Pages

Tuesday, 16 April 2013

Sokongan rakyat pada DAP kuat. Sokongan pada PAS kuat dan apabila ditambah sokongan kuat pada PKR - Perak pasti tumbang kepada PR.

Selasa, 16 April 2013
Suasana ceramah DAP kat Ipoh pulak!
Ini suasana ceramah DAP di Ipoh Perak semalam. Ipoh merupakan satu lagi lubuk penyokong DAP. Orang Cina terutamanya dari kalangan DAP agak berlainan sedikit cara mereka menghadapapi PRU 13. Setakat ini kalau nak dibandingkan aktiviti pasang bendera, aku lihat DAP paling terbelakang.

Aku tengok Cina DAP khasnya di Pulau Pinang cukup berkira dengan kewangan dalam melaksanakan kempen mereka. Lim Guan Eng cukup kemut berhati-hati dalam bab kewangan. Sebab utamnya adalah parti mereka tak ada duit.

Sama macam parti PAS, yang banyak mengharapkan sumbangan daripada ahli dan juga penyokong serta rakan simpati. Namun begitu dalam tak banyak duit, Pas berjaya juga kumpulkan banyak bendera berbanding DAP.

Di Pulau Pinang, para pemimpin DAP amat ambil berat untuk membezakan antara program parti atau program kerajaan. Jika dalam program parti, mereka akan pastikan tidak ada satupun hak kerajaan digunakan. Sehingga satu kerusipun yang tersesat masuk dalam khemah program parti mereka akan ambil dan hantar balik.

Berbalik pada suasana di Perak. Kita boleh lihat sokongan rakyat pada DAP kuat. Sokongan rakyat pada PAS juga kuat dan apabila ditambah sokongan rakyat pada PKR, semuanya gabungan tersebut menjadi terlalu kuat dan konklusinya adalah Perak hampir pasti akan tumbang kepada PR.

Harap kali ini BN akan relaks dan tak buat kerja jahat macam sebelum ini yang tak dapat terima kenyataan mereka kalah di sana lalu buat kacau. Kalaulah mereka terima keputusan di Perak tahun lalu, tentu tak nampak sangat buruknya perangai mereka dan mungkin bila mereka nasihat rakyat agar terima segala keputusan menjadi lebih bermakna....Wallahu'alam

Warta Shubhi.

Gambar bendera Pas penuh jalan

 Dua gambar bendera Pas direntang sepanjang jalan di Kelantan dengan begitu meriah sekali. 

No comments:

Post a Comment