Tuesday, 30 January 2018

[Video NELAYAN Kuala Kedah SOUND Pas & Umno! Woit, kambing pun 'reti bahasa'] Do or die & Jangan sampai menggadai nyawa pasang bulan nak setinggi bulan sedangkan pemimpin hanya memerhati jauh dari dalam kereta mewah lagi dingin.

Rabu, 31 Januari 2018


Related image

SELAMATKAN AKIDAH DAN WALA

Perkembangan dari masa ke semasa kalau ibarat main bola, hanya tinggal 10 minit sahaja lagi game akan tamat, PH dah MENDAHULUI 2 - 0dikuasai sepenuhnya oleh PH walaupun lefri dan linesman berat sebelah. Penonton kalau tidak dikawal sudah tentu terjun ke padang keroyok pengadil.

Apapun PH nak menang secara BERSIH, pihak lawan memang sengaja cari pasal, diletaknya striker jamban main kasar, provoke..gagal, sendiri cedera ditumbuk pengadil.

Kapten pasukan di akhir-akhir game pun dah angkat bendera putih, PH jangan terperangkap, ini semua auta malaun, terus main, berhati hati.

Baki 10 minit banyak perkara boleh terjadi, pihak lawan yang sudah ketinggalan untuk menang atas padang, sangat sukar.. Kena dilakukan luar padang. 

Kena susun 1001 srategi do or die, batalkan pendaftaran PH, kena batalkan pendafaran pemain, rasuah pemain PH supaya jaringkan gol sendiri, upah lobai jampi, upah penonton supaya merusuh, game tangguh 6 bulan, keputusan digantung..

Berhati-hatilah dengan pemimpin² mereka, sambil² PH perlu menyedarkan penyokong bahawa menyokong membuta tuli boleh menjejaskan akidah dan iman kerana dosa subahat sama dosa dengan melakukannya.

Bagi sesetengah penyokong, sedarlah mereka sudah dikafirkan sebelum ini, apakah mereka mahu dikafirkan kali kedua oleh puak yang sama...


Dan bagi sesetengah penyokong jangan pula wala berlebihan dan melampau kepada manusia, lebih-lebih lagi kepada yang mungkar dan munafik, lain cakap lain buat...

Jangan sampai menggadai nyawa pasang bulan nak setinggi bulan sedangkan pemimpin hanya memerhati jauh dari dalam kereta mewah lagi dingin.


Posted by 
Read More

[Video HUSAM-Gerhana Bulan Penuh dekat PRU14 (Warna Oren Merah menyerap warna Biru)] PAS SANGGUP JADI BARUA NAJIB & Undi Pas samalah bagi nyawa dan kuasa kepada Najib Umno.

Rabu, 31 Januari 2018

Image may contain: text

PAS SANGGUP JADI BARUA NAJIB





Posted by 

Undi Pas Hadi Awang Bagi Nyawa Dan Kuasa Pada Najib UMNO Terus Rompak Duit Rakyat !

Read More

[Video GENERASI FELDA BERUBAHLAH PRU14 INI & Jangan sampai saya jadi komunis!] UmnoBN jual aset negara kepada Komunis-China & Adik Kakok! ORANG KELANTAE KEBULUR KE kalau Najib tak bantu?

Rabu, 31 Januari 2018


Image result for Gambar najib jual tanah kepada China komunis

ORANG KELANTAE KEBULUR KE KALAU NAJIB TAK BANTU...KENA JAWAB TU ADIK KAKOK


Sehari Najib di Kelantan tapi kata-katanya berbekas...terpulang le kepada adik kakok lagu mano nak ghoyak balah...
JAWAPAN PALING TEPAT MESTI DATANG DARI RAKYAT KELANTAN, BUKAN DARI KERAJAAN NEGERI ATAU DARI NIK AMAR - tidak pasti samada pas pusat sudah memberi apa apa komen tentang kenyataan Najib itu atau hanya akan membiarkan untuk ditelan rakyat Kelantan.

Kata Najib, sepanjang 22 tahun Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, dana yang disalurkannya kepada Kelantan hanyalah berjumlah RM12.7 bilion sahaja.

Sebaliknya, kata beliau, sejak 2006 hingga tahun ini, dana yang disalurkan oleh kerajaan Pusat kepada Kelantan adalah berjumlah RM14.69 bilion.

"Negeri defisit macam Kelantan ini, kalau tiada sumbangan daripada kerajaan Pusat, mereka nak bayar gaji pun tak mampu.

"Kita ada masa lagi untuk tambah peruntukan kepada Kelantan. Nak undi atau tak undi, itu hak mereka tapi kali ini undi kitalah.

“Kita bagi suntikan macam-macam, tuan-tuan dan puan-puan apa salahnya bendera kita (BN) kasi naiklah sikit.
“Ini susah-susah baru minta tolong kita, bendera dah naik pun kita nak kena turunkan, inilah kita baik hati,” demikian antara kata-kata  Najib sambil tertawa kecil.
Posted by 



Read More

[Video Rakyat Menganggur Dan Menderita kerana Najib & Fuhhh, terbaik anak muda! TURUN NAJIB TURUN] RAKYAT TERJERAT DAN MEREMPAT KERANA GST! Betapa 'bangangnya' pemimpin UmnoBN memerintah hanya bergantung kpd pendapatan hasil negara daripada cukai GST.

Rabu, 31 Januari 2018


Image result for Gambar najib kleptokrasi

Image result for Gambar Mp pas shelfie dalam dewan Rakyat
Tindakan dua ahli parlimen Pas bekecuali dari mengundi dalam Dewan Rakyat hari ini telah menyelamatkan Belanjawan 2018.

GST HANYA MENYELAMAT KERAJAAN KLEPTOKRAT, BUKAN PENYELAMAT RAKYAT DAN NEGARA

1. Betapa 'bangangnya' pemimpin UmnoBN memerintah Malaysia apabila hanya bergantung pada pendapatan hasil negara daripada cukai GST sebagaimana PM Najib Razak ketika berucap pada majlis sambutan Hari Kastam Sedunia ke - 36 menyatakan negara selamat sebab GST, jika tanpa GST negara sudah tentu terjerumus dalam kancah kegawatan ekonomi.
Kenyataan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dapat menyelamatkan  negara dari terjerumus dalam kancah kegawatan ekonomi negara menunjukkan bahawa kerajaan telah gagal dalam mengurus tadbir ekonomi negara sehingga terpaksa memerah keringat rakyat.

2. Saya berpendapat kenyataan beliau merupakan kenyataan pemimpin yang tidak bertanggungjawab terhadap rakyatnya. GST bukannya menyelamatkan negara, tetapi penyelamat pemimpin kerajaan Klaptokrat UmnoBN.

Justeru GST digunakan untuk menutup dan menampung kehilangan, ketirisan dan kecurian wang negara oleh pemimpin negara sendiri dimana ianya menjadi punca Malaysia terjerumus ke jurang kegawatan ekonomi.
Melalui GST kerajaan tidak perlu bersusah payah memerah otak dan keringat mencari sumber kewangan negara melalui pelbagai industri, menyuburkan ruang ekonomi dan pendapatan negara, meningkatkan produk dalam dan luar negara, tetapi cukup hanya dengan polisi yang menekan rakyat, kerajaan sudah boleh menuai hasil yang lumayan. 

3. Sebegitu mudah seorang pemimpin negara menyandarkan kepada cukai terhadap rakyat sebagai pemangkin menyelamatkan ekonomi negara.
Jika begini mentalitinya, sesiapa pun boleh jadi pemimpin,apabila ekonomi berada dalam keadaan gawat akibat skandal 'rompakan mega' wang dan khazanah negara maka rakyat dijadikan sasaran paling utama untuk dimangsakan. Sepatutnya seorang pemimpin negara berjuang siang dan malam menjaga kebajikan rakyat dengan mendahulukan rakyat dan membiarkan diri dan kerajaan dalam keadaan susah, bukannya memangsakan rakyat untuk menyenangkan diri sendiri dan kroni serta kerajaannya.

4. Alasan paling ampuh dan jengkel yang dinyatakan adalah GST digunakan untuk menyusun segala program untuk rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang mana ianya produk kerajaan BN kepada rakyat dengan anggaran RM6 bilion setahun sedangkan projek BR1M bukan semua rakyat yang layak mendapatnya, manakala hasil GST yang berjaya dipungut dari semua lapisan masyarakat pada tahun lalu sebanyak RM 44 bilion berbanding RM 41 bilion tahun 2016.

Jumlah yang diberi pula hanya ramuan kecil, sedangkan ramuan yang besar diambil oleh kerajaan, dan pelbagai subsidi lain ditarik balik. Adakah tindakan kerajaan  ini cerdik dalam membuat polisi yang akhirnya menekan kehidupan rakyat?

RAKYAT TERJERAT DAN MEREMPAT KERANA GST!

5. Mengapa PM Najib Razak tidak menjelaskan sejak perlaksanaan GST, harga barang terutamanya barang keperluan, perkhidmatan, makanan dan lain-lain semakin mahal. 

Belum ada lagi petunjuk harga barangan dan perkhidmatan menurun atau statik sejak GST diperkenalkan. GST dikenalpasti sebagai penyumbang terbesar kenaikan harga barang. Setelah rakyat terbeban dengan GST, dalam masa sama menanggung pula beban kos harga barang yang semakin meningkat, belum dikira lagi dengan pelbagai cukai yang terpaksa dibayar oleh rakyat demi kerajaan dan negara tercinta ini. 

BR1M yang diberi hanya untuk mengenyangkan rakyat beberapa hari, tetapi rakyat perlu menanggung penderitaan ini selama setahun pula kemudiannya untuk hadapi kehidupan harian mereka akibat GST dan penarikan balik subsidi harga barang.

6. Sepatutnya pendapatan negara   tanpa sumber GST dan salah guna kuasa, rasuah dan rompak curi khazanah negara sudah pun mencukupi untut meringan kos sara hidup rakyat dan memastikan pendapatan boleh guna rakyat bertambah dengan mengembalikan subsidi harga barangan keperluan utama, memberikan pendidikan tinggi percuma tanpa PTPTN, mengawal harga barangan dan keperluan, mengawal serta mesubsidikan harga minyak.

Sebaliknya apa yang berlaku masakini taraf pengangguran semakin meningkat, ruang pekerjaan semakin terhad, kadar inflasi semakin tinggi, jurang antara yang kaya dan miskin semakin ketara. 

Adakah ini menunjukkan kedudukan ekonomi negara semakin stabil, atau  GST hanya menstabilkan ekonomi pemimpin negara?

7.  PM Najib Razak tidak perlu berdolak dalik dengan mendendangkan GST menyelamatkan ekonomi negara.
PM Najib Razak perlu akui bahawa beliau sudah kekeringan idea dan tidak tahu bagaimana hendak menguruskan negara yang berada di jurang kehancura.

Malaysia kaya dan banyak hasil daripada pelbagai sektor dan industri, tetapi kerana ketidak cekapan pengurusan dan salahguna kuasa pemerintahan kerajaan Klaptokrasi UmnoBN, mereka gagal menyuburkan ekonomi negara. Situasi ini menandakan tempoh kerajaan BN sudah sampai ke penghujung nyawa dan mandat pemerintahan perlu diserahkan kepada Pakatan Harapan, agar rakyat melihat sinar baru yang menyelamatkan mereka selepas PRU ke-14 nanti.

DATO' HJ MAHFUZ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
30 Jan 2018/13 Jamadilawal 1439H.
Read More

[Video Ust Che Ibrahim-APA YANG RAKYAT NAK!] BN sedang berusaha patahkan semangat pengundi muda.

Rabu, 30 Januari 2018

BN sedang berusaha patahkan semangat pengundi muda


Wujud usaha daripada pihak kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk mematahkan semangat pengundi muda daripada turun menyokong perubahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.
Demikian ulasan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir kepada media tentang gerakan pihak-pihak tertentu untuk menggalakkan orang ramai merosakkan kertas undi dalam PRU14 nanti.
“Ini sebenarnya adalah usaha untuk menghalang anak muda daripada keluar mengundi.
“Biasanya anak muda tidak akan mengundi BN. Mereka akan mengundi parti baru. Maka sekarang ada usaha dilakukan (untuk menggambarkan bahawa) tidak ada perbezaan antara ‘Pepsi’ dan ‘Coca Cola’.
“Kalau sampai ke tahap itu (perbandingannya), nampak sangat yang anda tidak boleh berfikir,” ujar mantan perdana menteri itu dalam sidang media Majlis Presiden HARAPAN hari ini.
Pihak-pihak tertentu didapati sedang galak berkempen supaya orang ramai merosakkan undi mereka pada PRU14 dengan alasan bahawa tidak ada perbezaan antara BN dan HARAPAN, bahkan sama sahaja ‘seperti Pepsi dan Coca Cola’.
“Ada banyak perbezaan antara calon yang akan diketengahkan,” ujar beliau sambil menambah bahawa pada zamannya tidak ada skandal sebesar 1MDB.
Menurut beliau, apabila HARAPAN membentuk kerajaan kelak, rakyat akan dapat menilai bahawa manifesto dan cadangan gabungan tersebut demi kemaslahatan negara dan rakyat adalah jauh berbeza dengan apa yang dijanji dan dilakukan oleh BN.
PRU14 dijangka berlangsung dalam tempoh kurang 100 hari sahaja lagi, sebelum bermulanya bulan Ramadan. – Roketkini.com
Read More

[Video Penganiayaan Kpd Rakyat, ROS SENGAJA MELAMBATKAN Pendaftaran PH] Kerajaan zalim lengahkan pendaftaran HARAPAN.

Rabu, 31 Januari 2018

Kerajaan zalim lengahkan pendaftaran HARAPAN


Sehingga hari ni masih belum ada sebarang jawapan rasmi daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mahupun sebarang pemakluman berkenaan permohonan untuk mendaftarkan Pakatan Harapan (HARAPAN) sebagai sebuah parti, menjelang pilihanraya umum tidak lama lagi.
Menyifatkan tindakan tersebut sebagai suatu penganiayaan, Pengerusi HARAPAN, Tun Dr Mahathir mendakwa pihak ROS sengaja berbuat demikian bagi melengahkan masa serta menggagalkan persiapan untuk berdepan pilihanraya.
“Kita tidak tahu sama ada kita punya simbol diterima ataupun tidak,” ujarnya dalam sidang media di ibu pejabat PPBM, selepas mesyuarat Majlis Presiden HARAPAN.
“Kita juga tidak tahu sama ada parti kita ini diiktiraf secara rasmi ataupun tidak.”
Mantan perdana menteri itu berkata, tindakan kerajaan yang sedemikian adalah penganiayaan kepada rakyat yang tidak akan dapat memilih pemimpin yang dimahukan.
“Inilah kerajaan yang saya anggap amat zalim,” tegasnya.
Permohonan untuk mendaftarakan parti gabungan DAP, PKR, Amanah dan PPBM dibuat kepada ROS sejak bulan Mac tahun lalu. – Roketkini.com

Read More

[Video Meriah Tun Mahathir Bersama Rakyat di PUTRAJAYA] SIAPA PENYEBAR BERITA PALSU? Yang lebih mengaibkan, bukan setakat satu, tetapi tiga media arus perdana melakukan penularan berita palsu yang sama.

Rabu, 31 Januari 2018

SIAPA PENYEBAR BERITA PALSU?

Ketika di Kelantan baru-baru ini, Najib Razak berkata, kerajaan akan mengkaji satu undang-undang baharu bagi mengekang penularan berita palsu di negara ini.
Sebelum itu, pada penghujung tahun lalu, Salleh Said Keruak pula berkata, tindakan mengekang berita palsu adalah bagi melindungi keharmonian dalam negara.

Tapi, siapakah sebenarnya penyebar berita palsu yang sebenar dan berlesen?
Bank Negara, sebuah institusi penting dalam negara pun diserang dengan penularan berita palsu oleh media arus perdana baru-baru ini sehingga mereka tampil menafikannya.

Yang lebih mengaibkan, bukan setakat satu, tetapi tiga media arus perdana melakukan penularan berita palsu yang sama.
Tidakkah ini mengancam keharmonian negara?

Hmmmmm....(ShahbudinHusin 30/01/2018)
Read More

[Video PM PERASUAH NO 1 NEGARA! Mengaku masuk akaunnya RM2.6 bilion] Najib tunggu ‘ilham’ untuk adakan pilihan raya.

Selasa, 30 Januari 2018


Posted by ali allah ditta - Tumpang sekole.

Najib tunggu ‘ilham’ untuk adakan pilihan raya

Najib tunggu ‘ilham’ untuk adakan pilihan raya

Presiden Umno Najib Razak selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu yang diadakan ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.– Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 30 Januari, 2018.

MESKIPUN ringgit mencatatkan dan pasaran saham meningkat, Perdana Menteri Najib Razak masih menunggu "ilham" untuk mengadakan pilihan raya umum ke 14.
"Saya tak tahu. Saya masih menunggu sesuatu cetusan, atau orang Melayu cakap ilham, untuk tentukan bila masa yang sesuai," katanya ketika ditanya pemberita mengapa beliau masih tidak menentukan tarikh pilihan raya. 
"Selagi kita lakukan apa yang tidak bertentangan dengan perlembagaan, saya rasa tidak mengapa.. Kita lihat sama ada kita boleh tunggu sehingga Jun, atau kita adakan lebih awal. Kita lihat perkembangannya nanti," kata Najib, yang juga presiden Umno, selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, hari ini.
Kenyataan 'ilham' Najib timbul selepas soalan daripada pemberita, yang bertanya: "Seperti yang anda katakan sekarang ini. Ringgit naik, pasaran naik, pengangguran rendah. Apa lagi yang anda tunggu?"
The Malaysian Insight

Read More

[Video Nizar: Jahatnya pimpinan BN BONUS MB Perak RM115,000.00, Beli Kereta Audi QC7 RM622,000.00 & Bayar Anugerah RM321,000.00 guna wang rakyat! Huu Dasat!] Yeop Umno pun mengamuk! Ahli2 PAS & Ahli2 UMNO ditipu pemimpin parti.

Selasa, 30 Januari 2018


 Yeop Umno Mengamuk!


Ahli2 PAS & Ahli2 UMNO  ditipu pemimpin parti.

Kepada ahli biasa UMNO dan PAS, tuan-tuan semua hanya lembu dan kerbau. Jangan lah pandai-pandai nak memikir.  Ianya bukan tugas tuan-tuan untuk memikir atau bersuara.  

Pimpinan parti tuan-tuan telah mengadakan persefahaman dan persetujuan mengikut  warna dan saiz kertas yang dicetak dengan gambar hiasan kepala raja. 

Kepala Balut Bawang akan diberi beberapa peti kertas berwarna itu.  

Juga Kelantan akan dikorbankan oleh UMNO untuk menjadi hak simpanan kekal PAS.  

Sebagai balasan Bawang akan letakkan calon 'tiga penjuru' untuk mengusik Pakatan Harapan.  Itulah strategi kononnya.  Maka pencuri kleptocrat akan hidup lagi. Bawang pula akan hidup senang lenang. 

Ahli biasa PAS tidak akan rugi besar, cuma tak dapat peti kertas berwarna apa saiz pun.  

Yang akan rugi besar adalah ahli biasa UMNO, terutama di Kelantan. Mereka akan kena 'screw'  oleh pimpinan parti.   

Kali ini ahli UMNO lah bakal menjadi lembu dan kerbau yang terbodoh. - ostb 

Tumpang sekole.
Read More

[Video Dr M 'asak' ROS lagi & Lampu hijau untuk pekebun ketum' tak lama lagi] Antara BN dan Pakatan, siapa mampu tumbangkan PAS di Kelantan?

Selasa, 30 Januari 2018

Antara BN dan Pakatan, siapa mampu tumbangkan PAS di Kelantan?

Antara BN dan Pakatan, siapa mampu tumbangkan PAS di Kelantan?

Di Kelantan, faktor pengundi yang pulang mengundi memainkan peranan penting dalam pola pengundian rakyatnya. Pertandingan tiga penjuru di negeri itu dikatakan akan memberi kesan kepada PAS, sesuatu yang tidak berlaku di negeri lain. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 30 Januari, 2018.

BIASANYA parti pemerintah akan menerima manfaat sekiranya berdepan dua atau lebih lawan dalam pilihan raya kerana ia akan memecahkan undi pembangkang.
Tetapi senario itu tidak tepat untuk menggambarkan situasi di Kelantan di mana PAS adalah parti yang membentuk kerajaan negeri.
Dua gabungan pembangkang di Kelantan, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) berharap gelombang kekecewaan dengan pentadbiran PAS dalam kalangan penduduk negeri itu akan membolehkan salah satu daripada mereka membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Penganalisis politik Hisommudin Bakar berkata masih terlalu awal untuk meramalkan siapakah yang akan menerima kelebihan terbesar hasil daripada ketidakpuasan hati terhadap PAS disebabkan dinamik politik negeri itu yang unik.
“Senario biasa pertembungan tiga penjuru tidak akan berlaku di Kelantan,” kata Hisommudin dari Ilham Centre.
Pertamanya, Kelantan mempunyai ramai pengundi yang tinggal dan bekerja di luar negeri tetapi pulang untuk mengundi.
Wan Johari Wan Omar, seorang pemimpin PH Kelantan berkata pengundi yang balik mengundi membentuk hampir 40% pemilih di negeri itu.
Kedua, sehingga 2015 di Kelantan memiliki Nik Abdul Aziz Nik Mat, salah seorang tokoh politik paling berpengaruh dalam politik Malaysia moden.
Malah aktivis Umno Kelantan mengakui yang segelintir ahlinya di negeri itu mengundi PAS dalam pilihan raya sebelum ini disebabkan aura Nik Aziz.
Faktor terakhir dan paling penting adalah pengundi di Kelantan cenderung untuk mengundi dalam blok yang sama, kata Hisommudin, seperti yang pernah berlaku dalam Pilihan Raya Umum 2004 dan 2013.
Seperti pengundi Cina Malaysia, apabila pengundi Kelantan memutuskan siapa pilihan yang berhak menerima undi mereka, parti atau gabungan parti akan menerima sokongan besar terutama daripada pengundi atas pagar.
Perubahan sokongan
PAS sudah memerintah Kelantan sejak Pilihan Raya Umum 1990 dan parti itu berulang kali diserang cubaan musuh tradisinya Umno- yang menerajui BN- untuk merampas kuasa di negeri itu.
PAS hampir kehilangan kuasa negeri kepada Umno pada Pilihan Raya Umum 2004 apabila parti Islam berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti dua pertiga daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Ketua Bahagian Amanah Tumpat, Wan Johari Wan Omar mengatakan pada PRU2013 hampir 70% anak dagang Kelantan yang merantau di luar balik ke negeri itu mengundi untuk mengekalkan PAS seterusnya menjadi mereka faktor utama mempengaruhi pola pengundian negeri itu.  – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 30 Januari, 2018.
Ketua Bahagian Amanah Tumpat, Wan Johari Wan Omar mengatakan pada PRU2013 hampir 70% anak dagang Kelantan yang merantau di luar balik ke negeri itu mengundi untuk mengekalkan PAS seterusnya menjadi mereka faktor utama mempengaruhi pola pengundian negeri itu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 30 Januari, 2018.
Hisommudin berkata Pilihan Raya Umum 2004 adalah salah satu contoh rakyat Kelantan mengundi dalam blok, dicetuskan oleh semangat positif yang melanda negara selepas Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri dan presiden Umno.
Ketika itulah, faktor Nik Aziz dan komuniti besar penduduk Kelantan yang bekerja dan tinggal di luar negeri itu bergabung untuk memastikan PAS terus berkuasa.
“Pada pilihan raya 2008, Nik Aziz membuat pengakuan peribadi kepada semua pengundi Kelantan yang keluar untuk kembali dan mengundi, selepas pilihan raya 2004 yang buruk," kata Hisommudin.
Pada 2008, PAS meningkatkan jumlah kerusi dimenanginya kepada 39 berbanding 24 pada 2004.
Pada Pilihan Raya Umum 2013, sokongan rakyat memihak kepada gabungan pembangkang yang disertai PAS, Pakatan Rakyat (PR) yang kini sudah bubar. Ini seterusnya membantu parti itu membentuk majoriti dua pertiga di DUN Kelantan.
Wan Johari yang merupakan ketua bahagian Amanah Tumpat, salah sebuah komponen PH berkata pada 2013, PAS (sebahagian daripada PR) meraih 70% undi rakyat Kelantan yang balik mengundi.
Gelombang itu nampaknya akan berubah sekali lagi, menurut Hisommudin dan tinjauan dilakukan The Malaysian Insight.
Ia banyak disebabkan pengurusan kerajaan negeri ke atas majlis kerajaan tempatan yang lemah serta peluang pekerjaan yang terhad dan kelemahan pembangunan infrastruktur.
"Sentimen terhadap Nik Aziz  sudah tiada. Sentimen rakyat Kelantan terhadap Nik Aziz menyumbang hampir 10 peratus undi kepada PAS," kata Hisommudin mengenai menteri besar Kelantan yang meninggal dunia pada Febuari 2015 itu.
Peluang sama rata
BN dan PH bekerja keras untuk meraih faedah terbanyak daripada kelemahan PAS di Kelantan.
Ketua BN Kelantan Mustapa Mohamed berkata Amanah dan PH sedaya upaya mengalihkan sokongan daripada PAS melalui pelbagai pendedahan kegagalan dasar kerajaan negeri serta dakwaan gaya hidup mewah exco negeri.
"Amanah akan menolak sokongan PAS ke arah PH. Tetapi (Bersatu) tidak dapat menarik anggota Umno,” kata Mustapa mengenai rakan sekutu Amanah dalam PH, Bersatu.
Sumber BN Kelantan memberitahu yang strategi mereka adalan membenarkan Amanah dan PH meraih sokongan pengundi anak perantau Kelantan daripada PAS, seterusnya mengurangkan undi kepada parti Islam itu.
Situasi tersebut, kata sumber akan mengakibatkan perpecahan undi Kelantan menjadi tiga kumpulan dan jika BN boleh menarik pengundi atas pagar mereka boleh muncul sebagai blok terbesar dan mengambil alih kerusi negeri membentuk kerajaan negeri.
GST memberi kesan kepada kualiti hidup rakyat Kelantan, faktor ini kata pemerhati dipandang enteng BN menyebabkan Pakatan Harapan mungkin mempunyai kelebihan dalam pertandingan tiga penjuru. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 30 Januari, 2018.
GST memberi kesan kepada kualiti hidup rakyat Kelantan, faktor ini kata pemerhati dipandang enteng BN menyebabkan Pakatan Harapan mungkin mempunyai kelebihan dalam pertandingan tiga penjuru. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 30 Januari, 2018.
Namun teori tersebut mengabaikan hakikat bahawa kemarahan terhadap BN juga tinggi kerana pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan kos barangan yang tinggi, kata Pengerusi Amanah Kelantan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.
"Perniagaan di Kelantan telah melaporkan penurunan sebanyak 30% sejak GST. Di beberapa tempat, jualan mereka menurun sebanyak 50%. Ada juga kedai yang ditutup," kata Wan Abdul Rahim.
"Kelantan menolak Umno pada 1990 dan penolakan Umno ini telah meningkat semasa zaman pemerintahan Najib."
Dengan rekod prestasi tidak tercemar, PH meletakkan kedudukannya sebagai alternatif terbaik kepada Umno dalam mengambil alih Kelantan, kata Wan Abdul Rahim.
Hisommudin berkata setakat ini, PH dan BN mempunyai peluang hampir sama rata untuk menang di Kelantan.
"Di Kelantan terdapat sentimen kuat untuk menukar kerajaan negeri tetapi Umno seolah-olah tidak mahu menyambut sentimen itu.
"Manakala PH sangat agresif dalam usaha mereka meraih sentimen tersebut tetapi mereka adalah alternatif baru. Buat masa ini, secara emprikalnya kita tidak tahu siapa yang akan menang." – 30 Januari, 2018.

 KOMEN


  • Kalau Pakatan Menang di Kelantan, UMNO yang tumbang seluruh negara. Sebelum berlaku dah PAS dan UMNO Kelantan bergabung seperti yang diminta Najib. UMNO Kelantan, dah berdekad tunggu untuk memerintah Kelantan supaya dapat habuan, tak kan nak risiko tak dapat kerana tak nak bergabung denag PAS kalau PH boleh menang.
    Pos 6 jam yang lalu Oleh Bigjoe Lam · Balas
  • PAS akan bergabung dgn BN utk jatuhkan PH diseluruh negara..kita tunggu ianya menjadi kenyataan pru nanti..
  • The Malaysian Insight.

Read More

[Video Visit Malaysia 2020 logo: Will this get people to visit, asks Mahathir "Kera ke manusia ke?"] 'Beruk 2 Ekor Tu Ke Bikin Logo Ni?' – Logo Tahun Melawat Malaysia 2020 Teruk Dihentam! Bahan lawak untuk 2 tahun.

Selasa, 30 Januari 2018

'Beruk 2 Ekor Tu Ke Bikin Logo Ni?' – Logo Tahun Melawat Malaysia 2020 Teruk Dihentam
Image result for Gambar visit tahun melawat malaysia 2018

Antara punca pendapatan negara adalah pelancongan. Tidak hairanlah pihak kerajaan membuat pelaburan yang besar untuk menyediakan kemudahan terbaik bagi menyambut kedatangan pelancong ke negara ini.
Antara elemen penting adalah pengenalan logo bagi mewakili Malaysia dalam mana-mana saluran yang digunakan untuk pengiklanan. Namun, pengenalan logo bagi tahun melawat Malaysia 2020 ternyata mengundang reaksi negatif netizen.
Logo Visit Malaysia Year 2020 itu telah dilancarkan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di Chiang Mai, Jumaat lalu.
Namun, setelah dirasmikan kepada umum, ternyata ramai yang tidak berpuas hati dengan kualiti logo berkenaan. Tidak hanya elemen rekaan logo berkenaan dihentam, malahan slogan ‘ Travel. Enjoy. Respect’ turut menjadi pertikaian.
Bahan lawak untuk 2 tahun
OhBulan.
Read More

[Video J'kuasa khas dibentuk tentukan kerusi HARAPAN di S'gor- Dr M] SPRM wajar siasat projek laluan basikal DBKL, kata MP Segambut.

Selasa, 30 Januari 2018

SPRM wajar siasat projek laluan basikal DBKL, kata MP Segambut

SPRM wajar siasat projek laluan basikal DBKL, kata MP Segambut

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajar membuat siasatan ke atas projek pembahagi jalan lorong basikal di tengah-tengah ibu kota oleh Dewan Bandara Kuala Lumpur (DBKL).
Kata beliau, telah menular di portal-portal berita tentang pembahagi jalan yang telah dipasang di lorong basikal sepanjang 6km di tengah-tengah ibu kota membahayakan nyawa ribuan penunggang motosikal.
“Sekurang-kurangnya seorang penunggang motosikal dilaporkan telah terbabas dan cedera akibat pembahagi getah berstandard antarabangsa itu.
“Pembahagi itu telah pun ditanggalkan selepas hanya dua hari dipasang, ekoran aduan bertalu-talu di media sosial dan juga di akhbar-akhbar,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Jelas Lim, DBKL telah membelanjakan RM4 juta untuk mengecat lorong basikal sejauh 6km di tepi jalan sedia ada dengan warna biru selain memasang pembahagi pembunuh tersebut, dalam usaha untuk mengurangkan kesesakan lalulintas di ibu kota menjelang tahun 2020.
Ini bermakna kata beliau, bagi setiap 1km, sebanyak RM666,666.67 dibelanjakan untuk mengecat dan memasang pembahagi ‘bodoh’ itu.
“Kini DBKL perlu memberi penjelasan kepada orang ramai, berapa pula jumlah tambahan dana awam yang terpaksa dibelanjakan untuk menanggalkan pembahagi tersebut.
“Sebagai satu amalan urus tadbir yang baik, DBKL patut mendedahkan siapa yang membuat keputusan untuk menggunakan pembahagi terbabit, dan adakah individu tersebut telah diambil tindakan bagi ideanya yang mengarut, berbahaya, mahal dan membazir ini?
“Persoalan bernilai RM4 juta sekarang juga ialah, adakah projek laluan basikal sejauh 6km ini dijalankan secara tender terbuka?” soal peguam DAP itu.
Tidak dinafikan bahawa orang ramai patut digalakkan mengguna kenderaan yang mesra alam dan lebih giat bersenam. Berbasikal pastinya salah satu cara yang paling ideal, tambahnya.
“Namun berbasikal ke tempat kerja adalah sangat tidak masuk akal ekoran cuaca Malaysia yang panas dan lembap, terutamanya di Kuala Lumpur, tidak kiralah berapa jauh pun laluan basikal yang diwujudkan.
“Mana ada orang yang boleh tahan bermandi peluh berbasikal di ibu kota untuk pergi ke tempat kerja dan mesyuarat.
“Tambahan pula, ibu kota sudah ketandusan pohon-pohon yang rendang mahupun tempat berteduh akibat pembangunan melampau,” katanya.
Isu keselamatan juga kata beliau, adalah satu lagi faktor utama yang tidak menggalakkan orang ramai berbasikal dengan aman tenteram di Kuala Lumpur, akibat sistem jalanraya yang serabut dan lampu jalan yang kerap rosak.
“Pihak berkuasa sepatutnya menumpukan usaha untuk menjadikan aktiviti berbasikal sebagai aktiviti riadah utama, daripada menjadikannya sebagai pilihan pengangkutan utama untuk pergi ke tempat kerja.
“Dana awam tidak boleh lagi dibazirkan untuk idea yang tidak praktikal dan bersifat utopia ini,” katanya.
MD.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena