Wednesday, 28 September 2016

[Video] 1Malaysia Dalam Bahaya! Tiada pilihan raya sebelum 2018, kata Najib..."Siapa yang bangang dan dibangangkan SEKARANG".

Khamis, 29 September 2016

Sabah & Sarawak hanya dpt Tong Biru 1 Malaysia untuk isi air walaupon bagi DEPOSIT BESAR kepada kemenangan BN .

Tp Najib pulak naik taraf Tugu Negara di KL sehingga RM650 juta..

Siapa yang bangang dan dibangangkan SEKARANG ?? orang2 pengundi BN sendiri..

Lantak hangpa lah kalu terus nak jadi BEBAL dgn menyokong Najib.


Tiada pilihan raya sebelum 2018, kata Najib

Kami bergantung sepenuhnya atas prestasi kerajaan, kata Datuk Seri Najib Razak

Kami bergantung sepenuhnya atas prestasi kerajaan, kata Datuk Seri Najib Razak
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menolak spekulasi yang mengatakan beliau akan mengadakan pilihan raya mengejut seawal Mac tahun depan sebelum tamat tempoh pada 2018.
Menurutnya, beliau tidak akan berbuat demikian dan buat masa ini tidak ada sebarang sebab untuk berbuat demikian.
"Kami bergantung sepenuhnya atas prestasi kerajaan, dan akan terus meyakinkan rakyat bahawa kerajaan yang ada sekarang adalah yang terbaik," katanya kepada badan berita antarabangsa, Reuters di Berlin, Jerman.
Khabar angin yang mengatakan pilihan raya akan diadakan seawal Mac tahun depan katanya, adalah tidak berasas.
Beberapa laporan yang memetik sumber dari dalam kerajaan bagaimanapun menyebut kemungkinan diadakan pilihanraya mengejut berasaskan keadaan perpecahan dalam pakatan pembangkang yang dikatakan memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) yang memerintah.
Beberapa parti komponen BN turut mengeluarkan kenyataan kesediaan mereka untuk menghadapi pilihan raya bila-bila masa.
Malaysia Dateline
Read More

[Video Hutang 1MDB Sangat BAHAYA] PH perlu guna satu logo untuk tarik 83% pengundi baru yang tolak BN.

Khamis, 29 September 2016

Menteri Kewangan M'sia.. NAJIB !!
Perdana Menteri M'sia.. NAJIB !!
Kuat Menipu Rakyat.. NAJIB !!

Inilah kebijaksanaan & kelebihan yg ada pada Perdana Menteri M'sia dan Punahsihat #1MDB..

SIRI PEMBOHONGAN WAJIB DITERUSKAN..

Pakatan Harapan perlu guna satu logo untuk tarik 83% pengundi baru yang tolak BN

PH perlu satu logo

PH perlu satu logo
Naib presiden PKR, Rafizi Ramli berharap parti-parti Pakatan Harapan (PKR, Amanah dan DAP) memulakan perbincangan untuk menggunakan satu logo kerana jelas bahawa imej setiap parti (apabila berasingan) adalah berbeza dan menarik peratusan sokongan yang berbeza-beza.
"Dari perspektif pola sokongan inilah maka perlu dicari titik pertemuan agar pertemuan satu lawan satu diusahakan.
"Selebihnya, saya yakin Pakatan Harapan dan parti-parti pembangkang yang lain perlu bijak memilih isu yang emotif kepada pengundi muda Melayu mengikut tempat dan keadaan untuk menang dalam PRU14," katanya dalam satu kenyataan berkaitan peratusan tinggi pengundi baru yang menolak BN.
Pandangan itu katanya, dibuat berdasarkan pelbagai interaksi dengan pelbagai kumpulan pengundi Melayu termasuk satu kajiselidik di atas talian yang dibuat sejak 23 September 2016 melibatkan 746 responden. Dari jumlah itu, 711 (95% responden) adalah pengundi muda Melayu dan 35 (5% responden) bukan Melayu.
"53% belum mendaftar untuk mengundi dan kumpulan umur yang paling besar ialah pengundi kali pertama (antara 21 hingga 24 tahun) iaitu 45% dari responden dan pengundi kali kedua (antara 25 hingga 28 tahun) iaitu 24% (itu pun jika mereka mengundi dalam PRU13).
"Mengambil kira bahawa 95% dari responden adalah pengundi Melayu dan 69% adalah dalam lingkungan umur belum pernah mengundi atau hanya mengundi sekali, dapatan dari kajiselidik ini boleh memberi gambaran pola sokongan pengundi muda Melayu kepada parti-parti politik," katanya

