Pages

Saturday, 30 March 2013

MCA Akan Pulau PRU-13? NAJIB Pergi UMRAH...

Sabtu, 30 Mac 2013
MCA Akan Pulau PRU-13? 
Semalam diwar-warkan parlimen akan dibubarkan, namun tidak menjadi kenyataan. Desas-desus pembubaran itu menyebabkan DJ perempuan klasik FM membuat pengumuman membawa pendengar ke Putrajaya untuk pembubaran parlimen pada jam 3.55 petang.
Entah macam mana pada zaman Najib rakyat menjadi tak sabar-sabar menunggu pembubaran Parlimen.
Ada yang berkata pembubaran itu tak jadi kerana ugutan MCA akan memulaukan PRU-13. Ini kerana MCA mendapat peruntukan kerusi yang kurang daripada PRU sebelumnya. Sepatutnya begitulah, apa guna kerusi banyak hanya untuk dikalahkan. Itulah perkiraan Najib.
MCA adalah parti yang lantang menuntut kerusi dan memberi kata dua kepada Najib. Parti itu tidak berpuas hati dengan pembahagian kerusi di mana kuota yang diperuntukkan kepadanya selama ini ditarik balik. Khabarnya ada suara ugutan dari MCA akan memulaukan pilihan raya sekiranya soal pembahagian kerusi tidak lengsai? - MSO Merah Tinta
Eloklah, biarlah mereka berkekah sesama sendiri. Kalau MCA nak pulau PRU-13 pun cantik juga….
Read more: http://www.ekeleh.com/mca-akan-pulau-pru-13/#ixzz2OwyD4kj8
Pas_Hebat

SATURDAY, MARCH 30, 2013
PRU 13 : NAJIB Pergi UMRAH, BUBAR PARLIMEN Tangguh Lagi


Najib Tun Razak dan isteri, Rosmah Mansor keluar dari Masjidil Haram,                                                                                selepas menunaikan ibadat umrah, Ogos tahun lalu.
PETALING JAYA: Nampaknya pembubaran Parlimen hanya mungkin akan berlaku selepas minggu kedua bulan April apabila mendapat maklumat Datuk Seri Najib Tun Razak akan melaksanakan umrah pada minggu hadapan.

Menurut sumber dalaman berkata Perdana Menteri dijangka akan berlepas ke Arab Saudi pada 3 April selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet akan datang dan sama-sama mengambil  bahagian dalam acara berbasikal di Putrajaya.

Beliau dijangka pulang dua hari kemudiannya.
Bagi umat Islam, ibadah umrah kadang kala dilakukan untuk memohon panduan sebelum membuat sesuatu keputusan dan Najib telah melakukan (umrah) setiap tahun.

Terdapat juga spekulasi bahawa Perdana Menteri yang akan memasuki tahun keempat pentadbirannya Rabu depan, mungkin membiarkan lima tahun tempoh Parlimen yang akan berakhir pada 30 April ini sebelum pilihan raya diadakan.

Sejak beberapa hari lepas, Perdana Menteri telah mempengerusikan siri mesyuarat dengan pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional untuk memuktamadkan senarai calon.

Di samping melaksanakan umrah, difahamkan juga Najib juga akan melakukan lawatan singkat ke Brunei pada 24 April ini untuk menghadiri Sidang Kemuncak Asean.

Belum pernah ada Perdana Menteri Malaysia yang tidak menghadiri mesyuarat ini, kerana Asean adalah asas kepada dasar luar negara.
PULAK DAH.
BN kalah teruk, Najib kena letak jawatan, kata Mahathir
March 28, 2013 
BN_Kalah
Jadi Ketua Pembangkang Pula...
Read more: http://www.ekeleh.com/kalau-bn-kalah-teruk-najib-kena-letak-jawatan-kata-mahathir/#ixzz2Owz1jiDk

No comments:

Post a Comment