Pages
▼
Saturday, 12 January 2013
Anggaran 700,000 di HKR#KL112 di Stadium Negara: Pakar Matematik
13 JANUARI, 2013
Pakar Matematik Anggarkan 700,000 di HKR #KL112..
KUALA LUMPUR 13 JANUARI: Pakar matematik, Prof Dr Shahrir Md Zain menganggar lebih 700,000 orang menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka, semalam.Memetik Penang Insight, bekas profesor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu dilapor membuat anggaran itu di laman facebook beliau.“Kalau berjalan 20 orang melebar sepanjang satu kilometer (km), jumlahnya 100,000.“Andaiannya ialah 10,000 kaki sama dengan satu kilometer, seseorang memerlukan dua kaki persegi untuk bergerak dengan selesa.“Jadi, lebar jalan 40 kaki dan 5,000 orang boleh memanjang jalan.
Lalu, 5,000 (orang) darab 20 (orang) ialah 100,000 (orang per kilometer).“Pertanyaan saya, berapa kilometerkah seluruh orang yang datang HKR. Jawapannya ialah 700,000,” katanya dengan mengambil kira pandangan dari atas pada lingkungan tujuh kilometer.
Nyata, ia bertentangan dengan kenyataan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad dalam Buletin Utama TV3 yang hanya menganggar 40,000 orang sahaja menyertai HKR.Sedangkan twitter rasmi PDRM pula menyebut 80,000 orang menyertai HKR tetapi kemudian membuat pembetulan. ~kd
Addin :
Addin bersetuju kenyataan prof. dr. shahrir.Addin yang bersama-sama berarak dari masjid menggangarkan tidak kurang 200,000. Kita lihat pula selepas ini apa pula komen menteri kira-kira umno iaitu rais yatim.
Sumber: Addin Deen
Blogger: Solat Zohor di Masjid Negara juga safjamaahnya melimpahi hingga ke dataran taman di luar masjid..
No comments:
Post a Comment