menyaman Muhyiddin dan Gani Patail saja, barulah kebenaran atau maklumat bank mengenai wang RM1,000 juta itu dapat didedahkan serta diketahui kebenarannya.

Soalnya, beranikah Najib?

Jika Najib tidak berani, apa kata Zahid sendiri atau mana-mana penyokongnya yang mengambil tindakan undang-undang terhadap Muhyiddin dan Gani Patail berkaitan kebenaran dakwaan wang RM1,000 juta itu.

Mana tahu, ia juga boleh menjadi laluan lebih cepat untuk Zahid menjadi Perdana Menteri mengggantikan tempat Najib? (SH 29/08/2016).
KedahLanie.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena