Sunday, 31 December 2017

[Video Warisan Sabah: PERUTUSAN TAHUN BARU 2018] Mengapa 'Menjelang Tahun Baru' Najib Kian TERTEKAN, JIWA KACAU, & BERCELARU yang amat luar biasa? Kenapa pula hanya sekarang Hadi jadi begitu?

Isnin, 1 Januari 2018

NAJIB TERBUKTI KIAN TERTEKAN DAN JIWA KACAU, KALAU RCI FOREX DITUBUHKAN KERANA KIT SIANG, KENAPA TAK WUJUDKAN RCI 1MDB?

Najib Razak ternyata semakin tertekan, mengalami jiwa kacau tahap kronik dan kian tidak sesuai lagi untuk terus menjadi Perdana Menteri buat rakyat Malaysia.

Gugatan Tun Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan menjelang PRU 14 akan datang nampaknya memberi kesan yang amat mendalam terhadapnya.

Jika sebelum ini, Najib dilihat sukar mengelak daripada bayangan Tun Mahathir dengan selalu menyebut atau menyindirnya melalui pelbagai sebutan seperti pemimpin lama, pemimpin berusia, orang yang sudah berusia 93 tahun dan sebagainya dalam pelbagai majlis rasmi kerajaan yang dihadirinya, kali ini serangan kepada bekas Perdana Menteri dan pihak pembangkang dilakukan dalam perutusannya sempena ketibaan Tahun Baru 2018.
Tindakan mencampur-adukkan politik, menghentam atau memuji pemimpin lain dalam perutusan tahun baru adalah sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini.
Biasanya, perutusan tahun baru hanya memfokus kepada soal negara dan rakyat dengan antaranya mengajak mereka terus berbuat sesuatu yang baik kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan juga negara.

Menjadikan perutusan tahun baru seperti ucapan ceramah politik barangkali hanya tidak asing jika ia dilakukan oleh Jamal Md Yunos atau pemimpin kelas rendah lain yang setaraf dengannya.

Dengan Najib sendiri turut berbuat demikian menunjukkan beliau telah merendah-rendahkan kedudukan dirinya, selain memperlihatkannya berada pada tahap tertekan dan jiwa kacau yang teruk dan tidak sesuai lagi tinggal di Seri Perdana.
Dalam perutusannya kali ini, Najib bukan saja menghentam pembangkang, khususnya Tun Mahathir yang disifatkannya cuba menggulingkan kerajaan demi cita-cita peribadi, malah menjelaskan keputusan kerajaan mewujudkan RCI forex adalah sebagai menyahut desakan yang pernah dibuat oleh Lim Kit Siang.

Tidakkah hujah Najib itu tidak masuk akal?

Apa lagi cita-cita peribadi yang mahu dicapai oleh Tun Mahathir yang sudah berusia 93 tahun dan pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun?
Selain itu, jika benar RCI forex ditubuhkan kerana menyahut desakan Kit Siang yang pernah bersuara puluhan tahun dulu mengenainya, kenapa Najib tidak berani menubuhkan RCI berkaitan 1MDB dan dana RM2,600 yang ada dalam akaun bank peribadinya sedangkan perkara tersebut sedang didesak sekarang ini oleh tokoh DAP itu?

Tidakkah alasan dan hujah Najib itu menunjukkan beliau sebenarnya berada pada tahap tertekan dan celaru yang amat luar biasa?
Seorang pemimpin yang stabil pasti tidak akan menggunakan desakan Kit Siang itu sebagai hujah berkaitan RCi forex kerana ia bukan saja mudah difahami sebagai penipuan di siang hari, malah akan membuatkan sesiapa pun mengaitkannya dengan RCI tentang 1MDB dan berbilion wang dalam akaun peribadinya sendiri.

Dalam masa yang sama, Najib juga memuji Hadi sebagai pembangkang yang didakwanya bersikap baik dalam perutusan tahun barunya kali ini.

Hadi sebenarnya bukanlah pembangkang yang baik, tapi sekarang sudah bertukar menjadi rakan kongsi kepada Najib.
Sebab itu, beliau selalu sambil lewa dalam tugasnya sebagai Ahli Parlimen seperti kerap ponteng dan jarang mengambil bahagian dalam perbahasan isu-isu penting yang melibatkan rakyat.

Kenapa hanya sekarang Hadi jadi begitu?

Adakah dulu beliau merupakan pembangkang yang baik?

Siapakah yang merosakkan perpaduan dan keharmonian masyarakat dengan melabelkan orang Islam lain sebagai kafir, taghut serta meletakkan label-label keras kepada pihak lain dalam ceramah-ceramahnya  kalau bukan Hadi dan Pas?

Berubahnya Hadi dan tiba-tiba dipuji Najib sebagai pembangkang yang baik, barangkali hanya mereka berdua dan Tuhan saja yang mengetahui sebab-sebabnya.
Meskipun demikian, yang nyata di depan mata kita, perlakuan Najib menjelang ketibaan ambang tahun 2018 ini menunjukkan kita tidak perlu berfikir panjang lagi untuk menyingkirkan beliau bila tiba masanya nanti. 

Kita amat memerlukan Perdana Menteri yang stabil, tenang dan tidak mengalami jiwa kacau, selain berwibawa, dipandang tinggi serta dihormati dalam dan luar negara, meskipun mungkin lebih berusia. (ShahbudinHusin 31/12/2017).


Read More

[Video Alang2 TEMBAK! Atuk (Tok Wan) ni ada fakta sejarah Pas ngan Umno] Dunia tanpa kebencian 2018.

Isnin, 1 Januari 2018

Dunia tanpa kebencian 2018

Dunia tanpa kebencian 2018

Dunia mengenali perkataan AMAN, DAMAI atau PEACE dalam berbagai bahasa. Peperangan diisytiharkan atas nama mahu membawa keamanan dan dalam proses itu meninggalkan berjuta mayat bergelimpangan dan negara yang hancur musnah. Allah berfirman:
“Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya Kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan.” (QS. Al-Baqarah 2: Ayat 11)
Apakah dunia akan aman tanpa peperangan ataukah dunia akan jadi aman melalui peperangan? Bukankah sepanjang sejarah tamadun manusia peperangan menjadi sebab kepada wujudnya kedamaian? Tidak ada dalam sesuatu masa pada sesuatu ketika dunia tidak aman daripada peperangan melainkan peperangan akan berlaku.
Pertembungan Rom lwn Farsi, Farsi lwn Mesir, Rom lwn Islam, Islam lwn Farsi, Salib lwn Islam, peperangan Eropah atas nama agama Kristian dan peperangan Eropah atas nama agama Kristian dan peperangan dunia I dan II. Post perang dunia di Vietnam, Korea Utara, Perang Telok I dan II, Arab lwn Israel dan kini Syria, Yemen berterusan tanpa henti.
Apakah Aman atau Damai satu utopia? Saya tidak pasti apakah perkataan ‘utopia’ itu terlalu berlebihan pilihan perkatannya kerana ia mirip kepada satu khayalan dan dengan itu, jika terima kenyataan ini, ia bermakna kita tidak percaya bahawa Damai itu sesuatu yang boleh dicapai. Saya mengatakan tidak sedemikian, Damai mampu tercapai, persoalannya ialah untuk siapa dan kepada siapa ia boleh terlaksana?
Kita hanya perlu mencari sebab mengapa peperangan berlaku apa faktor dan cetusannya? Sepanjang sejarah tamadun manusia para penganalisis meletakkan faktor sumber adalah merupakan sebab peperangan berlaku. Dalam sebuah buku ‘A World Without Islam’ pengarangnya Graham E Fuller menyatakan, tanpa peperangan Islam dengan kuasa Rom Farsi dan Kristian Eropah, konfik antara kuasa besar kerana berebut sumber akan tetap berlaku.
Kenyataan ini seolah-olah menyatakan bahawa agama atau perjuangan taksub kaum bukanlah penyebab kepada peperangan tetapi ia lebih kepada perebutan sumber bagi mengekalkan bekalan untuk empayar masing-masing yang semakin membesar termasuk mengutip termasuk mengutip cukai untuk mengisi kantung empayar.
Asas pemikiran Graham seolah-olah ingin membuktikan bahawa peperangan atas tujuan agama tiada kaitan dengan konflik dunia, peperangan adalah tentang perebutan sumber. Sekurang-kurangnya teori Graham tentang konflik dunia melegakan kita semua bahawa agama atau ketaksuban ras bukanlah pencetus konflik. Ini bermakna peluang kedamaian masih cerah jika masalah sumber dunia dapat diatasi dengan bijaksana.
Kalau kita menerima perebutan sumber adalah punca utama, mengapa kalau begitu agama menjadi simbol dan retorik peperangan, mengapa supremasi kaum menjadi dendangan dan paluan perang? Bukankah Perang Salib meletakkan simbol agama sebagai dorongan? Bukankah Hitler mendoktrinkan untuk kegemilangan bangsa Aryan sebagai paluan perangnya?
Saya boleh bersetuju dengan Graham bahawa tujuan konflik adalah isu sumber dan untuk mobilisasi rakyat ke arah isu agama dan kaum digunakan. Dengan kata lain agama dan ketaksuban kaum bukanlah dipercayai sebagai objektif tetapi hanyalah dieksploitasi untuk tujuan lebih besar iaitu mengekalkan kuasa yang ada.
Oleh kerana agama dan sentimen kaum itu lebih dekat di hati orang awam dan lebih mudah ‘disamarkan’ menjadi objektif utama, maka jadilah agama dan kaum itu sebagai ‘sebab’ untuk melancarkan peperangan. Walhal ia sebenarnya hanyalah topeng!
Saya tetap menamakan agama dan kaum sebagai sebab konflik dan permusuhan kerana tabiat intrinsik agama adalah untuk mencapai kedamaian dan hidup secara rukun antara berbagai agama yang wujud. Saya tidak fikir ada agama yang secara intrinsiknya mendedahkan dirinya menjadi punca kemusnahan dan kerosakan atau fasad.
Tujuan besar agama atau Maqasid Ad Din adalah Membaiki Kerosakan, Memastikan Keadilan Tertegak dan Memuliakan Manusia. Jika kita berpendapat ‘agama’ menyuruh kita berperang maka hakikat agama itu sendiri telah hilang identitinya dan apabila identiti agama hilang, ia tidak layak dipanggil agama lagi. Mereka yang berkata ‘perang kerana agama’ sebenarnya berkata ‘perang kerana hawa nafsu!’ Itulah wajah sebenar mereka.
Satu lagi sebab mengapa pihak tertentu khususnya yang berkuasa dan idamkan kuasa ‘tergoda’ menggunakan agama dan kaum ialah adanya faktor azali iaitu ‘supply dan demand’. Sepanjang sejarah, ada kelompok ‘penunggang agama dan kaum’ yang menawarkan ‘khidmat’ mereka. Mereka sebenarnya tidak mewaikili ‘agama’ atau ‘kaum’ tetapi hanyalah ‘pedagang agama’ menjaja atas nama Jesus atau Muhammad atau Buddha atau Shiva.
Mereka sebenarnya memperdagangkan ‘agama’ untuk tujuan dunia tetapi oleh kerana ia diramuankan dengan wajah agama dan simbolnya maka orang ramai terpukau. Suasana ini digambarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W sebagai suasana ‘Fitnah’ bahawa seseorang itu tidak dapat bezakan antara suruhan agama dan larangannya sehingga Nabi menyebut:
“…Siang menjadi mukmin, malam menjadi kafir, adakalanya Malam menjadi mukmin dan siang menjadi kafir..” malah Nabi menyebut sebabnya amat jelas: “Seseorang menjual agamanya dengan (harga tertentu) dengan tujuan mendapat habuan dunia yang sedikit” (Hadith riwayat Muslim)
Hadis di atas sering dikaitkan dengan berbagai fitnah yang dimaksudkan dengan makna ‘ujian’ di akhir zaman kerana nipisnya iman. Ia betul, tetapi hasrat utama Hadis ini pada penghujungnya adalah untuk memberi peringatan golongan yang disebut khusus iaitu dia menjual agamanya untuk tujuan dunia yang sedikit.
Orang awam yang nipis imannya dengan berbagai maksiat sukar menjustifikasi dengan alasan agama tetapi golongan agamawan, pendita, padri mahupun ulamak, mereka ada kemampuan berhujahkan alasan agama. Mereka lebih layak dalam hadis ini dikaitkan dengan ‘menjual agama’ bukan untuk maksiat zina atau minum arak tetapi menggunakan agama sebagai bahan jualan.
Selagi kelompok ini ada di pasaran para penguasa mendapati bekalan yang cukup untuk menyemarakkan semangat bagi mencapai hasrat merebut sumber. Maka berlakukah ‘peperangan atas nama agama’.
Ada juga usaha untuk menggunakan nama agama dengan ‘mensongsangkan’ agama daripada makna penghayatan kedamaian kepada permusuhan. Caranya ialah dengan mendoktrinkan pengasingan dan isolasi tanpa disedari seperti ‘teori konspirasi’, mengkategorikan kerakyatan kepada harbi dan zimmi serta sentiasa prejudis sesama warganegara. Tanpa disedari ‘pedagang agama’ menimbulkan sikap pengasingan diri sedikit demi sedikit ke atas pengikutnya dalam realiti masyarakat majmuk.
Ini semua dilakukan atas nama Islam merujuk kepada ‘hukum-hukum fiqh’ yang tidak kontekstual tetapi sekadar tekstual. Dari penghayatan agama yang sekadar tekstual. Dari penghayatan agama yang sepatutnya menghasilkan peribadi inklusif, hormat sesama insan, ‘hidup beragama’ menjadi eksklusif, isolasi dan hubungan kebencian.
Jika agama dan kaum hanyalah eksploitasi untuk tujuan merebut sumber, kita hanya perlu menyelesaikan dua perkara demi mencapai kedamaian. Pertama menguruskan perebutan sumber dan mengembalikan erti keberagamaan sebenar.
Mengurus sumber dunia mesti dimulakan dengan set minda yang jelas, iaitu dunia harus berpindah daripada penggunaan sumber yang semakin kehabisan kepada sumber yang lebih lestari atau sustainable. Sumber tenaga guna semula mampu mengelakkan kebergantungan sumber tenaga fosil yang dijangka akan sampai tahap kekurangan kalaupun tidak kehabisan total dalam 2030. Usaha pembangunan dalam kerangka pemikiran lestari atau Sustainable Developement Growth (SDG) mengurangkan stress faktor sumber yang semakin kehabisan lantaran mampu mengelakkan peperangan perebutan sumber.
Bagi menangani isu agama, kita perlu kembali kepada makna beragama yang sebenar yang sarat dengan erti kedamaian, kemanusiaan dan membela keadilan tanpa mengenal batas kaum dan agama. Tiada siapa yang eksklusif dalam soal dosa pahala, keilmuan adalah eksklusif dalam soal dosa pahala, keilmuan adalah kelebihan untuk menyampaikan kepada orang ramai dengan hikmah dan menyebarkan erti kemanusiaan dan rahmat Islam. Keilmuan bukan alasan untuk menghukum atau mengkufurkan sesiapa sesuka hati. Kaedah daripada kalangan agamawan sebegini menyumbang kepada agama diradikalisasikan dan punca kepada perpecahan dalam masyarakat.
Jambatan kedamaian ialah dengan berdialog dan menghentikan cacian antara agama dan kaum. Kita tidak boleh membiarkan cacian dan makian antara kaum dan agama menjadi norma budaya kita malah perlu dianggap perbuatan tidak bertamadun ini sebagai satu jenayah.
Islam sarat dengan mesej hidup rukun dan damai antara agama. Malah perkataan Islam adalah dari makna salam iaitu damai. Mesej Islam yang harmonis diucapkan dalam ucapan salam. Allah menuntut hambanya dengan membalas ucapan baik dengan sesuatu yang lebih baik atau seumpamanya.
Peribadi muslim sejati ialah peribadi yang suka buat baik dan melarang membuat kerosakan. Begitu juga Allah melarang membunuh satu nyawa manusia sesuka hati kerana perbuatan tersebut adalah seumpama kita membunuh seluruh nyawa manusia di bumi. Memelihara satu nyawa melalui kedamaian di bumi. Memelihara satu nyawa melalui kedamaian adalah seumpama kita menghidupkan nyawa manusia keseluruhannya.
Penghayatan di atas adalah perjuangan besar untuk memacakkan panji kedamaian. Dalam dunia yang penuh konflik dan berdarah mesej 2018 ini adalah besar makna dan nilainya. Dunia akan lebih aman tanpa perebutan sumber yang semakin kehabisan dan menuju kepada bingkai fikir Pembangunan Lestari.
Kepada penunggang agama dan kaum, mesej ini adalah amaran agar jangan bermain dengan api kelak ia akan membakar diri sendiri. Pilihlah kedamaian pasti tiada yang dianiyai, SELAMAT TAHUN BARU 2018.
“HARAPAN UNTUK SEMUA”
MD.

Read More

[Video Perutusan Selamat Tahun Baru 2018 & Isu Semasa bersama PRESIDEN PARTI AMANAH NEGARA] Selamat Tahun Baru 2018...Ayuh, LAKUKAN PERUBAHAN!

Ahad, 31 Disember 2017

Hari terakhir 2017, Bang Mat masih datang ke pejabatnya.

Foto Parti Amanah Negara.
Azam tahun baru 2018 saya adalah untuk melihat kerajaan Malaysia bertukar daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Harapan dan pemimpin kleptokrat ditamatkan.
MOHAMAD SABU
Presiden
Parti Amanah Negara
Foto Parti Amanah Negara.
Foto Parti Amanah Negara.
Foto Parti Amanah Negara.
Foto Parti Amanah Negara.
Foto Parti Amanah Negara.
Foto Parti Amanah Negara.
Foto Parti Amanah Negara.
Read More

[Video Kenapa Wajib Tolak Pas & Pendedahan Beberapa Siri Penyelewengan UmnoBN] Kini masanya, tepat jam 11 malam ini & GST ibarat KECELAKAAN di kala rakyat menanggung keperitan meneruskan hidup sehari-hari.

Ahad, 31 Disember 2017


Kini masanya, tepat jam 11 malam ini.
Harga bahan api tidak menentu, ditambah kegagalan kerajaan mengawal dan mengembalikan semula subsidi minyak, dalam keadaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang masih kekal, kesemua itu ibarat kecelakaan di kala rakyat menanggung keperitan meneruskan hidup sehari-hari.
Ikan kembung yang dahulunya santapan rakyat kebanyakan; harganya kini melambung tinggi, sikit sahaja lagi menghampiri bawal dan siakap.
Pilihan yang ada hanyalah cencaru, diselang-seli dengan keli. Itu pun tidak tahu esok lusa masih kekal rendah atau 'naik makam' sebagai menu orang-orang kaya.
Beras usah dicerita. Kalau sebelumnya masih boleh berangan untuk merasa beras gred A cap rambutan selang beberapa bulan menyimpan, kini berpada dengan beras gred C, cap yang entah apa-apa. Asalkan murah dan mampu dibeli.
Sampai bulan yang perlukan persiapan sekolah anak-anak, mata hanya mampu memandang beras kilo sahaja.


Susu formula dan lampin pakai buang sudah menjadi dilema bulanan. Jika seorang anak sudah terasa, inikan pula bersusun tiga ke empat orang cahaya mata.
Pembelian 'clearance stock' walau berdepan risiko luput tarikh, terpaksa digagahkan. Tidak termasuk risiko susu formula tiruan di pasaran yang mampu membunuh! Allah.. besarnya cabaran menjadi ibu dan ayah menjelang 2018.
Usah dilihat pada menteri dan konco-konco yang gaya hidupnya seolah-olah Malaysia sudah capai status negara maju.

Mereka ini golongan yang mati akal budi. Simpati dan kasihan yang keluar dari mulut mereka sekadar lintasan lisan yang tidak bermakna apa-apa. Rakyat akhirnya menjadi perkakas yang terpana dengan lakonan-lakonan menakjubkan menjelang pilihan raya.
Ketika harga bahan api naik, mereka kata mengikut harga pasaran. Ketika harga turun, mereka suruh berterima kasih dengan kerajaan.
Jadinya sekarang, memang sepenuhnya mengikut harga pasaran atau masih dikawal kerajaan? Senyap. Setiap minggu harganya masih naik dan turun.
Ya, perhatian kita sering terarah pada harga RON95. Itu betul dan bagus.
Namun amat jarang kita memerhati rapat harga diesel yang menjadi nadi kenderaan berat dan punca kenaikan kos pengangkutan.
Harga diesel sama RON95
Dalam tempoh dua minggu mutakhir ini harga diesel telah naik sebanyak 6 sen. Diesel yang sepatutnya lebih murah kini sama harganya RON95, RM2.26 per liter!
Dalam menuntut pemerintah melaksanakan dasar baik dan menguntungkan rakyat, tidak cukup sekadar bising-bising di media sosial.
Kalau bukan artis atau selebriti yang menulis dan bercakap, sampai ke sudah tidak akan jadi apa-apa.
Maka kekallah status-status di media sosial itu sekadar coretan peribadi. Lima tahun akan datang, naik semula di garis masa untuk dikongsi sebagai memori. Kepincangan kerajaan akan kekal dan tidak berubah apa-apa.
Kini masanya. Tepat jam 11 malam ini, bermula di Sogo ke Dataran Merdeka, kita akan berhimpun dengan satu slogan, Turun! Turun! - Turun harga minyak, Turun Najib Razak.
Kita berarak dan berganding bahu mendesak agar ditetapkan harga siling RM1.90 untuk RON95 dan RM1.80 untuk diesel.
Lebih jauh, derapan langkah ini dihayun dengan satu harapan, 2018 merupakan tahun keberanian untuk rakyat bersatu lakukan perubahan. Ayuh! 

SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN Naib ketua pemuda AMANAH Nasional dan pengarah mobilisasi Pemuda HARAPAN Malaysia.
Rencana ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
malaysiakini

Read More

[Video "Bila negara nak runtuh, demo lagakan melayu-cino" & Kerajaan Pas Khianat Aktivis ROYALTI (R)] Azam tahun baru 2018, untuk melihat pemimpin kleptokrat ditamatkan.

Ahad, 31 Disember 2017


Foto Mohamad Sabu.
Azam tahun baru 2018 saya adalah untuk melihat kerajaan Malaysia bertukar daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Harapan dan pemimpin kleptokrat ditamatkan.

Semoga rakyat Malaysia juga berkongsi azam yang sama untuk melihat Malaysia yang lebih baik.

Selamat Tahun Baru 2018.

MOHAMAD SABU
Presiden
Parti Amanah Negara


Read More

[Video Mahfuz & Keluarga Isytihar Keluar Pas berkuatkuasa 11:59 mlm ini] Mahasiswa gesa kerajaan kembalikan subsidi minyak sambut 2018.

Ahad, 31 Disember 2017

"Berdasarkan perlembagaan PAS 15(2) maka ini saya zahir pemberhentian sebagai ahli PAS berkuat kuasa 11.59 malam 31 Disember 2017.
kinitv.

Mahfuz Omar umum keluar PAS

Mahfuz Omar umum keluar PAS
Mahfuz Omar juga pernah menggesa PAS bekerjasama semula dengan Pakatan Harapan dan mencari titik persamaan yang dapat menyatukan mereka. Beliau berucap dalam satu ceramah pada 13 Ogos 2017 – Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Disember 2017.
AHLI Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar mengesahkan bahawa beliau akan meninggalkan parti PAS.
Beliau mengumumkan perkara itu dalam sidang media disiarkan menerusi laman Facebook parti Amanah hari ini.
“Saya akan meghantar surat peletakan jawatan kepada setiausaha agung PAS hari ini pada jam 11.59 malam,” katanya. 
Mahfuz juga berkata beliau akan mengambil masa untuk berehat sebelum mengumumkan parti yang akan disertainya selepas ini.
Pengumumannya hari ini mengesahkan laporan The Malaysian Insight pada malam tadi.
Beliau sebelum ini dilihat sering menentang pemimpin parti sehingga menimbulkan kemarahan pimpinan PAS yang mahukannya keluar parti.
Mahfuz turut mengaku beliau sentiasa cuba berbincang dengan kepimpinan PAS dalam usaha untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) namun fasa kerjasama telahpun berakhir.
Bagaimanapun Mahfuz berkata pemergian beliau daripada parti yang dianggotai sejak 34 tahun lalu itu bukanlah satu keputusan yang mudah.
“Sepanjang masa ni, saya berjuang dari dalam dengan harapan PAS akan menyertai Pakatan Harapan. Tapi fasa itu dah berlalu.
“Sekarang jelas PAS tak bersedia untuk menyertai Pakatan Harapan,” kata beliau. 
Justeru beliau berkata tugas baru beliau adalah untuk mengajak ahli PAS sendiri untuk mengundi PH.
“Ada yang tak berani tunjuk sokongan secara terbuka kerana masih ahli PAS tapi saya beritahu mereka, boleh jadi ahli parti (PAS) tapi sokong Pakatan. Saya difahamkan ini yang sedang berlaku dalam PAS walaupun dinafikan kepimpinannya,” kata beliau.
Mahfuz berkata semua parti dalam PH - PKR, Amanah, Bersatu dan DAP telah membuat tawaran namun beliau masih tidak membuat sebarang keputusan.
Bagaimanapun beliau mengaku berminat untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
“Terima kasih atas tawaran, tapi saya nak berehat dulu. Saya akan buat pengumuman sebelum PRU.
“Saya akan biar Pakatan Harapan tentukan (tempat saya bertanding),” kata beliau.
Mahfuz turut menyatakan beliau tidak kisah sekiranya Pengerusi Bersatu, Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri sekiranya PH berjaya memenangi PRU14.
“Umur tak ada masalah. Lagi baik orang tua dari orang muda yang menyamun,” katanya lagi
Mahfuz turut berharap Dr Mahathir, bekas ahli Parlimen Kubang Pasu selama 30 tahun akan bertanding di Kedah, sama ada di kawasan lamanya atau di Langkawi - di mana pemimpin berusia 92 tahun itu mempunyai pengaruh besar. – 30 Disember, 2017.
TMI.

Image result for Gambar mahfuz

Mahasiswa gesa kerajaan kembalikan subsidi minyak sambut 2018

Mahasiswa gesa kerajaan kembalikan subsidi minyak sambut 2018

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menggesa kerajaan mengkaji semula cadangan bagi mengembalikan subsidi bagi bahan bakar bagi mengurangkan beban yang ditanggung rakyat dek kerana kenaikan berterusan harga minyak sempena kedatangan tahun baharu 2018.
“Harga minyak merupakan satu perkara yang sangat sensitif kepada rakyat, oleh itu kerajaan perlu peka mengenai perkara ini.
“PKPIM merasakan sudah tiba masanya kerajaan mengembalikan subsidi bahan bakar bagi mengurangkan beban kepada rakyat yang sedang dihimpit masalah kenaikan kos sara hidup,” kata presiden persatuan itu Muhammad Khair Sujud dalam satu kenyataan hari ini.
Kata beliau, PKPIM khuatir kenaikan berterusan harga minyak akan menyumbang kepada kenaikan harga barangan keperluan harian di pasaran.
“Hal ini sudah pasti memberi impak negatif kepada seluruh rakyat termasuklah golongan mahasiswa, generasi muda dan golongan berpendapatan rendah bagi menampung keperluan harian.
“Tuntutan kami jelas agar kerajaan dapat menurunkan harga minyak serta mengembalikan semula subsidi bagi bahan bakar.
“Jangan tunggu tarikh pilihan raya baru tuntutan ini dipenuhi bagi memperoleh populariti undi sedangkan rakyat terus menderita dan dihimpit kesusahan,” kata beliau.
MD.
Read More

Saturday, 30 December 2017

[Video 'Bugis warrior,' I salute you, says Tun M] Umno Pas memperbodohkan melayu kata cina akan perintah Malaysia! Kerajaan ‘kitar semula’ daftar pemilih 1994 dan 2004 yg kononnya dilupuskan SPR?

Ahad, 31 Disember 2017

Skandal Isa Samad untuk alih perhatian daripada MO1, kata Dr Mahathir

Image result for Gambar Pahlawan Mahathir dan Najib
Jauh beza antara 2 Pahlawan ni!
Image result for Gambar Perwakilan PPBM melaka pakai baju bugis
kluangdiamond : JOM KITA CAKAP YANG BETUL, BAGITAHU YANG BETUL KEPADA RAKYAT... HENTIKANLAH SEGALA TEMBERANG, & KARUT MARUT.

Kerajaan ‘kitar semula’ daftar pemilih kononnya dilupuskan SPR, dakwa Abdul Rashid

Kerajaan ‘kitar semula’ daftar pemilih kononnya dilupuskan SPR, dakwa Abdul Rashid

Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, SPR terpaksa ‘kitar semula’ daftar pemilih tahun 1994 dan 2004 yang dikatakan telah dilupuskan semata-mata terpaksa bersekongkol dengan kerajaan untuk memenangkan Barisan Nasional (BN).
“Sebenarnya kerajaan kitar semula daftar pemilih yang dikatakan telah dipadamkan itu untuk menghadapi PRU14 nanti.
“Saya adalah pengerusi SPR dahulu, saya tidak pernah lakukan (memadamkan data).
“Hakim dan SPR pakat dengan kerajaan secara terang menolak afidavit rayuan kerajaan Selangor,” ujarnya ketika ucapan pengulungan pada Mesyuarat Agung Pertama parti itu semalam.
Rashid yang merupakan pengerusi SPR dari 2000 hingga 2008 dan pernah dilantik Setiausaha SPR dari 1979 hingga 1995.
Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman ketika berucap pada Mesyuarat Agung Pertama Bersatu di Shah Alam semalam.
Beliau berkata, amat perlu Pakatan Harapan menerima cadangan Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mendesak kerajaan membawa pemerhati daripada agensi PPB dan Sekretariat Komenwel pada PRU14 akan datang.
Beliau yakin dalam tempoh terdekat ini kerajaan akan menyasarkan daftar pengundi khususnya di Selangor untuk merampas semula negeri itu di bawah pakatan pembangkang dengan kitar semula 326,272 daftar pemilih yang dikatakan SPR sudah dilupuskan itu.
“Tunggulah dalam tempoh sebulan ini akan dijalankan sasaran mereka di Selangor kerana negeri ini kaya.
“Apapun yang akan dilakukan Najib sekarang kita mesti mempertahan pilihan raya dan perlu membuat beberapa desakan terhadap kerajaan,” ujarnya.
Beliau mencadangkan agar undi Pos tidak lagi disimpan di markas tentera atau dilokap balai untuk tempoh pengiraan undi sebagaimana kebiasaan dilaksanakan oleh SPR.
“Tidak ada satu peti undi awal (undi pos) dibenarkan disimpan di markas tentera dan di lokap balai kerana ia tidak dijamin selamat kerana peti undi itu akan ditukar.
“Di bawah pemantauan agensi seperti Komenwel Skretariat di bawah PBB mereka akan menjadi pemerhati dan pemantau dalam PRU14 kali ini yang dikatakan satu pilihan raya yang cukup genting akan diadakan.
“Keunikannya kerana pemimpin yang dia (Najib) tahu sudah tersedia tempat di Sungai Buluh jika PRU kali ini partinya kalah.
“Kita akan minta peti undi ini di simpan di dewan-dewan daerah diseluruh negara, orang kita akan jaga di waktu malam.
“Kita tidak boleh benarkan penipuan ini berlarutan.Cukuplah.Najib dilindungi undang-undang kerana ramai yang sedia membantunya untuk menidakkan apa yang Najib lakukan, hakim lebih mendengar di sebelah sana (kerajaan).
“Kesian SPR kena ‘jilat-jilat’ untuk hidup kerana nak mengembangkan sayap Najib.
“Sebanyak empat pilihan raya saya kendalikan di bawah Tun Dr Mahathir…tanyalah Tun yang masih ada lagi ni, pernahkah dia suruh saya tipu?
“Tak payah nak tipu tuan-tuan jika kerajaan itu adil dan saksama kepada rakyat. Sebanyak 3juta majoriti kerajaan menang kerana pada masa itu negara membangun rakyat tak perlu khuatir.
“Hari ini nak jumpa Pengerusi SPR pun susah,” ujarnya.
MD.
Read More

[Video LIPAT MAUT buat Najib Umno utk selama-lamanya! Ramai Melayu FELDA sokong & sertai PPBM Mahathir] Anak yakin 54 Parlimen, 92 Dun di Felda tidak lagi selamat buat BN.

Ahad, 31 Disember 2017

Anak yakin 54 Parlimen, 92 Dun di Felda tidak lagi selamat buat BN

Anak yakin 54 Parlimen, 92 Dun di Felda tidak lagi selamat buat BN

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan Mazlan Aliman berkata, berdasarkan situasi semasa di Felda, apatah lagi skandal membabitkan Tanah Felda di Jalan Semarak, Anak berkeyakinan 54 kerusi parlimen dan 92 Dun di Felda, bukan lagi simpanan tetap bagi kerajaan sedia ada.
Kehadiran Tun Dr Mahathir telah menarik sokongan ribuan warga Felda. Ia suatu gelombang yang tidak pernah berlaku sebelum ini melainkan era reformasi pimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, kata beliau dalam satu kenyataan semalam.
“Kerjasama erat melalui taskforce Anak-PPBM dengan aktiviti utama Jelajah Semarak Kasih Felda telah mendapat sambutan hebat masyarakat Felda.
“Insya-Allah kesedaran warga Felda khususnya Generasi Baru Felda, akan membuka ruang dan peluang pembentukan kerajaan baru yang telus dan beramanah,” kata beliau.
Jelas Mazlan, pelan pemulihan 100 Felda akan memberi keutamaan terhadap isu hutang dan pendapatan peneroka, rumah Generasi Baru Felda, dasar Belia & Wanita, yang tentu sekali diharapkan dapat mengembalikan Felda dilandasan yang betul.
“Pemulihan Felda, FGV, KPF dan Yayasan Felda serta pembangunan sosio ekonomi; melalui kepakaran anak anak peneroka sendiri, yang sedia berbakti, pastinya bakal memberi harapan baru yang dinanti-nantikan,” katanya lagi.
Dalam kenyataan yang sama Mazlan berkata, sebagai mewakili Anak, beliau mengucapkan tahniah dan syabas buat Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM) atas kejayaan Perhimpunan Agung Tahunan kali pertama semalam.
“Terima kasih mengundang Anak,” kata beliau.
MD.
Read More

[Video Apa lagi yg UmnoBN mahu JUAL NEGARA & Pas dah putus dgn DAP, mana HILANG HUDUDNYA? Perak Maju 2018: Zambry ‘syok’ sendiri!

Ahad, 31 Disember 2017


Image result for Gambar Zamri Kadir main bola dalam bendang
Zambry Abd Kadir

Perak Maju 2018: Zambry ‘syok’ sendiri

Semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak pada 25 November 2011, Kerajaan Negeri telah meuar-uarkan bahawa program transformasi yang dilaksanakan di bawah pelan Perak Aman Jaya telah dapat mencapai matlamat sasaran Perak Maju 2018.
Namun, Menteri Besar Negeri Perak Datuk Seri Diraja Dr Haji Zambry Abd Kadir semasa menjelaskan perkara tersebut berkata walaupun sasaran awal Perak Maju 2015 telah dilihat semakin kabur dan terpaksa dikaji serta dinilai semula berdasarkan keadaan ekonomi semasa ketika itu, namun beliau yakin perkara tersebut dapat diatasi dan tidak menjejaskan sasaran memjadikan negeri Perak maju menjelang 2018.
Sebenarnya Datuk Seri Zambry terlalu banyak berimaginasi dan wataknya yang suka memberikan berbagai-bagai cadangan seolah-olah beliau tidak duduk ‘dibangku’ kerusi utama Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak dan sebagai ‘orang’ nombor satu di Negeri Perak.
Saya telah membuat sedikit kajian berkaitan berbagai-bagai cadangan yang sekadar menjadi lontaran Datuk Seri Zambry untuk menghiasi propaganda media dalam negara kita.
1. Pada bulan September 2010 yang lalu Datuk Seri Zambry ‘mencadangkan’ perkhidmatan kereta api menghubungkan Ipoh-Lumut diwujudkan yang akan berupaya membawa lebih ramai pelancong ke Zon Pelancongan Lumut-Pangkor. Apa dah jadi dengan cadangan ini?
2. Pada bulan Mei 2010, Datuk Seri Zambry selepas menyaksikan majlis menandatangai Perjanjian Persefahaman antara BMT Jelas dan ELAF Bank Bahrain ‘membayangkan’ sebuah lebuh raya baru bakal dibina. Lebuh raya ini adalah dari Ipoh ke Selama di sempadan Perak/Kedah dan bersambung ke Lebuh Raya Kulim-Sungai Petani, bermula di Jelapang dan dilengkapi dengan susur keluar di Sungai Siput, Karai, Kati, Anak Kurau, Batu Kurau dan berakhir di Selama. Apa dah jadi dengan cadangan ini?
3. Datuk Seri Zambry telah ‘mencadangkan’ kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBSM) pada bulan Mei 2011, untuk mewujudkan sekolah sukan berasrama penuh di negeri ini yang lengkap dengan segala kemudahan khas bukan sahaja untuk atlet biasa malah kepada atlet paralimpik dengan jangkaan kos sekitar RM 100 juta. Apa dah jadi dengan cadangan ini?
4. Pada bulan Mac 2012, beliau turut ‘mencadangkan’ bagi mewujudkan jawatan Konsul Negara Brazil di negeri ini bagi mengukuhkan hubungan diplomatik antara Brazil dengan Malaysia terutama dalam sektor pelaburan. Cadangan tersebut dilontarkan kepada Kementerian Luar Negeri Malaysia (KLNM) kepada pemberita selepas merasmikan Bank Al Rajhi cawangan Ipoh kerana Brazil merupakan pelabur terbesar bagi Perak dengan pelaburan projek bijih besi Vale SA International. Apa dah jadi dengan cadangan ini?
5. Datuk Seri Zambry turut ‘mencadangkan’ kepada Kementerian Pertanian Malaysia (KPM) pada bulan Jun 2014 bagi menaik taraf Ladang Infoternak Sungai Siput jadikan Ladang Infoternak Pusat Agro Tourism agar ianya terus subur di situ. Apa dah jadi dengan cadangan ini?
6. Pada bulan April 2016, atas usaha sendiri Kerajaan Negeri Perak akan ‘mencadangkan’ untuk menambah lagi pembinaan litar lumba selepas litar Formula 2 Simpang Pulai siap untuk siri kejuaraan F2 (Formula 2). Litar tersebut juga boleh digunakan untuk orang ramai sebagai tambahan pada litar lain yang akan dibina di Perak kelak dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan masalah lumba haram. Apa dah jadi dengan cadangan ini?
7. Pada bulan Julai 2017, beliau telah melontarkan ‘cadangan’ kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia (KPM) dan ‘membayangkan’ Perak bakal membina sebuah lapangan terbang baharu bagi merancakkan lagi sektor pelancongan dan industri di seluruh negeri ini. Datuk Seri Zambry berkata ketika bersiaran secara langsung selama dua jam dalam segmen Selamat Pagi Menteri Besar di Radio Perak FM yang dikatakan akan dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) nanti. Apa dah jadi dengan cadangan ini?
8. Lagi ‘cadangan’ kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia (KSASM) pada bulan Ogos 2017 yang lalu untuk mempertimbangkan Pulau Jarak yang terletak di sempadan perairan Malaysia dan Indonesia diwartakan sebagai taman laut. Pulau Jarak juga merupakan kawasan keselamatan yang dipantau pihak berkuasa, malah kawasan itu juga merupakan kawasan yang strategik. Apa dah jadi dengan cadangan ini?
9. Khusus kepada Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPTM) pada bulan Mac 2017 ‘dicadangkan’ Pusat Pertanian Titi Gantung, Bota dinaik taraf menjadi pusat pengajian dan penyelidikan yang diletakkan di bawah Universiti Sultan Azlan Shah (USAS). Konsep universiti yang kita boleh wujudkan merupakan satu konsep universiti di mana tempat-tempat dan pusat latihan yang diwujudkan Kerajaan Persekutuan boleh dijadikan sebagai kolej universiti dan diletakkan di bawah USAS. Apa dah jadi dengan cadangan ini?
10. Berita gembira pada Perbentangan Bajet tahun 2018 Negara pada 27 Oktober 2017 mengumumkan bahawa Pulau Pangkor diisytihar pulau bebas cukai disambut gembira oleh Datuk Seri Zambry yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kawasan Pangkor. Namun sebelum itu, pada bulan Jun 2013 Datuk Seri Zambry telah ‘meuar-uarkan’ bahawa dua kawasan sebagai Kawasan Bebas Cukai iaitu Pulau Pangkor dan Pengkalan Hulu tetapi hanya satu sahaja yang diluluskan.
Kalau ikut cadangan, bayangan dan syor, Datuk Seri Zambry memang yang ‘terbaik’ sebagai seorang pemimpin namun jika semua itu tidak disambut dan tidak dilaksanakan maka dengan mudah akan keluar dari mulut beliau “saya cuma lontarkan, bukan saya yang luluskan”. Beliau memang kaya dengan cadangan semata-mata.
Datuk Seri Zambry memang ‘layak’ menjadi Menteri Kabinet dan bukan sebagai Menteri Besar kerana apa yang dilontarkan dan dicadangkan adalah semuanya dalam bidang kuasa Kementerian. Ini tidak pula ‘disanggah’ yang menghasilkan Perak Maju sepertimana yang dicanangkan kepada rakyat Perak. Beliau mungkin dahagakan liputan media bagi menaikkan imej beliau sebagai seorang pemimpin hebat bukan sahaja di peringkat negeri tetapi juga di peringkat nasional. Berbanggalah rakyat Perak.
# Penulis adalah Setiausaha AMANAH Negeri Perak.
MD,
Read More

[Video PAHLAWAN: Najib dan Mahathir (Mahathir buat lawak lagi) & Siapa penyokong Najib mahu kondem Dr M?] Satu derap, satu harapan di Himpunan Turun-Turun malam ini.

Ahad, 31 Disember 2017


Satu derap, satu harapan di Himpunan Turun-Turun malam ini

Satu derap, satu harapan di Himpunan Turun-Turun malam ini

Pemuda Pakatan Harapan (PH) akan menganjurkan suatu himpunan membantah kenaikan harga petrol dan diesel yang dinamakan “Himpunan Turun! Turun! – Turun Harga Minyak, Turun Najib Razak” bertempat di hadapan bangunan Sogo di ibu negara pada jam 11 malam ini bertepatan dengan sambutan ketibaan tahun baharu 2018.
Peserta himpunan kemudian akan berarak ke Dataran Merdeka, kata Pengarah Mobilisasi Pemuda Harapan (PH) Malaysia, Shazni Munir Mohd Ithnin dalam satu kenyataan hari ini.
“Kita berarak dan berganding bahu mendesak agar ditetapkan harga siling RM1.90 untuk RON95 dan RM1.80 untuk diesel. Lebih jauh, derapan langkah ini dihayun dengan satu harapan, 2018 merupakan tahun keberanian untuk rakyat bersatu lakukan perubahan. Ayuh!” seru beliau.
Harga bahan api tidak menentu tambah beliau, ditambah kegagalan kerajaan mengawal dan mengembalikan semula subsidi minyak, dalam keadaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang masih kekal, kesemua itu ibarat kecelakaan di kala rakyat menanggung keperitan meneruskan hidup sehari-hari.
“Ikan kembung yang dahulunya santapan rakyat kebanyakan; harganya kini melambung tinggi, sikit sahaja lagi menghampiri bawal dan siakap. Pilihan yang ada hanyalah cencaru, diselang-seli dengan keli. Itu pun tidak tahu esok lusa masih kekal rendah atau naik makam sebagai menu orang-orang kaya.
“Beras usah dicerita. Kalau sebelumnya masih boleh berangan untuk merasa beras gred A cap rambutan selang beberapa bulan menyimpan, kini berpada dengan beras gred C, cap yang entah apa-apa. Asalkan murah dan mampu dibeli. Sampai bulan yang perlukan persiapan sekolah anak-anak, mata hanya mampu memandang beras kilo sahaja.
“Susu formula dan lampin pakai buang sudah menjadi dilema bulanan. Jika seorang anak sudah terasa, inikan pula bersusun tiga ke empat orang cahaya mata. Pembelian ‘clearance stock’ walau berdepan risiko luput tarikh, terpaksa digagahkan. Tidak termasuk risiko susu formula tiruan di pasaran yang mampu membunuh! Allah.. Besarnya cabaran menjadi ibu dan ayah menjelang 2018,” kata beliau lagi.
Sambung beliau, rakyat usah lihat pada menteri dan konco-konco yang gaya hidupnya seolah-olah Malaysia sudah capai status negara maju.
“Mereka ini golongan yang mati akal budi. Simpati dan kasihan yang keluar dari mulut mereka sekadar lintasan lisan yang tidak bermakna apa-apa. Rakyat akhirnya menjadi perkakas yang terpana dengan lakonan-lakonan menakjubkan menjelang pilihan raya.
“Ketika harga bahan api naik, mereka kata mengikut harga pasaran. Ketika harga turun, mereka suruh berterima kasih dengan kerajaan. Jadinya sekarang, memang sepenuhnya mengikut harga pasaran atau masih dikawal kerajaan? Senyap. Setiap minggu harganya masih naik dan turun.
“Ya, perhatian kita sering terarah pada harga RON95. Itu betul dan bagus. Namun amat jarang kita memerhati rapat harga diesel yang menjadi nadi kenderaan berat dan punca kenaikan kos pengangkutan. Dalam tempoh dua minggu mutakhir ini harga diesel telah naik sebanyak 6 sen. Diesel yang sepatutnya lebih murah kini sama harganya RON95, RM2.26 per liter!
“Dalam menuntut pemerintah melaksanakan dasar baik dan menguntungkan rakyat, tidak cukup sekadar bising-bising di media sosial. Kalau bukan artis atau selebriti yang menulis dan bercakap, sampai ke sudah tidak akan jadi apa-apa. Maka kekallah status-status di media sosial itu sekadar coretan peribadi. Lima tahun akan datang, naik semula di garis masa untuk dikongsi sebagai memori. Kepincangan kerajaan akan kekal dan tidak berubah apa-apa,” kata Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional itu.
MD.
Read More

[Video Luahan bekas ahli, Umno dan BERSATU bagai langit dan bumi] Selamat Tahun Baharu 2018, Tahun AZAM MENYINGKIRKAN NAJIB!

Ahad, 31 Disember 2017

SELAMAT TAHUN BARU, AZAM MENYINGKIRKAN NAJIB PALING SESUAI MENYAMBUT KEDATANGAN 2018

Hari ini adalah hari terakhir dalam tahun 2017 dan bermula jam 12.01 minit tengah malam nanti, semua kita akan menyambut kedatangan tahun baru 2018.

Tahun 2017 mencatat banyak sejarah duka kepada rakyat dan negara negara, lebih-lebih lagi dalam perkara-perkara yang dikaitkan dengan Najib Razak.

1Malaysia yang dulu dibangga-banggakan untuk disebut dan diucapkan sudah lama tidak kedengaran dan secara senyap-senyap telah ditukar kepada 1Negara.

Lebih dari itu, kedai runcit 1Malaysia dan kedai buku 1Malaysia pula sudah “tutup kedai” secara rasmi kerana pelbagai masalah operasi yang dihadapi.
1Malaysian Development Bhd atau 1MDB, sebagaimana yang diperkatakan di seluruh dunia dan disedari oleh kita semua, akan terus menghantui masa depan Najib kerana melalui syarikat itulah bertapaknya skandal dan dosa yang tidak mungkin dimaafkan oleh rakyat Malaysia, kecuali beliau dapat dihumban dari puncak kuasa.
Di sebalik gegak-gempita kononnya ekonomi negara stabil dan pertumbuhannya sentiasa sihat serta menaik di bawah Najib yang digelar menukar demokrasi kepada kleptokrasi, MITI akhirnya mengesahkan lapan kilang mutinasional sudah pun menutup operasinya di negara kita.

Apakah petanda semua itu?

Untuk tahun 2018 mendatang, tidak mustahil cabaran yang lebih getir sedang menanti kita semua.

Maka, tahun 2018 juga adalah tahun untuk kita sebagai rakyat yang telah dibebankan dengan GST dan hutang negara hampir mencecah 1 triliion, untuk membuat pilihan dan pertimbangan pula.

Pernahkah setiap kali kedatangan tahun baru sebelum ini, kita sentiasa memasang azam, baik untuk diri sendiri, keluarga, karier dan sebagainya, tetapi sasarannya tidak pernah mengena?
Jadi, sesuai dengan 2018 yang merupakan tahun untuk rakyat membuat pilihan, apa azam paling wajar untuk kita tanam dan tekadkan dalam diri kita?

Apa kata untuk 2018 ini, semua kita mempunyai azam yang sama iaitu untuk menyingkirkan Najib dan seterusnya menumbangkan UMNO serta BN dan sepertimana kata Nurul Izzah, menjadikan beliau diktator terakhir dalam sejarah Malaysia.

Percayalah, inilah azam paling terbaik, tidak saja untuk negara, tetapi juga untuk diri sendiri, keluarga, karier serta masa depan anak-anak kita semua.

Yang lebih penting, inilah juga azam paling mungkin menjadi kenyataan bagi rakyat Malaysia pada tahun 2018 nanti.
Jika sebelum ini banyak azam kita tidak pernah menjadi kenyataan, inilah masanya untuk kita paling mungkin  menyaksikan satu azam menjadi realiti  dalam kebersamaan bersama majoriti rakyat Malaysia yang lain.

Ayuh kita mula  tanamkan azam itu dalam hati kita sekarang juga!!! (ShahbudinHusin 31/12/2017).

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena