Sunday, 30 December 2018

[Video Saya Sedar Perwakilan Mahu PM Tua Ini Lebih Lama Tapi...] Anak Azmin padam gambar cuti dengan keluarga Hishammudin Hussein.

Isnin, 31 Disember 2018

Anak Azmin padam gambar cuti dengan keluarga Hisham

Anak menteri ekonomi Azmin Ali, Ameer, memadamkan gambar percutian keluarganya dengan bekas naib presiden Umno Hishammudin Hussein yang bercuti di Maghribi.
Ia dipadamkan di Twitter selepas media membuat spekulasi ia berkaitan dengan dakwaan perpecahan dalaman PKR.
Ameer pada mulanya memuat naik gambar percutian keluarga itu yang antaranya menunjukkan Azmin dan Hishammudin sedang berjabat tangan dengan kapsyen:
“Keluarga kami bersatu semula.’’
Ameer juga dilapor memuat naik video di media sosial memaparkan kedua-dua keluarga menikmati hidangan makanan seperti udang kara di sebuah resort dengan Azmin dan Hishammudin sedang berbual.
Seramai 17 orang dilaporkan menyertai rombongan percutian itu merangkumi tiga generasi daripada kedua-dua keluarga.
Read More

[Video Jaga Perasaan Anwar, Wan Azizah – Rais Yatim] Azmin-Hishammuddin di Maghribi cetus khabar angin...Mukhriz kepada MP Umno: Bersatu tak akan lawan rakan PH.

Isnin, 31 Disember 2018
Azmin-Hishammuddin di Maghribi cetus khabar angin... 

PERINGATAN PADA ANWAR; AZMIN BUKAN MUSA HITAM

Sejarah mencatatkan, hubungan Tun dengan Musa Hitam mula retak apabila Tun melantik Ku Li ke jawatan Kabinet walaupun Ku Li tewas dengan Musa dalam perebutan jawatan Timbalan President.

Musa Hitam letak jawatan TPM tetapi KEKAL di dalam umno.
Ada kalangan pemimpin tertinggal umno diketuai wan mokhtar memujuknya tetapi tiada SIAPA mengikut jejaknya.

Perkara yang hampir sama berulang, Anwar lantik semula calon Timbalan Presiden yang tewas sebagai NAIB President dan Ini dibantah oleh  Azmin.

Azmin bukan Musa Hitam.
Anwar bukan Mahathir.
https://www.amenoworld.org/2018/12/anwar-bakal-disembelih-oleh-azmin.html
Posted by 

Mukhriz kepada MP Umno: Bersatu tak akan lawan rakan PH

Bersatu tidak akan membuka pintunya kepada bekas wakil rakyat Umno yang hanya mahu mencetuskan pergeseran antara parti itu dengan komponen Pakatan Harapan (PH) lain, kata timbalan presidennya Mukhriz Mahathir.
Ketika sesi penggulungan di Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu ke-2 hari ini, beliau memberi amaran kepada mereka yang berhasrat menyertai Bersatu agar tidak berbuat demikian.
"Jangan fikir seolah-olah jika Bersatu nak kekal berkuasa dengan hanya 16 kerusi Parlimen, kami perlukan sehingga 30, 40 kerusi lagi untuk lawan parti lain (dalam PH).
"(Bekas wakil rakyat Umno) Nak suruh kami lawan dengan kawan dalam PH? Tidak sekali-kali," katanya kepada kira-kira 1,500 perwakilan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Beliau berkata kejayaan Bersatu dalam PRU ke-14 adalah atas sokongan parti komponen PH dan tidak mengalu-alukan wakil rakyat daripada Umno yang mahu merosakkannya.
"Kita menang atas dasar PH. PH adalah satu kesepakatan yang kuat dan tak akan bergaduh dengan PKR, Amanah dan DAP...Dengan Warisan pun kita bersama terajui kerajaan persekutuan dan negeri," katanya lagi.
Mukhriz sebelum ini dilantik untuk mengetuai jawatankuasa dalaman bagi menapis permohonan daripada bekas pemimpin dan wakil rakyat Umno untuk menyertai Bersatu.
Menteri Besar Kedah itu juga mengingatkan wakil rakyat daripada Umno yang mahu menyertai Bersatu agar memohon maaf terlebih dulu kepada rakyat Malaysia dan juga parti itu atas kesilapan yang dilakukan sebelum ini.
"Kadang-kadang saya nampak macam tak ada rasa bersalah langsung. Menang (di kerusi sendiri) tetapi kalah secara keseluruhan, lepas itu senang-senang nak masuk PH. Tak bolehlah macam tu," katanya lagi.
Daripada 16 wakil rakyat yang keluar Umno selepas PRU ke-14, tiga orang sudah diterima dalam parti itu - Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah), Noor Azmi Ghazali (Bagan Serai) dan Mustapa Mohamed (Jeli).
Bakinya kini menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong perdana menteri.
Tindakan mereka itu mencetuskan kebimbangan di kalangan pemerhati, anggota parti dan juga parti dalam PH.
Antara kritikan yang disuarakan adalah ia akan menjadikan Bersatu sebagai Umno 2.0, selain khabar angin tentang usaha mengukuhkan kekuatannya berbanding parti komponen PH yang lain.
mk.
Read More

[Video Pemuda Bersatu kecam kenyataan Ab Rashid] Lock Them Up–Here’s The Best and Easiest Way To Deal With UMNO Gangsters, Racists 'n' Bullies... DAP: Banteras politik naungan 'dengan apa cara sekalipun'.

Isnin, 31 Disember 2018
Lock Them Up - UMNO Gangster Jailed - Papagomo, Jamal, Azwanddin
Lock Them Up–Here’s The Best and Easiest Way To Deal With UMNO Gangsters, Racists 'n' Bullies... 
TS/FT
Pemuda DAP: Banteras politik naungan 'dengan apa cara sekalipun'
Ketua Pemuda DAP Howard Lee membidas kenyataan Naib Presiden Bersatu Ab Rashid Ab Rahman bahawa partinya perlu menggunakan sumber kerajaan untuk mempertahankan kuasa.
Ab Rashid juga berkata Bersatu perlu mengekalkan kuasa "dengan apa cara sekalipun".
Bagi Lee kemenangan yang dicapai dengan cara itu, apatah lagi menggunakan politik naungan, adalah kemenangan yang salah.
"Ia bukanlah jenis kemenangan yang diperjuangkan PH, dan pastinya bukan cara kita untuk masa akan datang.
"Kita perlu banteras semua bentuk politik naungan, dan mereka dalam Pakatan Harapan (PH) yang menunjukkan tanda-tanda melakukannya.
"Ini kita mesti lakukan, dengan apa cara sekalipun," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pemuda Bersatu telah menyuarakan bantahan terhadap kenyataan Rashid manakala Pengarah Strategi Bersatu Rais Hussin menyatakan ia bukan pendirian parti itu sama sekali.
Mengulas lanjut, Lee berkata ia juga bertentangan dengan asas dan nilai PH.
Beliau yang juga Adun Pasir Pinji itu menyuarakan sokongan kepada langkah Pemuda Bersatu tersebut yang menyuarakan bantahan terbuka kepada kenyataan itu.
"Kami pasti pandangan Rashid tidak mewakili Bersatu. Kami juga menyokong penuh Pemuda Bersatu yang jelas menolak kenyataannya," katanya lagi.
mk.
Read More

[Video SIAPA SEBENARNYA JATUH IMEJ ISLAM?] Permohonan bekas pemimpin Umno belum lulus, kata Muhyiddin & Dr M: Bersatu akan terima nasib Umno jika pinggirkan orang baru.

Ahad, 30 Disember 2018
Image may contain: one or more people, people standing and text

Permohonan bekas pemimpin Umno belum lulus, kata Muhyiddin

Muhyiddin Yassin ditemui pemberita selepas melancarkan AGM Pemuda dan Wanita PPBM di Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA: PPBM memaklumkan permohonan masuk bekas pemimpin Umno selepas kemasukan Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamad dan Ahli Parlimen Bagan Serai Noor Azmi Ghazali belum diluluskan sehingga hari ini.

Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata gelombang penghijrahan kedua itu dan seterusnya juga perlu melepasi beberapa halangan yang diletakkan seperti yang dipersetujui.

“Mereka perlu melalui suatu tempoh sebagai ahli politik bebas dan kemudian akan melalui proses tapisan,” katanya pada sidang media sempena pelancaran mesyuarat agung tahunan Pemuda dan Wanita PPBM di Pusat Kovensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.

Antara pemimpin Umno yang memohon menyertai PPBM selepas Mustapa dan Noor Azmi adalah bekas ketua Puteri Datuk Seri Mas Ermieyati Samsudin dan bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik.

Setakat ini 12 daripada 16 Ahli Parlimen Umno yang keluar parti selepas pilihan raya umum ke-14 menyokong pentadbiran Dr Mahathir sebagai wakil rakyat bebas.
KDL.

Dr M: Bersatu akan terima nasib Umno jika pinggirkan orang baru

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Dr Mahathir Mohamad berkata beliau sedih mendengar aduan bahawa terdapat ketua bahagian yang menghalang bakat baru memegang kepimpinan parti.
Menyifatkan bahawa aduan seumpama itu hanya biasa didengar dari kalangan pemimpin Umno, Mahathir mengingatkan bahawa amalan seperti itu boleh menyebabkan Bersatu menerima nasib sama seperti Umno.
"Saya berasa sedih tentang cerita-cerita bahawa ada ketua bahagian yang menyingkirkan orang yang sudah memegang jawatan dan tak sanggup terima orang baru, pasal kemungkinan orang baru lebih pandai daripada kita, dan jika ada pemilihan takut akan kalah.
"Dalam politik, ada masa kita menang, ada masa kita kalah. Apabila kalah, kita terima, dan kita lawan sekali lagi. Tetapi untuk menentukan kita tidak kalah, maka kita tidak benar orang lain masuk, kita akan tinggal seorang diri sebagai ketua bahagian yang tiada ahli.
"Apabila itu berlaku, akhirnya parti kita akan hancur, dan dia juga tak akan jadi ketua bahagian lagi. Lihat apa yang jadi kepada Umno, boleh jadi kepada kita," katanya pada sesi penggulungan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu ke-2 di Putrajaya hari ini.
Jelas Mahathir, sebagai parti dalam kerajaan, anggota parti tetap akan mendapat manfaat.
Namun, katanya, sekiranya hilang kuasa, jawatan paling kanan sekali pun tidak akan meberi apa-apa makna.
mk.

Read More

[Video JANGAN PERCAYA Pas-Umno sedang berbalah] "Pandangan BODOH kalau tak guna sumber kerajaan" Naib Presiden Bersatu tempelak Syed Saddiq.

Ahad, 30 Disember 2018
Dua2 parti tak bolih percaya, hari ini u turn, esok one way, lusa pasti 2way, akhirnya go way.
No automatic alt text available.
Image may contain: text

Naib presiden: Bodoh kalau tak guna sumber kerajaan

"Pandangan bodoh" - kata Naib Presiden Bersatu Ab Rashid Ab Rahman terhadap pihak yang membantah gesaan perwakilan agar kerajaan memberikan jawatan dan kontrak agar parti itu dapat mengekalkan kuasa.
Rashid berkata demikian ketika sesi penggulungan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu ke-2 hari ini, dan disambut dengan tepukan gemuruh.
Kata-kata itu selepas Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengecam beberapa perwakilan membuat gesaan itu.
"Dalam PRU kita kena menang by hook or by crook - dengan apa cara sekalipun - kita kena menang.
"Saya tengok dalam keadaan sekarang, kita tak dapat pertahan kedudukan sebagai pemerintah. Ketua bahagian ditinggalkan begitu saja.
"Saya juga ketua bahagian, tetapi bernasib baik sebab perdana menteri bagi saya kerja, mampu pertahan bahagian saya. Tapi yang lain? Jangan cakap sombong...Ini pandangan yang stupid, bodoh," katanya.
Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya itu berkata beliau juga suatu ketika dulu tidak suka melakukan "apa yang patut dibuat".
"Tetapi sekarang saya dalam kandang politik, kita patut buat apa yang patut dibuat.
"Semua ketua bahagian mesti mendapat aktiviti (dan) peluang (bagi membolehkan mereka) mampu dari segi kewangan dan pertahankan kedudukan," katanya yang kini menjadi pengerusi Jawatankuasa Reformasi Pilihan Raya (JRPR).
Syed Saddiq sebelum itu dilihat tidak dapat menyembunyikan kemarahannya apabila menyifatkan gesaan perwakilan tersebut sebagai 'tak masuk akal'.
"Kalau layak guna saluran yang betul. Pergi tengok (perhimpunan) PKR, DAP, dan Amanah. Tengok Umno dulu pun tak berani bincang perkara seperti ini di khalayak umum. Mana maruah kita?"
Selain jawatan dan kontrak, Ab Rashid juga menggesa kerajaan mengembalikan semula Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) untuk melaksanakan projek persekutuan di negeri pembangkang.
"Saya harap di Kelantan dan Terengganu...mesti dikembalikan semula JPP. Segala projek pembangunan oleh kerajaan persekutuan mesti disalur ke JPP dan ketua-ketua bahagian mesti mendapat faedah daripadanya," katanya lagi.
mk.
Read More

[Video Kekal PM sampai PRU15? Dr M jawab desakan perwakilan] Ada sesiapa di sini yang TIDAK MAHU JADI PM? Giliran Anwar 'dimuziumkan' Azmin.

Ahad, 30 Disember 2018

ADA SESIAPA DI SINI YANG TIDAK MAHU JADI PM?

Adakah satu dosa dan satu kesalahan jika seseorang berusaha ke arah itu tanpa menggugat undang²..

Molek berfikiran terbuka dan berlapang dada... 

Sangat jelik KALAU Tun mahu KEKAL sebagai PM hingga PRU15, bukan dipertikaikan kelayakan dan kebolehan tetapi peluang mencorak Negara mesti diserahkan pada generasi muda dengan segera.

Sudah lewat JUGA bagi Muhyiddin, Anwar, Hadi, Lim Kit Siang, Mat Sabu, dan Mat Hassan... Enough, bosan.

Tolaklah yang muda² naik, memadai curah pengalaman dan kongsi ilmu.
Posted by 

Giliran Anwar 'dimuziumkan' Azmin

Seorang kawan saya berbangsa Cina, suatu hari bertanya kepada saya berkenaan Azmin Ali. Saya menyatakan, andai kamu orang Cina berbangga dengan kehebatan Sun Tzu dalam seni perang, kami dari kalangan orang Melayu ada Azmin Ali.
Antara hujah saya, Sun Tzu pernah mengeluarkan teori menarik dalam perang, iaitu kemampuan membunuh musuh politiknya menggunakan pisau musuh. Demikian juga kelebihan pada politik Azmin.
Semasa Khalid Ibrahim menjadi menteri besar, orang yang mula-mula bangkit keraguan terhadap pengurusan kewangan kerajaan Selangor adalah Azmin.
Tetapi, pada masa itu, orang tidak ambil peduli sangat. Akhirnya, yang berkempen untuk jatuhkan Khalid adalah Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution.
Lebih menarik, walaupun nak dicadangkan nama lain sebagai menteri besar Selangor selepas kejatuhan Khalid, tetapi yang jadi menteri besar adalah Azmin. 
Rafizi dan Saifuddin pula terpalit dengan "kotoran" serangan terhadap Khalid.
'Kebijaksanaan Azmin'
Kebijaksanaan politik cara Azmin lebih terserlah, apabila beliau pandai memposisikan diri dan pandai mengambil peluang untuk keuntungan politik beliau, selain bijak memanfaatkan testimonial untuk kelangsungan politik beliau.
Kalau kita mahu melariskan barang jualan kita, antara mekanismanya adalah testimonial. Iaitu, barangan kita dipegang oleh seorang artis terkenal. Demikian juga, kebijaksanaan Azmin dalam testimonial politik, iaitu beliau selalu mengungkapkan bahawa beliau adalah orang yang paling setia dengan Anwar.
Dengan ungkapan itu, beliau semakin berjaya membina keyakinan ahli PKR terhadap karakter dirinya.
Bukan sekadar dalaman PKR, malahan setelah beliau menjadi menteri hal ehwal ekonomi, beliau cuba buktikan kepada awam bahawa beliau ada kelebihan berbanding Anwar. 
Itu dapat dilihat dalam ucapan beliau dalam parlimen dan sebarang ucapan beliau yang dihadiri Anwar sama.
Kebijaksanaan Azmin dalam politik juga dapat dilihat, apabila beliau amat pandai untuk menentukan masa bila nak bercakap, dan masa bila dia perlu berdiam diri. Ini berbeza dengan Anwar dan Rafizi.
Sebab itu, semasa pemilihan sedang berlaku - Rafizi melawan Azmin - beliau banyak diam. Apabila Rafizi banyak sangat bercakap menyebabkan lahir persepsi bahawa Rafizi kelihatan seperti meroyan. 
Dari satu sisi, beliau berjaya mencipta imej buruk pada musuh politik beliau.
'Anak Ibrahim seterusnya'
Selepas beliau diumumkan menang jawatan Timbalan Presiden PKR, ucapan beliau nampak macam sindir Rafizi, tetapi sebenarnya beliau sindir Anwar. Kita dapat dengar, apabila nada suara beliau agak lain sikit ketika sebut pada nama "Ibrahim".
Yang lawan beliau dalaman parti yang kalah, semuanya berbinkan Ibrahim - Khalid Ibrahim dan Zaid Ibrahim. Bermakna, yang bakal kalah lepas ini adalah Anwar Ibrahim. Tetapi, dia sebut nama Rafizi kerana dia amat halus dalam menyindir.
Azmin tak akan mahu musuh beliau dari kalangan orang yang banyak mulut. Maka dengan sebab itu, semalam beliau nyatakan yang beliau tak setuju Rafizi berada dalam jawatankuasa tertinggi PKR. 
Mungkin kita kata beliau tak suka berdebat, tetapi sebenarnya, beliau tak mahu masa beliau terbuang dalam agenda melaksanakan apa yang beliau mahu.
Semasa pemilihan PKR berlaku, beliau kata beliau tak ada masalah bekerjasama dengan Rafizi. Itu ucapan politik beliau sahaja. Sepertimana ucapan politik beliau yang beratus kali beliau kata, beliau setia dengan Anwar.
Dalam jangka masa yang begitu lama, beliau sudah berjaya membina pengaruh dalaman PKR. Lebih menarik, apabila beliau berjaya mengurangkan rasa hormat dan pengaruh Anwar dalam PKR. 
Dia berjaya menampilkan beberapa sikap Anwar yang akhirnya, kelemahan Anwar dilihat ramai. Kejayaan itu amat terserlah, apabila sudah ada serangan terbuka yang dilakukan oleh beberapa pemimpin PKR terhadap Anwar. 
Dengan bantahan beliau semalam, itu lambang beliau dah bersedia untuk menunjukkan perlawanan beliau terhadap Anwar.
Anwar kena ingat bahawa dia bakal dihabiskan oleh Azmin. Dua anak Ibrahim (Khalid Ibrahim dan Zaid Ibrahim) telah dia muziumkan. Kini tinggal satu lagi anak Ibrahim yang perlu dia muziumkan, iaitu Anwar.
Di atas kertas, calon perdana menteri adalah Anwar. Tetapi dari sudut perancangan tersusun, Azmin adalah perdana menteri Malaysia selepas Mahathir.
Sebelum ini, perdana menteri yang paling lama adalah Mahathir, iaitu semasa menjadi perdana menteri keempat.. Selepas ini, PM yang paling lama adalah Azmin. Kalau Anwar nak selamat, dia lawan Azmin itu sendiri memberi bahaya pada masa depan politik Anwar. 
Sebelum ini, saya tulis berkenaan PKR, pasti akan ada pemimpin PKR pesan kepada saya yang saya terlalu baru dalam PKR. Jadi tak layak tulis berkenaan PKR. Saya harap, dengan tulisan ini, tidak ada pemimpin PKR yang pesan macam itu pada saya lagi.

WAN JI WAN HUSSIN merupakan pendakwah dan pengarah akademik Saudara Research Centre. 
Tulisan ini merupakan pandangan peribadi penulis atau organisasi yang diwakilinya serta tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Read More

[Video Dr M hampir sebak ketika berucap mengenangkan gabungan PH] Perwakilan Bersatu cadang Dr M kekal PM hingga PRU15.

Ahad, 30 Disember 2018

Perwakilan Bersatu cadang Dr M kekal PM hingga PRU15

Salah seorang perwakilan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini mencadangkan agar jawatan perdana menteri yang disandang Dr Mahathir Mohamad dikekalkan sehingga pilihan raya umum (PRU) ke-15. 
Menurut sumber, cadangan itu dibuat perwakilan Kelantan, Zulkifli Zakaria ketika membahaskan ucapan dasar presiden parti, Muhyiddin Yassin.
"Ada orang cadang, tak adalah sampai lapan perwakilan yang cadang, tapi pertama sekali yang keluar daripada Kelantan.
"Ini kumpulan orang lama yang cadangkan," kata sumber itu kepada pemberita di Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu ke-2 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.
Untuk rekod, Presiden PKR Anwar Ibrahim sebelum ini dinamakan sebagai individu yang akan menggantikan Mahathir sebagai perdana menteri.
Cadangan agar Mahathir kekal sebagai perdana menteri sehingga penggal berikutnya juga pernah dibangkitkan sebelum ini oleh Bersatu Setiawangsa.
Bagaimanapun, pada 3 Nov lalu, Mahathir berjanji akan menyerahkan jawatan itu kepada Anwar selepas dua tahun.
Sementara itu, bagi usul hari ini, ia disahkan oleh salah seorang Majlis Kepimpinan Tertinggi Bersatu yang enggan namanya didedahkan.
Beliau juga mengulangi pendirian Bersatu untuk menyokong peralihan kuasa yang telah dipersetujui sejak penubuhan Pakatan Harapan (PH) tahun lalu.
mk.
Read More

[Video Bila kata orang Melayu malas, orang marah saya tapi ini kebenaran!] Alahaiii politik melayu! Anwar tak perlukan JEMIN lagi? Rafizi pula Presiden yang kalah dalam pemilihan parti! Bekas Umno Sabah mahu balas dendam pada Warisan.

Ahad, 30 Disember 2018
Foto Otai BERSIH.
DSAI PUN TAK GUNAKAN SALURAN YANG BETUL BILA MENGKRITIK KEMPIMPINAN MADEY & BARISAN KABINET MADEY.

LEPAS JEMIN GUNAKAN CARA DSAI SENDIRI, DISURUH GUNAKAN SALURAN BETUL. KISAHNYA SEBENAR, DSAI NAK JEMIN BERAMBUS. 

TAPI SYGNYA JEMIN NI TAK SEDAR JEMIN TIDAK DIPERLUKAN DSAI LAGI, SBB NYA, PKR ADALAH MILIK RAFIZI. JEMIN TOLONG LAH BUKA MATA!! 

ORANG DAH HINA LAGI DIAM PELUK TUBUH MENAGIH SEPERTI MELUKUT DI TEPI GANTANG
Foto Otai BERSIH.
Rafizi serang Azmin secara terbuka: ANWAR MEMBISU

Rafizi buat laporan SPRM yang palsu tuduh Azmin korup: ANWAR MEMBISU

Abdullah Sani serang Pengerusi PH secara terbuka: ANWAR MEMBISU 

Syukri Razab (Invoke) buat sidang media tuduh calon lawan korup: ANWAR MEMBISU

Rafizi serang kerajaan PH secara terbuka: ANWAR MEMBISU

Tiba-tiba....

Anwar seru Azmin guna saluran betul selepas ditegur.

Ohhhhh... Rupa-rupanya Anwar bukan Presiden parti. Anwar cuma macai Rafizi. The real Presiden ialah Rafizi Ramli. Presiden yang kalah dalam pemilihan parti.

Bekas pemimpin Umno Sabah mahu balas dendam pada Warisan

Bekas pemimpin Umno Sabah yang meninggalkan parti itu baru-baru ini berhasrat menyertai Bersatu untuk membalas dendam kepada Parti Warisan Sabah (Warisan), kata Exco Pemudanya, Musliadi Mustafa.
Menurut Musliadi, mereka berbuat demikian meskipun sedar rancangan tersebut tidak disenangi rakyat Sabah dan bahkan Bersatu juga tidak dialu-alukan di negeri itu.
“Bagaimanapun mereka mahu membalas dendam terhadap Warisan dan Pakatan Harapan (PH) Sabah. Justeru, mereka tidak mempedulikan kritikan dan maruah diri sendiri asalkan dapat mengganggu kerjasama antara Warisan dengan PH Sabah,” katanya seperti dilapor FMT.
Pada 12 Dis lepas, Umno di Sabah lumpuh apabila sebahagian besar Anggota Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan senator Umno di negeri itu keluar parti bersama-sama sekumpulan ketua bahagian.
Wakil rakyat berkenaan setakat ini mengisytiharkan diri mereka sebagai wakil bebas namun terdapat spekulasi sebahagian mereka bakal menyertai Bersatu. 
Bagaimanapun Bersatu menolak kebimbangan Warisan bahawa ia akan membuka cawangan di negeri itu.
Musliadi, yang menyifatkan bekas pemimpin Umno Sabah berkenaan sebagai “terdesak” berkata, mereka akan terus melihat Warisan sebagai musuh.
“Bagi mereka, kedudukan mereka sekarang tidak mempunyai apa-apa makna. Kerjaya politik mereka telah berakhir. 
"Oleh sebab itu, mereka bersedia berbuat apa-apa sahaja dengan mendesak pemimpin PPBM supaya masuk ke Sabah.”
“Mereka dilabelkan sebagai ‘katak’ dan ‘anjing’, tetapi mereka tidak peduli asalkan dapat membalas dendam," katanya.
Musliadi berkata di bawah kerajaan negeri yang baru di Sabah, tidak ada lagi tempat untuk ahli politik seperti itu.
“Mereka ditolak dan rakyat Sabah tidak lagi mengharapkan mereka. Sesetengah mereka menang dalam pilihan raya kerana sokongan kuat jentera kerajaan,” katanya.
mk.
Read More

Saturday, 29 December 2018

[Video Tun M - Jangan tipu diri panggil 'tuan' jika kita masih kuli orang] KJ hang yang TAK CERDIK, Kedah cuti Jumaat woiii! Orang Melayu masih perlu 'tongkat', tapi bukan selama-lamanya.

Ahad, 30 Disember 2018
Image may contain: 1 person, text and outdoor

Dr M: Orang Melayu masih perlu 'tongkat', tapi bukan selama-lamanya

Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa orang Melayu masih memerlukan ‘tongkat’ bagi membantu mereka bersaing bersama kaum lain.
Bagaimanapun, katanya, 'tongkat' itu tidak harus dikekalkan selama-lamanya dan perlu digugurkan apabila orang Melayu sudah mendapat kekuatan sendiri.
“Bagi yang lemah, tongkat boleh membantu.
“(Tapi) Bantuan seperti ini tidak harus dikekalkan. Apabila sahaja kekuatan kembali tongkat perlu digugur,” katanya ketika berucap di Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam ini.
Berucap di hadapan kira-kira 1,200 perwakilan Bersatu, Mahathir berkata orang Melayu dan bumiputera sudah jauh ketinggalan.
Jurang yang terlalu jauh antara yang kaya dan miskin, ditambah dengan faktor perpisahan antara kaum adalah kombinasi yang 'berbahaya’ dan boleh mencetuskan rusuhan, katanya.
Justeru, kata Mahathir, Bersatu tidak harus berdiam diri dan membiarkan kaum Melayu dan Bumiputera terus dilanda kehancuran.
“Kaum tidak dapat ditukar. Tetapi jarak antara miskin dan kaya boleh dikurangkan jika tidak pun dihapuskan,” katanya.
Bagaimanapun, Mahathir menegaskan bahawa orang Melayu dan bumiputera tidak harus meletakkan kesalahan kepada orang lain, sebaliknya membetulkan kesalahan sendiri.
“Meletak kesalahan kepada orang lain memang sedap tetapi mereka tidak akan betulkan diri mereka untuk menyelesaikan masalah kita.
“Kita berkuasa ke atas diri kita, tidak ke atas orang lain.
“Kita jangan tipu diri. Memanggil diri kita tuan tidak menjadikan kita tuan jika kita masih menjadi kuli orang,” katanya lagi.
'Akan dituduh rasis'
Justeru, beliau meminta orang Melayu dan bumiputera untuk menaruh kepercayaan kepada Bersatu bagi membantu mereka.
“Bersatu tahu bagaimana kita boleh berjaya, bagaimana kita boleh selamatkan diri kita, orang Melayu dan Bumiputera lain.
“Yang kita minta hanyalah kepercayaan dan kesanggupan menurut cara yang akan diperkenal oleh kita.
“Percayalah hanya Melayu sahaja yang boleh selamatkan diri mereka sendiri,” tambahnya lagi.
Di hujung ucapannya, Dr Mahathir berkata, beliau sedar beliau mungkin akan dituduh rasis atau diburukkan nama berikutan ucapannya itu.
Namun, beliau tetap menyampaikan 'pesanannya’ itu kerana tidak pasti sama ada peluang untuk menyampaikan ucapan seumpama itu masih ada untuknya pada tahun akan datang.
“Tak mengapalah jika diburukkan nama saya asalkan bangsa saya sedar akan nasib buruk yang akan menimpa mereka di masa hadapan.
“Peluang bagi menyampaikan ucapan seperti ini di tahun hadapan mungkin ada, mungkin tidak. Justeru, peluang ini tidak boleh dilepaskan.
“Diharap bangsaku akan tolak budaya lama dan cipta budaya baru, budaya yang tetap akan menyelamatkan kita,” tambahnya lagi. 
mk.
Read More

[Video Orang Melayu sudah kenal siapa Umno-PAS, sanggup cium mulut dengan perompak] Mat Hasan tak mampu halang wakil rakyat Umno lompat parti.

Sabtu, 29 Disember 2018
Image may contain: 2 people, text

Mat Hasan tak mampu halang wakil rakyat Umno lompat parti - Penganalisis

Umno dijangka tidak mampu menyekat wakil rakyatnya daripada terus melompat parti meskipun parti dominan orang Melayu itu kini dipimpin oleh Mohamad Hasan yang menjalankan tugas presiden Umno.
Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarulzaman Yusoff berkata Mohamad tidak akan mampu untuk menghalang wakil rakyat Umno itu daripada terus lompat parti.
"Mohamad pada padangan saya hanya mampu melambatkan tindakan wakil rakyat Umno untuk lompat parti.
"Ahmad Zahid sekadar dijadikan kambing hitam, hala tuju Umno tak jelas sekadar alasan digunakan untuk membolehkan mereka lompat parti," katanya kepada Malaysiakini.
Pada 12 Dis lalu, seramai 14 wakil rakyat Umno dan pemimpin kanan di Sabah bertindak keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas. 
Mereka termasuklah lima anggota parlimen dan sembilan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun).
Antara alasan yang diberikan adalah kepimpinan Umno pusat tidak mempunyai arah politik yang jelas. 
Ia kemudian disusuli dengan enam lagi anggota parlimen Umno bertindak keluar parti yang diketuai Anggota Parlimen Larut, Hamzah Zainuddin; Anggota Parlimen Tanah Merah, Ikmal Hisham Abdul Aziz; Anggota Parlimen Hulu Terengganu, Rosol Wahid; Anggota Parlimen Mersing, Dr Abdul Latiff Ahmad dan Anggota Parlimen Tasik Gelugor, Shabudin Yahaya.
Keputusan itu juga menyaksikan Presiden Umno, Dr Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan tugas presiden parti kepada Mohamad Hasan.
Sementara itu, pandangan sama juga turut disuarakan penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Sivamurugan Pandian yang menyifatkan Ahmad Zahid bukan faktor utama wakil rakyat Umno keluar parti.
Sebaliknya, Sivamurugan menyifatkan wakil rakyat berkenaan sudah terlalu lama bertindak berada dalam kerajaan dan tidak biasa menjadi pemimpin pembangkang.
"Banyak faktor yang mendorong mereka berbuat demikian termasuklah faktor kewangan memandang Umno bukan lagi parti pemerintah.
"Bukan soal Ahmad Zahid, namun ia didorong oleh kedudukan Umno yang tidak lagi berkuasa," katanya kepada Malaysiakini.
mk.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena