Pages

Tuesday, 7 May 2013

Najib PM yang tidak SAH menurut Perlembagaan Persekutuan?

Selasa, 7 Mei 2013
Najib PM yang tidak SAH


by email
Seorang pembaca telah menghantar emel dan membuat dakwaan bahawa Dato Seri Mohd Najib Bin Razak,mengadakan upacara angkat sumpah Jawatan Perdana Menteri dalam masa yang sama belum rasminya disahkan sebagai Anggota Majlis Parlimen kerana beliau belum mengangkat sumpah sebagai Ahli dewan Parlimen!!!!
atau lebih tepatnya beliau belum disahkan sebagai Ahli Dewan Parlimen!

Menurut Perlembagaan Persekutuan dalam Dewan Parlimen,beliau masih belum mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Parlimen,Beliau sepatutnya mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen terlebih dahulu bersama semua ahli Parlimen dari Barisan Nasional,setelah itu,beliau hendaklah dipilih dari kalangan ahli Majlis Parlimen untuk dilantik sebagai Perdaana Menteri.

Walaupun Beliau secara rasminya telah memenangi Pilihanraya Parlimen kawasan Pekan,beliau masih belum disahkan sebagai ahli parlimen kerana belum mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen!.Apa yang boleh dikatakan.Dato Seri Najib seolah-olah "BERSOLAT DAHULU DAN KEMUDIAN MENGAMBIL WUDUK" adakah solat itu SAH?

Menurut perlembagaan Persekutuan seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, anggota Kabinet hanya boleh dipilih daripada mana-mana Majlis Parlimen iaitu Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara. Kebiasaannya, Yang di-Pertuan Agong melantik semua menteri atas nasihat Perdana Menteri. 
NAMUN BEGITU, SEORANG PERDANA MENTERI HENDAKLAH DILANTIK TERLEBIH DAHULU DARI DEWAN RAKYAT
Dalam waktu yang sama,status semua Ahli Parlimen yang secara rasmi telah diumumkan kemenangan semasa PRU13 yang lalu masih dan berkemungkinan berhadapan Petisyen pembatalan kemenangan dengan pelbagai kesalahan mengikut akta kesalahan Pilihanraya,yang memungkinkan kehilangan status kemenangan rasmi tersebut.

Adalah senario yang disebut diatas  tidaklah wajar apabila upacara angkat sumpah Jawatan Perdana Menteri dilakukan secara tergesa-gesa.

Atau boleh kita katakan solat selesai dahulu dan kemudian lakukan niat solat kemudiannya.

UMNO/BN sentiasa mencabuli Perlembagaan Persekutuan.

Posted by Wally Bandits at Tuesday, May 07, 2013

No comments:

Post a Comment