Sunday, 30 September 2018

[Video Jangan bimbang, BALAI POLIS TIDAK AKAN DITUTUP] PH GOYANG? Umno tunggu bulan jatuh ke riba! Tidak seperti Najib, cash is king, Zahid hanya bermodal air lior utk dapat semula kerajaan...Waduh, muka siapa yg patut diludah mbah dukun nanti?

Ahad, 30 September 2018


Foto Suara Rakyat.
“Selayaknya muka-muka parasit ni lah sedari awal lagi yang kena sindir dengan Almarhum Nik Abdul Aziz Nik Mat ..!!!!!”

Adakah mereka ini sedar, ingat peringatan arwah TGNA ini dahulu, ATAU peringatan tersebut telah dibakul sampahkan oleh mereka ??!

PH GOYANG - UMNO TUNGGU BULAN JATUH KE RIBA


Sebagai ahli umno,  kena sabar seperti saranan Zahid,  umno akan jadi rebutan sebab Kerajaan PH tidak stabil. 

BERSATU dan PKR akan bergocoh dan memerlukan sokongan umno untuk bentuk kerajaan. 

Begitulah mudahnya umno akan jadi kerajaan semula. 
Ahli umno tunggu sahaja bulan jatuh ke riba. 

Tidak seperti najib,  cash is king, Zahid hanya bermodal air lior untuk dapat semula kerajaan. 
Posted by 
Read More

[Video Anwar: Agong bersihkan rekod hukuman saya dari 1998] Ahli Majlis Tertinggi Umno dan fitnah berpisah tiada! Najib akui KECIL HATI dilupakan semasa sidang agung Umno? Kah3.

Ahad, 30 September 2018


Foto Suara Rakyat.

Demi nak mengekang kemaraan Anwar Ibrahim (DSAI) ke parlimen, salah seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam tanpa rasa bersalah telah sebarkan viral berita palsu dan satu tuduhan tanpa bukti mengenai kononnya DSAI disiasat oleh pihak berkuasa Singapura kerana terlibat dalam kes liwat di negara itu.

Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil menafikan maklumat yang tersebar di media sosial itu setelah memeriksa dengan pihak Mediacorp di Singapura. Mereka mengesahkan tidak pernah menyiarkan berita berkenaan.

Kami harap Polis Selangor dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dapat berbuat sesuatu untuk ambil tindakan yang sewajarnya terhadap pemimpin Umno tersebut.

UMNO dan Fitnah Berpisah Tiada !!
Foto Suara Rakyat.
Nak kenang jasa tang mana tu....
Krikk.. Krikk.. Krikk..
Read More

[Video Ahli Umno jangan cabut, HARAPAN rapuh, kata Zahid] HAR..HAR..HAR..Rakyat bukannya bodoh spt kamu, Presiden! Khir: Jika diharamkan, Umno tak boleh dihidupkan semula.

Ahad, 30 September 2018

Foto Suara Rakyat.
Syok sendiri ka Zahid..

Perpecahan dalam BN itu apa dah jadi.. Asalnya ada 13 parti komponen dlm BN, kini dah tinggal saki baki 3 parti shj ??!

HAR.. HAR.. HAR.. 

Cermin lah diri tu dahulu sebelum nak mengata orang lain..

Rakyat bukannya bodoh spt kamu..

Khir: Jika diharamkan, Umno tak boleh dihidupkan semula

Alhamdulillah, 72 tahun Umno mewarnai dan mencorak politik negara tercinta. Terlalu banyak pengalaman yang dilalui hingga tidak memungkinkan untuk rakyat memisahkan antara Umno dan kemajuan negara.
Sejarah yang telah terbina ini akan jadi sebutan dan fakta sejarah yang mungkin tidak dapat diulang lagi di masa akan datang seperti mana banyak sejarah gemilang dunia yang jadi sekadar sebutan retorik di mulut pemimpin kita hari ini.
Perlukah Umno hala tuju baru? Bagi saya tak perlu, kerana Umno itu sendiri akan jadi kenangan dan sebutan sejarah sahaja.
Kenyataan menteri dalam negeri dan diikuti pernyataan perdana menteri baru baru ini telah menzahirkan secara cukup jelas bahawa Umno akan diharamkan, mestilah diambil dengan serius oleh pemimpin Umno hari ini.
Mungkin Umno masih lupa mereka bukan lagi kerajaan, yang boleh membuat keputusan akhir terhadap hampir semua keputusan dalam menentukan nasib sesebuah pertubuhan.
Bagaimana Umno boleh diharamkan? Bila mana Datuk Seri Najib Razak didakwa di mahkamah atas salah laku pengubahan wang secara haram dari sumber yang diragui, telah disebut dalam pertuduhan itu Umno juga menerima RM20 juta daripada wang tersebut.
Tan Sri Shafie Abdullah juga telah diheret ke mahkamah atas kelakuan menerima wang RM9.5 juta daripada Najib dari sumber yang sama.
Undang undang dengan jelas mengatakan,mana mana pertubuhan yg menerima dana berupa wang atau lain-lain daripada sumber haram atau meragukan sifatnya maka pertubuhan tersebut boleh diharamkan di sisi undang undang.
Persoalan yang timbul walaupun di sudut undang- undang tidak relevan, Umno tidak mengetahui daripada mana sumber wang RM20 juta itu, tetapi fakta jelaskan menunjukkan wang tersebut daripada akaun Najib, presiden Umno.
Tak perlukan hala tuju
Saya lihat Umno akan diharamkan sebaik sahaja mahkamah membuat keputusan bahawa wang yang masuk dalam akaun Najib adalah daripada sumber yang meragukan dan haram sifatnya.
Sebab itu saya katakan Umno tidak perlukan hala tuju baru mahupun penjenamaan baru kerana ia akan diharamkan dan tidak boleh diaktif semula.
Ini berbeza dengan Umno dibatalkan pendaftarannya seperti berlaku sebelum ini. Dibatalkan pendaftaran maka tindakan selanjutnya mendaftarkan semula Umno.
Diharamkan mengikut undang-undang tidak boleh dihidupkan semula dan semua aset Umno akan jadi milik negara.
Langkah terbaik Umno adalah mencari jalan supaya bala ini tidak berlaku dan jika berlaku juga bagaimana untuk menghidupkan dan meneruskan kelangsungan perjuangan Umno walaupun dengan nama yg lain.
Berjuang mesti diteruskan, ombak mahupun ranjau itu perkara biasa, Jangan menyerah biarpun kapal berubah namun destinasinya tetap sama untuk agama bangsa dan negara.
Angkut angkut terbang kelangit,
Mati seekor disambar lebah,
Biar bertangkup bumi dan langit,
Setia hamba tak kan berubah.
Bersetialah kita kepada perjuangan untuk agama, bangsa dan negara bukan untuk parti atau selain seumpamanya.

Dr Khir Toyo ialah bekas menteri besar Selangor.
Rencana ini merupakan pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.
Read More

Friday, 28 September 2018

[Video Penyokong Anwar Rempuh Masuk Pusat Penamaan Calon?] Awas! 'Pelesit-pelesit' Umno sedang berkeliaran? Kalau PH pun sama bengong macam BN! Lebih baik lantik saja calon2 bebas yang berwibawa.

