Pages

Thursday, 28 February 2013

PRU13 DUN Manjoi: Demokrasi Mellinium, Generasi-y Tidak Melihat Gelombang Bendera Parti sebagai BENCHMARK Kemenangan..

Khamis, 28 Februari, 2013
Kini Pengundi Muda (Generasi-y) DUN MANJOI telah menentukan pilihan mereka dalam PRU13 nanti...Pasca Demokrasi Mellinium, maklumat di hujung jari.

BN Mengaku Kalah Perang Di Dunia Cyber
KUALA LUMPUR, 28 Feb—Barisan Nasional hari ini mengakui lawan mereka mendahului dalam perang media sosial tetapi menolak perkara tersebut boleh diterjemahkan bagi menggambarkan sokongan pengundi.
“Pengundi mungkin tidak mengikut kami di laman media sosial kerana kami adalah kerajaan dan mungkin mereka berfikir kami memiliki media arus perdana.

“Pihak satu lagi mungkin mempunyai kelebihan tapi tidak bermakna mereka (pengundi) akan memilih undi mereka,” kata setiausaha agung Datuk Seri Tengku Adnan Mansor kepada wartawan semasa perasmian kempen “Skuad BN”.

Semalam, pengerusi BN dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Pilihan Raya 2013 akan menjadi “pilihan raya sosial media” pertama di Malaysia sambil memberi contoh laman seperti Facebook dan Twitter akan menjadi kunci utama kepada perang untuk mempertahankan Putrajaya.
Pada bulan lalu juga, Najib memberitahu Fareed Zakaria, wartawan kanan CNN dalam Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Switzerland, pengundi semakin terdidik dan berfikiran kritikal. serta mengakui media sosial memberi kesan  baik dan buruk bagi Umno....tajuk /Sumber

Penganalisis politik berpendapat rakyat Malaysia lebih menggunakan Internet untuk mendapatkan maklumat, yang menyebabkan ahli politik menggunakan Facebook dan Twitter untuk mendengar kata pengundi, dan tidak lagi bergantung kepada media arus perdana, menyaksikan penjualan akhbar semakin merosot dan tontonan di televisyen semakin berkurangan.

Pada pilihan raya ke-13 yang akan dilangsungkan selewat-lewatnya April, akan menyaksikan pertarungan sengit, dengan kajian dari Universiti Malaya menyaksikan pengundi muda mewakili majoriti dalam pengundi atas pagar.[Sumber] Dicatat oleh ustazcyber di 1:52:00 PTG
Selamatkan Malaysia
mohdrashidi

No comments:

Post a Comment