Pages

Saturday, 16 March 2013

Psycopolitics: Dalang Lahat Datu - Melayu Tidak Percaya UMNO!

Ahad, 17 Mac 2013
Psycopolitics UMNO Dah Layu...
Melayu tidak percaya Umno.  Umno pengkhianat
Dalam isu pencerobohan askar Kesultanan Sulu di Lahad Datu, Sabah; dua perkara utama yang paling menjadi persoalan sekarang adalah: 
- Mengapa baru sekarang Sultan Sulu yang telah berumur 70 tahun itu menuntut kembali "hak" ke atas Sabah?

- Mengapa beliau memilih waktu sekarang, di mana sokongan rakyat Sabah terhadap Umno BN jelas semakin merosot?

Apakah persoalan di bawah menjadi jawapan kepada persoalan di atas?

Apakah kerna pilihan raya umum ke-13 Malaysia semakin hampir dan kerajaan Umno BN sedar mereka akan kalah, maka digunakan Sultan Sulu sebagai penyambung nyawanya?
Kerajaan Rakyat.
Kita menyanjung tinggi pengorbanan dan kesungguhan anggota keselamatan kita dalam mengawal selia serta memelihara kedaulatan negara. Kita meletakkan sepenuh kepercayaan kepada anggota tentera dan polis yang menjalankan tugas dengan profesional, demi menjaga keselamatan rakyat.

Kita amat mengharapkan kegigihan dan pengorbanan anggota keselamatan ini, tidak dijadikan alasan untuk memperkukuhkan kedudukan politik BN.

Isu keselamatan tidak sama sekali harus dipolitikkan untuk kepentingan sekelompok penguasa yang mahu meneruskan kesinambungan pemerintahan, di saat-saat mereka hampir tumbang.

Malangnya, inilah yang terjadi di Malaysia. Isu keselamatan dipolitikkan, nyawa anggota keselamatan menjadi taruhan kesinambungan politik Umno-BN.

Hari ini Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, secara terang-terangan mengugut rakyat, bahawa jika mereka tidak mahu peristiwa Lahad Datu terjadi di tempat lain, jika mereka mahu keselamatan mereka terjamin, mereka hendaklah memberi mandat kepada BN.
KedahLanie.

Bila penulis Umno pun sudah tidak percaya lagi ...
Oleh SHIRZAD LIFEBOAT

SEHARI sebelum menulis kolum ini, saya telah menemui beberapa orang rakan penulis. Dua daripadanya adalah penulis senior dan secara konsisten menyokong Umno sejak awal 1980-an lagi. Seorang lagi adalah kolumnis sebuah akhbar harian yang sering memuji dan memuja pemimpin Umno dan mengkritik parti pembangkang.

Walaupun kami dari kem politik berbeza, persahabatan tetap persahabatan. Kita boleh bertegang urat mengatakan itu benar dan ini salah. Namun semua itu tidaklah sampai ke peringkat menjadi emosional hanya semata-mata untuk memenangi debat.
Pada pertemuan itu, melainkan seorang penulis yang pengkhususannya lebih kepada persoalan sosial dan bersifat non-partisan, hanya saya seorang sahaja yang berada di pihak pembangkang.

Walaupun mereka yang lainnya masih jitu memperjuangkan Umno namun semuanya bersetuju betapa kuasa pemerintahan yang selama ini dinikmati oleh parti tersebut kini sedang menempuhi hari-hari terakhirnya.

“Tapi Dr Mahathir confident kalau pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat, katakan lepas sambutan perayaan Tahun Baru Cina, BN ada peluang untuk setidaktidaknya mengekalkan jumlah wakil rakyatnya baik di Parlimen ataupun di Dun tapi banyak juga pemimpin Umno mengatakan kalau pilihan raya diadakan dalam masa terdekat BN dan Umno akan bungkus,” kata saya sekadar memancing pendapat mereka yang cukup rapat dengan pucuk pimpinan Umno serta sering mendapat laporan-laporan tentang sokongan pengundi pra-pilihan raya dari pihak-pihak perisikan tertentu.

“Alah ... biasalah,” jawab penulis paling senior dan paling prolifik dalam menghasilkan buku yang sentiasa mengangkat Umno dan pemimpinnya di persada kayangan. “Itu mainan psikologi. Tapi aku sendiri ingat, kalau pilihan raya sekarang atau tahun depan pun, berat. Jangan kata nak menang dua pertiga majoriti (di Parlimen), kalau boleh maintain status quo pun sudah baik.”

“What makes you say that?” penulis sosial yang berijazah PhD itu mencelah.

“Kau tengoklah sendiri. Kau ni bukannya orang Umno, orang PAS lagilah tidak. Kau rasa kau masih nak percaya pemimpin Umno boleh memimpin orang Melayu dan rakyat Malaysia. Pemimpin paling besar pun tak boleh nak memimpin bini, macam mana nak memimpin parti dan negara,” jawab penulis tersebut.

“Aku pun rasa macam tu jugak,” kata kolumnis sebuah akhbar harian. “Memanglah bila tulis aku kena tulis baik-baik pasal Umno. Tapi realitinya, semua orang tahu. Orang Melayu semakin hilang kepercayaan pada Umno. Betul tak Doc?”

Dia menghadapkan arah penglihatannya ke wajah penulis sosial.

Dr Hafiz (bukan nama sebenar) menyudahkan hirupan kopinya dan meletakkan kembali cawan yang masih tiga-suku penuh kembali ke dalam piring. Sambil kembali menyandarkan dirinya dia menawarkan pendapat dalam susuan kata-kata seolah dia sedang menulis, “Ya. Sepatutnya setelah menerima keputusan Pilihan Raya Umum 2008 dulu, pemimpin Umno di semua peringkat masing-masing sudah muhasabah, demi parti, demi negara dan demi orang Melayu.

“Tapi apa yang saya lihat, pemimpin kanan Umno lebih menjuruskan kepada soal bagaimana menyelamatkan kedudukan masing-masing.

Saya tak mahulah mengatakan benar atau tidak, tetapi perihal pemimpin Umno, mereka yang rapat dengan Umno serta kerajaan yang diperintah oleh Umno dikaitkan dengan pelbagai rasuah, penyalahgunaan kuasa, tidak berkesan dalam membuat dasar, gagal mentadbir-urus dengan sewajarnya, dan segala kenyataan bebal yang dibuat oleh pemimpin Umno termasuk menteri dan sebagainya, tidak pernah diberikan perhatian serius. Apa yang rakyat dapat lihat ialah, all talks but no actions (cakap-cakap sahaja tanpa tindakan).”
KedahLanie.
Tuyaaa...


No comments:

Post a Comment