Turun harga kereta perlukan masa lebih lama, bukan dalam tempoh lima tahun?
Manifeto Ciplak
Antara manifesto Barisan Nasional yang dikemukakan menjelang PRU13 yang lalu ialah menurunkan harga kereta antara 20 hingga 30% secara berperingkat..
Menariknya apabila Najib mengumumkan manifesto yang diciplak tersebut, pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang mengkritik idea menurunkan harga kereta oleh Pakatan Rakyat itu, tiba-tiba menyokong pula idea itu..
Manifesto yang diciplak dari manifesto Pakatan Rakyat itu tidak menjelaskan berapa lamakah masa yang akan diambil untuk melaksanakannya..
Namun begitu dakwa Mukhriz "Janji BN untuk menurunkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun adalah realistik dan mampu dilaksanakan.".. lagi sila baca di SINI
Itu janji sebelum PRU13, tetapi setelah PRU13 berlalu..
Hari ini firma penyelidikan, JF Apex Securities mendedahkan Kerajaan mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk menurunkan harga kereta memandangkan langkah itu boleh menjejaskan penguasaan pasaran Proton..
Dalam nota hari ini, firma penyelidikan itu berkata kajian daya maju perlu dilakukan untuk melihat impak keseluruhan bagi mengelak gangguan ke atas ekosistem automotif negara.
KUALA LUMPUR - Kerajaan mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk menurunkan harga kereta memandangkan langkah itu boleh menjejaskan penguasaan pasaran Proton, kata JF Apex Securities.
Dalam nota hari ini, firma penyelidikan itu berkata kajian daya maju perlu dilakukan untuk melihat impak keseluruhan bagi mengelak gangguan ke atas ekosistem automotif negara.
"Kami tidak menjangkakan perubahan dalam tempoh beberapa bulan akan datang, sementara menunggu perkembangan terkini semakan ke atas Dasar Automotif Negara," kata JF Apex.
Kerajaan berjanji menurunkan harga kereta antara 20 peratus dan 30 peratus sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.
JF Apex berkata pasaran kereta terpakai akan teruk terjejas jika harga kereta dikurangkan antara 20 peratus dan 30 peratus menerusi pengurangan duti eksais antara 75 peratus dan 105 peratus, yang menyumbang kepada sebahagian besar harga kereta.
"Pengurangan harga kereta akan mengurangkan insentif untuk menjual kereta terpakai memandangkan nilai kereta terpakai jatuh teruk," katanya.
Pada masa yang sama, kata firma penyelidikan itu motivasi untuk membeli kereta baharu adalah lebih tinggi memandangkan harga yang murah terutama bagi pembeli kali pertama Model Segmen B.
Bagaimanapun, minat tidak akan sama bagi pemilik kereta sedia ada yang mahu menjual kereta lama untuk membiayai kereta baharu.
"Namun impak pasaran kereta terpakai terkawal, memandangkan kerajaan tidak akan membenarkan perubahan drastik dalam sekelip mata kerana ini akan memberi kesan kepada industri automotif secara keseluruhan," kata JF Apex.
JF Apex juga berkata minat pembeli juga akan terarah untuk membeli kereta import dalam jangka panjang jika pengurangan duti eksais dilaksanakan, dengan pengurangan 30 peratus merupakan penjimatan yang besar.
"Atas sebab ini, jika pengurangan 30 peratus dilaksanakan, kami menjangkakan permintaan untuk kereta mewah akan meningkat, yang semestinya memberi manfaat kepada pembuat/pengedar seperti UMW (Lexus) dan DRB-Hicom (Volkswagen, Mercedes Benz).
"Ini akan mengorbankan Proton dan Perodua memandangkan hampir semua komponen kereta berkenaan dipasang dalam negara dan tidak dikenakan duti eksais," katanya. - Bernama
Kesimpulan dari hasil penyelidikan JF Apex ini ialah.. masa yang lebih lama diperlukan untuk menurunkan harga kereta..
Lebih lama itu mungkin empat tahun lagi atau lebih iaitu ketika menghampiri PRU14 nanti..
Selain itu untuk mengelakkan Proton dan Perodua yang dikuasai kroni UMNO/BN terkorban dengan penurunan cukai kereta itu adalah lebih baik rakyat diperah untuk membayar cukai itu..
Ini kerana..'Melayu mudah lupa....' bila tiba PRU14 nanti ramai yang dah lupa manifesto UMNO/BN ini terutama sekali macai-macai UMNO..
Kalau nak mencekik rakyat dengan GST mereka kata kita perlu mencontohi negara maju untuk turut maju.. tapi pasal apa harga kereta ni tak boleh diikut apa yang negara maju amalkan?
Tak cukupkah lagi 27 tahun Proton dilindungi oleh Kerajaan?
Posted by Anak Sungai Derhaka at Tuesday, May 28, 2013
Sila Nyatakan Sumber Artikel Ini: http://pahangdaily.blogspot.com
Posted by Anak Sungai Derhaka at Tuesday, May 28, 2013
Harga Kerata: Nampaknya Rakyat Pasti Tertipu Lagi !
[Kerajaan BN mungkin berhadapan dengan kemarahan rakyat jika janji untuk turunkan harga kereta tidak ditunaikan selepas mereka menang Pilihanraya Umum yang lalu. Selaras dengan motto "Janji Di Tepati" yang dilaung-laungkan menjelang PRU-13 itu, Kerajaan telah berjanji menurunkan harga kereta antara 20 peratus dan 30 peratus. Namun, melihat kepada kenyataan yang dibuat oleh JF Apex Securities bahawa kerajaan mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk menurunkan harga kereta memandangkan langkah itu boleh menjejaskan penguasaan pasaran Proton. Firma penyelidikan itu berkata kajian daya maju perlu dilakukan untuk melihat impak keseluruhan bagi mengelak gangguan ke atas ekosistem automotif negara. "Kami tidak menjangkakan perubahan dalam tempoh beberapa bulan akan datang, sementara menunggu perkembangan terkini semakan ke atas Dasar Automotif Negara," kata JF Apex. Malah, JF Apex juga berkata pasaran kereta terpakai akan teruk terjejas jika harga kereta dikurangkan antara 20 peratus dan 30 peratus menerusi pengurangan duti eksais antara 75 peratus dan 105 peratus, yang menyumbang kepada sebahagian besar harga kereta. Jika ini keadaannya, maka sudah pasti rakyat akan tertipu lagi kali ini. Apapun, nantikan penjelasan yang lebih lanjut dari menteri berkenaan]. #sumberSila Nyatakan Sumber Artikel Ini: http://pahangdaily.blogspot.com
'Pengurangan harga kereta berperingkat hingga 2017'
Kadar pengurangan harga kereta akan dibuat secara berperingkat-peringkat sehingga 2017, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Katanya, bersandarkan manifesto kerajaan yang telah dibuat pada pilihan raya umum lalu, kerajaan berjanji akan mengurangkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun.
"Malah, sejak Oktober tahun lepas, harga 10 model kereta popular di negara ini telah menurun secara purata 7.3 peratus," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu dan agensi-agensi di bawahnya di Kuala Lumpur hari ini.
-Bernama
No comments:
Post a Comment