Monday, 30 April 2018

[Video Calon Pakatan Dun Rantau Di Halang & Wan Saiful Wan Jan, calon Bersatu P11 Pendang] Gelombang Dr Mahathir kini bergabung dengan Nik Omar.

Isnin, 30 April 2018


Gelombang Dr Mahathir kini bergabung dengan Nik Omar, kata pengkaji

Gelombang Dr Mahathir kini bergabung dengan Nik Omar, kata pengkaji

“Selama ini golongan pro Islam ini mengundi Pas dan tidak akan mengundi parti lain kerana menganggap mereka tidak berapa Islam. “Penyertaan Nik Omar menjadi calon PH di Cempaka seolah-olah meletakkan logo ‘halal’ kepada PH dan AMANAH khasnya,” kata Mazlan berdasarkan kajian beliau di kalangan pengguna media sosial.

Gelombang yang telah dihasilkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kini bergabung dengan gelombang yang terbina ekoran penyertaan anak bekas menteri besar Kelantan, Nik Omar Nik Abdul Aziz.
Pengkaji politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, Nik Omar telah mencipta gelombang baru di kalangan pengundi pro Islam di negara ini khasnya di kalangan penyokong Pas.
“Selama ini golongan pro Islam ini mengundi Pas dan tidak akan mengundi parti lain kerana menganggap mereka tidak berapa Islam.
“Penyertaan Nik Omar menjadi calon PH di Cempaka seolah-olah meletakkan logo ‘halal’ kepada PH dan AMANAH khasnya,” kata Mazlan berdasarkan kajian beliau di kalangan pengguna media sosial.
Berdasarkan perkara itulah, katanya, pemimpin dan penyokong Pas paling marah kepada Nik Omar sekarang.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyudin Hassan telah mengumumkan Nik Omar dipecat serta merta dari Pas sebaik saja beliau menjadi calon PH.
NIk Omar yakin politik Nik Aziz lebih dekat dengan PH.
Padahal ia tidak perlu dibuat kerana penyertaan Nik Omar ke dalam AMANAH bermakna keahlian beliau dalam Pas tergugur dengan sendirinya.
Bagi beliau, PH kini berjaya menggabung dua gelombang iaitu yang dihasilkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Nik Omar.
“Kalau Dr Mahathir Mohamad hasilkan gelombang di kalangan Melayu luar bandar yang menyokong Umno selama ini, Nik Omar telah melahirkan gelombang baru kepada pengundi yang menyokong PAS selama ini.
“Sebab itu, apabila Nik Omar menjadi calon PH di Cempaka, pemimpin dan cybertrooper Pas paling marah,” kata Dr Mazlan.
Berdasarkan kajian beliau terhadap trend di media sosial, Dr Mazlan mendapati, ramai pengundi yang selama ini mengundi atas kepentingan Islam mula memberikan keyakinan kepada Amanah dan PH dengan penyertaan Nik Omar.
Katanya, kalau selama ini pengundi pro Islam masih was-was apakah Amanah ini parti Islam atau tidak, penyertaan Nik Omar telah menghakis keraguan itu.
“Penyertaan beliau telah berjaya memecahkan doktrin bahawa hanya Pas parti Islam dan mereka mula fikir undi PH ini tidak ada masalah,” kata pengkaji politik UTM itu.
Sehubungan itu, beliau yakin penyertaan Nik Omar telah memberikan impak besar kepada politik orang Melayu yang selama ini pro Islam.
“Bagi saya ini satu kejayaan besar Husam Musa dalam karier politiknya khasnya di Kelantan,” katanya berdasarkan Pengerusi PH Kelantan itu yang berusaha membawa Nik Omar menjadi calon PH.
Nik Omar telah membuat kejutan apabila hadir ke pusat penamaan calon dan dinamakan sebagai calon PH untuk kerusi Dewan Undangan Negeri Cempaka, Kelantan.
Ekoran itu, pelakon terkenal Wardina Suffiah berkata, sokongan beliau kepada Pakatan Harapan naik 100% dengan penyertaan Nik Omar ini.
MD.
Read More

[Video Najib Tengok Lah Kesusahan Rakyat Sabah Ni.. & Peluang Perubahan Untuk Rakyat Sabah Memilih Warisan] Rais: Gambar pemimpin komunis boleh, kenapa Dr M tidak?

Isnin, 30 April 2018


Rais: Gambar pemimpin komunis boleh, kenapa Dr M tidak?



Bekas menteri Tan Sri Rais Yatim mengkritik tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang memotong gambar Tun Dr Mahathir Mohamad dari papan iklan gergasi di Parlimen Ayer Hitam.
Beliau membayangkan SPR bersikap tidak adil kerana pada masa sama membiarkan gambar Setiausaha Agung Parti Komunis China merangkap presiden negara itu Xi Jinping pada papan iklan MCA.
"SPR benarkan gambar ketua Parti Komunis China (Xi) dan Presiden MCA (Datuk Seri Liow Tiong Lai) tetapi memotong gambar Mahathir.
"Inilah 'keadilan' di Malaysia," katanya di Twitter hari ini.
Rais berkata lagi, ia bertentangan dengan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kedudukan warga adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan sama bawah undang-undang.
selain di Ayer Hitam, kejadian serupa juga dilaporkan berlaku di Seremban.
Sebelum ini, SPR mewujudkan syarat tambahan antaranya parti politik hanya boleh menggunakan gambar dua pemimpin utama parti politik iaitu Presiden (atau setaraf dengannya) dan Timbalan Presiden (atau setaraf dengannya) dalam bahan kempennya.
Ini bermakna gambar Mahathir selaku pengerusi BERSATU dan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku ketua umum PKR tidak boleh digunakan.
SPR kemudian menjelaskan gambar bekas perdana menteri itu masih boleh digunakan tetapi hanya di kawasan yang ditandingi BERSATU.
Syarat tambahan itu memberikan kesukaran kepada HARAPAN memandangkan Mahathir adalah calon perdana menteri tetapi calon mereka bertanding menggunakan logo PKR.
Malaysiakini.

Read More

[Video IC biru, janji Dr M pada kaum India di Langkawi] 2 Profesor USM Kubang Kerian calon Pakatan Harapan.

Isnin, 30 April 2018

2 Profesor USM Kubang Kerian calon Pakatan Harapan

Dua profesor USM, Dr Wan Ahmad Kamil dan Dr Abdul halim, kini menjadi calon PH di Kelantan.

Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian tidak hanya terkenal sebagai universiti yang memiliki peralatan canggih dengan pakar-pakar perubatan yang berwibawa di rantau ASEAN, tetapi turut menghasilkan profesional tempatan bertahap pemimpin dan tokoh masyarakat dan negara.
Datuk Dr Abdul Halim Yusof, calon Pakatan Harapan bagi P.024 Parlimen Kubang Kerian ialah profesor madya bidang orthopedik, yang juga seorang tokoh masyarakat tempatan.
Dr Wan Ahmad Kamil Wan Abdullah, calon N.19 Demit pula ialah profesor bidang sains fizik dan perubatan nuklear yang telah berkhidmat selama 32 tahun di USM. Ini merupakan sejarah yang tersendiri untuk USM Kubang Kerian.
Dr Abdul Halim berkhidmat lebih 23 tahun sebagai pensyarah, profesor madya dan doktor pakar perunding ortopedik (subkepakaran pembedahan tulang belakang dan pemulihan spinal cord), di USM Kubang Kerian.
Beliau mempelopori perubatan dan pembedahan tulang belakang di HUSM. Malahan, beliau adalah antara pakar bedah tulang belakang pertama di Malaysia yang memulakan surgeri endoskopik.
Dr Abdul Halim amat dihormati oleh para pesakit, pelajar dan rakan sekerja bukan hanya kerana keilmuan dan kepakaran tetapi sikapnya yang peramah, amat berdedikasi dan komited serta teliti dalam merawat pesakit.
Sering mendapat jolokan ‘doktor yang memimpin’ beliau adalah Setiausaha Persatuan Endoskopi Tulang Belakang Dunia (World Endoscopic Spine Society (WESS) , 2012 – 2015, dan Presiden, Malaysia Spine Society, 2013 – 2015 dan Pengerusi Kelab Doktor Pakar Negeri Kelantan, 2009 – 2014.
MD.
Read More

[Video Kecoh, papan iklan ada muka Rosmah & Dah Nampak Dah Petanda Kehancuran BN] Waaaduuu, ramainye org..org Sabah sudah bangkit ni &Tian Chua heret SPR ke mahkamah.

Isnin, 30 April 2018



Foto Mel Ismail.

Tian Chua heret SPR ke mahkamah

Peguam kepada Naib Presiden PKR, Tian Chua pagi ini memfailkan saman pemula bagi mencabar keputusan pegawai pengurus pilihan raya yang tidak membenarkannya mempertahankan kerusi Parlimen Batu.
Permohonan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui Tetuan Ngeow dan Tan.
Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang memohon perisytiharan mahkamah berhubung kelayakannya untuk bertanding di kerusi Parlimen Batu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) sebagaimana ditetapkan dalam Artikel 48 (1) perlembagaan persekutuan.
Beliau juga memohon pengisytiharan layak bertanding sebagai calon dalam PRU14.
Tian Chua menamakan pegawai pengurus pilihan raya, Anwar Mohd Zain dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden.
Sabtu lalu, Tian Chua hilang kelayakan untuk bertanding di parlimen Batu selepas kertas pencalonannya ditolak berikutan denda RM2000 yang dikenakan mahkamah terhadap beliau.
Naib presiden PKR berusia 54 tahun itu dalam afidavitnya berkata mengikut undang-undang denda RM2,000 tidak menyebabkan beliau hilang kelayakan bertanding di Parlimen.
Tian Chua menambah semasa PRU13, beliau mengemukakan kertas pencalonan dan dibenarkan untuk bertanding walaupun menghadapi denda RM2,000.
Tian Chua berkata beliau telah menjadi anggota Parlimen sejak PRU13 dan speaker Dewan Rakyat tidak mempersoalkan atau menimbulkan apa-apa isu mengenai kehilangan kelayakannya.
Tian Chua berkata pada Sabtu, beliau pergi ke pusat penamaan calon di SMK Sentul Utama untuk mengemukakan borang pencalonan pada jam 9.05 pagi bagi mengambil bahagian dalam PRU14 yang dijadualkan pada 9 Mei.
Beliau menambah pada pukul 10.30 pagi, Anwar mengumumkan kertas pencalonnanya ditolak berikutan denda RM2,000 yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Pada 11.30 pagi, katanya, senarai calon diumumkan tetapi namanya tiada dalam senarai.
Tian Chua sebelum ini didapati bersalah atas tuduhan menghina seorang anggota polis tetapi selepas rayuan, denda RM3,000 dikurangkan kepada RM2,000 oleh Hakim Abdul Karim Abdul Rahman.
Bagaimanapun Tian Chua berata Anwar menolak kertas pencalonannya disebabkan denda yang dikenakan terhadapnya dalam kes itu.
Beliau juga merujuk kepada keputusan Jun 2010 di mana beliau didakwa mencederakan seorang anggota polis dan denda terhadapnya dikurangkan daripada RM3,000 kepada RM2,000.
Naib Presiden PKR itu mendakwa pegawai pengurus pilihan raya bertindak secara mala fide dengan menolak keputusan mahkamah dan keputusan speaker dan ia merupakan percanggahan dan menghina mahkamah serta doktrin pemisahan kuasa.
Tian Chua berkata, disebabkan beliau adalah penyandang kerusi parlimen Batu, keputusan itu mempengaruhi haknya dan hak partinya untuk bertanding.
Ngeow berkata kes itu ditetapkan untuk didengar pada pagi Khamis.
Peguam Gurdial Singh dan Ambiga Sreenevasan akan mewakili bagi  pihak Tian Chua.
Malaysiakini.


Read More

[Video Liew Chin Tong: 'Nak potong, potonglah. Saya tak setuju'...potong kepala aja tau!] Dr Mahathir: Betapa terdesaknya media pro-BN.

Isnin, 30 April 2018

Dr Mahathir: Betapa terdesaknya media pro-BN...



Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan bahawa beliau tidak pernah berkata bahawa perkhidmatan e-hailing akan dimansuhkan sekiranya gabungan pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang.
Dalam ciapannya di Twitter, bekas perdana menteri itu berkata beliau menyebut bahawa undang-undang semasa akan dikaji semula untuk memastikan supaya hak kedua-dua, syarikat perkhidmatan e-hailing dan syarikat teksi dilindungi.
“Tolong sebarkan tweet ini supaya rakyat tahu betapa terdesaknya media pro-BN.
Mereka tahu bahawa pemandu Grab dan taxi menolak Umno-BN,” katanya sambil melabel laporan berita itu sebagai palsu.
Mahathir juga menyertakan pautan kepada laporan Star Online mengenai berita tersebut. Tetapi apabila Malaysiakini cuba mengklik pautan tersebut, ia menunjukkan bahawa halaman itu tidak lagi wujud.
Bagaimanapun, Mahathir turut melampirkan paparan skrin artikel itu di halaman Facebooknya, yang memaparkan tajuk utama, "Dr M berkata Pakatan akan hapuskan perkhidmatan e-hailing”.
Petang tadi, Star Online menerbitkan artikel lain dengan tajuk, "Isu perhidmatan e-hailing menjadi topik panas pilihan raya".
Antara lain, laporan itu menyebut bahawa akhbar Sinar Harian melaporkan Dr Mahathir sebagai berkata akan "menghapuskan" perkhidmatan e-hailing.
Sementara itu, New Straits Times, yang memetik Sinar Harian, menerbitkan kenyataan Mahathir mengenai perkhidmatan e-hailing dengan tajuk utama, "Mahathir: Kami akan hapuskan Grab, perkhidmatan perkongsian perjalanan jika pembangkang ambil alih kerajaan."
Artikel itu juga kemudiannya dikeluarkan.
Tidak jelas sama ada Star Online juga memetik Sinar Harian dalam artikel asalnya.
Sementara itu, tajuk utama berkenaan juga mengundang kemarahan Ketua Pemuda BERSATU, Syed Saddiq Abdul Rahman.
"Ini adalah tahap Umno-BN dan Najib Razak, kerana tahu bahawa mereka telah kehilangan sokongan pemandu teksi dan juga pemandu Uber/Grab.
"Oleh itu, tahap terdesak mendorong mereka untuk menyiarkan berita palsu ini, tetapi saya percaya orang ramai mengetahui lebih baik bahawa Najib dan The Starmenyebarkan pembohongan. Pembohongan dan banyak lagi pembohongan," katanya.
Malaysiakini.
Read More

[Video Gambar Dr M kena kerat & Mampos la kau! Ceramah BN di hadapan ribuan kerusi kosong (hantu)] Dr M 'dikeluarkan' dalam 60 saat.

Isnin, 30 April 2018

Dr M 'dikeluarkan' dalam 60 saat




Anggota penguatkuasa hari ini bertindak memotong gambar Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad dari papan iklan gergasi di kawasan Parlimen Ayer Hitam.
"Kami diberitahu bahawa papan iklan kami tidak boleh mempunyai gambar Mahathir dan arahan Suruhanjaya Pilihan Raya adalah supaya gambar Mahathir dipotong," kata calon HARAPAN, Liew Chin Tong.
Pengerusi DAP Johor itu berkata SPR juga mengarahkannya supaya mengeluarkan atau tidak menaikkan semua poster, sepanduk atau kain rentang yang menampilkan gambar Mahathir.
Sekitar tengah hari tadi, anggota penguat kuasa yang memakai jaket keselamatan berwarna kuning tiba di Jalan Utama 1 di Yong Peng, lokasi papan iklan itu.
Ia menampilkan foto Dr Mahathir dengan Liew serta calon DAP kerusi DUN Yong Peng, Chew Peck Choo.
Anggota itu kemudian bertindak memotong gambar Mahathir dengan disaksikan oleh Liew dan penyokongnya.
Menurut garis panduan baru SPR, seseorang calon hanya boleh menampilkan gambar dua pemimpin parti politik - presiden dan timbalan presiden, atau mereka yang setaraf - pada bahan kempen, selain foto calon berkenaan.
Bagi kedua-dua pemimpin kanan itu pula, mereka mestilah dari parti yang diwakili oleh calon tersebut. Foto pemimpin lain dilarang sama sekali.
Bagaimanapun, Liew menolak syarat baru SPR itu sebagai mengarut dan tidak masuk akal.
"Kenapa kita tidak boleh letak gambar Mahathir? Dia adalah calon perdana menteri Pakatan Harapan," katanya.
Malaysiakini.
Read More

Sunday, 29 April 2018

[Video Rakyat Batu sedih Tian Chua 'tiada'] Tidak dapat masuk pusat penamaan, SPR tunggu siasatan polis.

Isnin, 30 April 2018

Foto Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Foto Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Tidak dapat masuk pusat penamaan, SPR tunggu siasatan polis

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan ada calon tidak dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon, sehingga laporan lengkap diperolehi dan siasatan polis dijalankan.
Menurut Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, difahamkan ada pihak telah membuat laporan polis berhubung kes tersebut, dan oleh itu adalah tidak wajar bagi pihaknya untuk memberikan sebarang kenyataan.
“SPR mengambil maklum terhadap bantahan pihak terbabit yang tidak dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon untuk menyerahkan kertas pencalonan mereka semasa hari penamaan calon di bahagian pilihan raya DUN (Dewan Undangan Negeri) Rantau dan Parlimen Rembau, Negeri Sembilan ekoran tidak mempunyai pas SPR.
"Terpulanglah kepada pihak terbabit untuk menggunakan saluran perundangan yang dibenarkan berkaitan kes itu," katanya dalam kenyataan semalam.
Sehubungan itu juga, SPR meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi memandangkan kes berkenaan masih dalam siasatan polis.
Semalam, calon PKR, Dr S Streram tidak dapat mengemukakan kertas penamaan calon selepas gagal membawa bersama pas calon seperti yang disyaratkan SPR untuk membolehkannya memasuki pusat penamaan calon bagi bahagian pilihan raya DUN Rantau dan Parlimen Rembau.
Berikutan itu, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan diisytiharkan menang tanpa bertanding kerusi DUN Rantau.
- Bernama
Malaysiakini.
Read More

[Video Hadi mimpi Nik Aziz berkaki sebelah, kata Mohd Amar] Apa pandangan mufti Perlis.

Isnin, 29 April 2018


Depa dah sekapai?


Selepas Nik Omar Nik Abdul Aziz disahkan menjadi calon Pakatan Harapan (HARAPAN) seorang Naib Presiden PAS membuat pendedahan sangat menarik semalam.
Menurut Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, sebelum hari penamaan calon pada 28 April laluDatuk Seri Abdul Hadi Awang ada menghubunginya.
Kata Mohd Amar, presiden PAS itu bercerita bahawa dia bermimpi melihat bapa Nik Omar, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, hadir dalam keadaan tempang.
Justeru, Mohd Amar yang juga calon untuk kerusi dewan undangan negeri Panchor membayangkan gambaran yang muncul dalam tidur Abdul Hadi itu ada kaitan dengan keputusan Nik Omar, 53, meninggalkan PAS untuk bersama HARAPAN.
Berdasarkan klip video yang dimuat naik Mohd Amar di Facebook, beliau pada awalnya kelihatan teragak-agak untuk mengkisahkan butiran perbincangannya dengan Abdul Hadi.
Namun kedengaran suara orang lain yang berpendapat tidak ada salahnya Mohd Amar bercerita mengenai mimpi Abdul Hadi berkenaan.
Pandangan mufti Perlis
Pengalaman mimpi itu disampaikan kepada Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Sementara itu seorang lagi anggota Jawatankuasa Pusat PAS Mokhtar Senik turut mendakwa pernah bermimpi bertemu Rasulullah.
Beliau juga pernah dilaporkan mendakwa bermimpi bertemu Sayidina Umar al-Khattab banyak kali ketika dia ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kamunting, Perak sebelum ini.
Sementara itu Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut menyentuh mengenai isu mimpi di Facebooknya hari ini.
"Ali bin Abi Talib bertempur tanpa jangkaan dengan pasukan Aishah RA dalam Perang Jamal. Demikian juga Ali bertempur dengan Muawiyah dan 'Amr al-'As dalam Perang Siffin.
"Namun, tidak pernah siapa pun dalam kalangan mereka - sekali pun mereka sahabat nabi yang rapat - menggunakan nama Nabi SAW untuk menghukum kufur atau sesat ataupun musuh Islam kepada pihak yang berlawanan dengan mereka dalam isu-isu yang terbabit.
"Tidaklah pula pernah mereka menggunakan alasan mimpi berjumpa nabi bagi berhujah menentang pihak yang berbeza. Padahal orang seperti Aishah yang merupakan isteri nabi jika dia berkata dia bermimpi berjumpa Nabi dan baginda menyatakan siapakah antara mereka di pihak yang benar, pasti tiada siapa yang boleh mempertikaikannya.
"Hal itu tidak pernah mereka lakukan. Tidak Aishah, tidak Ali, tidak Talhah dan tidak Al-Zubair," katanya.
Malaysiakini.

Read More

[Video Pastikan Kemenangan Calon Harapan PRU14] 'Kes RANTAU' Biarkan Mat Hasan nak rasa jadi ketua pembangkang di DUN N9! Belon kuning TAKUT, Baju kuning TAKUT, Kartun TAKUT, Gambar Mahathir-Anwar TAKUT, Bendera pun TAKUTTT! Woi, Tak payah buat pilihan raya lah & Beza Sg Klang dgn Spr...!

Isnin, 30 April 2018

Foto Otai BERSIH.
Belon kuning: Takut
Baju kuning: Takut
Kartun: Takut
Gambar Mahathir-Anwar: Takut
Bendera pun takut! Woi! Tak payah buat pilihan raya lah!


Foto Otai BERSIH.

Foto Otai BERSIH.
Ceramah Bn/Umno dekat Hulu Selangor, Bukit Sentosa...wow...ramai nya yang hadir tu..
Foto Otai BERSIH.
Beza Sg Klang dgn Spr...!!


Read More

[Video PRU14 unik, rakyat tentukan siapa PM seterusnya] Jom! Jom! Jom!! Balik Undi! Terutamanya anak muda dan pelajar-pelajar yang sangat bijak & Tahukah anda! RM2.6 Bilion yang dijumpai dalam akaun peribadi Najib boleh bina 3 menara KLCC!

Isnin, 30 April 2018

Foto Rafizi Ramli.
2.6 Bilion yang dijumpai dalam akaun peribadi Najib Razak boleh bina 3 menara KLCC!

Foto Anis Afida.
JOM BALIK MENGUNDI!!!!!

9 Mei 2018 adalah hari mengundi tinggal lagi 10hari untuk kita rakyat Malaysia melakukan perubahan pada Negara..

Kepada anak-anak Parit Sulong yang berada di perantauan saya ingin merayu supaya pulanglah ke kampung anda untuk menzahirkan penolakan anda pada UMNO/BN dikertas undi...

Terutamanya anak muda dan pelajar-pelajar yang sangat bijak dalam mencari pemimpin untuk menguruskan Negara ini...

Di Padang PUJ 3, Taman Puncak Jalil
Foto Parti Amanah Negara.

Foto Parti Amanah Negara.
Foto Parti Amanah Negara.

Foto Parti Amanah Negara.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena