Sunday, 30 April 2017

[Video Kita tetap yakin menang tanpa Pas: Mahathir] Logo PH akan didaftar ke RoS dalam tempoh 2 minggu lagi.

Ahad, 30 April 2017

Foto Parti Amanah Negara.
Logo PH akan didaftar ke RoS dalam tempoh 2 minggu lagi

Majlis Sekretariat Pakatan Harapan akan menyerahkan permohonan untuk pendaftaran logo Pakatan Harapan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) dalam masa dua minggu lagi.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, akan ada jawatankuasa yang akan dipenuhi semua parti dalam gabungan Pakatan Harapan.

"Kita akan serahkan permohonan Pakatan Harapan dalam masa dua minggu ini.

"Jika dipersetujui perlembagaan... akan ada jawatan yang akan dipenuhi semua parti daripda PKR, DAP, Amanah dan Bersatu.

"Logo sudah dibincangkan dan akan diberikan sedikit pandangan terhadap penerimaan di kalangan orang awam kerana ia penting.

"Dalam negara kita, jika kita berikan satu logo dengan harapan baru rakyat akan menerima dengan baik dalam pilihan raya umum akan datang," ujarnya dalam sidang media yang diadakan di ibu pejabat Parti Pribumi selepas mesyuarat Majlis Sekretariat Pakatan Harapan di Petaling Jaya petang ini.

Kata beliau tempoh dua minggu itu bertujuan untuk meneliti dari segi undang-undang supaya tidak timbul masalah.

Ditanya tentang keputusan Pas yang menolak tahaluf siyasi dengan PKR Wan Azizah enggan mengulas lanjut setelah didesak media beliau berkata," kita melihat senario politik yang paling baik untuk PRU akan datang kita akan ambil semua pandangan dan tunggu Majlis Syura Ulama," ujarnya.

Ditanya jika RoS menolak pendaftaran logo Pakatan Harapan Wan Azizah berkata ,Pakatan Harapan akan terus mengambil bahagian dalam pilihan raya dengan logo parti masing-masing dengan menggunakan satu manifesto dari Pakatan Harapan.

"Saya kira kita sudah lalui 13 kali PRU dan rakyat matang memilih. Saya melalui satu pengalaman di Bukit Selambau ada 15 parti bertanding tetapi memenangi PKR ketika itu. Insyaallah," ujarnya.

Turut hadir Setiausaha Majlis Pakatan Harapan Datuk Saiffudin Abdullah semua pimpinan tertinggi Pakatan Harapan diwakili dari Amanah Presidennya Mohamad Sabu, Timbalan Presiden Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung Annuar Mohd Tahir; dari Bersatu diwakili Pengerusi Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin,Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan DAP diwakili antaranya Naib Presiden DAP Teresa Kok dan barisan kepimpinan lainnya.

Ketika ditanya sama ada Pakatan Harapan akan dapat memenangi hati orang Melayu tanpa Pas dalam PRU-14 akan datang jika berlaku tiga penjuru, Tun Dr Mahathir pula berkata, kehadiran orang Melayu dalam program yang diadakan Pakatan Harapan jumlahnya sekitar 12,000 hingga 13,000 orang.

"Kita nampak ramai orang Melayu yang keluar dan terdiri daripada ahli Umno - nampak ahli Umno berminat dengan Pakatan Harapan dan kita yakin kita boleh menang," ujarnya.
Read More

[Video Pakatan Harapan sebulat suara mahu daftar dengan ROS] Umno TERUS DISERANG...'Tentera maya' Umno tak bermaya?

Ahad, 30 April 2017

UMNO AKAN TERUS DISERANG SELAGI NAJIB PERDANA MENTERI, SIAPA PENERIMA WANG SRC SEBANYAK RM23,520,010?

Saya agak tercuit dan geli hati melihat bagaimana Dato’ Seri Najib Tun Razak menyeru supaya “tentera maya” Umno berusaha dari berfikiran “bertahan” (defensive) kepada bersifat “menyerang” (attack mode).

Ucapan beliau kepada tentera maya Umno itu menjadi tular termasuklah ucapan “saya tak takut datang dari siapa: datang dari Mahathir ke, Kit Siang ke, Rafizi ke”) yang disambut dengan laungan dari tentera maya Umno yang hadir (rujuk video yang disertakan). Malah, Dato’ Seri Najib menggunakan laungan “lawan tetap lawan” untuk memberi semangat kepada tentera maya Umno.

Saya geli hati kerana Dato’ Seri Najib mungkin menarik nafas lega apabila pada pandangan beliau parti-parti pembangkang sering berbeza pendapat dan itu memberi kelebihan kepada Umno/Barisan Nasional.

Namun, beliau lupa bahawa majoriti rakyat Malaysia telah membuat keputusan untuk menolak kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri. Oleh itu, selagi Dato’ Seri Najib menjadi presiden Umno dan Perdana Menteri, Umno akan terus diserang dan akan secara berterusan berada di dalam “defensive mode”.

Ini berpunca dari beberapa skandal besar yang masih belum diselesaikan sehingga kini yang turut mengheret nama beliau.

Apabila saya membuat akuan bersumpah mengenai aliran dana dari SRC Internasional Sdn Bhd ke akaun peribadi Dato’ Seri Najib yang akhirnya sampai kepada Datuk Dr Nasharuddin Mat Isa, saya ingin membawa tumpuan kembali kepada siasatan terhadap Dato’ Seri Najib.

Pada 5 Mac 2016, Sarawak Report memuatnaik satu laporan bertajuk “Matching Sums of $170m Left SRC And Arrived In Najib’s Account” (http://www.sarawakreport.org/2016/03/170m-went-out-of-1mdb-and-170m-went-into-najibs-account-all-in-late-2011-exclusive/)

Laporan itu (dan laporan-laporan lain) memaparkan satu helaian kertas yang dipegang oleh Peguam Negara, Tan Sri Affandi Ali mengenai aliran dana dari akaun SRC Internasional Sdn Bhd ke akaun beberapa syarikat yang kemudiannya sampai ke akaun peribadi Dato’ Seri Najib di Ambank.
(Lawati http://rafiziramli.com/2017/04/umno-akan-terus-diserang-selagi-najib-perdana-menteri-siapa-penerima-wang-src-sebanyak-rm23520010/)

Dari akaun peribadi Dato’ Seri Najib bernombor 2112022011906, sejumlah RM23,520,010 telah dibayar kepada 17 penerima seperti yang ditunjukkan di dalam helaian rasmi yang dirujuk oleh Peguam Negara itu.

Walaupun pelbagai berita dan siasatan telah dibuat ke atas aliran dana 1MDB dan SRC International Sdn Bhd, sehingga kini tiada sebarang berita atau laporan mengenai 17 orang yang menerima dana yang berasal dari Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) ini? Siapa yang menerima dana ini? Untuk apa mereka menerima dana ini? Kenapa mereka menerima dana dari Dato’ Seri Najib? Kenapa Dato’ Seri Najib mengambil wang dari syarikat yang meminjam dari wang pencen rakyat untuk dibayar kepada pihak ketiga?

Saya akan memberi tumpuan dalam masa seminggu dua ini untuk mendapatkan jawapan dari Dato’ Seri Najib dan pihak berkuasa berkenaan pemindahan-pemindahan wang ini.

Oleh itu, saya akan membuat beberapa pendedahan bersiri mengenai skandal ini dan diakhiri dengan satu laporan polis baru terhadap Dato’ Seri Najib dalam tempoh seminggu dari sekarang agar siasatan dibuka kembali terhadap penglibatan Dato’ Seri Najib dalam aliran dana ke akaun peribadi beliau.

RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN
Read More

[Video 'Nampak ahli Umno pun minat dengan kita'] AMANAH oh AMANAH...kenapa kau perlu wujud dalam politik negara?

Ahad, 30 April 2017

AMANAH oh AMANAH.. kenapa kau perlu wujud dalam politik negara..?

Pencerahan dari AMANAH.
1. Perjuangan Islam yang berlandaskan Al Quran dan As Sunnah bukan hak milik ekslusif mana-mana organisasi atau parti politik. Jadi, soalan samada Amanah mampu atau tidak adalah soalan yang subjektif. Semua pihak berupaya menyumbang ke arah perjuangan Islam, tetapi tidak ada satu pihak yang boleh mendabik dada bahawa perjuangan ini eksklusif milik mereka. Maka itu, kewujudan parti Amanah adalah untuk menyumbang ke arah penghayatan Islam di dalam aspek siyasah dan kenegaraan.

2. Hudud adalah sebahagian dari syariat Islam. Tetapi, ianya bukan satu-satunya syariat Islam. Syariat Islam meliputi banyak perkara yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia. Setiap satunya mempunyai keutamaan yang berbeza dan setiap satunya mempunyai perbahasan feqah yang luas dan bersifat multidimensi. Memahami syariah dari sudut yang simplistik tanpa memahami aspek fiqh dan maqasid hanya akan menjuruskan umat Islam kepada perangkap retorik dan dogmatik yang tidak berkesudahan.

3. Negara ini bukan milik mana-mana parti politik. Keputusan samada Hudud dilaksanakan atau tidak di negara kita bukan keputusan eksklusif mana-mana parti politik. Tidak Umno, tidak PAS, tidak Amanah, tidak DAP. Ianya mestilah keputusan yang diabsahkan sebagai keputusan rakyat secara kolektif. Maka itu, prosesnya mesti melibatkan semua pihak dari kalangan rakyat. Sesuatu undang-undang itu, sebaik manapun ia dan sesuci manapun ia, hanya akan menjadi undang-undang setelah ianya absah (legitimate). Amanah percaya Hudud hanya boleh dilaksanakan di negara ni sekiranya ia sudah menjadi undang-undang yang absah dan Amanah juga percaya proses mendapatkan keabsahan perlu melalui proses yang demokratik, broadbased, dan constitutional. Sebab itu Amanah percaya usaha memperolehi keabsahan tidak boleh dibina di atas sentimen permusuhan, kebencian, bigotry, dan polarisasi di kalangan rakyat. Cara yang dibawa oleh PAS bukan sahaja akan menyebabkan stigma yang buruk terhdap Hudud, malah agak menyebabkan ianya menjadi semakin jauh dari lama tertangguh dan dimusuhi rakyat.

4.  Tuduhan pimpinan Amanah sebagai takut dengan DAP adalah salah dan tersasar. Pihak yang takut ialah pihak yang pada mulanya mempunyai ruang berdialog, tetapi diatas ketidak upayaan mereka berdialog, mereka memilih untuk lari dan meminggir diri. Mereka lebih selesa membuat tindakan secara unilateral kerana tidak mampu berhujah dengan berkesan di meja dialog dan rundingan. Merekalah yang sebenarnya penakut. Pemimpin Amanah terus konsisten dengan pendekatan yang selama ini mereka terokai dan tidak pernah lari dari lapangan.

Wallahu a'lam.

-Jamzuri Ardani

KDL.


Read More

Friday, 28 April 2017

[Video Selepas putus dengan PKR, PAS digesa letak jawatan di Selangor] PKR mahu Pas putus kedudukan dalam kerajaan Selangor sekarang.

Jumaat, 28 April 2017

PKR mahu Pas putus kedudukan dalam kerajaan Selangor

Saifuddin Nasution Ismail
PKR akan menghormati sebarang keputusan Pas berhubung hubungan dengan parti itu namun mahu ia dimuktamadkan segera dan tidak dilengah-lengahkan.
Ini kerana keputusan menamatkan kerjasama politik dengan PKR mewajarkan semua ahli Pas yang memegang jawatan dalam kerajaan negeri Selangor meletakkan jawatan, kata Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
"Jika Pas memutuskan tahalluf siyasi dengan PKR secara muktamad, perkara bermaruah dan terhormat yang perlu dibuat ialah bagi semua ahli Pas yang mempunyai jawatan di dalam Kerajaan Selangor meletakkan jawatan sejurus selepas keputusan memutuskan hubungan itu dimuktamadkan," ujar beliau dalam satu kenyataan.
Saifuddin menambah, keengganan Pas meletakkan jawatan akan memualkan rakyat kerana ruang politik pembangkang akan dilihat banyak berkisar kepada serangan kepada kawan sendiri (termasuk mengisytiharkan bertanding di kerusi-kerusi PKR) sedangkan pada masa yang sama masih mahu menerima habuan dari jawatan yang disandang di Selangor.
Beliau tidak melihat sebarang logik bagi Pas yang memutuskan hubungan dengan Amanah dan DAP serta kini mahu memutuskan hubungan dengan PKR terus kekal dalam kerajaan negeri Selangor.
"Saya memantau perjalanan Muktamar Pas terkini memandangkan ia berkait dengan strategi PKR dan Pakatan Harapan dalam PRU14. Tambahan pula, sebarang keputusan Pas mengenai tahalluf siyasi dengan PKR akan ada kesan kepada penyertaan Pas dalam Kerajaan Selangor.
"Saya ambil maklum usul yang diluluskan tanpa bahas oleh Dewan Ulamak Pas dan tidak terkejut jika usul yang serupa akan terus diluluskan sepanjang berlangsungnya Muktamar Pas pada hari ini.
"Saya juga kesal serangan dan kritikan kasar terhadap YAB Dato' Seri Azmin Ali Timbalan Presiden PKR dan Menteri Besar Selangor yang dibuat oleh perwakilan Dewan Ulamak Pas semasa perbahasan semalam," kata beliau.
Pas juga, ujar Saifuddin menzahirkan secara jelas untuk memimpin beberapa negeri termasuk Selangor yang kini diterajui PKR.
Sehubungan itu, beliau menunggu keputusan muktamad Muktamar Pas berhubung kerjasama politik antara dua parti dan PKR akan terus menggarap kekuatan semua pihak yang mahu menamatkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.
Read More

Thursday, 27 April 2017

[Video Jangan Panggil Kami PAN] Kisah BARUA dan BROKER dengan doa Lakhnat & Adakah ulama halalkan semua! "JAHANAM PAN...Hampir semuanya bergumbira senyum dgn kemaksiatan berjamaah itu!"

Jumaat, 28 April 2017

Kisah barua dan broker dengan doa lakhnat...adakah ulama halalkan semua..!!??

Ulamak yang memilih kemungkaran...!
1. Saya memilih utk ikuti live ulamak Pas bermuktamar pagi ini. Sebaik sahabat saya Ustaz Mohd Nazri Chik selesai aluan, ucapan sulung adalah wakil Kedah Ustaz Rejab Md Akhir.
2. Belum pun sempat berucap, semua yg hadir diajak bangun dan sama laung kata semangat, yg terus disusuli kata "jahannam PAN".
https://www.youtube.com/watch?v=aI7ZKOukdo8
3. Allahu... Saya benar tergamak, terdiam, tak terkata beberapa saat. Itu rupanya kalimah pertama hari mulia 1 Syaaban 1438H ini, didoakan oleh perwakilan dlm satu majlis besar yg berkumpul semua ahli agama parti itu. Ada yg dilihat tak selesa, namun tak ada pun seorg bangkit tegur maksiat akhlaq dihadapan mereka itu...
Termasuk tidak ditegur oleh wakil syura parti yg ada dalam dewan itu! bahkan hampir semuanya bergembira senyum dgn kemaksiatan berjamaah itu!
Ikhwah yg dirahmati
4. Sesunggguhnya kalimah "jahannam" itu adalah hak Allah semata, yg digunakan utk musuh Islam yg kelak dicampak dlm neraka jahannamNya. Tapi itulah pilihan doa oleh ulamak partiitu utk kami, dari Parti Amanah Negara yg mereka singkatkan sbg terma PAN.
5. "PAN" itu juga disebut oleh ketua ulamak Pas sbg kalimah  arab bermaksud "mati", Maka ahli Pas tak dibenarkan sebut AMANAH, tetapi hendaklah doakan kematian utk AMANAH. Sebegitu sekali!
6. Saya teringat hadith berkata, Rasulullah amat takut melebihi takutnya pada Dajjal adalah pada ketua / ulamak yg menyesatkan ummah di akhir zaman ini. Juga kadua bermaksud "mencela seorang muslim itu adalah kefasikan, dan membunuhnya pula adalah kekufuran".
Saya melihat kebenaran pada hadith Rasul mulia itu! Saya juga imbas apa yg dah berlaku kebelakangan ini.
7. Tahun 2013 Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sendiri mulakan kerja khianat PAS pada PKR apabila dia sendiri letakkan calon PAS di kerusi yg dah pun menjadi hak PKR sejak 2008. Akhirnya UMNO berterima kasih pada PAS atas hadiah kerusi itu.
8. Kesannya juga, dalam dua kali program Dewan Ulamak parti itu membuat keputusan dan usul utk putuskan dgn PKR (dan kekal dgn DAP).
9. Hasil dari itu setiap teguran pada Presiden atas kesalahan itu, pasti terus dijawab dgn kata kesat termasuk barua dan broker.
10. Umum juga ingat, setahun kemudian, tahun 2014 wakil ulamak Ustaz Azhar Yaacob bangkit lebih 20 min bacakan doa laknat buat ahli sendiri yg berbeza pandangan dgn Presiden party dalam Muktamar di Johor. Ahli diperbodohkan sebegitu sekali oleh ulamak party!
11. Dan tahun berikutnya 2015 kita lihat sekali lagi Mokhtar Senik wakili ulamak bangkit bawakan usul tergempar arah perwakilan putuskan hubungan dgn DAP, tetapi kekal pula dgn PKR. Totally berbeza pandangan sejak 2 tahun sblm itu!
12. Hingga akhirnya,sehari kemudian tanpa disangka Presiden party salahgunakan veto utk paksa perwakilan Muktamar 2015 di Kuala Selangor utk terima usul putus dgn DAP itu tanpa dibenarkan bahas. Maka terputuslah hubungn rasmi PAS dgn DAP hasil ulamak parti itu!
13. Makan, dua hari selepas putus itu, YB Iskandar A Samad (Naib Presiden) bertanya trus pada Ustaz Rizuan Bin Rahmat Ketua Ulamak Selangor, apa punca tiba-tiba ulamak PAS mahu putus dgn DAP? Apakah ulamak tak lihat manfaat dakwah yg ada selama PAS berkawan dgn DAP dan PKR?
14. Ustaz Rizuan Bin Rahmat mengakui mmg manfaat bersama DAP tersangat banyak. Namun katanya usul Dewan Ulamak Pas itu sebenarnya bukan bertujuan utk benar-benar putus pun dgn DAP. Bahkan katanya, tujuan sebenar usul itu diangkat "hanyalah untuk tujuan gempar DAP sahaja..." melalui perbahasan muktamar itu! Dan ulamak sendiri yakin pasti usul itu pasti akan ditolak oleh hampir semua perwakilan yg hadir.
15. Katanya juga, Dewan Ulamak Pusat sendiri pun terkejut dgn penggunaan veto yg tak disangka oleh Presiden itu.
Ikhwah yg dirahmati;
Semua itu hanyalah beberapa contoh kerosakan yg dah pun berlaku. Banyak jika kita kaji akan betapa rosaknya fikrah dan perangai mereka yg bergelar diri sbg ulamak parti itu terutamanya dalam menguruskan perbezaan pandangan sesama ahli atau pimpinan party.
Kita dah saksikan, jawapan paling mudah buat ulamak itu hanyakah memaki-hamun serta zahirkan kata laknat dan nistapada sesiapa pun yg berbeza pendangan itu dgn Presiden party.
Langsung tiada hujjah atau fakta berani dibuat secara berdepan atau tersusun.
عَÙ†ْ Ø£َبِÙŠْ Ù‡ُرَÙŠْرَØ©َ Ù‚َالَ: Ù‚ِÙŠْÙ„َ: ÙŠَا رَسُÙˆْÙ„َ اللَّÙ‡ِ ادْعُ عَÙ„َÙ‰ الْÙ…ُØ´ْرِÙƒِÙŠْÙ†َ. Ù‚َالَ: Ø¥ِÙ†ِّÙŠْ Ù„َÙ…ْ Ø£ُبْعَØ«ْ Ù„َعَّانًا ÙˆَØ¥ِÙ†َّÙ…َا بُعِØ«ْتُ رَØ­ْÙ…َØ©ً. (رواه مسلم)
Rasulullah pernah diminta untuk doakan kecelakaan / kebinasaan ke atas kaum musyrikin sendiri. Maka jawab Rasullah, "sesungguhnya aku tidaklah diutuskan sebagai pelaknat, bahkan sesungguhnya aku diutus hanya sebagai rahmat.." [Muslim. No. 2599]
https://www.facebook.com/ahmadsayutibashiron/posts/10155195242324876
Kita berdoalah agar anugerah kesabaran pada semua dalam mehnah yg berlaku ini. Dalam parti itu masih terlalu ramai sahabat-karib kita yg baik dan sgt ikhlas. Tetapi, mereka masih memilih utk tidak bersuara...
Makan cukuplah Allah sbg sebaik pemberi balas buat hambaNya.
assayuti | 1 Sya'ban 1438

Posted by Kedah Lanie
Read More

[Video Jahanam PAN!: Maafkan mereka, doakan mereka, kata Amanah & PEMUDA PAS arah semua jawatan dalam kerajaan negeri Selangor dilepaskan!

Jumaat, 28 April 2017

PEMUDA PAS arah semua jawatan dalam kerajaan negeri Selangor dilepaskan!!!

PEMUDA PAS SURUH BARISAN EXCO KEPIMPINAN DARI PAS SELANGOR LETAK JAWATAN DALAM KERAJAAN NEGERI.

Bertetapan dengan keputusan Dewan Ulamak siang tadi dengan ini saya Pemuda PAS  menyeru supaya semua EXCO PAS serta AHLI MAJLIS dan JKKK dari PAS serta lantikan politik dalam GLC Negeri supaya meletak semua jawatan dalam kerajaan negeri Selangor.

Sesungguhnya dengan seruan dari keputusan Dewan Ulama PAS maka dengan ini terputuslah segala hubungan dengan KEADILAN yang menguasai dalam pemerintahan negeri Selangor.
Semoga keputusan Dewan Ulama dipatuhi oleh semua lapisan kepimpinan dalam PAS Selangor.

Sekian Terima Kasih

PEMUDA PAS - 😀
Ulama Kami Pertahankan

Posted by Kedah Lanie 

Jahanam PAN!: Maafkan mereka, doakan mereka, kata Amanah

 | MALAYSIA DATELINE
Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus
Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus
Kecaman Dewan Ulamak Pas terhadap Amanah dalam muktamar sayap utama parti itu semalam tidak langsung mendatangkan kesan kepada para pemimpin parti gabungan Pakatan Harapan tersebut, malah naib presiden Amanah menasihati anggota parti itu supaya memaafkan dan mendoakan kebaikan terhadap mereka.
Naib presiden Amanah Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus dalam pesanan yang tular di media sosial mengemukakan pertanyaan, "Adakah anda semua boleh dan mampu tersenyum puas kalau ada rakan anda tersasul memaki orang lain?"
Beliau lantas memetik firman Allah SWT dalam surah Al-Hujarat ayat 11 yang bermaksud:
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik; dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan; seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim."
Hasanuddin juga memetik hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud:
"Memadai seseorang dikira berbuat keburukan jika dia merendahkan saudaranya sesama muslim."
Beliau juga mengingatkan tentang sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Sesungguhnya darah kalian, harta kalian dan kehormatan kalian haram atas kalian...” (HR Bukhari Muslim)
Hasanuddin turut mengingatkan ahli Amanah bahawa setiap kumpulan umat Islam mempunyai maruah dan kehormatan walaupun cara mereka tidak dipersetujui kelompok yang lain.
Malah katanya, Rasulullah s.a.w. menghalang umat Islam mencela saudara Islamnya yang lain berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:
"Mencela seorang muslim adalah kefasikan, dan membunuhnya kekufuran."
"Semoga semua yang membaca coretan sedia memaafkan mereka.
"Tuhan akan tinggikan kemuliaan dan maruah kita apabila kita bersabar, memaafkan dan mendoakan keampunan buat mereka yang melaknat dan mencerca kita," ujarnya.
Semalam, Ketua Dewan Ulama Pas Kedah Mohd Rejab Md Akhir meminta para perwakilan supaya berdiri dan mengetuai ikrar yang diakhiri dengan laungan 'jahanam PAN' (Amanah), diikuti laungan takbir.
“Sebelum saya memulakan ucapan, saya minta semua berdiri kita baca ikrar ‘Jahanam PAN’,” kata Rejab ketika menyampaikan ucapan pembukaan yang dirasmikan Timbalan Mursyidul Am Datuk Ahmad Yakob.
Bagaimanapun, rata-rata pengguna media sosial mengecam sikap Pas tersebut sekaligus mempersoalkan sejauh mana parti yang memusuhi Pakatan Harapan itu mengamalkan 'budaya politik matang dan sejahtera' seperti yang dilaungkan.
Sementara itu, penganalisis politik yang juga pensyarah universiti awam, Dr A Zachary S memandang berat kecenderungan pemimpin Pas mengutuk dan melaknat lawan politik mereka.
Menurut beliau, perkataan 'laknat' boleh dilihat dari dua makna iaitu cerca, kutuk dan pengusiran dari rahmat Allah.
Dr Zachary menjelaskan, melaknat orang mukmin lain oleh seorang mukmin termasuk dalam perkara dosa dan Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesiapa yang melaknat seseorang Mukmin, maka itu seperti membunuhnya." [HR Bukhari, 10/464]
Malah tambah beliau, Allah SWT sendiri melarang umat Islam melaknat seorang kafir secara individu.
Menurutnya, Rasulullah s.a.w. pernah ditegur Allah SWT kerana mendoa laknat Abu Jahal dan kafir Quraisy menerusi firman-Nya:
"Tidak ada sedikit pun campur tanganmu dalam urusan mereka itu atau Allah menerima taubat mereka atau mengazab mereka kerana sesungguhnya mereka itu orang-orang yang zalim." [Ali Imran: 128]
"Hukum melaknat orang kafir yang masih hidup dilarang oleh Allah kerana boleh jadi Allah merahmati dia sehingga dia mendapatkan hidayah untuk memeluk Islam dan menjadi orang mukmin.
"Jika orang kafir pun dilarang Allah kita melaknat, inikan pula sesama muslim dan mukmin?" ujar beliau.

Read More

[Video PAS Sudah Tidak Menentang Penyelewengan UmnoBN Lagi] Pas akhirnya mendedahkan niat dan isi hatinya yang sebenar!

Jumaat, 28 April 2017

PAS AKHINYA MENGAKU NIATNYA HANYA UNTUK MENGEKALKAN UMNO


Pas akhirnya mendedahkan niat dan isi hatinya yang sebenar iaitu tidak guna menjatuhkan kerajaan yang sedang memerintah negara sekarang ini.

Kalau tidak guna menjatuhkan, bermakna yang berguna ialah mengekalkannya. Jika tidak guna untuk dikekalkan, ertinya lebih baik dijatuhkan.

Pilihan tidak boleh lebih daripada satu, ia mesti antara dua, pilih salah satu.

Apabila Pas sudah mengatakan tidak guna menjatuhkan kerajaan sedia ada, hakikatnya itulah tujuan sebenar mereka mewujudkan blok ketiga yang dinamakan Gagasan Sejahtera.

Dan itulah juga sebabnya Pas bagai nak gila mahu bertanding di 80 kerusi Parlimen tanpa mengendur walau sedikit pun dengan mana-mana parti yang ingin berunding dengannya.

Dengan hanya 80 kerusi, menang dah tentu tak ke mana, tetapi kalah tak mengapa, yang penting, Najib Razak, UMNO dan BN dapat dibantu untuk terus kekal berkuasa.

Ehem, ehem, ehem...

Setelah berdolak-dalik dan menyembunyikan hasrat sebenar mereka sejak sekian lama, hari ini segala-galanya terdedah dengan sendirinya. 

Ia bukan saja dilafazkan oleh Timbalan Mursyidul Am Pas, Ahmad Yaakob, bahkan juga diucapkan di hadapan golongan ulama parti itu iaitu ketika merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas.

Ahmad Yaakob menjelaskan, tidak guna menjatuhkan kerajaan yang ada sekarang kerana yang akan menjadi penggantinya nanti ialah kerajaan yang berfahaman sekular sosialis.

"Apa yang dibimbangkan, jatuhnya sebuah kerajaan sekular nasionalis tetapi diganti dengan sekular sosialis. 

"Kalau itu terjadi, PAS kena ambil masa 60 tahun untuk jatuhkan kerajaan sekular sosialis dan diganti dengan kerajaan Islam," ujar beliau yang juga Menteri Besar Kelantan.

Soalnya, benarkah kerajaan baru nanti betul-betul berfahaman sekular sosialis? Apakah semata-mata kerana ada DAP di dalam Pakatan Harapan, lalu ia semudah itu digelar sekular sosialis?

Apakah sekular nasionalis lebih baik daripada sekular sosialis, maka Pas sebagai parti Islam ingin mempertahankannya?

Tidakkah Ahmad Yaakob sedar, kerajaan yang ada sekarang juga lebih dikenali sebagai kerajaan kleptokrasi?

Dalam pada itu, jika tidak dalam pilihanraya akan datang, bila lagi masa yang sesuai untuk kerajaan yang ada boleh dijatuhkan?

Mengapa tidak mahu diinsafi, kiranya dalam PRU 14 ini UMNO dan BN tidak mampu dikalahkan, waktu terbaik untuk berbuat demikian mungkin tidak muncul lagi sampai bila-bila?

Ini kerana, kiranya mampu melepasi garisan PRU 14, kerajaan sekular nasionalis yang juga dikenali di seluruh dunia mengamalkan gaya pemerintahan kleptokrasi dan begitu ingin dikekalkan kuasanya oleh PAS, mereka pasti akan bertindak dengan lebih keras lagi bagi mengekalkan kuasa yang ada.

Sudahnya, bila dapat ditumbangkan lagi?

Bila pula Pas mampu bertanding lebih banyak kerusi, tidak sekadar 80  saja, agar hasrat menubuhkan kerajaan Islam secara sendiri dapat dicapai?

Dengan pelbagai isu melingkari wajah Perdana Menteri serta kleptokrasi mula mengambil alih tempat demokrasi, bukan saja PRU 14 medan terbaik untuk menukar kerajaan, malah pendirian Pas yang mengatakan tidak ada gunanya menjatuhkan kerajaan sedia ada, perjuangan mereka nyata semakin menjauh daripada hati nurani rakyat seluruhnya.

Realitinya, tiada ada mana-mana bangsa dan agama dapat menerima kerajaan yang dibayangi skandal, penipuan, rompakan dan samunan yang begitu berleluasa yang semata-mata dapat bertahan kerana masih mampu mengepung kuasa dan segala agensi penguatkuasa dalam genggamannya.

Dalam keadaan begitu, tidak malukah Pas kerana masih lagi mahu bermain-main dengan perbezaan antara sekular nasionalis dan sekular sosialis untuk mewajarkan pendirian mereka tanpa melihat gambaran lebih besar kepada kemusnahan masa depan negara jika gejala kleptokrasi tidak ditamatkan dengan segera? (ShahbudinHusin 28/04/2017).

Posted by 
Read More

[Video Pas Pasti KALAH 60 Daripada 80 Kerusi Bertanding] Muktamar PAS ke-63 ‘tak ada class’, kata Zaid Ibrahim.

Jumaat, 28 April 2017

Foto Otai BERSIH.

Suka Halaman Ini · 5 jam 

Setuju tak...?
Muktamar PAS ke-63 ‘tak ada class’, kata Zaid Ibrahim

FMT Reporters 
PETALING JAYA: Datuk Zaid Ibrahim hari ini menyifatkan mesyuarat agung tahunan pemuda, ulama dan wanita PAS yang berlangsung hari ini sebagai tiada “class”, kerana tidak membawa isu mendesak seperti keselamatan pelajar sekolah tahfiz dan peluang pekerjaan lepasan sekolah Arab.

Bekas menteri undang-undang itu berkata demikian setelah melihat PAS lebih berminat menyerang parti pembangkang lain dan tindakan undang-undang terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown. 

“PAS tak ada ‘class’. Di muktamar cakap lah pasal sekolah tahfiz, pasal peluang pekerjaan graduan sekolah Arab. Ini cakap (pasal) Amanah, (dan) Claire. 

“Saman Claire pun masa di muktamar. Ini untuk impak maksimum,” katanya di Twitternya. 

Keselamatan para pelajar sekolah tahfiz menjadi perbualan orang ramai selepas kematian Mohamad Thaqif Amin Gaddafi, 11, 2.06 petang semalam, seminggu selepas dimasukkan ke hospital selepas didakwa dipukul pembantu warden sekolah tahfiznya. 

Jumaat lepas, doktor terpaksa memotong kaki Thaqif dalam usaha menghalang jangkitan merebak ke tisu dan sel darah dalam tubuh. Beliau juga dijadualkan untuk menjalani pembedahan memotong tangan kanan. 

Pembantu warden itu ditahan Sabtu lepas dan direman sementara menunggu siasatan diselesaikan, yang diklasifikasikan semula daripada kes dera kepada kes bunuh, menurut polis. 

Hari ini, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang memfailkan saman fitnah terhadap Clare di Mahkamah Tinggi London 21 April lepas. 

Takiyuddin berkata, PAS menuntut ganti rugi “besar”, tetap enggan mendedahkan jumlahnya. Parti itu turut memohon injunksi terhadap artikel bertajuk “As Najib Denies All Over 1MDB, Let’s Not Forget His Many Other Criminal Connections – COMMENT”. 

at 4/27/2017 10:40:00 PTG 

Kerengga.
Read More

[Video Laungan JAHANAM PAN Makan Diri PAS Semula] Siapa agaknya bakal MB (Pas) Kelantan? MB Terengganu? MB Pahang? MB Kedah? MB Selangor? Perak?

Khamis, 27 April 2017

Foto Suara Rakyat.
Sila jangan ketawa.. PAS sungguh2 amat yakin kali ini akan tawan 4 negeri lain selain kekal Kelantan.
Siapa agaknya bakal.
MB kelantan - ???
MB Terengganu - ???
MB Pahang - ???
MB Kedah - ???
MB Selangor - ???
Sejarah Tak Pernah Menipu.. Tak serik-serik dah berapa byk kali kena kencing sama Umno...

‘Jahanam PAN’ bergema di Muktamar Ulama PAS


Laungan 'Jahanam PAN' bergema ketika upacara perasmian Muktamar Dewan Ulama PAS ke-56 di dewan Sekolah Rendah Darul Ulum, Alor Setar, Kedah.
Laungan itu dimulakan oleh Ketua Dewan Ulama PAS Kedah, Mohd Rejab Md Akhir.
Sebelum laungan 'Jahanam PAN' dilontarkan, Mohd Rejab meminta semua hadirin berdiri kerana beliau ingin mengetuai bacaan ikrar.
“Sebelum saya memulakan ucapan, saya minta semua berdiri kita baca ikrar.
Allah matlamat kami, rasul ikutan kami, al-quran perlembagaan kami dan mengikut jalan Allah cita-cita tertinggi kami," katanya membaca ikrar berkenaan dalam bahasa Arab.
Selepas ikrar dibacakan dan laungan takbir bergema sebanyak tiga kali, Mohd Rejab kemudian terus menjerit "Jahanam PAN".
PAN merujuk kepada Parti Amanah Negara (AMANAH), parti serpihan PAS yang sering menjadi seteru parti induk itu.
Selepas itu, beliau kemudian menyambung kembali acara berkenaan dengan memberikan ucapan alu-aluan.
Keretakan dalam PAS berlaku selepas pilihan raya umum (PRU) ke-13 lalu, apabila parti itu akhirnya meninggalkan rakan gabungan mereka dalam Pakatan Rakyat yang dianggotai PKR dan DAP.
Kemuncaknya adalah pada Muktamar PAS di Kuala Selangor pada 2015 yang menyaksikan sebahagian daripada pimpinan parti itu yang cenderung mempertahankan Pakatan Rakyat disingkirkan oleh perwakilan.
Mereka - diketuai bekas timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu - menubuhkan AMANAH.
PAS yang memperolehi 21 kerusi pada pilihan raya 2013 kini mempunyai hanya 14 setelah beberapa wakil rakyatnya meninggalkan parti itu dan menyertai AMANAH.

AMANAH: Tak berakhlak
Sementara itu, pengerusi AMANAH Kedah Dr Ismail Salleh mengkritik sikap itu yang didakwanya tidak berakhlak dengan akhlak Islam.
“Mereka bukan sahaja menggelarkan AMANAH sebagai PAN tetapi mengutuk keras dengan 'jahaham PAN',” katanya dalam kenyataan hari ini.
“Pemikiran fanatik ini bukanlah baru dan asing dalam PAS. Fanatisme ini menyebabkan mereka tidak boleh menerima kepelbagaian dan kelainan dalam berfikir.”
Malaysiakini.
Read More

Wednesday, 26 April 2017

[Video Petanda Besar Bila Najib & Rosmah Duduk Ditangga Rumah Orang Miskin] Dasar Umno BN lebur impian anak muda miliki rumah.

Khamis, 27 April 2017


Image result for Rumah mampu tengok
Image result for Rumah mampu tengok

Dasar Umno BN lebur impian anak muda miliki rumah

Penulis 

Cadangan untuk rakyat menyewa rumah untuk tempoh masa yang lama bukanlah satu idea bernas. Bagi saya, kerajaan Umno/BN seolah-olah tidak memahami bahawa MEMILIKI SEBUAH RUMAH ITU SATU KEPERLUAN ASAS (BASIC NEEDS) setiap individu yang menempuhi alam pekerjaan. 
Cadangan Datuk Johari Ghani telah mengecewakan rakyat dan golongan muda kerana ia bukanlah cara menangani kenaikan harga barangan dan kos sara hidup.
HSBC Holdings PLC, London baru-baru ini melaporkan bahawa sebanyak 93 peratus rakyat Malaysia masih tidak memiliki rumah sendiri berdasarkan hasil kajian 'Beyond the Brick'.
Kadar ini merupakan satu angka yang tinggi dan rakyat khususnya golongan muda tidak boleh melengahkan masa sehingga mempunyai kemampuan untuk memilik rumah sendiri.
Sebenarnya, mengambil langkah tunggu hingga mampu adalah langkah LANGKAH YANG SALAH kerana HARGA RUMAH TIDAK AKAN TURUN, SEBALIKNYA HARGA RUMAH AKAN TERUS MENINGKAT. Indeks Harga Rumah Negara Malaysia terus meningkat 5.36 peratus pada suku ketiga 2016 sungguhpun lebih rendah berbanding 7.35 peratus dalam tempoh yang sama pada tahun sebelumnya. Harga rumah meningkat lebih daripada pendapatan isi rumah Malaysia sejak hingga 2015, mencatatkan pertumbuhan dua angka antara 2012 dan 2013.
Oleh itu adalah satu kelebihan membeli rumah ketika usia muda kerana tempoh pinjaman kepada bank boleh dipanjangkan sehingga 30 atau 35 tahun dan dapat mengurangkan pembayaran bulanan setiap bulan. Secara tidak langsung rumah ini akan menjadi aset kepada pembeli yang mana ia mampu mendatangkan keuntungan berlipat kali ganda dalam jangkamasa sederhana dan jangka panjang.
Datuk Johari mencadangkan sewaan untuk jangka panjang kerana bimbang anak muda terikat dengan komitmen yang tinggi di usia muda dengan beban rumah dan kereta sedangkan mereka sepatutnya tumpu kepada kerjaya dan mencuba bidang perniagaan.
Sedarkah Datuk Johari bahawa anak muda membeli kereta adalah kerana terpaksa disebabkan kerajaan Umno/BN gagal menyediakan pengangkutan yang awam yang efisyen untuk mereka pergi dan balik ke tempat kerja.
Sebagai Menteri Kewangan sepatutnya Johari Ghani mencadangkan penghapusan GST dan TOL, penurunan harga minyak pada kadar munasabah, pendidikan tinggi percuma, pengawalan harga rumah, meningkatkan produktiviti pekerja supaya mendapat gaji yang lebih tinggi, mengelak pembaziran, ketirisan perbelanjawan awam dan pencegahan rasuah.
Langkah-langkah lain yang baik yang boleh dimulakan termasuklah memberi pendidikan pengurusan kewangan peribadi kepada pelajar-pelajar di peringkat awal sekolah hingga ke peringkat universiti.
Kerajaan Umno BN gagal mendidik pelajar-pelajar hari ini dan dahulu mengenai cara-cara pengurusan kewangan, seperti tatacara membeli rumah yang memerlukan persediaan kewangan dari peringkat awal. Kesannya, rakyat pada awal usia tidak tahu bahawa membeli rumah itu sekurang-kurangnya memerlukan deposit sekurang-kurangnya 10 peratus daripada harga semasa.
Apabila rakyat hanya tahu membeli rumah itu memerlukan wang pada usia dewasa, akhirnya mereka gagal untuk menyimpan impian untuk membeli rumah. Sedangkan, rumah merupakan aset yang boleh membantu mereka mempunyai harta untuk diwariskan. Bertambah malang apabila Johari Ghani mengatakan rakyat seharusnya menyewa rumah untuk tempoh yang lama, sementara rumah-rumah yang ada sekarang terus dibeli dan dimiliki oleh golongan 'maha' kaya.
Sampai bila rakyat memerlukan kewangan stabil, taktala harga hartanah semakin meningkat dari semasa ke semasa? Andaikan jika seorang rakyat mengikut saranan menteri dengan menunggu sepuluh tahun untuk kumpul duit terlebih dahulu, mampukah dia membeli rumah dengan harga yang telah meningkat dalam tempoh yang sama? Saya percaya jika bertanyakan kepada pakar-pakar kewangan dan pelabur hartanah, sudah tentu sebahagian besar mereka mengatakan peluang terbaik untuk memiliki rumah adalah pada hari ini, bukannya masa depan!
Menteri seolah-olah tidak memahami mengenai konsep penawaran dan permintaan hartanah yang mana kebiasaannya harga hartanah semakin meningkat. Jika beliau secara ikhlasnya ingin membantu rakyat khususnya golongan Bumiputera, beliau seharusnya menerangkan kepentingan menyimpan deposit dan mencari sumber pendapatan yang membolehkan rakyat membayar ansuran rumah mengikut jadual. Begitu juga Menteri Pendidikan, seharusnya subjek pendidikan kewangan diajar sejak bangku sekolah lagi. Anak muda perlu diajar mengenai CCRIS, CTOS, Debt-to-Service Ratio (DSR), serta penyediaan bajet mengikut sumber pendapatan semua peringkat (pendapatan kecil, sederhana dan besar).
Melalui pendidikan kewangan, maka pemilikan rumah akan meningkat untuk generasi akan datang. Melalui pendidikan kewangan, maka potensi bilangan orang muflis juga akan semakin menurun. Melalui pendidikan kewangan, maka rakyat dapat menilai setakat mana kemampuan Menteri Kewangan Kedua ini menangani ekonomi negara yang sedang mengalami kenaikan harga barangan dan kos sara hidup yang tinggi.
Terserlah realitinya Datuk Johari dan kerajaan UMNO/BN gagal memahami derita rakyat dan aspirasi anak muda bahkan mencadangkan langkah-langkah yang memburukkan lagi keadaan ekonomi negara.
Read More

[Video TAK MASUK AKAL! 4 Kali (25 Bilion) Najib Tersalah Bayar Wang 1MDB] Jalan cerita bertukar, JASA tidak lagi nafikan kes mahkamah skandal 1MDB.

Khamis, 27 April 2017

Foto Otai BERSIH.
SENARAI HARGA MINYAK BERMULA 27/04/17 - 03/05/17

RON95: RM2.21 (turun 6 sen)
RON97: RM2.48 (turun 6 sen)
Diesel: RM2.14 (turun 7 sen)

Ok...terime kasih pada Najib Razak kerana turun kan harga Minyak..
😂😂

Jalan cerita bertukar, JASA tidak lagi nafikan kes mahkamah skandal 1MDB


KUALA LUMPUR, 26 APR: Kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwan Khas (JASA), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berhubung perkembangan terbaru skandal 1MDB seolah-olah mengesahkan bahawa terdapatnya salah laku membabitkan syarikat tersebut.
Puad dilaporkan media sebagai berkata penyelesaian secara timbang tara antara 1MDB dan Syarikat Pelaburan Antarabangsa Abu Dhabi (IPIC) kononnya telah ‘melemahkan’ dakwaan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) bahawa wang 1MDB telah diselewengkan.
“Sama ada ia (dakwaan Puad) benar atau tidak ia bebas untuk dibahaskan, tapi apa yang mengejutkan adalah reaksi kerajaan Malaysia yang sebelum ini menafikan skandal 1MDB, tetapi secara tiba-tiba menerima senario kes yang dibangkitkan DOJ.
“Jika kerajaan Malaysia berpegang teguh dengan naratifnya bahawa tidak ada skandal melibatkan 1MDB, maka Puad tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seumpama itu,” kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam kenyataan, hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, Puad mungkin tidak menyedari bahawa kenyataan beliau itu telah mengesahkan tindakan saman sivil oleh DOJ bagi merampas aset bernilai lebih AS$1 bilion yang berpunca daripada dana 1MDB.
Sementara itu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua semalam menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan ‘penyelesaian’ terbabit memandangkan rakyat Malaysia nampaknya terpaksa membayar sebanyak dua kali ganda hutang 1MDB.
Hasil timbang tara antarabangsa di London memutuskan bahawa IPIC akan menerima bayaran berjumlah US$1.205 bilion.
Manakala 1MDB dan Kementerian Kewangan pula akan bertanggungjawab ke atas faedah bon bernilai US$3.5 bilion yang dijamin syarikat Abu Dhabi itu.
“1MDB cuba untuk menggambarkan semuanya baik sahaja – bahawa perselisihan tersebut telah diselesaikan tanpa memberi sebarang perincian.
“IPIC bagaimanapun menunjukkan bahawa mereka telah mendapat apa yang mereka mahukan,” ujar Tony dalam kenyataan. – Roketkini.com
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena