Tuesday, 27 February 2018

[Video Rara: Pelbagai Insentif Rakyat Selangor P Pinang Dapat TV3 Najib Umno Takut Siarkan] Indeks Rasuah M'sia Terburuk DIBAWAH NAJIB & KONFLIK DALAMAN Pas semakin parah? Selepas terdedah rakaman audio, Nasrudin ungkit nilai persahabatan dalam Pas.

Rabu, 28 Februari 2018


Foto Rafizi Ramli.
Malaysia mencatat penurunan sebanyak 6 tangga dan kini berada di kedudukan ke-62 daripada 180 negara dalam indeks rasuah dikeluarkan oleh badan ketelusan antarabangsa, Transparency International (TI), prestasi yang terburuk sejak 5 tahun lepas.
#TolakRasuah

Selepas terdedah rakaman audio, Nasrudin ungkit nilai persahabatan dalam Pas

Selepas tersebarnya rakaman audio yang dikatakan suara seorang AJK Pas Pusat yang mengaku parti itu bekerjasama dengan Umno, Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan mengungkitkan nilai persahabatan dalam parti itu.
“Tiada yang lebih indah berbanding sebuah persahabatan yang diikat kukuh dengan nilai ukhuwwah Fillah,” tulis ahli parlimen Temerloh itu dalam Facebooknya yang dipercayai ada kaitan dengan rakaman sulit tersebut.
“Persahabatan inilah menguatkan saf perjuangan dari ancaman pelbagai anasir yang merosakkan amal jamaei dan thiqah berjamaah,” tambah beliau dalam tulisan itu ketika rakaman audio menjadi tular dalam laman sosial.
Dalam rakaman itu, suara yang didakwa seorang AJK Pas Pusat itu mengaku Pas menerima duit dari Umno termasuk RM2 juta semasa pilihan raya negeri Sarawak tahun lalu.
Beliau turut mengaitkan perkara itu dengan pimpinan parti yang lain termasuk presiden Pas sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Sebelum ini, Naib Presiden Amanah, Husam Musa mendakwa beliau menerima rakaman audioberkenaan dan akan diedarkan sebelum pilihan raya.
Dalam ceramahnya di Kota Bharu, Husam Musa mendakwa mempunyai bukti pengakuan ini dan pihak yang membuat pengakuan itu meminta agar ia jangan disebarkan atau “akan disumpah menjadi abu.”
Ekoran itu, seorang ahli Pas di Kuala Terengganu telah membuat laporan polis mengenainya.
KONFLIK DALAMAN
Audio rakaman berdurasi 2.3 minit dikesan mula tersebar.
Menurut Nasrudin, jamaah (Pas) menjadi ceria dan anggotanya gembira apabila orientasi organisasinya berlandaskan nilai persahabatan yang menepati piawaian yang dikehendaki oleh sebuah Gerakan Islam.
“Sebaliknya mendung akan mengiringi sepanjang sessi atau musim andai jamaah kehilangan nilai persahabatan ini.
“Tentu sahaja krisis serta konflik mudah tercetus dan paling tidak ‘perang dingin’ sesama anggota akan wujud apabila makna sebuah persahabatan tercalar atau dibiarkan tercemar dek pelbagai virus negatif yang menular dikalangan anggota,” tulis Nasrudin yang dipercayai ada kaitan dengan pendedahan rakaman ini.
Ini kerana, hanya pihak yang dekat dalam Pas sahaja terlibat dalam pertemuan dengan AJK Pas pusat yang mendedahkan hubungan Pas dengan Umno tersebut.
Menurut Nasrudin, semua anggota Pas memahami betapa jamaah yang gersang dari nilai dan erti persahabatan yang dikehendaki oleh Islam ini akan mendorong berlakunya kepincangan dalam pelbagai organ parti.
Antaranya, kata beliau, saling curiga mencurigai antara satu sama lain dalam apa jua penampilan dan aktiviti.
Lalu, katanya, mewujudkan suasana suram dan resah dikalangan pendokong jamaah. Saling tidak mempercayai.
Berlaku juga tikam belakang, cantas, bocor rahsia dan menjatuhkan imej akan menjadi saraf yang digerakkan sesama sendiri demi survival karier politik kononnya demi jamaah.
“Wujud team yang saling bertembung antara satu sama lain dan kemudiannya berlaku _tajrih_ atau serangan peribadi yang tidak wajar sesama anggota jamaah,” katanya.
MD.
Read More

[Video BUKTI GST BOLEH DIMANSUHKAN!] Tawaran 2X Hebat PH untuk rakyat, HAPUS GST & KEKAL BR1M! Musuh Pas bukan Umno, sebaliknya sasarannya AMANAH, kata Mahfodz (Ketua Dewan Ulamak).

Rabu, 28 Februari 2018

Foto Rafizi Ramli.

Foto Rafizi Ramli.
Rakyat yang membayar cukai biasanya makan nasi, pemimpin yang merasa duit cukai kerap makan quinoa mahal. Adilkah?

Musuh Pas bukan Umno, kata Mahfodz

Pas kini dilihat bukan lagi menyasarkan Umno sebagai musuh utama mereka sebaliknya sasaran itu telah diubah kepada Parti Amanah Negara (AMANAH).
Ketua Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed mengesahkan, objektif mereka untuk jatuhkan AMANAH di negeri Johor dalam satu ucapan di program Fastaqim 2.5 di negeri itu.
“Kita nak jatuhkan AMANAH yang tidak amanah. Kalau tuan-tuan kalah di Parit Yaani, malulah nak letak mana muka Pas di sini?” ujarnya.
Program Fataaqim 2 Pas yang diadakan di Dun Parti Raja.
Dalam pada itu, Umno yang menjadi musuh tradisi Pas sejak sekian lama tidak dibangkitkan.
Tapak program berada di Dun Parit Raja yang dimenangi Umno tidak langsung disentuh oleh beliau.
Selain itu Pas Johor hanya menyasarkan kemenangan bagi 12 kerusi Dun Johor sahaja dan tidak berminat untuk memerintah negeri Johor.
“Maka kita berusaha sungguh-sungguh untuk menang tiga kali ganda daripada yang kita menang pada PRU13 iaitu 12 Dun (dari 4 Dun) di Johor ini.
“Kita boleh menjadi pembangkang yang kuat, pembangkang yang efektif dan juga boleh jadi ‘king maker’ di negeri Johor ini,” sambung Mahfodz.
Mahfodz juga menyarankan agar ahli Pas berkerja bersungguh-sungguh bagi mencapai matlamat yang dikhendaki oleh partinya.
MD.
Read More

[Video Bukti Pas Terima Duit Umno, Penduduk tanya Hadi 'Pas ada ambil RM90 juta tak?' Bekas penyokong PAS 'asak' Hadi kenapa diam isu 1MDB] Hooo DASAT! Hangpa PIKIAQ sendiri pasai Puak2 Lobai ni & Kita tengok akan ada Pak Lobai kena PENENDANG Pemuda Pas.

Rabu, 28 Februari 2018



Image may contain: one or more people and text
Tumpang sekole.
Read More

[Video A.Kadir Jasin-Najib Lebih Layak Jadi Duta Quinoa] Bayar RM19 utk GST, Dapat 14 sen drpd BR1M! BRIM bagipun berperingkat, slow macam siput babi & Najib kata 'bukan untuk populis', tapi canang setiap hari ungkit setiap masa.

Rabu, 28 Februari 2018

Foto Rafizi Ramli.
Masuk ke hutan muncul di rimba;
selam di tasik, timbul di laut.
Bajet umpama simbahan gula;
yang heboh, beri; yang senyap, kaut.
— A Samad Said
#undiPH
#hapusGST
#HapusRasuah
#BinaSemulaNegara


BR1N @ BR1M - BANTU HAYAT POLITIK NAJIB @ BANTU RAKYAT MISKIN


BRIM bagipun berperingkat, slow macam siput babi, amaun ciput, tangguh satu hari ke satu hari, perlancaran belanja ratus ribu setakat nak bercakap pasal masuk bakul angkat sendiri.

Bukan untuk populis, tapi canang setiap hari ungkit setiap masa..

Walaupun PH akan meneruskan dalam bentuk bantuan integriti tetapi diharap solusi dan mekanisme dikaji supaya benar² membantu rakyat seumpama bagi pancing, bukan bagi ikan.
Read More

[Video Laporan: Switzerland mahu rampas RM400j dana berkaitan 1MDB yang dibeku] PH Pahang bidas kebiadaban, budaya gengsterisme Umno Bahagian Pekan.

Selasa, 27 Februari 2018

Related image

PH Pahang bidas kebiadaban, budaya gengsterisme Umno Bahagian Pekan

Pakatan Harapan Pahang menolak sekeras-kerasnya kenyataan biadab ahli jawatankuasa Umno Bahagian Pekan, Abdul Rahim Yahya yang didakwa mengugut dan menghasut.

Zulkifli Mohamed
Ketua Penerangannya Zulkifli Ahmad berkata, kenyataan itu dikeluarkan semata-mata kebimbangan Umno dengan kehadiran Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad dalam siri jelajahnya di beberapa daerah di Negeri Pahang esok.
“Amat jelas kenyataan dibuat bersifat mengugut dan menghasut untuk mengganggu kehadiran Tun Dr Mahathir dalam siri jelajah beliau ke daerah Pekan, Kuantan dan Chini.
“Kenyataan Abdul Rahim amat tidak bertanggungjawab dan merupakan satu cubaan untuk merosakkan ketenteraman dalam amalan demokrasi dan kebebasan bersuara di negara kita.
“Ia juga adalah manifestasi gengsterisme dan radikalisme yang berakar umbi dalam Umno-BN selama ini,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau mengulas kenyataan di buat AJK Umno Bahagian itu hari ini dipetik berkata, Umno Pekan memberi amaran kepada Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa terdapat rasa tidak puas hati terhadapnya di kawasan parlimen diwakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu.
Rahim berkata ramai pemuda di kawasan itu telah memberitahunya mengenai lawatan Mahathir dan mereka merancang melakukan “banyak perkara” lantas beliau berpesan kepada bekas perdana menteri itu agar membatalkan lawatannya ke kawasans itu esok.
Zulkifli yang juga Pengarah Komunikasi AMANAH berkata, PH tidak akan teragak-agak untuk mengambil sebarang tindakan yang sewajarnya ke atas mana-mana pihak yang sengaja untuk mencetuskan ketegangan dan mengganggu-gugat sistem demokrasi di negara ini.
“Pakatan Harapan juga sentiasa mendukung amalan demokrasi dan kebebasan bersuara yang sudah termaktub di dalam perlembagaan negara.
“Justeru itu, Pakatan Harapan sentiasa akan memastikan segala program dan aktiviti yang dianjurkan, selari dan tidak melanggar undang-undang negara,” ujarnya.
Dalam perkembangan sama turut dilaporkan kenyataan Pengerusi PH Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman yang turut membidas Umno Bahagian Pekan kerana mengeluarkan amaran terhadap Dr Mahathir.
Saya tidak nampak apa-apa sebab mengapa mereka begitu teruja dengannya. Ini adalah negara yang bebas.
“Sekiranya kamu benarkan gangsterisme untuk memerintah, maka parti lain juga boleh mencari samseng,” kata Fauzi seperti dilaporkan Malaysiakini.
Read More

[Video Cara Bomoh Tarik Duit & Cara Pas ambil duit Umno?] Apakah hudud sudah tidak perlu kerana pas dan ummo sudah sebantal atau dah kaya, lupa hudud?

Selasa, 27 Februari 2018



HUDUD KENAPA UMNO KATA TIDAK DAN PAS TIDAK LAGI..


Tun kini sudah tiada kuasa, dulu KONONNYA Tun menghalang...
Kenapa sekarang tidak dilaksanakan (?)
Apakah hudud sudah tidak perlu kerana pas dan ummo sudah sebantal...

Kini RUU355 akan senasib hudud, semuanya jadi perkakas pilihanraya untuk survival parti besi buruk.. umno dan pas !!!

comments:

  1. Udah tak dak isu lagi ka?
Ohhh..lupa, bukan isu lagi selepas umno dan pas sebantal...

Kalau dulu 24 jam pas pikul hudud keluar masuk ceramah.

Dah kaya, lupa hudud.
Posted by 
Read More

[Video GEMPAR Rakaman Audio Nik Abduh PAS Terima Duit Dari Umno & Ada Bukti Rakaman Pas-Umno Bekerjasama, kata Husam] Audio pengakuan Pas terima duit Umno mula tersebar.

Selasa, 27 Februari 2018

Nik abduh mengaku pas ambil duit umno...audio.






Sebahagian audio rakaman yang didakwa menjadi bukti pengakuan kerjasama antara Umno dan Pas mula tersebar malam ini yang dikatakan suara seorang AJK Pas Pusat.
Kewujudan audio ini  mula didedahkan oleh Naib Presiden Amanah, Husam Musa di Kota Bharu 18 Februari lepas apabila beliau mendakwa mempunyai rakaman itu.
Audio dengan latar belakang pengakuan berdurasi 2.30 minit itu tersebar mulanya dikesan dalam Facebook Ketua Amanah Marang, Miqdad Zakaria itu kemudiannya telah dikesan disebarkan melalui media sosial yang lain khasnya whatapps.
Video klip yang berasaskan audio itu bertajuk ‘Bukti Pas ambil duit Umno’ itu memaparkan suara penjelasan seorang yang dikatakan AJK Pas Pusat itu menjelaskan bagaimana ia bermula.
Ia dikatakan bermula apabila sesetengah pemimpin Pas tidak berpuashati dengan dakwaan pemimpin Pas yang lain menerima duit Umno.
Beliau bersama beberapa rakannya dikatakan menuntut penjelasan secara tertutup daripada AJK PAS Pusat berkenaan dan sessi tersebut telah dirakamkan audionya.
Sebelum ini, dalam ceramahnya di Kota Bharu, Husam Musa mendakwa mempunyai bukti pengakuan ini dan pihak yang membuat pengakuan itu meminta agar ia jangan disebarkan atau “akan disumpah menjadi abu.”
Ekoran itu, seorang ahli Pas di Kuala Terengganu telah membuat laporan polis mengenainya.
Malaysia Dateline
Read More

[Video Jangan takut, sambut saya esok di Pekan] Selepas Najib lawat Langkawi, Dr Mahathir lawat Pekan pula.

Selasa, 27 Februari 2018

Selepas Najib lawat Langkawi, Dr Mahathir ke Pekan

Selepas Najib lawat Langkawi, Dr Mahathir ke Pekan
Dr Mahathir ketika bertemu penyokongnya di Sg Petai, Melaka semalam. Beliau akan berkempen di Pekan, Pahang, iaitu kawasan parlimen Perdana Menteri Najib Razak pada Rabu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Februari, 2018.

DR Mahathir Mohamad akan berkempen di Pekan, Pahang Rabu ini, yang dilihat sebagai langkah untuk menentang anak didik yang kini jadi musuhnya, Perdana Menteri Najib Razak.
Kedatangan Dr Mahathir ke kawasan Parlimen Najib itu juga menandakan Bersatu akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Bersatu merupakan satu daripada empat parti dalam Pakatan Harapan (PH). Dr Mahathir telah dinamakan sebagai calon perdana menteri pakatan pembangkang itu.
Lawatan Dr Mahathir itu akan berlaku seminggu selepas Najib melawat Langkawi, Kedah, kawasan yang turut berada dalam senarai dikatakan bakal ditandingi Dr Mahathir pada PRU14. 
Dalam lawatan Najib ke Langkawi, beliau telah mengumumkan projek infrastruktur bernilai RM1.3 bilion dan memberitahu penduduk yang Dr Mahathir tidak akan dapat berkhidmat dengan baik untuk mereka.
Minggu ini, Dr Mahathir merancang untuk mengurangkan sokongan terhadap Najib di kawasan luar bandar Pekan. Menurut sumber, pemimpin berusia 92 tahun itu dijadualkan akan membuat lawatan ke Felda Chini dan komuniti Orang Asli.
Dr Mahathir dijangka akan menyentuh isu kontroversi Felda dengan harapan menarik pengundi dan membuatkan mereka tidak mengundi Najib.
Namun, walaupun Dr Mahathir masih mempunyai pengaruh di kalangan pengundi luar bandar Melayu, sumber mengatakan beliau menghadapi cabaran berdepan pengundi di Pekan, yang setia menyokong Najib dan Barisan Nasional (BN).
Malah, Dr Mahathir juga tidak akan dapat berucap dalam ceramah di Pahang kerana tidak diberikan kebenaran.
"Mereka tak akan benarkan beliau adakan acara di sini. Ada banyak halangan," kata sumber kepada The Malaysian Insight mengenai lawatan itu.
"Buat masa ini, beliau hanya akan bertemu orang ramai dan bercakap dengan mereka (tanpa majlis rasmi)," kata sumber itu lagi.
Cubaan awal pembangkang bagi lawatan mengejut di Pahang, khasnya di Pekan menemui kegagalan.
Najib mewarisi kerusi Pekan selepas kematian bapanya, Abdul Razak pada 1976 dan terus berkuasa di situ sehingga sekarang.
Kerusi itu secara tradisinya ditandingi PAS tetapi telah diambil alih PKR yang meletakkan Fariz Musa pada Pilihan Raya Umum ke-13. Fariz tewas kepada Najib dengan beza 51,278 undi. 
Minggu lepas Najib juga telah melawat Pekan dan memperuntukkan RM564 juta untuk program tebatan banjir.
PH dan Bersatu masih belum mengumumkan calon bagi kawasan Pekan. – 26 Februari, 2018.
TMI.




Read More

Monday, 26 February 2018

[Video Tun Mahathir Setuju Pakatan Beri 20% Hasil Royalti Minyak Untuk Kelantan] Pemimpin Pas tuduh AMANAH projek Barat pecahkan gerakan Islam & Tuduhan 'Puak Lobai' itu ekoran terbitnya buku terbaru Ahmad Lutfi tentang AMANAH.

Selasa, 27 Februari 2018

Pemimpin Pas tuduh AMANAH projek Barat pecahkan gerakan Islam

Tuduhan pemimpin Pas itu ekoran terbitnya buku terbaru Ahmad Lutfi Othman tentang AMANAH.

Tular di media sosial komentar Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Riduan Mohamad Nor tentang AMANAH yang dituduhnya sebagai projek Barat.
Memanggil AMANAH sebagai ‘Pan’, ulasannya di keratan Facebook Friends of Pas itu turut mendakwa AMANAH sebagai paling jahat.
“Ana (Saya) tak nampak ada ciri-ciri parti Islam pada Pan. Ianya merupakan projek barat untuk pecah-belahkan gerakan Islam.
“Cuba baca memoir General Ali Moertopo. Bagaimana peranan geng-geng alami digunakan CIA (Agensi Perisikan Pusat) untuk pecahkan kekuatan ummah,” katanya.
Riduan, 46, selanjutnya mengaitkan AMANAH dengan Rand Corporation iaitu sebuah Pusat Penelitian dan Kajian Strategik Islam di Timur Tengah yang dibiayai oleh Amerika Syarikat (AS).
“Sama juga Rand Corporation. Pan adalah jamaah dhirar yang paling jahat setakat sejarah negara kita,” tambahnya lagi.
Reaksi Riduan itu ekoran perkongsian tentang hebahan buku terbaharu wartawan Ahmad Lutfi Othman bertajuk ‘Parti Islam Amanah’.
Buku berharga RM40 itu hanya dijual secara atas talian dengan pesanan terus melalui Luqman Hakim (019-2903291).
MD.
Read More

[Video Tanah Felda Tergadai? Hutang Felda cecah RM12.6 bilion? Najib & Shahrir TAKUT Bentang Penyata Kewangan!

Selasa, 27 Februari 2018

Image result for Gambar Felda tergadai

Related image

Related image

HUTANG FELDA DIUNJURKAN CECAH RM12.6 BILION BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2017

Untuk pengetahuan umum, sehingga sekarang Felda masih lagi belum mematuhi kehendak akta agar penyata kewangannya dihantar ke Dewan Rakyat bagi tahun-tahun selepas 2014. Penyata kewangan Felda yang telah diaudit yang masih tertunggak sehingga kini ialah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 dan 31 Disember 2016.

Perkara ini telah ditimbulkan oleh pihak media sejak awal tahun 2017 setelah isu kedudukan kewangan Felda mula mendapat perhatian orang ramai.

Semakan saya ke atas laporan-laporan berita mendapati setakat 11 Februari 2017, penyata kewangan Felda yang diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 belum lagi dibentangkan kepada Lembaga Pengarah (seperti laporan NST https://sg.news.yahoo.com/feldas-delayed-2015-financial-sta…)

Menurut laporan NST itu juga, Tan Sri Shahrir Samad yang baru dilantik sebagai Pengerusi Felda ketika itu berjanji untuk membentangkan penyata kewangan Felda yang diaudit bagi tahun 2015 itu pada sesi parlimen Mac 2017.

Saya membangkit perkara ini sekali lagi dalam satu kenyataan media pada 24 Ogos 2017 yang lalu untuk mendapat pengesahan dari pihak Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Shahrir Samad bahawa penyata kewangan Felda yang diaudit bagi tahun berakhir 31 Disember 2015 dan 31 Disember 2016 akan dibentangkan di sidang parlimen Oktober ini.

Sehingga kini masih tiada jawapan.

Saya tahu Dato’ Seri Najib dan Tan Sri Shahrir mengambil pendekatan mendiamkan diri dengan harapan perkara ini akan mati begitu sahaja. Saya juga faham bahawa penyata kewangan Felda yang diaudit bagi tahun-tahun 2015, 2016 dan 2017, jika dibentangkan, akan mendatangkan masalah politik kepada Dato’ Seri Najib.

Oleh kerana mereka memilih untuk tidak menjawab, maka saya mengambil jalan baru iaitu membuat analisa kewangan mengenai kedudukan kewangan terkini Felda (berdasarkan penyata kewangan diaudit yang terakhir iaitu 31 Disember 2014 dan pelbagai laporan media dan jawapan menteri di Parlimen). Daripada analisa kewangan ini, saya boleh mengunjurkan beberapa penunjuk kewangan penting seperti jumlah hutang terkini, jumlah keuntungan dan lain-lain.

Sila rujuk lampiran yang disertakan bersama.

Berdasarkan penyata kewangan Felda yang diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 dan maklumat-maklumat lain mengenai jumlah hutang yang diambil oleh Felda dan anak syarikatnya dalam tahun 2015 hingga 2017 (rujuk laporan Malaysiakini https://www.malaysiakini.com/news/393696 dan laporan berita perniagaan Indonesia http://m.kontan.co.id/…/felda-dikabarkan-incar-porsi-mayori… ), saya mengunjurkan bahawa hutang terkumpul Felda dan anak syarikatnya akan mencecah RM12.6 bilion menjelang tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017.

Ini mengambil kira kedudukan kewangan Felda dan anak syarikatnya yang mengalami kerugian sejak tahun 2012 dan pendapatan kumpulannya dijangka tidak melebihi RM1 bilion setiap tahun. Dalam keadaan ini, saya mengunjurkan Felda dan anak syarikatnya tidak berkemampuan untuk membayar hutang pokok dan hanya membayar faedah tahunan di antara tahun 2015 hingga 2017.

Oleh itu, jumlah hutang terkini bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 boleh diunjurkan dengan mengambil baki hutang terakhir yang diaudit setakat 31 Disember 2014 dan dicampur dengan hutang-hutang baru yang diambil selepas ini.

Dalam tempoh seminggu akan datang, saya akan menghuraikan setiap hari analisa kewangan yang mengunjurkan kedudukan tunai, prestasi untung rugi dan hal-hal lain bagi kumpulan Felda sehinga tahun kewangan 31 Disember 2017 yang akan memberi gambaran jelas bahawa pentadbiran Dato’ Seri Najib akan menghadapi kesukaran untuk melaksanakan janji-janji beliau kepada peneroka Felda yang diumumkan beberapa bulan lalu.

Selagi Felda dan Kerajaan Persekutuan tidak mengeluarkan penyata kewangan Felda yang diaudit bagi tahun 2015 dan 2016, analisa kewangan saya ini akan menjadi rujukan majoriti rakyat dan menyukarkan Dato’ Seri Najib untuk berdepan dengan kemarahan rakyat terutamanya peneroka Felda.

Oleh itu, cara terbaik untuk Dato’ Seri Najib mempertahankan janji-janji yang dibuat kepada peneroka Felda ialah dengan memastikan penyata kewangan yang diaudit bagi tahun 2015 dan 2016 dibentangkan dengan segera di sesi Parlimen akan datang yang bermula pertengahan Oktober 2017.

Saya jemput orang ramai dan pihak media untuk terus mengikuti sidang media saya yang akan datang selama seminggu untuk mengikuti analisa unjuran kedudukan kewangan Felda yang terkini sehingga 31 Disember 2017.

RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN

NAIB PRESIDEN KEADILAN

Read More

[Video Pertembungan 3 Penjuru, Siapa Pilihan Rakyat?] Mengundi Kali Pertama Lepas 46 Tahun Kerana Mahathir.

Selasa, 27 Februari 2018

Image result for Foto Pangkah BN atau Pakatan Harapan

MENGUNDI KALI PERTAMA LEPAS 46 TAHUN KERANA MAHATHIR


Semasa menjadi perdana menteri kerajaannya mengundang kagum yang meluas, selain tidak kurang juga kecaman ekoran gaya Tun Dr Mahathir itu yang biasanya ‘keras’.
Kini watak yang sama dijadikan andalan Pakatan Harapan untuk mencipta sejarah mengetepikan BN buat kali pertama daripada kerajaan pusat.
Kerana Dr Mahathir ada pihak yang menggerakkan kempen merosakkan undi, selain kumpulan lain terus mencurigainya.
Namun bagi seorang lelaki yang bakal mengundi untuk kali pertama semasa pilihan raya umum (PRU) ke-14 ini, Dr Mahathir menjadi sebab untuk dia menyokong Pakatan Harapan (HARAPAN).
Kata Tony Ang kekagumannya kepada Dr Mahathir wujud sejak sekian lama malah sebelum dia berkesempatan bertemu dengan pengerusi HARAPAN itu semalam.
“Dia idola saya,” kata lelaki berusia 46 tahun itu ketika ditemui di Krubong, Melaka.
Ang berada di situ untuk bertemu dengan Dr Mahathir yang memang dijadualkan melawat kawasan berkenaan.
Dilihat mengenakan topi dengan lambang bunga raya Ang tidak menyimpan curiga terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) walaupun ia adalah pertubuhan yang hanya menerima bukan Melayu sebagai anggota bersekutu.
Semasa bertemu dengan Dr Mahathir, Ang membawa bersamanya satu bingkai berisi empat keping gambar. Antara gambar itu terpapar imej Ang dan isterinya bersama Dr Mahathir.
Daftar sudah, tunggu mengundi
Gambar berkenaan dirakam 15 tahun lalu dan Dr Mahathir menurunkan tandatangan buat pasangan terbabit.
Semalam Ang hadir untuk mendapatkan tandatangan bekas perdana menteri berkenaan sekali lagi. Dan Dr Mahathir tidak menghampakan Ang.
Gambar yang dibawa itu dirakam semasa Dr Mahathir melawat Papua New Guinea pada 2003 – dan ia adalah lawatan rasmi beliau ke luar negara sebagai perdana menteri.
Dr Mahathir berundur dari jawatannya sebulan kemudian.

Kata Ang dia bekerja sebagai pengurus sebuah pasar raya di Papua New Guinea dan – seperti semua warga Malaysia lain – hadir ke majlis dihadiri Dr Mahathir selepas mendapat jemputan daripada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di negara berkenaan.
Ang menghabiskan masa selama 25 tahun di Papua New Guinea sebelum kembali ke Malaysia tiga tahun lalu dan membuka sebuah restoran.
“Saya letak gambar ini di rumah. Hari ini saya datang untuk berjumpa beliau sekali lagi, nak dapatkan tandatangan,” katanya.
Dia juga tidak pernah mengundi dalam mana-mana PRU di negara ini kerana menghabiskan masa di luar Malaysia.
Kali ini Ang berkata dia akan menunaikan tanggungjawabnya sebagai warganegara dan mengundi untuk menentukan masa depan negara.
“Saya sudah mendaftar, dan akan mengundi BERSATU. Saya mengagumi Dr Mahathir.
“Saya suka benar cara dia bercakap, gaya pendekatannya – itu membuat saya kagum kepada beliau,” katanya.
Bekas perdana menteri selama 22 tahun itu melawat Melaka semalam dan singgah di beberapa lokasi dengan acara kemuncaknya berlangsung di sebuah ceramah di Alor Gajah.
Melaka pada umumnya bukanlah sebuah negeri yang mempunyai pengaruh pembangkang yang meluas.
Sokongan utuh yang membolehkan BN terus kekal berkuasa di negara itu datang daripada kawasan luar bandar dan pengundi Melayu.
Kali ini kemunculan BERSATU diharap dapat mengubah keadaan dengan menarik sokongan pengundi Melayu kepada parti berkenaan.
Pada PRU ke-13 pembangkang hanya memenangi tujuh daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri Melaka.
Enam daripadanya oleh DAP dan satu PAS. Kerusi berkeanan kebanyakannya terletak di kawasan bandar atau separa bandar.
– M’kini
 Malaysia Chronicle
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena