Thursday, 28 March 2019

[Video KOYAK!] KETUA PEMUDA UMNO NAK AUTA PASAL TH! Bila dah TERSUNGKOQ, hang duk main isu agama dgn bangsa je lah ya..

Khamis, 28 Mac 2019
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan teks
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, teks
Walaun hanya berpuas hati dengan Tabung Haji jika Aziz Rahim yang sembang kari kepada mereka.
Imej mungkin mengandungi: 11 orang, orang senyum
Otai BERSIH
BILA KETUA PEMUDA UMNO NAK AUTA PASAL TH.
1. Bila aku baca page asraf ketua pemuda umno ni...satu je aku simpulkan.... dah kalah baru otak nak jalan kut.
2. Antara perkara2 yg aku boleh simpulkan kebodohan pemuda umno ni:.
2.1 Isu kenapa bukan islam diberi urus harta TH?.
Jawapan aku, sejak bila pulak harta orang islam tak boleh diuruskan oleh bukan islam jika mereka pakar? Ajaran Islam mana yg ketua pemuda umno ni nak tunjuk? Islam ajar macam ni ke?
2.2 Anak dia sendiri pun dia hantar ke sekolah pengurusnya orang kapir.
2.3 Orang kapir urus TH ?
Yg uruskan TH adalah Bod TH lah. Beza syarikat spv yg menguruskan harta TH dipindah ke mof pun dia tak boleh beza.
3. Syarikat spv tu milik MOF. Dah banyak kali mereka melaksanakan tugas2 ni. Cuba pi guna data phone tu google apa fungsi spv mof ni.
3.1 Bod semua melayu...pengurusan 90% melayu kecuali ceo nya seorang je cina.
3.2 Tu pun beliau masuk sebelum kes TH lagi. Dan silalah lihat pengalaman beliau dalam soal menguruskan harta2 bermasalah kerajaan.
3.3 Dia pun nak pencen tak lama lagi.
4. Kalau nak kira tanya kenapa melayu tak handle...aku nak tanya berapa banyak dlm hidup kalian bergantung urusan harian dgn cina?.
5. Kemudian isu trx 40 bil nilai.
5.1 Tak ada sapa pertikaikan kalau dibangunkan trx memang nilai akan tinggi.
5.2 Yg orang pertikaikan mavamana operasi 1mdb yg dah lah beli harga murah tanah dr kerajaan, tiba2 hutang rm 13 bil utk trx ..duit tu tak digunakan utk trx.
5.3 Lastnya..jual tanah je lah...duit loan najib sapu dgn jholow.
5.4 Kalau nak jual tanah..baik kerajaan direct jual murah kpd TH. Th boleh bangunkan sendiri dgn syjt development yg TH ada.
5.5 Sebaliknya..TH kena bayar harga berganda walaupun pasukan risiko TH menyatakan ianya pelaburan risiko tinggi dgn banyak maklumat tidak dibekalkan oleh 1mdb.
6. Selama ni penyamun umno uruskan TH jadi apa? tipu akaun...langgar akta TH pasal hibah...ni modal nak anti cina?
7. Belum lagi berapa banyak harta2 aset pemimpin2 umno dapat samada melalui peribadi...ngo..koperasi dll yg buat pajak terus kpd cina2 untuk uruskan.... memang %#&#** lah korang ni.
8. Lihat latarbelakang ceo ni... sejak 1980an dalam sektor perbankan. Memang otai gila bab kewangan dan perbankan.
8.1 1998 antara pasukan dalam Danaharta yg uruskan sykt2 berstatus npl sewaktu krisis ekonomi 1998.
8.2 Ini orang bukan saja terus2 naik..ni jenis dari bawah kerja keras dan tahu pasal aset2 bermasalah.
9. Asraf ni bukan dalam team TH ke sebelum ni?. Bertahun2 Bank Negara buat teguran kpd TH ...tapi di serangnya pulak Bank Negara.
So faham tak asraf wajidi? Main isu agama dgn bangsa je lah ya...
ps: Kpd melayu umno..tak da nasihat aku nak bagi. Kpd melayu2 yg tak faham apa2 main dengar cakap umno...aku bagi link ni. Pi habiskan data phone baca sykt spv ni punya kepakaran.... kan islam suruh Iqra' ...
Management
Through the breadth and depth of their collective experience, our management team which consists of highly-skilled professionals from different backgrounds and expertise anchors the organisation effectively towards its goals.

Chen Yin Heng
Chief Executive Officer

mr chenChen began his career in the banking industry at Co-operative Central Bank (CCB) in 1986. Since then, he had been working in various departments of different financial institutions namely MBF Finance Berhad (1988), Development & Commercial Bank Berhad (1989) and Oriental Bank Berhad (1991). He then joined Bank of Commerce (M) Bhd in 1993 as the Assistant Vice President in Corporate Banking. In 1995, he left the banking industry and joined Puncakdana Development Sdn Bhd; a property development company.

He later joined Pengurusan Danaharta Nasional Berhad (Danaharta) in October 1998 where his last held position was Assistant General Manager heading the Informal and Section 176 Schemes Group and developed extensive experience in the evaluation of major debt-restructuring schemes. He joined Prokhas on 1 January 2006 as the Assistant General Manager of Operations. He took on the position as Deputy General Manager of Danaharta Operations after 3 years and later headed the Credit Division as General Manager in January 2011. Prior to his appointment as the CEO of Prokhas, he was the Senior General Manager of Management Services Division. Chen graduated from Latrobe University, Melbourne, Australia with a Bachelor in Economics.
Read More

[Video APAKAH MAKNA SEBENAR TALIBAN ITU?] Najib, mana mau LARI ha? Kes SRC Najib mula bicara Rabu ini.

Khamis, 28 Mac 2019
Jom Channel
Baru-baru ini Presiden PAS, Dato' Seri Hadi Awang menyindir DAP dengan serangkap pantun: “Datang bersuluh di bandar Seremban, naik perahu ke Pulau Manis, kamu tuduh kami Taliban, di belakang kamu ada komunis. Tegakkan Islam, Melayu dan semua kaum selamat!” katanya dalam Facebook beliau.

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum

Kes SRC Najib mula bicara Rabu ini

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan perbicaraan kes pengubahan wang haram SRC International Sdn Bhd terhadap bekas perdana menteri Najib Razak akan bermula 3 April ini.
Hakim Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas Mahkamah Persekutuan semalam mengenepikan arahan penangguhan oleh Mahkamah Rayuan minggu lalu.
Bagaimanapun tarikh-tarikh perbicaraan belum ditetapkan dan mahkamah akan memutuskannya selepas mengambil kira perbicaraan kes 1MDB terhadap Najib yang juga akan bermula pada bulan sama.
Pendengaran kes SRC International pada awalnya dijadual bermula 12 Feb, tetapi ditangguhkan sementara menunggu beberapa rayuan yang difailkan Najib.
Minggu lalu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan penangguhan pendengaran kes itu yang dibuat peguam bela Harvinderjit Singh.
Bagaimanapun panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan menolak keputusan itu dengan hujah Mahkamah Rayauuan tiada kuasa untuk memberikan arahan penangguhan.
Terdahulu hari ini, Harvinderjit dan timbalan pendakwa raya Suhaimi Ibrahim berbalas hujah berkenaan kesesuaian memulakan perbicaraan minggu depan.
"Ini (3 April) ditetapkan dalam pengurusan kes sebelum ini.
"Paling kurang, (kita boleh) bermula dengan seorang saksi pada hari itu, dan boleh sambung pada tarikh lain," kata Suhaimi.
Harvinderjit kemudian memberitahu mahkamah bahawa ketua pasukan pembelaan Muhammad Shafee Abdullah ada perbicaraan pada tarikh tersebut, diikuti dengan rayuan Najib di Mahkamah Persekutuan keesokannya, dan Shafee perlu hadir ke mahkamah untuk kesnya sendiri pada 5 April.
Beliau kemudian memaklumkan jadual pasukan pembelaan sudah penuh untuk minggu-minggu selepas itu, kerana perlu mengendalikan kes lain yang telah dijadual lebih awal, serta membuat persediaan untuk perbicaraan 1MDB yang dijadual pada 15 April hingga 3 Mei.
Harvinderjit berkata mereka hanya ada dua hari untuk bersedia dalam kes SRC International ini, dan justeru meminta mahkamah menetapkan tarikh lain.
Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, Nazlan bertanya kepada peguam sama ada ia boleh dilakukan pada 1 April.
Suhaimi memberitahu bahawa tarikh itu tidak sesuai kerana mereka memerlukan masa untuk memanggil saksi, dan berkata pihak pendakwa bercadang membuat permohonan kepada ketua hakim negara memberi keutamaan kepada kes SRC International berbanding 1MDB.
"Kami sedang menimbang untuk menulis kepada ketua hakim negara agar kes ini dapat diutamakan berbanding 1MDB. Sekurang-kurangnya kes ini boleh diteruskan," katanya.
Pihak pendakwa dan pembelaan kemudian terus memberikan hujah mereka berkenaan tarikh yang sesuai, sbelum Nazlan memutuskan perbicaraan akan bermula pada pukul dua petang, Rabu ini.
Read More

[Video REMBAT DUIT UMNO - ANTARA MALU DAN KHIANAT] Under PH, Malaysia steady aje! Bantuan Pelajar Universiti akan dibayar mulai 28 Mac! ISTANA SEGAMBUT BERSERABUT? Sambil kita tunggu kesudahannya moga BN menang di Rantau..

Khamis, 28 Mac 2019
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, teks
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan teks
Putri Reformasi kongsi sebab 'patah hati'..
Otai BERSIH
*KELUARGA "ISTANA SEGAMBUT" BERSERABUT*
Ia bermula dengan label yang Nurul Izzah sendiri beri pada PM Tun Dr Mahathir iaitu "bekas diktator".
Dalam kenyataan "patah hati"nya pada The Straits Times Singapore Nurul turut membongkar beberapa perkara lain mengenai kerajaan PH bawah pimpinan Tun yang mengecewakannya.
Nurul tidak puas hati isu Pengerusi PAC, isu Bersatu bawah pimpinan Tun menerima ahli-ahli Parlimen Umno yang lompat parti, isu kelembapan PH menunaikan manifesto pilihanraya, isu reformasi Parlimen dan lain-lain.
Benar beliau tidak sebut Tun diktator tetapi bekas diktator. Namun bagi mereka yang cerdik apabila dikaitkan bekas diktator itu dengan ketempangan semasa bermakna maksud Nurul tidak banyak berubah pada sikap si bekas diktator dulu dan kini.
Nurul sendiri ahli Parlimen, papanya juga ahli Parlimen ("bakal PM" pula) dan Presiden parti komponan PH dan mamanya ahli Parlimen dan Timbalan PM
Jika apa yang disuarakan Nurul itu membawa kepada "patah hati" nya bermakna walau anak-beranak ini dalam kerajaan, banyak yang tidak dapat dilakukan, kerana apa? Kerana bekas diktator seakan menjadi diktator kembali!
Tetapi Tun dipilih secara demokratik dalam Pilihanraya Umum lalu. PH yang naikkan beliau sebagai PM bukan beliau lantik dirinya sendiri, kata Presiden PAS DS Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang.
Tun pemimpin yang tegas kata Tuan Guru. Mungkin ketegasan itu tidak disenangi pasukan anak-beranak ini lalu dilabel lah Tun diktator kerana sesungguhnya ada agenda tersembunyi di belakangnya.
Dulu pun Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor begitu. Tegas dan telus lalu dilangkah kepalanya dengan "Langkah Kajang" demi mahu gantikan Tan Sri dengan mama Nurul.
Mungkinkah isu diktator ini mainan untuk melangkah kepala Tun.pula? Barangkali itulah dihidu Tuan Guru.
Sementara itu papa pula melabel kenyataan Tuan Guru sebagai membodek. Katanya:
"PAS nak kipas? Tak payahlah".
Apa rasionalnya Tuan Guru dan PAS mahu membodek selain menyata yang benar. Itupun mendorong keluarga "Istana Segambut" melenting.
Kami sekeluarga akan terus sokong Tun kata Anwar tetapi Nurul yang serang Tun.
Apa kesudahan semua ini?
Hanya Anwar dan keluarga yang tahu dan Tun saya pasti sedang menunggu untuk bertindak.
Sambil kita tunggu kesudahannya moga BN menang di Rantau...😂😂
TUN.PULA
Read More

[Video Dewan rakyat bertafakur & MP ARAU BUAT HAL nak duduk pelan2? MENTERI WILAYAH gelak aje] Zambry, di mana duit RM607 juta untuk MAPS? 'HIBAH TH' Pasukan Zukri habis masa untuk cuci 'tahi' yang dibuat zaman Azeez.

Khamis, 28 Mac 2019

相關圖片
Zambry Abd Kadir
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum
Ana Tahu
Zaman Azeez jadi pengerusi Tabung Haji hutang ada lebih RM 4 Billion. Pemimpin parti ana puas hati. Datang Zukri nak betulkan balik apa yang berlaku, parti ana pakat dengan parti Azeez nak gagalkan usaha gigih Zukri?
Ana jumpa salah seorang team Zukri ni baru-baru ni dan tanya kenapa kelihatan tergesa-gesa untuk transfer aset?
Jawab dia, mereka mesti kejar sebelum akaun 2018 tutup. Jika tidak tiada hibah boleh diumumkan dan pendeposit akan kecewa. Dalam tempoh yang amat singkat hasil pertolongan MOF mereka berjaya selesaikan masalah tersebut. Namun nilai hibah yang bakal diumum dijangka tidak tinggi kerana kebanyakan masa pasukan Zukri habis untuk cuci “tahi” yang dibuat zaman Azeez.

Persoalannya, benarkah parti ana mahu selamatkan Tabung Haji atau parti ana sudah jadi khadam Umno untuk hancurkan lagi Tabung Haji?

Read More

[Video Ketua Pembangkang Berang "Dia Bercakap Saya Tak Kacau"] PAS bohong lagi & Pas minta Dr M bertaubat? Terkejut betul bila walaun nampak Hospital Baharu Dungun?

Khamis, 28 Mac 2019
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks
Imej mungkin mengandungi: teks
Terkejut betul bila walaun nampak hospital.
Pakatan Harapan Supporters

Hospital Baharu Dungun Terengganu Dijangka Siap Ogos Ini

pada Tuesday, March 26, 2019 teganukita.
DUNGUN, 26 Mac - Penduduk Dungun kini mampu menarik nafas lega apabila projek pembinaan bangunan baharu Hospital Dungun bernilai RM118 juta dijangka siap Ogos ini.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr. Mamad Puteh berkata, pembinaan hospital berkenaan kini berada pada tahap 70 peratus.

“Kontraktor daripada Nukima Sdn Bhd telah menyiapkan sekitar 70 peratus daripada pembangunan hospital ini dan selepas Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa (EOT) selama enam bulan, ianya dijangka siap Ogos ini.

"Sekiranya terdapat hal-hal lain termasuk masalah teknikal dan sebagainya ia mungkin dilanjutkan sehingga Februari tahun hadapan untuk mulakan operasi sepenuhnya.

“Pembinaan hospital ini mengalami sedikit kelewatan disebabkan beberapa masalah termasuk pertindihan di peringkat awal melibatkan urusan tambun tanah, berkaitan dengan peruntukan ketika berlaku perubahan Kerajaan Pusat dan disebabkan kekangan tenaga kerja.

“Walau bagaimanapun, masalah-masalah ini telah diselesaikan dan saya yakin selepas EOT projek ini dapat disiapkan mengikut jadual,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Muara Sungai Dungun dan Pembinaan Hospital Dungun, di sini, semalam.

Turut serta, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik.

Dr Mamad berkata, Hospital Dungun yang baharu itu dibina di atas tanah seluas 6.13 hektar dengan kapasiti 110 buah katil yang dilengkapi kemudahan termasuk wad pesakit, wad bersalin, dewan bedah serta perkhidmatan doktor pakar.

“Apabila hospital ini siap, ianya dapat mengatasi kesesakan dan masalah banjir yang sering berlaku di hospital lama.

"Bagaimanapun, hospital lama Dungun masih akan terus beroperasi memandangkan dengan kapasitinya yang mempunyai lebih kurang 100 buah katil dan tidak ada banyak perbezaan dengan hospital baharu.

"Adalah lebih baik ianya terus digunakan untuk menampung keperluan penduduk dan tidak mendatangkan masalah walaupun ada dua hospital di daerah ini,” ujarnya.
Read More

[Video Pengerusi PAC: Saya rasa mungkin diri saya sesuai, seloroh Anwar] Tolak RACIS UMNO! MP Sandakan meninggal dunia & Takiyuddin tak berhasrat hantar notis letak jawatan anggota PAC.

Khamis, 28 Mac 2019

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, teks

MP Sandakan meninggal dunia

Ahli parlimen Sandakan Stephen Wong, 65, meninggal dunia hari ini di Kota Kinabalu akibat serangan jantung.
Wong adalah pengerusi DAP Sabah dan sudah dua penggal menjadi anggota parlimen Sandakan, selain menjadi menteri kesihatan dan kesejahteraan rakyat Sabah.
Sementara itu, Dewan Rakyat hari ini bertafakur dan merakam ucapan takziah kepada keluarga Wong.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat Nga Kor Ming mewakili Dewan Rakyat menzahirkan rasa dukacita dengan pemergian mendiang Wong.
Nga menyifatkan pemergian mendiang Wong sebagai kehilangan besar buat negara dan Dewan Rakyat.
“Mendiang Wong merupakan Anggota Parlimen Sandakan sejak 2013. Jasa dan pengorbanan mendiang amat besar dan bermakna kepada negara,” katanya.
Malaysiakini.

Takiyuddin tak berhasrat hantar notis letak jawatan anggota PAC

Ahli Parlimen PAS Takiyuddin Hassan berkata beliau tidak berhasrat untuk menghantar notis peletakan jawatan sebagai anggota Jawankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Takiyuddin yang merupakan antara tiga wakil ahli parlimen pembangkang dalam jawatankuasa itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut maksud sebenarnya.
"Tidak, saya tidak berhasrat pun," katanya ringkas melalui pesanan Whatsapp hari ini ditanya sama ada beliau telah menghantar notis peletakan jawatan sebagai anggota PAC.
Anggota PAC dari kalangan ahli parlimen pembangkang dalam sidang media Isnin lalu berkata mereka akan meletakkan jawatan serta-merta dalam PAC jika Ronald Kiandee dikekalkan sebagai pengerusi.
Kiandee dilantik menjadi pengerusi PAC ketika masih merupakan ahli parlimen BN. Bagaimanapun, ahli parlimen Beluran itu sudah menyertai Bersatu, iaitu parti komponen PH.
Susulan itu, pembangkang mencadangkan agar Kiandee digantikan oleh ahli Parlimen Parit Sulong Noraini Ahmad, yang juga merupakan ketua Wanita Umno. 
Malaysiakini.
Read More

[Video TIADA KAFIR HARBI DALAM LEMBAGA PENGARAH SPV] Lokman Adam, empat lain didakwa serang pelajar UM.

Khamis, 28 Mac 2019
Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang berdiri dan teks
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan luaran
I strongly condemn the thugs that have assaulted the students including journalists on duty. The perpetrators must be brought to justice. @PDRMsia @mkini_bm @malaymail @fmtoday @msianinsight @bernamadotcom

Lokman Adam, empat lain didakwa serang pelajar UM

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Lokman Noor Adam, hari ini dikenakan tiga pertuduhan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur berhubung insiden kekecohan dengan pelajar Universiti Malaya (UM) Jumaat lalu.
Bagi pertuduhan pertama, Lokman, 47, dituduh dengan sengaja menyebabkan kerugian kepada Wong Yan Ke yang berusia 23 tahun dengan mengoyakkan plakadnya di perhentian bas bertentangan dengan Restoran Amjal di Jalan Pantai Baharu pada kira-kira jam 3.30 petang pada 22 Mac.
Tuduhan adalah di bawah Seksyen 426 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, Lokman bersama empat lagi dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana secara sukarela menyebabkan kecederaan kepada Wong di tempat dan masa yang sama dengan memegang rahang dan menarik lehernya dari belakang.
Empat yang lain itu adalah Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya, Abdul Mutalif Abdul Rahim; kerani pejabat Umno Lembah Pantai, Salmon Arif Budiman Muchlis, 47; penghantar surat sebuah firma guaman, Mohd Norzakifah Mohamed Nawi, 43, dan tertuduh keempat yang tidak dinamakan.
Semua lima mereka turut didakwa secara bersama kerana secara sukarela menyebabkan kecederaan kepada Wong dengan menarik rambut mangsa dari belakang pada masa dan tempat yang sama.
Mutalif, yang juga adik kepada bekas pengerusi Tabung Haji, Abdul Azeez, juga berdepan satu lagi pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana didakwa mencederakan ibu jari tangan kanan wartawan pelatih Malaysiakini, Siti Mariam Mohamad di perhentian bas kira-kira jam 3.45 petang.
Dia juga diberi pertuduhan pilihan bagi kesalahan ke atas Siti Mariam itu di bawah Seksyen 352 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah.
Di bawah Seksyen 323, mereka yang disabit kesalahan, boleh dihukum maksimum penjara satu tahun atau denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya.
Manakala Seksyen 352 membawa hukuman maksimum enam bulan tahun penjara dan juga boleh dikenakan denda maksimum RM2,000.
Sementara itu, Bernama melaporkan peguam N Logendran yang mewakili Lokman memohon anak guamnya diberikan jaminan dengan alasan tertuduh kini “kais pagi makan pagi”.
Kata pemimpin Umno itu kini tidak bekerja dan perlu menyara10 anak selain isteri sedang mengandung dan akan melahirkan anak tidak lama lagi.
Peguam Azrul Zulkifli Stork yang mewakili Abdul Mutalif dan peguam M Reza Hassan yang mewakili Salmon dan Mohd Norzakifah memohon mahkamah memberikan jaminan minimum atas alasan ketiga-tiga tertuduh memberi kerjasama yang baik kepada mahkamah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
Mahkamah membenarkan Lokman diikat jamin RM9,000 bagi tiga pertuduhan, Abdul Mutalif RM6,000 bagi tiga pertuduhan manakala Salmon dan Mohd Norzakifah masing-masing diikat jamin RM4,000 bagi dua pertuduhan.
Mahkamah turut menetapkan syarat tambahan iaitu keempat-empat tertuduh dilarang mengganggu mangsa sehingga kes selesai serta tarikh sebutan semula ditetapkan pada 16 Mei.
Media sebelum ini melaporkan, tercetus insiden tolak-menolak antara penuntut Universiti Malaya dengan penyokong bekas Perdana Menteri  Najib Razak, di sebuah perhentian bas di Pantai Baharu, Jumaat lalu.
Ketika kejadian, Najib dikatakan sedang menyampaikan ucapan kepada sekumpulan pelajar di sebuah restoran terletak berhadapan perhentian bas berkenaan.
Pagi tadi, Lokman yang ditemui pemberita ketika menunggu kesnya didengar di mahkamah berkata pertuduhan itu merupakan pendakwaan terpilih dan "berniat jahat".
Katanya, ini kerana pelajar UM yang membuat protes terhadap bekas perdana menteri Najib Razak ketika kejadian tidak didakwa walaupun tidak memberi notis kepada polis seperti yang dinyatakan dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.
"Kedua, mereka juga menggunakan karikatur yang diputuskan mahkamah sebagai menghina dan provokasi.
"Ketiga, mereka melemparkan kata-kata kesat terhadap Najib, (menggelarnya) pencuri dan perompak," katanya lagi.
Lokman berkata beliau tidak kisah didakwa di mahkamah dan yakin mereka tidak bersalah.
Beliau juga sekali lagi berkata Mutalif dan dirinya ketika itu hanya mahu menyelamatkan pelajar UM daripada dipukul.
Malaysiakini.
Read More

Wednesday, 27 March 2019

[Video KJ panggil timbalan speaker Taliban, diarah tarik balik] Bank Negara had transaksi tunai bendung pengubahan wang haram.

Khamis, 28 Mac 2019
KiniTV
Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) hari ini memperlekehkan kemahiran pemahaman timbalan speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming dan memanggilnya sebagai "Taliban". Ini selepas Nga yang menyoal apa sebenarnya soalan Khairy semasa wakil BN itu dipanggil untuk mengemukakan soalan susulan kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang menjelaskan mengenai pemberian bantuan Bantuan Sara Hidup (BSH). Sejurus itu, Khairy menuduh kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil keputusan bermotif politik untuk memperkenalkan semula pemberian wang tunai RM100 kepada mereka yang berstatus bujang pada kempen pilihan raya kecil Semenyih lalu. “Saya nak tanya menteri disebabkan digunakan alasan tak ada duit tetapi ada pula rang undang perbekalan (sebanyak) RM9 bilion. “Mungkin sempena PRK DUN Rantau ini akan diumumkan BSH untuk bujang ini dinaikkan kepada RM450 seperti (yang diberikan) di bawah BN dahlulu,” katanya. Nga kemudiannya bertanya apa sebenarnya soalan yang dicuba dikemukakan oleh Khairy. Khairy: Adakah sempena dengan PRK Rantau, ada masalah komprehensi, Taliban? Speaker Nga: YB Rembau, tarik balik. Khairy: Tarik balik mana? Speaker Nga: Taliban. Khairy: Saya tarik balik. Ada masalah komprehensi, speaker? Speaker Nga: Inilah dia...bila kita nak pastikan dewan ini berjalan dengan lancar tapi ada buat provokasi saya rasa kesal. Ini sikap tidak patut kita belakjar. Nga seterusnya meminta Lim meneruskan penjelasannya itu. Istilah "Taliban" merujuk kepada kenyataan Naga yang juga adalah pengerusi DAP Perak yang mendakwa bahawa Malaysia akan menjadi seperti Afghanistan yang ditadbir Taliban jika Umno dan PAS membentuk kerajaan.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, teks
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks

Bank Negara had transaksi tunai bendung pengubahan wang haram

Bank Negara sedang merangka dasar menghadkan jumlah transaksi tunai dan dan tidak lama lagi memerlukan maklum balas daripada pengguna.
Gabernor Bank Negara Shamsiah Mohd Yunus berkata dasar itu bertujuan membendung kegiatan pengubahan wang haram dan "mengehadkan penggunaan wang tunai oleh penjenayah."
"Kami sedang mengkaji dan akan merundingkan hal ini secara meluas mengenai potensi memperkenalkan had ekonomi terhadap transaksi tunai di Malaysia.
"Langkah serupa telah diambil di beberapa negara," katanya pada sidang akhbar ketika membentangkan laporan tahunan bank pusat 2018 dan Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran 2018 hari ini.
Pada gambar rajah yang disediakan dalam laporan berkenaan, bank itu menyebut bagaimana Australia, Itali dan Republik Czech mengenakan "had tunggal" terhadap transaksi tunai berjumlah AUS$10,000 (RM30,160), CZK350,000 (RM64,935) dan EUR$3,000 (RM14,280).
Turut dipaparkan laporan itu, negara-negara yang mengenakan "pelbagai had" bergantung kepada pelbagai faktor. Had di Perancis adalah antara EUR$300-EUR$15,000 (RM1,428-RM71,400), di India dari INR20,000-INR200,000 (RM11,182-RM11,820), di Mexico dari MXN$200,000-MXN$500,000 (RM41,929-RM104,822), di Slovakia dari EUR$5,000 hingga EUR$15,000 (RM23,800-RM71,400) dan di Sepanyol dari EUR$2,500-EUR$15,000 (RM11,900-RM71,400).
Had sesuai di Malaysia
Untuk merumuskan model Malaysia, Shamsiah berkata bank itu akan memulakan perundingan awam sama ada pada suku kedua atau ketiga tahun ini.
"Kami ingin mendengar pandangan anda mengenai hal ini, kerana kami akan mengadakan perundingan umum mengenai dua perkara ini.
"Sekiranya hal ini sesuatu yang sesuai untuk diamalkan Malaysia, adakah ia bergerak ke arah yang betul?
"Dan jika wajar, apakah had yang sesuai?" Katanya ketika sesi soal jawab.
Di samping inisiatif ini, bank pusat juga sedang berusaha untuk mempercepatkan peralihan kepada sistem pembayaran elektronik bagi mengurangkan penggunaan wang tunai.
Bermula 1 Januari tahun ini, Bank Negara mengurangkan had pelaporan transaksi tunai (CTR) dari RM50,000 hingga RM25,000 dalam usaha untuk memerangi kegiatan haram.
Malaysiakini.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena