Telus, Amanah, Kebajikan, Wawasan, Adil’ adalah janji Pakatan Rakyat Rakyat kepada rakyat di negeri ini.
Muhammad Faeez Azahar,
Harakahdaily 15 Apr 2013
Demikian diumumkan pada pelancaran Manifesto Pakatan Rakyat Perak di sebuah hotel di sini, hari ini.
Majlis tersebut dihadiri oleh pimpinan Pakatan Rakyat Negeri termasuklah Pengerusi Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Persuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussien, Pengerusi PKR Perak, Dr Muhammad Nur Manuty, dan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham. (Gambar atas)
Pelbagai tawaran menarik disajikan kepada rakyat antaranya berkomitmen membasmikan keluarga miskin tegar dengan bantuan bulanan supaya pendapatan isi rumah mencapai sekurang-kurangnya RM760 sebulan.
Setiap Dun akan diperuntukkan sebanyak RM250,000 setahun tanpa mengira fahaman politik bagi projek-projek kecil dan program kebajikan rakyat.
Selain itu, 20 meter padu air percuma akan diberikan kepada keluarga yang berpendapatan isu rumah kurang daripada RM1,000 sebulan.
Dr Muhammad Nur Manuty
Pakatan Rakyat juga akan membina rumah mampu milik dengan menyediakan 30,000 unit kediaman baharu untuk 5 tahun dengan membuka kampong tersusun baharu.Dalam manifesto itu juga, Pakatan Rakyat juga akan menawarkan surat hak milik kekal kepada rakyat yang sedang menduduki lot kediaman di kampung tersusun, kampung baru dan peneroka kampung tradisional.
Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan memperluas urusan kontrak kerajaan melalui tender terbuka yang telus dan sistem perolehan kerajaan melalui sistem E-Tender.
Nasib Orang Asal akan dibela dengan memberikan hak milik kekal kepada keluarga yang layak disamping berusaha menyediakan bantuan makanan kepada warga tua dan miskin tegar.
Dari aspek memartabatkan Islam, Pakatan Rakyat akan mengekalkan status dan menaik taraf kemudahan di semua sekolah agama kerajaan negeri seperti SM Izzuddin, SM Taayah dan SM Raja Nazrin disamping menubuhkan Akademi Latihan Imam bagi melahirkan imam yang mencukupi dan berkelayakan bagi seluruh masjid di negeri Perak.
Pakatan Rakyat juga akan menubuhkan unit latihan pengurusan masjid yang moden dan sistematik bagi meningkatkan fungsi masjid sebagai pusat kecemerlangan ummah khsus dalam bidang pendidikan, dakwah dan kebajikan.
Pakatan Rakyat (PR) Perak menjanjikan pembaharuan cukai tanah
IPOH, 15 April Pakatan Rakyat (PR) Perak menjanjikan pembaharuan cukai tanah dan ketelusan penuh mengendalikan kerajaan dalam manifesto pilihan raya mereka hari ini, usaha yang dilihat untuk merampas negeri yang suatu ketika dahulu kaya dengan hasil perlombongan bijih timah.
Mengikut jejak rakan di Pulau Pinang, gabungan tersebut juga berjanji untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan, menghapuskan kemiskinan dan memastikan semua pentadbir negeri mengisytiharkan aset mereka kepada umum.
Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berkata pelancaran manifesto hari menunjukkan pemimpin PR lebih daripada bersedia untuk berhadapan lawan mereka Barisan Nasional (BN) pada hari pilihan raya 5 Mei depan, disamping semangat untuk menebus kemarahan akibat rampasan kuasa pada 2009 lalu.
“Hari ini, kami lebih bersedia berbanding pada tahun 2008 lalu untuk memerintah negeri ini.
“Kami sudah lama rindukan dan idamkan hari Perak dapat dikembalikan semula sebagai salah sebuah negeri terkaya dalam negara,” kata beliau dalam ucapannya semasa pelancaran pagi ini.
“Kita adalah antara negeri terkaya dalam negara. Tapi sekarang kita ketiga termiskin.
“Bagaimana ini terjadi? Ia kerana selama 55 tahun, kita membenarkan kerajaan yang memerintah secara tidak adil dan tidak seimbang,” tambahnya lagi.
M/Insider
Catatan BumiPerak
No comments:
Post a Comment