Lori Ikan Meniaga Depan Masjid Negara
Zahid Mencari Pengkhianat Negara?
Zahid Mencari Pengkhianat?
Dalam hal ini Zahid kena buka mata, celikkan hati!
Kiram? - 'subpoena' pun Manila tarik balik inikan pula nak serahkannya untuk dibicarakan di Mahkamah Malaysia
Hakikat dan yang utama sepatutnya dicari dan dikenalpasti adalah:
Apa yang mendorong mereka menceroboh?
Bagaimana mereka berjaya lolos dan bolos?
Siapa yang bantu mereka dengan logistik dan sewaktu dengannya?
Kenapa kita tunggu lama untuk bertindak?
Dari sudut manakah kelemahan kita?
NizarAzu.com
'Bagaimana Jamalul Kiram beli senjata baru?'
mk - 10:14AM Mac 15 2013
Tindakan tentera laut Filipina menahan 35 pengganas Sulu yang cuba keluar dari Sabah membuktikan hubungan baik antara kerajaan Malaysia dan Filipina.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penahanan itu dimaklumkan kepadanya oleh rakan sejawatannya dari Filipina selain memberitahu beliau semua pengganas terbabit akan dihadapkan di mahkahmah di sana.
"Siasatan akan dilakukan terhadap kesemua 35 mereka. Kita akan tunggu laporan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bersama rakyat sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013 di Langkawi malam tadi.
Ahmad Zahid berkata Malaysia juga sedang berusaha untuk mendapat perintah bagi memungkinkan pengganas terbabit didakwa di negara ini.
Semalam agensi berita luar negara melaporkan 35 pengganas itu termasuk seorang wanita ditahan oleh dua buah kapal tentera laut Filipina berhampiran Pulau Tawi-Tawi, kira-kira 12 kilometer dari perairan Sabah.
Ketua Pemerintah Tentera di Mindanao Barat, Lt Jen Rey Ardo dipetik sebagai berkata mereka yang ditangkap itu dipercayai saki-baki pengganas Sulu yang memasuki Lahad Datu.
Beliau juga dilapor berkata ketika ditahan suspek pengikut pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III itu sedang menuju ke sebuah pulau di Filipina.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata walaupun Malaysia dan Filipina tidak mempunyai perjanjian ekstradisi untuk membolehkan Jamalul Kiram dibicarakan di negara ini, ada peruntukan undang-undang yang boleh diteliti untuk membenarkan perkara tersebut dilakukan.
"Secara konvensional Malaysia pernah serahkan (pemimpin) Moro National Liberation Front (MNLF)) Nur Misuari (yang berada di Sabah) ketika dia jadi pemberontak kepada Manila. Kita harap beberapa perkara kajian perundangan dilakukan supaya Jamalul Kiram dibawa ke Malaysia.
"Bezanya Nur Misuari adalah rakyat Filipina dan dibawa ke Filipina manakala Jamalul Kiram adalah rakyat Filipina, berada di Filipina dan tertakluk kepada undang-undang Filipina," katanya.
Posted by mountdweller at 2:00 PM
N23 DUN MANJOI
atsixty.blogspot
No comments:
Post a Comment