Wednesday, 30 January 2019

[Video Agong disambut selaku ketua negara baharu di Parlimen] Sultan Abdullah lafaz sumpah jawatan Agong ke-16.

Khamis, 31 Januari 2019


Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara, di Kuala Lumpur.
Turut melafaz sumpah memegang jawatan ialah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Baginda berdua dipilih oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-251 (Khas) di Istana Negara pada 24 Jan lepas, bagi tempoh lima tahun bermula hari ini.
Malaysia adalah sebuah daripada 43 negara di dunia yang mengamalkan sistem pemerintahan raja berperlembagaan dan satu-satunya negara yang mengamalkan sistem penggiliran dalam kalangan sembilan raja Melayu.
Sultan Abdullah menerima Kawalan Kehormatan Darjat oleh Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja terdiri daripada tiga pegawai dan 31 anggota yang diketuai Mej Mohd Azwan Ariff Mohd Azawi sebaik kenderaan diraja yang membawa Yang di-Pertuan Agong melintasi pasukan itu ketika menuju Anjung Utama, Istana Negara.
Serentak itu, Pancaragam Pusat Rejimen Renjer Diraja yang dianggotai seorang pegawai dan 33 anggota dipimpin Mej Abdul Aziz Abdullah memainkan lagu Negaraku.
Malaysiakini.

Read More

[Video K'jaan timbang pajakan 99 tahun dalam pembangunan semula Kg Baru] Pandai walaun2 main bowling sejak bersama Umno! 'Tiada Keperluan Mendesak' Isa Samad gagal dapatkan pasport untuk tunai umrah.

Khamis, 31 Januari 2019
Pandai walaun2 main bowling sejak bersama UMNO. Tak lama lagi lebai2 atasan akan main golf. Walaun2 ketua cawangan berkaraoke. Walaun2 unit amal jadi bouncer kelab dangdut... 

Isa Samad gagal dapatkan pasport untuk tunai umrah

Bekas Pengerusi Felda, Mohd Isa Abdul Samad gagal dalam permohonan bagi mendapatkan semula pasportnya untuk menunaikan umrah, semasa pendengaran permohonan itu di Mahkamah Sesyen, di Kuala Lumpur hari ini.
Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi menolak permohonan Mohd Isa untuk mendapatkan sementara pasportnya bagi tujuan mengerjakan umrah dari 10 hingga 21 Feb.
Dalam penghakiman, Azura menegaskan walaupun Mohd Isa selaku pemohon tidak berisiko untuk melarikan diri tetapi dia tiada keperluan mendesak untuk menunaikan umrah.
Pada 25 Jan, Mohd Isa yang diwakili peguam K Kumaraendran dan Ridha Abdah Subri telah mengemukakan permohonan kepada mahkamah untuk mendapatkan pasportnya bagi menunaikan umrah.
Terdahulu, Kumaraendran dalam hujahannya menyatakan bahawa anak guamnya tidak mempunyai risiko untuk melarikan diri dan ia diakui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana Mohd Isa sentiasa memberi kerjasama sepanjang proses siasatan berlangsung.
"Dari tarikh anak guam saya direman pada 15 Ogos 2017, dia telah lima kali pergi ke luar negara, sentiasa melaporkan perjalanannya kepada SPRM dan tiada halangan perjalanannya," katanya.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Umar Saifuddin Jaafar yang mengendalikan pertuduhan berhujah mempersoalkan adakah permohonan itu satu keperluan memandangkan tertuduh telah dua kali menunaikan umrah sepanjang tahun lepas iaitu pada bulan Januari dan Mei.
"Sepanjang tempoh dari Disember 2017 hingga November 2018, tertuduh telah beberapa kali ke luar negara termasuk dua kali menunaikan umrah," katanya dan menegaskan mungkin ada ada lagi permohonan lain sekiranya mahkamah membenarkan permohonan tertuduh pada kali ini.
Umar Saifuddin berkata walaupun Mohd Isa tidak mempunyai risiko untuk melarikan diri tetapi selepas dia menghadapi pertuduhan pada Disember 2018 statusnya telah berbeza dan tuduhan yang dihadapi juga sangat serius.
Pada 14 Dis 2018, Mohd Isa mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan pecah amanah dan sembilan pertuduhan menerima rasuah berjumlah lebih RM3 juta bagi meluluskan pembelian sebuah hotel di Kuching, Sarawak, oleh Syarikat Felda Investment Corporation (FIC) Sdn Bhd.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Tingkat 50, Menara Felda, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC dekat sini pada 29 April 2014 mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan pecah amanah, Mohd Isa dituduh mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
- Bernama
Malaysiakini.
Read More

Video Thank you Malaysia شكراً ماليزيا على أنغام الدحية 😄 Terima Kasih from Palestinians Gaza] Asyraf Wajdi disekolahkan! Dr M juara carta mingguan berita dunia terhangat Al Jazeera.

Rabu, 30 Januari 2019
Tiada penerangan foto disediakan.
Asyraf Wajdi disekolahkan!
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang berdiri
Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang senyum, orang duduk

Dr M juara carta mingguan berita dunia terhangat Al Jazeera

Perdana Menteri Dr Mahathir menjuarai carta ‘Sibaq Al Akhbar’ (Berita-berita Dunia Paling Hangat) bagi kategori ‘Tokoh Minggu Ini’ kelolaan saluran berita Arab terkenal Al Jazeera, apabila memperoleh undian tertinggi penonton saluran televisyen berkenaan.
Keputusan undian yang dipaparkan secara langsung pada setiap Rabu itu menunjukkan Dr Mahathir memperoleh 49 peratus undian responden yang terdiri daripada penonton saluran itu di seluruh Semenanjung Tanah Arab sekali gus mengatasi tiga tokoh lain.
Timbalan Perdana Menteri Itali Luigi Di Maio memperolehi undian kedua tertinggi dengan 33 peratus diikuti Ulama Saudi Dr Ahmed al-Amari (13 peratus) dan utusan khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Yaman, Martin Griffiths (lima peratus).
Menurut pengacara program, nama Dr Mahathir menjadi sebutan dan meraih populariti tertinggi minggu ini ekoran kenyataan lantang beliau terhadap isu Palestin-Israel.
Malaaysiakini.
Read More

[Video PRK Cameron: Kurang tepat kata rakyat tolak k'jaan, kata Mahfuz] Lupakan perbahasan PH-BN, banyakkan kerja siasatan, kata Jomo & Cikgu Bulan: Ibu bekas calon PAS Cameron menangis pangkah dacing.

Rabu, 30 Januari 2019
Image may contain: 1 person, text
TS.

Lupakan perbahasan PH-BN, banyakkan kerja siasatan, kata Jomo

"Malaysia baru" memerlukan media yang memberi tumpuan lebih kepada kewartawanan penyiasatan dan bukannya diterperangkap dalam kancah perbahasan politik, kata ahli ekonomi dan akademik, Dr Jomo Kwame Sundaram.
“Ini strategi proaktif untuk masa depan (media). Mendalami segala-galanyanya.
“Tak payah ambil bahagian dalam perbahasan antara BN dan PH.
“Laporkan dengan jujur dan biar pembaca buat kesimpulan sendiri. Bagi saya itu strategi untuk kita majukan konsep Malaysia baru kalau kita nak ke arah itu,” kata Jomo.
Beliau bercakap pada ceramah yang dianjurkan oleh Institut Akhbar Malaysia mengenai peranan media dalam "Malaysia baru"
Sementara itu, Jomo berkata media juga perlu berperanan sebagai pemeriksaan dan keseimbangan kepada ahli politik.
Khususnya, beliau berkata media mempunyai peranan dalam mendedahkan salah laku ahli-ahli politik, dan untuk mendidik orang ramai tentang hal-hal tersebut.
"Hanya dengan media bertindak sebagai periksa dan keseimbangan kita boleh menyelamatkan masa depan," katanya.
Malaysiakini.

Ibu bekas calon PAS Cameron menangis pangkah dacing

Ibu bekas bekas calon PAS Cameron Highlands dalam pilihan raya umum lalu antara anggota parti itu yang menangis ketika mengundi BN dalam pilihan raya kecil parlimen itu Sabtu lalu.
Perkara itu didedahkan anaknya Wan Mahadir Wan Mahmud, 47, yang juga dikenali sebagai Cikgu Bulan.
"Pagi semalam (kelmarin) masa nak keluar dari rumah, ramai yang menangis. Macam mana aku (merdeka) dah 60 tahun tak pernah pangkah Umno akhirnya hari semalam mengundi dacing.
"Jadi memang sedih tapi disebabkan iman, walak pada pucuk pimpinan kami akur. Laksanakan dan terjemahkan melalui kertas undi. Syukur semuanya berjalan baik dan lancar.
mk.
Read More

[Video Parti pembangkang yang terima wang 1MDB, bolehlah pulangkan - Guan Eng] Anak Najib pertahan kemasukan Israel; OK & MCA pertahankan kemasukan Israel; Pun OK! Mana laungan 'kaaafiruuun', 'munafiquuun', 'liberaliyyuuun' drpd walaun?

Rabu, 30 Januari 2019
Image may contain: 3 people, text
Larangan halang atlet Israel satu diskriminasi, langkah terbelakang - Tan Teik Peng
TAN: "Tiada tempat untuk diskriminasi dalam sukan abad ke-21" - Foto MCA
Anak DS Najib Razak pertahan kemasukan Israel. OK.
MCA pertahankan kemasukan Israel. Pun OK.
Tiada pun label, kritikan dan laungan 'kaaafiruuun', 'munafiquuun', 'liberaliyyuuun' daripada sahabat-sahabat suci waktu ini.

Mesti nak hujah, "Eh Mahathir pun dulu bawak masuk kriket Israel." Dulu la bang. Sekarang tidak. Kalau nak cerita dulu banyak benda boleh berganti-ganti dikorek kumbahannya.
Tapi tak mengapalah. Labelkan aje sesuka hati. Aktiviti melabel tu mungkin sebahagian daripada terapi tidur untuk mereka yang menghidap imsomnia akut.
-Sahul HM-
Larangan halang atlet Israel satu diskriminasi, langkah terbelakang - Tan Teik Peng
KUALA LUMPUR : Pemuda MCA Wilayah Persekutuan menganggap keputusan kerajaan untuk melarang kemasukan atlet Israel ke Malaysia sebagai 'menyedihkan' dan mundur.

Pengerusinya, Tan Teik Peng bertegas isu larangan ke atas atlet Israel ini telah mencemarkan reputasi Malaysia di peringkat antarabangsa dan beranggapan bahawa Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman gagal membezakan antara sukan dan politik.

“Tiada tempat untuk diskriminasi dalam sukan abad ke-21,” jelasnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Biro Publisiti MCA kepada Astro AWANI.

“Sukan ialah tentang mempromosi semangat persaudaraan, kesaksamaan dan hormat antara satu sama lain, serta mewujudkan peluang untuk membetulkan sebarang bentuk diskriminasi yang wujud di dunia ini.”

“Sekiranya ahli politik Malaysia mahu melarang atlet Israel susulan daripada jenayah perang yang dilaksanakan ‘pemerintah’ mereka, maka kita juga sepatutnya melabel Amerika Syarikat dan Jepun sebagai penjenayah juga atas keganasan di Asia Barat dan sewaktu Perang Dunia II”.
Astro Awani.
Image may contain: 3 people, people smiling
Read More

[Video Najib tidak menyumbang apa-apa] AG jelaskan mengapa tribunal bukan sekadar akademik.

Rabu, 30 Januari 2019

AG jelaskan mengapa tribunal bukan sekadar akademik

Peguam Negara, Tommy Thomas hari ini tampil mempertahankan isu penubuhan tribunal bagi menyiasat enam bekas anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menurut sesetengah pihak hanya bersifat akademik.
Ini termasuk kenyataan oleh pengerusi tribunal itu sendiri, Steve Shim Lip Kiong yang mempersoalkan penubuhan itu memandangkan semua enam anggota SPR berkenaan telah meletak jawatan pada 1 Januari lalu.
Menerusi satu kenyataan media, Thomas menjelaskan semua mereka tidak kebal daripada penelitian dan siasatan tribunal semata-mata kerana mereka telah meletakkan jawatan.
"Pertuduhan-pertuduhan (salah laku) ini amat serius, dan sekiranya dibuktikan, akan menunjukkan kesalahan diri anggota-anggota SPR dalam cara pengelolaan PRU-14. 
"Tempoh yang relevan yang ditugaskan untuk siasatan Tribunal ialah pada hari mengundi (9 Mei 2018).
"Anggota-anggota ini masih memegang jawatan dalam SPR pada masa tersebut, dan tindakan mereka pada masa itulah yang disiasat," katanya sambil menjelaskan  tribunal itu mempunyai dua mandat yang berasingan
Tommy berkata jika tribunal berpuas hati sebegitu, maka mereka perlu membuat syor kepada Yang di-Pertuan Agong tentang tindakan yang boleh diambil, termasuk memecat anggota SPR berkenaan.
Katanya, peletakan jawatan enam bekas anggota SPR itu - bekas Timbalan Pengerusi SPR, Othman Mahmood dan ahli-ahli suruhanjaya, Md Yusop Mansur, Abdul Aziz Khalidin, Sulaiman Narawi, Leo Chong Cheong dan K Bala Singam - tidak menjadikan mereka kebal daripada penelitian dan siasatan.
“Tribunal mungkin tidak hanya terhad kepada syor bagi pemecatan daripada jawatan, yang merupakan hukuman yang paling ekstrem. 
"Malahan tribunal boleh mengemukakan syor lain secara alternatif menurut bahagian kedua mandat,” katanya.
Tommy berkata adalah jelas bahawa peletakan jawatan anggota SPR berkenaan adalah langkah yang sengaja diambil bagi menggagalkan siasatan tribunal dan untuk mengelakkan keaiban akibat pemecatan serta segala kesan yang berikutan.
Menurutnya, peletakan jawatan anggota SPR berkenaan dibuat sebaik sahaja terdapat laporan bahawa kerajaan telah memulakan proses untuk menubuhkan tribunal.
“Namun tarikh berkuat kuasa dilewatkan secara sepihak kepada 1 Januari 2019,” katanya.
Tommy berkata, penubuhan tribunal itu masih boleh memberi kesan kepada pihak yang disiasat melalui implikasi kewangan yang langsung kepada hak dan faedah persaraan mereka yang diterima jika mereka meletak jawatan, bukan dipecat.
“Namun demikian, akhirnya tribunal bebas untuk membuat keputusan berkenaan isu awalan, seperti yang diinginkan, dan untuk membuat syor pada Duli Yang Maha Mulia Seri Baginda Yang di-Pertuan Agong,” katanya.
Anggota tribunal itu adalah hakim-hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Steve Shim Lip Kiong, yang mempengerusikan tribunal berkenaan, Zaleha Zahari, Suriyadi Halim Omar, Jeffrey Tan Kok Wha dan Dr Prasad Sandosham Abraham.
Mereka dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 114(3), 125(3) dan 125(4) Perlembagaan Persekutuan.
Malaysiakini.
Read More

[Video Ingatkan Papagomo rupanya Asyraf Wajdi - Sheikh Omar jawab kritikan] ADUN Melayu dari DAP ni pernah curi duit Yadim ke? Marah beremosi bencikan kepada DAP konon! Sedaq sikit hangpa tu pembangkang...Lol.

Rabu, 30 Januari 2019
Tiada penerangan foto disediakan.
Ramai yang marah2 dengan pelantikan Adun Paloh Johor Sheikh Omar Ali sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim) kerana Ali Omar daripada DAP. Itu saja bukan kerana sebab lain. ADUN Melayu dari DAP ni pernah curi duit Yadim ke? Marah beremosi bencikan kepada DAP konon. Sedaq sikit hangpa tu pembangkang... 
TS.
Image result for dr.m n anwar
Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Paloh Sheikh Omar Sheikh Ali berkata kritikan pelantikannya sebagai anggota lembaga pemegang amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) bersifat sentimen dan bukannya ingin menjaga kepentingan yayasan berkenaan.
"Saya rasa cemuhan itu semua itu bersifat sentimen dan bukan bersifat dasar dan bukan bersifat nak bincangkan soal polisi atau hala tuju bagaimana Yadim hendak bergerak ke hadapan.
"Khususnya macam satu (kritikan) yang ditimbulkan (Ketua Pemuda Umno) Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Masa mula-mula baca kritikan itu, saya ingat Papagomo punya kenyataan. Rupanya Asyraf Wajdi.
"Saya rasa saya pun tak akan meluangkan banyak masa untuk jawab tohmahan yang sifatnya terlalu kecil sebenarnya dan bukan perkara dasar untuk melihat Yadim ke depan," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan surat lantikan di Putrajaya hari ini.
Terdahulu, pelantikan Sheikh Omar sebagai anggota lembaga pemegang amanah Yadim mendapat kritikan beberapa pihak termasuk pemimpin pembangkang yang bimbang dengan latar belakang beliau sebagai ahli DAP.
Dalam kritikannya, Asyraf yang juga merupakan bekas Yang Dipertua Yadim mendakwa DAP sebagai parti yang secara konsisten tidak mahu mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi dan mahu menjadikan Malaysia sebuah negara sekular.
Bagaimanapun, menteri agama Dr Mujahid Yusof mempertahankan pelantikan itu dan menjelaskan bahawa ia dibuat atas kelayakan Sheikh Omar.
Mengulas lanjut, Sheikh Omar berkata, menggunakan DAP untuk menakutkan orang ramai adalah naratif lama yang dibawa BN.
Sebaliknya, jelas Sheikh Omar, dengan pelantikannya dalam Yadim, skopnya untuk berdakwah lebih luas dan tidak terhad sebagai pemimpin DAP.
"Bukan sekadar (berdakwah) pada (ahli) DAP. Skop dakwah saya lebih luas apabila berada pada kedudukan ini (dalam Yadim).
"Cabaran utama adalah macam mana kita melihat naratif baru dalam dakwah di Malaysia, kerana selama ini sifat dakwah di Malaysia ini seperti kita melihat kita perlu mempertahankan diri kita semata-mata," katanya.
Mlaysiakini.
Read More

[Video ECRL: Woi, MENTERI JANGAN BEREBUT PUBLISITI lah] Daim: Menteri gaduh sesama sendiri timbulkan rasa muak rakyat.

Rabu, 30 Januari 2019

Daim: Menteri gaduh sesama sendiri timbulkan rasa muak rakyat

Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin hari ini menasihatkan sesetengah menteri Kabinet supaya tidak terus ‘bergaduh’ sesama sendiri secara terbuka kerana ini boleh menimbulkan rasa muak rakyat kepada kerajaan.
Beliau berkata meskipun difahami bahawa semua menteri Kabinet adalah baharu, namun sikap seumpama itu tidak boleh dibiarkan sebaliknya mereka disarankan supaya sentiasa menunjukkan semangat bersatu-padu.
“Mereka (menteri Kabinet) memang baharu. Selama 50 tahun jadi pembangkang tetapi apabila menang (Pilihan Raya Umum ke-14) sama-sama, mereka masih bergaduh sesama sendiri.
“Saya sudah beritahu banyak kali, enam bulan bolehla jika hendak bergaduh. Kalau lepas tu masih nak bergaduh, lama-lama rakyat makin muak,” katanya pada program Luncheon Talk: Atmosfera Ekonomi Bumiputera Masa Hadapan di Universiti Teknologi Mara, di Shah Alam.
Oleh itu kata beliau, adalah lebih elok sekiranya barisan menteri fokus untuk bekerja sebagai satu pasukan dengan penjawat awam dan pelbagai agensi di bawah kementerian masing-masing kerana mereka mempunyai kebolehan serta kelulusan yang baik.
“Ada menteri buat kerja tanpa minta pandangan. Apabila ini berlaku, penjawat awam ini akan lepas tangan. Ini antara punca mengapa banyak perkara gagal dilaksanakan dengan baik,” katanya.
Dalam pada itu, Daim menyifatkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilaksanakan hampir 50 tahun lepas untuk memberi segala bantuan dan sokongan kepada kaum Melayu gagal mencapai matlamatnya apabila pada masa kini, majoriti daripada kaum itu masih ‘kais pagi, makan pagi’.
Beliau berkata kira-kira 75 peratus daripada golongan berpendapatan rendah (B40) terdiri daripada kaum Melayu yang masih bergantung kepada subsidi kerajaan untuk meneruskan hidup.
Disebabkan itu tegas beliau, sesetengah orang Melayu seharusnya bertanya kepada diri sendiri mengapa mereka masih terkebelakang walaupun kerajaan melaksanakan pelbagai polisi untuk membantu golongan tersebut.
Malah katanya, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sebelum ini diagihkan kepada rakyat juga telah menjadi ‘candu’ apabila terus ditagih kebanyakan masyarakat Melayu.
“Cash telah menjadi KingKing itu mesti ada berbilion Ringgit...King menjadi penipu dan pencuri. Sedangkan penyokong ‘kangkong’ terus menyokong King. Rakyat naik benci, cash ke mana, king ke mana.
“Rakyat mahukan pemimpin yang beramanah, bertanggungjawab, pentingkan rakyat dan negara. Maka, pada 9 Mei 2018 (Pilihan Raya Umum ke-14), rakyat telah bebaskan rakyat dan rakyat merdeka semula,” katanya.
- Bernama
Malaysiakini.
Read More

[Video Undi Melayu PRK Semenyih akan pecah - PM] Meneropong SEMENYEH! Siapa meraung, siapa ketawa 'terkerenyeh' 2 Mac nanti... Hari ini rakyat lebih bijak dari kebanyakan menteri dan pemimpin politik.

Rabu, 30 Januari 2019
「Gambar raja bomoh」的圖片搜尋結果
“Raja Bomoh Sedunia” or Ibrahim Mat Zin.
Image result for prk semenyih
Siapa meraung,siapa ketawa di Semenyih... 
Kekalahan PH di Cameron Highland patut menjadi iktibar, menginsafkan para pemimpin PH bahawa kuasa Allah dan undi rakyat menentukan nasib semua calon dan semua parti bertanding. Politik Malaysia sejak 61 tahun dan akan berterusan sampai beberapa PRU lagi tetap berbau perkauman.  

Kamu boleh menjaja 'Malaysian Malaysia', 'Malaysia Baru' untuk memancing sokongan rakyat. Tapi kalau Melayu/ Bumiputra merasakan hak dan kepentingan pribumi terjejas dan terhakis maka segala dongeng 'Malaysian Malaysia, 'Malaysia Baru' hanya tinggal kenangan yg pahit. 

Ini realiti politik Malaysia. DAP dan PKR parti politik semua kaum. Perjuangannya tidak selari dengan BERSATU yang memperjuangkan kepentingan Melayu/Bumiputra sebagai alternatif kepada UMNO. Kalau ada pemimpin PH yang bermimpi bukan Melayu boleh menjadi PM dan menentukan halatuju kerajaan sekarang maka janganlah terkejut beruk kalau PH berputih mata, hilang kuasa pada PRU 15 kelak. Jangan fikir kerana DAP dan PKR mempunyai banyak wakil di Parlimen dari BERSATU maka mereka mahu menguasai kepimpinan kerajaan menurut acuan politik mereka. 

Jangan cari naas politik. Orang Melayu yg beragama Islam tidak akan menerima seorang bernama Anwar Ibrahim sebagai bakal PM kerana mereka berpegang pada wahyu Allah yg melaknati kaum homosek. Kita cabar mana-mana ulamak yang berwibawa yang mengatakan Allah merestui homoseks boleh jadi pemimpin berdasarkan al-qur'an. 

DAP menjadi momokan UMNO, PAS dan berbagai ngo Melayu Islam kerana orang Melayu tidak akan menerima dengan dada lapang DAP menguasai kepimpinan kerajaan dan menentukan nasib rakyat di bumi Malaysia. Peristiwa berdarah 13 Mei, 1969 masih menguasai minda orang Melayu. Walaupun majoriti kaum Cina menyokong DAP namun ia tetap tidak dapat diterima oleh sebahagian besar umat Melayu beragama Islam. 

Sebenarnya semua parti dalam PH dapat menikmati kuasa sebagai menteri kerana Allah dan rakyat menyokong Tun Mahathir. Ini realitinya. Kalau bukan Tun Mahathir yang memimpin PH hari ini PKR, DAP, AMANAH dan BERSATU tidak akan berlagak sebagai menteri seperti kaduk naik junjung hari ini. Insaflah, wahai para pemimpin dan balaci PH semua. Kamu mengkhianati amanah Allah dan rakyat kalian akan menerima risikonya pada masa akan datang. Ingat 'kun faya kun' kuasa Allah. 

Di Semenyeh nanti calonnya dari BERSATU. Seluruh rakyat akan melihat mainan politik dalam PH, dan juga silat serta kuntau UMNO dan PAS. Kalau salah pilih calon, dan kalau matyeh-matyeh BERSATU hanya syok bergambar dengan menteri, makan minum dengan para pemimpin untuk menghiasi facebook alamat BERSATU akan dibungkus para pengundi Semenyih kelak.  

Hari ini rakyat lebih bijak dari kebanyakan menteri dan pemimpin politik. Jadi jangan memperlekehkan hak dan kepentingan rakyat, dan jangan menjaja janji yg tak boleh ditepati. - Yahaya Ismail 
Read More

Tuesday, 29 January 2019

[Video Pelantikan Sheikh Omar dalam Yadim atas kelayakan] Welcome to Semenyih! Sheikh Omar merupakan pemegang Sarjana Muda Usuluddin di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya dalam jurusan Usuluddin.

Rabu, 30 Januari 2019
Image may contain: text and outdoor
Imej mungkin mengandungi: 13 orang, orang senyum, teks
Takkan nak lantik ulama yang jd President Parti Islam pula dalam Yadim. Kan King Maker kalah dan hanya mahu bersama UMNO.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Pakatan Harapan Supporters
Sheikh Omar merupakan pemegang Sarjana Muda Usuluddin di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya dalam jurusan Usuluddin.
Sewaktu menjadi mahasiswa, beliau merupakan seorang anak muda yang aktif dan pernah memegang jawatan sebagai Ahli Exco Kenegaraan dan Patriotisma Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya.
Manakala di peringkat nasional pula, beliau bergiat aktif sebagai Pengerusi Solidariti Mahasiawa Malaysia dan Presiden Ikatan Mahasiswa Islam Anak Johor.
Selepas menamatkan pengajian universiti, Sheikh Omar bertugas sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik sebelum melibatkan diri sepenuh masa dalam gerak kerja politik sebagai Setiausaha Eksekutif Sekretariat Pakatan Rakyat Pusat dari tahun 2010 hingga 2013.
Menjelang pilihanraya umum ke-13 pada tahun 2013, beliau mengambil keputusan pulang ke kampung halamannya di Johor untuk membantu gerak kerja pilihanraya.
Pada ketika ini, beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Majlis Pimpinan Pakatan Harapan Johor merangkap calon pilihanraya yang dipilih oleh Pakatan Harapan bagi DUN N30 Paloh.
Beliau menegaskan, kehidupan berkeluarga dengan seorang isteri dan tiga orang anak bekeluarga tidak menghalang beliau untuk terus berkhidmat untuk masyarakat.
Isteri beliau merupakan pelajar tahfiz Darul Quran dan juga graduan lepasan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia serta pernah berkerja di Hospital Pakar King Faisal, Arab Saudi.
Pada PRU14 yang lalu, beliau telah menang dan secara rasmi menjadi ADUN PALOH. Bermula tahun 2018 beliau telah dilantik sebagai EXCO Penerangan, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan Ekonomi Kreatif Negeri JOHOR DARUL TAKZIM
Read More

[Video Tun M sahkan kontrak ECRL batal] Kalau pun Najib dipenjarakan secepat mungkin, apakah ia bermakna perut dan kebajikan rakyat sudah terjaga?

Selasa, 29 Januari 2019

Kita bukan mahu batal ECRL tapi tak mampu bayar

GAMBAR fail: Projek ECRL dengan jajaran sepanjang 688.3 kilometer dianggar membabitkan kos RM81 bilion. - Foto Farizul Hafiz Awang
BH Online.

MEMENJARAKAN NAJIB SEMATA-MATA TIDAK MENJAMIN RAKYAT GEMBIRA

Dalam tulisannya yang seperti biasa adalah atas kapasiti peribadi sebagai blogger dan bukan sebagai Pegawai Media dan Komunikasi kepada Perdana Menteri, A Kadir Jasin berkata, rakyat akan lebih gembira terhadap kerajaan selepas berakhirnya PRU14 jika Najib Razak dipenjarakan secepat mungkin.

Menurut beliau, ramai yang menjangkakan bekas Perdana Menteri itu dapat dimasukkan ke penjara dengan lebih awal lagi.

Sebaliknya, tambah beliau, mereka kecewa kerana Najib seolah-olah bebas berkelakuan seperti masih lagi sebagai Perdana Menteri.

Betulkah begitu?

Sebenarnya prestasi kerajaan yang begitu merosot sekarang, boleh dikata terlalu nipis kaitannya dengan sama ada Najib dipenjarakan atau sebaliknya.

Ini kerana rakyat sudah pun bersatu menyingkirkannya melalui peti-peti undi pada 9 Mei lalu.

Walaupun janji menangkap dan menyumbat Najib ke dalam penjara itu didendangkan dengan hebat ketika kempen pilihanraya diadakan, ia hanyalah penting untuk memastikan undi mereka benar-benar terlonggok kepada PH dan usaha menumbangkan BN menjadi kenyataan.

Setelah tugas itu selesai, kebencian kepada Najib dengan sendirinya sudah pun berakhir. Tidak pernah kita melihat Najib dicemuh, dilontar dengan kertas atau kata-kata kesat di tempat awam selepas beliau tidak lagi bergelar Perdana Menteri.

Apa-apa tugas seterusnya berkaitan Najib adalah terserah kepada agensi-agensi penguatkuasa, termasuk Jabatan Peguam Negara.

Dengan terbentuknya kerajaan baru PH, berbanding memenjarakan Najib, harapan rakyat sebetulnya jauh lebih tinggi agar janji-janji manifesto segera dipenuhi terutamanya berkaitan PTPTN, hutang peneroka, pemansuhan tol, memastikan harga barang turun setelah tiada GST, menstabilkan kos sara hidup dan lain-lain seumpamanya berbanding pemenjaraannya.

Pendeknya, melalui pembentukan kerajaan baru ini, yang jauh lebih diharap-harapkan oleh rakyat ialah kepedulian kerajaan terhadap kebajikan dan perut mereka.

Inilah yang menyebabkan asas mengapa merosotnya sokongan rakyat kepada PH sehingga Anwar Ibrahim dan Dr. Rais Yatim pun bersuara mengenainya di mana kemudiannya Tun Mahathir sendiri juga mahu soal kos sara hidup rakyat ini diberi perhatian yang utama.

Dalam konteks janji manifesto, melaksanakan tiga perkara tersebut - tol, hutang peneroka Felda dan PTPTN - selain merupakan ikrar yang tidak boleh dimunafikkan oleh kerajaan, melaksanakannya juga bererti adanya kepedulian pemimpin kepada soal perut, kebajikan dan kos sara hidup rakyat.

Kalau pun Najib dipenjarakan secepat mungkin, apakah ia bermakna perut dan kebajikan rakyat sudah terjaga?

Dalam hal ini, Najib mungkin ada kesalahan tertentu yang memungkinkan beliau perlu dibawa ke mahkamah, dibicara dan kemudian dihukum penjara, namun semua tindakan itu hanya memberi impak yang terlalu sedikit kepada tahap kepuasan rakyat terhadap kerajaan PH.

Sekali lagi, keutamaan rakyat sebenar ialah kebajikan dan perut mereka, apa lagi sesuatu yang sudah dijanjikan dan rakyat pula sudah mendahuluinya dengan memberikan undi, bukannya sama ada Najib dipenjarakan atau masih mampu berlagak seolah-olah masih lagi Perdana Menteri.

Lihat saja bagaimana Anwar yang pernah dipenjarakan oleh Tun Mahathir sendiri pada 1998 dahulu, apakah sehingga tumbangnya BN pada 2018, rakyat menjadi puas hati kepada kerajaan?

Jika rakyat berpuas hati dengan pemenjaraan Anwar, mengapakah akhirnya Tun Mahathir sendiri yang terpaksa pergi ke mahkamah untuk bertemu dengan bekas Timbalan Perdana Menteri itu bagi tujuan berbaik-baik serta berdamai sebelum mampu menumbangkan BN?

Bukankah Anwar yang dipenjarakan sepatutnya sudah menyebabkan gabungan pembangkang jadi berkecai kerana rakyat autumatik akan berpuas hati kepada kerajaan? (ShahbudinHusin 29/01/2019)
Read More

[Video Tribunal siasat dakwaan salah laku enam ahli SPR hanya akademik?] PILIHAN RAYA UMUM 14 BATAL?

Selasa, 29 Januari 2019

Tribunal Siasat 6 Bekas Ahli SPR Bersifat Akademik

Tribunal bagi menyiasat tuduhan salah laku membabitkan enam bekas ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mungkin dianggap bersifat akademik kerana mereka yang berkenaan sudah meletak jawatan berkuat kuasa 1 Januari lalu.

PILIHAN RAYA UMUM 14 BATAL?

KUALA LUMPUR, JAN 29: PILIHANRAYA….Minggu lalu Peguam Negara, Tommy Thomas, telah mengumumkan penubuhan tribunal untuk menyiasat dakwaan salah laku ke atas enam anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung peranan mereka menjelang dan semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

PENUBUHAN TRIBUNAL INI BERIKUTAN REPRESENTASI PERDANA MENTERI, TUN DR MAHATHIR MOHAMAD, KEPADA YANG DI-PERTUAN AGONG BAHAWA ENAM AHLI SPR ITU HARUS DISIASAT DAN SEKIRANYA DIDAPATI BERSALAH, MEREKA BOLEH DIPECAT MENURUT PERKARA 114(3) DAN 125(3) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN ATAS SYOR TRIBUNAL ITU.


Mereka yang didakwa ialah Tan Sri Othman Mahmood (bekas Timbalan Pengerusi SPR), Datuk Md Yusop Mansor, Datuk Abdul Aziz Khalidin, Datuk Sulaiman Narawi, Datuk K Bala Singam dan Datuk Leo Chong Cheong.
Tribunal ini akan terdiri daripada lima anggota hakim Mahkamah Persekutuan yang telah bersara, iaitu Steve Shim Lip Kiong (Pengerusi), Zaleha Zahari, Suriyadi Halim Omar, Jeffrey Tan Kok Wha, dan Prasad Sandosham Abraham.
Undang-undang negara mempunyai peruntukan yang melindungi pemegang jawatan tertentu dari percaturan politik dan tindakan berpihak. Antara yang berada dalam kategori perlindungan ini ialah para hakim dan ahli SPR.
Justeru seperti mana kedudukan hakim-hakim, ahli SPR juga tidak boleh dipecat atau ditamatkan kontrak lebih awal kecuali melalui satu tribunal yang ditubuhkan atas perkenan Yang di-Pertuan Agong.-MY WD
Tujuan perlindungan ini ialah bagi menjaga integriti dan kebebasan kehakiman dan SPR supaya tidak mudah diugut dan tunduk kepada ahli politik.
Ura-uru penubuhan tribunal ini timbul pada awal Oktober 2018 apabila enam ahli SPR terbabit enggan mengikut jejak langkah Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, melepaskan jawatan selepas tamat PRU14.
Justeru beberapa media telah digunakan memetik sumber kerajaan bahawa satu tribunal akan ditubuhkan bagi mengambil tindakan ke atas mereka. Ini merupakan ugutan tersirat kepada ahli SPR, letak jawatan atau dipecat melalui tribunal. Justeru keenam-enamnya meletak jawatan bagi mengelakkan nasib mereka akan berakhir seperti mana Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas dan lima hakim Mahkamah Agung pada 1988.
Pada 1988, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Keempat, Dr Mahathir, telah menubuhkan tribunal untuk memecat Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas. Krisis kehakiman yang berlaku pada masa tersebut menyaksikan Tun Salleh Abas dan tiga hakim mahkamah agung dipecat.
Berikutan perletakan jawatan tersebut, pada Oktober 2018 juga, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, memaklumkan kepada Parlimen bahawa tiada keperluan untuk kerajaan menubuhkan tribunal menyiasat dakwaan salah laku ahli SPR ketika PRU14.
Menurutnya, berdasarkan perkembangan terkini mengenai perletakan jawatan ahli SPR itu, isu penubuhan tribunal tidak berbangkit lagi. Justeru pengumuman penubuhan tribunal bagi memecat mereka yang telah meletak jawatan ini sangat mengejutkan. Ia bertentangan sama sekali dengan kenyataan Menteri di Parlimen.
Apakah Parlimen telah dibohongi oleh Kabinet?
APA MOTIF DR MAHATHIR MENERUSKAN TRIBUNAL INI? ADAKAH INI MERUPAKAN LANGKAH MEMBATALKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA DI KAWASAN-KAWASAN YANG PARTI BERSATU TELAH KALAH DALAM PRU14?
 Dr Mahathir telah beberapa kali menyatakan kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri dalam tempoh dua tahun selepas PRU14 bergantung kepada rakyat, bukannya persetujuan antara mereka. Rakyat hanya boleh menentukan kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri jika berlaku pilihan raya umum.
Justeru penubuhan tribunal ini mungkin merupakan langkah Dr Mahathir mewujudkan kemungkinan pilinan raya umum baharu, sama ada melalui pembubaran Parlimen atau pembatalan keputusan PRU14.
Jika tribunal mendapati ahli-ahli SPR terbabit bersalah maka ia bukan sahaja bermakna mereka dipecat, tetapi juga menyebabkan keputusan PRU14 boleh dibatalkan. Ini kerana pertuduhan yang dibuat membabitkan tindak-tanduk mereka ketika PRU14.
Jika seseorang hakim bersalah melanggar undang-undang dan prosedur dalam perbicaraan maka sesuatu perbicaraan akan disytihar sebagai ‘mistrial’ dan dibicarakan semula. Maka hal sedemikian juga seharusnya berlaku kepada keputusan PRU14 jika ahli-ahli SPR didapati bersalah oleh tribunal.
Salah laku ahli SPR bukan seperti salah laku pegawai pilihan raya kawasan yang hanya menyebabkan keputusan kawasan tersebut sahaja dibatalkan. Jika ahli-ahli SPR ini disabitkan kesalahan ia bermakna seluruh keputusan PRU14 tercemar dan harus diisytiharkan batal.
Sebaik sahaja tribunal mendapati mereka bersalah, parti yang bertanding boleh mengemukakan saman membatalkan seluruh keputusan PRU14. Maka ketika itu mahkamah tiada pilihan kecuali membatalkan PRU14, melainkan ada campur tangan dalam kehakiman.
Seperti mana pengharaman Umno 1988 menutup peluang kumpulan Tengku Razaliegh Hamzah, pembatalan keputusan PRU14 akan menjadikan hasrat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-8 sebagai mimpi siang hari sahaja.-MY WD
Mira WartaDaily
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena