Thursday, 29 November 2018

[Live BICARA NAJIB - Menegakkan Kedaulatan Undang2 & Politik mengatasi kehakiman] Menteri Perpaduan seolah2 bertukar menjadi 'menteri perpecahan'? KALAU BEGINI KEADAANNYA LEBIH BAIK ISYTIHAR DARURAT Tamrin Tun Ghafar.

Khamis, 29 November 2018
TOP chat.
Master LatifMenteri Perpaduan seolah bertukar menjadi 'menteri perpecahan'.
KALAU  BEGINI  KEADAANNYA  LEBIH  BAIK  ISYTIHAR DARURAT  Tamrin Tun Ghafar 
Selasa  - 27/11/18
1.   Pada Ahad lalu  bersamaan 25hb November 2018 saya telah menulis satu artikel bertajuk  "TANGKAP  SAJA  MEREKA  YANG  MASIH  BERDEGIL”.
2.  Walaupun Kabinet  telah membuat keputusan muktamad menolak ICERD namun  UMNO dan PAS  tetap berdegil mahu meneruskan rancangan mereka menganjurkan Himpunan Menentang Kerajaan seolah - olah Keputusan Kerajaan  itu tidak boleh diterima.
3.  Jika kita halusi ucapan - ucapan mereka terutama Zahid dan Hadi, ia bagaikan mereka ini mempunyai satu kuasa luar biasa yang  sehingga Polis amat takut bertindak.
4.  Kini negara dikejutkan pula dengan pendedahan terbaru oleh Madinah Mohamad, Ketua Audit Negara.
5.  Mengikut kenyataan tersebut, laporan rasmi telah pun diserah oleh Jabatan Audit kepada SPRM  dan Polis untuk diambil tindakan lanjut.
6.  Jika didapati dakwaan Ketua Audit Negara itu sahih maka mereka yang terlibat boleh didakwa dan dipenjarakan.
7.  Penipuan yang dilakukan oleh Najib Ali Hamsa ( KSN ) , Ambrin Buang ( bekas Ketua Audit Negara )  Dzulkipli Ahmad ( bekas KP SPRM) dan  Shukri Salleh ( bekas Ketua Setiausaha Sulit PM )  dan turut terlibat Apandi Ali (bekas Peguam Negara) dan Arul Kanda; mereka ini boleh dikategorikan sebagai  'Pengkhianat Negara’ atau 'Treason'.
8.   Mereka bersubahat mengubahsuai dan menyembunyikan fakta  Lapuran Audit bagi menyelamatkan Najib dan Jho Low dalam kes 1MDB.
9.   Setelah diubahsuai ( doctored ) Ambrin Buang ,  Ketua Audit ketika itu menyerahkan laporan tersebut kepada PAC dan dalam masa yang sama  laporan tersebut di kategorikan sebagai Rahsia Resmi ( OSA ) yang tidak boleh dibaca oleh orang awam.
10.  Dengan kepercayaan bahawa satu hari kelak apabila laporan itu dibuka untuk awam , maka ketika itu terbuktilah Najib dan  Jho Low bersih dari segala penglibatan dalam skandal 1MDB.  
11.  Rupa-rupanya rancangan mereka itu tidak kecapaian, bak kata pepatah “Pandai-Pandai Tupai Melompat Akhirnya Jatuh Ke Tanah Jua’.
12.   Rakyat khususnya orang Islam harus bersyukur ke hadrat Illahi diatas pertolonganNYA memberi kekuatan, keberanian dan keikhlasan  kepada 3 orang wanita, Nafisah , Salwani dan  Madinah.
13.  Tanpa mereka bertiga ini kita rakyat Malaysia akan terus tertipu oleh durjana  bernama Najib anak  Razak ini.
14.  Oleh kerana laporan lengkap sudah pun diserahkan oleh Jabatan Ketua Audit Negara kepada SPRM  dan Polis, maka apa lagi yang hendak ditunggu?
15.   Saya tidak percaya cakap - cakap  kononnya ada di kalangan kakitangan  SPRM dan Polis yang telah disumbatkan dengan dedak oleh penganut  'Cash Is King' ; maka itulah sebabnya kata mereka tindakan terhadap ketujuh-tujuh pengkhianat tersebut seperti kura - kura.
16.  Sepatutnya berlandaskan beberapa ucapan  Zahid dan Hadi, polis sudah boleh bertindak terhadap mereka.
17.  Ada juga kedengaran kononnya uzi terhutang budi kepada Zahid kerana memilih beliau sebagai Ketua Polis Negara , mengatasi Noor Rashid  ; maka itulah sebabnya tidak ada sebarang tindakan dilakukan terhadap Zahid oleh polis.
18.   Pemilihan  Fuzi atas cadangan Zahid dipersetujui pula oleh Najib.
19.  Pengkhianatan yang dilakukan oleh ' The Gang of  Seven ' ini turut dikutuk oleh akhbar Utusan Malaysia, kepunyaan UMNO sendiri.
20.   Jika akhbar UMNO sendiri sudah tidak boleh telan penipuan Najib dan Perhimpunan yang dirancang oleh UMNO dan PAS  maka apa lagi yang hendak ditunggu oleh  Fuzi selaku Ketua Polis Negara?
21.  Laksanakanlah tugas tanpa takut dan terhutang budi demi keluhuran Perlembagaan dan Undang - Undang sebelum dihancurkan oleh mereka yang hanya mementingkan diri.
22. Selepas pendedahan dibuat oleh  Madinah, rakyat sedang melihat telatah Ahli-Ahli Parlimen pembangkang khususnya UMNO, sama ada mereka terus menyokong pengkhianat-pengkhianat tersebut atau sebaliknya.
23. JANGAN  SALAHKAN  KERAJAAN  JIKA TERPAKSA  BERTINDAK LEBIH  TEGAS  DEMI  NEGARA.

Terima Kasih.

Read More

[Video Parlimen - Tun M: Tak timbul isu perkauman, mahupun pertelingkahan agama] Kadir tegur Waytha jangan malukan raja, PM.

Khamis, 29 November 2018
Kadir Jasin (kiri) berkata, P Waytha Moorthy memegang portfolio perpaduan negara dan kesejahteraan sosial, tetapi tindak-tanduknya baru-baru ini tidak membantu mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional.
PETALING JAYA: Wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin menegur Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy berhubung tindakannya dalam isu Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya.
Dalam catatan blognya yang ditulis atas kapasiti peribadinya, Kadir berkata, Waytha memegang portfolio perpaduan negara dan kesejahteraan sosial, tetapi tindak-tanduknya baru-baru ini tidak membantu mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional.
Penasihat khas media dan komunikasi kepada perdana menteri itu berkata, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah menasihatkan Waytha, bagaimanapun beliau tidak menjelaskan kandungan nasihat itu.
“Tapi, perdana menteri kita ini baik hati dan kalau beliau marah pun, ada orang tak sedar. Jadi, Waytha Moorthy yang belum lama kenal beliau janganlah ‘gung-ho’ dan selesa sangat dengan kedudukan beliau.
“Ingatlah, anda bukan dipilih oleh rakyat jelata. Anda senator lantikan Yang di-Pertuan Agong dan diangkat menjadi menteri oleh Dr Mahathir.
“Tolonglah jangan malukan raja kita dan perdana menteri kita,” katanya sambil mempelawa Waytha meninggalkan komen jika tidak berpuas hati dengan catatannya.
Isu penempatan semula kuil Hindu itu menyaksikan prosiding mahkamah berlarutan sehingga kini, protes dan kekecohan berlaku, termasuk kenderaan dibakar, keganasan dan serangan ke atas kuil serta kerosakan terhadap hartanah.
Kadir berkata, Menteri Pendidikan yang juga ahli Parlimen PPBM, Maszlee Malik juga baru “dikuliahkan” Dr Mahathir.
Ahli Majlis Tertinggi PPBM itu bersetuju dengan perdana menteri yang Malaysia sudah mempunyai banyak sekolah agama dan tiada keperluan menyuntik lebih banyak agama ke dalam sekolah kebangsaan.
Katanya, sekolah sedemikian perlu kembali kepada tujuan asal untuk menjadi sekolah yang menyatukan semua bangsa dan agama.
“Takkan menteri yang cerdik macam Maszlee tak tahu bahawa banyak ibu bapa bukan Melayu tidak lagi menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan kerana sekolah kebangsaan sudah jadi macam sekolah agama?
“Di pihak lain pula, makin banyak ibu bapa Melayu menghantar anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan Cina kerana mahu anak-anak mereka lebih berjaya.”
Kadir berkata, beliau hanya menyebut nama Waytha dan Maszlee, tetapi tidak bermakna menteri lain sudah berjaya disebabkan kali ini bukan giliran “mereka”.
“Anggaplah saya guru pelawat tua yang duduk di belakang kelas memerhatikan tindak-tanduk dan kelakuan mereka.”
FMT.
Read More

[Video Anwar ulas isu rusuhan kuil di Seafield & Deyyyy! Marah sampai tak terkata] Jangan biarkan PENGHASUT membakar api perkauman! ADUN BN Perak sedia dipanggil polis bila-bila masa.

Khamis, 29 November 2018
Foto Suara Rakyat.
“Sejak video itu viral, saya tidak menerima sebarang ugutan, saya hanya lihat mereka buat lucu dan kalau tengok video itu buatkan mereka gembira, tidak ada masalah biar mereka gembira,” kata S Kanagarajah.
Beliau juga sukarelawan yang sering menyampaikan bantuan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya

Marah sampai tak terkata. Deyyyyy!

(Video)
Otai BERSIH

Polis Nafi Anggotanya Terlibat Dalam Rusuhan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menafikan penglibatan anggotanya dalam rusuhan Kuil Sri Maha Mariaman, Seafield, pada pagi Isnin di USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya.
Beliau menjelaskan video dan gambar individu yang tular di media sosial berpakaian uniform polis yang dikaitkan dengan rusuhan kuil baru-baru ini adalah tidak benar.
"Itu salah, dia bukan polis, kami dah buat semakan dan hasil, individu terbabit bukan anggota polis, dia hanyalah polis sukarelawan simpanan atau PVR yang telah lama dibuang perkhidmatan," katanya dalam sidang media pagi ini.
Gambar dan video individu itu mula tular dan beberapa kenyataan dan komen pengguna media sosial mengaitkan dia dengan rusuhan kuil itu.
Foto Otai BERSIH.
Foto Otai BERSIH.
Foto Otai BERSIH.
Baca dan nilaikanlah..sampai bila penghasut sebegini perlu dibiarkan untuk membakar api perkauman!
Otai BERSIH

ADUN BN Perak sedia dipanggil polis bila-bila masa

IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Perak bersedia untuk dipanggil polis pada bila-bila masa bagi membantu siasatan dakwaan wujudnya gerakan bagi menjatuhkan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, sebagaimana dilaporkan sebelum ini.
Ketua Pembangkang, Datuk Saarani Mohamad, berkata kesediaan semua 25 ADUN BN itu adalah sebagai maklum balas terhadap laporan polis yang sudah dibuat Ketua Sekretariat Pakatan Harapan (PH) Perak berhubung dakwaan itu semalam.


“Semalam kami dimaklumkan, Sivakumar yang juga Ahli Parlimen Batu Gajah, sudah pun membuat laporan polis..cuma menariknya laporan (dibuat) di KL (Kuala Lumpur).
“Jadi, kita bersedia menunggu bila polis akan jemput untuk hadir beri keterangan..saya kena ingatkan Sivakumar, bila buat laporan polis dia kena sedia tanggung risiko atas perbuatannya.
“Janganlah anggap bila dikeluarkan kenyataan nak ugut saya dan rakan supaya kami hentikan menimbulkan perkara ini (dakwaan jatuhkan Menteri Besar)...kita tak takut, kita berasaskan fakta dan peristiwa benar yang berlaku,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Bilik Sidang Media Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Sivakumar membuat laporan itu di Balai Polis Dang Wangi tengah hari semalam bagi meminta siasatan menyeluruh berhubung isu berkenaan, sekali gus memastikan usaha menjatuhkan kerajaan pilihan rakyat tidak berulang sekali lagi di Perak.
Saarani turut mendedahkan bahawa sehingga semalam, individu yang juga EXCO Kerajaan Negeri yang dikatakan berusaha memujuk ADUN BN itu masih lagi meneruskan kerjanya dan memberitahu akan meneruskan usaha menjatuhkan Menteri Besar.
“Ini bukan isu main-main, kalau buat laporan polis janganlah pula nanti terkejut apabila laporan polis itu nanti kena dan terkena kepada salah seorang daripada orang dia (PH).
“PH jangan tuding jari kata itu kerja kami, ‘ no’….itu kerja mereka...saya hanya menyebutkan benda itu dengan tujuan supaya negeri boleh ditadbir dengan baik, itu saja,” katanya.
BH Online.
Read More

[Video Polis sahkan Adib cedera kerana dipukul] Pemuda AMANAH kesal kerajaan terlalu 'berlembut' & Lelongan Equanimity tarik minat dari AS, Eropah, Asia.

Khamis, 29 November 2018

Pemuda AMANAH kesal kerajaan terlalu 'berlembut'

KUALA LUMPUR: Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) kesal dengan pendirian kerajaan yang disifatkan terlalu ‘berlembut’ terhadap penyalahgunaan Internet dan media sosial, khususnya penyebaran berita palsu, hasutan serta menyentuh isu perkauman.
Ketuanya, Mohd Sany Hamzan, berkata mereka turut kesal dengan tindakan kerajaan menggantung penggunaan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dalam penyiasatan serta pendakwaan atas alasan ia menzalimi rakyat.


“Keadaan menjadi lebih parah apabila pihak berkuasa tiada alternatif lain menggantikan Seksyen 233 berkenaan. Akibatnya, ada dalam kalangan masyarakat kini sedang bermaharajalela menyebar berita palsu dan perkauman melalui dalam talian.
“Peristiwa rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman menjadi bukti bagaimana berita palsu dan perkauman berjaya membangkitkan kemarahan penduduk di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Mohd Sany berkata, tindakan kerajaan menyekat penggunaan Seksyen 233 juga wajar dipersoalkan berikutan negara belum mempunyai undang-undang lain seumpamanya sebagai ganti.
Beliau berkata, Malaysia terbentuk melalui latar belakang sosial, budaya dan pegangan agama berbeza, justeru faktor utama perpaduan serta keharmonian dapat dikekalkan ialah melalui undang-undang yang mantap dengan penguatkuasaan tegas.
Katanya, selepas peristiwa 13 Mei 1969, Malaysia meletakkan sebarang perbuatan berupa ancaman terhadap keharmonian dan perpaduan kaum, sebagai satu kesalahan amat serius.
“Pelbagai akta dihasilkan bagi menangani masalah terbabit dan antara undang-undang yang baik untuk mengekalkan perpaduan dan ketenteraman kaum ialah Seksyen 233.
“Seksyen 233 bukan digubal bagi tujuan politik, sebaliknya untuk menjadikan penyalahgunaan Internet seperti menyebarkan komunikasi bersifat lucah, tidak senonoh, palsu, mengancam atau jelik dengan niat menyakitkan hati, mendera, mengancam atau mengganggu orang lain, sebagai satu kesalahan dan seterusnya dapat memelihara ketenteraman awam.
“Justeru, adakah kerajaan ingin memperjudikan keselamatan dan ketenteraman negara semata-mata ingin mengambil hati pengundi bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) menunaikan janji manifesto?” katanya.
Mohd Sany yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer berkata, kerajaan perlu menghormati keputusan Mahkamah Tinggi yang sebelum ini mengiktiraf Seksyen 233 adalah mengikut Perlembagaan Persekutuan, selain undang-undang yang mantap.
Sehubungan itu, beliau berkata, pendirian kerajaan bahawa Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 ialah satu seksyen ‘draconian’ dan terbuka kepada salah guna tangkapan, siasatan serta pendakwaan, adalah tidak tepat sama sekali.
Katanya, tiada ruang bagi salah guna tangkapan, siasatan dan pendakwaan sedemikian di negara ini kerana budi bicara untuk mendakwa terletak pada Pendakwa Raya seperti termaktub dalam Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.
“Pemuda AMANAH secara tegas ingin menyatakan bahawa Seksyen 233(1)(a) Akta 588 adalah undang-undang sah digubal Parlimen untuk meletakkan beberapa sekatan ke atas kebebasan bersuara dan berekspresi yang dirasakan perlu serta sesuai demi menjaga kepentingan ketenteraman awam dan moral.
“Ia adalah satu tindakan legislatif yang sesuai dengan objektif hendak dicapai kerana jika tidak dibendung, dikhuatiri akan menyebabkan bahaya lebih besar, selain menggugat keharmonian dan ketenteraman masyarakat.
“Kekacauan inilah yang cuba dibendung Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.
BH Online.
Lelongan kapal layar mewah Equanimity, yang dirampas oleh kerajaan Malaysia berdasarkan alasan bahawa ia diperolehi melalui dana 1MDB yang diselewengkan, telah menarik minat pembeli dari Amerika Syarikat, negara-negara Eropah dan Asia.
Kapal layar itu dilelong sejak sebulan lalu dan tawaran untuk membelinya berakhir pada jam 5 petang semalam.
"Memandangkan pasaran yang sangat khusus, pakar dan elit, dalam masa singkat Equanimity dibuka untuk jualan, kami telah menarik minat dari (pembeli) seluruh dunia: Asia, Eropah, Timur Tengah, Amerika Syarikat.
"Ramai yang telah melawat Equanimity," kata pasukan undang-undang yang mewakili Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam satu kenyataan hari ini.
Walau bagaimanapun, menurut mereka, nilai tawaran atau pembidanya tidak boleh didedahkan sehingga penjualan selesai.
"Nilai tawaran Equanimity tetap rahsia, begitu juga identiti pembida, ini untuk melindungi para pembida dan proses integriti sehingga jualan selesai.
"Sifat proses jualan kehakiman adalah untuk mengekalkan keyakinan para pembida bahawa identiti dan tawaran mereka tidak akan didedahkan sehinggalah penjualan selesai,” kata mereka.
Mk.
Read More

Wednesday, 28 November 2018

[Video Tuan Tanah Kedaung!] Mahkamah-Tiada locus standi, gagal tangguh ambil alih kuil! Kuil Oh Kuil? RM1.5 juta telah pun diterima oleh pengelola kuil! Nampaknya politik tosay dan capati sudah melibatkan orang Melayu pula? Jangan terkejut beruk sekiranya perhimpunan 8 Disember akan membawa padah kelak.

Khamis, 29 November 2018
Foto Otai BERSIH.
Terkini !
Mahkamah Tinggi Shah Alam tolak permohonan tiga penganut Kuil Sri Maha Mariamman untuk tangguh pengambilan semula tapak kuil itu oleh One City Development Sdn Bhd.
Kuil Oh Kuil... 
Alkisah maka jadilah apa yang tak diingini oleh masyarakat berbudaya dan berakhlak mulia iaitu konflik kaum di bumi bertuah ini. Peristiwa berdarah 13 Mei, 1969 patut menjadi pengajaran dan keinsafan kepada semua kaum agar tidak berulang lagi. Pergaduhan antara sesama puak India yang menjadikan kuil sebagai modal persengketaan mereka telah menjadi Melayu menyerang kuil pula.  

Walaupun pihak mahkamah telah membuat keputusan, dan wang sumbangan RM1.5 juta telah pun diterima oleh pengelola kuil itu melalui peguam mereka namun masih berlanjutan sengketa antara dua puak India yang bertelagah. Nampaknya politik tosay dan capati sudah melibatkan orang Melayu pula. 

Berbagai pendapat diluah oleh berbagai pihak termasuk pihak polis. Kini PM sendiri telah mengeluarkan kenyataan bahawa peristiwa di kuil itu adalah penglibatan penjenayah, dan bukan konflik Melayu-India. Malah ada yg berpendapat tauke China mengupah orang Melayu tertentu untuk bertindak. Ini pendapat berbau perkauman yg sangat bahaya bagi masyarakat majmuk di sini. 

Kata PM lagi mungkin ada 'tangan gaib' yang merancang peristiwa ini. Kerajaan akan mengambil tindakan tegas menurut undang-undang. Itu kenyataan biasa. Umum mengetahui sejak rejim korup UMNO/BN tersungkur pada PRU 14 berbagai isu berbau perkauman pekat sudah merebak. Perjumpaan UMNO-PAS di Pasir Salak sudah membakar semangat untuk menggugat kestabilan politik negara.  
Image may contain: fire, night and outdoor
DAP dijadikan sasaran kecaman seolah-olah bawah PH DAP yang berkuasa. Gendang perang sudah dipukul seluruh pelusuk negara untuk menimbulkan semangat kebencian terhadap musuh politik UMNO dan PAS. Lebih melucukan lagi mereka yang meniupkan kebencian terhadap DAP adalah para pemimpin yg punya pekung, kudis buta politik dan puru korupsi yang bakal ditendang ke penjara kelak. 

Peristiwa kuil ini sebagai 'trial run' bagi 'tangan gaib' untuk merancang demonstrasi lebih hebat lagi. Jangan terkejut beruk sekiranya perhimpunan 8 Disember akan membawa padah kelak. PDRM dan menteri dalam negeri patut lebih peka dan bertindak sebelum berlaku peristiwa ngeri. Kebebasan bersuara bukan bermakna individu boleh melakukan apa saja tanpa mengambil kira kepentingan masyarakat umum, keselamatan negara dan perpaduan rakyat. 

Menteri Perpaduan mesti bijak dalam tindakannya, dan bukan menyalahkan pihak lain. Sekiranya dia tidak mampu menghidupkan kerukunan antara kaum oleh kerana prasangka buruknya terhadap sesuatu kaum atau agama maka wajar dia meletakkan jawatan secara terhormat. Tun M boleh menilai apakah menteri tersebut punya wawasan dan kebijaksanaan politik sesuai dengan semangat Malaysia Baru dari tindakan yang dibuatnya. 

Hari ini semangat perkauman paling panas. Kalau kerajaan tidak bijak atau lambat bertindak mententeramkan keadaan besar kemungkinan peristiwa seperti 13 Mei 1969 akan berulang. Kita berdoa Allah melindungi rakyat yang cinta damai dan kerajaan PH. Doa saja tidak cukup kalau kerajaan tidak bertindak tegas terhadap mereka yang mencetuskan konflik antara kaum yang semakin ketara sekarang. - Yahaya Ismail 
Tumpang sekole.
Read More

[Video Batang Sadong-Pergi bincang dengan Ketua Menteri anda] Lempar daging babi: Pemuda PH Jasin buat laporan polis & Syarat baharu bina rumah ibadat-LANGKAH KERAJAAN YANG WAJAR DAN TEPAT

Khamis, 29 November 2018
Lempar daging babi: Pemuda PH Jasin buat laporan polis.
Pemuda Pakatan Harapan Jasin membuat satu laporan polis di IPD jasin berkaitan dengan isu daging khinzir yang di lemparkan ke dalam kawasan surau di serkam baru – baru ini, pihak polis akan menyiasat siapakah dalang di sebalik kejadian ini .
malaysiadateline.

LANGKAH KERAJAAN YANG WAJAR DAN TEPAT

Berikutan kekacauan dan hampir tercetusnya rusuhan di sebuah kuil di Subang Jaya yang pada asasnya berpunca daripada soal berkaitan tanah, Tun Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan peraturan baru bagi pembinaan rumah ibadat pada masa depan.

Peraturan baru yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri ialah pembinaan rumah ibadat mesti mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan atau PBT dan tidak boleh lagi dibina di atas tanah yang bukan milik mereka.

Sebagaimana janji Tun Mahathir dua hari lalu yang memberi jaminan insiden seperti di Subang Jaya tidak akan berulang lagi pada masa akan datang, peraturan baru ini bukan saja tepat dan wajar, malah mampu memenuhi janjinya itu.

Banyak isu berkaitan rumah ibadah khususnya kuil ialah kerana ia selalunya dibina sesuka hati di merata-tempat, meskipun tidak dinafikan terdapat juga yang dibina di tanah persendirian dan mematuhi semua peraturan yang diperlukan.
Dalam kebanyakan kes, bukan saja kelulusan PBT jarang diambil kira, siapa pemilik tanah untuk mendirikan kuil juga kerapkali tidak dipedulikan.

Asal saja ada tanah kosong yang berdekatan dengan penempatan mereka, selalunya di situlah dibina kuil bagi tujuan untuk beribadah.

Memang tujuan beribadah itu baik, tapi apabila tidak mengikut saluran undang-undang, bahkan dibina di tanah orang atau pihak lain, di akhirnya nanti ia pasti akan menimbulkan masalah apabila pemilik sebenar mahu menggunakan tanah tersebut.

Dalam hal ini, rumah ibadat orang Islam seperti surau dan masjid pun selalu memenuhi peraturan undang-undang seperti memperolehi kebenaran PBT dan pejabat agama terlebih dahulu, malah hampir tidak pernah ia dibina di atas tanah yang tidak ketahuan siapa pemiliknya.

Selalunya masjid dan surau sama ada akan dibina di atas tanah kerajaan dengan mengemukakan permohonan terlebih dahulu atau di atas tanah yang diwakafkan.

Sebab itu, isu perebutan atau pergaduhan berkaitan tanah hampir tidak pernah berlaku melibatkan pembinaan masjid atau surau.

Makanya, jika masjid dan surau pun boleh mematuhi peraturan dan pembinaannya sedaya upaya cuba dilakukan dengan memenuhi semua peruntukan undang-undang, tiada sebab penganut agama lain tidak boleh turut sama melakukannya.

Jika peraturan dan undang-undang sentiasa dipatuhi, pasti tidak akan timbul apa-apa masalah di kemudian hari nanti. (ShahbudinHusin 29/11/2018)
Read More

[Video SIAPA EXCO PERAK MAHU JATUHKAN MB?] Mahkamah Tinggi Shah Alam tolak permohonan tangguh ambil tapak kuil.

Khamis, 29 November 2018

Mahkamah tolak permohonan tangguh ambil tapak kuil

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak dengan kos permohonan tiga penganut Hindu kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 Subang Jaya untuk menangguhkan pelaksanaan interim penghakiman persetujuan dan writ milikan oleh One City Development Sdn Bhd (One City), bagi mendapatkan semula tapak kuil itu.
Hakim M Gunalan membuat keputusan itu di dalam kamarnya selepas mendengar permohonan plaintif, S Thangaraju, 37; M Mohanakrishnan, 59; dan S Nagarajah, 52.
Selain One City, ketiga-tiga mereka turut menamakan K Chellappa, Pengarah Perancang Bandar dan Desa Selangor, kerajaan Selangor dan M Nagaraju sebagai defendan.
Peguam Claudia Cheah yang mewakili One City ketika ditemui pemberita selepas prosiding berakhir berkata, mahkamah membuat keputusan itu atas alasan, antaranya, permohonan plaintif tiada locus standi dan One City adalah pemilik sah tapak kuil berkenaan.
Ketiga-tiga plaintif memfailkan permohonan pada 12 Nov lepas bagi mendapatkan perintah penangguhan pelaksanaan interim penghakiman persetujuan bertarikh 11 Mac 2014 dan writ pemilikan untuk mendapatkan semula hartanah kuil berkenaan pada 22 Nov 2018.
Permohonan itu dibuat berikutan plaintif memfailkan saman terhadap kesemua defendan pada 10 Nov lepas bagi menuntut, antaranya, perintah injunksi bahawa defendan atau orang lain dilarang daripada masuk, dan berada atau menggunakan kekerasan untuk mendapatkan semula hartanah kuil itu.
Selain itu, saman itu difailkan bagi memohon perintah bahawa penghakiman persetujuan tersebut adalah batal dan tidak sah, salah di sisi undang-undang serta tidak berkuasa, selain kos dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Isu pemindahan kuil itu mencetuskan rusuhan di kawasan rumah ibadat berkenaan pada awal pagi Isnin dan Selasa yang menyaksikan seorang anggota bomba cedera parah selain perusuh turut membakar 23 kenderaan dan merosakkan cermin bangunan kompleks One City yang terletak 1km dari kuil tersebut.
Sehingga hari ini polis menahan 30 individu bagi membantu siasatan.
Bernama
Mk.
Read More

[Video SUHAKAM-Jangan Guna Alasan Hak Berkumpul untuk Mulakan Rusuhan] Mahkamah Tinggi tolak permohonan tiga penganut Kuil untuk tangguh pengambilan semula tapak kuil itu oleh One City & Mufti: Api marak jangan disimbah minyak.

Khamis, 29 November 2018
Foto Otai BERSIH.
Foto Otai BERSIH.


Foto Otai BERSIH.
Terkini !
Mahkamah Tinggi Shah Alam tolak permohonan tiga penganut Kuil Sri Maha Mariamman untuk tangguh pengambilan semula tapak kuil itu oleh One City Development Sdn Bhd.

Mufti: Api marak jangan disimbah minyak

Otai BERSIH
"Peringatan kepada mana-mana pihak supaya tidak mencurah minyak ke dalam api yang marak kerana ia bakal membawa kerosakan yang lebih memudaratkan. Isu ini perlu ditangani dengan serius tetapi (dengan) amat berhati-hati," kata Dr Zulkifli Mohamad.
Tiada mana-mana rakyat Malaysia yang sudi mempertaruhkan masa depan bersama melalui sesuatu isu yang boleh diselesaikan dengan semangat muhibah, kata mufti Wilayah Persekutuan.
Justeru kata Dr Zulkifli Mohamad semua pihak yang terlibat dalam konflik kuil Sri Maha Mariamman itu wajib dimulakan secepat mungkin agar segala ketegangan dapat diselesaikan dengan baik.
Pada masa sama kata mufti itu tidak perlu mana-mana pihak memburukkan lagi keadaan sedia ada.
"Peringatan kepada mana-mana pihak supaya tidak mencurah minyak ke dalam api yang marak kerana ia bakal membawa kerosakan yang lebih memudaratkan.
"Isu ini perlu ditangani dengan serius tetapi (dengan) amat berhati-hati.
"Kita sebagai rakyat Malaysia tidak sudi mempertaruhkan masa depan kita bersama atas isu yang pada hakikatnya boleh diselesiakan dengan penuh muhibah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mk.
Read More

[Video LANGSUNG: Parlimen 14 Khamis, 29 Nov 2018 (Sesi Pagi)] Tiada peguam One City ditahan polis.

Khamis, 29 November 2018

Tiada peguam One City ditahan polis

Tidak ada 'peguam' syarikat pemaju yang ditahan reman polis berhubung rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman, kata Haniff Khatri Abdulla hari ini.
Haniff yang dilantik syarikat One City Development Sdn Bhd (One City) untuk mewakili pekerja mereka berkata pada asasnya identiti orang yang direman tidak boleh didedahkan bagi mengelak salah faham.
Bagaimanapun, katanya, dia boleh mengesahkan seorang daripada tiga anak guamnya mempunyai kelayaka ijazah undang-undang.
"(Individu yang didakwa) peguam itu pun tidak semestinya seorang peguam swasta yang beramal sebagai peguam bela dan peguam cara," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Haniff semasa individu terbabit bertugas di One City dia tidak lagi beramal sebagai peguam bela atau peguam cara persendirian di syarikat berkenaan.
Kenyataan Haniff itu dibuat sebagai reaksi kepada penjelasan diberi Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin berhubung kekecohan sebuah kuil di Subang Jaya kelmarin.
Isu itu melibatkan pertikaian hak ke atas sebidang tanah di antara One City dengan pihak kuil Sri Maha Mariamman.
Menurut Muhyiddin ada peguam syarikat pemaju terbabit mengupah sekumpulan orang untuk menceroboh, mengambil alih dan mengawal kuil berkenaan pada pagi 26 Nov lalu.
Katanya ketua kumpulan berkenaan diberi wang bernilai RM150,000 dan kira-kira 50 orang kemudian diberi upah antara RM150 hingga RM300 untuk melakukan kerja tersebut. 
Haniff juga menafikan dia dan seorang lagi peguam Muhammad Rafique Rashid Ali, ialah peguam yang bekerja untuk One City dan mengupah kumpulan yang menceroboh kuil berkenaan.
Katanya setakat ini kes berkenaan tidak melibatkan dua peguam yang menjadi pengamal undang-undang, sebaliknya hanya seorang 'peguam' sedang membantu siasatan.
Menurut Haniff kaitan langsung 'peguam' itu dengan mana-mana kesalahan jenayah belum dimuktamadkan kerana siasatan sedang dilengkapkan.
"Semua 21 orang yang ditahan berhubung rusuhan pada awal pagi 26 Nov - setakat kenyataan ini ditulis - masih dalam tahanan polis untuk membantu siasatan.
"Apabila siasatan diselesaikan barulah mana-mana kesalahan jenayah - jika ada - akan dizahirkan melalui tuduhan di mahkamah," katanya.
Sehingga itu, katanya, tidak boleh untuk sesiapa menyimpulkan bahawa seorang 'peguam' patut dipertanggungjawabkan atas sebarang kesalahan atau menjadi punca kekecohan berkenaan.
Pada masa sama Haniff dan Muhammad Rafique mengecam tindakan pihak yang memfitnah kononnya mereka adalah peguam yang dirujuk oleh Muhyiddin semalam.
"Kami memberi amaran tegas bahawa kami akan mengambil langkah yang perlu di sisi undang-undang terhadap semua atau mana-mana individu yang terlibat mengedarkan tohmahan jahat dan fitnah itu sekiranya ia tidak dihentikan serta-merta," katanya.
Mk.
Read More

[Video Adib cedera bukan kerana dilanggar] Mana 'Water Cannon'? Mengapa era kebangkitan reformasi dahulu semburan air dilakukan di Masjid Jamek dan Masjid Kampung Baru? Kesimpulannya, pemaju SALAH, tetapi polis tidak cukup tegas!

Khamis, 29 November 2018
Foto Suara Rakyat.
SIASATAN POLIS mendapati peguam kepada pemaju One City Development Sdn Bhd memberi upah RM150,000 kepada 50 lelaki untuk menceroboh, mengambil alih dan mengawal Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, kelmarin.
TIBA-TIBA firma guaman berkait syarikat pemaju One City Development Bhd menafikannya?

APA SEBENARNYA YANG DAH BERLAKU 

KESIMPULANNYA, PEMAJU YANG SALAH TAPI POLIS YANG TIDAK CUKUP TEGAS LEBIH MENAMBAHKAN LAGI MASALAH

Berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin berhubung kekacauan di sebuah kuil di Subang Jaya, jelas yang menjadi punca segala-galanya  adalah pihak pemaju yang memiliki tanah tapak kuil tersebut.

Dalam usaha untuk mengambil alih tanah milik mereka yang dijadikan tapak kuil, pemaju didapati telah melakukannya dengan cara yang bertentangan dengan undang-undang.