Sabtu, 29 September 2018

Zahid Hamidi Meets Mahathir Mohamad - After 14th General Election

*Awas! Pelesit-pelesit Umno sedang berkeliaran..*
Maka berkeliaranlah pelesit2 Umno melompat keluar dari kapal Umno yang sedang terbakar dan karam di tengah2 lautan sekarang. Apa saja yang mereka boleh capai untuk terapung di lautan, hatta sabut kelapa sekali pun, mereka akan capai.
Pelesit2 ini tidak patut dipandang walau dengan sebelah mata pun. Nilai diri mereka ialah macam daki yang luruh dari kulit badan yang tak mandi 10 hari. Biarkan saja si luncai terjun dengan labunya.
Keluarnya mereka dari Umno sekarang atas alasan apa sekali pun, semuanya tidak lain hanya alasan2 hipokrit. Baik Tok Pa ke, Anifah Aman ke, Syed Ali Alhabshee ke, Hamid Albar ke, atau sesiapa sajalah selepas ini.. semuanya sama saja.
Kalau betul mereka berprinsip, mereka sepatutnya keluar sebelum PRU14, waktu sang Najib sedang bermaharalela merogol dan meliwat negara dalam keadaan mabuk dengan ego dan keangkuhannya yang tidak terperi, bagaikan dunia berada di atas telapak tangannya.
Cuba kita pikir betul2.. Kalaulah Umno-BN terus menang PRU14 baru2 ini, adakah pelesit2 ini akan keluar Umno? Jangan harap laa..
Selagi bapak iblis yang nama Najib itu boleh suap pelesit2 dia, selagi itulah pelesit2 ini akan terus memuji, memuja, menyembah dan bersungguh2 pertahankan tuan yang bagi mereka makan.
Dalam bahasa Quran, makhluk macam Najib ini dinamakan Taghut dan pelesit2 dalam Umno ini pula adalah penyembah2 Taghut.
Perjuangan yang kononnya hendak pertahankan agama dan bangsa tidak lain hanyalah slogan dan retorik kosong saja. Yang kaya hanya mereka, sementara majoriti Melayu lain semakin miskin dan negara pula menanggung hutang menggunung yang akan diwarisi oleh anak2 serta cucu cicit kita selepas ini.
Yang sebenarnya ialah puaka2 dan pelesit Umno sudah menelan berbillion-billion ringgit. Yang dicampak hanyalah saki baki hampas dan sisa kepada orang Melayu yang mengekor disekeliling mereka seperti anak ayam yang kelaparan.
Mereka telah sama2 bersubahat dengan Najib dan Jho Low merosakkan negara. Paling kurang USD5 billlion atau RM20 billion duit rakyat sudah ditibai oleh cina buntal nama Jho Low itu dan Najib.
Malangnya selain dari Muhyidin Yassin, Shafie Apdal dan Mukhriz Mahathir, tiada seekor pelesit Umno pun yang bersuara menentang kemungkaran yang berlaku di depan batang hidung mereka. Sebaliknya, mereka terus bergayut di celah ketiak Najib beriya-iya mempertahankan _“innocence”_ nya.
Lebai2 Pas yang sewel tu bahkan lebih teruk lagi. Mereka sanggup menghalalkan kemungkaran Najib dan Jho Low atas nama Islam. Entah Islam versi apa agaknya yang menjadi anutan mereka.
Apabila bayangan Najib akan dihumban ke dalam penjara jadi semakin jelas sekarang, tiba2 pelesit2 ini lintang pukang lompat dari kapal Umno dengan berbagai-bagai alasan melodrama yang menjijikkan. Kenapa tidak ikut Lokman Adam yang gila isim itu terus pertahankan Najib dan Umno?
Lepas tu ada hati kononnya berkata yang mereka akan masih tetap perjuangkan nasib dan bangsa Melayu. Mereka dah bersubahat dengan Najib dan Jho Low memiskinkan majoriti orang Melayu sebelum ini, tiba2 masih nak temberang kita lagi? Kirim salaam sajalah..
Patutnya muka mereka diludah dengan kahak kuning-hijau. Lagi pekat, lagi bagus. Memang haram jadah dan bangsat punya pengkhianat agama, bangsa dan negara. Ptuuuiiiii...
Jangan kita nak simpati pada mereka. Kalau betul mereka jujur, mereka wajib nyatakan taubat serta kekesalan mereka secara terbuka dan memohon maaf kepada rakyat atas kesalahan dan dosa menyokong, mempertahankan dan berkhidmat kepada bapak segala lanun itu sebelum ini. Kalau tidak, jangan sedikit pun kita bagi muka dan rasa kesian pada mereka.
Kepada PKR, PBM dan Amanah pula, jangan jadi tolol ambik pelesit2 ini masuk dalam parti kamu. Kalau nak jahanam, silakan. Tapi kalau ada otak dan masih boleh pikir panjang, jangan buang karan ambik diorang.
Munafiq2 seperti ini tiada tempat dalam wadah perjuangan ikhlas yang berpaksikan kepada prinsip kebenaran dan keadilan untuk seluruh rakyat dan negara yang tercinta. Itu pun kalau betul PKR, PBM dan Amanah benar2 ikhlas dalam perjuangan untuk mengembalikan semula maruah negara dan membela nasib rakyat.
Tapi kalau khianati dan perbodohkan rakyat, tunggu sajalah masa kena humban dalam tong taik sama2 dengan Umno pada PRU 15 nanti.
Mungkin lebih baik kita lantik saja ahli2 parlimen bebas yang tidak terikat dengan mana2 parti. Kalau PH pun sama2 bengong macam BN, apa gunanya rakyat masih nak terus percaya kepada gabungan parti2 politik yang semuanya kuat kelentong? Lebih baik kita lantik saja calun2 bebas yang berwibawa.
Read More

[Video Anwar dicabar Saiful, Isa dan 4 calon di Port Dickson] Sekali lagi cubaan Najib menipu tak berjaya! PRK PD: Satu hilang kelayakan, 7 penjuru di Port Dickson.

Sabtu, 29 September 2018

Foto Suara Rakyat.
Rakyat mahupun pengundi2 di PD yg bijak boleh baca dan menilaikannya..
Foto Suara Rakyat.
KANTOI !!.. Sekali lagi cubaan Najib menipu tak berjaya..

Tak mustahil jika polis akan tambah satu lagi pertuduhan terhadap Najib Razak kerana membuat kenyataan palsu..

Sekali berbohong, selama-lamanya akan terus bohong demi perbodohkan rakyat & buat persepsi buruk jahat terhadap polis dan kerajaan

PRK PD: Satu hilang kelayakan, 7 penjuru di Port Dickson


11.00am: Pencalonan A Rajendra (Bebas) dibatalkan. PRK Port Dickson bakal menyaksikan pertembungan tujuh penjuru.
Lapan hantar borang pencalonan
10.30am: Proses pencalonan berakhir pada pukul 10 pagi dan sejumlah lapan calon telah menghantar borang.
Penutupan pencalonan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Khairy Maamor.
Lapan calon tersebut adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR), Leftenen Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar (PAS), dan enam calon Bebas iaitu bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad, Lay Seck Yan, Stevie Chan, Kee Chee Yuen, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan A Rejandra.
9.45 pagi: Majlis Perbandaran Port Dickson - Tujuh calon telah menyerahkan borang pencalonan mereka untuk pilihan raya kecil Parlimen Port Dickson pada 13 Oktober. Proses pencalonan berakhir pada pukul 10 pagi.
Mk.

Pantai Port Dickson akan bersih kembali, kata Anwar

Kebersihan pantai merupakan antara perkara yang dijanjikan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada pengundi di Port Dickson jika beliau menang di kawasan parlimen itu.
"Saya mahu pantai di Port Dickson bersih kembali, dan menteri besar telah pun memulakannya.
"Jika anda mahu buang plastik, kami akan denda anda kerana kami mahu bersihkan pantai," katanya dalam ucapan ketika pelancaran pusat operasi PKR untuk PRK Port Dickson semalam.
Presiden PKR itu berkata pantai yang bersih bukan saja untuk "tauke-tauke besar", tetapi beliau mahu ada kawasan-kawasan yang dikhususkan untuk rakyat.
Di sebalik cakap-cakap bahawa kembalinya beliau ke Parlimen sebagai langkah pertama untuk mengambil alih jawatan perdana menteri, Anwar berkata mahu menunjukkan bagaimana beliau akan berkhidmat kepada penduduk di Port Dickson.
Mk.
Read More

[Video Apa Reaksi Amerika Bila Dr M Pertahankan PALESTIN di PBB! Live Penamaan calon PRK Parlimen Port Dickson] Mahathir tempelak dakyah pembangkang burukkan hubungan dengan Anwar.

Sabtu, 29 September 2018


Image result for Foto Mahathir di UNGA

Mahathir tempelak dakyah pembangkang burukkan hubungan dengan Anwar

Adu domba jentera propaganda pembangkang melaga-lagakan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim disanggah apabila Perdana Menteri mengulangi komitmen dan janji bahawa Anwar sebagai pengganti beliau.
“Itu janji saya,” kata Dr Mahathir menjawab soalan dalam Forum Tahunan Kedua Perniagaan Global Bloomerg di New York semalam.
Jelasnya, sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, rakyat sememangnya mahukan perdana menteri baru tetapi tiada pilihan kerana ketika itu Anwar berada dalam penjara dan tidak boleh meneraju parti.
“Justeru, saya bersetuju bahawa saya akan berada di sana mungkin untuk dua tahun dan pemimpin baru akan mengambil alih kepimpinan,” katanya lapor The New Straits Times.
Katanya, beliau tidak akan lama memegang jawatan Perdana Menteri dan berkongsi bagaimana parti komponen Pakatan Harapan melupakan perbalahan silam dan menjalinkan kerjasama untuk menumbangkan Barisan Nasional yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak.
“Saya berjanji bahawa saya tidak akan kekal lama sebagai perdana menteri. Mungkin dua tahun, mungkin lebih, mungkin kurang.
“Apa yang penting ialah kita mempunyai kerja sama empat parti. Beberapa sejarah lalu kami tidak menyumbang kepada kerja sama itu.
“Justeru, kami perlu melupakan perkara lalu dan menumpukan kepada isu penting yang pada masa itu ialah untuk menumbangkan perdana menteri sebelum ini. Untuk itu kami sedia melupakan perbalahan lalu,” katanya.
Laporan ini dibuat selepas Umno mendakwa kononnya sedang menunggu untuk menjadi ‘kerajaan perpaduan’ dengan mana-mana parti Pakatan Harapan. – Roketkini.com
Read More

[Video Tun Mahathir Diserbu Ramai Delegasi di PBB] Teks Ucapan (Bahasa Melayu) PM di UNGA & Dr Mujahid Yusof akan menyampaikan ucaptama di Sarajevo Halal Fair, Bosnia Herzegovina.

Sabtu, 29 September 2018

Foto Parti Amanah Negara.
Alhamdulillah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Dr Mujahid Yusof selamat tiba di bumi Sarajevo, Bosnia and Herzegovina semalam.
Setibanya di Sarajevo, beliau sempat beramah mesra bersama warga Malaysia di Kedutaan Malaysia di sana serta menandatangani buku tetamu di kediaman TYT Duta Besar Malaysia ke Bosnia.
Dato' Dr Mujahid juga turut sempat ditemubual oleh stesen TV tempatan.
Selepas itu, YB Menteri juga berkesempatan meluangkan masa bersama Datuk Bandar Sarajevo, Abdulah Skaka serta CEO Bosna Bank International (BBI), Amer Bukvić yang merupakan antara 50 pemimpin paling berpengaruh dalam ekonomi Islam.
Hari ini pula, insya-Allah YB Menteri akan menyampaikan ucap tama di Sarajevo Halal Fair.
Foto Parti Amanah Negara.
Foto Parti Amanah Negara.
Foto Parti Amanah Negara.

UCAPAN TUN DI PBB SESUATU YANG AKAN TERSEJARAH DII DUNIA, MALAYSIA TELAH MEMAHAT SATU REKOD YANG SUKAR DIATASI OLEH MANA² PEMIMPIN DUNIA


BERIKUT adalah ucapan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Perbahasan umum Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-73. (Bahasa Melayu)

Puan Presiden,

1. Saya ingin turut serta mengucapkan tahniah atas pelantikan Puan sebagai Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-73.

2. Saya yakin dengan kebijaksanaan dan pengalaman luas Puan, sesi ini akan mencapai objektif tema sesi kali ini. Saya memberi jaminan terhadap sokongan penuh dan kerjasama Malaysia ke arah mencapai semua matlamat mulia ini.

3. Izinkan saya untuk merakamkan penghargaan kepada Presiden terdahulu, Yang Berbahagia Miroslav Lajcak, atas dedikasi dan kepemimpinan beliau melaksanakan sesi UNGA ke-72.

4. Saya amat menghargai usaha berterusan Setiausaha Agung dan kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atas usaha berterusan dalam memacu serta menguruskan aktiviti PBB di seluruh dunia.

5. Secara khususnya, saya merakamkan penghargaan kepada mendiang Kofi Annan, Setiausaha Agung PBB yang ketujuh dari 1997 hingga 2006, yang meninggal dunia pada Ogos lalu. Malaysia mempunyai hubungan kukuh dan aktif dengan PBB ketika perkhidmatan beliau.

Puan Presiden,

6. Tema Perhimpunan Agung sesi ke-73 iaitu ‘Menjadikan PBB Relevan Kepada Semua: Kepemimpinan Global dan Perkongsian Tanggungjawab Ke arah Masyarakat Aman, Sama Rata dan Mapan’ kekal menjadi aspirasi nenek moyang kita. Tema ini amat relevan dan tepat pada masanya. Ia amat bersesuaian dalam konteks Malaysia Baharu. Kerajaan baharu Malaysia yang dibentuk atas mandat kukuh suara rakyat, komited dalam memastikan setiap rakyat Malaysia memiliki hak sama rata dalam perkongsian kemakmuran dan kekayaan negara.

7. Malaysia baharu terbentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei lalu. Rakyat Malaysia memutuskan untuk menukar kerajaan yang berkuasa selama 61 tahun, iaitu sejak kemerdekaan. Kami melakukannya kerana kerajaan terdahulu mengamalkan politik kebencian, ketaksuban perkauman dan agama, selain rasuah yang berleluasa. Proses peralihan kuasa berlangsung secara demokratik tanpa keganasan atau kehilangan nyawa.

8. Rakyat Malaysia mahukan Malaysia baharu yang mengamalkan dasar keadilan, tadbir urus baik, integriti dan kedaulatan undang-undang. Mereka mahukan Malaysia yang menjadi rakan semua dan tidak bermusuh dengan sesiapa. Malaysia yang kekal tidak berpihak dan berkecuali. Malaysia yang membenci peperangan dan keganasan. Mereka juga mahukan Malaysia yang berani bersuara dalam menegakkan kebenaran dan menentang kebatilan, tanpa rasa takut atau gentar. Malaysia baharu yang percaya kepada kerjasama berdasarkan sikap saling menghormati demi manfaat bersama. Malaysia baharu yang menawarkan kerjasama berdasarkan falsafah ‘hormati jiran tetangga’. Kami percaya dengan kerjasama baik, jiran yang makmur dan stabil dapat menyumbang terhadap kemakmuran dan kestabilan negara sendiri.

9. Malaysia baharu akan teguh menyokong prinsip PBB dalam hubungan antarabangsa kami. Ini termasuk prinsip kebenaran, hak asasi manusia, kedaulatan undang-undang, keadilan, kesamarataan, tanggungjawab dan kebertanggungjawaban, selain kemapanan. Kerajaan baharu Malaysia turut berikrar dalam lingkungan sama, untuk mengiktiraf semua baki instrumen PBB berkaitan perlindungan hak asasi manusia. Ia bukan mudah bagi kami kerana Malaysia adalah negara berbilang etnik, agama, budaya dan bahasa. Kami akan memperuntukkan ruang dan masa bagi semua untuk membuat keputusan secara bebas berasaskan demokrasi.

Puan Presiden,

10. Kali terakhir saya berucap di sini pada 2003, saya teringat bagaimana dunia ini kehilangan arah. Saya meratapi hakikat betapa negara kecil terus melutut di kaki negara berkuasa. Saya tegaskan perlunya negara membangun mendesak supaya dunia berubah, meningkatkan pembinaan kapasiti dan mempelbagaikan ekonomi. Kita mesti kekal mengawal masa depan sendiri.

11. Namun hari ini, 15 tahun berikutnya, dunia tidak banyak berubah. Malah, boleh dikatakan keadaan dunia ketika ini jauh lebih teruk berbanding 15 tahun lalu. Hari ini, dunia berada dalam kegawatan ekonomi, sosial dan politik.

12. Perang ekonomi hebat melanda di antara dua kuasa terbesar ekonomi dunia. Dan seluruh dunia terkena perit tempiasnya.

13. Nilai sosial baharu mengurangkan kestabilan negara dan rakyatnya. Kebebasan membawa kepada terhakisnya konsep perkahwinan dan keluarga, nilai moral, hormat dan sebagainya.

14. Bagaimanapun, kegawatan terburuk adalah dalam arena politik. Kita menyaksikan perlakuan keganasan di mana-mana. Ada yang mengikat bom ke tubuh dan meletupkan diri di tempat awam. Trak dipandu merempuh pelancong bercuti. Peperangan berleluasa manakala orang dipancung sesuka hati. Perlakuan ganas disiarkan secara langsung ke seluruh dunia. Rakyat mempertaruhkan nyawa untuk berhijrah, sebelum dinafikan hak perlindungan suaka, tidur beratapkan langit dan kedinginan hingga meragut nyawa. Ramai menanggung kelaparan manakala ribuan lagi meninggal dunia akibat wabak taun.

15. Tiada sesiapa dan tiada negara yang selamat. Pemeriksaan keselamatan menyukarkan perjalanan orang ramai. Cecair dilarang dalam pesawat. Sedikit syak wasangka boleh membawa kepada penahanan dan soal siasat menjengkelkan.

16. Pelbagai jenis gajet dan peralatan digunakan dalam usaha menangani ‘pengganas’. ‘Kuasa besar’ sentiasa memerhati. Bagaimanapun, perlakuan keganasan terus berlaku.

17. Malaysia menentang penjahat dan pengganas untuk mencapai kemerdekaan serta mengalahkan mereka. Kami menggunakan tentera, namun apa yang lebih penting, kami berkempen untuk memenangi hati dan fikiran rakyat.

18. Peperangan menentang pengganas tidak akan berakhir selagi punca di akar umbi tidak ditemui dan dihapuskan, manakala hati dan pemikiran dikuasai.

19. Apakah puncanya? Pada 1948, tanah rakyat Palestin dirampas untuk mewujudkan Israel. Rakyat Palestin dibunuh beramai-ramai dan dipaksa meninggalkan kampung halaman. Rumah dan ladang mereka dirampas.

20. Mereka cuba melawan perang konvensional dengan bantuan jiran yang bersimpati. Bagaimanapun, rakan kepada Israel memastikan cubaan itu gagal. Lebih banyak tanah Palestin dirampas manakala penempatan Israel dibina secara meluas di atas tanah Palestin. Pada masa sama, rakyat Palestin dinafikan akses terhadap penempatan yang dibina di tanah mereka.

21. Awalnya rakyat Palestin cuba melawan menggunakan lastik dan batu. Mereka ditembak dengan peluru hidup dan ditangkap. Ribuan lagi dipenjarakan.

22. Kecewa dan marah, kecundang dalam menentang peperangan konvensional, rakyat Palestin beralih kepada apa yang kini dipanggil keganasan.

23. Dunia langsung tidak peduli ketika Israel melanggar undang-undang antarabangsa, merampas kapal membawa ubat-ubatan, makanan dan bahan binaan di perairan antarabangsa. Rakyat Palestin melancarkan roket biasa yang tidak mencederakan sesiapa. Israel bertindak balas secara besar-besaran, melancarkan roket dan mengebom hospital, sekolah serta pelbagai bangunan yang mengorbankan nyawa orang awam termasuk kanak-kanak dan pesakit. Dan ramai lagi.

24. Dunia menghargai Israel dan sengaja membakar perasaan Palestin dengan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

25. Kemarahan membuak dan kekecewaan rakyat Palestin serta rakan yang bersimpati, mendorong mereka bertindak terhadap apa yang dipanggil keganasan. Namun demikian, penting untuk kita memperakui bahawa apa juga perlakuan yang menakutkan orang ramai, turut mendorong kepada keganasan. Dan negara yang mengebom atau melancarkan roket hingga mencacatkan atau meragut nyawa mereka yang tidak berdosa, juga menakutkan orang ramai. Ini juga adalah perlakuan keganasan.

26. Malaysia bencikan keganasan. Kami akan menentangnya habis-habisan. Namun kami percaya, satu-satunya cara untuk menentang keganasan ialah dengan menghapuskan puncanya. Benarkan rakyat Palestin mendapatkan kembali wilayah mereka. Izinkan pembentukan negara Palestin. Hidupkan keadilan dan kedaulatan undang-undang. Penentangan terhadap mereka tidak akan menghentikan keganasan. Cubaan untuk mengatasi mereka juga tidak akan berhasil.

27. Kita perlu mengingatkan diri sendiri bahawa PBB, seperti mana Liga Negara-Negara satu ketika dulu, dibentuk dengan matlamat murni untuk menamatkan peperangan antara negara.

28. Peperangan bermakna membunuh manusia. Peperangan moden cenderung kepada pembunuhan beramai-ramai dan kemusnahan negara. Negara bertamadun mendakwa mereka menentang pembunuhan atas apa alasan sekalipun. Apabila seseorang membunuh, dia melakukan jenayah bunuh. Dan balasannya mungkin hukuman mati.

29. Bagaimanapun, seperti yang diketahui, peperangan menggalakkan dan membenarkan pembunuhan. Malah, pembunuhan itu dianggap mulia manakala pembunuh dijulang sebagai wira. Dada mereka disemat pingat manakala patung didirikan bagi mengenang jasa mereka, nama pula dicatat dalam buku sejarah.

30. Ada yang tidak kena dengan cara kita berfikir, dengan sistem nilai kita. Bunuh seorang lelaki, itu adalah pembunuhan. Bunuh sejuta orang dan anda menjadi wira. Dan kita masih percaya konflik antara negara boleh diselesaikan dengan peperangan.

31. Oleh kerana kita masih begitu, kita mesti bersedia untuk berperang. Pepatah lama mengatakan ‘untuk mendapat keamanan, siap sedia untuk berperang’. Dan kita selama-lamanya bersedia untuk berperang, mencipta lebih banyak senjata yang merosakkan. Kita kini mempunyai bom nuklear, yang mampu memusnahkan seluruh bandar. Tetapi sekarang kita tahu radiasi yang berpunca daripada letupan akan memberi kesan terhadap negara yang menggunakan senjata itu sendiri. Perang nuklear akan memusnahkan dunia.

32. Ketakutan ini menyebabkan negara Eropah dan Amerika Utara mengekalkan keamanan selama lebih dari 70 tahun. Tetapi itu bukan untuk negara lain. Perang di negara lain boleh digunakan untuk menguji senjata baharu yang dicipta.

33. Dan mereka menjualnya ke negara berperang. Kita melihat senjata mereka dalam perang antara negara kecil. Ini bukan perang dunia tetapi tidak kurang kemusnahan yang dibawa. Ratusan ribu orang dibunuh, seluruh negara hancur dan negara itu muflis disebabkan senjata baharu yang hebat ini.

34. Namun peperangan ini memberi keuntungan kepada pengeluar dan pedagang senjata. Perniagaan senjata kini menjadi perniagaan terbesar di dunia. Mereka mendapat keuntungan tak bermaruah daripada kematian dan kemusnahan yang yang berpunca daripada mereka. Malah sebenarnya, negara yang kononnya mencintai keamanan ini yang mempromosikan perniagaan memalukan ini.

35. Hari ini, senjata menelan kos berjuta ringgit. Jet pejuang berharga kira-kira AS$100 juta. Dan kos penjagaan serta penyelenggaraan membabitkan berpuluh juta dolar. Tetapi negara miskin dipujuk untuk membeli walaupun mereka tidak mampu. Mereka diberitahu jiran mereka atau musuh memilikinya, maka penting untuk mereka mempunyai senjata sama.

36. Justeru, ketika rakyat mereka kelaparan dan tertekan akibat pelbagai jenis penderitaan, sebahagian besar bajet diperuntukkan untuk membeli senjata. Hakikat bahawa pembeli terbabit mungkin tidak perlu menggunakannya langsung, tidak melintasi pemikiran si penjual.

Puan Presiden,

37. Di Myanmar, umat Islam di wilayah Rakhine dibunuh, kediaman mereka dibakar manakala sejuta pelarian dipaksa menyelamatkan diri, lemas di lautan, berteduh di pondok jerami, ketiadaan bekalan air atau makanan, jauh sekali kemudahan sanitasi. Namun demikian, pihak berkuasa Myanmar termasuk seorang penerima Anugerah Nobel Keamanan, menafikan itu berlaku. Saya percaya kepada prinsip tidak mencampuri hal-ehwal dalaman negara lain. Namun apakah dunia hanya memerhatikan pembunuhan beramai-ramai berlaku tanpa berbuat apa-apa? Semua negara bebas merdeka. Tetapi apakah ia bermakna mereka mempunyai hak membunuh rakyat sendiri, hanya kerana mereka merdeka?

Puan Presiden,

38. Pada masa sama, dari aspek dagangan, negara tidak lagi bebas. Perdagangan bebas bermakna negara kecil tidak melindungi industri kecil mereka. Mereka mesti mengetepikan sekatan tarif dan membuka negara mereka kepada kemasukan produk negara kaya serta berkuasa. Namun demikian, produk biasa negara kecil tertakluk kepada sekatan licik supaya mereka tidak dapat menembusi pasaran mewah. Minyak kelapa sawit Malaysia dilabel sebagai berbahaya kepada kesihatan manakala ladangnya dikatakan memusnahkan habitat haiwan. Produk makanan negara kaya didakwa bebas daripada minyak sawit. Kini diesel sawit dikecam kerana memusnahkan hutan dara. Kelompok ini terlupa pemulauan minyak sawit ini menyebabkan ratusan ribu pekebun kehilangan pekerjaan dan tidak dapat menikmati kehidupan sempurna.

39. Di Malaysia, kami amat mengambil berat perihal alam sekitar. Kira-kira 48 peratus daripada negara kami adalah hutan dara. Mampukah penentang kami membuat dakwaan sama mengenai negara mereka?

Puan Presiden,

40. Malaysia komited terhadap pembangunan mapan. Kami telah mengambil pelbagai langkah, sebagai contoh meningkatkan kaedah pengeluaran bagi memastikan pengeluaran minyak kelapa sawit dilakukan secara mapan. Menjelang Disember 2019, piawaian Minyak Sawit Mapan Malaysia (MSPO) akan menjadi mandatori. Ini akan memastikan setiap titisan minyak sawit keluaran Malaysia akan diperakui mapan menjelang 2020.

Puan Presiden,

41. Di seluruh dunia, kita menyaksikan aliran berbahaya membabitkan nasionalisme. Kerajaan cenderung menjadi populis, menjauhi kerjasama antarabangsa dan menutup sempadan kepada pergerakan bebas orang ramai, barangan dan perkhidmatan walaupun pada masa sama, mereka lantang menyebut mengenai dunia tanpa sempadan, perdagangan bebas. Pada ketika globalisasi ada manfaatnya, impaknya jelas mengancam kebebasan negara kecil. Kita tidak boleh bersuara atau bergerak tanpa ada yang mendengar dan merakam pergerakan yang diguna untuk menentang kita. Maklumat berkaitan semua disimpan dan dijadikan bahan dagang oleh negara berkuasa serta pertubuhan mereka.

42. Malaysia memuji usaha PBB ke arah menghapuskan kemiskinan, memelihara bumi dan cuba memastikan setiap orang menikmati keamanan dan kemakmuran. Bagaimanapun, saya ingin merujuk terhadap perlunya pertubuhan ini melalui beberapa perubahan. Lima negara atas dasar kemenangan lebih 70 tahun lalu, tidak boleh mendakwa mempunyai hak untuk menentukan hala dunia selama-lamanya. Mereka tidak boleh memperkudakan moral, melaungkan demokrasi dan perubahan rejim negara lain di dunia sedangkan mereka menafikan demokrasi dalam pertubuhan ini.

43. Saya pernah mencadangkan kuasa veto tidak sepatutnya dipegang oleh hanya satu anggota tetap, sebaliknya sekurang-kurangnya dua kuasa besar dengan disokong tiga negara bukan anggota tetap Majlis Keselamatan. Perhimpunan Agung boleh menyokong keputusan itu dengan majoriti mudah. Itu saja yang ingin saya katakan,

44. Saya akui, dunia akan kucar-kacir tanpa PBB. Kita perlukan PBB, kita perlu mengekalkannya dengan dana mencukupi. Tiada siapa berhak mengancamnya dengan kekangan kewangan.

Puan Presiden,

45. Selepas 15 tahun dan pada usia 93 tahun, saya kembali ke podium ini dengan memikul tanggungjawab berat membawa suara dan harapan Malaysia baharu ke pentas dunia. Rakyat Malaysia yang bangga dengan pencapaian demokratik mereka baru-baru ini, mempunyai harapan menggunung - untuk melihat keamanan, kemajuan dan kemakmuran - di seluruh dunia. Kami berharap PBB akan mendengar permintaan kami ini.

Terima kasih, Puan Presiden.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 September 2018 @ 12:11 AM
© 2018 Harian Metro,
New Straits Times Press (M) Bhd.
Posted by 
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena