Pages

Sunday, 10 March 2013

REMAJA 12 Tahun Ditembak Mati Dalam Operasi Daulat: Allahuakbar! Masya-Allah.......p/s Sekadar Rasa Kemanusiaan

Ahad, 10 Mac 2013
OP DAULAT: SIDANG MEDIA KPN 10 Mac 2013;5:30 pm
 Remaja ditembak mati dalam operasi dekat  Tg Batu, Lahad Datu

Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata seorang remaja ditembak mati ketika pasukan keselamatan sedang mengesan penceroboh berhampiran zon merah.

Katanya, kejadian itu berlaku ketika pasukan keselamatan sedang mengesan kumpulan pengganas pada kira-kira jam 9.45 pagi ini di Kampung Sungai Bilis.


Tiga lelaki dewasa dan dua wanita dewasa secara tiba-tiba muncul dari kawasan semak dan pasukan keselamatan dengan serta menahan dan memeriksa kumpulan tersebut.

Ketika pemeriksaan dibuat, pasukan keselamatan mendengar bunyi dari kawasan semak dan secara spontan melepaskan tembakan ke arah berkenaan, katanya dalam sidang media di Felda Sahabat Residence, Lahad Datu petang ini.

Pemeriksaan selepas itu mendapati, tembakan itu mengenai dua individu.

Seorang remaja dianggarkan berusia antara 12 hingga 15 tahun ditembak mati manakan seorang lelaki dipercayai berusia dalam 30-an cedera di kaki.

Ismail berkata polis masih berusaha untuk memastikan identiti individu terbabit termasuk lima yang ditahan.

"Mereka tidak memiliki apa-apa dokumen jadi kita menyiasat dari mana mereka datang dan apa yang mereka buat di sana," katanya.

Kampung Sungai Bilis merupakan satu kampung yang terletak dekat Tanjung Batu.

Kesemua tujuh individu berkenaan, termasuk yang maut dan cedera dikeluarkan dari lokasi berkenaan oleh satu pasukan medik dengan kenderaan berperisai, katanya.

Kesemua yang ditahan tidak memiliki sebarang senjata, katanya.

Jumlah berkenaan menjadikan seramai 62 orang terbunuh sejak krisis itu bermula pada 12 Februari lalu – 53 di pihak penceroboh, lapan pegawai polis dan kini seorang remaja yang masih belum dikenalpasti.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail berkata polis turut menahan tiga orang di Kampung Perigi, Semporna pada pagi ini dan dua lagi di satu kawasan lapang di jalan menghubungkan Semporna dan Tawau.

Ismail berkata penahanan berkenaan berhubung kait dengan siasatan kejadian di Kampung Simunul, Semporna yang mengorbankan enam orang pegawai polis.
- http://www.malaysiakini.com/news/223444
Media Filipina - 'Kami dilayan seperti haiwan'
KUALA LUMPUR, 10 Mac —Manila hari ini mahu kerajaan Malaysia menjawab berkenaan tuduhan warga Filipina di Sabah didera dan ditembak dengan sengaja oleh anggota keselamatan dalam pencariannya mencari penceroboh Sulu.

Timbalan jurucakap presiden Abigail Valte berkata demikian dalam laporan ABN-CBS tengah hari tadi bahawa Malacanang menerima beberapa dakwaan terdapat "layanan tidak berperikemanusiaan" ke atas warga Filipina yang tidak bersalah, yang tidak ada kaitan dengan penceroboh yang mendakwa sebagai tentera kepada Kesultanan Sulu.
Kelab Greenboc.
Ribuan warga Filipina dilaporkan melarikan diri dari Sabah

Ribuan warga Filipina dilaporkan melarikan diri dari Sabah dan pulang ke negara mereka bimbang tentang penderaan dan keganasan yang didakwa akan digunakan oleh polis Malaysia ke atas orang Suluk dan mereka disyaki penyokong keluarga Kiram, menurut laporan media Filipina.

Golongan pelarian itu diwawancara oleh The Philippine Daily Inquirer semalam, mendakwa mereka melarikan diri dari Malaysia timur selepas menyaksikan keganasan yang dilakukan pihak berkuasa dalam usaha menghalau penceroboh awal minggu ini.

Seorang pelarian berkata, lelaki Filipina ada yang diheret dari rumah mereka dan dipukul, dan memaksa mereka berlari sebelum polis menembak ke arah mereka, walaupun mereka menunjukkan dokumen imigresen mereka yang sah untuk tinggal di Malaysia.

Laporan juga dikatakan sampai ke Sultan Jamalul Kiram III, yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu, dimana adiknya Agbimuddin Kiram mengetuai pencerobohan di Sabah, mengatakan warga Malaysia berketurunan Tausug juga dibelasah di tangan polis, termasuk mereka yang memegang MyKad.

Orang Tausug juga dikenali sebagai orang Suluk yang datang dari kepulauan Sulu di Filipina.

“[Rakyat Malaysia] mendakwa mereka sudah beri ‘toleransi maksima’, tetapi itu tidak benar. Mereka memberi ‘keganasan maksima’ dan itu yang sedang berlaku. Perempuan, termasuk wanita mengandung, dan kanak-kanak juga ditembak oleh tentera Malaysia,” kata anak Jamalul, “puteri” Jacel Kiram, yang dilaporkan di Manila Standard Today.

Jurucakap Kiram, Abraham Idjirani mendakwa seorang perempuan hamil turut dipukul ketika operasi, menyebabkan beliau terpaksa melahirkan anak tersebut ketika ditahan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, tempat di mana penceroboh itu menyembunyikan diri.

“Wanita mengandung itu melahirkan anaknya di balai polis, tetapi anaknya mati selepas itu. Orang ramai diheret oleh pihak polis,” kata Idjirani, menurut Manila Standard Today. “Mereka bukan sahaja menahan orang Filipina dan penyokong sultan, tetapi warganya sendiri.

” Dalam laporan Philippine Daily Inquirer, seorang warga Filipina berusia 32 tahun mendakwa abangnya ditembak mati di tangan polis Malaysia semasa mencari mereka yang disyaki penyokong Kiram.

“Mereka mengheret lelaki ke luar rumah, tendang dan pukul mereka,” katanya melalui panggilan telefon dari Patikul, Sulu, selepas beliau tiba di Filipina Jumaat lalu bersama 200 pelarian lain.

Taradji mendakwa pasukan keselamatan Malaysia menyerang kampung di daerah pesisiran pantai Sandakan di mana beliau tinggal di situ pada malam Isnin, dan di situ abangnya Jumadil ditembak mati selepas diarahkan pihak polis untuk berlari sepantas mungkin.

Menurut The Inquirer, seorang pegawai berkata kira-kira 1,000 orang pelarian meninggalkan Sabah untuk ke Sulu dan Tawi-Tawi, sementara lebih ramai lagi akan meninggalkan Malaysia apabila pihak berkuasa meneruskan operasi menghalau penceroboh Sulu.

Taradji juga dilaporkan berkata pihak berkuasa Malaysia sengaja membiarkan mereka yang ditahan kelaparan jika mereka disyaki mempunyai kaitan atau menyokong pencerobohan Sulu.

“Walaupun anda mempunyai dokumen yang sah, anda juga akan ditahan. Jika anda bertuah untuk tiba di penjara, anda mati kelaparan kerana mereka tidak akan memberi makanan kepada anda,” katanya menurut The Inquirer.

Taradji dilaporkan merupakan seorang pemegang MyKad, dan tinggal di Sandakan sejak beliau berusia enam tahun, tetapi beliau tetap meninggalkan Sabah selepas melihat sendiri keganasan yang dilakukan oleh polis terhadap warga Filipina.

Seorang lagi pelarian, Carla Manlaw yang berusia 47 tahun memberitahu The Inquirer berkata beliau meninggalkan Sabah selepas mendengar berita berlaku keganasan ke atas warga Filipina dan polis sengaja menembak ke arah mereka.

“Majikan saya tidak ada masalah dengan pekerja Filipina. Tapi apa yang membimbangkan saya ialah polis,” katanya lagi. 

Datuk Bandar Jolo, Hussin Amin memberitahu Inquirer beliau bercakap dengan pelarian dari Sabah dan berkata beliau mendengar cerita tentang keganasan oleh polis Malaysia.

“Tentera dan polis menyerbu rumah dan walaupun mempunyai dokumen sah seperti pasport atau kad pengenalan, mereka tidak peduli. Dokumen tersebut dikoyak depan mata mereka. Lelaki diarahkan untuk berlari dan akan ditembak jika mereka berbuat demikian. Mereka yang enggan akan dipukul teruk. Warga Filipina di penjara diseksa,” katanya lagi.

“Kita mahu kerajaan menyiasat perkara ini. Pelarian dari Sandakan juga menceritakan perkara yang sama. Jika ini benar-benar berlaku, pihak berkuasa Malaysia tidak hanya memburu penyokong Kiram di Lahad Datu,” kata Amin lagi, menurut laporan Inquirer.

Kerajaan Malaysia berulang kali berkata akan memburu semua penceroboh Sulu di Lahad Datu sehingga semua militan keluar dari negara ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengatakan militan enggan untuk pulang walaupun diserang oleh pasukan keselamatan Malaysia, menurut laporan The Star Online.

< “Mereka tidak meletakkan senjata mereka tanpa syarat, dan ini akan berterusan,” katanya semalam.

“Kita dengar mereka ada memasang jerangkap samar, jadi nasihat saya supaya semua berhati-hati dan keselamatan menjadi prioriti teratas,” katanya lagi.

Hisham mengesahkan jumlah kematian penceroboh Sulu ialah seramai 53 walaupun terdapat lagi banyak mayat yang belum dikira.
Malaysia melancarkan serangan bertali arus ke atas pemberontak Sulu pada Selasa pagi, dan jet pejuang melepaskan bom dan artileri di Kampung Tanduo, tempat mereka berlindung.

Selepas serangan udara, tentera darat masuk untuk melaksanakan operasi “menghapuskan semua militan”, dan pergi dari rumah ke rumah di kawasan berbukit dan di sekitar perkampungan tersebut untuk memburu militan.

Walaupun peningkatan dalam laporan kematian penceroboh Sulu, keluarga Kiram berkata hanya 10 orangnya sahaja yang terkorban, dan mengatakan ia cuma propaganda oleh Malaysia untuk mendakwa mendapat kemenangan ke atas mereka.

Jurucakap Sultan, Idjirani berkata Malaysia perlu membenarkan wartawan luar, terutamanya dari Filipina untuk ke zon konflik di Lahad Datu, untuk mengesahkan kematian penceroboh Sulu.

“Malaysia mesti benarkan media asing dan tempatan ke zon konflik untuk mengesahkan dakwaan mereka, jika tidak, ia masih boleh didebatkan,” katanya dalam The Philippine Star pada laporan Jumaat lalu.

Agbimuddin berhubung dengan keluarganya di Filipina pada jam 2.30 petang Jumaat semalam, menurut Philippine Daily Inquirer, dan berkata mereka masih hidup dan sedang berjalan tetapi menderita akibat kelaparan. -TMI
Source:With reports from Cynthia D.Balana in Manila; and Allan Nawal, Inquirer Mindanao
Entitle:‘We’re treated like animals’
Filipinos flee police brutality in Sabah

Kelab Greenboc
Ubah Sekarang!

No comments:

Post a Comment