Meskipun telah ada persetujuan bahawa proses itu mahu dilakukan dengan baik dan aman pada 26 November bermula jam 7.00 pagi, malah ia sudah pun dimaklumkan kepada pihak polis untuk membantu mengawal keadaan, tetapi pihak pemaju didapati telah mengupah sekumpulan samseng Melayu untuk memasuki secara ceroboh dan mengawal kawasan kuil seawal kira-kira jam 2.00 pagi iaitu sebelum ketibaan pihak polis.
Peguam pemaju didapati telah membayar wang sebanyak RM150 ribu kepada ketua kumpulan samseng tersebut, tetapi 50 samseng yang menceroboh dan memasuki kuil hanya dibayar antara RM150 hingga RM300 sahaja setiap seorang.

Dengan itu, bayaran kepada 50 samseng yang diarahkan menceroboh dan memasuki kuil itu adalah antara RM7,500 hingga RM15,000, sedangkan wang yang dibayar kepada ketua kumpulan yang berurusan dengan peguam ialah sebanyak RM150 ribu.

Dalam erti kata lain, upah kepada 50 samseng itu hanya sekitar 10 peratus saja daripada bayaran RM150 ribu yang diterima oleh ketua kumpulan itu.
Aduhhh...malangnya nasib Melayu, sudahlah dibayar upah untuk menceroboh tempat ibadah agama yang berbeza yang tidak sepatutnya dilakukan kerana ia tentu saja akan menimbulkan konflik kaum dan agama, lebih malang lagi upah yang diterima adalah seciput cuma berbanding laba berganda yang diraih oleh sang ketua.

Dalam pada itu, meskipun urusan mengupah 50 samseng itu adalah dilakukan oleh peguam pemaju, adalah hampir pasti dan diyakini ia merupakan arahan atau kehendak pihak pemaju sebagai tuan punya tanah di mana terletaknya kuil tersebut.

Muhyiddin dalam sidang akhbarnya juga membayangkan perkara yang sama dengan tidak menolak kemungkinan duit itu datangnya daripada pemaju yang disalurkan kepada peguam terbabit.

Ini kerana peguam biasanya adalah pihak yang hanya menurut arahan dan dibayar atas sesuatu arahan serta agak mustahil ada mana-mana peguam sedia mengeluarkan wang sendiri bagi sesuatu perkara yang mereka tiada kepentingan sama sekali.

Maka, mahu tidak mahu, pemajulah yang bersalah dan harus dipersalahkan dalam hal ini.

(Di penghujung artikel turut disertakan kenyataan media penuh oleh Muhyiddin untuk kita lebih memahami insiden kekacauan yang terjadi)

Kenapa mereka tidak mahu mengikut cara yang betul untuk mengambil alih tanah itu sebagaimana yang sudah dipersetujui akan dilakukan bermula jam 7.00 pagi serta dengan bantuan pihak polis?

Mengapa perlu mengupah kumpulan samseng dan bertindak dengan cara yang bertentangan dengan undang-undang?

Lebih buruk, akibat daripada tindakan yang melanggar undang-undang itu telah menyebabkan tercetusnya rusuhan yang melibatkan banyak kecederaan dan kenderaan dibakar serta nyaris-nyaris meletusnya suatu kekacauan yang melibatkan kaum dan agama di negara kita.

Disebabkannya jugalah telah berlaku di mana seorang anggota bomba Melayu cedera parah dan sehingga kini masih lagi tidak sedarkan diri.

Bagaimana jika kekacauan itu berakhir dengan rusuhan kaum yang tidak terkawal sudahnya?

Untuk itu, tindakan undang-undang yang sekeras-keras harus diambil kepada sesiapa juga yang terlibat sehingga tercetusnya pergaduhan dan kekacauan tersebut.

Berkaitan hal ini, perkara yang turut sama menyumbang kepada kejadian rusuhan berlarutan sehingga dua tiga hari ialah ketidaktegasan pihak polis dalam bertindak ketika di awal kejadian.

Sepatutnya pihak polis perlu tegas dan tidak berlengah-lengah dalam bertindak bagi membendung kejadian daripada menjadi lebih parah kerana ini adalah kejadian jenayah dan perlanggaran terhadap undang-undang.

Alasan pihak polis sebagaimana kenyataan Ketua Polis Negara, Mohamad Fuzi Harun bahawa mereka tidak boleh meredakan rusuhan dengan menembak air kerana kuil adalah kawasan rumah ibadat, sebenarnya tidak masuk akal sama sekali.

Apakah pihak polis lupa bahawa ketika era kebangkitan reformasi dahulu semburan air banyak dilakukan di kawasan Masjid Jamek dan juga Masjid Kampung Baru?

Apa bezanya masjid dengan kuil?

Apa yang diminta bukanlah untuk polis bertindak secara keterlaluan atau keras, tetapi cukup sekadar mematuhi SOP sedia ada dalam menangani sesuatu kekacauan, jenayah dan juga rusuhan.

Lebih-lebih lagi jika kekacauan yang boleh disemarakkan dengan api perkauman dan agama, pihak polis tidak boleh berkompromi sama sekali kerana bahayanya terlalu besar untuk dibiarkan berlarutan, apa lagi sehingga dua atau tiga hari lamanya.

Yang tidak kurang pentingnya, insiden di Subang Jaya ini seharusnya menjadi pengajaran kepada Ketua Polis Negara agar selepas ini mesti menampakkan kepimpinan yang lebih tegas dan berani dalam menegakkan undang-undang negara. (ShahbudinHusin 28/11/2018)
DI BAWAH ADALAH KENYATAAN MEDIA YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN MENTERI DALAM NEGERI BERKAITAN ISU PERGADUHAN TERSEBUT.

1. Isu pergaduhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, Subang Jaya pada 26 November 2018 telah mendapat perhatian rakyat. Pelbagai telahan telah dibuat berhubung insiden ini terutamanya mengenai penglibatan sekumpulan lelaki Melayu yang menceroboh kuil penganut agama Hindu dan menimbulkan kekecohan di tempat kejadian.

2. Kerajaan memandang serius insiden ini yang telah mewujudkan keresahan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara kita.

3. Saya ingin menjelaskan bahawa berdasarkan siasatan polis, insiden ini tiada kaitan sama sekali dengan isu perkauman. Kejadian ini berlaku berpunca daripada pertikaian antara pihak pemaju One City Development Sdn Bhd dan ahli jawatankuasa kuil mengenai hak milik tanah tapak kuil tersebut.

4. Sebagai penyelesaian kepada pertikaian ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 11 Mac 2014 telah merekodkan penghakiman persetujuan bahawa kuil tersebut akan dipindahkan ke satu lokasi baharu yang disedikan oleh pihak pemaju dan tapak asal kuil diserahkan kepada syarikat pemaju yang merupakan pemilik tanah.
       
5. Namun demikian, penghakiman persetujuan ini tidak dapat dilaksanakan kerana terdapat pihak penganut agama Hindu yang membantah penghakiman tersebut.

6. Berdasarkan siasatan pihak polis, terdapat dua kumpulan penganut agama Hindu dalam kes ini yang mana satu daripadanya bersetuju untuk berpindah dan satu kumpulan lagi tidak bersetuju.

7. Setelah beberapa siri rundingan antara pihak-pihak ini gagal mencapai kata sepakat, pihak pemaju telah merancang untuk melaksanakan perintah mahkamah dengan mengambilalih tapak kuil tersebut sepertimana perintah mahkamah.

8. Beberapa cubaan telah dibuat oleh pihak pemaju untuk mengambilalih tapak kuil tersebut tetapi gagal disebabkan bantahan daripada kumpulan penganut agama Hindu dan kekecohan yang berlaku di tapak kuil.

9. Susulan itu, pihak pemaju sekali lagi merancang untuk mengambilalih tapak kuil yang dijadualkan bermula pada jam 7.00 pagi 26 November 2018. Perbincangan mengenainya telah diadakan di antara pihak pemaju dan ahli jawatankuasa kuil. Pihak polis juga telah dimaklumkan mengenai rancangan ini dan bersedia untuk mengawal ketenteraman di sekitar kawasan kuil tersebut.

10. Namun demikian, pihak yang dikaitkan dengan syarikat pemaju telah tidak mematuhi proses pengambilalihan tapak kuil sepertimana yang dirancang mengikut peruntukan undang-undang. Siasatan pihak polis mendapati peguam kepada syarikat pemaju telah mengupah sekumpulan lelaki Melayu untuk menceroboh kuil tersebut dan mengawal kawasan kuil sebelum ketibaan pihak pemaju dan polis pada pagi 26 November 2018.
     
 11. Berdasarkan siasatan polis, sejumlah RM150,000 telah diserahkan kepada ketua kumpulan ini untuk melakukan kerja menceroboh, mengambilalih dan mengawal kuil. Seramai lebih kurang 50 orang telah diupah untuk melakukan kerja ini yang setiap setiap seorang daripada mereka menerima bayaran antara RM150 hingga RM300.

12. Tindakan menceroboh yang amat tidak bertanggungjawab dan menyalahi undang-undang ini telah menimbulkan kemarahan penganut agama Hindu yang berada di kawasan kejadian sehingga menimbulkan kekecohan, pergaduhan dan kerosakan harta benda.

13. Saya amat kesal dengan tindakan gopoh dan cuai yang diambil oleh pihak yang dikaitkan dengan syarikat pemaju yang jelas melanggar undang-undang. Sekiranya tindakan gopoh dan cuai ini tidak diambil, saya percaya insiden pergaduhan di antara kumpulan lelaki Melayu dan penganut agama Hindu di Kuil Sri Maha Mariamman tidak berlaku.

14. Susulan insiden ini, pihak polis telah menahan 21 orang individu untuk membantu siasatan. Pihak polis masih menjalankan siasatan untuk mengenalpasti individu-individu lain yang terbabit di dalam insiden ini, termasuk kejadian rusuhan yang melibatkan sekumpulan kaum India pada malam 27 November 2018. Insiden kedua ini telah menyebabkan kecederaan kepada seorang anggota bomba dan seorang anggota polis selain kerosakan harta benda milik awam dan persendirian.

15. Saya telah diberikan taklimat terperinci oleh Ketua Polis Negara mengenai kedua-dua insiden ini dan saya percaya pihak polis akan dapat melengkapkan siasatan dalam masa terdekat serta membawa mereka yang terbabit dalam perbuatan jenayah ini ke muka pengadilan secepat mungkin.
     
16. Saya ingin menegaskan bahawa insiden pergaduhan di Kuil Sri Maha Mariamman tiada kaitan sama sekali dengan isu perkauman. Masyarakat pelbagai kaum di Malaysia telah hidup secara aman dan harmoni sejak sekian lama. Tidak mungkin kerana satu kejadian terpencil yang membabitkan pertikaian antara jawatankuasa kuil dan pihak pemaju dijadikan sebab untuk mengeruhkan hubungan kaum dan agama di negara kita.

17. Saya menggesa pihak-pihak yang terlibat di dalam isu pertikaian hak milik tanah tapak Kuil Sri Maha Mariamman supaya menyelesaikan pertikaian tersebut secara baik menurut saluran undang-undang. Jangan ada mana-mana pihak yang cuba memanipulasi isu ini untuk mencetuskan ketegangan kaum.

18. Saya telah mengarahkan pihak polis supaya mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang berhubung insiden ini. Ini termasuk mereka yang membuat kenyataan berbaur perkauman yang bersifat provokatif, menyebarkan berita palsu yang berunsur fitnah dan hasutan serta menganjurkan perhimpunan-perhimpunan untuk membakar sentimen kaum.

19. Sebagai pihak yang dipertanggungjawabkan untuk memelihara keselamatan dan keamanan negara, Kementerian Dalam Negeri dan Polis DiRaja Malaysia tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan yang menjejaskan ketenteraman awam. Tindakan tegas berlandaskan undang-undang akan diambil demi memelihara keselamatan dan keamanan negara.

KEMENTERIAN DALAM NEGERI 
PUTRAJAYA.
28 NOVEMBER 2018.   
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena