Wednesday, 31 May 2017

[Video Tiada Yang Akan 'Ditampar' Dalam Sesi Kali Ini & Polis siasat video viral polis terima rasuah]

Rabu, 30 Mei 2017
Ha ha ha ha ha.

Siasat video tular polis trafik terima rasuah (VIDEO)
Paparan skrin video menunjukkan seorang anggota polis trafik menerima rasuah seperti yang viral di media sosial sejak semalam.
Paparan skrin video menunjukkan seorang anggota polis trafik menerima rasuah seperti yang viral di media sosial sejak semalam. 

IPOH, 30 Mei — Polis menyiasat kesahihan dakwaan seorang anggota polis trafik menerima rasuah berdasarkan rakaman video yang viral di media sosial sejak semalam.
Ketua polis Perak berkata pihaknya memandang serius perkara berkenaan dan siasatan sedang dijalankan, lapor portal BH Online.
“Polis Perak tidak akan berkompromi dengan isu integriti dan memastikan tindakan tegas diambil terhadap anggota berkenaan jika didapati melanggar peraturan tugas,” kata Datuk Hasnan Hassan dalam kenyataan.
Video pendek berdurasi enam saat menunjukkan seorang anggota polis trafik lelaki menghulurkan tangannya ke dalam kereta seakan bersalaman dengan pemandu, dipercayai sedang menerima suapan.
Bagaimanapun tidak pasti bila atau di mana kejadian tersebut berlaku. Wajah anggota polis dan pemandu tersebut juga dikaburkan.
.themalaymailonline.com
Read More

[Video Benarkah Proton bukan kereta nasional lagi?] "...dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu berlebih-lebihan..." BARANG NAIK: Kegagalan Agensi Satu MALAPETAKA! KPDNKK diingat tidak hanya salahkan peniaga.

Rabu, 31 Mei 20127

Foto Parti Amanah Negara.

"...dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang berlebih-lebihan." (Surah al-A'raf:3 1)

Dalam masyarakat Islam kita, perbuatan membazir ini berlaku dalam pelbagai keadaan. Pembaziran berlaku bukan sahaja dari sudut makan minum, malah yang lebih parah lagi ialah dari sudut pembaziran masa dan umur.

Biro Dakwah Pemuda Amanah Nasional
Foto Parti Amanah Negara.


HARGA BARANG: KEGAGALAN AGENSI SATU MALAPETAKA

1. Selepas perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kenaikan harga barangan bukan lagi satu perkara yang janggal. Ia semakin menjadi-jadi apabila menjelang musim perayaan termasuklah memasuki bulan Ramadan.


2. Ramadan tahun ini adalah merupakan tahun paling sengsara buat rakyat khususnya berpendapatan rendah dan sederhana. Kos hidup di negara ini semakin meningkat naik dan harga barangan tidak lagi mampu dikawal oleh kerajaan melalui agensinya.

3. Menjelang Ramadan baru-baru, rakyat di semua peringkat merintih tentang kenaikan harga barangan terutama barangan keperluan asas. Antara yang naik termasuklah harga barangan basah seperti ayam, ikan, daging dan sebagainya.

4. Keluhan ini turut disuarakan oleh para peniaga khususnya di bazar Ramadan yang menjadi kelompok paling terkesan akibat kegagalan kerajaan mengawal harga barang. Kenaikan kos ini memaksa para peniaga menaikkan harga jualan yang pastinya memberikan kesan besar kepada para pembeli.

5. Para peniaga tidak lagi mampu untuk mengekalkan harga asal kerana terpaksa menanggung dan menampung kos yang semakin meningkat. Mereka perlu memikirkan keuntungan yang diperoleh selari dengan modal yang dikeluarkan.

6. Hakikatnya, apa yang berlaku ketika ini mendapati Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) seolah-olah tiada fungsinya. Kementerian ini gagal untuk menjalankan tugasnya bagi memastikan harga barangan selari dengan harga yang ditetapkan.

7. KPDNKK lebih cenderung untuk menyalahkan pemborong tanpa menginsafi kelemahan yang ada pada mereka menyebabkan perkara ini berlaku. KPDNKK sewajarnya membuktikan mereka adalah lebih berkuasa daripada semua termasuklah para pemborong.

8. Kegagalan fungsi penting kerajaan seperti KPDNKK ini adalah satu malapetaka besar buat negara, kerajaan yang ada tidak lagi mampu untuk mengurus hal negara khususnya melibatkan kepentingan rakyat. Apabila agensi tidak berperanan, maka berlakukah pengurusan cacar merba seperti yang berlaku pada hari ini!

9. Oleh yang demikian, Pemuda AMANAH Nasional menggesa kerajaan meningkatkan lagi fungsi agensi-agensinya dalam memastikan harga barangan di negara ini dapat dikawal. Kerajaan perlu mereformasi agensi-agensi berkaitan agar ia lebih berfungsi dengan lebih efisyen dan bertanggungjawab!

#PemudaBekerja
Membina Negara Berintegriti

MOHD SANY HAMZAN
Ketua Pemuda AMANAH Nasional




Harga barang: KPDNKK diingat tidak hanya salahkan peniaga

Harga barang naik menjelang Ramadan baru-baru ini - Foto Wan Zahari Wan Salleh
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dilihat gagal menyelaraskan harga barang di pasaran sebaliknya cenderung menyalahkan pemborong atas kenaikan harga.
Mohd Sany HamzanMohd Sany HamzanKetua Pemuda Amanah Nasional Mohd Sany Hamzan berkata, KPDNKK yang lebih berkuasa daripada pemborong dan peruncit seolah-olah tidak berperanan.
"KPDNKK lebih cenderung untuk menyalahkan pemborong tanpa menginsafi kelemahan yang ada pada mereka menyebabkan perkara ini berlaku. KPDNKK sewajarnya membuktikan mereka adalah lebih berkuasa daripada semua termasuklah para pemborong.
"Kegagalan fungsi penting kerajaan seperti KPDNKK ini adalah satu malapetaka besar buat negara, kerajaan yang ada tidak lagi mampu untuk mengurus hal negara khususnya melibatkan kepentingan rakyat. Apabila agensi tidak berperanan, maka berlakukah pengurusan cacar merba seperti yang berlaku pada hari ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau juga berkata, kenaikan harga barang ini semakin ketara khususnya pada musim perayaan akibat pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
"Kos hidup di negara ini semakin meningkat naik dan harga barangan tidak lagi mampu dikawal oleh kerajaan melalui agensinya.
"Menjelang Ramadan baru-baru ini, rakyat di semua peringkat merintih tentang kenaikan harga barangan terutama barangan keperluan asas. Antara yang naik termasuklah harga barangan basah seperti ayam, ikan, daging dan sebagainya," katanya.
Menurut beliau, para peniaga tidak lagi mampu untuk mengekalkan harga asal kerana terpaksa menanggung dan menampung kos yang semakin meningkat. Mereka perlu memikirkan keuntungan yang diperoleh selari dengan modal yang dikeluarkan," katanya.

Read More

Tuesday, 30 May 2017

[Video Kuil Buddha sediakan juadah berbuka puasa] Ahli Politik 'Datuk Seri' dalang sindiket pelacuran remaja di Melaka didedah.

Rabu, 31 Mei 2017

Dalang sindiket pelacuran remaja di Melaka didedah


Dalang sindiket pelacuran remaja di Melaka didedah
Wanita berusia 40 tahun itu dikatakan mempunyai kaitan dengan aktiviti melacur remaja perempuan di sekitar Melaka dengan menyasarkan golongan VIP sebagai pelanggan. -Gambar hiasan

MELAKA: Seorang wanita didakwa menjadi dalang sindiket pelacuran kelas atasan di negeri Melaka.

Wanita berusia 40 tahun itu dikatakan mempunyai kaitan dengan aktiviti melacur remaja perempuan di sekitar Melaka dengan menyasarkan golongan VIP sebagai pelanggan.

Perkara itu didedahkan Naib Ketua UMNO Bahagian Bakri Muar, Datuk Mohamed Mustafa Abdul Kadir yang mendakwa sindiket itu turut didalangi seorang ahli politik berpangkat Datuk Seri.
Menurut Mohamed Mustafa, beliau pernah diberitahu wanita itu sendiri yang kegiatan ini membabitkan remaja perempuan seawal usia 14 tahun yang dilatih untuk dijadikan pelacur kelas atasan dengan bayaran RM2,000 ke RM5,000 untuk satu malam.

Lebih menyedihkan, katanya, sindiket itu dipercayai licik dalam memujuk remaja berbangsa Melayu untuk menyertai mereka dengan dijanjikan kemewahan.

Malah, menurutnya, ada antara remaja yang dilacurkan dipaksa merakamkan aksi seks mereka untuk dijual.

Mohamed Mustafa mendakwa mengikuti rapat sindiket berkenaan bagi mengetahui modus operandinya.

Beliau dalam pada itu meminta agar pendedahannya ini mendapat perhatian dan disiasat pihak berwajib.

Pada 28 Mac lalu, Mohamed Mustafa didakwa di Mahkamah Ayer Keroh kerana positif dadah jenis Methamphetamine.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Raffi BachikAstro Awani 
Read More

[Video Kerajaan Melaka Rugi RM360 juta] TIADA LESEN MEMBALAK DILULUSKAN? Yang Pasti Dakota Menangis Lagi! Bertaubatlah Umno, pulangkan duit rakyat.

Selasa, 30 Mei 2017

Foto Mohd Fauzi Mohd Azmi.

Sangat berbeza seperti yang di indah khabarkan oleh Nazman Che Ibrahim Lebai Muda Walaun...

Foto Mohd Fauzi Mohd Azmi.
Dakota Menangis Lagi...
Kunjungan terbaru kami NGO BUMI, KUASA & Impian Kelantan ke Air Terjun Dakota pada 24hb. Mei, 2017.
Amat mengejutkan melihat jalan masuk ke Air terjun Dakota yang telah 100% berubah dari kunjungan kami ke sana 6 bulan lalu.
Selepas kunjungan kami 6 bulan lalu, kami ada membangkitkan isu Aktiviti Pembalakan yang berlaku di kawasan Air Terjun Dakota tetapi ianya dinafikan oleh Kerajaan Negeri Kelantan dengan mengatakan bahawa TIADA LESEN MEMBALAK DILULUSKAN oleh Kerajaan Negeri Kelantan.
Dipihak Pemuda PAS Kelantan pula menyebut bahawa memang ada permohonan untuk membalak dikemukakan oleh pihak Syarikat untuk membalak dikawasan Air Terjun Dakota tetapi atas inisiatif & nasihat Pemuda PAS Kelantan, permohonan tersebut TIDAK DILULUSKAN.
Perbualan kami dengan pekerja Kongsi Balak berhampiran Air Terjun Dakota (lebih kurang 100 meter dari Air Terjun Dakota) mendedahkan sebaliknya.
Pekerja Kongsi Balak tersebut menjelaskan bahawa Lesen membalak (selectif) telah dikeluarkan dan keluasannya ialah sebanyak 500 ekar.
Lokasi kawasan diluluskan ialah sekitar Air Terjun Dakota dan ianya akan diselesaikan dalam masa 3 bulan dari sekarang.
Ketika kunjungan kami, terdapat 2 buah jentera berat sedang giat membuka & membersihkan jalan Lori Balak yang bakal digunakan - rujuk Video Rakaman dari udara sekitar Air Terjun Dakota sehingga ke Kongsi Balak.
Laluan Lori Balak lama yang merintangi aliran Air Terjun Dakota telah dibersihkan dan malang sekali laluan baru dengan jelas dapat dilihat dialih lebih dekat dengan kolam dihadapan Air Terjun Dakota.
Ini bermakna Lori Balak bakal melalui terus diatas sungai tanpa jambatan & pastinya akan memusnahkan aliran air dari Air Terjun Dakota ke Sungai Puian sedikit demi sedikit.
Apa pula penjelasan Kerajaan Negeri Kelantan selepas ini..?
Yang pasti - Dakota Menangis Lagi...
Mohd Fauzi Mohd Azmi
Impian Kelantan
Democratic Action Party (DAP) Suara Muda
29hb. Mei, 2017

Bertaubatlah Umno, pulangkan duit rakyat

ULASAN | Pada Ramadan yang mulia ini, saya menggesa agar ketua-ketua bahagian Umno dan parti BN yang menerima wang daripada Datuk Seri Najib Razak agar memulangkan kembali wang tersebut keranan itu adalah duit rakyat Malaysia.
Pendedahan demi pendedahan menunjukkan pelbagai salah guna duit rakyat telah dilakukan oleh Umno dan BN secara terancang untuk memastikan mereka terus kekal berkuasa dan merompak wang rakyat.
Pada awal Mei lalu, Rafizi Ramli membuat pendedahan yang jelas mengenai penerima wang daripada akaun peribadi Najib dan mereka yang telah disebut tidak menafikannya.
Berdasarkan dokumen itu, ada lapan urus niaga yang boleh dikenal pasti terus bahawa penerimanya adalah bahagian-bahagian Umno sendiri, parti dalam BN atau individu yang merupakan pemegang jawatan dalam Umno.
Rafizi menyenaraikan penerima-penerima wang SRC International (yang bermula dari wang pencen rakyat) seperti yang terkandung dalam dokumen SPRMInsider yang berkait dengan Umno:
  • Pada 22 Julai 2014, BN Bandar Tun Razak dilaporkan menerima RM170,000 dari akaun peribadi Najib
  • Pada 22 Julai 2014, Umno (saya andaikan ini ibu pejabat Umno) dilaporkan menerima RM1.5 juta dari akaun Najib
  • Pada 24 Julai 2014 Umno Pulau Pinang dilaporkan menerima RM1 juta dari akaun peribadi Najib
  • Pada 26 Ogos 2014, Umno (saya andaikan ini ibu pejabat Umno) dilaporkan menerima RM5 juta dari akaun Najib
Wang ini datangnya dari syarikat SRC yang dipindahkan ke dalam beberapa syarikat lain sebelum sampai ke akaun peribadi Najib.
Pada Februari 2015, ada beberapa bayaran lagi dibuat kepada parti komponen BN atau tokoh/bahagian Umno seperti berikut:
  • Pada 17 Februari 2015 parti UPKO dilaporkan menerima RM1 juta dari akaun peribadi Dato’ Seri Najib. Nama naib presidennya, Datuk Dr Marcus Mojigoh disenaraikan sebagai individu yang bertanggungjawab
  • Pada 17 Februari 2015, seorang bernama Asmadi Talib dilaporkan menerima RM50,000 dari akaun peribadi Najib. Semakan mendapati Ketua Umno Padang Serai, Kedah adalah seseorang yang bernama Asmadi Talib
  • Pada 26 Februari 2015 Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang dilaporkan menerima RM1 juta dari akaun Najib
  • Pada 3 Mac 2015, Umno Bahagian Johor Bahru dilaporkan menerima RM300,000 dari akaun peribadi Dato’ Seri Najib
Pembayaran pada Februari 2015 adalah lebih sensitif kerana pada Disember 2014, anak-anak syarikat Putra Perdana Berhad memasukkan wang sejumlah RM140 juta ke akaun SRC bagi menggantikan wang yang telah diambil beberapa bulan sebelum itu.
Pada Disember 2014 juga, Tabung Haji telah menyuntik sebanyak RM193.5 juta wang ke dalam kumpulan Putra Perdana Berhad.
Ini menimbulkan tanda tanya besar sama ada wang yang dipindahkan dari SRC ke akaun Najib selepas Disember 2014 adalah sebenarnya dana dari Tabung Haji, yang kemudiannya dilaporkan digunakan untuk membayar parti komponen BN seperti UPKO dan tokoh-tokoh/bahagian Umno yang lain.
Jumlah yang dipindahkan dari akaun Najib kepada tokoh-tokoh Umno, Umno sendiri dan parti-parti BN adalah sebanyak RM10,020,000 seperti senarai di atas.
Pada Ramadan yang mulia ini, saya mengajak rakan-rakan seislam dalam Umno khususnya, dan mereka yang beragama Islam lain agar memulangkan kembali wang ini kepada SRC, terutamanaya UPKO yang berkemungkinan besar menerima wang Tabung Haji untuk perbelanjaannya; jika mereka tidak dapat membuktikan mereka tidak menerima wang ini seperti yang didedahkan.

DATUK DR MUJAHID YUSOF RAWA ialah anggota parlimen Parit Buntar.
Rencana ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Read More

[Video Masalah Proton dari kerajaan, kata Tun M] Penambakan HARAM Projek Dubai Malaysia RM1.2 bilion & Proton berimej 'China' lebih mahal di pasaran! Salah kerajaan DAP jugakah?

Selasa, 30 Mei 2017

Foto Suara Rakyat.
Projek belum dapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar TETAPI dah mula kerja penambakan ??!

Salah kerajaan DAP juga kah??!

BERANIKAH kementerian nak ambil tindakan di bawah Seksyen 34A Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 jika sabit kesalahan pesalah boleh dikenakan denda RM500,000 atau menghadapi lima tahun penjara ??!

Proton berimej 'China' lebih mahal di pasaran

Tidak mustahil harga kenderaan keluaran Proton Holdings Bhd khususnya membabitkan model baru di pasaran tempatan akan menjadi lebih mahal bagi memastikan keuntungan kepada Zhejiang Geely Holding Group Co (Geely) dari China.
Bekas Timbalan Pengarah Bank Negara Malaysia (BNM), Dr Rosli Yaakob berkata, tidak mustahil Geely meletakkan syarat tertentu kepada Proton antaranya menaikkan harga bagi membolehkan syarikat itu dapat menikmati keuntungan dalam satu tempoh ditetapkan.
“Ketika media melaporkan Geely menarik diri, saya melihat ia hanya usaha mereka bermain tarik tali dan ternyata benar apabila kerajaan menaikkan duti eksais lima peratus untuk kenderaan utiliti sukan (SUV) dan kenderaan pelbagai guna (MPV) bagi memikat syarikat terbabit.
“Hanya selepas itu barulah Geely setuju membeli 49 peratus kepentingan Proton, sekali gus mengumumkan akan mengeluarkan SUV Boyue NL3 untuk dikeluarkan di Malaysia bagi pasaran serantau,” katanya kepada SelangorKini seperti dilapor hari ini.
Beliau berkata, keadaan itu membolehkan Proton memperolehi keuntungan berganda menerusi pengecualian duti eksais dan kenaikan harga kenderaan seperti dijangka.
Dr Rosli berkata, sebagai pemilik saham baru, Geely sudah pasti mahukan pulangan segera ke atas pelaburannya di dalam Proton.
Selain itu, katanya, kesediaan Geely menyediakan reka bentuk, teknologi dan landasan pasaran kenderaan jenama Proton di peringkat antarabangsa mempunyai kos tersendiri.
“Rakyat kena terima hakikat selepas ini Proton berimej baru iaitu ‘imej China’ dengan harga lebih mahal dan bukan lagi sebagai kenderaan nasional yang walaupun bermasalah tetapi tetap dibanggakan terutama di awal pengeluarannya.
“Di sudut lain pula, kita perlu lihat teknologi China yang disuntik ke dalam Proton adakah kemungkinan lebih bagus kerana sebelum ini memang susah jumpa kenderaan buatan China tersadai di tepi jalan,” katanya.
Read More

[Video Patutkah orang tak puasa ditangkap? Ini kata rakyat] 'Kebencian antara agama' TERUSKAN LANGKAH KITA! Tangkap ponteng puasa - KJ menegur jabatan agama?

Selasa, 30 Mei 2017

Khairy Jamaluddin menegur jabatan agama membelanjakan wang untuk memburu orang ponteng puasa berbanding membantu asnaf atau kebaikan lain. — Foto Bernama


Another observation (more controversial): resources used to catch people not fasting should be used to help the poor and needy instead.
Jabatan agama tidak harus sibuk menangkap orang ponteng puasa berbanding membantu orang miskin.
“Sebaliknya jabatan agama yang membelanjakan wang untuk penguatkuasaan mencari orang ponteng puasa, gunakan ia untuk membantu asnaf dan melakukan kebaikan,” kata Khairy Jamaluddin dalam Twitternya, lapor Malay Mail.
Menteri Belia dan Sukan berkata sumber kewangan untuk menangkap orang tidak berpuasa sepatutnya digunakan untuk orang miskin.
Perkataan “asnaf” merujuk kumpulan atau golongan yang layak menerima zakat termasuk orang miskin.
Ketua Pemuda Umno berkata membantu golongan yang memerlukan lebih penting daripada menguatkuasakan kewajipan beragama seseorang. – MDN
Foto Parti Amanah Negara.

TERUSKAN LANGKAH KITA
1. Usah pedulikan satu atau dua individu yg cuba merobek hubungan baik antara pelbagai agama yg sedang berlangsung dalam negara ini sekarang. Keharmonian ini mesti dipertahankan dan disuburkan.
2. Keislaman seseorang tidak menjadi lebih kuat dgn kebencian orang beragama lain kepadanya. Jika ada mana-mana individu muslim yg menyebarkan kebencian antara penganut pelbagai agama, saya tegaskan, itu bukan ajaran Islam.
3. Muslim sebegitu bukan berpegang dgn Islam yg dibawa oleh Nabi kerana baginda menghormati, memulia serta sentiasa menjalin hubungan baik dengan semua orang tanpa mengira perbezaan agama. Perbezaan agama adalah kehendak Allah, bukan urusan manusia.
4. Mana-mana individu muslim yg menyebarkan kebencian antara agama adalah musuh kemanusiaan. Orang sebegitu fitrahnya sudah rosak. Orang yang fitrahnya sempurna dan stabil akan sentiasa memuliakan manusia lain kerana itu adalah ajaran al-Quran.
5. Seorang muslim yg sayangkan Islam dan orang Islam bukan membenci apatah lagi memusuhi penganut agama lain. Allah yg berhak membuat apa saja ke atas hamba-Nya sekehendak-Nya memuliakan semua hamba-Nya, siapa kita utk menyebarkan kebencian hanya kerana berbeza agama?
Ustaz Zolkharnain Abidin
Pengarah,
Hal Ehwal Syariah,
Parti Amanah Negara
Read More

[Video UAI - Boleh ke Orang Kafir Masuk Masjid?] Cemar masjid: Mengapa NGO, Penduduk Subang bertemu Jais?

Selasa, 30 Mei 2017




Cemar masjid: NGO,Penduduk Subang bertemu Jais hari ini

Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan wakil penduduk di Parlimen Subang akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hari ini susulan insiden ahli politik bukan Islam didakwa mencemarkan kesucian masjid di negeri itu pada minggu lalu.
Wakil penduduk, Mohd Yusri Ismail berkata pertemuan yang dijangka berlangsung dengan Pengarah JAIS, Datuk Haris Kassim bertujuan membuat aduan rasmi serta meminta penjelasan.
“Selain itu kita ingin tahu apakah tindakan yang akan diambil ke atas nazir dan jawatankuasa masjid dalam isu ini.
“Dan kita mahu JAIS perjelaskan garis panduan (SOP) berkenaan orang bukan Islam atau Islam memasuki ruang solat untuk berpolitik,” tegas Yusri semalam seperti dilapor BNBBC.
Pada Rabu lalu, Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa yang mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hadir pada majlis sumbangan sempena bulan Ramadan di Masjid An Nur Kampung Melayu Subang, Shah Alam.
Sivarasa dipercayai berucap di hadapan mimbar masjid berkenaan berdasarkan kepada gambar yang viral di media sosial sejak minggu lalu.
Turut kelihatan adalah beberapa pemimpin Pakatan Harapan yang bukan beragama Islam yang duduk di saf bersama jemaah lain.
Pada masa yang sama Yusri turut mempertikaikan tindakan pengurusan masjid memberikan peluang kepada Sivarasa berucap.
“Majlis sumbangan itu boleh sahaja dilakukan di perkarangan masjid. Lagipun, mustahil tiada orang Melayu yang boleh menjadi wakil Menteri Besar ketika itu,” dakwanya lagi.
Terdahulu tiga laporan polis dibuat oleh Pertubuhan Aduan Masyarakat dan Pengguna Selangor (PAMPS), Kesatuan Melayu Nasional dan wakil penduduk di Balai Polis Sungai Buloh pada Sabtu lalu
Mereka mendakwa Naib Presiden PKR itu mengingkari arahan Sultan Selangor yang melarang kesucian masjid di negeri ini terpelihara daripada unsur-unsur politik dan menuntut permohonan maaf.
Sementara itu memetik The Malaysian Insight, Sivarasa dilaporkan berkata beliau terkejut dengan kekecohan berkenaan yang didakwa kali pertama ditimbulkan.
Naib Presiden PKR itu menjelaskan bahawa beliau sudah berpuluh kali memasuki masjid sejak menjadi wakil rakyat di kawasan itu selepas memenangi kerusi Parlimen Subang pada PRU-12
Read More

Monday, 29 May 2017

[Video UAI - Hukum BERBUKA PUASA dengan orang kafir & LAPORAN KHAS NON MUSLIM BERPUASA] Pesta Onani: Salehhuddin Nasir minta maaflah & Pas 'meluat', 'menyampah' pemimpin DAP buka puasa dengan orang Islam.

Selasa, 30 Mei 2017



Salehhuddin Nasir

PESTA ONANI:SALEHHUDDIN NASIR MINTA MAAFLAH



Salehhuddin Nasir  minta maaflah atas keterlanjuran tulisan. Menuduh tanpa bukti  pesta arak, pesta onani. Kemudian meluat melihat pemimpin DAP berbuka puasa bersama orang Islam. Dengar cerita Salehhudin YDP PAS Kawasan Gombak. 
Posted by mantaro SISI BUKIT

Pas 'meluat', 'menyampah' pemimpin DAP buka puasa dengan orang Islam

Status Facebook Ustaz Salehhuddin Nasir yang tidak rasional ketika umat Islam berada di hari kedua bulan Ramadan dibanjiri kecaman pengguna media sosial
Status Facebook Ustaz Salehhuddin Nasir yang tidak rasional ketika umat Islam berada di hari kedua bulan Ramadan dibanjiri kecaman pengguna media sosial.
Selepas aksi bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Hafiz Nordin menampar Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Zaidi Ahmad, 26 Mei lalu, pemimpin Pas Gombak pula mengejutkan banyak pihak dengan kecamannya pada hari kedua umat Islam berpuasa.
Salehhuddin NasirSalehhuddin NasirMeluahkan isi hatinya di Facebook pada 28 Mei lalu, Yang Dipertua Pas kawasan itu, Salehhuddin Nasir jelas tidak menyenangi kehadiran pemimpin DAP dalam majlis berbuka puasa bersama penganut Islam. 
Beliau dalam status di media sosial itu jam 10.59 malam, secara berterus-terang mengakui "meluat (dan) menyampah" dengan keadaan tersebut yang dianggapnya sebagai menyibuk. 
"Masa lain buat pesta arak dan pesta onani. Haram jadah sungguh," katanya merujuk kepada program yang dikaitkan dengan Penang Tourism tetapi sebenarnya tidak wujud seperti disahkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, 27 Mei lalu.
Tidak cukup itu, Salehhuddin menujukan petikan ayat enam, Surah Al-Kafiruun yang bermaksud 'untukmu agamamu, untukku agamaku' kepada masyarakat Islam.
"Kepada orang Islam, Allah dah sebut lakum dinukum waliyadin," ujarnya yang kemudian mengundang lebih 400 komentar selepas 24 jam dimuat naik dengan majoritinya mengutuk sikap pemimpin Pas kawasan di Selangor itu.
Lanjut memanaskan kenyataan apabila beliau dengan butiran pada profil Facebook, "Mengejar syurga yang telah sedia menanti" mengaitkan Amanah dan PKR pula sebagai 'macai' DAP.  
"Sori saya tak perlu pandangan sufi tasauf di sini. DAP musuh Islam. Pan (panggilan lazim pemimpin dan penyokong tegar Pas terhadap Parti Amanah Negara), PKR macai DAP!!" kecamnya lagi.
Kenyataan tersebut biarpun memperoleh hampir 200 'likes' pada tempoh sama bagaimanapun menyaksikan komentar pro Salehhuddin atau Pas 'ditenggelami' dengan cemuhan pengguna media sosial atau netizen.
Antaranya mendesak Salehhuddin memperbanyak mengucap dua kalimah syahadah selain menyifatkan tidak memiliki ciri sosial Islam yang dibawa Rasulullah SAW.
Terdapat juga netizen meletakkan pautan laporan berita mengenai Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau yang turut berdoa bersama penganut Islam di masjid.
Tidak kurang juga sejumlah pengagum Ustaz Salehhuddin sebelum ini lantaran ceramah agamanya yang menarik telah mengisytiharkan menolak pemimpin Pas akar umbi itu ekoran status Facebook tersebut.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena