Pages

Sunday, 14 April 2013

PERAK Wira Hebat di Kala Genting: “Anak-anak haram” Berkubur Tanpa Nessan!

Ahad, 14 April 2013

atsixty-zakriali.blogspot.com
Bacaan Umum Tanpa Prejudis
ANAK HARAM RAMPASAN KUASA DI PERAK
The Blog Of My Life
Walaupun tidak ramai yang sempat memakai baju hitam pada 7 Mei lalu – kerana sebahagiannya sudah ditahan di sekitar bangunan yang menempatkan Dun Perak di Ipoh, dan ada pula yang ditangkap lebih awal lagi, seperti Mohamad Sabu dan Wong Chin Huat – namun ia memang akan tercatat dalam sejarah politik negara ini sebagai hari hitam gelap-gelita buat amalan demokrasi.
Hanya dengan alasan kecil, itu pun bagi mempastikan rancangan Umno-BN untuk mempertahankan rampasan kuasa mereka tidak diganggu, maka hak asasi warga dicabul semahunya. Tangkapan dibuat sewenang-wenangnya.

Polis telah diperkakaskan BN



Untuk kesekian kalinya, pasukan polis telah diperkakaskan oleh Umno-BN bagi menyempurnakan keserakahan kuasa mereka, sehingga segala peraturan dan undang-undang tidak lagi dihormati.

Ya … memakai baju hitam dan saranan agar umat Islam bermunajat serta menunaikan solat hajat, di pagi Khamis itu, pun sudah menjadi satu kesalahan besar.
Lokasi dalam radius 500 meter di sekitar kawasan Dun Perak menjadi tempat larangan, satu lagi bentuk pencabulan ke atas kebebasan berhimpun, hinggakan ada yang hanya mahu minum pagi di restoran mamak dekat Wiswa DAP dan pejabat PAS Perak pun digari.

Pincang dan songsang

Benar sekali perumpamaan pakar Perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari bahawa “apa yang berlaku di Perak itu bagaikan persetubuhan haram yang melahirkan anak dan cucu yang kemudiannya melibatkan komplikasi dan kekeliruan tentang taraf dan hak anak-anak yang tidak berdosa itu”.



Segalanya pincang dan songsang.
Keserakahan nafsu politik BN untuk mengekalkan kuasa yang dirampas dari Pakatan Rakyat nampak cukup hodoh. Selalunya apabila terlalu gopoh dan gelojoh, banyaklah tindakan yang menjolok mata, hilang rasionalnya, dan menjadi bahan ketawa orang.

“Anak-anak haram” yang dilahirkan sejak rampasan kuasa awal Februari lalu memang membawa masalah. Status Dr Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar, barisan Exconya, dan kini speaker Ganesan yang dilantik 7 Mei lalu hanya merumitkan lagi keadaan.
 photo Header_zps1184082a.gif

Peraturan sidang Dun bukan sahaja tidak dihormati, malah Speaker yang masih sah, V Sivakumar dicekek lehernya, diheret keluar secara kasar oleh anggota polis berpakaian preman, dan dikurung dalam stor sehingga sidang haram itu ditangguhkan!

Sidang Dun belum pun bermula
Kita bengong memikirkan, bila pula sidang itu bermula secara rasminya sedangkan Raja Muda hanya bertitah pada sebelah petang. Dengan itu, segala prosiding, seperti perlantikan Speaker baru Ganesan yang didahulukan oleh rampasan kuasa oleh Timbalan Speaker, Hee Yit Foong, Adun Jelapang, jelas tidak sah.
Sivakumar memang seorang wira pada hari gelita itu. Selama hampir enam jam beliau tidak berehat, keluar ke tandas, juga untuk makan tengahari, demi menjaga “kerusinya” daripada dirampas BN.
Meskipun berdepan pelbagai halangan dan tekanan psikologi, di samping kekerasan fizikal, Speaker Dun Perak itu terbukti tidak mudah mengalah. Tegas dengan keputusannya, beliau tetap tidak berganjak.

Wira hebat di kala genting

Bukan calang orang yang dapat menanggung beban tugas dalam waktu yang segenting itu. Begitu juga dengan semangat setiakawan pimpinan Pakatan Rakyat, termasuk wakil-wakil rakyat Dun dan Parlimen, yang datang memberi sokongan moral sehingga menyebabkan sebahagian mereka ditahan.

Insiden 7 Mei itu turut menambahkan lagi koleksi bukti-bukti bahawa tiada pilihan lebih baik selain membubarkan Dun bagi mendapatkan semula mandat baru rakyat.

Raja Nazrin, yang diakui bijaksana dan berpandangan jauh, menyaksikan sendiri bagaimana krisis yang berlarutan itu perlu segera ditamatkan. Mahkamah mungkin ada jalan keluar tersendiri, namun solusi terbaik tetap merujuk suara rakyat._ (Harakahdaily)
PRU 13

No comments:

Post a Comment