Pages

Saturday, 23 March 2013

PRU13 IBU Segala Pilihanraya - PR Menambah Menguasai Johor (12), Sabah (10) & Sarawak (10) Cukup Untuk Menumbangkan BN!

Ahad, 24 Mac 2013

Pilihanraya Ke 13 Ibu Dari Segala Pilihanraya; Perpindahan Kuasa Harap Berlaku Dalam Aman - Salahuddin Ayub
BBB, 10 Jamadil Awwal 1434 = 22 Mac 2013 (Jumaat):

YB. Salahuddin Ayub Naib Presiden Pas malam ini menyampaikan ucapan kepada hadirin di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi sempena Pendaftaran Sukarelawan Pas Serdang. Sebagaimana orang lain, beliau juga membuat telahan tentang tarikh pembubaran Parlimen yang dijangka selepas LIMA di Langkawi yang berakhir 30 April dan mengundi sekitar pertengahan Mei. Secara bergurau beliau berkata, ``Jika tidak betul, bukan sesuatu yang merosakkan akidah !``  Menurutnya, ``Najib sedang gelisah dan takut dengan kemaraan Pakatan Rakyat dan semakin dilewatkan tarikh pilihanraya semakin banyak peristiwa akan muncul yang makin berpihak kepada Pakatan Rakyat.``
YB Salahuddin berpendapat, ``
``Pilihanraya Ke 13 cukup menarik, ia adalah Ibu Segala Pilihanraya. Pilihanraya yang menentukan hidup matinya BN dan peluang terbaik bagi Pakatan Rakyat membuat perubahan.`` YB Salahuddin menyebut tentang sejarah kepartian yang memerintah di dunia biasanya dalam lingkungan 50 tahun dan BN mendekati usia 60 tahun !
Untuk mendapat sokongan rakyat kita menawarkan pendekatan kita melalui Buku Jingga sebelum melahirkan Manifesto melalui Konvensyen Ketiga Pakatan Rakyat.

YB Salahuddin menelah, bahawa politik Negara mengarah kepada suasana yang lebih baik dalam menuju kepada system dua parti. Sebagaimana di Barat. Amerika dengan parti Republikan dan Demokrat dan England dengan Conservative dan Boroh. Antara kedua-dua parti bertukar dan bergilir-gilir dalam pemerintahan. Begitu juga dengan Jepun dan Korea Selatan. Jepun selepas gugur bom atom di Yokohama dan Nagasaki dalam Perang Dunia Kedua makin maju dengan asset kini 7 trilion dolar. Pertukaran pemerintahan di Negara itu adalah perkara biasa yang sejak selepas Perang Dunia Kedua sudah 30 orang Ketua Negaranya sudah bertukar. Begitu juga dengan Korea Selatan. Pelajar Pengajian Tinggi di Korea dianggap tidak cukup credit hours tanpa mengambil kursus berhubung dengan `Seni Demokrasi`. Kedua Negara ini kini menawan dunia bukan dengan perang, tetapi dengan alat letronik dan teknologi. Jepun kini menakluki dunia dan masuk ke rumah-rumah dengan jenama Toyota, Mitsubishi dan Honda dan Korea Selatan menguasai dunia dengan Grundeg, Samsung, Hayundai dan sebagainya.  Betapa berkesannya system dua parti dalam menegakkan demokrasi dan kemajuan Negara. Bagi YB Salahuddin kita sedang menuju kepada peralihan kuasa melalui dua parti seharusnya diterima sebagai perkara biasa dan positif yang dapat memajukan Negara. Takdirnya kita berkuasa dan setelah sepenggal sekiranya kita melakukan perkara regressif, maka rakyat berhak menukarkan kerajaan kepada parti yang lain dalam system dua parti tersebut.

Apa yang ditekankan oleh YB Salahuddin, rakyat boleh membuat pilihan dan penilaian. Beliau membuat sindirin tajam terhadap Rais Yatim Menteri Penerangan yang kononnya bersifat telus dengan memberi slot masa 10 minit bagi Pakatan Rakyat untuk membentangkan manifestonya dengan berbagai-bagai syarat. Beliau bertanya, ``Apa yang boleh dicakapkan dalam masa 10 minit ? Menurutnya. ``Inilah Menteri tak cerdik, walaupun ada Ph. D. Ini adalah contoh Menteri yang telah tamat tempoh dan expired.``
Tambahnya, ``Kita mau pimpinan yang berani, rasional dan mampu menampilkan idea yang segar, membangunkan daya intelektual dan bukan membodohkan masyarakat.``

YB Salahuddin mempersoalkan, ``Apa jenis Menteri Penerangan yang kita mendepani kini dalam mana tv penuh dengan film tahyul, puaka, Tanah Kubur, Saka dan sebagainya. Kementerian Penerangan bukan saja menghabiskan duit rakyat, tetapi menjadikan rakyat, terutama orang Melayu mundur, khayal, tidak bersemangat dan ketinggalan zaman.
Beliau berterima kasih kepada Tun Musa Hitam, walaupun dalam sejarahnya ada kontroversi dan mempunyai titik hitam berhubung dengan peristiwa Memali, tetapi menerima reality dan menganggap proses normal jika berlaku pertukaran pemerintah dari BN kepada Pakatan Rakyat.

YB Salahuddin mau pemimpin berjiwa besar sebagaimana Rasulullah menerima Washi pekerja upahan yang membunuh Sayyiduna Hamzah dalam Perang Uhud dan Hindun membedah dada Sayyiduna Hamzah dan cuba memakan jantung Sayyiduna Hamzah dalam Perang berkenaan, tetapi apabila mereka masuk Islam, mereka diterima keislaman. Demikian Abu Sufyan musuh Islam, tapi secara diplomasi semasa Fath Makkah, Abu Sufyan diberi penghormatan, ``Siapa yang memasuki rumahnya selamat ! Apabila beliau masuk Islam beliau diterima dengan hati terbuka.`` Moralnya pemimpin dari BN dan dari mana parti haruslah berjiwa besar. Sebarang perubahan pemerintah yang dipilih rakyat, haruslah diterima secara terbuka.

Merujuk kepada Tun Mahathir, YB Salahuddin berpendapat, ``Mahathir orang yang paling takut, kiranya berlaku pertukaran pemerintahan ! Banyak perkara yang akan menggugat beliau dan keluarganya, Sekarang dia ketua kempen BN, sanggup melancarkan buku Rosmah yang tidak setaraf dengan kedudukannya, bahkan menyarankan buku berkenaan digunakan di Sekolah-sekolah !`` Beliau menceritakan isu Datuk Seri Najib yang membawa artis Korea di Pinang dalam mana bila ditanya penerimaan artis ini, penuntun menjawab `Yes`, tetapi tentang dirinya dijawab penonton, ``No`` sebagai yang memalukan.

Menurut YB Salahuddin, ``Mahathir takut dengan perubahan, kerana banyak rekod dan dosanya berhubung dengan Anwar. Dia dipecat, ditelanjangkan, ditumbuk di ISAkan bahkan separuh mati !`` Tambahnya, ``Takut kerana anaknya akan hilang peluang menghimpun harta dan bertakhta, bahkan takut terbongkar segala-galanya !`` Beliau menyebut seorang Duta pernah bertanya Pimpinan Pas, ``Apakah tindakan yang akan diambil bila Pakatan berkuasa ?`` Jawapannya, ``Kita bukan jenis orang yang balas dendam ! Tetapi jika melibatkan rakyat, maka undang-undang akan mengambil tempat !``
Menurut Naib Presiden Pas itu, ``Kita memilih jalan aman, bukan dengan kekasaran, sebab itu kita memilih pilihanraya, tetapi ianya seharusnya berjalan dengan telus dan adil.`` Beliau optimis Pakatan Rakyat mampu meraih kemenangan menguasai Persekutuan dengan memecahkan kubu-kubu utama BN dan menguasai sebahagian kerusi Parlimen di:

Johor         26   kuasai   12
Sabah        25   kuasai    10
Sarawak    31   kuasai    10

Ditambah dengan kerusi-kerusi di negeri-negeri yang lain yang lebih terjamin, maka dijangka Pakatan akan menguasai lebih dari separuh kerusi Parlimen yang berjumlah 222 kerusi itu.

Berhubung dengan kedudukan dirinya, beliau bertekad untuk pulang ke Tanah Airnya di Johor bertanding di peringkat Parlimen dengan meninggalkan kerusi selamatnya di Kelantan, bahkan tidak menerima tawaran kerusi di Titiwangsa. Tekad dan azamnya makin kukuh dengan pemergian ke Johor tokoh-tokoh seperti Lim Kit Siang dan dijangka Keadilan Rakyat juga akan menghantar tokoh-tokoh utamanya di Johor seperti Jui Ming dan lain-lain.

Berhubung dengan `Isu Berdarah` di Sabah, beliau kesal dan berpendapat, ``Sepatutnya tidak berlaku kematian ke atas anggota Polis. Empat bulan pihak musuh sudah berada di Sabah, bagaimana dengan pihak intelligent tidak bertindak dengan berkesan ?``

Beliau menyebut seorang Bekas OCPD di Lahat Datu sejak 5 tahun lepas meminta agar meningkatkan kekuatan Polis dan Tentera untuk mengelakkan dari pencerobohan, termasuk ancaman dari tentera Abu Sayyaf mengapa tidak ditambah ?

Beliau menggesa agar peristiwa berdarah itu dijadikan  pengajaran, bahawa soal keselamatan tidak boleh dikompromi.

Apa yang dapat dinilai dari ucapan YB Salahuddin Ayub Naib Presiden Pas itu, bahawa pertukaran kuasa suatu yang normal. Beri hak kepada rakyat memilih secara telus dan adil. Negara menuju kepada pemerintahan dua parti. Sebarang pertukaran pilihan rakyat haruslah diterima secara terbuka. Mana-mana yang tidak dapat memenuhi hasrat rakyat, mereka haruslah ditukar dan pihak yang ditolak rakyat haruslah menerima pula secara terbuka dan memperbaiki diri untuk kembali berkuasa.

Sebelum dari ucapan YB Salahuddin turut berucap ialah YB. Dr. Shafie Abu Bakar Adun Bangi, Ustaz Shafie Ngah YDP Pas Serdang, saudara Adram Musa Ketua Pemuda Pas Serdang dan saudara Abang Ahmad Kerdi AJK Pas Pusat yang mewakili Sarawak. Mereka berucap dalam keadaan hujan renyai-renyai. Tetapi apabila YB Salahuddin berucap hujan berhenti dan pendengar bertambah ramai.

Sekian.
DrShafie'sblogspot. Powered by Blogger.

No comments:

Post a Comment