Berikut kenyataan penuh beliau berkaitan kajian terhadap pengundi baru:
83% PENGUNDI MUDA DAN PENGUNDI KALI PERTAMA MENOLAK BN, SOKONGAN KEPADA PAKATAN HARAPAN & PEMBANGKANG BERBEZA-BEZA
Ucapan saya di Pulau Pinang minggu lalu menjadi bahan polemik apabila saya mengutarakan pandangan mengenai sokongan pengundi Melayu terhadap Umno. Saya mempersoalkan keyakinan Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Umno bahawa sokongan pengundi Melayu masih berpihak kepada Umno sehingga menjadi asas persempadanan semula yang dibuat mengikut garis perkauman.
Pandangan itu sudah tentu dimomokkan oleh penyokong Umno yang merasakan bahawa undi Melayu tetap berpihak kepada mereka.
Pandangan saya itu dibuat berdasarkan pelbagai interaksi dengan pelbagai kumpulan pengundi Melayu termasuk satu kajiselidik di atas talian yang dibuat sejak 23 September 2016 melibatkan 746 responden. Dari jumlah itu, 711 (95% responden) adalah pengundi muda Melayu dan 35 (5% responden) bukan Melayu.
53% belum mendaftar untuk mengundi dan kumpulan umur yang paling besar ialah pengundi kali pertama (antara 21 hingga 24 tahun) iaitu 45% dari responden dan pengundi kali kedua (antara 25 hingga 28 tahun) iaitu 24% (itu pun jika mereka mengundi dalam PRU13).
Mengambil kira bahawa 95% dari responden adalah pengundi Melayu dan 69% adalah dalam lingkungan umur belum pernah mengundi atau hanya mengundi sekali, dapatan dari kajiselidik ini boleh memberi gambaran pola sokongan pengundi muda Melayu kepada parti-parti politik.
Mengambil kira juga kebarangkalian berlaku pertembungan 3 penjuru, kajiselidik ini mengukur sokongan berdasarkan jalur pada kayu ukur 30% (bukan “Ya” atau “Tidak”) iaitu:
Kecenderongan 0 – 30% untuk mengundi parti X: Tidak akan mengundi parti ini baik dalam pertandingan satu lawan satu atau 3 penjuru
Kecenderongan 30 – 50% untuk mengundi parti X: Atas pagar dan mungkin akan mengundi mengikut keadaan
Kecenderongan 50 – 100% untuk mengundi parti X: Kemungkinan besar menyokong parti ini walau dalam pertandingan 3 penjuru
Dapatan mengikut pecahan data dan jalur sokongan ditunjukkan seperti di bawah (laporan kajiselidik disertakan bersama di lampiran):

Sementara ramai pihak yang akan mempertikaikan ketepatan angka sokongan kerana saiz sampel dan sumber sampel dari atas talian, yang lebih penting bukanlah angka sokongan tetapi pola (atau trend) sokongan. Saya boleh senaraikan beberapa pemerhatian seperti berikut:
1. Sampel adalah mirip kepada pengundi atas pagar Melayu kerana sementara mereka menolak BN, mereka juga menolak DAP. Malah, sementara mereka menolak BN, peratusan yang cenderong mengundi PAS pun tidak tinggi mana pada 35.5%.
2. Parti-parti lama yang mengalami perpecahan sehingga tertubuhnya parti baru (seperti PAS/AMANAH dan Umno/BERSATU) terkesan dari perpecahan ini iaitu % sokongan mereka sekitar 23% (AMANAH) ke 35.5% (PAS) atau 26.9% (BERSATU). Kemungkinan besar PKR mendapat sokongan pengundi muda Melayu yang paling tinggi kerana ia paling kurang kontroversi dan tidak berlaku perpecahan sehingga tertubuhnya parti baru.
3. Sokongan pengundi muda Melayu kepada DAP masih cukup rendah pada 16.2%.
Oleh yang demikian, saya mempertahankan bahawa tiada mana-mana parti yang benar-benar mendapat sokongan padu pengundi muda Melayu sekarang. Jika berlaku pertembungan 3 penjuru pun, tidak tentu Umno akan menang mudah (bergantung kepada strategi isu dan kempen parti-parti pembangkang) kerana % sokongan kepada Umno adalah sangat rendah.
Dari perspektif pola sokongan inilah maka perlu dicari titik pertemuan agar pertemuan satu lawan satu diusahakan. Jika pun tidak dapat, sebaiknya parti-parti Pakatan Harapan (KEADILAN, AMANAH dan DAP) memulakan perbincangan untuk menggunakan satu logo kerana jelas bahawa imej setiap parti (apabila berasingan) adalah berbeza dan menarik % sokongan yang berbeza-beza.
Selebihnya, saya yakin Pakatan Harapan dan parti-parti pembangkang yang lain perlu bijak memilih isu yang emotif kepada pengundi muda Melayu mengikut tempat dan keadaan untuk menang dalam PRU14.
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN
Read More

SATU lawan SATU! Pakatan Pembangkang Atur Rundingan Rasmi...Kita 'tunggu' PAS aje.

Khamis, 29 September 2016



Pakatan Pembangkang Atur Rundingan Rasmi

IPOH - Rundingan kerjasama politik antara parti pembangkang hanya akan berjaya jika Pas komited dengan usaha tersebut.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, ini kerana pihaknya percaya ada dalam kalangan pemimpin Pas yang tidak mahu rundingan itu direalisasikan.

“Saya percaya halangan utama membabitkan sebilangan pemimpin Pas. Bagi Pakatan Harapan, kami tiada masalah begitu juga parti Bersatu.

“Sekiranya mereka tidak mahu berunding, rakyat harus sedar bahawa mereka (pemimpin Pas) tidak lagi bersama dalam agenda reformasi untuk menggantikan Umno dan mungkin mempunyai niat untuk menyelamatkan Umno,” katanya.

Menurutnya, ahli dan penyokong Pas wajar memberikan tekanan kepada pimpinan mereka supaya kembali ke meja rundingan bagi mencerahkan peluang Pas mengekalkan kerusi yang dimenangi pada PRU13.

“Jika tidak saya yakin Pas akan kalah di semua kerusi yang ditandingi di Selangor, Perak dan mungkin tinggal beberapa kerusi sahaja di pantai timur,” katanya.

Mengulas pertembungan satu lawan satu yang dianggap kaedah terbaik menewaskan BN, Kor Ming berkata, perkara itu diakui selain rakyat perlu sedar bahawa kerajaan yang memerintah gagal menjalankan urus tadbir negara dengan baik.

“Ini sejarah dan ia sudah terbukti. Kami harap rakyat sedar dengan kegagalan yang dicipta BN selain bersama-sama melakukan perubahan dalam PRU14 nanti,” katanya.

Rundingan rasmi diatur

Sementara itu difahamkan satu perjumpaan akan diatur bagi memastikan rundingan secara rasmi bagi konsep satu lawan satu dicapai antara parti-parti pembangkang termasuk Pas.

Tidak menyebut bila rundingan rasmi itu akan diadakan, Setiausaha Kerja Eksekutif Bersatu, Kamarul Azman Habibur Rahman berkata, pada dasarnya beberapa parti pembangkang telah bersetuju dengan konsep tersebut dalam beberapa siri perbincangan tidak formal (tanpa penyertaan Pas) sebelum ini.

“Sebenarnya dalam perbincangan sebelum ini (tanpa Pas), idea satu lawan satu ini sudah banyak kali disuarakan. Agak mengejutkan kerana konsep ini nampaknya diterima semua parti, tetapi kita lihat ini satu perkembangan sihat dan positif.

“Malah, semua pihak faham dan mengakui hakikat ini (perlunya satu lawan satu). Jika kita berjaya mencapai kesepakatan, kebarangkalian untuk kita menukar kerajaan adalah amat cerah. 

"Untuk perbincangan rasmi nanti, kita akan berusaha untuk mendapatkan wakil Pas untuk bersama kita,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, parti-parti pembangkang juga telah bersetuju untuk mengutamakan agenda kerjasama berbanding kepentingan parti masing-masing. 

“Kita sedar pembangkang akan jadi pembangkang selama-lamanya jika kita tidak dapat duduk dan bersepakat dalam konsep satu lawan satu ini.

“Jadi dalam pertemuan demi pertemuan yang diatur sebelum ini, kita telah bersetuju bahawa sudah sampai masanya pembangkang ambil alih pentadbiran kerajaan. Caranya, kita kena tolak kepentingan parti sendiri dalam menentukan kita sepakat untuk memperjuangkan wadah politik baru di negara ini,” katanya.

Kamarul Azman berkata, beliau yakin konsep ini dapat dilaksanakan tanpa sebarang masalah.

“Kalau ada halangan pun, mungkin jika ada pihak dari BN mahu pancing parti pembangkang bersama mereka. Tetapi saya rasa perkara itu mustahil.

"Paling penting parti pembangkang kena bertolak ansur serta menerima kekuatan dan kelemahan masing-masing. Pada akhirnya, kita akan ketengahkan resolusi yang terbaik supaya kita berjaya tumbangkan BN dalam PRU14,” katanya.

- sharian
Read More

[Video] Bloomberg: Proton akan jual 51 peratus sahamnya.

Rabu,28 September 2016 

Setahun Amanah: Auto and Motorshow






Bloomberg: Proton akan jual 51 peratus sahamnya

Pembuat kereta nasional Proton Holdings Bhd bercadang melepaskan 51 peratus pegangannya sebagai sebahagian strategi mendapatkan rakan niaga asing dan menjana aliran tunai dalam keadaan ekonomi tidak stabil, lapor Bloomberg.

Memetik sumber, media perniagaan itu berkata Proton sedang melihat kemungkinan mendapatkan pelaburan Skoda milik Volkswagen AG dan Suzuki Motors Corp, selain meneliti cadangan daripada beberapa syarikat termasuk Renault SA dan Peugeot, dalam rundingan tertutup berasingan.

Menurut laporan itu, Proton berharap untuk menyenarai pendek calon-calon akhir yang mungkin melepaskan penguasaannya, yang melibatkan kawalan terhadap pengeluar kereta sport British Lotus Cars Ltd, bulan depan.

Malayan Banking Bhd dilaporkan terlibat “menasihatkan jualan” dengan pegawai-pegawainya dijangka terbang ke Jepun untuk bertemu pihak Suzuki minggu depan, diikuti mesyuarat dengan Renault bulan depan.
Bloomberg masih belum mendapat ulasan Proton berkaitan perkembangan itu setakat ini.
Sementara Suzuki, Skoda dan Malayan Banking enggan mengulasnya.

Kerajaan April lalu bersetuju menyuntik dana untuk syarikat terbeban hutang itu tetapi memberi syarat supaya sebuah rancangan penstrukturan semula dibuat.
Suntikan itu diumumkan hanya selepas lapan hari pengerusi dan pengasasnya Tun Dr Mahahtir Mohamad meletakkan jawatan setelah desakan susulan langkahnya keluar Umno dan menolak kepimpinan perdana negeri.
Malaysiakini.
Read More

Pelajar Malaysia hilang di Perancis masih belum ditemui.

Rabu, 28 September 2016

Nursakinah Hilang di Perancis Sejak Ahad

KUALA LUMPUR: Norsakinah Naim, 19, pelajar Malaysia di Institute University of Technology (IUT) Roanne di Normandy, Perancis hilang sejak Ahad lalu, bukan Jumaat seperti dilaporkan sebelum ini.

BH Online melaporkan, lokasi pelajar itu dipercayai hilang juga bukannya di Paris tetapi Normandy di utara Perancis yang terletak kira-kira 140 km dari ibu kota negara tersebut.

Menurut laporan, Norsakinah dikatakan keluar dari kediamannya pada jam 12 tengah hari waktu tempatan (6 pagi waktu Malaysia) dan kehilangannya disedari rakan serumah kira-kira jam 8 malam waktu tempatan (2 petang waktu Malaysia).

Pegawai kedutaan Malaysia di Perancis ketika dihubungi berkata, sebaik menyedari kehilangan Norsakinah, rakannya itu terus menghubungi pihak kedutaan sebelum membuat laporan polis di Paris.

"Sejurus laporan polis dibuat, pihak kedutaan terus menghubungi keluarga mangsa bagi memaklumkan mengenai kehilangan Norsakinah.

"Kita juga ada menghantar pegawai ke IUT untuk mendapatkan maklumat daripada pensyarah dan rakan-rakannya di sana. Di sana (Roanne), kita buat satu lagi laporan polis bagi membolehkan siasatan dilakukan," katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi.

Beliau berkata, pihaknya tidak boleh mendedahkan maklumat lanjut dan menyerahkan kes itu kepada polis.

"Sebarang perkembangan terkini mengenai kehilangan Norsakinah akan dimaklumkan terus kepada keluarganya," katanya.

Sumber : BH Online

Pelajar Malaysia hilang di Perancis masih belum ditemui
Astro Awani | Diterbitkan pada September 28, 2016 12:30 MYT
Pelajar Malaysia hilang di Perancis masih belum ditemui
Norhalizah Awang, 45, (kanan) dan suami, Naim Awang, 46, (kiri) menunjukkan gambar anak mereka Norsakinah Naim, 19, Pelajar Kejuruteraan di Institute University of Technology (IUT) dilaporkan hilang pada Jumaat lepas. - Foto Bernama

SUNGAI PETANI: Seorang pelajar Malaysia yang kini menuntut di Perancis dan dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu, masih belum ditemui.

Kehilangan Norsakinah Naim, pelajar Institute University of Technologi (IUT) Roanne di Paris, disedari rakan sebiliknya selepas telefon bimbit gadis berusia 19 tahun itu berdering tanpa henti dan tidak dijawab.

Kehilangannya bagaimanapun dilaporkan ke Kedutaan Malaysia dua hari kemudian, selepas usaha untuk mengesannya gagal.

Bapa Norsakinah, Naim Awang, 46, memberitahu kali terakhir anak keduanya itu menghubunginya adalah pada 23 September lalu.

"Tiada apa yang pelik, suaranya kedengaran ceria seperti biasa.

"Dia anak yang baik dan bersungguh-sungguh dalam pelajaran," kata Naim ketika ditemui Astro AWANI di sini hari ini.

Naim dan isteri, Nur Haluzah Ahmad, hanya mengetahui kejadian itu selepas menerima panggilan dari pihak kedutaan di Perancis jam 8 pagi semalam, mengatakan anaknya tidak pulang ke rumah dan gagal dikesan.
Difahamkan, keluarga telah mengadakan solat hajat untuk keselamatan Norsakinah, malam semalam.

Norsakinah melanjutkan pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Kimia di bawah tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), selepas memperolehi 10A1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun lalu.
Read More

Tuesday, 27 September 2016

[Video] Suami Isteri Anak Menantu Perompak? "Apa kebijaksanaan & kelebihan yg ada pada Punahsihat #1MDB?"

Rabu, 28 September 2016


Apa kebijaksanaan & kelebihan yg ada pada Perdana Menteri M'sia dan Punahsihat #1MDB ??!!
Read More

[Video] OWHHH!!~ "Lepas Tengok Video ni Baru Tahu Putar Belit UMNO BN isu 1MDB"

Selasa, 27 September 2016


Bila DOJ-AS siasat 1MDB SKANDAL KEWANGAN TERBESAR DALAM SEJARAH DUNIA dituduhnya UMNO, AS campurtangan kerajaan M'sia & jatuhkan Najib..
TETAPI yang lapan negara lain turut sama2 siasat 1MDB, KENAPA TOLOL-TOLOL MENTERI UMNO BUTA PEKAK BISU !!!
HAKIKATNYA, TOLOL-TOLOL MENTERI UMNO & PEMAKAN DEDAK UMNO terus panas pungkok kerana kes rasuah terbesar dunia sudah tersebar keseluruh dunia !!!
Read More

[Video] Najib yang ada kuasa dan perlu diserang, bukan Mahathir...Mat Sabu pun Heran!!~ "Malaysia di Perintah oleh "PIRATE OF CARIBBEAN" ( Penyamun)

Selasa, 27 September 2016

Najib yang ada kuasa dan perlu diserang, bukan Mahathir

 | MOHD ALI HASHIM
Mohamad Sabu menerima kemasukan ahli baru dari keturunan India dan penubuhan cawangan baru Amanah bagi Parlimen Larut

Mohamad Sabu menerima kemasukan ahli baru dari keturunan India dan penubuhan cawangan baru Amanah bagi Parlimen Larut
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu menyatakan Tun Mahathir Mohamad sudah tidak perlu diserang tatkala ini, kerana beliau tidak lagi mempunyai kuasa seperti Datuk Seri Najib Tun Razak.
Malah katanya, serangan terhadap Perdana Menteri adalah suatu kemestian kerana ia mempunyai kuasa yang mampu untuk melakukan apa saja kerosakan terhadapa rakyat sepertimana yang sedang dilakukan kini.
Menurut beliau lagi, Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diluluskan memberi kuasa meluas kepada Najib selaku Perdana Menteri untuk mengisytiharkan sesuatu kawasan sebagai zon darurat.
"Akta MKN ini menjadi senjata untuk Perdana Menteri menyekat suara rakyat dari terus mengkritiknya termasuklah skandal 1MDB.
"Kuasa yang ada pada Najib akan menggalakkan banyak lagi kemungkaran yang boleh dilakukan.
"Jika pada zaman Mahathir banyak berlaku kerugian, sebaliknya pada zaman Najib banyak berlaku kecurian dan merompak wang rakyat, " tegasnya lagi ketika berucap pada program pelancaran Amanah kawasan Larut.
`Beliau juga berkata, negara kini mengalami kerugian besar apabila Perdana Menteri tidak berani untuk menampakkan dirinya dalam beberapa program besar di Eropah dan Amerika.
"Kenapa mesti wakilkan kepada Zahid sedangkan Perdana Menteri berada dalam negara.
"Apa yang menyekat Najib untuk hadir di Amerika dan juga Eropah dalam beberapa program yang sepatutnya dihadiri oleh Perdana Menteri.
"JIka Perdana Menteri tidak berani untuk melawat Eropah dan hadiri Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, untuk apa lagi beliau menjadi Perdana Menteri, " tanya beliau lagi.
Sehubungan itu katanya, adalah lebih baik bagi Najib untuk melepaskan jawatan dan memberi peluang kepada mereka yang berani unutk membela nasib rakyat menggantikannya dengan segera.
Beliau juga berkata pemimpin negara seperti Najib seharusnya merasa malu apabila negara turut dilabel sebagai sebuah negara kliptokrasi yang menjurus kepada unsur-unsur penyamun dan pencurian dana rakyat oleh pemimpin negara.
Ujarnya lagi, Amanah sudah pun bersedia untuk menjadi pembela bagi memperjuangkan nasib rakyat yang tidak mendapat pembelaan sewjarnya dari kerajaan Umno dan BN yang sedang memerintah.
Ia juga berkata, siapa saja yang bersekongkol dengan Umno dan BN tidak harus diberi mandat dan sokongan walaupun parti tersebut melaung-laungkan dirinya sebagai opsisi, sebaliknya tidak pada hakikatnya.
Oleh kerana itu, mana-mana parti atas apa jua jenama yang mereka gunakan selagi tunduk kepada parti pemerintah harus dinyahkan dari bersama-sama untuk meraih sokongan menjelang pilihan raya umum ke 14 yang akan datang.
Dalam kesempatan yang ada, Mohamad Sabu turut menerima kemasukan ahli baru dari keturunan India dan penubuhan cawangan baru Amanah bagi Parlimen Larut.
Hadir sama dalam program di Pekan Selasa,Batu Kurau tersebut ialah Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Alwi serta Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Read More

Khalid Samad: BERSIH 5 akan dapat sokongan Melayu..."Jom Bersih5!"

Selasa, 27 September 2016
Jom Bersih5!!
Let's support Bersih5 for a better M'sia!
Pls tag & share.

Khalid Samad: BERSIH 5 akan dapat sokongan Melayu

Malay Mail Online understands that Bersih 2.0 will organise a series of rallies, starting tentatively in a week or so, before the main Bersih 5 street demonstration planned for October. — Picture by Saw Siow Feng

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yakin himpunan besar-besaran BERSIH 5 bagi menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 19 November ini akan disertai oleh orang Melayu.
Katanya, ini kerana selain ahli Parti Amanah Negara (AMANAH), ahli PAS juga akan turut serta kerana sejak dari dulu lagi mereka sudah diasuh untuk menolak kezaliman dan protes itu selaras dengan perjuangan BERSIH yang menuntut pilihan raya adil dan bersih.
“PAS walaupun dikatakan tidak hadir tapi saya yakin ahli-ahli PAS akan hadir bersama sebab ini satu perkara yang telah jadi darah daging orang PAS.
“Sekiranya kepimpinan berubah dari segi pendekatan tapi saya yakin ia jadi cabaran bagi PAS untuk halang ahli mereka turun bersama sebab dari dulu (ahli PAS) telah ditabiyah (dididik) kewajipan menentang kezaliman,” katanya yang juga adalah pengarah komunikasi AMANAH.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media di pejabatnya di Shah Alam.
Sebelum ini, DAP dilaporkan berkata PAS harus menunjukkan komitmen tidak berbelah bahagi terhadap matlamat untuk menumbangkan BN termasuk menyertai perhimpunan BERSIH 5.
Namun setakat ini, PAS masih belum memutuskan penyertaannya dalam BERSIH 5 walaupun tarikh perhimpunan itu diumumkan.
Pada himpunan BERSIH 4, Ogos tahun lalu PAS tidak mengarahkan ahlinya untuk bersama berhimpun sebaliknya hanya beberapa pimpinan sahaja yang turun.
Ketiadaan sokongan daripada PAS dikatakan sebagai salah satu daripada sebab utama kekurangan penyertaan kaum Melayu.
Sehingga hari ini, PAS masih belum membuat keputusan sama ada akan menyokong perhimpunan BERSIH 5 yang juga bertujuan untuk mendesak tindakan ke atas kemelut 1MDB.
Himpunan itu dijadualkan berlangsung pada 19 November yang tertumpu di Kuala Lumpur.
Read More

Konvoi Bersih 5 dapat kerjasama polis...Ali Tinju dah ditangkap pun, kata polis.

Selasa, 27 September 2016

Konvoi Bersih 5 dapat kerjasama polis

Konvoi Bersih 5 yang diadakan sebelum menjelang perhimpunan Bersih 5 pada 19 November mendapat kerjasama polis.Konvoi Bersih 5 yang diadakan sebelum menjelang perhimpunan Bersih 5 pada 19 November mendapat kerjasama polis.
Jawatankuasa Konvoi Bersih 5 bagi peringkat Timur, Muhammad Safwan Anang, berkata malah polis turut memberi cadangan laluan difikirkan sesuai.

“Kami mendapat kerjasama baik polis dan sebelum ini juga satu perbincangan dengan polis Kota Bahru diadakan.
“Oleh kerana peringkat Kota Bahru melibatkan konvoi berbasikal di tengah bandar, maka Ketua Polis Daerah Kota Bahru mencadangkan perubahan laluan.
“Maka ada sedikit perubahan laluan tetapi tempat pelancarannya dan laluan lain tetap sama,” kata Muhammad Safwan.
Beliau berkata demikian pada sidang media Bersih 2.0 di Pejabat Bersih 2.0 di Pusat Perniagaan 8 Avenue di sini, hari ini seperti dilaporkan Selangorkini.
Jelasnya, ini membuktikan perhimpunan anjuran Bersih 2.0 semakin diterima pihak berkuasa itu.
Timbalan Pengerusi Bersih 2.0, Shahrul Aman Mohd Saari, berkata semua penyelaras mematuhi peruntukan ditetapkan di bawah Akta Perhimpunan Aman dengan notis 10 hari dikemukakan bagi kawasan pelepasan konvoi.
“Setiap jawatankuasa juga menguruskan keselamatan, bantuan perubatan dan bantuan guaman untuk peserta yang mengambil bahagian,” katanya.

Ali Tinju dah ditangkap pun, kata polis

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini memberitahu, pihaknya telah menangkap pemimpin Gerakan Merah, Mohamad Ali Baharom atau Ali Tinju.
Khalid juga berkata, pihaknya telah merakamkan kenyataan serta membebaskan Ali dengan jaminan polis ekoran 'ugutannya' terhadap Pengerusi BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah.
Sehubungan itu, Khalid memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak menuduh polis mengamalkan pilih kasih.
"Kita dah tangkap Ali Tinju itu. Dan kita dah bebaskan dia dengan jaminan. Sama dengan (MP Jelutong) Jeff Ooi.
"Tindakannya sama. Tak ada pilih kasih. Apabila kita memanggil Ali Tinju, dia cepat datang. Saya panggil dia pukul 8 pagi, 8.30 pagi dia dah datang.
"Dia terus serah diri, tangkap dia, rakam percakapan dia dan bebaskan dia dengan jaminan selepas itu. Sama dengan Jeff Ooi dan lain-lain.
"Jangan cuba nak menuduh kita pilih kasih dan sebagainya. Kalau tak tahu, tanya dulu. Jangan buat tuduhan tak berasas," tegasnya pada sidang media selepas merasmikan program “1Aman Week: Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada” di Putrajaya hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita berhubung dakwaan pihak yang mempertikaikan polis yang tidak menangkap Ali Tinju ekoran 'ugutan' terhadap Maria.
Ali Tinju sebelum ini dilaporkan mengeluarkan ugutan terhadap Maria.

Beliau dipetik sebagai berkata "Maria tidak akan berjalan di atas bumi" berikutan perhimpunan BERSIH 5 akan diadakan pada 19 November ini.
Perkara itu sebaliknya dinafikan oleh Ali yang kemudiannya mengatakan kenyataannya disalah petik.
Bagaimanapun portal berita FMT kemudian menyiarkan rakaman selepas Ali mendakwa beliau disalah petik berhubung dakwaan ‘ugutan’ itu yang kini sedang disiasat oleh pihak polis.
Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan siasatan terhadap anggota parlimen Langkawi Datuk Nawawi Ahmad yang mengaitkan 'Malaysian Official 1' (MO1) dengan Yang di-Pertuan Agong, Khalid berkata pihaknya telah menyerahkan kertas siasatan kepada Peguam Negara.
"Kertas siasatan kita dah kemukakan pada peguam negara," katanya ringkas.
Malaysiakini.
Read More

[Video] UMNO akan Terkubur Di Sabah!!~ Shafie Afdal Dedahkan Penipuan Najib..."Rakyat Sabah mahu air, bukan GST".

Selasa, 27 September 2016

Rakyat Sabah mahu selesaikan masalah air, bukan kenakan GST

Pengerusi Amanah Sabah Hamzah Abdullah
Pengerusi Amanah Sabah Hamzah Abdullah
Parti Amanah Negara-Negeri Sabah (Amanah Sabah) menggesa pihak kerajaan supaya menyelesaikan isu air di Sabah sebelum melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Goods and Service Tax-GST) yang dijadualkan berkuatkuasa September ini.
Merujuk kepada satu surat bertarikh 13 September 2016 bertajuk 'Penguatkuasaan GST Fasa 2 ke atas Pembekalan Air Terawat dan Perkhidmatan' daripada Jabatan Air Negeri Sabah, Pengerusi Amanah Sabah, Hamzah Abdullah berkata isu air yang berlaku di kebanyakan daerah di Sabah perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum melaksanakan cukai ini.
Penguatkuasaan GST Fasa 2 ke atas Pembekalan Air TerawatPenguatkuasaan GST Fasa 2 ke atas Pembekalan Air Terawat"Saya merujuk kepada surat yang dihantar oleh Jabatan Air Negeri Sabah kepada semua Jabatan Air di Negeri Sabah yang menyatakan penguatkuasaan GST Fasa 2 ke atas pembekalan air terawat. Kita di Sabah dapat melihat sendiri pelbagai masalah air yang berlaku. Masalah pam air yang rosak, saliran dan paip air, bekalan air tidak mencukupi, catuan air dan sebagainya", katanya.
"Umpamanya di Kg. Pirasan, Kota Belud. Kampung tersebut mengalami masalah ketiadaan air. Sehinggakan pada tahun ini, masyarakat di sana berdemonstrasi menuntut kerajaan menyelesaikan isu air yang telah lama berlaku. Masalah ini sepatutnya diselesaikan dahulu, sebelum melaksanakan arahan cukai GST ini", tambahnya.
Menurutnya lagi, tindakan mengenakan cukai GST ke atas perbekalan air adalah penindasan buat rakyat Sabah dan membebankan rakyat.
"Air adalah keperluan asas rakyat yang digunakan pada setiap hari oleh segenap masyarakat. Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, mengenakan cukai GST ke atas perbekalan air adalah penindasan untuk seluruh rakyat tanpa mengira pendapatan dan keadaan rakyat. Samada yang miskin atau kaya, tua atau muda, semuanya terbeban membayar cukai GST", ujarnya.
Selain itu, Hamzah turut menggesa wakil-wakil rakyat khususnya daripada Sabah membawa isu ini ke Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Dewan Parlimen dalam persidangan akan datang bagi mendesak kerajaan membatalkan cukai GST ke atas perbekalan air.
"Saya menyeru kepada semua wakil-wakil rakyat, khususnya daripada Sabah, untuk membawa isu ini ke DUN mahupun Parlimen bagi mendesak kerajaan membatalkan cukai GST ke atas perbekalan air. Kalau pun kerajaan masih berdegil untuk terus menekan rakyat melalui cukai ini, biarlah rakyat tahu wakil-wakil rakyat daripada Sabah tidak pernah bersetuju dengan penindasan ke atas rakyat Sabah", ujarnya.
Sebelum ini, Amanah Sabah bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kota Belud telah mengadakan kutipan tandatangan mendesak kerajaan menyelesaikan masalah air di Kota Belud. Lebih 3000 tandatangan masyarakat Kota Belud telah berjaya dikumpulkan sejak Jun lalu.
Read More

Monday, 26 September 2016

[Video] Selain Mahathir, Murkhiz, Muhyiddin...Teka Siapa lagi keluar UMNO (Parti Najib)? Setahun Amanah: Auto and Motorshow.

Selasa, 27 September 2016


Setahun Amanah: Auto and Motorshow








Read More

[Video] Terkini! Shafie Afdal mulakan Kempen Hancurkan UMNO di Sabah..."Shafie telah hadir ke pejabat ROS di Putrajaya".

Isnin, 26 September 2016

Parti baharu Sabah ke arah hala tuju lebih baik, bukan politik kebencian

Shafie ketika berucap di Tawau berazam jadikan parti baharu itu kelak mempunyai hala tuju lebih baik daripada BN

Shafie ketika berucap di Tawau berazam jadikan parti baharu itu kelak mempunyai hala tuju lebih baik daripada BN
Bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pengambilalihan parti baharu di Sabah kelak, bukan membangkitkan salah laku mana-mana pemimpin tetapi bagi melahirkan hala tuju yang lebih baik dari parti kerajaan sedia ada.
Beliau yang masih enggan menyatakan nama parti berkenaan berkata, perbincangan mengenai pengambilalihan parti yang telah ditubuhkan itu, telah lama dibincangkan dengan terperinci bersama beberapa pemimpin yang menyokong dan berada di landasan sama.
"Saya tubuhkan parti bersama dengan rakan-rakan bukan membangkitkan salah laku mana-mana pemimpin tetapi bagi melahirkan hala tuju yang lebih baik dari parti kerajaan sedia ada.
"Parti ini parti tempatan dan untuk semua kaum di negeri ini dan kita akan putuskan dasar parti, siapa yang menjadi calon dan hala tuju dengan acuan sendiri dan tidak merujuk dengan mana-mana pemimpin di Kuala Lumpur,"katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidiladha di Kg. Damai Tawau semalam.
Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna ini berkata, dengan pengambilalihan parti berkenaan yang dijenamakan semula itu akan dapat membawa pembangunan yang lebih baik kepada negeri ini secara keseluruhan.
"Perjuangan parti  ini, bukan untuk menanam kebencian kepada pemimpin sedia ada atau bersifat politik kenegerian sebaliknya ianya bagi memperjuangkan hak rakyat dan akan  mengubah landskap politik Sabah.
"Kita percaya dengan kuasa rakyat dalam menentukan kerajaan dan kita yakin dengan sambutan dan sokongan luar biasa yang diterima setakat ini termasuk kerjasama dengan parti-parti yang menyatakan kesediaan bersama kita"katanya lagi.
Turut hadir dalam majlis yang dihadiri 5,000 penyokong itu Ahli Parlimen Penampang Deirell Leiking, Ahli Dewan Undangan Negeri Mayog, Terrence Siambun dan Presiden Kadazan Dayak Murud Malaysia, Datuk Peter Anthony.
Sebelum ini, Shafie telah hadir ke pejabat ROS di Putrajya bagi proses mengambil alih sebuah parti di Sabah, termasuk pertukaran nama dan logo selain beberapa perkara berkaitan.
Untuk rekod pada 4 Julai lalu, Mohd Shafie mengumumkan keluar daripada Umno selepas Majlis Tertinggi (MT) Umno menggantung keahlian beliau pada 24 Jun.
Keputusan pengambilalihan parti lama kepada parti baharu mendapat sokongan dikalangan pemimpin parti, ahli politik dan penyokong Shafie Apdal di negeri bawah bayu itu.

Keputusan pengambilalihan parti lama kepada parti baharu mendapat sokongan dikalangan pemimpin parti, ahli politik dan penyokong Shafie Apdal di negeri bawah bayu itu.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena