Monday, 30 October 2017

[Video Lambang BN semasa pembentangan bajet! Siapa dalangnya? 100 hari berlalu, HARAPAN gesa ROS lulus pendaftaran] 'Tiada sebab ROS lengahkan pendaftaran HARAPAN'.

Selasa, 31 Oktober 2017

Parlimen siasat logo BN semasa Bajet 2018

Dewan Rakyat hari ini mengarahkan siasatan dijalankan berhubung dakwaan logo Barisan Nasional dalam Dewan Rakyat ketika pembentangan Bajet 2018 yang disiarkan secara langsung, 27 Oktober lalu.
Siasatan itu susulan usul yang dibuat Kasthuri Patto (DAP-Batu Kawan) agar perkara itu disiasat.
"Selepas belanjawan dibentang oleh perdana menteri, selepas ucapan beliau lambang BN terpapar dalam skrin di Dewan Rakyat. Adakah tindakan ini wajar dan dibenarkan di dewan yang mulia ini?
"Saya memohon budi bicara agar siasatan (diadakan) untuk mengenalpasti bagaimana logo sebuah parti politik boleh ada dalam dewan semasa persidangan," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Timbalan Speaker Datuk Ismail Mohamed Said kemudian bersetuju agar perkara itu disiasat.
"Baiklah, setiausaha akan menyiasat dan menyelidik perkara ini dan maklumkan kembali kepada YB," katanya.
Kasthuri memuatnaik gambar tersebut di laman Facebooknya pada Jumaat lalu, selepas pembentangan Bajet 2018.
Dalam sidang media kemudian, Kasthuri berkata itulah kali pertama beliau melihat perkara sedemikian sejak mula menjadi anggota parlimen pada 2013.
"Ketika pembentangan perdana menteri mengungkapkan inisiatif dan insentif, (pada masa sama) bendera BN dipaparkan di skrin tersebut. Ia adalah belanjawan negara (oleh kerajaan) bukannya belanjawan BN.
"Adakah ini bererti BN sudah terdesak dan menggunakan apa sahaja cara untuk menunjukkan logo mereka kepada rakyat?" soalnya.
Beliau berharap siasatan akan dapat mengenalpasti pihak yang menjadi punca pemaparan logo BN di Dewan Rakyat itu.
"Timbalan speaker sudah setuju untuk siasat. Kami menunggu hasil siasatan dan dalang di sebalik perkara ini," katanya lagi.
malaysiakini


'Tiada sebab ROS lengahkan pendaftaran HARAPAN'

Pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) berkata tidak ada sebab Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk melengah-lengahkan proses pendaftaran gabungan itu memandangkan mereka telah memenuhi segala syarat yang ditetapkan.
“Kami dah turuti segala syarat yang ditetapkan mengikut akta yang ada, tidak ada alasan lain yang perlu di lengah-lengahkan lagi, apakah ada udang di sebalik batu,” kata Anggota Parlimen Taiping Nga Kor Ming dalam sidang media di Parlimen hari ini.
Pengerusi DAP Perak itu turut berkata, HARAPAN telah mengemukakan permohonan tersebut pada 24 Julai bersamaan 98 hari namun sehingga kini masih belum mendapat kelulusan daripada ROS.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam jawapan bertulis di parlimen hari ini berkata ROS bertanggungjawab untuk meneliti setiap permohonan mendaftarkan parti politik yang diterima.
KDN turut berkata penelitian yang cermat diperlukan bagi memelihara aspek keselamatan dan kepentingan awam.

malaysiakini

Read More

[Video Kewangan negara tidak memberangsangkan! Negara terpaksa berhutang] Ibu segala Bajet katanya? Macam curi je? S'pura larang masuk pendakwah Haslin Baharim dan Ismail Menk.

Selasa, 31 Oktober 2017
Foto Pakatan Harapan.

Ibu segala Bajet katanya. Macam curi je. ðŸ¤­
Foto Parti Amanah Negara.

S'pura larang masuk pendakwah Haslin Baharim dan Ismail Menk

Singapura telah menolak kemasukan dua pendakwah Muslim, termasuk seorang warga Malaysia yang dijadualkan menyampaikan ceramah pada program kapal persiaran bertemakan agama.
Kedua-dua mereka warga Zimbabwe Ismail Menk dan rakyat Malaysia Haslin Baharim yang lebih dikenali sebagai 'Ustaz Bollywood' kerana keupayaan beliau menyanyi.
Menurut laporan Straits Times, kementerian dalam negeri (MHA) republik itu berkata keputusan dibuat berikutan perbincangan dengan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), Singapore Tourism Board dan Maritime and Port Authority of Singapore.
"Ismail Menk dan Haslin Baharim sebelum ini pernah ditolak permohonan pas kerja (Miscellaneous Work Pass) bagi berdakwah di Singapura.
"Mereka tidak akan dibenarkan melanggar larangan itu dengan berceramah di atas kapal persiaran yang beroperasi dari dan ke Singapura," kata MHA dalam sebuah kenyataan.
MUIS dalam kenyataannya pula berkata pihaknya tidak menyokong permohonan dua pendakwah ini untuk berceramah di negara itu kerana ajaran mereka 'bertentangan dengan nilai-nilai yang dipegang rakyat Muslim Singapura.'
Kapal persiaran mesra Muslim
Kedua-dua pendakwah tidak memiliki tauliah untuk mengajar agama yang dikeluarkan di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah Singapura, kata MUIS.
Bulan lalu, pihak berkuasa Singapura berkata turut melarang dua orang pendakwah Kristian kerana membuat kenyataan melampau tetapi tidak menamakan mereka.
Ismail sepatutnya menjadi tarikan utama bagi perjalanan ulang-alik selama lima hari dari Singapura ke Banda Ache, Indonesia di antara 25 November ke 29 November ini di atas kapal persiaran Costa Victoria berkapasiti 3,000 orang penumpang.
Menurut laman operator kapal peranginan, Haslin sepatutnya menjadi salah seorang daripada lima orang penceramah jemputan.
Kumpulan nasyid Raihan juga disenaraikan.
Menamakannya sebagai 25th IslamiCruise, acara itu dianjurkan sebuah syarikat yang berpengkalan di Batu Caves.
"Belajarlah untuk mengemudi ke arah syurga dan jadilah salah seorang yang berjaya dia akhirat. Insya Allah, pelayaran selama lima hari ini akan hanya eksklusif untuk orang Islam sahaja dan disahkan halal," jelas syarikat penganjur itu di laman webnya.

malaysiakini
Read More

[Video Tun M ulas Bajet 2018 Najib hanyalah Fantasi & KWSP akan labur USD3-4bilion untuk membangunkan semula infrastruktur Amerika] Najib 'Bodek Trump' dengan janji berbilion, supaya mudah berkira dengan Amerika.

Isnin, 30 Oktober 2017



Image result for Foto Kartun Zunar Bajet Fantasi Najib
Dalam salah satu wawancara bersama editor Globe Cartoon, Patrick Chappatte, beliau menyebut tentang lukisan kartun Zunar yang terpapar dalam forum tersebut.

Related image

Bodek Trump dengan janji berbilion, supaya mudah berkira dengan Amerika


KUALA LUMPUR, 30 OKT: Janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kononnya negara akan melabur US$3 hingga US$4 bilion bagi ‘memperkukuh ekonomi Amerika Syarikat (AS)’ ketika melawat presiden Donald Trump Ogos lalu, didakwa hanyalah bertujuan mengelirukan beliau.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mendedahkan bahawa Kementerian Kewangan dalam jawapan kepada soalannya di Parlimen menyatakan bahawa tidak ada pelaburan sewenang-wenangnya oleh KWSP di luar negara.
Kementeri menyatakan bahawa tiada kenyataan Perdana Menteri yang konsisten dengan pendirian dan strategi jangka panjang pelaburan KWSP untuk meningkatkan pelaburan luar negara terutamanya dalam kelas aset Hartanah dan Infrastruktur.
“Rakyat Malaysia boleh berasa lega KWSP tidak akan melakukan apa-apa pelaburan semberono di AS untuk ‘menyokong… pembangunan semula infrastruktur di Amerika Syarikat’.
“Bukanlah menjadi tugas kita untuk make America great again,” katanya dalam sidang media di Parlimen sebentar tadi.
Tegasnya, beliau tidak mempunyai sebarang bantahan sekiranya KWSP bercadang untuk melakukan pelaburan di luar negara sekiranya “risiko yang terlibat dapat dikurangkan dan pelaburan itu dinilai secara teliti dan ketat”.
Persoalan yang timbul sekarang kata Tony ialah, mengapa Perdana Menteri perlu menarik perhatian pentadbiran Trump dengan segala janji tersebut?
“Jawapannya sangat jelas; daripada penginapannya di Hotel Trump sehinggalah ke White House, Perdana Menteri cuba meraih perhatian Presiden Amerika itu dan berharap kerajaan AS akan mudah berkira dengan satu-satunya penyitaan terbesar rompakan terbesar anti-kleptokrasi penggubahan wang haram di negara itu,” katanya lagi. – Roketkini.com
Read More

[Video GELOMBANG RAKYAT SABAH~Warisan Memperjuangkan Nasib Rakyat Miskin Menentang Kezaliman] Mansuh bayaran tol EDL tidak legakan rakyat Johor (hanya menguntungkan rakyat Singapura).

Isnin, 30 Oktober 2017

Image result for Foto Sabah ubah
Parti Warisan Sabah president Shafie Apdal arrives at the Kota Kinabalu court at 
11.30am today - The Malaysian Insight

Image result for Foto Sabah ubah

Mansuh bayaran tol EDL tidak legakan rakyat Johor

Mansuh bayaran tol EDL tidak legakan rakyat Johor
Timbalan Pengerusi AMANAH Negeri Johor, Haji Dzulkefly Ahmad berkata, tindakan kerajaan mahu memansuhkan bayaran Tol ‘Eastern Dispersal Link (EDL)’ yang diumumkan dalam pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Jumaat lalu merupakan suatu langkah yang tidak mendatangkan kesan langsung kepada rakyat di negeri Johor.
Kata beliau, tindakan tersebut tidak memberi sebarang kesan apa-apa kepada rakyat Johor, sebaliknya ia lebih memberi kesan positif kepada rakyat Singapura berikutan lebuh raya EDL yang dimaksudkan adalah jalan penghubung antara kedua negara, iaitu Malaysia dengan Singapura.
“Rakyat Johor mahukan bayaran tol dimansuhkan di Tol Kempas, bukannnya EDL. Rakyat Johor mahu manfaat pemansuhan bayaran tol dinikmati oleh rakyat Johor seperti yang berlaku semasa pemansuhan Tol Senai pada tahun 2004, bukannya menguntungkan rakyat negara lain.
“Diberitakan kutipan tol di lebuh raya ini tidak menggalakkan kerana pengguna di Johor yang menggunakan lebuh raya EDL sepanjang 8.1 km ini tidak perlu membayar tol kecuali jika mereka memasuki CIQ untuk ke Singapura.
“Kadar tol yang dikenakan kepada kereta yang keluar masuk ke Singapura secara dua hala perjalanan adalah sebanyak RM20.19 dan itu tidak termasuk caj yang dikenakan seperti (RC, VEP, RRC, ERP) yang dikenakan bagi pengguna jalan raya oleh kerajaan Singapura,” jelas Dzulkefly dalam kenyataan medianya hari ini.
Sehubungan itu, Dzulkefly menyimpulkan bahawa hasil daripada pemansuhan tol EDL itu hanya menguntungkan rakyat Singapura sahaja.
“Manfaat besar daripada pemansuhan Tol EDL dilihat hanyalah untuk meringankan beban warga Singapura kerana rakyat Malaysia seramai 300,000 orang yang berkerja di Singapura majoritinya menggunakan motorsikal, bas kilang atau pengangkutan awam dan ia tidak membabitkan soal tol yang dimansuhkan.
“Berhubung perkara yang berbangkit ini, ada benarnya suara rakyat Johor yang mahukan pemansuhan Tol Kempas sebanyak RM2.10 bagi kenderaan kelas 1 (kereta) jauh lebih banyak memberi manfaat kepada rakyat Johor dan Malaysia kerana jumlah pengguna jauh lebih besar berbanding Tol EDL,” kata beliau.
Malaysia Dateline


Read More

[Video Najib gagal tingkat ekonomi rakyat] ‘Dia (Najib) kelentong kita, kaburi mata untuk pancing undi’ & Ekonomi telah merudum 2016, ramai jadi penganggur!

Isnin, 3o Oktober 2017

Image result for Foto ekonomi Malaysia jatuh
Ekonomi telah merudum 2016, lebih ramai jadi penganggur.

‘Dia kelentong kita, kaburi mata untuk pancing undi’

‘Dia kelentong kita, kaburi mata untuk pancing undi’

Bajet 2018 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dilihat sebagai mantera dan jampi untuk tujuan mengaburi mata rakyat dan menabur rasa simpati dan peduli kerajaan sedangkan ia hanya untuk memancing undi,kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Datuk A Kadir Jasin.

Beliau berkata, dengan anggaran kerajaan untuk meningkatkan kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak RM43.8 bilion daripada RM41.5 bilion tahun ini, menunjukkan syarikat berkaitan kerajaan tidak dapat menampung perbelanjaan kerajaan.
“Selain GST ada cukai lain macam cukai pendapatan, cukai korporat, cukai import, cukai eksport, cukai setem, cukai jalan, tarif dan macam-macam lagi bayaran yang rakyat jelata kena bayar. Mati pun kena cukai juga dalam bentuk cukai harta peninggalan.
“Hanya sebahagian kecil saja hasil kerajaan datang daripada perniagaan yang dilakukan oleh Petronas, Khazanah Nasional Berhad dan 1MDB,” ujarnya dalam tulisan di blognya hari ini.
Beliau turut mengulas mengenai peruntukan Bajet 2018 sejumlah RM280.25bilion yang menyaksikan pertambahan peruntukan berbanding RM 260.9bilion pada tahun lalu.
Bagi tahun 2018, Najib menganggarkan hasil sebanyak RM239.9 bilion tapi kerajaan bercadang berbelanja sejumlah RM280.25 bilion.
Justeru kata A Kadir lagi, dalam bajet dibentangkan perdana menteri yang mencadangkan perbelajaan sejumlah RM234.25 bilion untuk pengurusan dan RM46 bilion untuk pembangunan, ujarnya lagi, menyebabkan perbelanjaan bagi tahun ini naik 7.5 peratus kerana Najib dakwanya, menggunakan duit pembayar cukai untuk pancing undi.
“Kerajaan kurang duit sebanyak RM40.35 bilion dalam Bajet 2018 kerana hasil berjumlah RM239.9 bilion tapi belanja RM280.25 bilion. Jadi kena hutang RM40 juta lebih.
“Najib kutip cukai daripada rakyat jelata kemudian guna duit itu untuk sogok rakyat jelata supaya undi BN. Dia kelentong kita. Dia kata kerajaan bagi duit kepada rakyat jelata.
“Bukan kerajaan bagi tapi kita sendiri yang bagi. Kita bayar GST dan macam-macam cukai lagi untuk tadbir dan bangunkan negara.
“Najib ambil duit itu untuk sogok kita supaya undi parti dia. Dia ingat kita bangang,” ujarnya.
Malaysia Dateline
Read More

[Video GST Menambah Beban Rakyat & GST tidak pernah susahkan orang, kata MP UMNO] Ada peniaga Melayu ‘gulung tikar’, ‘tutup kedai’ disebabkan GST Najib...

Isnin, 30 Oktober 2017


Image result for Foto GST beban rakyat

GST – Gasak Sampai Tumbang

Benarkah dakyah mereka berhubung GST ini? Benarkah harga barangan dan perkhidmatan akan lebih murah atau harga barangan benar benar akan menjadi lebih mahal saperti mana yang di dakwa oleh sesetengah pihak.

Susah sangat kah untuk pihak yang bertanggungjawab untuk menangani isu ini? Susahkah pihak terbabit untuk menghantar pegawai penguatkuasa untuk duduk makan di restoran kemudian mendapatkan resit atau pihak berkenaan hanya menunggu laporan orang ramai ke pejabat mereka barulah mereka berbondong-bondong membuat serbuan.
Kerajaan mengatakan GST mampu mengelak ketirisan dan penyelewengan dalam perniagaan, itu benar tetapi yang terbeban sekarang ini ialah rakyat yang menjadi penguna sedangkan kerajaan mengatakan rakyat tidak terbeban kerana harga barangan akan menjadi lebih murah, Murahkah jika dahulu kita biasa membeli dan membayar sebanyak RM10.00 kini menjadi RM10.60?.
Atau kerajaan sudah lupa pelajaran ilmu kira kira.
Image result for Foto GST beban rakyat
Ada peniaga Melayu ‘gulung tikar’, ‘tutup kedai’ disebabkan GST Najib...

Ada peniaga Melayu ‘gulung tikar’, ‘tutup kedai’ disebabkan GST

Naib Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Norsyahrin Hamidon bagaimanapun berkata, mereka masih belum mempunyai angka sebenar berapa ramai ahli-ahli mereka yang terpaksa menamatkan perniagaan disebabkan GST. 

CUKAI Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang mula diperkenalkan Putrajaya pada April 2015 menjejaskan peniaga-peniaga Melayu sehingga menyebabkan mereka “gulung tikar” dan “tutup kedai”, kata Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) hari ini.

Naib Presiden DPMM Norsyahrin Hamidon bagaimanapun berkata, mereka masih belum mempunyai angka sebenar berapa ramai ahli-ahli mereka yang terpaksa menamatkan perniagaan disebabkan GST. “Ada ahli yang terjejas disebabkan GST, bukan setakat terjejas, ada juga ahli yang gulung tikar, yang tutup kedai,” kata Norsyahrin pada satu sidang media di Ibu Pejabat DPMM di Kuala Lumpur hari ini. “DPMM kita ada kita punya research center, kita memang bersama-sama dengan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) sedang membuat analisa tentang kesan GST kepada usahawan Malaysia, khususnya usahawan Melayu yang menjadi ahli kita.”

Menurut laporan siri pertama Ketua Audit Negara 2016, pendapatan melalui GST barangan tempatan menunjukkan peningkatan pada 85% daripada RM14 bilion pada 2015 kepada RM25.97 bilion. Cukai GST ke atas barangan import pula mencatatkan kenaikan 17% daripada RM12.9 bilion kepada RM15.2 bilion.

Menurut laporan siri pertama Ketua Audit Negara 2016, pendapatan melalui GST barangan tempatan menunjukkan peningkatan pada 85% daripada RM14 bilion pada 2015 kepada RM25.97 bilion. Cukai GST ke atas barangan import pula mencatatkan kenaikan 17% daripada RM12.9 bilion kepada RM15.2 bilion.

Menurut laporan siri pertama Ketua Audit Negara 2016, pendapatan melalui GST barangan tempatan menunjukkan peningkatan pada 85% daripada RM14 bilion pada 2015 kepada RM25.97 bilion. Cukai GST ke atas barangan import pula mencatatkan kenaikan 17% daripada RM12.9 bilion kepada RM15.2 bilion.

Menurut laporan siri pertama Ketua Audit Negara 2016, pendapatan melalui GST barangan tempatan menunjukkan peningkatan pada 85% daripada RM14 bilion pada 2015 kepada RM25.97 bilion. Cukai GST ke atas barangan import pula mencatatkan kenaikan 17% daripada RM12.9 bilion kepada RM15.2 bilion.
Rakyat Marhaen.
Read More

[Video Mansuh tol: MP UMNO, pembangkang bertikam lidah] Editor S'wak Report dakwa saman Hadi untuk lindungi Najib.

Isnin, 30 Oktober 2017

Image result for Gambar tol
Gambar Seorang Penunggang Motosikal Gigih Bayar Tol Jadi Tular

Editor S'wak Report dakwa saman Hadi untuk lindungi Najib


Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown mendakwa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berpakat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan memfailkan saman fitnah terhadapnya.
Menurut kenyataan pembelaannya yang dilihat Malaysiakini, beliau berkata saman tersebut bertujuan untuk mencemarkan namanya, Sarawak Report dan "kempen absah" laman itu untuk menyingkirkan Najib dan menegakkan keadilan.
Pada April lalu, Hadi memfailkan saman terhadap Rewcastle-Brown atas artikel komentar yang disiarkan Sarawak Report yang mendakwa Najib telah menyalurkan dana berjumlah RM90 juta kepada PAS.
Berdasarkan dokumen mahkamah, hujah pembelaan Rewcastle-Brown berdasarkan Seksyen 3 Akta Fitnah 2013 United Kingdom, yang menyatakan adalah satu pembelaan kepada tindakan fitnah jika kenyataan yang dikeluarkan berkaitan kepentingan awam.
Dengan mengambil kira perkara itu, kenyataan pembelaan Rewcastle-Brown menerangkan secara panjang lebar rentetan peristiwa, berdasarkan sisi pandangnya, seputar skandal 1MDB dan bagaimana ia berkait dengan penglibatan politik Najib, termasuk PAS.
Beliau juga memfailkan tuntutan balas terhadap Hadi ekoran gangguan yang dikatakan dihadapinya selepas dua laman web menerbitkan artikel yang menyatakan butiran saman fitnah oleh Hadi.
Beliau mendakwa Hadi atau ejennya merupakan pihak yang terlibat dalam penerbitan artikel itu, yang berniat memfitnah dan menyerangnya secara perkauman.
Dalam dokumen itu, Rewcastle-Brown juga menamakan bekas pengerusi Majlis Peguam Datuk S Ambiga sebagai sumbernya, berhubung dakwaan dana yang diberikan Najib kepada PAS.
Beliau juga berkata kenyataannya yang menjadi pertikaian itu tidak ditujukan secara langsung kepada Hadi atau mana-mana individu secara peribadi.
Sebelum ini, beliau dituduh terlibat dalam konspirasi menjatuhkan Najib yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad, dan menerima dana daripada bekas perdana menteri itu.
Beliau menafikan kedua-dua tuduhan tersebut.

Read more at https://www.malaysiakini.com
Read More

Sunday, 29 October 2017

[Video 1MDB TAK AKAN BOLEH UNTUNG!~Hari-hari pemimpin UmnoBN kerjanya membohongi rakyat] Penduduk Pulau Gaya menagih janji...sebuah kisah panjang yang dipenuhi janji kosong.

Isnin, 30 Oktober 2017

Beberapa penduduk di Kampung Pulau Gaya, Sabah sedang mandi untuk membersihkan diri. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 27 Oktober, 2017.

Hidup serba kekurangan, penduduk Pulau Gaya menagih janji

KEHIDUPAN mereka sepatutnya lebih selesa. Air paip sepatutnya sudah menjadi kenyataan tetapi bagi penduduk di Kampung Gaya Asli, Sabah, apa yang dialami penduduk ini adalah sebuah kisah panjang yang dipenuhi janji kosong. Kisah mereka adalah ulangan cerita di beberapa kawasan lain di negeri Malaysia Timur itu.
Sejak sekian lama, mereka hidup tanpa air paip dan terpaksa bergantung harap kepada air hujan dan telaga untuk kegunaan harian.
Keadaan menjadi bertambah sukar sewaktu kemarau sehinggakan terpaksa membeli air bersih untuk digunakan. Sebuah tong 200 liter air berharga sekitar RM7 dan tangki 1,400 liter pula menelan belanja kira-kira RM45. – 27 Oktober, 2017.
Sekumpulan kanak-kanak lelaki riang bermain di Kampung Pulau Gaya, Sabah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 27 Oktober, 2017.
Seorang wanita dilihat membaiki rumah yang daif di Kampung Pulau Gaya, Sabah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 27 Oktober, 2017.
Pemandangan perkampung air di Kampung Pulau Gaya, Sabah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 27 Oktober, 2017.
Seorang wanita memcuci pakaian sambil diperhatikan anak kecilnya. Kampung ini masih tidak mempunyai keperluan asas mencukupi, walaupun Sabah sudah menyertai Persekutuan Malaysia sejak 1963 lagi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 27 Oktober, 2017
Awang, seorang penduduk di perkampungan air Pulau Gaya, Sabah berehat di sebuah kedai minum di situ. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 27 Oktober, 2017.
The Malaysian Insight.

Read More

[Video Dato Rashid PPBM: MALAYSIA BOLEH HANCUR angkara UmnoBN!] APA KHABAR KP SPRM? Di mana Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzuklifli Ahmad ketika ini agaknya?

Isnin, 30 Oktober 2017
Related image

APA KHABAR KP SPRM?

Di mana Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzuklifli Ahmad ketika ini agaknya?

Bagaimana keadaan dan apa khabar dirinya? 

Adakah beliau dalam keadaan sihat walafiat seperti selalu atau tidur pun tidak lena seperti dulu?

Adakah beliau sedang bercuti atau masih menjalankan tugas serta datang ke pejabat seperti biasa?

Jika sedang bercuti, adakah beliau berehat di rumah saja atau pergi  ke mana-mana destinasi?

Kalau ke mana-mana destinasi, pergi seorang diri atau bersama keluarga?

Masihkah ada lagi jemputan membaca khutbah diterimanya sejak kebelakangan ini?

Jika masih bertugas dan datang ke pejabat seperti biasa, kenapa senyap saja sedangkan sebelum ini beliau agak mesra dengan media dan rajin mengumumkan tangkapan demi tangkapan?

Adakah beliau sebagai ketua tetap memberi arahan seolah-olah tiada apa-apa yang mengganggu fikirannya?

Apa pula perkembangan siasatan pihak polis yang dipantau pasukan petugas khas terhadap dirinya?

Sudahkah beliau disiasat dan keterangannya diambil?

Agak-agaknya, apa pengakuan beliau kepada pihak polis berhubung video yang didakwa mengaitkannya itu?

Adakah beliau mungkin menafi atau mengakuinya?

Bila agaknya keseluruhan siasatan akan selesai?

Siapa yang akan mengumumkan hasil siasatan itu nanti - Ketua Polis Negara atau Peguam Negara?

Dalam pada itu, sehingga bila Dzulkifli sanggup mendiamkan diri dan tidak muncul di mana-mana, sedangkan beliau masih memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM?

Apa bentuk intergriti seorang ketua kalau berterusan sebegitu?

Bukankah rakyat sedang memerhati?

Tidak teringankah beliau untuk berlaku jujur dan berundur sebelum penyiasatan pihak polis yang dipantau pasukan petugas khas berakhir dan mengumumkan hasilnya, demi semata-mata untuk menjaga nama baik SPRM? (ShahbudinHusin 29/10/2017)

Read More

[Video DS Nizar: Orang Buntong dah tak mau UmnoBN lagi, kerajaan pencuri duit rakyat] 'Bebalnya Lebai'.

Isnin, 30 Oktober 2017

Bebalnya Lebai


Adoyailah lebai ni....  beza antara Kerajaan dan Parti Yang Memerintah pon tarak tau ka?

Kalu sesuatu bantuan tu datang dari Kerajaan Negeri... maka mana boleh letak logo mana-mana parti politik waima logo parti politik yang sedang memerintah pon tarak boleh...

Macam kes baja subsidi yang sepatutnya hanya berlogo Kementerian atau Kerajaam Malaysia .... tak sepatutnya tertera logo UMNO atau Barisan Nasional (BN)...

Takkan lah benda sesimple ini pon lebai nih tak tahu... aper ke bebal sangatlah lebai ni... huhuhu

Semenjak berbaju pink sedondon dengan UMNO nih... semua dah belajar  kot.... huhuhu... lebai oh lebai...

Image result for Gambar baja cap dacing

Apabila tak dapat beza program Kerajaan Negeri & Parti.. maka beginilah berlaku pada ADUN PAS Selangor

PKR persoal gambar ADUN PAS pada sampul skim Selangor

Ahli Majlis Pimpinan Wanita PKR Pusat, Juwairiya Zulkifli mempersoalkan tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabak, Sallehen Mukhyi yang didakwa mengelirukan orang ramai terhadap inisiatif kerajaan Selangor.

Juwairiya melalui laman sosial Facebooknya sebelum ini memuat naik gambar beberapa keping sampul surat yang tertera logo dan tulisan Skim Peduli Sihat.

Namun, pada sampul terbabit turut tertera gambar ADUN Sabak itu bersama logo PAS sedangkan skim terbabit merupakan program kerajaan negeri dan bukannya parti politik yang diwakili Sallehen.

Sampul tersebut dipercayai mengandungi borang dan kad skim berkenaan.

https://i.malaysiakini.com/1173/64d6c597861b184e98c6b415be9e96d9.jpeg
Oleh demikian, Juwairiya menegaskan tindakan Sallehen itu jelas memperlihatkan sikap tidak profesional beliau dalam melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat.

"Saya menyatakan rasa kecewa saya pada ADUN tersebut yang tidak hormat dan tidak bersikap profesional dalam melaksanakan tugas yang mewakili kerajaan negeri di kawasan tersebut," kata Juwairiya kepada Malaysiakini.

Menurut Juwairiya, Pesuruhjaya PAS Selangor itu tidak seharusnya berbuat demikian.

"Program negeri harus ditonjolkan kerajaan negeri bukan parti politik yang diwakili.

"Kerana ADUN mewakili seluruh rakyat, mewakili negeri tanpa lihat latar belakang politik yang dinaunginya (orang yang mereka berkhidmat)," tegas Juwairiya.

Rawatan kesihatan asas

Oktober tahun lalu kerajaan negeri Selangor memperkenalkan skim kesihatan percuma untuk kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dalam belanjawannya bagi tahun 2017.

Digelar 'Skim Peduli Sihat' atau skim perlindungan perubatan dan kesihatan, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali berkata, langkah itu diambil untuk menangani kos sara hidup yang dihadapi kumpulan berkenaan.

Mereka yang dilahirkan dalam Selangor atau menetap di negeri itu lebih 10 tahun layak menyertai skim ini, katanya semasa membentangkan Belanjawan Selangor 2017 di Dewan Undangan Negeri hari ini.

Skim ini akan diuruskan oleh pentadbir jagaan kesihatan pihak ketiga Selgate Corporation, yang akan membiayai rawatan kesihatan asas sebanyak RM500 setahun untuk setiap keluarga yang layak.

Malaysiakini sedang mendapatkan maklum balas Sallehen dan pejabat MB Selangor berhubung perkara tersebut.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/399876#FSCRVU7vxYWiXwJ1.99

KDL.
Read More

[Video Mat Sabu: Penjawat Awam Tetap Terbela Di Bawah Pakatan Harapan] 'Momentum Perubahan' Mat Sabu berceramah di Buntong Ipoh! Kehadiran yang sangat ramai daripada pelbagai kaum.

Isnin, 30 Oktober 2017
Ceramah Perdana PAKATAN HARAPAN di Buntong, Ipoh
Bersama:
TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
LIM GUAN ENG
MOHAMAD SABU
Foto Mohamad Sabu.
Berceramah di Buntong, Ipoh malam ini. Kehadiran yang sangat ramai daripada pelbagai kaum. Terus menggerakkan momentum perubahan!
Foto Mohamad Sabu.

Foto Mohamad Sabu.

Foto Mohamad Sabu.

Foto Mohamad Sabu.

Foto Mohamad Sabu.
Read More

[Video PANAS!~Najib Nak BELI Muhyiddin Yassin?] #bajet2018 senyum atau sengih Najib? Najib patut profesional bentang Bajet 2018 sebagai menteri kewangan bukan pemimpin UmnoBN

Isnin, 30 Oktober 2017

Related image
#bajet2018 senyum atau sengih? apa yang dia nk sampaikan pon susah nak paham. pakai ler bahasa melayu yang mudah paham.
KETERANGKUMAN? KEPEDULIAN? SEGMEN?
Foto Kelab Che Det.

Najib patut profesional bentang Bajet 2018 sebagai menteri kewangan bukan pemimpin BN

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 7 Safar 1439H, Jumaat – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu bersikap lebih profesional dan menyedari kedudukannya sebagai Menteri Kewangan, dengan tidak melibatkan sebarang unsur-unsur bersifat politik ketika membentangkan Bajet 2018, petang tadi.
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Noor Mat Yazid berkata, menerusi pembentangan bajet petang tadi, Najib dilihat tidak berdiri sebagai seorang menteri kewangan, sebaliknya meletakkan beliau sebagai pemimpin Barisan Nasional (BN).
“Di peringkat awal pembentangan itu lagi, beliau membangkitkan mengenai kenapa dirinya dikutuk dengan mengaitkan isu Bugis dan sebagainya, kemudian ia diakhiri pula dengan ucapan semangat dan berjuang untuk PRU14.
“Saya kira perkara sebegitu harus dikurangkan dalam pembentangan belanjawan kerana ia adalah bajet atas dasar kedudukannya sebagai menteri kewangan,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.
Ditanya adakah bajet kali ini dilihat untuk ‘memancing undi’, Dr Mat Yazid berkata, beliau tidak menolak kemungkinan wujud unsur-unsur tersebut memandangkan pilihan raya umum dijangka diadakan tidak lama lagi, apabila banyak pihak menerima manfaat daripadanya.
“Belanjawan ini dilihat positif untuk mereka yang berpendapatan kurang RM9,000, dan mereka juga mudah ditarik untuk memberi sokongan kepada pihak tertentu.
“Dan secara dasarnya darjah pemikiran mereka, bukan saya nak menafikan, tetapi pemikiran dan analisis mereka juga rendah serta mudah terpukau dengan bayaran-bayaran sebegini. Maka, sasaran itu sampai.
“Unsur-unsur pancing undi itu ada, cuma ianya tidak secara langsung kerana mungkin ada yang menerima tetapi tidak memberi kesan, khususnya mereka berpendapatan tinggi, ianya hanya memberi kesan kecil,” katanya.

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena