Sunday, 24 June 2018

[Video MUSTAHIL NAJIB TIDUR semasa jadi Pengerusi 1MDB] Patut lerrr...MP Bgn Serai tetiba umum keluar Umno, sokong PH!

Isnin, 25 Jun 2018

TU DIA !!!.. Patutler baru skrg nak keluar Umno & BN. Rupa2nya dia Pengerusi Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) yang dilantik Najib yg bakal dipecat tak lama lagi jika berdegil tau mahu letak jawatan..

Bila dedak dah habis, cepat2 masuk PH.
Nak jaga perut kantong punya pasal ka ??!

TIDAK HERANLAH, slps Umno & BN tumbang PRU maka segala sumber kewangan mereka terjejas maka beramai2 lah (mereka) nak selamatkan diri masuk PH atas alasan nak sokong kerajaan baru PH.

NAMPAK TAK !!!

Hasil carian imej untuk Foto butir beras Umno
UMNO SEMAKIN MERAPU
KEJAHILAN JUGA YANG MEREKA JAJA...
Hasil carian imej untuk Foto butir beras Umno

Kenalpasti siapa?  Minta jangan ujud cara ini dalam Kerajaan PH,  Menteri kena tegur penjawat awam!!!  POLIS DIRAJA MALAYSIA membawa,  carry wieght yang lebih besar dan mulia dari seorang Menteri? 
Posted by 
Read More

[Video PUTERI Umno BB KECOH & CITA- CITA MAT SABU akhirnya tercapai] TRX pun dah didakwa kena sakau RM3.07 billion era Najib UmnoBN...Tu pun ada lagi yg bangang nak ampu sokong Umno/BN (kini pembangkang) & Anwar bakal PM ke-8 PERLU LEBIH BANYAK BEREHAT MULAI SEKARANG.

Ahad, 24 Jun 2018


Foto Suara Rakyat.

Selepas Najib hilang kuasa BN tumbang, kenapa Menteri Kewangan ketika itu tidak mendedahkan pon segala penyelewengan yang berlaku dalam 1MDB ?

SIAPAKAH MENTERI KEWANGAN ITU ??!

Menteri Kewangan itu dibayar gaji oleh 'tax-payer' rakyat buat apa selama itu ?

Ini baru TRX pun dah didakwa kena sakau RM3.07 billion. Belum lagi projek-projek yg lain. Nampak tak kenapa ekonomi rakyat teruk waktu BN? Itu pon masih ada lagi yg bangang nak ampu sokong Umno/BN...


ANWAR SEBAGAI BAKAL PERDANA MENTERI KE-8 PERLU LEBIH BANYAK BEREHAT MULAI SEKARANG

Semalam, sebaik tiba di rumahnya selepas mengadakan kunjungan beberapa hari ke Turki, Anwar Ibrahim telah dikejarkan ke hospital.

Beliau difahamkan menghadapi masalah sukar bergerak yang berpunca daripada kesakitan di bahagian tulang belakangnya.

Kesakitan tulang belakang adalah masalah lama yang kerap mengganggu kesihatan Anwar, malah ia bertambah lagi apabila beliau turut menjalani pembedahan bahu, baru-baru ini.

Keadaan kesihatan Anwar yang baru diberi pengampunan penuh oleh Yang Dipertuan Agong dan disebut sebagai bakal Perdana Menteri ke-8 ketika ini masih lagi dipantau oleh doktor dan tiada pelawat, selain ahli keluarga, dibenarkan menziarahinya.

Beliau mungkin dikehendaki beberapa hari berada di hospital bagi memastikan kesihatannya benar-benar pulih seperti sediakala.

Sebelum ini, sebaik dibebaskan dan diberi pengampunan, Anwar boleh dikata tidak banyak meluangkan waktunya untuk rehat.
Selain menghadiri banyak program politik dalam negara, sessi temubual dengan media dan berkunjung ke beberapa negeri untuk mengadap Raja dan Sultan, sebelum ke Turki, beliau telah pergi ke London untuk bertemu bekas Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore.

Di London, Anwar mempunyai aturcara yang agak sibuk di mana selain bertemu Al Gore, beliau turut mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan beberapa pemimpin Great Britain.

Hanya beberapa hari dapat berehat sekamblinya dari London yang tentunya kemudian disibuki pula dengan pelbagai acara Hari Raya, beliau kemudian berkunjung ke Turki untuk bertemu dan memberi sokongan kepada sahabat lamanya, Erdogan yang bakal menghadapi pilihanraya tidak lama lagi.

Dengan kesibukan sedemikian rupa, ditambah dengan masalah tulang belakang dan sakit bahu yang sedia ada, tidak mengejutkan jika Anwar bila-bila masa boleh ditimpa kesakitan dan dikejarkan di hospital.

Sementelah lagi beliau kini semakin berusia, tidak lagi muda seperti dulu.

Oleh yang demikian, Anwar dalam kondisinya sekarang seharusnya mesti banyak berehat.

Walaupun Tun Mahathir Mohamad lebih berusia daripadanya, tetapi Perdana Menteri dua kali itu adalah doktor perubatan dan mungkin mempunyai formula penjagaan kesihatannya yang tersendiri.

Selain itu, Tun Mahathir juga tidak ada masalah tulang belakang atau bahu seperti yang dialami Anwar.
Apa yang pasti, di sebalik masalah kesihatan yang dihadapinya, Anwar adalah bakal Perdana Menteri ke-8, berdasarkan komitmen Tun Mahathir sendiri untuk menyerahkan jawatan itu kepadanya dan persetujuan Pakatan Harapan mengenainya.

Kemenangan Pakatan Harapan menumbangkan BN baru-baru ini, tidak dinafikan adalah kerana sumbangan serta peranan kedua-dua tokoh hebat itu dan tanpa penglibatan salah seorang daripada mereka, tidak mungkin Pakatan Harapan mampu menjejak kaki menguasai Putrajaya.

Sekarang, kemenangan telah dikecapi dan selepas Tun Mahathir, mereka yang mengundi logo PKR baru-baru ini pastinya juga mahu melihat Anwar menjadi Perdana Menteri.

Maka, dalam tempoh sekurang-kurangnya dua tahun daripada sekarang, Anwar mesti banyak berehat dan menjaga kesihatannya.

Beliau harus mengurangkan perjalanan jauh, banyak bersenam, menjaga pemakanan dan menjauhi aktiviti lasak, sambil memberi sokongan dan dokongan yang sewajarnya kepada pentadbiran kerajaan yang dipimpin oleh Tun Mahathir.

Anwar adalah bakal Perdana Menteri ke-8 dan untuk membaiki kerosakan yang ditinggalkan oleh Najib dan BN, selepas Tun Mahathir nanti, hanya beliau yang mampu menggalas tanggungjawab itu.

Bersama kemenangan Pakatan Harapan, negara sebenarnya masih memerlukan adanya Anwar untuk fasa-fasa berikutnya. (ShahbudinHusin 24/06/2018)
Read More

Saturday, 23 June 2018

[Video Ho, ho, hoo MP Bagan Serai keluar Umno, sokong Dr M] Mesyuarat Umno Kepala Batas, Pdg Terap & Jerai bawah khemah aje? Umno dah tak boleh nak songlap duit rakyat lagi & Tabahkanlah hati wahai pembangkang!

Ahad, 24 Jun 2018

Foto Suara Rakyat.

KETIKA Umno berkuasa, mereka angkuh sombong seleweng kuasa selamba ajer guna premis kerajaan. Bermesyuarat selesa berhawa dingin.

TETAPI bila Umno hilang kuasa, mesyuarat pon terpaksa di bawah khemah TANPA HAWA DINGIN.

Bertabahlah wahai pembangkang 😆😆😆.....

Dana dah tiada. Tak boleh nak songlap duit rakyat lagi..

*Foto: Mesyuarat Perwakilan Umno di Kepala Batas (kiri), Padang Terap (atas kanan) & Jerai (bawah kanan).


Rothmans Man Ingat masa najib cakap dalam suatu perhimpunan UMNO."Bila umno kalah org melayu jadi?👏💵💴💶"TERBANGSAT" sekarang baru kita tahu yang TERBANGSAT, adalah NAJIB dan MELAYU UMNO...
 MP Bagan Serai umum keluar Umno, BN

MP Bagan Serai keluar Umno, sokong Dr M

Anggota Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali mengumumkan keluar daripada Umno bagi menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta kerajaan negeri dan Pakatan Harapan.
"Saya dengan ini umumkan, bahawa mulai saat ini saya keluar dari Umno dan BN, dan isytiharkan sokongan saya kepada Tun M dan kerajaan Pakatan Harapan (serta) MB Perak, Faisal Azumu,"  kata Azmi pada sidang akhbar yang disiarkan secara langsung oleh Sinar Harian.
Noor Azmi berkata beliau pada masa ini akan menjadi anggota parlimen bebas dan merancang akan menyertai Parti Pribumi Bersatu (BERSATU).
Keputusan beliau keluar daripada Umno menyebabkan parti itu kini hanya memiliki 53 kerusi parlimen, manakala BN memiliki 56 kerusi secara keseluruhan.
Noor Azmi memenangi perlimen Bagan Serai dengan majoriti tipis 172 undi berbanding pencabarnya dari PAS, Rohaya Bakar pada pilihan raya umum (PRU) lalu.
Ditanya sama ada beliau keluar dari parti itu kerana kecewa dengan keputusan PRU, Azmi berkata beliau sebelum ini sentiasa dianggap sebagai 'penghalang' dalam Umno.
"Dalam lima tahun ni saya memang tak diterima oleh ahli bahagian," katanya yang menjelaskan beliau juga tidak diterima memegang jawatan dalam bahagian.
Noor Azmi turut mendakwa pada PRU lalu, terdapat usaha oleh Umno Bagan Serai untuk mensabotaj pencalonannya.
Terus berkhidmat kepada rakyat
Bagaimanapun, Noor Azmi berulang kali menegaskan bahawa tindakan beliau menyokong HARAPAN adalah supaya dapat berkhidmat kepada rakyat dengan lebih baik.
"Tanya rakyat Bagan Serai. Saya bukan YB Datuk Dr Azmi. Saya Doktor Azmi. Saya yang sunatkan anak cucu-cucu tuan.
"Saya kerja doktor dah 30 tahun. Klinik saya dah hampir 27 tahun," katanya.
Noor Azmi juga berharap dengan sokongan terhadap HARAPAN, kerajaan akan memberikan bantuan kepada penduduk Bagan Serai.
"Tanpa kuasa dan peruntukan yang kuat, kita tak dapat tolong rakyat," katanya.
Menurut Noor Azmi, masalah dihadapi di Bagan Serai melibatkan isu  pendidikan, pertanian dan sosioekonomi, serta kemudahan bekalan air di kawasan pedalaman.
Mk.
Read More

[Video UmnoBN JANGAN MARAH, bila jalur lebar murah] Zahid: Kita bukan riak, jauh sekali mahu bersikap takabbur, UmnoBN tak boleh tewas! Kah3 & Bekas menteri kesihatan (era BN, kini pembangkang) perlu jawab isu monopoli ubat.

Ahad, 24 Jun 2018\

Foto Suara Rakyat.
MASIH INGAT.. kata2 angkuh Zahid Hamidi ketika Majlis Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 5 Disember 2017..

"Kita bukan riak, jauh sekali mahu bersikap takabbur. Umno & BN tak boleh tewas. Putrajaya akan terus menjadi milik Umno & BN" -Zahid Hamidi

HAKIKATNYA.. Putrajaya kini bukan lagi milik Umno & BN, malah BN bakal berkubur tidak lama lagi.

KINI.. Daripada 13 parti dah tinggal 3 parti.. Umno, MCA & MIC dalam saki baki BN. Balik kembali sejarah asal Parti Perikatan cap kapal layar..

Foto Suara Rakyat.

APA punya malang.. BN, bapak (arwah Tun Razak) yg tubuhkan, tapi anak sendiri pelingkupkan..

BN hati tak kental.. Baru jadi pembangkang sebulan lebih dah koyak.. tak bersatu hati antara satu sama lain utk cari penyelesaian.

Nampak gayanya BN akan jadi pembangkang buat selama2nya..

TULAH.. dulu masa memerintah sombong sangat, rasa kuat sangat... org tegur sikit, ugut, tangkap & kasi letop C4...

Bekas menteri kesihatan perlu jawab isu monopoli ubat

Pendedahan mengenai monopoli enam ejen melalui tender perubatan sebanyak RM3.7 bilion melibatkan syarikat yang dikaitkan dengan ahli politik kerajaan terdahulu mengejutkan banyak pihak.
Menurut laporan yang memetik sumber itu, monopoli oleh syarikat terbabit juga mungkin menjadi punca peningkatan kos ubat-ubatan yang dibekalkan ke hospital dan klinik kerajaan seluruh negara.
Susulan itu, Kementerian Kesihatan telah bersetuju supaya satu pasukan petugas khas ditubuhkan bagi mengkaji amalan perolehan tender perubatan.
Menurut menteri Dr Dzulkefly Ahmad, pihaknya sedang mengkaji keseluruhan rantaian bekalan meliputi ekonomi, permintaan dan penawaran dalam usaha memastikan ketelusan, penjimatan kos dan ketersediaan bekalan.
“Mekanisme yang lebih kompetitif, adil dan saksama bagi semua pembekal dan pengeluar perlu dirancang bagi memastikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada pesakit khususnya dan rakyat amnya. Mekanisme ini juga untuk memastikan ubat-ubatan yang lebih murah untuk rakyat,” katanya dalam kenyataan.
Sehubungan pendedahan tersebut, DAP Perak baru-baru ini telah mengemukakan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat dakwaan terbabit.
Ketua Biro Ekonomi DAP Perak Chong Zhemin menggesa bekas menteri kesihatan Dr S Subramaniam menjelaskan kewujudan monopoli berkenaan ketika menjawat jawatannya dari 2013 hingga 2016.
“Subramaniam perlu menjawab sama ada dia tahu tentang monopoli tender perubatan ini. Jika dia tahu, adakah dia merestuinya?” kata Chong.
Adun Keranji itu berkata demikian kepada media selepas membuat laporan kepada SPRM berhubung pemberian kontrak perubatan yang didedahkan laporan tersebut.
Menurutnya, jika dakwaan itu benar, ia bermakna orang tengah mengaut keuntungan besar yang seharusnya digunakan untuk membeli lebih banyak ubatan. – Roketkini.com
Read More

[Video Siti Kasim ditahan atas dakwaan culik, halang tugas polis] Ho hak, ho hak Kerajaan PH siasat aliran wang 1MDB ke parti komponen BN.

Ahad, 24 jun 2018

Image may contain: 4 people, text

Image may contain: 1 person, smiling, standing
Tumpang sekole.

Kerajaan PH siasat aliran wang 1MDB ke parti komponen BN

Kerajaan Pakatan Harapan sedang menyiasat aliran wang ke dalam parti-parti Barisan Nasional, kemungkinan ada kaitan dengan skandal 1MDB.

Straits Times melaporkan siasatan itu dijalankan di bawah Akta Anti Pengubahan Wang Haram dan termasuk terhadap firma guaman yang ada kaitan dengan kerajaan terdahulu.
Akaun-akaun bank yang didakwa mengandungi dana daripada 1MDB akan dibekukan, sehingga siasatan dan perbicaraan selesai.
Sementara itu, ahli Parlimen dan wakil rakyat mungkin berdepan hilang kelayakan jika didapati bersalah, menurut laporan itu, memetik pegawai kerajaan dan eksekutif kewangan.
By
Read More

[Video Kisah hutang era umnoBN] Pembangkang dah start buat kijee! PERHIMPUNAN LOKMAN ADAM, 30 RIBU HADIR? Kah3 & Rupanya setelah Umno TERSUNGKUR, barulah Shahrizat sedar diri, hmm..."Hutang NFC RM248 juta kpd kerajaan bila nak bayar?"

Ahad, 24 Jun 2018
Dulu aku paling benci tgo video najib..tapi skrg bila da kalah.. minat pula aku tgo lawak2 yang dia buat...

Foto Otai BERSIH.
Pembangkang dah start buat kijee....
Mana2 Kaki Demo boleh join Pembangkang berpanas berhujan dijalanan bersuara yaa!!!

Selamat membangkang!
 😂😂😂😂

#MalaysiaBaru
#DemoBukanBudayaUMNO

PERHIMPUNAN LOKMAN ADAM, 30 RIBU HADIR.. ?


Lokman Adam sedang mencari nama untuk pemilihan umno berjaya menarik lebih 300 ribu penyokong?????? dalam program membantah.. Tak tahu pula apa yang dibantah seolah Perlembagaan Negara belum cukup peruntukan.

Punya semangat tetapi bila seorang anak muda mencelah,  dah goyah,  dah kelamkabut. .bersikap bacol.

Jakim nak diharamkan?  Kata lokman? 
Info sampah longkang mana dikutipnya? 

Posted by 
Ketua Wanita UMNO, Shahrizat Jalil hari ingin mengumumkan persaraannya daripada dunia politik.

Sempena mesyuarat perwakilan secara serentak Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO seluruh negara, beliau dilaporkan membuat keputusan mengundurkan diri  daripada semua jawatan di peringkat cawangan, bahagian dan juga kebangsaan.

"Satu perkara dalam politik, kita mesti tahu bila mahu pergi. Saya telah berada dalam politik terlalu lama.

"Inilah masanya untuk saya pergi bagi memberi laluan kepada wajah baru yang lebih muda dan lebih segar," ujar Shahrizat lagi.
Hmmmm....rupanya hanya setelah UMNO hilang kuasa dan BN kalah pilihanraya, barulah beliau sedar untuk berundur dan bersara.

Kalau BN tidak kalah, adakah Shahrizat sedia berundur untuk memberi laluan kepada wajah baru yang lebih segar menerajui Wanita UMNO?

Andai BN masih berkuasa, pastilah Shahrizat masih lagi tercongok menjadi pengampu dan pembodek kuasa sebagaimana biasa, malah mungkin paling awal menuntut jawatan menteri sebagaimana yang pernah dijanjikan oleh Zahid Hamidi kepadanya.
Bagaimanapun, sambil menghormati keputusannya untuk bersara itu, mahu juga ditanya soalan, adakah hutang NFC yang melibatkan keluarganya dengan kerajaan sudah dijelaskan?

Setakat Mac lalu, dalam jawapan di Parlimen, Kementerian Kewangan mengesahkan NFC masih lagi berhutang sebanyak RM248 juta dengan kerajaan.

Bila nak bayar hutang tersebut? (ShahbudinHusin 23/06/2018).

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena