Notis huru-hara PRU fitnah Umno mahu burukkan PKR
SHAH ALAM - PKR menyifatkan penyebaran notis kononnya parti itu merancang kekecohan di tempat mengundi pada hari mengundi sebagai hanya "permainan budak-budak menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa notis itu adalah muslihat Umno untuk memburukkan imej PKR seolah-olah parti itu menaja kekecohan.
"Ini satu lagi perang psikologi yang dimainkan Umno terhadap PKR dengan menyebarkan fitnah seperti ini. Mereka ada dua cara untuk serang PKR, dengan menyebarkan gambar-gambar lucah pemimpin PKR dan kononnya akan ada huru-hara untuk menakutkan rakyat.
"Saya rasa lawak dan nak gelak bila ada cerita ini, macam permainan budak-budak," katanya.
Sebelum ini, terdapat satu notis bertarikh 15 Disember 2012 tersebar dengan logo PKR sebagai kepala surat.
Terdapat dua peringkat arahan pada notis itu. Di peringkat pertama, orang awam diminta membuat kecoh di kawasan mengundi bagi membangkitkan kemarahan orang ramai dan menunjukkan kelemahan pada pengurusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Di peringkat kedua, arahan untuk kumpulan media atas talian menggunakan saluran media baru seperti membina Twitter khas dengan hashtag #SPRJahat, #SPRTipu, #BersihPRU13, #NajibTipuPRU dan #BangkitRakyat.
Mengulas mengenai kandungan surat itu, Rafizi menafikan ia daripada pihaknya.-SH
batuvskayu.
RISALAH PALSU KONONNYA PKR AKAN BUAT GANGGU KACAU HURU HARA DIPUSAT PEMBUANGAN UNDI PADA PRU 13 TERBONGKAR!!!!!
Mungkin inilah yang dihebohkan oleh Timbalan Presiden UMNO merangkap bakal mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa beliau mendapat maklumat dan ada bukti kukuh kononnya pada hari pembuangan undi para penyokong Parti KeADILan Rakyat akan membuat kecoh ganggu kacau hura hara dipusat pembuangan undi dikawasan-kawasan parlimen yang dikenal pasti.
Pergh!!!!! kalau setakat cetakan begini dikatakan ada maklumat dan bukti kukuh maka memang sah lagi sahih dan benar beliau kini sudah tidak layak layak menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Daya dan tahap pemikirannya sudah setaraf malahan lebih teruk dari blogger lucah pujaan UMNO nombor satu, Papagomo a.k.a. Wan Muhammad Azri bin Wan Deris.
Helu, Mudin!!!!!.. Jangan ingat rakyat ni bangang bin bahalol bin tongong....Ini risalah apa barang beb!!!! Siapa pun boleh cetak tapi sama ada ianya datang dari Ibu Pejabat PKR itu yang menjadi isunya.
Ada pula ayat Stage 1 dan stage 2....macamlah anggota parti PKR tidak reti nak tulis peringkat 1 dan peringkat 2....
Teruk betuk UMNO kini nak berdepan dengan Pakatan Rakyat pimpinan DSAI, TGHA, TGNA LGE dan LKS.
Kering kontang dan gersang isu serta idea...
Benarlah kata orang bijak pandai.. manusia dalam ketakutan dan panik gelabah sudah tidak mampu berfikir secara rasional.. Segala keputusan dibuatnya langsung tidak boleh diambil pakai.
Posted by OMAK KAU
Wanita Umno tubuh pasukan anti 'huru-hara' Pakatan
Wanita Umno akan menubuhkan satu pasukan gerakan bagi menghadapi huru-hara yang didakwa akan dicetuskan oleh pihak pembangkang.
Shahrizat Abd Jalil mendakwa, berdasarkan maklumat yang diperoleh, huru-hara itu dilakukan bertujuan untuk menakutkan orang ramai agar tidak keluar mengundi pada pilihan raya umum akan datang.
"Oleh kerana pembangkang takut dengan BN, maka mereka telah buat perancangan tetapi sudah dibongkar oleh media.
"Pada hari nak mengundi nanti, mereka (pembangkang) akan wujudkan keadaan huru-hara supaya penyokong BN takut untuk keluar mengundi.
Tukar Tiub
No comments:
Post a Comment