Pages

Friday, 22 March 2013

MANIPULASI risikan tentera tidak mengejutkan: 13 tahun risikan tentera diguna untuk politik – Lt Jen (B) Ghafir

Jumaat, 22 Mac 2013
Lt.Gen.Ghafir: Military intelligence failure in Lahad Datu



KUALA LUMPUR: Tahap keselamatan awam memang sentiasa dipantau namun kemungkinan berlaku ke arah itu (bagi tujuan politik) bukanlah suatu yang mustahil kerana peluang pemerintah (untuk campur tangan) ada padanya.

Demikian kata Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari (gambar).

Beliau mengulas dakwaan bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid bahawa risikan anggota keselamatan cenderung dimanipulasi bagi tujuan politik pemerintah bukanlah suatu yang mengejutkan.

Baca laporan penuh dalam Harakah mulai Ahad ini.

13 tahun risikan tentera diguna untuk politik – Lt Jen (B) Ghafir

(Oleh Sidiqin Omar)
PETALING JAYA 13 MAC: Risikan tentera yang lemah dan diguna untuk matlamat politik menyebabkan musuh menceroboh perairan dan membolos masuk ke dalam negara, kata mantan Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid.
Beliau mendedahkan, mulai tahun 2000, aset dan keupayaan Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) cenderung digunakan untuk operasi politik.
“Selama 13 tahun mereka hilang kepakaran dan aset untuk melaksanakan tugas utama untuk merisik. Sepatutnya kita boleh menjangka apa yang bakal berlaku dengan risikan yang baik.
“Dalam BSPP ada bahagian yang mengendali risikan luar. Mereka ini sepatutnya mengumpul maklumat dan analisis risikan. Itu kerja utama mereka. Tugas pemikiran politik bukan kerja mereka.
“Sumber maklumat yang diproses untuk perisikan. Ini yang akan kita gunakan untuk memberi pilihan berhubung tindakan yang akan diambil. Bukannya musuh dah sampai ke darat baru nak ambil tindakan. Ini sangat deactive (lambat),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.
Beliau merujuk isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah mengakibatkan 10 anggota keselamatan negara terkorban sehingga ke hari ini.
Ghafir mempertikai alasan kerajaan kononnya tentera tidak boleh dilibatkan dalam operasi keselamatan kerana perlu mematuhi Konvensyen Gineva 1949 dalam menangani insiden Lahad Datu.
“Bila ini berlaku, (bagaimana kerajaan) ubah pula dengan menggunakan angkatan tentera dengan konvensyen yang sama?” soalnya.
“Mereka (penceroboh) datang untuk mengambil tanah wilayah kita dan mengancam nyawa rakyat,” kata Ghafir menjelaskan definisi pencerobohan adalah termasuk atas tujuan kepentingan ekonomi. – NS
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=47208

No comments:

Post a Comment