Thursday, 29 March 2018

[Video Lim Guan Eng: Janganlah susahkan rakyat dengan GST!] Dengan rating populariti PM yang merosot, tiga helah Najib untuk singkirkan Pakatan Harapan.

Khamis, 29 Mac 2018


Tiga helah Najib untuk singkirkan Pakatan Harapan

Dengan rating populariti yang merosot, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tahu bahawa beliau semakin kehilangan sokongan rakyat maka beliau cuba menyingkirkan pakatan pembangkang sejak pilihan raya umum (PRU) 2013. Menjelang PRU 2018 yang semakin hampir tiba, Najib mempunyai tiga muslihat utama – persempadanan semula, rang undang-undang (RUU) antiberita palsu dan penangguhan pendaftaran pakatan pembangkang oleh RoS.
Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Timbalan Presiden MCA Wee Ka Siong dan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Teng Chang Yeow menyelar DAP kerana ingin menyingkirkan MCA dan Gerakan. Sedangkan, sebenarnya Najib yang cuba segala cara untuk menyingkirkan pembangkang daripada landskap politik Malaysia.
Selepas kejutan pada PRU ke-13, Najib faham bahawa sekiranya BN bertembung secara langsung dengan Pakatan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi, BN akan kehilangan kuasa di peringkat persekutuan. Untuk menumbangkan pembangkang, Najib cuba menghapuskan Pakatan Rakyat dengan menyingkirkan Anwar, selain mengumpan PAS menyokong UMNO dan memainkan sentimen kononnya pakatan pembangkang didalangi DAP dan Lim Kit Siang.
Namun Najib tidak menjangkakan isu 1MDB bertukar menjadi skandal yang begitu besar yang akhirnya menyebabkan perpecahan UMNO. Beliau juga tidak menyangka Tun Dr Mahathir Mohamad akan menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan menyertai Pakatan Harapan, yang seterusnya membolehkan pembangkang bangkit semula lebih kuat berbanding sebelumnya.
Dengan menamakan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri ke-7 dan Anwar yang ke-8, selain penyelesaian rundingan untuk 165 kerusi parlimen di Semenanjung pada 7 Januari 2018, diikuti pelancaran manifesto rasmi – yang digelar sebagai Buku Harapan – Pakatan Harapan bersedia untuk mengambil alih Putrajaya.
Pada PRU ke-14, Najib akan cuba sedaya upaya “mencuri” pilihan raya. Itu yang sedang dilakukannya sekarang, dengan tiga muslihat bertujuan menyingkirkan Pakatan Harapan.
Pertama, dengan memanipulasi sistem pilihan raya melalui persempadanan semula. Sekiranya sempadan pengundian pilihan raya akan datang diluluskan, BN mampu meraih 60% kerusi Parlimen dengan hanya memerlukan 40% undi popular. Wong Chin Huat dalam menjelaskan hal ini malah memberitahu kemungkinan dengan 40% undi itu, BN mampu meraih dua per tiga majoriti.
Laporan persempadanan semuala akan dibahaskan di Parlimen minggu ini dan dijangka akan diluluskan dengan majoriti mudah. Pilihan raya umum akan datang akan jadi begitu mencabar buat Pakatan Harapan, terutamanya di Johor, Selangor dan Perak.
Muslihat kedua Najib adalah dengan mengekang media digital. Penggantungan portal berita The Malaysian Insight dan penggantungan beberapa kumpulan media sosial yang berpengaruh dalam tempoh beberapa minggu sebelum PRU boleh dilihat sebagai percubaan Najib mengekang media atas talian. RUU Antiberita Tidak Benar dibentangkan di sesi Parlimen kali ini juga akan disalah guna ketika pilihan raya sebagai alat untuk menindas pengkritik kerajaan dan pemimpin pembangkang sementara cybertrooper BN menyebarkan fitnah di medium sama dengan menyerang Pakatan Harapan.
Kerajaan BN secara langsung dan tidak langsung mengawal semua media perdana namun masih takut dengan pengaruh media digital. Maka, undang-undang antiberita palsu dicipta bagi menghalang pembangkang menggunakan platform lain yang ada untuk menyampaikan maklumat kepada umum.
Ketiga, kerajaan Najib masuk campur dalam proses RoS mendaftaran pakatan pembangkang, termasuk cuba membatalkan pendaftaran DAP dan PPBM. Sejak era Pakatan Rakyat sedekad lalu sehingga pembentukan Pakatan Harapan hari ini, kita cuba mendaftar sebagai pakatan rasmi dan bertanding di bawah satu logo yang sama namun permohonan itu tidak pernah diluluskan RoS.
Akhirnya, semua ini menyebabkan perlawanan di padang yang tidak rata dengan BN dan Najib memiliki semua kuasa dan sumber memanipulasi pilihan raya. Namun tanpa sokongan rakyat, semua ini akan jadi tidak bererti. Dalam menghadapi taktik kotor Najib yang mahu menghapuskan Pakatan Harapan, kita perlukan penyertaan daripada semua rakyat Malaysia bagi mengubah situasi dan memenangi perlawanan ini. Saya menyeru semua rakyat Malaysia tampil dan menjadikan PRU ke-14 sebagai titik permulaan dalam membaharui negara kita. – Roketkini.com
Read More

[Video Azmin bawa peta tanah Ijok, 'sekolahkan' ADUN Umno] ‘Najib tak malu’, kata Tun.

Khamis, 29 Mac 2018

‘Najib tak malu’


Najib malu jika Perdana Menteri (PM) Malaysia terdiri dari orang tua berumur 90 tahun lebih.
Tetapi Najib tak berasa malu apabila Malaysia mempunyai PM yang dunia kenal sebagai kleptokrat, perasuah dan pencuri.
Apabila percubaan untuk membersihkan duit yang dicuri dari 1MDB oleh anak tirinya dengan membeli mahligai di London, New York dan Hollywood, membuat filem lucah dan sebagainya dan didakwa oleh Department of Justice Amerika Syarikat kerana melanggar undang-undang “money laundering” di Amerika dan harta-harta yang dibeli dirampas, Perdana Menteri Malaysia yang dituduh terlibat tidak berasa sedikit pun malu.
Kapal layar Equanimity dirampas oleh polis Indonesia bersama Federal Bureau of Investigation (FBI) – Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat. TV dan majalah Indonesia melapor kapal ini dibeli dengan duit yang dicuri dari 1MDB oleh Jho Low, sahabat karib Najib. Seluruh Indonesia dan kepimpinannya sekarang tahu Najib terlibat dengan mencuri duit 1MDB, Najib sedikitpun tak berasa malu.
Malah Najib hadiri mesyuarat ASEAN/Australia di Melbourne tanpa sedikit pun berasa malu berada bersama Presiden Indonesia dan Perdana Menteri Australia dan Singapura, bahkan semua ketua-ketua kerajaan yang hadir tahu akan pencuriannya.
Tidak pun malu apabila cuba menasihat ketua-ketua Kerajaan ASEAN dan Australia akan cara menangani masalah.
Negara malu mempunyai Perdana Menteri yang seluruh dunia percaya telah selewengkan berbillion Ringgit duit Kerajaan. Negara malu Malaysia diklasifikasi sebagai negara rasuah dan kleptokrasi. Demikianlah rakyat berasa malu sehingga tidak mengakui rakyat Malaysia apabila ditanya di luar negara.
Rakyat Malaysia malu tetapi Perdana Menteri mereka tidak malu. Kononnya mempunyai Perdana Menteri, berumur lebih dari 90 tahun memalukan Najib.
Sesungguhnya amat pelik Perdana Menteri Malaysia ini. Apalah nasib rakyat Malaysia mendapat Perdana Menteri yang dipandang hina oleh dunia dan tak tahu malu.
Rakyat malu.
Najib tak malu; tak malu apabila berjumpa dengan pemimpin negara lain dengan berlagak sebagai seorang yang boleh nasihat pemimpin negara lain. – Roketkini.com
*Diterbitkan lebih awal di blog Tun Dr Mahathir: http://chedet.cc/?p=2830
Read More

Wednesday, 28 March 2018

[Video Amanah Yakin Mampu Tadbir Kelantan!] Pasar Baru Pasir Mas-"BAYARAN PARKING akan dikenakan SELEPAS PRU14" & Mahkamah Syariah Kota Bharu semak perkahwinan ketua SPRM.

Khamis, 29 Mac 2018
Foto Otai BERSIH.

Ketua kampung yang masih sokong UMNO suka dihina kot.
Foto Otai BERSIH.
Picture paling Rare dlm himpunan semalam..!!

Foto Otai BERSIH.

Foto Otai BERSIH.

Foto Otai BERSIH.

Foto Otai BERSIH.




Otai BERSIH menambah 4 foto baharu
1 jam
"BAYARAN PARKING akan dikenakan SELEPAS PRU14 kpd pengunjung Pasar Baru Pasir Mas" - Pegawai MDPM, kerajaan PAS Kelantan.
Ini jawapan yang diperolehi setelah pihak saya menghubungi pihak Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM).
Salah seorang wanita peniaga keropok yang saya temui memberi jawapan yang jauh lebih baik daripada jawapan kerajaan, katanya "Apa apa bayaran tambahan atau bayaran parking jika nak dibuat sekalipun biarlah selepas perniagaan di Pasar Baru Pasir Mas maju"
Semakan yang dibuat oleh pihak saya mendapati:
- Pemajak bagi proses kutipan bayaran tempat letak kereta telah pun ada.
- Infra kutipan bayaran seperti pondok di pintu keluar pasar telah pun siap dibina
- Cadangan bayaran kutipan adalah RM2 sekali masuk dan RM0.50 sen bagi setiap jam berikutnya.
Apakah pandangan saya dalam hal ini?
1. Kerajaan PAS Kelantan terutamanya MDPM perlu lebih bijaksana dalam mengurus pasar. Keutamaan sekarang bukanlah membina pondok bayaran kutipan letak kereta, tetapi Pasar Baru Pasir Mas perlu dipastikan bersih, sempurna, selamat, selesa dan menjadi kunjungan ramai.
2. Jawapan "BAYARAN PARKING akan dikenakan SELEPAS PRU14..." adalah sangat tidak patut. Ia menggambarkan niat tidak baik dan keputusan tidak bijak oleh pemerintah.
3. Dalam PRU14 nanti Pengundi Pasir Mas terutamanya para peniaga dan pengunjung Pasar Pasir Mas perlu menolak parti PAS (terbukti gagal mengurus walaupun sebuah pasar) dan UMNOBN (punca harga barang mahal dek kerana cukai GST dan kelemahan pemerintahan).
4. PILIHLAH PAKATAN HARAPAN.

Mahkamah Syariah Kota Bharu semak perkahwinan ketua SPRM

Mahkamah Syariah Kota Bharu semak perkahwinan ketua SPRM

Ketua Pesuruhjaya SPRM Dzulkifli Ahmad dan pasangannya melangsungkan perkahwinan di Kota Bharu pada 24 Januari lalu. Mereka kemudian dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah sehari selepas itu kerana melanggar peruntukan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Kelantan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Mac, 2018.
MAHKAMAH Tinggi Syariah Kota Bharu membuat semakan terhadap pendaftaran perkahwinan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dzulkifli Ahmad dengan wanita yang sebelum ini didakwa ada hubungan sulit dengannya.
Dzulkefli dan pasangannya atau wakil mereka bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah.
Menurut sumber mahkamah, semakan oleh Hakim Syariah Norhasney Ridhwan Hassan itu pada ketika ini tidak memerlukan kehadiran mereka.
Dzulkifli dan pasangannya melangsungkan perkahwinan di Kota Bharu pada 24 Januari lalu. Mereka kemudian dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah sehari selepas itu kerana melanggar peruntukan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Kelantan, tambah sumber berkenaan.
Menurut sumber itu, pasangan itu didenda RM250 pada 25 Januari lepas.
“Pendakwaan itu dibuat kerana pasangan bernikah tanpa kebenaran Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Jabatan Hal Ehwal Islam Kelantan,” kata sumber berkenaan kepada wartawan.
Tahun lalu, beberapa klip video yang mendakwa ketua pesuruhjaya SPRM itu mempunyai hubungan dengan isteri orang tersebar di Internet. Dzulkifli ketika itu tidak menafikan tuduhan berkenaan tetapi tidak juga mengesahkannya.
Beliau sebaliknya menyifatkan tuduhan berkenaan sebagai "taktik kotor" yang dilemparkan terhadapnya kerana ketegasannya dan pendekatan agresif SPRM melawan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Dzulkifli kemudian disiasat oleh polis di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan atas dakwaan memikat isteri orang untuk mengadakan persetubuhan haram, selepas tersebarnya siri klip video yang menunjukkan beliau bercuti dengan seorang wanita di Bali, Indonesia.
Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dalam jawapan bertulisnya kepada Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo minggu lalu menyatakan kes terhadap Dzulkifli telah ditutup kerana tiada bukti kukuh untuk meneruskan siasatan terhadapnya.
Dalam jawapannya, Zahid berkata kertas siasatan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara dua kali pada 17 Oktober dan 30 Oktober tahun lalu, tetapi dikembalikan kepada polis untuk tindakan lanjut dan kemudiannya ditutup kerana tiada bukti untuk meneruskan siasatan.
"Kertas siasatan itu dirujuk kembali kepada AG dan diputuskan bahawa pernyataan pada masa ini menunjukkan sebarang elemen di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan," kata Zahid. – 27 Mac, 2018.
TMI.
Read More

[Video Kerana Kit Siang, MP UmnoBN 'kecoh' lagi & Speaker kata, saya tak nampak pun Kit Siang dalam dewan?] Melayu bukanlah hakmilik Umno utk dimonopoli dan dimanipulasi! 'BANGUNLAH MELAYU!' & 'JANGANLAH DIPERBODOHKAN!'

Khamis, 29 Mac 2018

*BANGUNLAH MELAYU !!!*
*JANGANLAH DIPERBODOHKAN !!!*
Telah termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan bahawa setiap rakyat Msia bebas memileh parti politik yang mereka ingini. Dan sekiranya sesiapa menolak UMNO bukanlah ia menjadi satu kesalahan undang-undang. Menolak UMNO tidak sesekali akan mengurangkan kemelayuannya, tidak akan mencacatkan kecintaan terhadap negara dan ianya juga tidak akan mencemarkan keagamaannya.
Melayu bukanlah hakmilek UMNO utk dimonopoli dan dimanipulasi atau mempunyai hak mutlak terhadap perpaduan Melayu. Punca utama perpecahan Melayu adalah budaya UMNO yg ingin memenjarai minda Melayu. UMNO amat condong kepada sistem autokratik dan menyemai mentaliti taqlid buta terhadap ahli-ahli nya. Apakah UMNO ingat Melayu adalah kawanan lembu yang boleh dipaksa mengikut rentaknya? *Sudah sampai masanya menghapuskan UMNO*
Kerajaan hanyalah satu wadah yang melaluinya, rakyat mencapai pelbagai matlamat untuk kebaikan dan kepentingan bersama. Ianya juga bukanlah sesuatu entiti yang menekan atau menindas rakyatnya!
Apa yang Melayu akan hilang dengan menolak UMNO? Mereka akan hanya melenyapkan rantai yang selama ini memenjarai minda mereka.
*Sudah sampai masanya Melayu menyedarkan pemimpin-pemimpin UMNO siapa tuan sebenar yang membayar gaji mereka. Pemimpin-pemimpin politik mestilah menrealisasikan aspirasi rakyatnya, bukannya untuk dieksploit dan dimanipulasi untuk kesenangan mereka !!!*
Read More

[Video PARLIMEN 2018 KECOH: Speaker Tolak Usul MACAM SARKAS!] Taktik kotor sang pemerintah untuk kekal berkuasa! Pemimpin Umno kini sombong, ‘kaki tak cecah bumi’, kata Rais.

Khamis, 29 Mac 2018

Foto Otai BERSIH.
Taktik kotor sang pemerintah untuk kekal berkuasa..


Pemimpin Umno kini sombong, ‘kaki tak cecah bumi’, kata Rais

Pemimpin Umno kini sombong, ‘kaki tak cecah bumi’, kata Rais
Jho Low perlu disiasat demi maruah negara, undang-undang berita palsu dibuat dengan tergesa-gesa sehingga menimbulkan kebimbangan senjata makan tuan di masa depan, kata Rais Yatim hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Mac, 2018.

PEMIMPIN veteran Umno, Dr Rais Yatim meneruskan kritikannya terhadap parti itu, mengatakan pemimpinnya kini “sombong” dan mudah melenting apabila ditegur.
Penasihat sosiobudaya kerajaan bertaraf menteri itu menjawab kembali kritikan Ketua Penerangan Umno Annuar Musa yang mengatakan beliau dan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Rafidah Aziz sebagai “out of touch” dalam urusan pentadbiran dan kerajaan.
“Memang senang tuduh kami sudah ‘lost touch’ dengan keadaan akar umbi. Yang dimaksudkan dengan ‘lost touch’ itu agaknya ialah ‘kaki dah tak cecah bumi’.
“Ku semangat! Sebenarnya para pemimpin kita lah yang ‘kaki dah tak cecah bumi’. Sombong, gah tinggi dan tak suka ditegur; disanggah sikit melenting,” kata Rais dalam surat terbuka kepada Annuar yang disiarkan dalam akaun Facebooknya awal pagi ini.
Dalam kenyataannya semalam, Annuar yang juga ahli Parlimen Ketereh berkata, Rais, 75, dan Rafidah, 74, turut menghidap “sindrom pasca persaraan” akibat setelah sekian lama memegang kedudukan penting dalam kerajaan.
“Daripada rungutan mereka, ternyata mereka sudah ‘out of touch’ dengan urusan pentadbiran dan kerajaan.
“Mereka juga kelihatan masih terikat dengan pendewaan personaliti (personality cult) bos lama yang juga bos saya dulu,” kata Annuar merujuk kepada bekas perdana menteri yang kini Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Dr Mahathir Mohamad.
Dalam jawapan balas dalam surat terbukanya, Rais mengingatkan Annuar beliau merupakan individu yang menegur dan tidak berkecil hati sekiranya “ditegur dan dihempas pulas”.
“Sebenarnya semua hal yang di bangkitkan itu sudahpun saya sampaikan kepada Perdana Menteri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi melalui saluran hormat, iaitu:
• Kenapa Jho Low (Low Taek Jho) harus disiasat demi maruah negara. Dia tak boleh lebih tinggi daripada Malaysia dan Umno. Perlakuan tutup buku sebelum disiasat tidak sejajar dengan Rukunegara dan semangat Perlembagaan.
• Jawapan kepada semua ungkitan antarabangsa dan domestik tentang 1MDB mesti dihurai dengan jelas.
• Rang Undang-undang Antiberita Tak Benar boleh jadi senjata makan tuan kemudian kerana dibuat secara tergesa-gesa tanpa penelitian mendalam darihal implikasi konflik hak dan perundangan. Bila sudah tak berkuasa nanti (barang dijauhi Allah), baru tahu langit dan bumi tinggi-rendah!
• Keutamaan keutuhan undang-undang wajib dipertahankan
• Budaya Tinggi dalam parti dan kerajaan wajib diberi penegasan utama.
• Perjuangan anti-rasuah mesti atas asas Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan – patut dan adil kesaksamaannya,” katanya.
Rais dan Rafidah sebelum ini lantang mengkritik pentadbiran Najib terutamanya selepas kapal mewah The Equanimity yang dikaitkan dengan Jho Low dan skandal rasuah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dirampas pihak berkuasa Indonesia atas permintaan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat.
Rais, Rafidah dan Annuar pernah berada dalam Kabinet Dr Mahathir. 
Rais pernah menentang Dr Mahathir ketika bersama Tengku Razaleigh Hamzah dalam Parti Melayu Semangat 46 selepas perpecahan berlaku dalam Umno pada akhir 1980an. – 28 Mac, 2018.
TMI.

Read More

[Video PARLIMEN 2018: SHAFIE APDAL Warisan - BALUN BAH! Persempaanan Semula cakap tak serupa bikin] Persempadanan semula dibentangkan secara tergesa2 & Ini semua taktik jahat Umno/BN utk menang PRU14! Ini namanya PENCURI PILIHANRAYA!

Khamis, 29 Mac 2018
Foto Otai BERSIH.
Banggalah sebaris dengan negara-negara diktator.

Foto Otai BERSIH.



Persempadanan semula yg UMNO/BN bentangkan secara tergesa2 dlm parlimen sebentar tadi, SELANGOR ada lah negeri yg paling byk perubahan penambahan kerusi dan penukaran nama.....ada 3 kawasan kubu kuat PH kerusi campuran, telah pecah jadi kerusi majority melayu di Dun tersebut....bukan Selangor shja.....Johor dan Kedah juga byk perubahan begitu...ni taktik jahat mereka......kawasan2 berbentuk campuran sudah menjadi kurang, tetapi memwujudkan kawasan yg berasaskan kaum yg memberi kelebihan kepada mereka...

Dengan keadaan luluskan RUU Persempadanan semula secara tergesa2, dlm masa yg singkat, mana mungkin rakyat faham kedudukan terbaru dan nama baru pusat mengundi mereka........penerangan pada rakyat terlalu singkat yg ketika ni bila2 sahaja UMNO/BN boleh bubar parlimen....ni semua taktik jahat UMNO/BN utk menang PRU14.... Ini namanya pencuri pilihanraya...!!

Sebarkan..

Read More

[Video Shafie Afdal: MAHU PERSEMPADANAN SEMULA DISEMAK KEMBALI] Jangan biarkan BN untuk mencuri undi, hak dan demokrasi kita & SPR jgn jadi alat Umno!

Khamis, 29 Mac 2018

Foto Otai BERSIH.
Legend sudah mari... ðŸ’ª
Selamatkan Malaysia,
Kalahkan Penipuan.
SPR jgn jadi alat UMNO!
Foto Otai BERSIH.
Foto Otai BERSIH.
TERKINI - maka YB2 PH Ahli Parlimen Malaysia telah masuk dlm perkarangan Parlimen - kini sdg cuba berunding dgn Speaker Dewan Rakyat dan pihak keselamatan utk benarkan 10 wakil rasmi JK BERSIIH utk masuk serahkan memorandum.

Foto Otai BERSIH.
Membantah Persempadanan Semula. Tuntut pilihanraya yang bersih dan adil! Jangan biarkan BN untuk mencuri undi, hak dan demokrasi kita!
Berbagai teknikal yang digunakan untuk mengekalkan kemenangan sang perompak.. maka aku antara rakyat dari segala pelusuk taman dan kampung hadir disini menolak permainan politik licik ini.. !!
Foto Otai BERSIH.

Foto Otai BERSIH.

Foto Otai BERSIH.

Foto Otai BERSIH.

Foto Otai BERSIH.

Foto Otai BERSIH.

Foto Otai BERSIH.

Foto Otai BERSIH.

Foto Otai BERSIH.
Wah... Bukan main berpegang tangan.... Pandikar haram jadah ni tidak layak menjadi Speaker Dewan Parlimen kerana dia Barua kepada BN... Speaker sepatutnya dari golongan orang Istana baru betul.., bukan dari orang BN sendiri... Tak hairanlah kalau semua usul Pembangkang ditolak...

Lu pikirlah sendiri...!!!
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena