Jumaat, 19 April 2013
Pendaftaran Pertubuhan (ROS) diberi masa sehingga jam 3 petang ini
Portal ROS
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS – Registrar Of Societies), sebuah jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri diberi masa sehingga jam 3 petang esok (Jumaat, 19 April 2013) untuk menarik semula notisnya terhadap DAP.“Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan DAP mengarahkan 53 calon Parlimen dan 103 calon DUN-nya di seluruh negara untuk bertanding menggunakan logo PAS di Semenanjung dan logo PKR di Sabah dan Sarawak,” kata beliau membaca kenyataan media.
Kerajaan Rakyat
Hendak tanda apa di kertas undi?
Ditanya tentang tuntutan DAP terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Guan Eng berkata bahawa tidak ada gunanya mengharap sebarang kepastian daripada pihak tersebut kerana suruhanjaya tersebut memiliki rekod yang buruk memungkiri janji yang menyebabkan proses pilihanraya tidak berjalan dengan adil, bebas dan telus.
Guan Eng berkata tindakan ROS menghantar notis terbabit 48 jam sebelum hari penamaan calon untuk PRU ke-13 adalah bermotifkan politik dan bertujuan membunuh prospek pilihanraya DAP.
“BN telah menggunakan taktik yang kotor dan memalukan untuk menghalang DAP bertanding dengan menggunakan simbol roket. Usaha terdesak BN untuk menang secara tidak terhormat ini menjadikan keseluruhan proses pilihanraya seakan satu jenaka,” ujar beliau.
Pihak ROS pagi semalam tengah mengutus surat menangguhkan siasatan terhadap DAP sehingga 9 Mei depan. Namun enam jam kemudian menghantar sebuah notis pula yang menyatakan bahawa Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP adalah tidak diiktiraf.
“DAP memohon semua pemimpin parti, ahli dan penyokong supaya bertenang dan membiarkan kemarahan terhadap taktik yang begitu memalukan itu diperlihatkan secara jelas melalui peti undi pada 5 Mei 2013,” kata Guan Eng.
Roketkini/Kerajaan Rakyat
Pengerusi SPR: DAP masih boleh bertanding. EC chief says DAP can still contest
DAP masih boleh mengemukakan calon seperti biasa pada hari penamaan calon tanpa mengira keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk menggantung jawatankuasa pusat parti itu.
Ini telah disahkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff.
"Tidak affect bolih bertanding," kata Abdul Aziz.
ROS telah memaklumkan kepada DAP bahawa ia tidak mengiktiraf barisan baru jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu yang dipilih akhir tahun lalu ekoran kesilapan teknikal dalam penjadualan (tabulation) undi.
Berikutan itu, ROS telah mengarahkan jawatankuasa pusat parti itu dibekukan sehingga siasatan selesai.
Satu salinan surat ROS kepada DAP telah dihantar kepada SPR.
DAP will be able to field candidates as usual on nomination day, regardless of the Registrar of Societies' (ROS) decision to suspend the party's central committee.
This was confirmed by Election Commission (EC) chairperson Abdul Aziz Mohd Yusoff this afternoon.
"It will not affect, they can contest," Aziz said in a text message reply toMalaysiakini.
Abdul Aziz was asked on the ROS letter citing the suspension of DAP's central committee , whether it would affect the party in placing its candidates in this election.
The ROS has just informed the DAP that it does not recognise the party office bearers elected late last year, following to a technical glitch in the tabulation of votes.
In view of this, the ROS ordered the DAP central committee to be frozen until its investigations are completed.
A copy of the ROS letter to DAP was sent to the EC.
PRU-13: Kemungkinan DAP guna lambang PAS dan KEADILAN
Berikutan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) tidak mengiktiraf Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, rakan-rakan Pakatan Rakyat bingkas bangun menawarkan calon-calon DAP bertanding dengan menggunakan logo PAS dan KEADILAN.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, mungkin DAP menggunakan logo PAS dan PKR dalam PRU kali ini jika ROS yang dipergunakan oleh Barisan Nasional masih tetap mahu menyekat DAP daripada bertanding.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di sini yang turut dihadiri Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Ini Kali Lah...
Tindakan ROS tidak mengiktiraf CEC DAP mengakibatkan wujud kerisauan bahawa logo DAP tidak boleh digunakan oleh calon-calon DAP kerana surat kuasa parti yang harus dikepilkan bersama borang pencalonan mestilah ditandatangani ketua parti yang diiktiraf, seperti yang termaktub dalam peraturan pilihanraya.
“Pada saya, saya tidak nafikan bahawa tindakan ini adalah bermotifkan politik semata-mata,” kata Mustafa mengulas tindakan ROS. “Jika mereka (calon-calon DAP) bertanding tanpa logo yang diiktiraf, mereka akan jadi calon bebas. Tapi kami rakan dalam pakatan ini dan kami akan tetap bantu-membantu sama lain,” tambah beliau.
Mustafa menegaskan bahawa PAS cukup bersedia untuk membantu rakannya ketika DAP berhadapan dengan ujian sebegini di saat-saat PRU akan bermula.
“Saya telah menghubungi Mursyidul Am (Tok Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat) dan Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Abdul Hadi Awang dan mereka berkata kita tak ada masalah, kita akan tolong DAP,” ujarnya.
Sementara itu, Saifuddin pula berkata, tindakan ROS meletakkan DAP dalam situasi yang sukar dalam tempoh 48 jam sebelum penamaan calon adalah satu perbuatan yang sangat zalim dan kejam.
“DAP adalah sekutu penting dalam Pakatan Rakyat, mempunyai pengaruh yang kuat dan merupakan rakan utama.
“Kami juga telah membuat ketetapan sebagai menunjukkan semangat kekitaan dan esprit de corps Pakatan Rakyat. Kami bersetuju untuk bila-bila masa sahaja mengeluarkan watikah untuk calon-calon DAP,” kata beliau.
Semangat setiakawan Pakatan Rakyat membuktikan bahawa semakin BN menggila untuk menghancurkan perpaduan rakyat Malaysia pelbagai kaum, semakin kukuh ikatan persaudaraan di kalangan warga Malaysia.
Ini adalah kerana semakin ramai rakyat sedar tentang kezaliman dan kekejaman UMNO dan BN menggunakan isu-isu perkauman dan keagamaan yang sempit semata-mata kerana mahu mengekalkan kuasa mereka yang semakin rapuh. – Roketkini.
No comments:
Post a Comment