Thursday, 30 November 2017

[Video URANG SABAH SERANG KE INGAU & PBS AKAN TINGGALKAN BN!] Belanjawan Sabah pinggir golongan miskin, jurang miskin kaya makin luas.

Khamis, 30 November 2017


Image result for Gambar ribuan orang sabah sokong warisan

Belanjawan Sabah pinggir golongan miskin, jurang miskin kaya makin luas


KUALA LUMPUR, 23 NOV: Tidak apa yang istimewa dalam Belanjawan Sabah 2018 yang dibentangkan Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman seperti yang diuar-uarkan kata Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong Tien Fatt.
Menurutnya, meskipun Sabah mencatatkan belanjawan RM4.104 bilion untuk negeri dengan lebihan sebanyak RM64.89 juta, hanya 20 peratus diperuntukkan bagi perbelanjaan pembangunan.
“Sabah mencatatkan antara belanjawan tertinggi berbanding negeri lain tetapi kita lihat tidak banyak program kebajikan diberi keutamaan seperti Pulau Pinang dan Selangor,” katanya kepada Roketkini.
Menurutnya, meskipun Pulau Pinang dan Selangor masing-masing memperuntukkan sebanyak RM1.4 bilion dan RM3.5 bilion dalam belanjawannya, ia sama sekali tidak meminggirkan program kebajikan rakyat seperti program kesihatan, warga tua dan sebagainya.
“Tidak banyak program kebajikan yang ditawarkan dalam Belanjawan Sabah meskipun memperuntukkan lebih RM4 bilion pada masa yang sama kita mempunyai paling ramai orang miskin?
“Golongan miskin di Sabah ini perlu diberi keutamaan sebab apa yang berlaku, yang miskin makin miskin, yang kaya terus kaya – jurang kemiskinan makin besar.
“Apa yang kerajaan BN Sabah buat? Bajet banyak tapi duit pergi mana?” soal Ahli Parlimen Sandakan itu.
Katanya, walaupun Jabatan Statistik Negara mengatakan kadar kemiskinan Sabah mencatatkan pengurangan dari empat peratus kepada 2.9 peratus pada tahun 2016, realitinya jauh berbeza.
Beliau merujuk kepada laporan statistik negara tahun 2016 yang menunjukkan Sabah sebagai negeri yang paling teruk dari segi ketidaksamarataan pendapatan (Gini Coefficient).
“Purata negara kita walaupun ada bertambah baik dari Gini Coefficient 0.401 turun ke 0.399 tapi sedihnya Sabah merekodkan Gini Coefficient meningkat dari 0.387 ke 0.402 menjadi negeri yang mempunyai perbezaan paling serius. Ini menunjukkan betapa susah anak-anak Sabah,” katanya.
Situasi ekonomi yang tidak memberangsangkan di Sabah itu katanya telah menyebabkan ramai rakyat wilayah itu khususnya golongan muda berhijrah ke bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Singapura.
“Sabah meskipun negeri paling kaya, tetapi mempunyai ramai rakyat yang miskin termasuk kadar pengangguran yang tinggi yang menyebabkan rakyat Sabah berhijrah ke tempat lain untuk mencari rezeki.
“Inilah antara isu yang perlu diselesaikan tapi apa yang kita lihat, Belanjawan Sabah yang dibentangkan Ketua Menteri baru-baru ini kurang penekanan terhadap perkara-perkara itu,” katanya lagi.
Stephen berharap agar kerajaan Sabah dapat mempertimbangkan lebih banyak program kebajikan sebagaimana yang dilaksanakan di Pulau Pinang dan Selangor.

Read More

[Video MENGGIGIL Umno Najib! BERIBU Ahli UMNO BN Beralih MASUK Parti WARISAN] Kilang kayu terbesar Malaysia (Sabah Forestry Industry) potong 50% gaji pekerja kerana berhutang sebanyak RM422 juta dgn Rabobank.

Khamis, 30 November 2017

Image result for Gambar bendera parti warisan

Kilang kayu terbesar Malaysia potong 50% gaji pekerja

Kilang kayu terbesar Malaysia potong 50% gaji pekerja
Beberapa pekerja SFI hadir untuk melihat sama ada mereka terpilih untuk mendapat bayaran gaji setengah atau diberikan cuti. Melalui kenyataan peguam, telah diketahui umum bahawa SFI berhutang sebanyak RM422 juta dengan Rabobank Nederland of Labuan Offshore Financial Centre. – Gambar The Malaysian Insight, 30 November, 2017.

SETELAH bergelut dengan hutang yang banyak, akhirnya pengilang kertas Sabah Forestry Industry Sdn Bhd (SFI) mengambil keputusan memotong setengah gaji setiap 1,390 pekerjanya.
Menurut sumber SFI, pekerja dibenarkan mengambil cuti atau tukar kerja sehinggalah SFI dibeli oleh pembida.
“Hanya lebih kurang 200 pekerja akan dikekalkan sampailah pemilik baharu ambil alih.
“Masih tak jelas bagaimana mereka yang dipotong gaji akan diambil semula,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Pagi tadi, pekerja berkumpul di kilang untuk melihat senarai nama pekerja yang terlibat.
SFI yang berpangkalan di Sipitang ditubuhkan pada 1988 merupakan kilang memproses kayu terbesar di Malaysia.
Ia menguruskan 288,000 hektar kawasan hutan, kemudahan pembuatan pulpa dan kertas, kompleks perkayuan bersepadu dan kilang venir dan papan lapis.
Pada 2007, ia mula beroperasi sebagai subsidiari kepada Ballipur Industries Limited (BILT), pengilang kertas tulis dan percetakan terbesar India.
Difahamkan kerajaan negeri memegang saham sebanyak 2% dalam syarikat, dan selebihnya oleh BILT (98%).
Pada September tahun lalu, SFI mula menunjukkan tanda masalah kewangan selepas pekerja dan staf diarahkan mengosongkan presmis kerana pelaksanaan pemulihan hutang yang diperintahkan oleh Shell Timur Sdn Bhd.
SFI dipercayai berhutang dengan Shell Timur sejumlah RM13 juta.
Pada Januari lalu, akhbar tempatan Borneo Post melaporkan seramai 1,600 pekerja SFI kehilangan kerja.
“Pekerja mengadu SFI melanggar terma dan syarat kontrak pekerjaan di mahkamah buruh,” kata pekerja syarikat itu.
Pada Mac, Mahkamah Tinggi Sabah setuju untuk menangguhkan prosiding mahkamah bagi memberi SFI tempoh dua bulan agar dapat menyelesaikan tuntutan pekerja sekitar RM23 juta.
Melalui kenyataan peguam, telah diketahui umum bahawa SFI berhutang sebanyak RM422 juta dengan Rabobank Nederland of Labuan Offshore Financial Centre.
The Daily Express turut melaporkan auditor bebas telah dilantik oleh bank untuk menyiasat akaun SFI dalam usaha untuk menyelamatkan syarikat itu yang prestasinya mula menurun berikutan penswastaan selepas PBC mengambil alih kerajaan negeri pada 1990-an.
Sebelum itu, pekerja SFI telah membawa SFI ke mahkamah buruh Sipitang berkaitan isu gaji pada 2009, namun mahkamah menolak isu itu atas alasan bukan bidang kuasa mahkamah.
Ketua Wira Warisan Sipitang, Nazib Maidan berkata beliau kesal dengan apa yang terjadi dengan pekerja SFI.
“Sebahagian dari mereka ada anak-anak yang bersekolah, perlu bayar bil dan lain-lain lagi. Isu SFI ini akan mengganggu ekonomi wilayah ini.
“Walaupun pekerja masih menikmati faedah syarikat seperti bangunan kuarters dan lain-lain, namun apa yang kami harapkan ialah pekerja boleh bertahan dan mengatasi masalah ini,” katanya. – 30 November, 2017.
The Malaysian Insight
Read More

[Video WANG TABUNG TENTERA Bayar Hutang 1MDB Dirompak Jho Low Najib Sampai Tak Mampu Bayar Pencen] Pemuda Pakatan Harapan lancar gerakan kesan Jho Low.

Khamis, 30 November 2017

Pemuda Pakatan Harapan lancar gerakan kesan Jho Low

Pemuda Pakatan Harapan lancar gerakan kesan Jho Low

Kumpulan Gerakan Anak Muda Cari Jho Low terdiri daripada sayap Pemuda Pakatan Harapan dilancarkan hari ini membantu pihak berkuasa di seluruh dunia menjejaki dan menangkap lelaki paling dikehendaki dalam skandal 1MDB. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 30 November, 2017.

KUMPULAN Gerakan Anak Muda Cari Jho Low dilancarkan hari ini dalam cubaan membantu pihak berkuasa di seluruh dunia menjejaki dan menangkap lelaki paling dikehendaki susulan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), iaitu ahli perniagaan Jho Taek Low.
Jurucakap kumpulan itu Faiz Fadzil yang juga timbalan ketua Pemuda Amanah berkata kumpulan itu akan bekerjasama dengan organisasi hak asasi antarabangsa dan Bersih Global untuk menyebarkan maklumat betapa pentingnya mengesan dan menahan lelaki yang lebih popular dipanggil Jho Low itu.
“Negara ini berdepan krisis ekonomi, budaya dan sosial. Rasuah jadi berleluasa. Kejatuhan ringgit dan kenaikan kos sara hidup mencipta krisis keyakinan dalam kalangan rakyat Malaysia dan sebab utamanya ialah 1MDB,” katanya pada sidang akhbar di Bangsar hari ini.
Beliau berkata kerana kesedaran terhadap betapa 1MDB memberi kesan kepada Malaysia, gerakan itu membuat keputusan untuk membantu untuk memantau pergerakan Jho Low.
Faiz berkata menurut laporan berita Jho Low dikesan berada di Hong Kong, Thailand dan China. Kapalnya juga dilihat di Ahceh, Indonesia.
“Dia melarikan diri daripada polis Malaysia dan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ). Jadi kami akan meletakkan gambarnya di blog, media sosial dan portal supaya orang ramai akan tahu bagaimana rupanya dan berharap mereka akan maklumkan kepada kami.
“Kami juga akan meminta bantuan rakyat Malaysia yang ada di luar negara,” katanya.
Beliau berkata gerakan itu juga akan mengadakan forum bertajuk "Jho Low Dilindungi China Merah?" pada 6 Disember di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor. Antara panelnya ialah Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Dr Mahathir Mohamad, Presiden Amanah Mohamad Sabu, pemimpin PKR R. Sivarasah dan aktivis Hishamuddin Rais.
Nama Jho Low disebut dalam saman DoJ dan didakwa melakukan penyelewengan dana berkaitan dengan 1MDB.
Pendakwa raya di Singapura juga menamakannya sebagai individu utama dalam siasatan berkaitan 1MDB, menambah Jho Low menggunakan wang yang dijejaki ada kaitan dengan syarikat pelaburan negara itu untuk kepentingan dirinya sendiri.
Dalam dokumen mahkamah, pendakwa berkata Jho Low menerima sejumlah wang yang besar.
Menurut dokumen itu, kira-kira AS$1 bilion yang sepatutnya digunakan 1MDB untuk pelaburan dalam usaha sama dengan PetroSaudi International Ltd dipesongkan ke dalam akaun bank dimiliki oleh Jho Low, yang kini menghilangkan diri.
Jho Low menafikan sebarang salah laku. – 30 November, 2017.
The Malaysian Insight.
Read More

[Video Rakyat Malaysia Tak Terlalu Gila Untuk Kaya Spt Menteri UmnoBN] ARiF hantar bantuan kpd Mangsa Banjir Di Pulau Seratus & Anugerah Brandlaureate Zambry: Fakta atau auta?

Khamis, 30 November 2017

Foto Parti Amanah Negara.



Parti Amanah Negara telah menambah 10 foto baru
3 jam
Tuan Hj Baharuddin Kassim (SETIAUSAHA ARiF NASIONAL) Bersama Team ARiF Pulau Pinang , Team ARiF Kelatan Dan Pemuda Pakatan Harapan Kelantan Beri Bantuan Awal Kepada Mangsa Banjir Di Pulau Seratus, Dun Pasir Pekan. Tumpat
Team Bantuan Banjir Perlu Menaiki Bot Selama 15 Minit Dari Jeti Kampung Sungai Buloh Untuk Menyampaikan Bantuan Kepada 35 Keluarga Mangsa Banjir Di Pulau Seratus.#BanjirKelantan2017
30 November 2017 || Khamis
Foto Parti Amanah Negara.

Foto Parti Amanah Negara.

Foto Parti Amanah Negara.

Anugerah Brandlaureate Zambry: Fakta atau auta?

ULASAN : Pada malam gala Anugerah Kepimpinan Ikon Jenama Negara BrandLaureate 2017 yang dianjurkan oleh Yayasan Jenama Asia Pasifik pada 28 Ogos 2017 di Hotel The Majestic Kuala Lumpur dianggarkan lebih 500 orang jemputan yang hadir.

Dikatakan anugerah BrandLaureate ini mengiktiraf pemimpin yang dalam kelasnya tersendiri dan mereka yang telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan negara serta masyarakat terutamanya dalam anugerah ‘Game Changer Icon’.

Dalam majlis yang gilang gemilang tersebut telah diumumkan penerima anugerah ini adalah Menteri Besar Negeri Perak, Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abd Kadir dan beliau merupakan satu-satunya tokoh dari kalangan para menteri besar yang diberikan penghargaan melalui pemilihan ini.
Pada malam yang sama Datuk Seri Zambry telah memuat naik status di dalam laman sosialnya di Facebook dan Twitter, mengucapkan terima kasih atas anugerah yang diberikan dan menghadiahkan penerimaan anugerah tersebut kepada rakyat Negeri Perak khasnya.
Ramai dikalangan kepimpinan Kerajaan Negeri Perak, Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri dan anak syarikat termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta kepimpinan Umno Negeri Perak hadir melihat kepada gambar-gambar yang tersebar di media sosial.
Sidang media selepas Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri Perak pada 30 Ogos 2017, Datuk Seri Zambry menjelaskan tentang anugerah yang diterima dan menganggap pengiktirafan sebagai bukti pentadbiran dan pengurusan kerajaan negeri yang baik dan mantap.
Namun melalui carian di dalam Google, apabila ditaip ‘BrandLaureate 2017’ terutamanya di dalam laman sesawang Media Massa khususnya pada awal tarikh anugerah tersebut kebanyakkannya hanya melaporkan tentang penganugerahan kepada  penyanyi Dayang Nurfaizah sahaja.
Tidak langsung menyentuh kepada anugerah-anugerah yang lain termasuk anugerah yang diterima Datuk Seri Zambry, disini terdapat sedikit kehairanan bagaimana media melihat kepentingan penganugerahan yang diberikan itu.
Kegembiraan itu juga sedikit tersentak apabila Pengerusi AMANAH Negeri Perak, Asmuni Awi semasa sidang medianya pada 11 Oktober 2017 meminta penjelasan tentang anugerah yang diterima oleh Datuk Seri Zambry tersebut sama ada ianya berbayar atau tidak?
Dalam sidang media tersebut, Asmuni memberikan tempoh seminggu kepada Datuk Seri Zambry dan pihak-pihak yang terlibat untuk memberikan penjelasan terhadap pendedahan tersebut adakah terdapat bayaran dibuat kepada BrandLaureate?
Selepas tempoh seminggu yang diberikan kepada Datuk Seri Zambry sudah berakhir, Akhbar Sinar Harian pada 18 Oktober 2017 melaporkan telah menghubungi Asmuni untuk mendapatkan komen selanjutnya daripada beliau.
Dalam komen ringkasnya seperti yang dilaporkan media bahawa  Asmuni bersedia mendedahkan bukti tersebut bagi mempertahankan pendedahannya sebelum ini bahawa bayaran telah dibuat kepada BrandLaureate.
Tanggal 24 Oktober 2017, Asmuni sekali lagi mengadakan sidang medianya dan telah menunjukkan satu salinan baucer resit bayaran daripada Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) Negeri Perak sebanyak RM 381,113.86 kepada BrandLaureate.
Hari yang sama pada sebelah malamnya, BrandLaureate telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi menolak dakwaan  Asmuni bahawa anugerah tersebut boleh dibeli atau dibayar dan mendesak agar memohon maaf atas dakwaan tersebut.
Semasa program Pemukiman Menteri Besar di Daerah Manjung pada 25 Oktober 2017, selepas Majlis pra pelancaran 100 Tahun Beruas Datuk Seri Zambry di dalam sidang media di Padang Awam Pekan Beruas akhirnya mengulas isu ini setelah hampir 15 hari mendiamkan diri.
Semasa memberikan ucapan di Padang Awam Pekan Beruas tersebut, Datuk Seri Zambry berkata “…dia punya sakit hati, dia buat kenyataan, dia kata saya bayar, depa tak puas hati,… hari-hari kerja aku dok menjawab segala fitnah, segala ceritanya”.
Selepas majlis tersebut diadakan satu sidang media bersama Datuk Seri Zambry bagi menjelaskan beberapa isu berbangkit termasuk isu anugerah BrandLaureate yang media menunggu respon daripada Datuk Seri Zambry.
Laman sesawang Barisan Nasional (BN) Negeri Perak terdapat rakaman video sidang media tersebut berdurasi 1 minit 34 saat, dalam minit ke 1 minit 10 saat apabila media membuat persoalan balas “mereka ada resit”, Datuk Seri Zambry telah menjawab “…program yang dianjurkan itu biasalah…sape nak beli meja tu…meja ni..merata”.
Ulasan Datuk Seri Zambry hanya berkisar “biarlah BrandLaureate yang jawab, dia kata BrandLaureate dibayar” dan tidak habis di situ sahaja, pada esoknya di Pulau Pangkor pula 26 Oktober 2017 sekali lagi Datuk Seri Zambry tekankan isu ini di sana lagi.
Sidang media Pakatan Harapan (PH) Negeri Perak pada 28 Oktober 2017 telah mengumumkan bahawa akan membawa isu ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan meminta agar ianya disiasat.
Manakala semasa Ceramah Himpunan Rakyat di Buntong pada malam 29 Oktober 2017, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin turut membawa isu ini dan menjelaskan sekali lagi bahawa akan membawa isu ini kepada SPRM.
Atas tanggungjawab dan amanah rakyat, Asmuni telah membuat laporan berkaitan isu ini kepada SPRM Negeri Perak pada 1 November 2017, beliau telah menyerahkan bukti berkaitan dan memberikan keterangan selama lebih kurang sejam 30 minit kepada pegawai penyiasat SPRM.
Sekitar jam 12.00 tengahari selepas memberikan keterangan kepada SPRM, Asmuni membuat sidang media dan melontarkan dua perkara penting kepada SPRM iaitu adakah wujud salah guna kuasa atau berlaku perlanggaran akta syarikat di dalam isu ini.
Untuk rekod, Asmuni adalah seorang peguam yang cukup berpengalaman dan beliau pernah berkhidmat sebagai Pendakwa Raya Badan Pencegahan Rasuah Malaysia (BPR) satu ketika dahulu.
Tidak sampai sejam sidang media  Asmuni di hadapan bangunan SPRM Perak, Datuk Seri Zambry selepas Mesyuarat Mingguan Exco Perak mengulas tindakan Asmuni dan berkata “tidak cukup dengan tuduhan fitnah… dan dia kata saya bayar…”.
Pertama kalinya sepanjang sidang media selepas Mesyuarat Mingguan Exco Perak, Exco-exco lainnya berdiri dibelakang Datuk Seri Zambry sebagai ‘bukti’ sokongan kepada beliau yang belum pernah berlaku selama ini dan hanya berlaku pada sidang media tersebut.
Semasa mengendalikan kes saman Datuk Seri Nizar terhadap Razman Zakaria, Asmuni telah menerima sepucuk surat daripada BrandLaureate pada 10 November 2017 dan beliau menjelaskan bahawa bersedia menjawab kembali surat tersebut secara rasmi.
Ceramah DAP pada 16 November 2017, Nga Kor Ming di dalam ucapannya juga telah membawa isu ini dan turut memaklumkan akan membawanya di dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak semasa Perbentangan Bajet 2018 nanti.
Oleh kerana isu yang sama diulas oleh Nga Kor Ming di dalam ceramahnya itu dan tiba-tiba viral satu suntingan video yang dikatakan beliau mencarut, berpusu-pusu BN dan sekutunya membuat laporan Polis tetapi agak pelik dalam kes anugerah BrandLaureate tiada sebarang laporan Polis dibuat terhadap  Asmuni yang didakwa memfitnah Datuk Seri Zambry.
Bajet 2018 Negeri Perak telah bersidang bermula pada 21 hingga 27 November 2017 baru-baru ini, bukan sahaja ‘panas’ di luar tetapi ‘panas’ juga di dalam Dun Perak selama lima hari tersebut dan ianya seperti yang telah dijangka.
Selepas dibentangkan Bajet 2018 Perak, sidang media PH Perak sekali lagi membangkitkan isu ini dan menunjukkan replika tropi serta salinan resit baucer bayaran MB Inc sebelum bermulanya esok perbahasan bajet oleh Datuk Seri Nizar pada 22 November 2017.
Semasa berbahas isu ini, Exco Kerajaan Negeri yang juga Adun Kamunting, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berperanan besar untuk ‘menganggu’ Datuk Seri Nizar beberapa kali termasuk kedengaran ‘suara-suara sumbang’ daripada Datuk Seri Zambry.
Isu ‘panas’ ini di bawa di dalam perbahasan bajet kerana ianya berkaitan agensi anak syarikat berkaitan kerajaan negeri dan sudah tentulah ianya berkaitan dana awam dan wang rakyat yang memerlukan perjelasan yang jujur daripada pihak kerajaan negeri.
Pada sebelah petang hari yang sama selepas perbahasan Datuk Seri Nizar, Datuk  Zahir telah mengadakan sidang media khas menjawab segala persoalan Datuk Seri Nizar di dalam Dewan khasnya berkaitan isu MB Inc termasuk isu anugerah Brandlaureate dan berkata jika ditunjukkan resit baucer tersebut pihaknya akan membuat laporan Polis kerana ianya dianggap palsu.
Sekali lagi ugutan untuk membuat laporan Polis dibuat sekiranya resit baucer didedahkan sedangkan sebelum ini pada 24 Oktober 2017 Asmuni dalam sidang medianya telahpun menunjukkannya kepada media dan begitu juga semasa sidang media PH selepas Perbentangan Bajet pada 21 November 2017 juga telah menunjukkan salinan resit baucer bayaran tersebut, terdapat persoalan pelik disini kenapa tiada laporan Polis dibuat?
Pada keesokkannya apabila berita tentang kenyataan Datuk Zahir dilaporkan dalam media cetak dan media baru, melalui laman sosial Facebook Tan Sri Vincent Lee turut telah mengulasnya dan menganggapnya sebagai satu kejutan tentang anugerah BrandLaureate yang tidak pernah didengarnya sebelum ini.
Tan Sri Vincent Lee adalah seorang Ahli Perniagaan yang berjaya dan baru-baru ini telah Menandatangani Perjanjian Hak Penajaan Liga Malaysia di antara Football Malaysia LLP (FMLLP) dan Ampersand Sports bagi Bolasepak Liga Malaysia Tahun 2018.
Hanya seorang Adun  BN sahaja yang mengulas isu ini iaitu Adun Manong, Datuk  Mohamad Kamil Shafie yang membayangkan tidak mungkin Menteri Besar membayar untuk mendapatkan anugerah tersebut seperti didakwa.
Adakah semua Adun BN khasnya telah dijelaskan keadaan sebenarnya isu ini dan adakah Datuk Seri Zambry serta MB Inc jujur menceritakan keadaan sebenarnya sama ada benar atau tidak aliran kewangan yang digunakan atas apa sahaja tujuan daripada MB Inc?
Pada 24 November 2017, giliran Exco Kerajaan Negeri menjawab dan sudah tentulah Datuk Zahir akan membawa isu MB Inc dengan panjang lebar ulasannya tetapi akhirnya tiada pula isu anugerah BrandLaureate ini dijawab seolah-olah ingin ‘menutup’ isu ini.
Penggulungan bersambung pada 27 November 2017 dengan Datuk Saarani Mohamad, Exco Kerajaan Negeri yang juga Adun Kota Tampan akhirnya menyentuh isu ini dan hanya berkata diakhir ucapannya “biarlah SPRM siasat”.
Menjadi satu sejarah sidang Dun apabila terdapat dua orang Exco Kerajaan Negeri terpaksa menjawab satu entiti yang dipengerusikan oleh Menteri Besar manakala Menteri Besar langsung tidak menjawab sebarang tuduhan atau fitnah yang dikatakannya sendiri tetapi mengambil sikap mendiamkan diri sahaja.
Isu ini mudah difahami kerana yang telah diberikan anugerah tersebut adalah Datuk Seri Zambry selaku Menteri Besar dan juga Pengerusi MB Inc., manakala MB Inc pula adalah pihak yang dikatakan membuat bayaran tersebut kepada BrandLaureate.
MB Inc adalah agensi anak syarikat berkaitan Kerajaan Negeri Perak, sudah tentu aliran kewangannya adalah dana awam atau wang rakyat dan cara perbelanjaannya mestilah telus untuk tujuan rakyat Perak khususnya dan sudah tentu ianya mesti diteliti oleh Dun sendiri.
Semua ini tidak berlaku jika sejak dari awalnya Datuk Seri Zambry dan MB Inc menafikannya dan mengambil tindakan Undang-undang terhadap pihak yang membuat pendedahan dan menjawab tuduhan kepada mereka.
Sedangkan hak itu berada di pihak mereka tetapi pelik ianya diserahkan kepada BrandLaureate sahaja, kenapakah Datuk Seri Zambry dan MB Inc tidak menjelaskan isu sebenar seperti ingin menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan umum.
Oleh kerana BrandLaureate yang akan ‘dikambing hitamkan’, bersediakah juga Datuk Seri Zambry dan MB inc untuk naik ke Mahkamah jika BrandLaureate bertindak mengambil tindakan Undang-undang terhadap  Asmuni nanti?
Adakah lebih banyak perkara yang akan terbongkar nanti? Sama-sama kita nantikan episod seterusnya.
#Penulis adalah Setiausaha AMANAH Negeri Perak
Malaysia Dateline
Read More

[Video Selepas Razman kalah saman fitnah, PAS TERUS MENABUR FITNAH MELALUI TVPAS?] ‘Kubu Umno mulai pecah’ di Tebrau

Khamis, 30 November 2017

‘Kubu Umno mulai pecah’ di Tebrau

‘Kubu Umno mulai pecah’ di Tebrau


Selain Felda, kubu Umno dan Barisan Nasional (BN) adalah di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) yang selama ini menjadi kubu Umno-BN telah mulai pecah di Negeri Johor.

Menurut Pengerusi Pusat Peduli Rakyat N41, Puteri Wangsa Suhaizan Kaiat berkata, dalam program Jelajah Keadilan Peduli Rakyat yang diadakan di PPR Desa Mutiara, Tebrau menampilkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamad Azmin Ali selaku undangan khas mendapat sambutan yang luar biasa.

Menurut Suhaizan yang merupakan Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Johor itu lagi, kehadiran luar jangka itu telah membuatkan Umno bersama sekutunya menjadi resah.
Datuk Seri Mohamad Azmin Ali ( kanan) mengatakan sesuatu berkenaan dengan gerak kerja mendekati masyarakat kepada pimpinan AMANAH.
“Kehadiran cukup memberangsangkan di mana selama ini kita ketahui PPR adalah tempat yang menjadi kubu Umno sudah mulai pecah mengikut gambaran hadirin yang hadir.
“Selain itu, tindakan yang dikenakan ke atas penganjur program Jelajah Keadilan Peduli Rakyat memuncak sehingga kehadiran Menteri Besar Selangor dihalang dari memasuki kawasan PPR Desa Mutiara oleh pihak Umno Cawangan di situ.
“Ia menandakan ketakutan mulai menjelma dalam Umno sehingga tindakan yang tidak bertamadun sebegitu diambil ke atas program yang meraikan masyarakat setempat di kawasan PPR Desa Mutiara, Tebrau” ujar Suhaizan Kaiat.
Dalam pada masa yang sama, Suhaizan menyatakan rasa kesal dengan tindakan menghalang program jelajah tersebut kerana para hadirin yang hadir terpaksa berjalan kaki kira-kira sejauh satu kilometer untuk menghadirkan diri ke tapak program berkenaan.
“Tindakan Umno itu dilihat seperti tidak berperi kemanusiaan apabila mereka sanggup membiarkan penduduk di PPR yang mahu menghadirkan diri ke ceramah itu terpaksa berjalan kaki keluar dari kawasan PPR Desa Mutiara sejauh kira-kira satu kilometer dari kediaman mereka.
“Ternyata ketakutan yang memuncak ini mulai dirasai oleh pihak Umno bukan setakat halangan menjalankan program di kawasan PPR itu sahaja malah bendera parti Pakatan Harapan terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut diturunkan dan dirampas.
Program itu turut dihadiri oleh Presiden ANAK Peneroka, Mazlan Aliman dan pimpinan-pimpinan dari parti-parti dalam Pakatan Harapan.
Orang ramai yang hadir dan kebanyakkannya adalah penduduk PPR Bukit Mutiara.
Read More

Wednesday, 29 November 2017

[Video Suarez suka gigit orang, mengapa lantik jadi duta? Ini jawab Nazri] Kocak awal tsunami Melayu.

Khamis, 30 November 2017



Related image

Kocak awal tsunami Melayu
Landskap politik orang Melayu yang selama ini dibayangi Umno dan Barisan Nasional berubah apabila dua pemimpin paling berpengaruh orang Melayu, Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin tersingkir dari Umno. Soalnya, adakah tsunami Melayu benar-benar akan berlaku pada PRU14 nanti? – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 November, 2017.

Kocak awal tsunami Melayu

PERUBAHAN ketara pada landskap politik Malaysia sejak dua tahun lalu dan langkah Dr Mahathir Mohamad menentang Umno membayangkan “tsunami Melayu” yang akan menumbangkan kerajaan pemerintah Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang, kata penganalisis.
Istilah tsunami Melayu itu diperkenalkan pada 2015 oleh wakil rakyat DAP, Liew Chin Tong. Ia merujuk kepada kebangkitan pengundi Melayu menentang Umno dan BN, keadaan yang menurut penganalisis politik tidak lagi mustahil berlaku apabila bekas perdana menteri itu berkerat rotan dengan Umno.
Pengarah Eksekutif Institut Pulau Pinang, Ooi Kee Beng berkata kerjasama Dr Mahathir dengan pakatan pembangkang tahun ini ini menyiapkan landasan untuk lonjakan peralihan undi Melayu.
"Penyertaan Dr Mahathir dalam pakatan pembangkang akan mencetuskan 'tsunami kecil Dr Mahathir'. Beliau menubuhkan sebuah parti baru dengan nama pribumi, ini satu faktor yang penting," kata Ooi kepada The Malaysian Insight.
Dr Mahathir pada September tahun lalu menubuhkan parti Melayu baru dengan nama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersama bekas Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin. Bersatu bergabung dengan Pakatan Harapan dan Dr Mahathir jadi pengerusi pakatan itu.
“PKR juga sebuah parti majoriti Melayu tetapi ia lebih mewakili generasi baru kelas menengah di bandar. Tidak banyak orang Melayu tetapi mereka tidak boleh elak daripada menyentuh isu-isu kaum. Itu kekurangan Pakatan Rakyat," katanya.
"Tetapi Dr Mahathir memilih jalan yang tidak jauh berbeza daripada Umno. Ini menarik minat orang Melayu yang berminat dengan gagasan reformasi Anwar Ibrahim tetapi tidak dapat keluar daripada maruah dan sentimen kaum.
"Bersatu memberi mereka peluang untuk terlibat dalam reformasi Melayu yang tidak radikal seperti Reformasi itu sendiri. Dr Mahathir sangat bijak."
Liew, yang mengatakan tsunami Melayu akan berlaku, berkata tahun 2015 adalah tanda aras penting dalam politik Malaysia.
Pada tahun itulah pecah berita skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), mengaitkan Perdana Menteri Najib Razak dan beberapa orang lain dengan dakwaan penyelewengan berbilion dolar dana syarikat pelaburan negara itu.
Pada Oktober tahun itu jugalah badan bebas Merdeka Center mengeluarkan laporan yang menunjukkan sokongan orang Melayu kepada Najib jatuh kepada 31%, angka paling rendah dalam sejarah.
Liew percaya ketika reputasi Najib merudum teruk, masyarakat Melayu hilang seorang pemimpin yang mereka hormati dan sanjung tinggi sehingga ada lompang dalam kepimpinan.
"Hari ini kita tidak tahu apakah tsunami akan berlaku tetapi semua tanda-tanda menjurus ke arah itu.' 
Pada tahun yang sama juga, PAS dan Umno bergoncang hebat. Pemimpin progresif dalam PAS menyeret keluar ribuan ahlinya meninggalkan parti Islam itu dan membentuk sebuah parti baru, Amanah.
Kemudian berlaku rombakan kabinet yang mengejutkan: Muhyiddin tersingkir.
Politik orang Melayu kini terpecah kepada lima parti termasuklah Umno dan Bersatu yang mempunyai ideologi Melayu yang lebih kurang sama. Hanya masa akan menentukan orang Melayu akan berpaling arah daripada Umno atau terus kekal setia dengannya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 November, 2017.
Politik orang Melayu kini terpecah kepada lima parti termasuklah Umno dan Bersatu yang mempunyai ideologi Melayu yang lebih kurang sama. Hanya masa akan menentukan orang Melayu akan berpaling arah daripada Umno atau terus kekal setia dengannya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 November, 2017.
Menurut Liew, belum pernah berlaku dalam sejarah negara ini, dua parti terbesar orang Melayu berdepan dengan krisis sebesar itu.
Dari segi ekonomi pula, pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), ringgit yang melemah dan inflasi, mencipta gelombang kemarahan orang Melayu kepada parti pemerintah.
"Siapa berani kata tidak ada rasa marah dalam masyarakat Melayu? Cuba saja naik Grab atau Uber, kita boleh rasa. Orang Melayu sekarang sama seperti orang Cina semasa sebelum 308, resah, gelisah, tidak puas hati... (tetapi) diam-diam."
Liew merujuk pada pilihan raya Mac 2008, apabila pembangkang menafikan penguasaan dua pertiga BN di Parlimen dan menang pula lima negeri.
"Kita mengaku pada akhirnya orang mungkin berkendur dan tsunami Melayu tidak berlaku. Tetapi siapa berani kata tsunami Melayu tidak boleh berlaku?"
Di sebalik keyakinan yang dicanangkan, pemimpin BN pun sebenarnya memberikan perhatian kepada gerakan Dr Mahathir masuk ke kubu Melayu, kata bekas pemimpin MCA, Dr Chua Soi Lek.
Katanya, tsunami Melayu kemungkinan besar boleh berlaku di Kedah kerana "faktor Dr Mahathir".
"Beliau 22 tahun jadi perdana menteri. Itu tempoh yang sangat lama.
"Samalah seperti saya 28 tahun jadi ketua bahagian Batu Pahat. Saya masih berpengaruh sampai sekarang. Kita kena faham, orang ada ikatan emosi.
"Dr Mahathir ada sumbangannya kepada masyarakat Melayu, itu tidak boleh dinafikan. Semasa beliau jadi perdana menteri, mereka yang paling banyak mendapat manfaatnya ialah rakyat Kedah," katanya kepada The Malaysian Insight.
Batasan kebangkitan
Bagaimanapun, Dr Chua berkata beliau percaya kebangkitan orang Melayu terhadap Umno tidak akan menyeluruh di serata negara.
"Jangan kita lupa, apa pun kecenderungannya, tidak boleh kita nafikan bahawa tidak ada parti yang menjaga orang Melayu seperti Umno."Jangan tidak tahu, perlindungan Umno yang berlebih-lebihan ke atas orang Melayu itulah yang menyebabkan orang Cina tidak gembira dengan kerajaan," kata Dr Chua.
Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisommudin Bakar dan penganalisis politik, Lim Hong Siang, yang berpengalaman memerhatikan denyut nadi politik orang Melayu, berkongsi pandangan yang agak berhati-hati dan konservatif tentang kemungkinan berlakunya tsunami Melayu.
Terpecahnya politik Melayu kini menyebabkan orang Melayu lebih bimbang dan berhati-hati bimbangkan kuasa dan pengaruh mereka selama ini diambil alih oleh kaum lain, kata penganalisis politik Lim Hong Siang. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 November, 2017.
Terpecahnya politik Melayu kini menyebabkan orang Melayu lebih bimbang dan berhati-hati bimbangkan kuasa dan pengaruh mereka selama ini diambil alih oleh kaum lain, kata penganalisis politik Lim Hong Siang. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 November, 2017.
Hisommudin berkata teori tsunami Melayu ini digunakan untuk mengajak orang Melayu menentang Umno. Hakikatnya, budaya politik Melayu itu ialah menyokong parti dan ikon yang sudah dikenali.
"Pertimbangan dalam konteks politik sebenarnya sangat kompleks. Seseorang itu mungkin benci pemimpin yang korup dan sistem yang gagal tetapi dia juga akan menimbangkan perkara lain juga, misalnya kakitangan awam bimbang tentang kerja mereka sekiranya kerajaan ini tumbang," kata Hisommudin.
"Tambahan pula, Umno mengugut orang Melayu dengan mengatakan dalam keadaan Melayu berpecah, orang bukan Melayu jadi berkuasa dan menentukan masa depan negara."
Menurut Lim, dengan terpecahnya politik Melayu kepada lima buah parti — Umno, PAS, PKR, Amanah, dan Bersatu — orang Melayu kini lebih bimbang berbanding dulu.
"Kuasa parti pemerintah mungkin merosot tetapi mengambil kira kerisauan dan kebimbangan masa depan, undi mereka (Melayu) mungkin tidak begitu jelas. 
"Kenapa pembangkang pernah berjaya di Terengganu? Kerana walaupun kuasa politik bertukar tangan, ia masih dalam tangan orang Melayu.
"Tetapi untuk kerajaan persekutuan dan negeri-negeri lain, mereka bimbang sesuatu perubahan akan membuka jalan untuk orang Cina berkuasa, dan akan merugikan orang Melayu," kata Lim.
Ketika pembangkang terus berharap pengaruh Dr Mahathir dan rasa tidak puas hati golongan berpendapatan rendah Melayu akan mengatasi ketakutan untuk mengubah sokongan politik, penganalisis bagaimanapun sepakat tsunami Melayu saja tidak memadai untuk menjatuhkan kerajaan yang memerintah.
Sebaliknya, tsunami nasionallah yang mesti diharapkan dan jadi matlamat pembangkang. – 30 November, 2017.
The Malaysian Insight.

Read More

[Video Gara-gara pantun 'Anak Cina', DUN Johor kecoh & YB Ng Sue Lim ngomong Jowo] Pantun ‘Anak Cina’ panaskan Adun DAP Johor & Bajet Johor 2018 janji lapok.

Khamis, 30 November 2017


Related image

Pantun ‘Anak Cina’ panaskan Adun DAP Johor

Pantun ‘Anak Cina’ panaskan Adun DAP Johor
Pantun itu mengundang kemarahan kebanyakan Adun DAP yang menuduh pantun itu berbaur perkauman. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 29 November, 2017.

SIDANG Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kecoh apabila rangkap pantun "Anak Cina memasang lukah" yang dibacakan Adun Barisan Nasional (BN) itu dituduh menimbulkan sentimen perkauman tebal oleh wakil rakyat DAP.
Ketika membahaskan Bajet Johor 2018, Ali Mazat Salleh (BN-Bukit Permai) mengungkapkan beberapa rangkap pantun yang antaranya menyebut "Anak Cina memasang lukah, lukah dipasang di Sungai Senai, mulut busuk bila bermadah, tuduhan jahat buruk perangai.”
Berikutan itu, beberapa Adun DAP bangkit membantah mendesak Speaker Dewan Negeri Johor Tan Sri Mohamad Aziz mengarahkan Ali Mazat keluar dari dewan.
Yeo Tung Siong (DAP-Pekan Nanas) menggesa Mohamad Aziz menghalau Ali keluar kerana pantunnya itu berbaur perkauman.
“Teruk betul Bukit Permai, tolong halau keluar daripada Dewan, cakap macam perkauman,” kata Yeo.
Selain Yeo, Tan Hong Ping (DAP-Mengkibol) dan Gan Peck Cheng (DAP-Penggaram) juga turut melahirkan ketidakpuasan hati.
Ali berkata, beliau berhak mengungkapkan pantun tersebut mengikut kehendaknya namun Mohamad menasihatkan Ali untuk berhenti melantunkan pantun itu dan meneruskan ucapannya.
Menyambung ucapannya itu, Ali menukar rangkap pantunnya dari “Anak Cina” kepada “Anak Ali.” 
Tindakannya itu ternyata disenangi Adun DAP.
Pantun klasik itu pernah dinyanyikan dalam filem Gurindam Jiwa (1965) keluaran Jalan Ampas oleh pelakon terkenal Nordin Ahmad dan Latifah Omar.
Petikan lirik yang digubah dalam filem itu mengisahkan mengenai rindu antara sepasang kekasih. Dalam filem popular itu, pantun itu digubah seperti berikut:
"Anak Cina pasang lukah,
Lukah dipasang di Tanjung Jati,
Di dalam hati tidak ku lupa,
Sebagai rambut bersimpul mati."
Ketika ditemui wartawan diluar dewan, Ali berkata dia hanya mengungkapkan rangkap pantun klasik dan tidak berniat untuk menyinggung perasaan masyarakat Cina.
“Pantun ini pantun lama dan budak-budak sekolah dahulu pun pernah dengar. 
“Jadi, ini perkauman ke? Saya harap anggota dewan lebih rasional dan bagi orang-orang yang tinggal di Malaysia, ketahuilah budaya kita sesama sendiri.
"Kita semua kena memahami budaya dan adat masyarakat lain supaya tidak timbul salah faham," katanya lagi. – 29 November, 2017.
The Malaysian Insight

Bajet Johor 2018 janji lapok

BAJET Johor 2018 yang dikemukakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) Johor hanyalah janji lapok pilihan raya yang sudah diulang banyak kali sebelum pilihan raya umum lepas lagi, kata wakil rakyat DAP.
Liow Cai Tung (DAP-Johor Jaya) berkata, antara intipati Bajet Johor 2018 termasuklah pembinaan Hospital Pasir Gudang dan projek naik taraf Lebuhraya Pasir Gudang, yang didakwanya telah lama dijanjikan kepada rakyat.
Menurutnya, Menteri Besar Johor Mohamed Khaled Nordin sendiri telah mencadangkan pembinaan hospital tersebut sejak 2011.
Liow berkata pengganti Khaled, Normala Abdul Samad (BN-Pasir Gudang) juga pernah mengumumkan bahawa kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM100 juta untuk Fasa 1 pembinaan Hospital Pasir Gudang pada November 2013.
Menurut Liow, Normala juga pernah mengumumkan buat kali kedua bahawa pembinaan hospital itu telah diluluskan dan projek pembinaan akan bermula pada 2016 dan dijangka akan mengambil masa tiga tahun untuk siap.
Pembinaan hospital itu juga pernah diumumkan oleh Perdana Menteri Najib Razak dalam Bajet 2016.
"Dan sekali lagi menteri besar mengumumkan isu pembinaan Hospital Pasir Gudang dalam Bajet (Johor) 2018," katanya sambil menambah status tanah projek tersebut juga masih belum ditukar.
Liow berkata demikian ketika perbahasan Bajet Johor 2018 di Dewan Undangan Negeri Johor di Kota Iskandar, hari ini.
"Pembinaan hospital adalah keperluan rakyat, demi rakyat dan untuk rakyat. Jangan jadikan (pembinaan hospital) demi Barisan Nasional (BN) dan untuk BN," katanya lagi.
Liow turut membangkitkan isu projek penaiktarafan Lebuhraya Pasir Gudang yang sudah bermula sejak 2012, namun hanya Fasa 1 sahaja yang sempat siap.
Fasa 1 projek itu sepanjang 7.7 kilometer yang menelan kos RM164 juta.
Projek penaiktarafan itu akan menambahkan jumlah lorong Lebuhraya Pasir Gudang kepada enam lorong.
"Projek Fasa 2A yang bermula dari Mac 2016 dijangka siap pada September 2018. Sudah tentu Fasa 1 dan Fasa 2A yang sepanjang 16KM mengambil masa enam tahun.
"Bagaimana pula bagi Fasa 2B (sepanjang 4KM dari persimpangan Bandar Seri Alam/Taman Rinting ke Persimpangan Pasir Gudang) dan Fasa 3 (sepanjang 7KM dari persimpangan Perling ke Perimpangan Kangkar Tebrau)? Bila nak mula kerja dan bila nak siap?"
Liow menegaskan bahawa Lebuhraya Pasir Gudang sangat penting buat Johor Baru memandangkan kesesakan lalu lintas sekarang ini.
"Pemandu menghadapi kesesakan lalu lintas setiap hari. Pihak kerajaan perlulah menunjukkan iltizam politik untuk melaksanakan projek ini dan siap dalam masa yang singkat. Bukannya ambil masa 10 tahun pun tidak dapat siapkan (projek) 26.7KM ini,” katanya. – 28 November, 2017.
The Malaysian Insight


Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena