Selasa, 19 Mac 2013
Video ini pasti buat Najib makin "tenat" - PENDEDAHAN, PENYELEWENGAN
INSIDE MALAYSIA’S SHADOW STATE
A FILM BY GLOBAL WITNESS
KUALA LUMPUR, 19 Mac — Kumpulan aktivis antarabangsa hari ini menunjukkan bukti video yang didakwa sebagai penyelewengan tanah di Sarawak melibatkan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya, yang klip videonya disiarkan di siaran berita Al-Jazeera jam 10 pagi tadi.
Dalam penyiasatan yang dirahsiakan, Global Witness (GW) dalam video tersebut menyamar untuk berunding dengan sepupu Abdul Taib dan beberapa orang untuk mendapatkan ribuan hektar tanah hutan, yang didakwa aktivis yang berpengkalan di London itu
sebagai pendedahan rasuah secara sistematik di negeri terbesar Malaysia itu.
“Filem tersebut membuktikan pertama kali apa yang kami syaki selama ini - satu golongan elit di sekeliling Ketua Menteri Taib menyalahgunakan secara sistematik sumber asli untuk kepentingan mereka,” kata Tom Picken, wakil di Global Witness dalam kenyataan yang diedarkan hari ini.
“Ini menunjukkan cara mereka lakukan dan bagaimana mereka mereka terlepas dari undang-undang.”
Dalam video tersebut, penyiasat GW itu menyamar menjadi pelabur luar, menunjukkan beberapa keratan video tentang perbualan dengan sepupu dan peguam Ketua Menteri Sarawak, untuk membeli tanah dengan keuntungan di mana akan menyebabkan orang asal di kawasan tersebut akan kehilangan tanah.
Dalam perbualan yang dirakamkan dengan Fatimah Abdul Rahman dan Norlia Abdul Rahman, yang merupakan anak kepada bekas ketua menteri Tan Sri Abdul Rahman Ya’akub dan sepupu kepada ketua menteri — memberitahu bagaimana perniagaan berjalan di Sarawak untuk memperkayakan golongan elit.
Fatimah: Ample Agro ialah milik keluarga saya, tapi milik kakak saya. Jabatan Tanah dan Ukur, mereka yang keluarkan lesen, sudah pasti mereka menerima arahan dari Ketua Menteri, tetapi saya boleh cakap dengan Ketua Menteri dengan senang.
GW: Anda boleh?
Fatimah: Ya.
GW: Kenapa anda rasa dia bersetuju?
Fatimah: Kerana dia yang beri tanah kepada kami. Dia sepupu saya [ketawa]. Maknya dan ayah saya adalah adik beradik. Dia sepupu saya jadi semuanya senang.
Adik beradik tersebut berkata mereka memiliki 5,000 hektar tanah yang diberikan kepada mereka oleh Abdul Taib, dimana mereka mahu menjual syarikat mereka. Ample Agro, yang dikatakan syarikat ali baba.
GW: Kamu bercadang, Ample Agro, yang merupakan syarikat kamu, untuk dijual, dan bukannya tanah tersebut. Adakah syarikat kamu memiliki tanah tersebut?
Norlia: Ya, saya beli syarikat tersebut sebagai syarikat ali baba untuk membeli tanah ini.
Peguamnya, Alvin Choong juga dirakam dalam video tersebut bagaimana untuk mengelak cukai hartanah.
Seorang lagi peguamnya dirakam cuba menjual tanah ayah saudaranya, seorang ahli perniagaan di Sibu yang mempunyai hubungan rapat dengan Abdul Taib, yang berkata 10 peratus dari pendapatan perniagaan mestilah ke ketua menteri sebagai komisen.
pen buruk online
Dicatat oleh atsixty di 11:00 PM
Video Taib Mahmud Mengamuk Tersebar..
Posted by Addin Deen at 3/19/2013
Tertekan atau mengamuk tembelangnya terbongkar? Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud menafikan dakwaan sepupunya bahawa mereka menjadi pengantaranya bagi kontrak pembalakan.
"Adakah anda kenal sepupu tersebut? Adakah anda tahu apakah hubungan antara bapa mereka dengan saya?"
"Kami bertelagah pada suatu ketika," katanya sambil menambah bahawa sepupunya itu bukanlah orang yang paling dipercayainya.
"Tetapi terpulanglah kepada anda," kata Taib kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis di Hotel Hilton di Kuching hari ini.
Beliau mengulas perbualan Norlia Abdul Rahman dan Fatimah Abdul Rahman dalam rakaman video Global Witness mengenai satu urusaniaga tanah.
Norlia dan Fatimah adalah anak perempuan Abdul Rahman Yaakub, bekas ketua menteri Sarawak yang juga bapa saudara Taib.
Sambil mengakui dia telah menonton video yang berdurasi 16 minit itu, Taib mencemikkan mukanya tanda dia sangat tidak selesa dengan pertanyaan bertubi-tubi wartawan yang terus menyoalnya sebaik keluar dari majlis tersebut.
Dengan nada menyindir, Taib memberitahu wartawan yang mengejaranya supaya mencari bukti yang lebih "meyakinkan" dan bukannya setakat mendengar perbualan yang kononnya tidak tahu hujung pangkalnya.
Perbualannya dalam bahasa Inggeris dengan wartawan tersebut jelas tidak disenangi Taib walaupun sebelum menaiki kereta mewahnya, Taib kembali kepada wartawan itu seolah-olah mahu mengajarnya apa itu bukti, fakta dan maklumat yang sepatutnya dikeluarkan.
Kesian Taib Mahmud... Menurut laporan Sarawak Report kejadian itu turut disaksikan sendiri oleh beberapa orang yang turut berada di Wisma Bapa Malaysia. Ikuti sedutan laporan tersebut di bawah ;
Pada awal bulan ini, Jumaat 12 Oktober yang lalu, beberapa orang telah menyaksikan insiden yang mengejutkan di Wisma Bapa Malaysia, Kuching.
Ketua Menteri Taib Mahmud dan isteri mudanya Ragad muncul di ruang legar bangunan pejabat beliau.
Ragad kelihatan muncul di bangunan itu dan mendesak untuk berjumpa dengan suaminya, dan dia terus menunggu sehingga Taib Mahmud turun. Seorang saksi berkata:
"Selepas mengucapkan beberapa perkataan, lelaki tua yang malang itu ditendang oleh isterinya di bahagian tulang kering di khalayak ramai!"
Pasangan itu kemudian beredar dalam kereta yang berasingan.
Ini bukanlah kali pertama 'Pasangan Pertama' Sarawak ini menunjukkan mereka jauh dari kebahagiaan. Dalam satu insiden lain baru-baru ini, Ragad juga bertindak ganas apabila melemparkan beg bimbit Taib kepadanya di hadapan penghuni rumah yang lain.
Sudah tentu, Taib juga tidak pelik dengan perlakuan ganas ini pada dirinya. Sejurus selepas perkahwinannya pada bulan Disember 2010, dia sendiri telah menakut-nakutkan orang-orang di sekelilingnya dengan mengeluarkan pistol emas miliknya dan melepaskan tembakan ke udara selepas kecewa apabila Ragad tiba-tiba hilang tanpa memberitahunya.
Jika itu kelakuan mereka di khalayak ramai .....
Siapa yang mereka fikir mereka hendak tipu?
Kredit : Sarawak Report
Ditendang Isteri Hadapan Khalayak Ramai
Wisma Bapa Malaysia

PRU13 Ubah Sekarang!
No comments:
Post a Comment