Khamis, 21 Mac 2013
Masing-masing takut tumpor tapi tunjuk seolah-olah mereka ada telor... wal hal tak der telor.
Hahahaha... Di Perak demer mengelupor, di Selangor mereka mengelejat. Masing-masing takut tumpor tapi tunjuk seolah-olah mereka ada telor... wal hal tak der telor.
Ini semua penangan pemimpin besar Pakatan Rakyat yang memukul canang bahawa mereka akan keluar daripada kawasan selamat mereka untuk bertanding di luar. Kit Siang... di Johor manakala Anwar pula, samada di Perak atau di Selangor.
Dengar jer berita... terus keluar suara mereka dari Perak dan Selangor. Kononnyer mereka tak takut. Hahahaha... tak takut tetapi KECUT. Kecut tetapi berlagak macho. Kononnyer sedia berperang dengan Anwar. [Baca sini] Keh keh keh keh....
Ada yang mendakwa, kononnyer giant-giant daripada Pakatan Rakyat ni sudah tidak mendapat sokongan di kubu kuat mereka, lantas mahu berpindah ke kawasan lain. Hahahaaha... hilang sokongan??
Staement sebagai penyedap hati jer tu. Weh... turun ler ke Matang Pauh... Turun ler ke Ipoh Timur dan tinjau sokongan rakyat kepada mereka sebelum buat kenyataan bangang. Mereka masih disokong padu, wa cakap lu orang..
Mereka ni, BERANI.... VIBRANT... PROAKTIF... GOT TELOR maa. Mereka, kami anggap sebagai pencetus semangat bagi membuka mata rakyat di kawasan tradisi UMNO/BN agar berani BERUBAH dan membuat perubahan. Mereka sanggup menerima risiko. Hahahaha... Kalau takut pada risiko jangan bicara soal perjuangan.
Lu orang dan pemimpin lu orang.... ada berani?? Najib... berani keluar daripada Pekan??
Hahaha... jangan mimpi ler. Jangan kata nak pindah kawasan, mereka terpaksa guna undi pos sebagai talian hayat untuk terus berkuasa. Itu bezanyer pemimpin Pakatan Rakyat dengan para pemimpin UMNO/BN.
Kesian puak-puak jumud yang selesa duduk di bawah tempurung di habitat masing-masing. Baru Anwar pukul canang... mereka sudah 'terbatuk' dan 'tersedak'. Kelakar.... kelakar...
POSTED BY A MUM OF THREE MOHD AT 12:00 PM
No comments:
Post a Comment