Pada hari ketiga selepas kejadian ribut, penduduk terus diberi bantuan membaiki rumah yang terjejas akibat kejadian ribut tempoh hari. Tn Hj Asmuni Awi AJK Pas Pusat meminta petugas misi bantuan dan ahli-ahli Pas meneruskan komitmen, bantuan tenaga sukarela, dan kesanggupan mengorbankan masa rehat dihujung minggu dalam kerja-kerja amal kerana Allah swt. Menurut beliau usaha dan kesepaduan tenaga sebegini amat diperlukan bagi membentuk ukhuwah sesama kejiranan Taman Meru. Tambahnya lagi meskipun kejadian ribut tersebut berlaku dalam skala domestik, yang penting kejituan dan kepantasan ahli-ahli Pas bersedia menggerakkan jenteranya seperti Petugas Unit Amal, Briged Kibaran Bendera, dan Unit Komunikasi Pas Cawangan Taman Meru dalam membantu masyarakat setempat.
Menurut jurucakap operasi bantuan, kerja-kerja membaiki kerosakkan dapat disudahkan pada hari ini. Setakat ini 20 buah rumah telah dibaiki.
Menurut jurucakap operasi bantuan, kerja-kerja membaiki kerosakkan dapat disudahkan pada hari ini. Setakat ini 20 buah rumah telah dibaiki.
Tn Hj Asmuni Awi meluangkan masa mendengar pengalaman dilanda ribut daripada Tn Hj Salleh Fadhil penduduk Taman Meru
Tn Hj Asmuni Awi turun padang dan meninjau kerja-kerja bantuan membaiki rumah
Gergaji mesin digunakan untuk memotong batang pokok yang tumbang
Pagar rumah rosak teruk akibat ditimpa pokok besar
Tn Hj Lot penduduk setempat bimbang pokok besar ini akan menimpa rumahnya jika kejadian ribut berulang lagi
Pokok besar sebeginilah yang menimpa rumah Tn Hj Lot dalam kejadian ribut tempoh hari
Kerja-kerja membaiki bumbung rumah terus dilakukan sementara cuaca masih cerah
'Berat mata memandang berat lagi bahu memikul'
Jam 12.00 tengah hari hujan gerimis mulai turun
Rumah terakhir dilakukan pemeriksaan dan baik pulih
Tembok pagar yang runtuh
Kesan ribut taufan di Taman Meru
Petugas berehat setelah selesai operasi bantuan
Penyelaras teknikal Tn Hj Ahmad Tayyib mengumpul maklumat daripada mangsa ribut
Tuan rumah mempelawa petugas menikmati kemanisan buah pulasan yang bermusim sekarang
Tn Hj Asmuni Awi (dalam kenderaan) dan petugas Pas menamatkan operasi
Beliau turut merakamkan kesyukuran dan terima kasih kepada semua petugas yang terlibat.
Alhamdulillah
Takbir Allahuakbar
No comments:
Post a Comment