SPNB habiskan RM97 000 wang rakyat untuk bodek Husni Hanazlah
Inilah bahananya apabila BN terus memerintah negara. Baru 10 hari menang tipu, mereka dah jadi pelahap!!
Husni Hanazlah dilantik Menteri Kewangan kedua. Tak pasal-pasal ahli lembaga pengarah, pengurusan SPNB naik sawan menghabiskan RM97 000 wang rakyat hanya kerana ingin menayang muka Husni Hanazlah satu muka surat penuh iklan dalam akhbar The Star dan Utusan Malaysia. Kononnya ucapan tahniah.
Tujuan SPNB -Syarikat Perumahan Negara Berhad ditubuhkan kerajaan untuk membina rumah mampu milik untuk rakyat tetapi senang-senang dibelasah ahli lembaga pengarah dan pengurusan untuk membodek.
Bayaran untuk iklan satu muka surat penuh The Star, akhbar kroni MCA adalah sebanyak RM59 529.60, manakala untuk akhbar kroni UMno, Utusan Malaysia adalah sebanyak RM37 000.
Ahli Parlimen DAP, Tony Pua mempersoalkan kenapa duit pembayar cukai digunakan hanya untuk ucap tahniah dan membodek. Tony juga menggesa sesiapa yang meluluskannya patut dihukum.
Kita sedia maklum, perkara sebegini dalam BN akan senyap begitu sahaja dan lima tahun lagi yang bengap akan memangkah BN lagi!! – Rujuk TMI
Baca Lagi: http://www.ekeleh.com/spnb-habiskan-rm97-000-wang-rakyat-untuk-bodek-husni-hanazlah/#ixzz2TUXFudnu
Follow us: ekeleh.comm on Facebook
No comments:
Post a Comment