Pages

Thursday, 25 April 2013

Anwar Mahu Polis Tegas Tangani Serangan Ke atas BN - BULETIN 13

Jumaat, 26 Apeil 2013
Peti Undi Ke Tempat Rahsia....

SPR Terus Angkuh Pertikai Anwar


PETALING JAYA 25 APRIL: Kenderaan yang membawa kotak undi untuk dihantar ke ibu pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya, dilencongkan ke satu kawasan rahsia di Kajang. 


Mendedahkan demikian, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenderaan itu berubah arah selepas berhenti di satu simpang. 

“Saya difahamkan kenderaan yang membawa kotak undi itu sepatutnya terus ke Putrajaya. 

“Tetapi selepas tiba di satu persimpangan tol tertentu, ada sebuah pajero SPR sudah menunggu kenderaan itu dan mengalih haluan ke satu kawasan rahsia di Jalan SC 2 dekat kawasan perindustrian Sungai Chua, Kajang,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini. 

Pendedahan itu susulan maklumat terbaru yang diterima Ketua Umum KEADILAN itu. 

Beliau mempersoal mengapa kotak undi itu dibawa ke kawasan lain sedangkan mengikut prosedur, kotak undi mesti disimpan di ibu pejabat SPR. 

“SPR sebagai badan bebas mesti menjelaskan perkara ini segera bagi mengelakkan persepsi negatif rakyat terhadap mereka,” kata Anwar yang akan mempertahan kubu kuat KEADILAN di Permatang Pauh pada PRU 13.-keadilandaily
Read more: http://kafesantai.blogspot.com/2013/04/kenderaan-bawa-kotak-undi-dilencongkan.html#ixzz2RR08CHHt


SPR mempunyai stor simpanan barang di Kajang, kata pengerusi

KUALA LUMPUR, 25 April — Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini mengatakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sememangnya mempunyai stor penyimpanan barang dan peralatan pilihan raya di Sungai Chua, Kajang.

Sebelum itu, dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat PKR pagi tadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan kepada pemberita gambar yang memaparkan dua peti undi dibalut menggunakan polister dan dicop dengan logo SPR sebagai bukti badan penggendali pilihan raya memindahkan kotak undi menggunakan Pajero di Jalan SC 2.
"Sungai Chua memang ada stor SPR," kata Abdul Aziz yang merupakan pengerusi SPR apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider menjawab persoalan Anwar mengenai kotak undi yang diragui di lihat di satu kawasan di negeri selangor.
"Apa salahnya kotak undi dilihat dalam kenderaan yang mempunyai logo SPR? Kotak undi kosong. Saya pelik mengapa Anwar persoalkan tentang ini? Sekarang penghantaran logistik pilihan raya memang sudah berjalan. Bukan sahaja di Sungai Chua, di Perak, Kedah dan seluruh negara," tambah beliau sambil tertawa.
Datuk Wan Ahmad Wan Omar pula mengatakan sebelum pengundian awal yang akan berlangsung pada 30 April ini, SPR sudah mula mengagihkan barang dan peralatan pilihan raya kepada pegawai - pegawai pengurus di seluruh negara.
"YB Datuk Seri Anwar Ibrahim tak usah risau. Biasa kotak undi dilihat dalam kenderaaan berlogo SPR. Tapi kalau ada ternampak kenderaan lain yang bawak, beritahu saya, saya pun nak siasat," kata Timbalan Pengerusi SPR itu kepada The Malaysian Insider.
Abdul Aziz turut menafikan dakwaan Anwar mengenai analisis daftar pengundi dilakukan oleh PKR yang mendapati terdapat 28,593 pengundi terdiri daripada warga Indonesia, Filipina, Pakistan, dan Bangladesh.
"Mana boleh. Bukan warganegara tak boleh jadi pengundi. Automatik sistem akan tolak".
Akan tetapi menurut Abdul Aziz, sekiranya terdapat warganegara asing yang telah lama menetap di Malaysia dan diberi kerakyatan, selepas mendapat kad pengenalan biru, mereka layak undi menjadi pengundi.
"SPR tidak akan tanya bagaimana mereka dapat jadi warganegara. SPR hanya akan semak dengan JPN, jika semuanya ok, SPR akan daftarkan, jika tidak, SPR akan tolak," tambah beliau lagi.
Mengenai ceramah Pengerusi Kebangsaan DAP yang dihentikan oleh pegawai SPR di Bukit Gelugor, Pulau Pinang semalam, Wan Ahmad mengatakan semenangnya terdapat Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) di setiap kawasan yang terdiri daripada seorang pegawai SPR, seorang pegawai polis, seorang ahli PBT dan setiap wakil calon.
"Mereka mempunyai kuasa untuk berhentikan ceramah tanpa permit. Selain itu, kalau penceramah kasar sangat, PPKPR juga boleh minta dia tone down sikit ertinya semua kesalahan dalam Akta Pilihan Raya," katanya.
Sejumlah hampir 13.3 juta pengundi termasuk 5,200 pengundi luar negara layak untuk mengundi untuk memilih 222 wakil di parlimen dan 505 wakil Dewan Undangan Negeri (DUN) di 12 negeri. Sarawak telah menjalankan pilihan raya negeri pada 2013.  OLEH AMIN ISKANDAR

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya 
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menjelaskan penghantaran peti undi ke negeri-negeri adalah proses biasa, memandangkan SPR masih dalam urusan penghantaran logistik bagi keperluan pilihan raya umum ke-13, 5 Mei ini.


Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata penghantaran logistik seperti peti undi dan peralatan lain adalah bagi memenuhi keperluan pusat pengundian dan Pegawai Pengurus Pilihan Raya di setiap kawasan, untuk memastikan kelancaran pada hari pengundian nanti.

"Apa yang nak dihairankan. Ini adalah tugas SPR untuk menghantar logistik berhubung pilihan raya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Wan Ahmad diminta mengulas laporan media mengenai kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenderaan SPR dilihat memindahkan peti undi ke Taman Perindustrian Sungai Chua di Kajang, Selangor.
Mengenai dakwaan Anwar bahawa terdapat lebih 28,000 warga asing dalam Daftar Pemilih terbaharu, Wan Ahmad berkata mereka yang didaftar sebagai pemilih telah disahkan sebagai warganegara oleh badan berwajib iaitu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Beliau turut mempertikaikan mengapa isu itu dibangkitkan sekarang, sedangkan semua pihak diberi cukup masa untuk mempertikaikan daftar tersebut sebelum ia diwartakan.
"Siapa dia untuk menuduh seseorang itu bukan warganegara? Semua orang boleh buat kenyataan seperti itu. Daftar ini adalah sah dan mereka ini didaftarkan berdasarkan undang-undang," katanya.

Wan Ahmad turut menegaskan daftar itu adalah muktamad dan setiap yang tersenarai layak untuk mengundi, malah mereka tidak sewajarnya dinafikan hak untuk mengundi.
Beliau turut meminta pihak pembangkang agar tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan orang ramai dan tidak melibatkan SPR dalam kempen pilihan raya mereka.
"Lebih baik dia cerita apa yang dia nak buat dan terserah kepada pengundi untuk menilai," katanya. 
- Bernama

(SPR) hari ini menjelaskan penghantaran peti undi ke negeri-negeri adalah proses biasa, memandangkan SPR masih dalam urusan penghantaran logistik bagi keperluan pilihan raya umum ke-13, 5 Mei ini.
Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata penghantaran logistik seperti peti undi dan peralatan lain adalah bagi memenuhi keperluan pusat pengundian dan Pegawai Pengurus Pilihan Raya di setiap kawasan, untuk memastikan kelancaran pada hari pengundian nanti.
"Apa yang nak dihairankan. Ini adalah tugas SPR untuk menghantar logistik berhubung pilihan raya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Wan Ahmad diminta mengulas laporan media mengenai kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenderaan SPR dilihat memindahkan peti undi ke Taman Perindustrian Sungai Chua di Kajang, Selangor.

Mengenai dakwaan Anwar bahawa terdapat lebih 28,000 warga asing dalam Daftar Pemilih terbaharu, Wan Ahmad berkata mereka yang didaftar sebagai pemilih telah disahkan sebagai warganegara oleh badan berwajib iaitu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Beliau turut mempertikaikan mengapa isu itu dibangkitkan sekarang, sedangkan semua pihak diberi cukup masa untuk mempertikaikan daftar tersebut sebelum ia diwartakan.

"Siapa dia untuk menuduh seseorang itu bukan warganegara? Semua orang boleh buat kenyataan seperti itu. Daftar ini adalah sah dan mereka ini didaftarkan berdasarkan undang-undang," katanya.
Wan Ahmad turut menegaskan daftar itu adalah muktamad dan setiap yang tersenarai layak untuk mengundi, malah mereka tidak sewajarnya dinafikan hak untuk mengundi.
Beliau turut meminta pihak pembangkang agar tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan orang ramai dan tidak melibatkan SPR dalam kempen pilihan raya mereka.
"Lebih baik dia cerita apa yang dia nak buat dan terserah kepada pengundi untuk menilai," katanya. 
- Bernama

No comments:

Post a Comment