Selasa, 5 Mac 2013
Kerajaan Selangor Sediakan Dana RM10juta
Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata perkara itu akan dibincangkan lebih lanjut pada mesyuarat majlis exco negeri esok sebelum pengumuman rasmi mengenai butiran dana itu.
"Dana ini bukan sahaja untuk membantu polis dan tentera yang terkorban dari Selangor, tetapi juga semua mereka yang kehilangan nyawa dalam kedua-dua insiden itu," Khalid memberitahu Bernama ketika ditemui di Kompleks Mahkamah di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata melalui dana itu, kerajaan negeri juga akan meneliti cara bagaimana untuk membantu dari segi kewangan dan lain-lain keperluan anggota keluarga terdekat wira-wira negara ini.
"Kami (kerajaan Selangor) merasakan kebajikan anggota keluarga mereka perlu diberi perhatian memandangkan mereka terkorban mempertahan kedaulatan negara kita," katanya.
Dua anggota komando polis VAT 69 terbunuh dalam insiden tembak-menembak dengan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada 1 Mac sementara enam lagi anggota polis terkorban dalam serangan hendap kumpulan bersenjata di Kampung Seri Jaya, Simunul, Semporna Sabtu lepas.
- Bernama
No comments:
Post a Comment