BILA DAH BERSAMA geng penyangak, isytihar harta/ aset apa pada umum tak perlu kerana boleh dedah kpd pelbagai serangan terhadap pemilik harta.
KENAPA JAWAPAN PAS SAMA spt jawapan Umno?
Peruntukan pembangunan Islam di Pulau Pinang meningkat sehingga hampir 40 peratus tahun ini
Peruntukan untuk pembangunan syiar Islam di Pulau Pinang meningkat saban tahun sejak Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pentadbiran kerajaan negeri pada 2008.
Tahun ini sahaja, Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui Ketua Menteri, Chow Kon Yew dari DAP telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM2.482 kepada guru dan institusi pendidikan Islam di negeri itu.
“Jumlah peruntukan tahun ini meningkat 39.32 peratus berbanding tahun lalu (2018) RM1.78 juta,” - Chow Kon Yeow
Selain peruntukan tersebut, Kerajaan Negeri Pulau Pinang turut memberikan elaun kepada imam dan imbuhan kepada pelajar Maahad Tahfiz yang menghafal Al-Quran.
Cadangan lantikan guru Kelas Al Quran dan Fardu Ain (KAFA) ke dalam skim perjawatan tetap dijangka akan dibentangkan ke Kabinet sebelum Julai ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh.
Dianggarkan terdapat 31,460 orang guru KAFA bertaraf kontrak berkhidmat di 5,609 premis KAFA seluruh negara ketika ini.
Mahathir gesa konflik diselesaikan secara resolusi, bukan konfrontasi
Daripada Noor Soraya Mohammad Jamal
Tarikh kemaskini: 30/05/2019
TOKYO, 30 Mei (Bernama) -- Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pada Khamis bahawa order dunia telah gagal dan dunia harus memikirkan semula mengenai hubungan negara-negara antara satu sama lain terutama dalam mencari resolusi kepada konflik.
Perdana Menteri Malaysia itu, ketika berucap pada Persidangan Antarabangsa Mengenai Masa Depan Asia ke-25, yang juga dikenali sebagai Persidangan Nikkei, berkata konflik hendaklah diselesaikan menerusi perundingan, arbitrasi dan mahkamah.
"Jika kita mahukan sebuah dunia yang lebih baik dengan order baru yang semata-mata berasaskan kepada pematuhan kepada kedaulatan undang-undang antarabangsa, kita selesaikan masalah menerusi perundingan dan tidak dengan cara berkonfrontasi dan menghantar kapal-kapal perang di sana sini, kata beliau dalam ucaptamanya.
Dr Mahathir berkata perkara pertama yang perlu diputuskan oleh dunia ialah semua konflik hendaklah diselesaikan di meja rundingan dan negara-negara perlu bertolak ansur bagi mencapai persetujuan.
"Sudah tentu jalan penyelesaian itu tidak dapat memuaskan hati semua orang. Jika kita mahukan situasi menang-menang, maka setiap orang mesti bersedia untuk memberi sesuatu.
"Jika kita sendiri tidak dapat membuat keputusan, kita serahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan, dan hormatilah keputusan mahkamah itu,” kata beliau.
Dr Mahathir turut membidas cara befikir yang agresif dalam menguruskan konfrontasi dan “dunia masih dalam keadaan primitif jika kita tidak dapat menyelesaikan masalah kita kecuali dengan cara konfrontasi, keganasan, kemusnahan, kerosakan dan pembunuhan manusia beramai-ramai.
"Jika mengambil tindakan berperang dan berterusan meningkatkan keupayaan kita untuk membunuh dan memusnah, maka kita tidak boleh memanggil diri kita sebagai bertamadun,” kata beliau.
KiniTV Parti Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa) hari ini mengumumkan akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan memberi tumpuan di negeri pantai barat Semenanjung.
Antara negeri terbabit termasuklah Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang.
Presiden Berjasa, Prof Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz berkata, parti itu akan tampil dengan semangat mengulangi seruan kesepakatan orang Melayu dan slogan ‘Calon Muslim Berwibawa’ yang dilancarkan pada PRU13 lalu.
“Berjasa amat berbangga dengan peranan mempelopori seruan kesepakatan itu, pada ketika majoriti parti Melayu masih mabuk untuk bertelagah.
“Kami yakin berdasarkan senario politik terkini, seruan kesepakatan yang dipelopori oleh Berjasa pada PRU13 itu akan menjadi faktor pengubah landskap politik negara dalam sedikit masa lagi,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
TU DIA, WAKTU MALAM DI HOTEL! Kebiasaan penyamun nak merompak bilion2 ringgit waktu malam adalah lebih afdhal lagi selamat.
Saya jumpa pegawai khas Najib waktu malam mengenai permohonan pinjaman SRC - bekas CEO KWAP
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Bekas Ketua Pegawai Eksekutif pertama Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) berkata hari ini beliau ada menemui Pegawai Khas bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sebuah hotel sebelah malam berhubung permohonan kemudahan pinjaman RM3.95 bilion oleh SRC International Sdn Bhd.
Datuk Azian Mohd Noh, 66, yang kini telah bersara memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, bahawa beliau telah dihubungi oleh pejabat arwah Datuk Azlin Alias untuk berjumpa di lobi sebuah hotel di Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) di sini selepas waktu bekerja.
Semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Ishak Mohd Yusoff, saksi pendakwaan ke-38 itu berkata beliau mengenali Azlin selama dua tahun kerana pernah mempunyai urusan kerja namun ini adalah pertemuan pertama kali mereka selepas waktu bekerja.
"Dalam bulan Jun 2011, saya telah menerima surat asal dari Azlin mengenai permohonan kemudahan pinjaman bertarikh 3 Jun 2011 dalam satu pertemuan di lobi hotel di KL Sentral. Saya telah ke lobi hotel berkenaan pada waktu malam, selepas waktu bekerja.
"Saya sahkan telah menerima surat asal daripada Azlin ketika pertemuan itu. Saya turut dimaklumkan bahawa Perdana Menteri ketika itu iaitu Najib telah bersetuju dengan cadangan permohonan dari SRC berdasarkan catitan tangan di atas surat tersebut di mana Azlin memaklumkannya telah dibuat oleh Najib sendiri," katanya ketika membacakan pernyataan saksi pada hari ke-19 perbicaraan kes Najib yang didakwa atas tujuh tuduhan melibatkan dana SRC berjumlah RM42 juta.
Ditanya Ishak mengenai di mana salinan asal surat itu sekarang, saksi itu berkata beliau tidak pasti kerana salinan itu telah rikan kepada Pengarah Jabatan Pendapatan Tetap KWAP ketika itu, Allahyarham Ahmad Norhisham Hassan.
Ishak: Azlin adalah pegawai khas Najib ketika itu. Berapa lama Datuk telah mengenali Azlin
Azian: Mungkin sekitar dua tahun.
Ishak: Adakah Datuk tahu antara tugas Azlin sebagai pegawai khas Najib
Azian: Saya tidak tahu secara terperinci.
Ishak: Adakah biasa Datuk berjumpa dengan Azlin selepas waktu pejabat Atau ini merupakan kali pertama
Azian: Ya ini merupakan kali pertama.
Ishak: Siapa yang merancang pertemuan ini
Azian: Saya dapat panggilan melalui setiausaha saya. I do not know who actually called (saya tak tahu siapa yang panggil).
Najib, 66, didakwa atas tiga tuduhan pecah amanah, satu tuduhan salah guna kedudukan dan tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung esok.
KiniTV Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) Abibullah Samsudin kini sedang menjalani penggantungan selama 14 hari bekerja bagi membolehkan siasatan dalaman terhadapnya.
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah (LPA) Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) Mohd Daud Abu Bakar, berkata pihaknya akan memaklumkan hasil siasatan apabila ia selesai.
Terdahulu, Abibullah digantung tugas bermula 21 Mei lalu bagi membolehkan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan salah laku dalam yayasan itu yang dikaitkan dengannya.
"Pihak kami masih menjalankan siasatan dalaman dan kita akan membuat pemberitahuan (berkenaan) bahagian (melibatkan) ketua pengarah, bila ada laporan lengkap siasatan.
"(Ia akan dibuat) sama ada selepas tempoh atau dalam tempoh 14 hari bekerja," katanya dalam sidang media di pejabat Yapeim di Kuala Lumpur pada Selasa.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai status terkini Abibullah itu.
Abibullah didakwa mengancam kakitangan Yapeim agar tidak mengundi mengundi Pakatan Harapan (PH), menerusi satu video yang tular dua minggu lalu.
Bagaimanapun Mohd Daud sebelum ini menjelaskan Abibullah digantung bukan kerana video tersebut, tetapi bagi membolehkan siasatan dalaman dilakukan terhadap dakwaan salah laku dalam yayasan itu.
DAH JADI ahli parlimen 2 PENGGAL PUN MASIH JAHIL BODOH UNDANG² ?
Kau tu baru ahli parlimen pembangkang. Bukannya menteri di mana² kementerian/ jabatan Kerajaan Persekutuan. Nak buat poster tak payah lah nak letak jata rasmi Kerajaan Persekutuan. Tahu undang² ke tak ??!
Benda asas camni takkan sebagai ahli dewan rakyat pon tak tahu. Dewan utk gubal undang² & dasar negara sebelum dibawa ke dewan negara. Malu parlimen miliki ahli parlimen macam ni yg jahil undang !!
Sekarang ini Akta SPRM 2009 hanya tertumpu kepada pendakwaan atas ‘natural person’ iaitu individu yang terlibat dengan rasuah sahaja.
Oleh yang demikian, Seksyen 17A digubal bagi membolehkan syarikat yang menjalankan kegiatan rasuah, dikenakan tindakan sewajarnya berlandaskan undang-undang.
Seksyen 17A telah diluluskan di Parlimen pada 5 April 2018, yang memperuntukkan kesalahan rasuah oleh organisasi komersil.
SPRM bakal melaksanakan undang-undang baharu iaitu Seksyen 17A Akta SPRM 2009, yang akan berkuatkuasa pada Jun 2020.
Aktivis Orang Asli Tijah Yok Chopil membidas Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu yang menggunakan perkataan "menceroboh" bagi merujuk sekumpulan penduduk Rancangan Penempatan Semula (RPS) Dala.
Malah, Tijah mendakwa, situasi Orang Asli ketika ini lebih buruk daripada ketika di bawah pentadbiran BN.
Bercakap di majlis pelancaran Laporan Hak Asasi Manusia Malaysia 2018 anjuran Suaram hari ini, Tijah berkata masyarakat Orang Asli kecewa kerana mereka sebelum ini telah membantu PH menang dalam pilihan raya.
"Sekarang PH menjadi kerajaan, pun sama, malahan lebih teruk. Kerana dia punya kepimpinan tinggi, macam menteri besar dan sebagainya, mereka mengeluarkan kenyataan yang agak biadab
Mereka dulu aktivis, dulu kononnya cakap nak menjadi kerajaan yang lebih baik daripada BN, mengeluarkan kenyataan-kenyataan yg bagaimana? Masih cop kami sebagai penceroboh hutan, penceroboh tanah kerajaan," katanya.
Tijah menambah bahawa masyarakat Orang Asli beralih sokongan untuk menyokong PH dan membantu gabungan itu menang, termasuklah Faizal Azumu.
Untuk rekod, Faizal Azumu meraih 7,662 undi di DUN Chenderiang dan memenangi kerusi itu dengan majoriti 39 undi pada pilihan raya umum (PRU) lalu.
Kerusi DUN Chenderiang terdiri daripada 34 peratus pengundi Melayu, 30 peratus Cina, 15 peratus India dan 22 peratus lain-lain etnik termasuk Orang Asli.
Dalam kenyataan medianya sebelum ini, Faizal Azumu mempertahankan tindakan penguat kuasa merobohkan sekatan Orang Asli Cunex di Gerik.
"Akibat perselisihan faham dengan Penghulu Kampung Sungai Sarok, sekumpulan penduduk terdiri daripada 26 keluarga - melibatkan 74 orang lelaki dan 42 orang perempuan - berpindah keluar dari RPS Dala pada awal 2017 dan menceroboh kawasan Hutan Simpan (HS) Air Cepam milik kerajaan negeri yang terletak 5km di luar kawasan rizab Orang Asli RPS Dala," katanya.
Faizal juga berkata, penduduk mendakwa mereka membina sekatan (blockade) kerana tiada perbincangan bersama penduduk setempat dan mendakwa ia dibuat di atas tanah adat mereka.
Bagaimanapun, kata Faizal, semakan menunjukkan kerajaan masih belum mengiktiraf kawasan tanah adat yang dituntut oleh penduduk.
Pada awal Februari lps SPRM bgtau 'Tiada kemasukan wang RM90 juta dari 1MDB ke akaun rasmi PAS'.. Maka terloncat-loncatlah penyokong PAS bertakbir seolah-olah dah bersih dari tuduhan.
Namun kenyataan terbaru SPRM.. slps disiasat rupa²nya wang tersebut tidak dibayar terus kpd pemimpin PAS (pesong ke akaun lain) atau akaun rasmi PAS adalah bagi kelirukan transaksi.
Mungkinkah PAS belajar dari UMNO segala taktik modus operandi standard mana² penjenayah MONEY LAUNDERING?
Yang pasti, hasil siasatan kes RM90 juta kini di Pejabat Peguam Negara (AGC)!
Sama² kita berdoa dan nantikan keputusan AGC samada akan ada pertuduhan di mahkamah kelak untuk mengheret semua baik lebai mahupun penyangak yang terlibat dlm skandal RM90 juta itu di mahkamah dlm masa terdekat atau sebaliknya...
Wallahualam~
Terkejut kerana RM42 juta, sepatutnya RM42 billion!
Terkejut & sedih bila tahu duit RM42 juta masuk dlm akaun, kesian mantan PM sedih, tak report polis bukan apa sebab tak nak panjangkan cerita.. cai² pun angguk² ..yes #BossKauPenyamun
hehehehe... dunia... dunia... berniaga manusia lagi bagus dari unta... WOWW!
Jom Channel Titah Sultan Nazrin itu turut disokong oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang berkata PAKATAN HARAPAN negeri konsisten menolak politik kepartian sempit serta menggunakan sensitiviti agama dan kaum untuk meraih sokongan.
Menurut Pengerusi PAKATAN HARAPAN negeri Perak itu pihaknya menolak politik perpecahan oleh parti-parti tertentu kerana ia berisiko menjejaskan keharmonian masyarakat berbilang kaum serta agama di negara ini.
"Ini penting bagi memelihara kemaslahatan ummah di Perak, apatah lagi dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini serta Syawal yang bakal menjelang" katanya dalam satu kenyataan, lapor Bernama.
Perguna atas nama agama terus jadi halal walaupun berbohong..
Sultan Kelantan belum pon kata apa² atau buat keputusan tertentu.. Tetapi PAS sudah mendahului Sultan? Segala keputusan berkait agama dlm negeri PAS punya kuasa ka?
Orang tak suka k'jaan kerana tak beri 'duit percuma', kata Dr M
Kerajaan PH tidak begitu disukai sesetengah rakyat kerana tidak meneruskan amalan pentadbiran lama yang memberi "duit percuma", kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
"Kerajaan lama suka beri wang percuma kepada rakyat, semua orang dapat wang percuma," katanya pada Persidangan Antarabangsa ke-25 mengenai Masa Depan Asia: Mencari Tata Global Baru di Tokyo hari ini.
"Tapi kini kita (PH) sudah ambil alih, kita perlu tanggung hutang beban hutang, kita tak ada duit dan kita tak boleh beri duit percuma.
"Dan apabila kita tak beri duit percuma, orang tak suka kita," kata pengerusi PH itu.
Bagaimanapun, tambah Dr Mahathir, kerajaan perlu berhati-hati serta cermat dalam menguruskan kewangan negara untuk memperbetulkan masalah kewangan.
Dr Mahathir berkata demikian apabila ditanya ketidakpuasan hari rakyat terhadap kerajaan PH terutamanya orang Melayu baru-baru ini.
Tinjauan yang dijalankan Merdeka Center menunjukkan rating PH dan Dr Mahathir menurun.
Sementara itu, Dr Mahatahir mendakwa pentadbiran lama BN bertanggungjawab dalam membentuk mentaliti rakyat yang bergantung kepada bantuan kewangan percuma.
Menurutnya, mentaliti seperti itu tidak baik untuk negara.
"Kita mahu betulkan perkara ini. Negara yang rakyatnya bergantung kepada duit percuma daripada kerajaan tidak akan berkembang. Hanya negara yang rakyatnya bekerja keras akan berkembang," katanya.
KiniTV Kerajaan PH perlu menyatakan pendirian tentang debat melibatkan kaum atau berdepan kemungkinan kalah dalam pilihan raya kepada Umno dan PAS yang menggunakan isu berkenaan, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir turut mempertahankan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.
"Saya tak nampak apa-apa masalah dengan Maszlee, dia suruh tukar kasut warna hitam sahaja. Yang lain semua okay. Yelah, pasal dia cakap sedikit berkenaan kaum, bukan bermakna dia rasis.
"Dalam parti kita, banyak orang cakap pasal kaum juga, orang yang dari keturunan India dia cakap selalu berkenaan kaum India, orang yang dari parti DAP yang Cina cakap pasal Cina, yang Melayu cakap pasal Melayu, yang Iban cakap pasal Iban, yang Kadazan cakap pasal Kadazan.
"Tapi mereka semua rakyat Malaysia, anda tidak boleh mempersoalkan kerakyatan mereka. Isu kaum lain," kata Dr Mahathir pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu pada Selasa.
Dr Mahathir berkata demikian sebagai mengulas gesaan menyingkirkan Maszlee susulan kenyataannya berhubung kuota matrikulasi.
Pengerusi PH itu juga menegaskan bahawa PH perlu bersaing dengan Umno dan PAS dalam menarik sokongan orang Melayu.
"Anda perlu memenangi sokongan bumiputera.
"Terutamanya ketika ini Umno dan PAS bergabung dan menggunakan isu kaum dan agama untuk mendapatkan sokongan.
"Jika kita tidak menjelaskan pendirian kita tentang kaum, kita akan kalah dalam pilihan raya," katanya.
Gang Utara Fan Club
'Saya tetap akan berundur, beri laluan pada Anwar jadi PM'
Dr Mahathir Mohamad tidak berganjak dengan pendiriannya mahu memberi laluan kepada Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.
Kata Dr Mahathir, beliau tetap akan berundur seperti yang dijanjikan sebelum ini.
Dr Mahathir mengulas mengenai perkara itu jika terdapat undian yang memihak kepadanya untuk kekal menjadi Perdana Menteri.
Berbelanja mewah guna duit RM42 juta tak rasa terkejut dan sedih pula?
Bayar kad kredit shopping di butik chanel, Hawaii lebih RM1 juta tak terkejut pula?
Walaupun terkejut Najib tak report polis dan SPRM ?
Duit masuk akaun peribadi terkejut, berbelanja pakai duit tu tak terkejut pulak?
Jika Orang Kena Tuduh (OKT) didakwa di mahkamah berkait kes jenayah spt rasuah, salah guna kuasa, ubah wang haram, pecah amanah jenayah atau bunuh, Seksyen 172 B Kanun Tatacara Jenayah menjadikan ia mandatori untuk tertuduh hadir di mahkamah untuk pengurusan kes.
Berbanding dlm kes² sivil, bila utk pengurusan kes kehadiran OKT tidak perlu hadir, kehadiran peguam shj sudah mencukupi.
Bekas ketua perisik negara yg didakwa PECAH AMANAH JENAYAH RM50.4 juta duit2 kerajaan. Bukannya songlap berus tandas kat kedai runcit.
Sedangkan Najib yg didakwa pelbagai tuduhan rasuah, salah guna kuasa & ubah wang haram mencecah RM9 bilion pon boleh jer hadir ke mahkamah sewaktu pengurusan kes.
Kenapa kamu baru saja didakwa HANYA didakwa pecah amanah duit kerajaan RM50.4 juta shj dah berlagak 'ponteng' datang ke mahkamah?
.. ker atau salah satu helah nak tangguhkan kes daripada dibicarakan?
Mahkamah batal waran tangkap terhadap Hasanah
Waran tangkap terhadap bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Hasanah Abdul Hamid yang berdepan tuduhan pecah amanah wang kerajaan berjumlah RM50.4 juta, dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Hakim Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan peguam Hasanah, Shaharudin Ali dan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad.
Sequerah juga memerintahkan Hasanah dan seorang daripada dua penjaminnya hadir di mahkamah semasa pengurusan kes. Hasanah dan dua penjaminnya hadir di mahkamah hari ini.
Waran tangkap itu dikeluarkan oleh Sequerah pada 24 Mei lalu, selepas Hasanah dan dua penjaminnya gagal hadir di mahkamah semasa pengurusan kesnya tanpa memberi sebarang alasan.
Terdahulu, Shaharudin memberitahu mahkamah anak guamnya mengemukakan permohonan maaf kerana gagal hadir semasa pengurusan kes pada 24 Mei lepas.
Beliau berkata ini kerana Hasanah tidak dimaklumkan oleh peguamnya untuk hadir ke mahkamah bagi pengurusan kesnya dan tambahan pula peguamnya lupa memaklumkan kepada beliau, kerana ia hanya pengurusan kes.
“Dengan kedudukan itu, kami dengan ini berhujah bahawa pengurusan kes bukanlah satu perbicaraan, dan tiada asas undang-undang untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap tertuduh dalam pengurusan kes.
“Tambahan pula, tidak ada keperluan mendesak untuk mengeluarkan waran tangkap apabila tertuduh telah mengemukakan jaminan RM500,000 secara sah,” katanya.
Muhamad Iskandar dalam hujah balasnya berkata berdasarkan Seksyen 172B Kanun Tatacara Jenayah, kehadiran tertuduh dalam pengurusan kes termaktub dalam undang-undang.
Hasanah didakwa sebagai seorang penjawat awam iaitu Ketua Pengarah Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri melakukan pecah amanah wang berjumlah AS$12.1 juta (RM50.4 juta) milik kerajaan antara 30 April lalu dan 9 Mei tahun lepas di pejabat Ketua Pengarah, Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri, Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya.
Pertuduhan ke atasnya dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.
Jom Channel Timbalan Yang Di Pertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Ustaz Zolkharnain Abidin melontarkan persoalan, apa sebenarnya yang dikehendaki oleh umat Islam, khususnya orang Melayu.
"Sebenarnya kita mahu apa?”
"Apabila non muslim buat baik dengan kita, kunjungi masjid kita, berbuka puasa dengan kita, kita kata, mereka ada agenda jahat, bermuka-muka atau niat buruk tersembunyi terhadap kita.”
"Jika mereka tak buat begitu dengan kita, kita kata, tengok mereka tak hormat kita, tak pandai bergaul dengan kita, bermusuh dengan kita.”
Duit masuk akaun peribadi terkejut, berbelanja pakai duit tu tak terkejut pulak?
Jika anda Perdana Menteri dan ada tiba2 ada duit masuk dlm akaun anda, jangan soal apa2 dan jgn report SPRM.
Anda gunalah duit tersebut mcm bapak anda yg bagi. Lebih afdhal lagi, pindahkan duit tersebut ke akaun lain untuk DIBERSIHKAN.
Ketua Kleptokrasi pura-pura terkejut RM42 juta masuk akaun dia. Masa guna tak terkejut pulak...?
Peruntukan pembangunan Islam di Pulau Pinang meningkat sehingga hampir 40 peratus tahun ini
Peruntukan untuk pembangunan syiar Islam di Pulau Pinang meningkat saban tahun sejak Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pentadbiran kerajaan negeri pada 2008.
Tahun ini sahaja, Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui Ketua Menteri, Chow Kon Yew dari DAP telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM2.482 kepada guru dan institusi pendidikan Islam di negeri itu.
“Jumlah peruntukan tahun ini meningkat 39.32 peratus berbanding tahun lalu (2018) RM1.78 juta,” katanya Chow dalam kemas kini di Facebook, hari ini.
Selain peruntukan tersebut, Kerajaan Negeri Pulau Pinang turut memberikan elaun kepada imam dan imbuhan kepada pelajar Maahad Tahfiz yang menghafal Al-Quran. – Roketkini.com
Jika 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗽𝗶𝗻𝗱𝗮𝗵 wang Ihsan Perdana RM42 juta tu ke akaun Najib, kenapa RM42 juta boleh masuk ke akaun Najib sebanyak 3 kali (RM27 juta, RM10 juta & RM5 juta)?
Siapa pula yg arahkan perpindahan wang² tersebut atau 'SIAPA' yg meluluskan perpindahan tersebut ??!
Adakah ini kerja '𝗧𝗢𝗬𝗢𝗟' UMNO?
Makin lama dibicarakan serta saksi2 dipanggil dedah fakta & bukti, satu persatu terbongkar kebobrokan Najib songlap duit rakyat..
Waktu Umno perintah, ada doa " K O" Umno, ‘Mampos’ Umno. Bila Allah makbulkan, dan Umno dah K.O sekarang, dia kutip Umno. Buat doa baru pulak...Itulah kerja lebai.
Jika Hari in ADA orang umno kutuk PH, Kena cermin diri semula, SALAH siapa? Kena halau dari Puterajaya di PRU14 kerana umno tidak nyahkan Najib Dan rosmah dari awal² sebab semua dapat habuan? SIAPA yang bangsat Dan keparat.. Hari ini Cuba tuding pada pihak lain..masih bacul seperti LOKMAN yang mempertahankan kemungkaran..
Cantas atau cutikan Najib Dan Zahid walau sudah terlewat tetapi masih belum lambat..SEMENTARA umno masih ADA yang Mahu menyokong.
Tidak ADA jalan lain untuk mensucikan Dosa kepada BANGSA Melayu Dan Islam kecuali merebut semula kerajaan di PRU15, BUKAN sahaja berpakat dengan PAS (masih belum cukup kekuatan) tetapi buang yang keruh ambil yang jernih dengan BERSATU dan AMANAH.
Umno PERLU KE DEPAN SEBAGAI otai untuk tunjukan kepada Tun bahawa umno sudah berubah Dan kembali kepada perjuangan. Jika BERSATU Dan AMANAH tolak, biarlah BANGSA Melayu menghukum mereka.
Jika masih ADA kesumat benci Dan dendam, is nyata agenda EMOSI Dan agenda peribadi Dan bukan lagi Demi ugama, BANGSA Dan NEGARA.
Mersing #ada sedikit ubahsuai ayat dari tulisan asal oleh admin.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.