Thursday, 31 May 2018

[Video Najib vs Tun M- Siapa tersungkur 'makan tanah' sekarang? LGE Dedah Jumlah Mengejutkan Sumbangan THM] Tukar Nama Ke Tabung World Cup'' - Pemuda UMNO main sindir2? Sudahlah Pemuda Umno, cermin diri dulu, mau cakap lebih lagi ka? Janji 100 hari HARAPAN berdepan masalah hutang RM1 trilion.

Khamis, 31 Mei 2018

LGE Dedah Jumlah Mengejutkan Sumbangan Tabung Harapan

Tukar Nama Ke Tabung World Cup'' - Pemuda UMNO main sindir2

Image may contain: 6 people, people smiling, text

Image may contain: one or more people, sunglasses and text

Janji 100 hari HARAPAN berdepan masalah hutang RM1 trilion


Kerajaan mungkin menangguhkan pelaksanaan beberapa manifesto 100 hari Pakatan Harapan kerana hutang negara yang semakin meningkat, yang kini dianggarkan bernilai RM1 trilion.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata janji-janji itu hanya akan dilaksanakan apabila keadaan kewangan bertambah baik.
Antara janji yang mungkin terjejas itu adalah
  • Subsidi bahan api untuk kereta di bawah 1,300cc dan motosikal di bawah 125cc
  • Sumbangan KWSP untuk suri rumah
  • Menyelaras dan meningkatkan gaji minimum
  • Menangguhkan pembayaran balik PTPTN bagi mereka yang berpendapatan kurang dari RM4,000 sebulan.
"(Ini) untuk memastikan hutang RM1 trilion dikawal.
"Ia akan dilaksanakan apabila keadaan kewangan bertambah baik. Jika ia bertambah baik dalam 100 hari, bagus la.
“Kalau tak sempat (melakukannya dalam 100 hari), kita tetap komited untuk melaksanakan janji-janji itu tetapi tertakluk kepada keadaan kewangan,” kata Lim pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.
Lim juga mengumumkan bahawa “Skim Peduli Sihat” hanya akan dilaksanakan apabila keadaan kewangan bertambah baik.
“Walaupun kami ingin melaksanakan semua janji 100 hari, namun Kerajaan Persekutuan ini mempunyai tanggungjawab fiskal dan tidak akan mengulangi kesilapan kerajaan terdahulu dengan menyebabkan masalah kerajaan yang tentunya akan membawa negara ke arah muflis jika tidak dibendung.
“Kerajaan Persekutuan akan terus komited untuk memenuhi janji-janji manifesto apabila keadaan kewangan mengizinkan,” kata Lim.
Beliau berkata Kementerian Kewangan menumpukan kepada langkah-langkah fiskal kerajaan, terutamanya mengenai langkah-langkah kewangan yang akan dilaksanakan bagi memastikan kedudukan kewangan kerajaan kekal kukuh.
Antara langkah-langkah yang dicadangkan termasuklah mengurangkan hutang Kerajaan Persekutuan sebanyak RM1 trilion yang sebahagiannya disebabkan oleh skandal kewangan seperti 1MDB memastikan defisit Bajet negara masih dapat dikawal, katanya.
Lim berkata kerajaan persekutuan juga akan memastikan baki semasa tidak mengalami defisit.
“Hutang itu adalah komponen kritikal,” katanya.
Mk.
Read More

[Video Kelibat Musa Aman Di London! Lari Ke London?] Aik! Musa Aman dikesan tidak mengikut sistem dan undang-undang Imigresen?

Khamis, 31 Mei 2018

Foto Suara Rakyat.
#BreakingNews.. Bekas Ketua Menteri Sabah Musa Aman dikesan sedang berada di St Pancras, London.

"Musa Aman dikesan tidak mengikut sistem dan undang-undang Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi urusan keluar-masuk di negara ini", kata Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali.

Musa Aman dilaporkan 'hilang' tidak berada dalam negara selepas beliau menemui pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tempohari.
Read More

[Video LIVE: Sidang media Menteri Kewangan Lim Guan Eng di MOF] Tabung Harapan Malaysia-Setakat 3.00pm, jumlah terkumpul RM7,075,508.79 & Belum sebulan hilang kuasa, KENAPA UMNO SUDAH JADI PAPA KEDANA?

Khamis, 31 Mei 2018

Foto Suara Rakyat.
Jika rakyat Malaysia rasa sayang & cintakan negara! seikhlas hati untuk menderma, Tabung Harapan Malaysia mengurangkan beban hutang negara.#MalaysiaBaru

"Sumbangan Tabung Harapan Negara hanya digunakan untuk kurangkan hutang negara sahaja" - Bernama (31/5/2018)

BELUM SEBULAN HILANG KUASA, KENAPA UMNO SUDAH JADI PAPA KEDANA?


Adakah UMNO sudah papa kedana ketika ini?

Baru tidak sampai sebulan kehilangan kuasa dalam kerajaan yang dipegang sejak lebih 60 tahun lalu, UMNO kini seolah-olah sudah hilang daya untuk menggerakkan parti itu dengan menamatkan serta-merta penyaluran kewangan bulanannya yang lazim diterima sebelum ini.

Dalam surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor, ia menyebut setelah meneliti kedudukan kewangan, parti ingin memaklumkan yang mana penyaluran peruntukan  bulanan kepada pihak Bahagian dan Pergerakan Sayap-sayap Bahagian terpaksa ditamatkan bermula Mei 2018.

Dalam surat itu juga meminta agar pihak Bahagian dan Pergerakan Sayap-sayap Bahagian dapat meneruskan pengoperasian parti seperti kebiasaan meskipun tanpa peruntukan tersebut.
Kenapa hanya baru tidak sampai sebulan kehilangan kuasa, UMNO tiba-tiba sudah jadi miskin dan papa kedana sehingga tidak mampu lagi menyalurkan peruntukan bulanan kepada bahagian dan sayap-sayap?

Ke mana wang parti yang dikumpul sejak 60 tahun berkuasa selama ini?

Adakah hanya pemimpin UMNO saja kaya raya, tetapi parti sebenarnya miskin dan papa kedana?

Tiadakah mereka yang kaya raya itu sanggup untuk menghulurkan derma kepada parti sendiri sedangkan mereka mengaut kekayaan pun atas nama UMNO?

Kenapa pemimpin yang menerajui UMNO sekarang tidak cuba meminta  wang derma yang kononnya daripada Pak Arab yang pernah diterima oleh bekas Presiden UMNO, Najib Razak?

Bukankah Najib ada menyatakan walaupun wang itu disalurkan atas nama akaun peribadinya, tetapi ia bukanlah kepunyaannya?
Kesian UMNO....belum sebulan hilang kuasa, sudah begini jadinya! 

Bagaimana agaknya nasib parti itu selepas setahun atau lima tahun akan datang?

Dengan keadaan tiada wang seperti yang ditunjukkan sekarang ini, bolehkah UMNO terus bernyawa lagi untuk menghadapi pilihanraya seterusnya?

Atau UMNO memang sedang menuju kematiannya? (ShahbudinHusin 31/05/2018)

Read More

[Video Dr MAZA-Tak Pelik Bayar Hutang, Yang Pelik Buat Hutang Melampau] Tabung Harapan - 'Sultan Melaka' mula bersuara & Komen Dr Maza Buat Ramai Pembangkang (Pas/UmnoBN) Terus SENTAP.

Khamis, 31 Mei 2018

Image may contain: one or more people, sunglasses and text

Image may contain: one or more people and text
Ambo (saya) pun suka tidak boleh perintah Malaysia lagi. Sebab hutang banyak, nak bayar macam mana - Mstar. 
Udah le tak pandai nak selesai masalah, 'SOMBONG' pulak tu! Emm, Lobai2...Banyak canteeek.

Tabung Harapan. Komen Dr Maza Buat Ramai Pembangkang Terus SENTAP

Tabung Harapan. Komen Dr Maza Buat Ramai Pembangkang Terus SENTAP | Bila umum Tabung Harapan, ramai yang setuju sebab bukan kewajipan nak bagi pun, tapi anehnya ada juga segelintir yang meroyan tak tentu hala. Ekoran tu, ini komen Dr Maza buat ramai pembangkang terus sentap.

TABUNG HARAPAN – KOMEN DR MAZA

Tidaklah pelik jika ada yang cuba tolong pihak Kerajaan bayar hutang. Ia satu usaha yang bersifat sukarela. Siapa mahu boleh berikan, siapa tidak mahu boleh biarkan.
Namun, yang pelik lagi melampau ialah pihak yang membuat hutang yang ditanggung oleh sekelian rakyat secara paksa tanpa rela. Lebih kejam lagi apabila pihak yang mengambil hutang itu bermewahan, sementara rakyat yang menanggung hutang hidup dalam bebanan.
Apa yang ganjil lagi ajaib apabila ada kelompok yang pernah menyatakan mereka berpuashati dengan isu penyalahgunaan harta awam tersebut.
Sumber: FB Dr Maza
Read More

[Video Najib mengaku jadi penganggur] Pembelian Set Tren RM5.7 Bilion Dari China era Najib Umno BN dibuat Tanpa Tender Terbuka! 'Rayuan ketakutan dari Ladang Sawit' JAMAL TAK HADAM BAHASA MAHATHIR!

Khamis, 31 Mei 2018

Presiden KTMB Pecah Rahsia Pembelian Set Tren RM5.7 Bilion Dari China Dibuat Tanpa Tender Terbuka

JAMAL TAK HADAM BAHASA MAHATHIR


Rule of laws bukan membalas dendam,  jauh sekali memberi tekanan cuma polis kali ini diberi kebebasan penuh menjalankan tugas mereka berdasarkan undang². 
Bukan sekali dua jamal dengan sengaja menyusahkan polis malah cuba mengambil kuasa di tangan sendiri menyerbu tempat perjudian. 

Niat baik tetapi bagaimana dengan tindakan?  Bagaimana kalau semua pihak membelakangkan polis. 

Keluar dari hospital ampang tanpa memenuhi tuntutan dokumen?  Alasan ke tabung haji dan atas salah faham?
Undang² tidak kompromi pada salah faham atau tidak tahu. 

Selepas tahu,  masih tidak segera memyerah diri?  Nak berehat, lari bersemnunyi? Itu guna undang² mana pulak¿

Janji untuk selesaikan dokumentasi di balai polis,  tidak hadir? Memandang lekeh undang² dan mahkamah. 
Diikuti membuat vedio mempertahan tindakannya. ?  Vedio itu kelak bahan bukti menjerut dirinya sendiri. 

Kesalahan berganda menunggu Jamal dan tidak ada yang lebih baik untuk Jamal daripada hukuman maksima untuk prngajaran semua. 

Adalah lebih baik Jamal memberitahu polis dan umum siapa dalang di belakang kerja samsengnya,  siapa yang bayar? Berapa banyak? 


# kalau dikenang lagak kesamsengan jamal,  apa yang berlaku,  cukup setimpal. 

Posted by 
Read More

[Video Apa Terjadi? Umno Tamatkan Peruntukan Kesemua Bahagian] Sial, lembu, kurang ajar, kek kek kek' gamatkan Parlimen era Najib UmnoBN & Pas/Umno bertabiat sama? Tajuddin: Masa tepat Umno-PAS bergabung.

Khamis, 31 Mei 2018

Sial, lembu, kurang ajar, kek kek kek' gamatkan Parlimen

Chaos in parliament as group ambushes Khalid Samad


PAS dan UMNO bertabiat sama... 

Tajuddin: Masa tepat Umno-PAS bergabung

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yakin jika Umno dan PAS bergabung pemikiran dan tenaga untuk mewujudkan satu blok baru yang kuat, berperanan menjaga kepentingan Melayu, mereka bakal memberi cabaran hebat kepada Pakatan Harapan.
Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata, meskipun kedua-dua parti itu mempunyai kaedah politik berbeza, namun mereka masih punya persamaan dalam memperjuangkan hak Melayu dan Islam.
Akhbar Sinar Harian, memetik Tajudddin sebagai berkata gabungan itu diyakini boleh memberi cabaran besar kepada kerajaan Pakatan Harapan dan penyokongnya yang sejak akhir-akhir ini mula berani menyuarakan desakan yang menghina kaum dan agama.
Mk.
Read More

[Video PM India Bertemu Dr Mahathir] Kenapa kabinet era Najib Umno BN 'BERKIBLATKAN' negara KOMUNIS CHINA? Hadi akui PAS gagal, iktiraf Dr M 'kingmaker'.

Khamis, 31 Mei 2018

Image result for Dr Mahathir claimed victory just after midnight,

Foto Suara Rakyat.
Satu persatu kebobrokan & ketidaktelusan kerajaan terdahulu BN yg dikepalai oleh Najib Razak urus tadbir negara dibongkar agar rakyat tahu ke mana hilang & tirisnya wang negara wpon negara kita dilimpahi pelbagai khazanah negara.

Hampir semua projek2 mega yg melibatkan berbilion2 ringgit mengalir ke negara komunis-China.. Malah dah byk aset2 negara tergadai ke negara tersebut.


Hadi akui PAS gagal, iktiraf Dr M 'kingmaker'

Pengerusi HARAPAN, Tun Dr Mahathir Mohamad ialah 'kingmaker' sebenar pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lalu, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, lapor media tempatan.
"Matlamat kami (PAS) untuk menjadi 'kingmaker' tidak berjaya, sebaliknya Dr Mahathir yang jadi pencatur utama, apabila hanya berbekalkan 13 kerusi parlimen yang dimenangi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)," kata Hadi dipetik akhbar Berita Harian hari ini.
Bagaimanapun, anggota parlimen Marang itu berkata PAS berpuashati kerana berjaya mempertahankan Kelantan, selain merampas Terengganu.
"Kita menang dua negeri iaitu Kelantan dan Terengganu, selain masih boleh bersuara di peringkat pusat.
"Selain itu, kita juga menghantar suara melalui wakil di beberapa negeri seperti Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Johor," katanya lagi.
Mk.
Read More

[Video Berita baik buat peminjam PTPTN] Akhirnya 'Politik Matang' Pas dah bijak putar belit menipu setelah bertawun Umno & Ribuan peminjam ingkar PTPTN tak lagi disenarai hitam imigresen.

Khamis, 31 Mei 2018
Foto Suara Rakyat.
KANTOI MENIPU !!!..

"Saya sahkan memang surat itu dikeluarkan pada 27 Mei 2018, selepas mendapat arahan pihak istana", kata SUK Negeri Kelantan, Datuk Nazran Muhammad (29/5/2018)

"Larangan terhadap Husam Musa dan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah daripada memasuki semua jabatan di bawah pentadbiran Kerajaan Kelantan adalah titah istana", kata SUK Negeri Kelantan, Datuk Nazran Muhammad (29/5/2018)

TIBA-TIBA bila dah panas bontot kantoi putar belit menipu, sehari selepasnya pula SUK tersebut menafikan plok kononnya tidak pernah keluar dari mulut beliau mengatakan bahawa arahan itu berasal dari istana.

Beliau hanya hanya memaklumkan menerima arahan itu daripada 'pihak atasan'..

SIAPA 'pihak atasan' tersebut ??.. Kalau bukan pihak istana siapa ??!

Akhirnya #PolitikMatang PAS dah bijak putar belit menipu setelah bertawun Umno..

Ribuan peminjam ingkar PTPTN tak lagi disenarai hitam imigresen


Proses mengeluarkan nama peminjam ingkar PTPTN daripada senarai hitam imigresen akan dilaksanakan secara berperingkat dan dijangka selepas menjelang pertengahan Jun, kata Menteri Pendidikan Maszlee Malik.
Beliau berkata, proses itu bermula pada 24 Mei lalu dan dijangka selesai pada 5 Jun, sekali gus menepati antara ikrar pilihan raya Pakatan Harapan.
“Saya jangka semua urusan yang berkaitan akan dapat diselesaikan sebelum pertengahan Jun.
“Maka dengan itu saya percaya bahawa janji yang pertama berkaitan kementerian saya akan dapat kita kotakan,” katanya pada majlis penyerahan surat tawaran rasmi kemasukan ke institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) kepada calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017, di Putrajaya, hari ini.
Pakatan Harapan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) berjanji untuk memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam PTPTN dan menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang bergaji kurang daripada RM4,000 sebulan.
Walau bagaimanapun, beliau berkata kementerian memerlukan lebih banyak masa untuk mencari jalan melaksanakan janji itu, termasuk mekanisme pelaksanaan bagi menunaikan janji itu.
“Berkaitan dengan PTPTN dan penangguhan bayaran, kami telah menubuhkan suatu kumpulan untuk melihat dan mengkaji dengan lebih teliti apakah cara yang terbaik supaya janji tersebut dapat dilaksanakan dalam tempoh 100 hari dengan tidak menggadaikan beberapa kepentingan rakyat yang lain yang juga turut diberikan keutamaan oleh kerajaan yang baru.
“Insya -Allah saya akan membuat pengumuman yang sewajarnya sebelum akhir tempoh 100 hari pertama (Pakatan Harapan menerajui kerajaan persekutuan),” katanya.
Hadir sama adalah Ketua Pegawai Eksekutif PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusoff, yang memberitahu bahawa lebih satu juta peminjam telah disenarai hitam sejak tahun 2000.
Namun menurutnya, serama 655,000 orang yang telah membuat bayaran dikeluarkan daripada senarai tersebut melalui kaedah biasa sebelum ini.
Justeru, kini masih terdapat kira-kira 433,000 peminjam yang sedang dikeluarkan nama mereka secara berperingkat-peringkat.
Beliau berkata mereka yang perlu melakukan perjalanan ke luar negara tetapi masih belum dikeluarkan daripada senarai hitam berkenaan boleh menghubungi PTPTN untuk menyelesaikan perkara itu.
Walau bagaimanapun, beliau berkata mereka yang gagal membuat pembayaran PTPTN selama enam bulan akan disenaraihitamkan di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS), yang akan menjejaskan penarafan kredit masing-masing.
Malaysiakini.
Read More

Wednesday, 30 May 2018

[Video Tun M Terkejut Rupanya Ada Penipuan Dalam Kiraan Undi PRU14] 'Restoran Daun Pisang' Pelanggan serik! Kembang tekak tengok celup pinggan dalam lopak & Raj's Banana Leaf Milik Dato Lim Chong Wei? Setuju tak kalau GST 6% TERUS KEKAL di Sarawak, Pahang, Perlis (BN) & Kelantan/Terengganu (Pas) mulai 1 Jun?

Khamis, 31 Mei 2018

Pelanggan serik! Kembang tekak tengok celup pinggan dalam lopak


Restoren Pengotor! Raj's Banana Leaf Milik Dato Lim Chong Wei


PAS dan UMNO bertabiat sama... 

SETUJU TAK KALAU GST 6‰ DIKEKALKAN & TIADA SUBSIDI PETROL DI SARAWAK. PAHANG, PERLIS, KELANTAN TERENGGANU MULAI 1HB JUN

Posted by 
Read More

[Video 1MDB menyimpan wang pelaburannya dari Pulau Caymen di Singapura] MB Inc, SADC, PKNP bakal punyai pentadbiran baharu.

Khamis, 31 Mei 2018

MB Inc, SADC, PKNP bakal punyai pentadbiran baharu.
MB Inc, SADC, PKNP bakal punyai pentadbiran baharu - Ahmad Faizal
FAIZAL: "Buat masa ini pihaknya masih menjalankan siasatan audit forensik terhadap kesemua urus tadbir di dalam ketiga-tiga GLC yang diuruskan oleh kerajaan negeri sebelum ini." - Gambar fail

TAPAH: Tiga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) gergasi di negeri ini bakal mempunyai pentadbiran baharu yang bakal diumumkan dalam masa terdekat ini,kata Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu.

Katanya, ketiga-tiga GLC itu melibatkan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) dan Perbadanan Menteri Besar (MB Inc).

Ahmad Faizal berkata, buat masa ini pihaknya masih menjalankan siasatan audit forensik terhadap kesemua urus tadbir di dalam ketiga-tiga GLC yang diuruskan oleh kerajaan negeri sebelum ini.
“Saya telah ambil tindakan dengan membekukan akaun mereka buat sementara,dan juga telah bertindak dengan melakukan forensik audit dan juga (melihat) perundingan-perundingan mereka sebelum ini.
Read More

[Video Mat Sabu terima kunjungan Setiausaha Pertahanan UK] Rafidah: Saya tak peduli Umno bangkit semula atau tidak & Lupakan dulu Pantai Timur.

Khamis, 31 Mei 2018
Image may contain: 1 person, text

Rafidah: Saya tak peduli Umno bangkit semula atau tidak

an Sri Rafidah Aziz nampaknya tidak peduli sama ada Umno - parti yang dianggotainya sekian lama dulu - akan bangkit semula atau tidak.
"Mengapa saya perlu bazirkan pandangan saya untuk mereka?" soalnya kembali ketika ditanya tentang nasib parti itu selepas kekalahan pada PRU ke-14.
Sinonim dengan gaya lantang dan tidak berlapik, bekas ketua Wanita Umno itu tidak bercakap banyak berhubung soal parti yang pernah dipimpinnya itu.
"Saya tidak mahu ulas tentang parti bodoh ini.
"Saya tidak peduli apa yang mereka mahu cadangkan," katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini, ketika ditanya berhubung cadangan Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin agar keahlian Umno dibuka kepada semua kaum.
Selepas ditanya lagi beliau akhirnya menyatakan pandangannya.
"Saya tidak peduli tentang Umno, mereka buang saya. Jika mereka mahu bunuh parti sendiri, teruskan. Sebuah parti hanya boleh ke depan berdasarkan siapa yang mentadbirnya.
"Anda bercakap tentang parti yang mana orang yang tidak bertanggungjawab menjadi pemimpinnya, ia akan runtuh," katanya lagi.
Pembangkang yang membina?
Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu malah tidak yakin dengan kebolehan Umno untuk menjadi pembangkang yang berwibawa.
"Mereka yang membuat kenyataan bodoh sebelum ini, adakah anda rasa mereka mampu menjadi membina sekarang?
"Mereka yang sering jadi bahan lawak rakyat sebelum ini, adakah mereka tiba-tiba menjadi berwibawa kerana sudah jadi pembangkang?"
Bercakap tentang parti komponen BN pula, Rafidah berkata mereka juga patut disalahkan atas kekalahan luar biasa BN - kali pertama kehilangan kuasa di peringkat persekutuan.
"Semuanya sedang menyelamatkan diri sendiri sekarang, bukan berkata 'kami sama-sama bertanggungjawab'.
"Bagaimana (BN) boleh pulih semula dengan sikap seperti itu?" soalnya yang pernah memimpin Wanita Umno selama satu dekad.
Kedudukannya dalam parti dan kerajaan membuatkannya digelar 'wanita besi', ekoran sikap terus-terang dan lantangnya mirip bekas perdana menteri United Kingdom, mendiang Margaret Thatcher.
Rafidah, 75 tahun, dibuang Umno awal bulan ini selepas berkempen untuk HARAPAN dan Tun Dr Mahathir Mohamad secara terbuka.
Beliau sebahagian daripada kabinet Mahathir hampir sepanjang pentadbiran pertama Pengerusi BERSATU itu.
Lupakan dulu Pantai Timur
Bercakap tentang PAS pula, beliau berkata tidak terlalu memberi tumpuan tentang pengukuhan parti itu di pantai timur semenanjung.
Walaupun menang di peringkat pusat dan beberapa negeri, HARAPAN gagal menang walau satu kerusi parlimen dan DUN di Kelantan dan Terengganu.
Rafidah bagaimanapun berkata HARAPAN perlu memberi tumpuan kepada soal menyelesaikan masalah ekonomi negara terlebih dulu.
"Tak perlu bercakap tentang Kelantan dan Terengganu pada masa ini, ia sepatutnya perkara terakhir dalam fikiran kita.
"Apa yang lebih penting sekarang? Selesaikan masalah ekonomi atau apa?" katanya.
Beliau menggesa rakyat Malaysia untuk menyokong politik yang mampu membawa keharmonian kepada negara.
"Jika rakyat Malaysia secara kolektif menolak politik seumpama itu, mereka (PAS) tidak akan ada tempat.
"Jadi jika rakyat mahu keharmonian yang sebenarnya, kita tidak perlu berikan air kepada benih-benih kecil itu," katanya lagi.
Baca wawancara Malaysiakini bersama Rafidah:
Malaysiakini.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena