Thursday, 29 June 2017

[Video PAS Tak paham ke kenape DOJ Mendedahkan Semua pasal 1MDB] Wan Azizah tuntut penjelasan kerajaan ekoran insiden hilang radar ketenteraan.

Jumaat, 30 Jun 2017

Wan Azizah tuntut penjelasan kerajaan ekoran insiden hilang radar ketenteraan

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyelar kerajaan kerana insiden kehilangan konsainan radar ketenteraan di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor sebagai satu kejadian kebolosan keselamatan negara yang amat serius.
Justeru beliau mengesa kerajaan memberi penjelasan serta langkah yang akan diambil terhadap insiden yang dianggap serisu dan booleh menjejaskan keselamatan negara ini.
Tegas Ketua Pembangkang ini lagi, pihak Kastam dan Eksais  di  pelabuhan sepatutnya mempunyai kawalan keselamatan yang tinggi di pelabuhan bagi mengelak insiden ini berlaku.
"Insiden ini cukup merunsingkan. Ini kerana jika peralatan radar ketenteraan boleh dicuri atau diseludup dengan begitu mudah, apatah lagi penyeludupan dadah, pemerdagangan manusia malah juga salah urus kargo atau konsainan bahan berbahaya.
"Amatlah mengecewakan jika wujud sebarang elemen rasuah dan persekongkolan di dalam jenayah ini, dan saya menggesa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuat siasatan sepenuhnya.
"Memandangkan insiden ini melibatkan aspek keselamatan dan hubungan luar negeri, saya menggesa Putrajaya, Kementerian Dalam Negeri dan Kastam Di-Raja Malaysia untuk segera memberi penjelasan terhadap isu ini serta menyatakan langkah-langkah yang akan diambil untuk memastikan keselamatan di pelabuhan-pelabuhan negara ini diperketat," ujarnya.
Menurut Wan Azizah lagi insiden ini bukan sahaja melibatkan kehilangan peralatan ketenteraan yang kini mungkin telah dicuri atau diseludup keluar, tetapi juga menimbulkan persoalan mengenai tahap keselamatan di salah sebuah pelabuhan terpenting di negara ini.
Hari ini dilaporkan suatu penyerahan peralatan radar ketenteraan berteknologi tinggi yang bernilai jutaan ringgit dilaporkan hilang dari Pelabuhan Tanjung Pelepas, di Johor.
Menurut laporan The Star Online, Jabatan Kastam dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sedang menjalankan penyiasatan mengenai kehilangan tersebut.
Laporan polis juga telah dibuat mengenai kehilangan itu.
Laporan yang memetik kata-kata sumber itu mendakwa sistem radar itu telah ditahan oleh pihak kastam sebaik selepas ia sampai di Australia pada bulan lepas.
Peralatan itu sepatutnya dihantar ke Belanda tetapi ia tidak mempunyai permit, dan terpaksa ditahan oleh pegawai-pegawai kastam.
Walau bagaimanapun, semasa pemeriksaan audit baru-baru ini, peralatan rahsia itu tidak dijumpai di pelabuhan tersebut.
MALAYSIA DATELINE
Read More

[Video Apa Sumbangan PAS Kepada Rakyat Kelantan Selepas TG Nik Aziz?] Daripada sasar 5 negeri, baik Pas tumpu pertahan Kelantan.

Khamis, 29 Jun 2017

Foto Parti Amanah Negara.

Apa yang dilakukan oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika adalah menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pihak dari negara ini yang menyalahgunakan sistem di negara itu untuk merompak wang negara.

Siapa yang nak panggil Amerika untuk menyiasat isu penyelewengan 1MDB di negara ini. Apa yang dilakukan Amerika adalah bertindak ke atas penyelewengan yang berlaku di negara mereka

Kit Siang: Daripada sasar 5 negeri, baik tumpu pertahan Kelantan
 | June 29, 2017
limkitsiang-hadi-pas
PETALING JAYA: Lim Kit Siang berkata, pengalaman PAS kehilangan Terengganu pada 2004 di bawah kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang mungkin berulang di Kelantan pada pilihan raya umum akan datang.

Bercakap pada “Jelajah Desa bersama Lim Kit Siang di Pantai Timur”, penasihat DAP itu berkata, Hadi yang dilantik sebagai menteri besar Terengganu dari 1999 sehingga 2004, perlu bersedia menghadapi kemungkinan itu, bukannya menyasarkan untuk menawan negeri lain. 

“Hadi menyekat mana-mana usaha (untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan) bagi mendedahkan skandal pengubahan wang 1MDB antarabangsa kerana beliau tidak nampak sebarang kesalahan atau perbuatan memalukan mengenai skandal 1MDB. 

“Adakah kepimpinan Hadi akan menyebabkan PAS kehilangan Kelantan, dalam cara sama yang tidak memalukan Hadi kehilangan Terengganu pada pilihan raya umum 2004,” kata ahli Parlimen Gelang Patah itu dalam sebuah sesi dialog di Kemaman, malam tadi. 

Lim menyifatkan sasaran Hadi untuk PAS menawan 5 negeri pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) “sukar dicapai”.

“Di bawah kepimpinan Hadi, PAS tidak akan dapat memenangi 5 negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah dan Selangor pada PRU14. Sebaliknya, ia akan menjadi perjuangan dalam kehidupan politiknya sama ada ia dapat mengekalkan kuasa di Kelantan yang ditawannya sejak 1990.”

Katanya, PAS memenangi Kelantan disebabkan kepimpinan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang meninggal dunia pada Februari 2015.

Semalam, PAS menolak pelawaan Pakatan Harapan untuk bersama gabungan itu memastikan mereka yang dituduh melesapkan dana 1MDB dibawa ke muka pengadilan dan berkata, PAS bukan sebuah parti yang terpengaruh dengan pihak asing.

“Pakatan Harapan hari ini musuh kepada PAS dan mereka juga menuduh PAS kononnya mendapat duit daripada Umno dan sebagainya.

“PAS ada cara kita sendiri, kita tidak bersama Barisan Nasional (BN) dan kita tidak bersama Pakatan Harapan, kita bawa cara kita dan kita bertindak tidak mengikut cara orang melibatkan isu 1MDB,” kata Ahli Jawatankuasa Kerja PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali.

Semalam, Pakatan Harapan mendesak kerajaan memanggil sidang tergempar Dewan Rakyat bagi menjawab tuduhan yang terkandung dalam saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) bagi menyita aset lebih RM2.3 bilion di negara itu, yang didakwa dibiayai wang diseleweng daripada 1MDB.

Gabungan 4 parti itu turut mengumumkan siri jelajah seluruh negara bermula 6 Julai ini di Kepala Batas, Pulau Pinang, bagi menjelaskan kepada orang ramai tuduhan DoJ itu, yang sebelum ini disifatkan pemimpin kerajaan sebagai agenda politik.

FMT.
Read More

[Video Cina Yang Kamu Maki Itulah Yang Menangkan Kamu Dalam PRU13 Dulu] Najib kawal kemelut FGV kerana PRU14

Khamis, 29 Jun 2017

Foto Otai BERSIH.

Najib kawal kemelut FGV kerana PRU14




June 29,2017
fgv-eagle-high

KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan baru-baru ini merangka langkah membantu Felda Global Ventures (FGV) yang dilanda masalah dilakukan kerana faktor Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), menurut satu laporan. 

Kerajaan tidak mahu masalah di FGV menjadi tidak terkawal, lebih-lebih lagi PRU14 semakin hampir, menurut Nikkei Asian Review (NAR). 

“Campur tangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga dilihat sebagai usaha mengawal ketidakpuasan dalam kalangan peneroka yang menyaksikan pendapatan menyusut disebabkan harga minyak sawit yang lemah. 

“Mereka yang memiliki saham dalam FGV juga terjejas kerana kejatuhan harga saham.” 

Saham FGV jatuh sebanyak 2/3 sejak disenaraikan pada Jun 2012. 

NAR memetik James Chin, seorang profesor di Universiti Tasmania di Australia, sebagai berkata Najib bimbang FGV menjadi skandal politik sebelum pilihan raya kerana kira-kira 1/4 daripada kawasan pilihan raya terletak di dalam atau berhampiran penempatan Felda.

FMT.
Read More

[Video Tun M jangka pemimpin pembangkang ditahan sebelum PRU14] Tun M: "Selamatkanlah negara ini daripada dihancurkan ketamakan kleptokrat-kelptokrat Najib".

Khamis, 29 Jun 2017

Dr M ramal pemimpin pembangkang ditahan sebelum PRU14


Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini sering dikecam kerana melakukan penahanan beramai-ramai semasa menjadi perdana menteri suatu ketika dulu, kini menjangkakan Datuk Seri Najib Razak akan melakukan langkah sama.
Memetik penahanan pemimpin BERSIH sebelum perhimpunan BERSIH5 diadakan tahun lalu, Dr Mahathir berkata perdana menteri mungkin akan bertindak begitu sekali lagi
"Dari episod ini kita dapat jangkakan yang Najib akan bertindak untuk menghancurkan pembangkang dan menakutkan rakyat semasa pilihan raya umum ke-14.
"Terdapat beberapa tanda atau usaha untuk membina kes bagi menangkap dan menahan pemimpin pembangkang. Penahanan pemimpin pembangkang akan mengucar-ngacirkan parti.
"Memang tindakan itu akan menyebabkan rakyat marah tetapi ramai yang akan berasa takut untuk mengundi pembangkang.
"Mereka percaya yang Najib akan dapat tahu dan tindakan akan diambil terhadap mereka. Tanpa pemimpin mereka tidak akan tahu apa yang harus dilakukan," kata beliau dalam blognya hari ini.
Dalam keadaan begitu, kata Dr Mahathir, undi untuk pembangkang akan merosot.
Tak ada peraturan
Semasa ketiadaan pemimpin, kata pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu, Najib boleh merasuah rakyat dan pekerja parti semahu hatinya.
"Mereka akan melakukan semua perkara yang melanggar undang-undang menurut kehendaknya. Duit akan mengalir tanpa batas.
"Pekerja pilihan raya dan juga pegawai mungkin akan menyalaharahkan pengundi, dan undian akan dimanipulasi. Ramai yang tidak akan boleh buang undi sama sekali," kata beliau lagi.
Bekas perdana menteri selama 22 tahun itu juga mendakwa Malaysia kini sudah menjadi "negara polis".
"Ketua Polis Negara mungkin tidak bersetuju tetapi Malaysia telah pun menjadi negara polis atau “police state”. Tidak ada peraturan undang-undang.
"Sama ada arahan itu bertentangan undang-undang negara atau tidak, polis telah menunjukkan yang mereka bersedia menjalankannya.
"Mereka akan tahan pemimpin pembangkang walaupun sedar yang mereka ini tidak pun melakukan apa-apa kesalahan.
"Mereka akan menganggu gugat orang, memanggil untuk disoal siasat dan diancam. Kesemua ini telah dilakukan dan ianya dilakukan dengan persetujuan ketua polis negara," katanya.
Ini negara kita
Dr Mahathir kemudian menggesa rakyat untuk menolak Najib pada PRU ke-14 ini walaupun tokoh pembangkang ditahan.
"Saya sedar yang pemimpin-pemimpin pembangkang sedang dijerut. Tetapi saya merayu kepada semua rakyat Malaysia; Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Murut Bajau dan lain-lain tolaklah Najib di pilihan raya umum ke-14 walaupun pemimpin pembangkang dimasuk di dalam penjara.
"Ini adalah negara negara kita. Kita dilahirkan di sini. Kita dibesarkan di sini. Kita telah merasai kehidupan yang baik di sini, mendapat pendapatan yang halal dari pekerjaan yang dilakukan dan perkhidmatan yang diberikan.
"Selamatkanlah negara ini daripada dihancurkan dan diranapkan sama sekali oleh Najib dan ketamakan kleptokrat-kelptokratnya," kata Dr Mahathir menamatkan catatannya.
Pada 1987 lebih 100 orang termasuk sekutu Dr Mahathir ketika ini ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri dalam Ops Lalang.
Antara mereka ialah pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.
Malaysiakini.
Read More

[Video Radar tentera lesap?] PKR gesa SPRM siasat kes radar tentera ghaib di pelabuhan

Khamis, 29 Jun 2017


Foto Otai BERSIH.
Enjin jet lagi boleh lesap...😂😂

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan terhadap insiden kehilangan radar tentera di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor.
Menurutnya, kehilangan yang dilaporkan pagi tadi amat mengejutkan dan merisaukan, sekali gus dibimbangi melibatkan unsur-unsur rasuah.
"Ini merupakan satu kejadian kebolosan keselamatan negara yang amat serius," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Terdahulu, radar bernilai jutaan ringgit yang dalam perjalanan dari Australia ke Belanda ditahan di Pelabuhan Tanjung Pelepas kerana ketiadaan permit mengikut Akta Perdagangan Strategik 2010 pada bulan lalu.
Bagaimanapun, ia didapati telah hilang dan dipercayai telah diseludup keluar dari negara ini.
Anggota parlimen Permatang Pauh itu berkata, insiden itu bukan saja melibatkan kehilangan peralatan ketenteraan yang kini mungkin telah dicuri atau diseludup keluar, tetapi juga menimbulkan persoalan mengenai tahap keselamatan di salah sebuah pelabuhan terpenting di negara ini.
"Memandangkan pihak kastam dan pelabuhan sepatutnya mempunyai kawalan keselamatan yang tinggi dan rapi, insiden ini cukup merunsingkan.
"Jika peralatan radar tentera boleh dicuri atau diseludup dengan begitu mudah, apatah lagi penyeludupan dadah, pemerdagangan manusia malah juga salah urus kargo atau konsainan bahan berbahaya," katanya.
Tambah beliau, amat mengecewakan jika wujud sebarang elemen rasuah dan persekongkolan dalam jenayah itu dan pihaknya menggesa pihak SPRM untuk membuat siasatan sepenuhnya.
"Memandangkan insiden ini melibatkan aspek keselamatan dan hubungan luar negeri, saya menggesa Kementerian Dalam Negeri dan Kastam Diraja Malaysia untuk memberi penjelasan serta menyatakan langkah-langkah yang akan diambil untuk memastikan keselamatan di pelabuhan-pelabuhan negara ini diperketat," katanya
Malaysiakini.
Read More

Tuesday, 27 June 2017

[Video Huh, Dahsyat! Duit SOCSO 800Juta Pun DITIBAI Najib] #SekarangSokongJanganNantiMeraung & Turki enggan tutup pangkalan, akan hantar lebih banyak tentera ke Qatar.

Rabu, 28 jun 2017


Foto Otai BERSIH.
Kjap kata 80k.... kjap kata 75k.... kjap kata 120k..... kata ramai blk beraya.... nie pati pengundi jibby ker?
Foto Otai BERSIH.

Petang 2 Syawal 2017 PENDATANG ASING takluk KLCC bukan mengindahkan tetapi mencemarkan.. dah macam2 bau semua ada..itu belum lagi di Kotaraya di Jalan Silang ludah sirih merata-rata dan tempat2 yg lain berlambak mereka ni.. bayangkan apa nak jadi dengan MALAYSIA pada masa akan datang jika berterusan begini semakin hari semakin ramai puak2 ini memasuki negara kita seolah-olah tiada kawalan langsung.

Turki enggan tutup pangkalan, akan hantar lebih banyak tentera ke Qatar

 | June 26, 2017
Recep Tayyip Erdogan berkata, 13 tuntutan yang dikemukakan 4 negara Arab itu menyalahi undang-undang antarabangsa kerana mereka tidak boleh menyerang atau mencampuri kedaulatan negara lain
edrogran-turkey
STANBUL: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menolak gesaan menutup pangkalan tenteranya di Qatar dan menyifatkan 13 tuntutan dikemukakan 4 negara Arab sebagai campur tangan ke atas kedaulatan Doha.
Dalam kenyataan paling tegas menyokong Doha di tengah-tengah krisis hampir 3 minggu melanda rantau itu, Erdogan berkata, desakan agar Turki mengundurkan tenteranya adalah biadab dan Qatar yang menyifatkan 13 tuntutan 4 negara Arab itu sebagai tidak munasabah, mengambil pendekatan betul.
Pada 5 Jun lalu, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mesir dan Bahrain memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar, disusuli penyerahan 13 tuntutan pada Jumaat lalu dalam usaha menamatkan krisis itu.
Tuntutan itu diserahkan Kuwait – orang tengah dalam krisis itu, kepada Qatar yang menuntut Doga menutup agensi berita Al-Jazeera, memutuskan hubungan dengan Iran dan menutup pangkalan tentera Turki serta membayar ganti rugi kepada 4 negara Teluk itu.
Bercakap di luar sebuah masjid di Istabul selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri semalam, Erdogan berkata, 13 tuntutan itu menyalahi undang-undang antarabangsa kerana 4 negara Arab itu tidak boleh menyerang atau mencampuri kedaulatan negara lain.
Ahad lalu, Menteri Luar Bahrain dilaporkan berkata, campur tangan luar tidak akan menyelesaikan masalah.
“Demi kepentingan kuasa-kuasa ini, mereka perlu menghormati aturan kuasa serantau sedia ada yang mampu menyelesaikan sebarang isu yang mungkin berbangkit,” kata Sheikh Khalid Ahmed al-Khalifa menerusi Twitter tanpa merujuk Turki.
Tuntutan 13 perkara itu bertujuan menamatkan dasar campur tangan luar Qatar yang membangkitkan kemarahan negara konservatif Arab, susulan dakwaan Doha menyokong kumpulan pengganas yang dianggap ancaman kepada pemerintahan mereka.
Qatar dan Turki – yang mana parti pemerintah, Parti Keadilan dan Pembangunan berakar daripada politik Islamis – menyokong kerajaan Ikhwanul Muslimin di Mesir sebelum dijatuhkan pada 2003. Negara Arab tersebut mendesak Qatar memutuskan semua hubungan dengan Ikhwanul Muslimin dan kumpulan lain dianggap pengganas, ideologi atau sektarian.
Tidak akan berundur
Turki, negara serantau paling kuat menyokong Doha, menghantar 100 pesawat kargo membawa bekalan ke Qatar, sejak 4 negara Arab itu menutup laluan udara dan laut ke negara itu. Ia turut meluluskan undang-undang untuk menghantar lebih ramai tentera ke Qatar.
Dua kontinjen tentera Turki bersama kenderan perisai tiba sejak krisis itu meletus 5 Jun lalu, manakala Menteri Pertahanan, Fikri Isik pada Rabu lalu berkata, lebih banyak tentera akan dihantar ke Qatar.
“Pengukuhan pangkalan Turki adalah langkah positif untuk aspek keselamatan rantau ini. Penilaian semula perjanjian dengan Qatar berkaitan pangkalan tiada dalam agenda kami.”
Minggu lalu, akhbar Hurriyet melaporkan latihan bersama tentera Turki dan Qatar dijangka diadakan selepas cuti Aidilfitri dan jumlah tentera Turki yang dihantar ke negara itu boleh mencecah 1,000 orang dengan sebuah kontinjen tentera udara dijangka menyusul.
Erdogan berkata, Turki turut menawarkan penubuhan pangkalan tentera di Arab Saudi, namun tidak pernah mendapat jawapan jelas.
“Jika Arab Saudi mahu kami menubuhkan pangkalan di sana, langkah ke arah itu juga boleh diambil. Saya membuat tawaran ini kepada raja sendiri dan mereka kata akan mempertimbangkannya.
“Mereka tidak memberi jawapan sejak itu. Walaupun mereka belum menjawabnya, menggesa Turki menarik balik tentera (dari Qatar) adalah tindakan tidak menghormati Turki.”
Katanya, program yang dirancangnya akan diteruskan walaupun beliau tidak berapa sihat.
“Ada sedikit masalah dengan tekanan darah saya disebabkan diabetes,” katanya.
FMT>
Read More

[Video Wahai Rosmah, Kenapa Asyik Saman Saya] 'Isteri MO1 juga mesti pulangkan berlian'.

Rabu, 28 Jun 2017

Foto Otai BERSIH.
Simbolik btl patung nie...

'Isteri MO1 juga mesti pulangkan berlian'


Susulan tindakan bintang Holloywood Amerika Leonardo DiCaprio dan model Australia, Miranda Kerr memulangkan aset yang dicari seperti dinamakan dalam saman sivil terbaru Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat, tumpuan kini adalah kepada isteri ‘Malaysian Official 1'(MO1) untuk melakukan perkara sama.
"Dengan DiCaprio dan Kerr memulangkan hadiah berjuta-juta dolar Amerika dari (ahli perniagaan) Jho Low kepada DOJ, semua kini tertumpu kepada 'isteri MO1'," kata pemimpin parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan hari ini.
Dua minggu lalu, DiCaprio memulangkan Oscar yang dimenangi oleh Marlon Brando kepada penyiasat Amerika susulan siasatan pengubahan wang haram terhadap 1MDB dan berusaha memulangkan barangan lain yang tidak dinamakan yang diterimanya sebagai hadiah untuk lelongan amal.
Sementara itu, hari ini, Kerr menyerahkan barangan kemas bernilai AS$8.1 juta kepada DOJ. Barangan kemas itu dikatakan dihadiahkan oleh hartawan Malaysia, Jho Low yang membelinya dengan dana yang didakwa dicuri dari 1MDB .
DOJ memfailkan saman sivil ketiga berkaitan 1MDB dan kini meletakkan jumlah yang didakwa diselewengkan pada nilai AS$4.5 bilion dan sedang berusaha untuk merampas aset AS$1.7 bilion yang dituduh diperolehi dengan dana yang didakwa dicuri dari 1MDB.
Dalam pemfailan terbaru, DOJ juga menyenaraikan 28 barangan kemas lain, yang didakwa dibeli untuk isteri MO1, termasuk rantai berlian merah jambu 22 karat bernilai AS$27.3 juta.
Minggu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan membidas DOJ sebagai tidak adil kerana menjadikan isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Datin Seri Rosmah Mansor - sebagai sasaran dalam saman terbaru.
Menamakan Rosmah sebagai isteri MO1, Abdul Rahman berkata, DOJ memberi bayangan seolah-olah beliau terlibat dan maksud tersirat bahawa beliau telah melakukan kesalahan, sedangkan DOJ tidak merancang untuk merampas barangan kemas itu, termasuk kalung berlian 22 karat tersebut, yang didakwa dibeli untuk isteri MO1.
Sebelum ini, susulan pemfailan saman berkaitan 1MDB yang pertama, Rahman juga mengesahkan bahawa 'MO1' yang disebut dalam dokumen itu adalah Najib.
Lim, dalam kenyataannya pada hari ini, berkata tumpuan kini adalah kepada Rosmah, dan sama ada beliau bersetuju dengan Rahman bahawa dirinya adalah wanita yang disebut sebagai "isteri MO1" dalam saman DOJ.
Jika ya, maka beliau perlu mengesahkan sama ada dirinya menerima hadiah daripada Jho Low yang didakwa dibeli dengan dana yang diselewengkan itu, kata Lim.
Akhir sekali, menurut beliau, jika Rosmah menerima hadiah itu, adakah beliau akan mencontohi DiCaprio dan Kerr (foto, atas, kanan) dengan menyerahkannya semua kepada DOJ?
Walau bagaimanapun, berbeza dengan hadiah DiCaprio dan Kerr yang disenaraikan sebagai barangan yang cuba dirampas oleh DOJ, 28 barangan kemas yang dibeli oleh atau untuk isteri MO1 tidak disenaraikan sebagai barangan yang ingin disita.
Dalam satu kenyataan yang berasingan, peguam Haniff Khatri Abdulla berkata isteri MO1 kini mempunyai kewajipan moral untuk menjawap dakwaan DOJ bahawa beliau menerima 28 barangan kemas itu sebagai hadiah.

Adalah pelik, Haniff berkata, sejak DOJ memfailkan dalan terbarunya 12 hari lalu, tidak ada sebarang jawapan daripada isteri MO1 mengenai tuntutan itu sama sekali.
“Bukankah kini terbukti, penghibur mahupun artis antarabangsa yang bukan Islam, seperti model Miranda Kerr ini, mempunyai nilai moral yang jauh lebih tinggi daripada kita yang menggelar diri sebagai Islam?
“Bukankah isteri MO1 yang digelar segelintir pihak sebagai ‘pemimpin Islam’ itu wajib menzahirkan nilai moral yang selari dengan tuntutan Islam, berkaitan dakwaan DOJ,” soal Haniff.
Read More

[Video GEMPAR - Skandal 1MDB Protest di London!] Kenapa Hadi tak cadangkan hudud ke atas Najib?

Rabu, 28 Jun 2017

Kenapa Hadi tak cadangkan hudud ke atas Najib?

ULASAN l Amat mengejutkan apabila Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan menjelang sambutan Aidilfitri tahun ini dengan mendakwa negara asing yang menyiasat skandal 1MDB sebagai cubaan campur tangan kuasa asing.
Kenyataan tersebut adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan amat menyedihkan di mana ia boleh mengelirukan rakyat.
Ini kerana agama dijadikan perisai bagi menutup salahlaku yang dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kroni-kroninya dalam skandal berskala mega ini.
Kenyataan Presiden PAS yang mahukan undang-undang Malaysia bertindak menyelesaikan skandal 1MDB adalah satu kenyataan naif seorang ahli Parlimen.
Ini kerana laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang dibekalkan kepada beliau telah mendedahkan bahawa 1MDB telah membayar kepada Aabar BVI sebuah syarikat palsu yang ditubuhkan untuk mencuri wang 1MDB, sehinggakan IPIC dan Aabar sebenar menyaman 1MDB dan kerajaan Malaysia.

Walaupun dengan bukti yang nyata ini, pihak berkuasa di negara ini termasuk Peguam NegaraSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih gagal bertindak sehingga sekarang.

Malahan, peguam negara sendiri gagal mendakwa Najib walaupun bukti kemasukan wang ke akaun peribadi beliau sebanyak RM2.6 billion dari akaun Tanore dan RM42 juta dari SRC yang meminjam wang KWAP ditunjukkan sendiri oleh beliau.
Ketua Pesuruhjaya SPRM sendiri telah mengeluarkan kenyataan tidak akan menyiasat skandal 1MDB.
Pihak polis pula sampai ke hari ini masih menyiasat sedangkan Jho Low dibiarkan bebas.
Sikap membisu institusi penguatkuasaan undang-undang negara dalam skandal 1MDB ini telah mencemar keluhuran undang-undang negara ini. Ironinya, Presiden PAS pula boleh percayakan mereka.
Tindakan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat menyiasat dan menyita aset-aset mewah bukanlah satu campurtangan ke atas negara ini.
Sebaliknya, tindakan DOJ tersebut adalah akibat salahlaku jenayah berkaitan penyelewengan skandal 1MDB kerana ia melibatkan pelanggaran undang-undang dan sistem kewangan Amerika Syarikat.
Bukan sahaja Amerika Syarikat yang menyiasat skandal ini, malahan banyak lagi negara lain terutamanya Singapura yang setakat hari ini, telah menghukum lima orang pegawai bank dan mendenda lapan bank dengan dua bank Swiss diarahkan ditutup.
Negara-negara luar hanya bertindak atas nama integriti dan digniti yang gagal dilakukan pentadbiran negara hari ini.
Seharusnya, Presiden PAS tidak lagi membela Najib yang terpalit dengan skandal 1MDB. Kezaliman tidak seharusnya dikompromi.
Alangkah gembiranya umat Islam di negara ini jika beliau mampu menyelar Najib dengan mengatakan hukum hudud harus digunakan terhadap perdana menteri.
Tidakkah rompak dan curi itu kesalahan di bawah hudud yang disebut jelas di dalam al-Quran. Saya bimbang keyakinan rakyat terhadap keadilan hukum hudud boleh terhakis dengan pendirian Presiden PAS yang gagal bertindak terhadap pemerintah.

Sedangkan Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda akan menggunakan hudud terhadap puterinya sendiri.

FAIZ FADZIL adalah timbalan Ketua Pemuda AMANAH.
Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Mk.

Read More

[Video Tun M - Tak payah nk tipu saya pasal Najib lah] Kabinet digesa umum tindakan diplomatik terhadap AS jika benar saman DoJ bersifat politik.

Rabu, 28 Jun 2017

Kabinet digesa umum tindakan diplomatik terhadap AS jika benar saman DoJ bersifat politik

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil mengesa kabinet mengambil tindakan terhadap saman sivil Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat jika benar ia bersifat politik sebagaimana kenyataan Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali hari ini.
"Kenyataan Peguam Negara hari ini yang merumuskan bahawa tindakan saman sivil DoJ adalah bersifat politik adalah satu kenyataan yang cukup serius.
"Saya yakin Peguam Negara mempunyai maklumat yang lengkap mengenai isu 1MDB ini – termasuk laporan Ketua Audit Negara yang masih dirahsiakan, serta pasukan siasatan khas PDRM terhadap isu 1MDB ini – untuk membuat rumusan sedemikian," ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau mengulas mengenai kenyataan Apandi hari ini dipetik berkata, DoJ tidak pernah membuat sebarang permohonan rasmi kepada Pejabat Peguam Negara untuk mendapatkan sebarang keterangan atau maklumat lanjut terhadap tuntutan yang dikemukakan oleh mereka.
Apandi berkata,tindakan DoJ mengemukakan saman sivil terbaharu untuk merampas tambahan aset AS$540 juta yang didakwa diperoleh dengan dana yang diselewengkan dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah bersifat politik.
Fahmi menegaskan Apandi perlu menasihatkan Perdana Menteri untuk segera menerbitkan laporan Ketua Audit Negara tersebut agar orang ramai akan dapat memahami isu 1MDB dan saman DoJ, dan tidak meragui kenyataan yang dibuat Apandi sendiri.
"Sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, Malaysia juga tidak boleh bertolak ansur terhadap tindakan mana-mana kuasa asing terutama yang bersifat politik dengan niat mencampuri urusan dalaman negara.
"Oleh itu, dalam mesyuarat kabinet esok, Perdana Menteri Najib Razak serta jemaah menteri perlu membincangkan kenyataan Peguam Negara ini dan segera mengumumkan tindakan diplomatik yang tegas terhadap Amerika Syarikat demi mempertahan martabat dan kedaulatan negara, termasuk dengan memanggil Duta Besar AS ke Malaysia untuk memberi penjelasan, serta mengarahkan Duta Besar Malaysia ke AS untuk pulang segera ke Malaysia," ujarnya yang turut mengingatkan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, mengadakan demontrasi di hadapan kedutaan AS sekiranya benar wujud kuasa asing seperti AS yang ingin mencapuri urusan dalaman negara.

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena