Pages

Thursday, 23 May 2013

Kongres PKR ke-9 bincang dakwaan penipuan PRU13 & Azmin Ali Sudah Bersuara - *Video

Khamis, 23 Mei 2013
Suara Rakyat Suara Keramat

Kongres PKR ke-9 bincang dakwaan penipuan PRU13
Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic

PETALING JAYA: Dakwaan penipuan dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu akan menjadi topik utama dalam Kongres Nasional Tahunan PKR ke-9 yang bakal berlangsung pada 24 dan 25 Mei ini.

Selepas beberapa siri perhimpunan pembangkang menggunakan tema 'Suara Rakyat Suara Keramat' di seluruh negara, PKR berhasrat untuk membahaskan tentang ketidakpuasan hati terhadap proses pilihan raya umum pada kongres kali ini menggunakan tema yang sama.

Setiausaha Agungnya Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata 16 pembahas akan diberi peluang untuk membincangkan ucapan dasar presiden, usul pilihan raya dan halatuju parti.

"Oleh kerana kita adakan usul pilihan raya, maka pembahas bebas untuk kemukakan hujah sama ada perjalanan PRU, insiden penipuan dalam PRU atau hal persiapan dan prestasi parti dalam pilihan raya," katanya.

"Tema kongres tahun ini adalah 'Suara Rakyat Suara Keramat' yang bertemakan warna hitam," kata beliau dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Saifuddin menambah, PKR akan menimbang untuk membincangkan mengenai permohonan Parti Sosialis Malaysia (PSM), menyertai pakatan pembangkang jika terdapat usul dari pembahas.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali akan merasmikan perasmian serentak Kongres Nasional Tahunan dua Sayap Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) kali ke-9 sepertimana tradisi sebelum ini.

Saifuddin kemudian menjelaskan bahawa kongres itu sepatutnya telah diadakan pada bulan November tahun lalu, namun tumpuan terpaksa diberikan kepada persiapan menghadapi pilihan raya umum yang lalu.

"Dalam perlembagaan parti, penangguhan dibenarkan, tapi ia mesti dilaksanakan sebagai memenuhi keperluan perlembagaan dan ROS ( Pendaftar Pertubuhan)," jelas beliau.

Seramai 2,500 perwakilan, pemerhati dan jemputan khas akan menghadiri kongres berkenaan yang akan mengambil tempat di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Perwakilan terdiri daripada 221 cabang PKR yang berdaftar dengan ROS. Kecuali cabang Igan di Sarawak, belum didaftarkan.

PENANGKAPAN DUA PEMIMPIN PR DAN AKTIVIS DI BAWAH AKTA HASUTAN 1948....AZMIN ALI SUDAH BERSUARA BEB!!!!
Saya mengecam penahanan Tian Chua, Haris Ibrahim, dan Tamrin Ghafar di bawah Akta Hasutan kononnya atas ceramah anti-penipuan pilihan raya baru-baru ini di Kuala Lumpur.

Tindakan keras terbaru oleh pihak polis, seperti yang saya telah beri amaran dan peringatan  pada artikel saya yang lepas, akan kembalinya ke zaman Mahathir apabila tindak balas pertama kepada dakwaan rakyat hak-hak sivil mereka adalah penggunaan kuasa polis. Mereka yang bertanggungjawab untuk penyalahgunaan kuasa kerajaan akhirnya perlu menjawab perkara ini.

Bermula dengan tuduhan yang sama sekali tidak wajar terhadap Nik Nazmi atas kejayaan yang amat membanggakan di Perhimpunan Aman Stadium Kelana Jaya. 

Adam Adli kini telah didakwa dengan hasutan sementara ramai lagi yang ditahan malam tadi untuk menjaga cahaya lilin vigil. 

Dengan Menteri Dalam Negeri baru cuba untuk mengalahkan penjawat sebelumnya untuk dilihat lebih hebat dan kuat, sedangkan  Najib masih berada dalam 'elegan senyap', kita boleh menjangkakan lebih banyak tangkapan dan pendakwaan keatas pemimpin pembangkang dan aktivis hak sivil.

Saya menyeru kepada rakyat untuk tetap teguh dalam usaha mereka memperjuangkan kebebasan dan keadilan. Ia adalah hak perlembagaan kami untuk berhimpun secara aman dan menyuarakan kemarahan dan rasa tidak puas hati kami dengan penipuan demi penipuan. Mereka cuba untuk menakut-nakutkan kita ke alam penyerahan. Kita mesti terus mempertahankan hak-hak dan maruah kita.

AZMIN ALI
Timbalan Presiden 
Parti KeADILan Rakyat

Posted by OMAK KAU!!!! at Thursday, May 23, 2013

No comments:

Post a Comment