Pages

Friday, 24 May 2013

Orang Cina Jinjang: "Olang jahat dia tak mahu tangkap. Mengapa tangkap budak itu?"

Sabtu, 24 Mei 2013
Sepanjang Himpunan #Bebaskan Adam Adli - (20 - 23 May 2013 ) Hadapan Balai Polis Jinjang
Kenapa Cina sokong Adam Adli?






Andrew Ong
10:30AM Mei 24 2013
Dalam tempoh lapan tahun saya bekerja sebagai seorang wartawan, cuma dua kali sahaja saya perhatikan orang Cina keluar beramai-ramai untuk menyokong aktivis Melayu yang ditahan.

Kes yang pertama berlaku pada tahun 2008 apabila penulis blog politik termasyhur waktu itu, Raja Petra Kamarudin, ditahan bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA) selama sebulan.


Waktu itu, Raja Petra dianggap sebagai "hero" oleh pembaca blognya, yang kebanyakan orang Cina dan India kawasan bandar kerana rencana "pedas" yang ditulis secara eksklusif dalam Bahasa Inggeris.
RPK at Dang Wangi.JPG
Kalau kita lihat gambar-gambar sewaktu dia dibebaskan, memang kebanyakan peminatnya yang berkumpul di mahkamah adalah orang bukan Melayu.

Sebelum dibebaskan, dianjurkan beberapa acara nyalaan lilin untuk menunjukkan sokongan, yang juga kebanyakan menarik peserta bukan Melayu.

Kelmarin pula, senario yang hampir sama berlaku berhampiran balai polis Jinjang, di mana sebuah perhimpunan aman untuk menyokong Adam Adli Abdul Halim berlangsung.

Memang terdapat orang Melayu. Antaranya aktivis lama reformasi, geng Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), geng mahasiswa dan aktivis parti pembangkang.
Mereka faham perjuangan Adam Adli dan datang dari jauh untuk menunjukkan sokongan sampai larut malam.
'Tsunami Cina' di Jinjang
Tetapi bilangan mereka kecil kalau dibandingkan dengan kehadiran beratus-ratus orang Cina yang mewakili kelas berpendapatan rendah sampai kelas yang menggunakan kereta mewah.
Adanya geng gereja Lutheran, ahli Gerakan Demokratik Pelajar dan Belia Malaysia (Dema) dan geng DAP. Tetapi apa yang mengejutkan, pihak yang tidak dijangkakan turut berhimpun demi Adam Adli.

NONEAdanya Ah Soh bersama tiga anak perempuanya yang masih dalam umur persekolahan. Adanya Ah Seng rambut perang membawa motorsikal Suzuki RG.
Auntie bersih
"Adanya ah pek yang memakai singlet putih jenama pagoda. Adanya Ah Siang, seorang pakar penulis aplikasi untuk iPhone dari Shah Alam.

Sampai 11.30 malam, saya berasa letih dan meminta izin bos saya untuk balik rehat. Tetapi Ah Soh, Ah Seng, Ah Pek dan Ah Siang masih hendak berhimpun, bersorak dan menyanyi Negaraku, walaupun sudah tengah malam dan adanya risiko ditahan polis.
NONE
Bagi saya, ini agak pelik. Kalau dibandingkan dengan ketika Raja Petra ditahan, penyokongnya memahami pendiriannya kerana dia sudah menulis rencana sejak beberapa dekad.

Manakala, Adam pula masih dikira orang baru dalam arena aktivis dan pendirian. Ataupun idealismenya kurang menarik perhatian orang ramai kerana dia bukan seorang penulis prolifik seperti Raja Petra.

Kesilapan keutamaan
Tidak lama selepas polis menahan 18 peserta (antaranya, 11 lelaki dan 4 perempuan Cina), saya sempat berborak dengan beberapa orang Cina yang bagi saya, tidak menonjolkan ciri-ciri kaki demonstrasi.

Tiada seorang pun yang tahu tentang latar belakang Adam Adli, ataupun kisah beliau menurunkan bendera perdana menteri di PWTC.
Tetapi, kebanyakan orang yang ditemuramah nampaknya tidak puas hati melihat seorang mahasiswa ditahan kerana hujahnya di sebuah forum, sedangkan pihak berkuasa sepatutnya mengutamakan benda lain yang lebih penting.

"Itu (sebut nama seorang pemimpin BN) dia tak mahu tangkap. Olang jahat dia tak mahu tangkap. Mengapa tangkap budak itu?"

Ini merupakan pandangan yang lazim diluahkan orang yang ditemuramah. Sebaliknya, soal bangsa Adam Adli tidak disentuh langsung.

Jadi kalau mahu menjawab soalan yang dikemukakan sebuah akhbar tempatan, apa lagi Cina yang berkumpul di sekitar balai Jinjang semalam mahu, jawapannya keadilan.

Mereka mahu pihak berkuasa menyempurnakan tugas mereka secara adil dan saksama, bukan membuang masa menutup mulut aktivis muda yang cuba untuk menegakkan sistem pilihan raya yang bersih.

Itu saja Cina mahu?
NONE
Saya juga membuat kesimpulan, orang Cina yang saya nampak semalam juga masih mahu kepimpinan Melayu.

Pada tahun 2008, Raja Petra antara pemimpin yang diagung-agungkan orang Cina kerana hujahnya berlandaskan keadilan.

Sekarang pula orang Cina mengagung-agungkan pemimpin Melayu seperti Anwar Ibrahim, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Khalid Ibrahim, Nizar Jamaluddin, Salahuddin Ayub, Rafizi Ramli dan sebagainya kerana prestasi pencapaian mereka.
Pernahkah para pembaca dengar orang Cina kata dia hendak lihat Lim Kit Siang (kanan), Karpal Singh ataupun Dr Chua Soi Lek sebagai perdana menteri? Tidak.

Ketiga-tiga pemimpin ini tidak begitu fasih bahasa kebangsaan pun. Macam mana pula mereka hendak menggubal undang-undang?

Saya juga berpendapat orang Cina memahami bahawa kebanyakan orang Malaysia adalah orang Islam yang memerlukan pimpinan orang Islam. Ini kerana perlembagaan telah menetapkan Agong sebagai penjaga hal-ehwal Islam dan seorang perdana menteri adalah wakil eksekutif Tuanku.

Saya mengaku, kesimpulan yang saya temukan ini mungkin simplistik sebab ia berdasarkan satu senario yang jarang berlaku dan berdasarkan pendapat segelintir peserta malam kelmarin.

Tetapi saya harap pemerhatian saya semalam dapat membuka lagi ruang perbincangan tentang "Apa lagi Cina mahu" dan adakah semua perbuatan mereka merupakan pecaturan licik bersifat perkauman, seperti didakwa sesetengah pihak.
Setahu saya, Adam Adli bukan Cina dan tidak pernah cuba menghasut orang Cina. Secara umumnya, orang Cina tidak kenal dia pun, lebih-lebih lagi orang Cina Jinjang.
- Mkini

No comments:

Post a Comment