Pages

Monday, 20 May 2013

Tak suruh pun, ramai yang telah meninggalkan Malaysia..

Isnin, 20 Mei 2013
Zahid  meminta sesiapa yang senang dengan sistem demokrasi negara lain berpindah sahaja ke negara-negara tersebut dan meninggalkan negara ini...

Isu Zahid Hamidi yang sedang ‘berperang’ dengan pihak pembangkang berhubung dengan isu kenyataan Menteri Dalam Negeri itu semakin hangat. Zahid bersedia menghadapi usul untuk mencela beliau di dalam Parlimen yang dibangkitkan oleh Lim Kit Siang dan beliau tidak takut dengan ‘ugutan’ penasihat DAP itu.  Zahid yang sejak akhir-akhir ini nampaknya menjadi panas baran dengan tuduhan terhadapnya yang datang bertalu-talu.

Zahid yang saya kenali rapat tidaklah seorang yang panas baran. Beliau seorang yang mudah didekati dan sentiasa bergurau jika bertemu rakan-rakan lama seperti saya dan yang lain. Tetapi apabila sampai isu ini beliau nampaknya bertambah panas baran dan tidak diketahui apa yang menyebabkan beliau menjadi begitu. Sememangnya tanggungjawab yang beliau pikul itu bukannya tanggungjawab yang ringan maka Zahid perlulah melebihkan kesabaran beliau apabila menghadapi isu panas seperti ini.

Zahid telah meminta sesiapa yang senang dengan sistem demokrasi negara lain berpindah sahaja ke negara-negara tersebut dan meninggalkan negara ini. Saya sendiri telah menulis dan melahirkan rasa tidak puas hati dengan kenyataan Zahid itu tetapi tulisan saya itu adalah pandangan ikhlas dari seorang rakyat yang mahu merasakan bertanggungjawab terhadap negara kita yang kita punyai bersama-sama ini.

Sesungguhnya tidak payah sesiapa  menyuruh sesiapa untuk meninggalkan negara ini. Tanpa kenyataan Zahid itu timbul pun, sememangnya sudah jutaan rakyat Malaysia yang telah berhijrah ke negara lain untuk kehidupan yang lebih baik. Mereka yang tinggal hanyalah orang seperti saya dan yang lain yang tidak mempunyai pilihan selain dari negara ini. Di mana bumi dipijak di situlah langit saya junjung, seperti kata perbilangan Melayu yang popular itu. Itulah sebabnya saya tidak silu untuk bercakap benar kerana saya mahukan satu-satunya negara yang ada untuk saya tinggal menunggu mati ini.

Lebih-lebih lagi sekarang ini, terlalu ramai rakyat Malaysia sedang berusaha untuk berhijrah dan ini adalah kenyataan dan hakikat sebenarnya yang berlaku. Masing-masing mempunyai sebab masing-masing untuk berhijrah, tetapi di antaranya sememangnya ramai berniat untuk berhijrah kerana tidak senang dengan keadaan yang sedang berlaku di negara ini.

Tetapi ini semua adalah fenomena yang biasa sejak dulu lagi. Kezaliman pimpinan Qing Dynasty, iaitu dynasty yang terakhir dari 26 dynasty negara China, menyebabkan ramai rakyat Cina berhijrah ke merata tempat didunia ini dalam kurun ke-19 dahulu, termasuklah Malaysia (dulu Malaya). Kumpulan yang tertekan dan miskin dari China itu telah berhijrah ke negara lain dan mereka yang berhijrah inilah yang menjadi kaya-raya di negara yang baru mereka diami termasuk di Malaya suatu ketika dahulu.

Saya tidak terkejut dengan perasaan tertekan rakyat Malaysia yang telah berhijrah ke Eropah, Amerika dan Australia dan lain-lain telah mendapatkan kehidupan yang baik di negara baru mereka. Penghijrahan ini sememangnya boleh merubah keadaan kehidupan mereka di negara yang baru mereka diami itu.

Sememangnya semuanya ini memberikan hikmah kepada mereka yang tertekan dan lantas meninggalkan negara ini.

Hijrah ini merupakan satu fenomena yang benar dalam Islam. Muhammad saw sendiri diperintah Tuhan untuk berhijrah ke Medinah dan Muhammad berjaya memajukan Islam di Medinah. Yap Ah Loy menjadi kaya raya setelah berhijrah ke Malaya dahulu dan kumpulan pendatang dari China inilah yang telah memberikan sumbangan kepada pembangunan negara kita ini.

Sekarang kaum Cina diterima sebagai rakyat Malaysia untuk bersama-sama menjaga negara ini dengan baik dan mereka dijamin dan dilindungi oleh perlembagaan negara kita. Kaum Cina sekarang bersama-sama menjaga negara ini dengan bangsa-bangsa lain dan bersama-sama memastikan yang negara ini tidak dicemari oleh kerakusan rasuah dan salah guna kuasa oleh mana-mana pihak.

Tetapi di mana-mana negara di dalam dunia ini ada rakyat tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku di dalam negara mereka. Lantas oleh kerana tidak tahan dengan apa yang berlaku mereka berhijrah termasuk mereka dari negara ini.

Ada beberapa sebab kenapa ramai rakyat kita berhijrah. Ada yang berhijrah itu tidak lagi senang melihat apa yang berlaku dalam negara ini, maka mereka ini membawa kekayaan mereka keluar negara di tempat mereka berhijrah itu. Kekayaan mereka ada yang terhasil dari usaha sendiri dan ada juga dari tindakan rasuah yang tidak ada hadnya seperti yang berlaku di dalam negara ini.

Ada yang berhijrah kerana tidak tahan dengan kehidupan miskin di sini dan bertindak untuk memperbaiki kehidupan dengan bekerja di negara lain dan beransur-ansur membina kehidupan masing-masing di tempat dan negara yang lain.

Berbalik kepada polimik di antara LKS dengan Zahid itu adalah polimik politik semata-mata dan saya menyeru jangan dipanjangkan isu ini kerana kita di bawah ini sudah keletihan dengan permainan politik pemimpin di atas sana. Kita di bawah ini dijadikan mereka ini sebagai alat mereka untuk menongkat langit dan mencapai ‘self-actualization’ masing-masing dalam politik mereka dengan mengetuk semangat dan ‘sensitivity’ rakyat yang ramai ini.

Saya berharap isu Zahid dengan LKS ini dihentikan sahaja. Kita di bawah ini ingin melihat dan membaca isu ini adalah yang membazirkan pemikiran kita di bawah ini. Elok jika Anwar berehat barang sebulan dua untuk menenangkan pemikiran rakyat serta pemikiran beliau sendiri.

Mungkin setelah rakyat dapat berehat sedikit nanti barulah pihak mana-mana untuk kembali ‘berjuang’ untuk mencari apa yang hendak dicapai itu. Apabila rakyat sudah berehat dengan secukupnya mungkin rakyat akan kembali berdiri dan berjuang di belakang Anwar dengan berhimpun siang dan malam serta pagi dan petang
Bak kata anak-anak muda sekarang, ‘berjuang! Jangan tak berjuang!’ atau ‘lawan, jangan tak lawan’. Lepas itu tepuk tangan kuat-kuat.
Posted by Aspan Alias at 17:33
Fikirkan!

Menteri KDN yang masih bersifat kebudak-budakan dan melayani nafsu samsengnya untuk menghalau rakyat dari negara ini bagi mereka yang tidak bersetuju dengan sistem bilangan kerusi berbanding undi popular sedangkan "majoriti rakyat" (51%) sudahpun membuat pilihan memilih Pakatan Rakyat dan "minoriti rakyat"(47%) memilih BN. Apakah majoriti rakyat itu perlu berhijrah? Minoriti nak halau majoriti? Sudah hilang akalkah menteri itu?
Posted By Greenboc/20/5/13



Comments:
Anonymous said...
In a truly democratic state and everyone of us has a respondibility to uphold the constitution based on democratic principles.We can't chase people away for voting the opposition vis a vis everyone in Malaysia has the right to vote. NO ONE CAN CHASED TGN AZIZ OR Hj Hadi to migrate somewhere else..INI NEGARA KITA BAH DAN KAMI UNDI PAKATAN DI SABAH KERANA ITU SATU KEPERCAYAAN DEMOKRASI BAH. JANGAN MARAH PIJAT , RUMAH DI BAKAR..BERFIKIR SEBELUM BERKATA ITULAH ORANG BIJAK DAN JANGAN CAKAP SEMBRONO , NANTI KITA SEMUA YANG RUGI..
20 May 2013 18:35:00 GMT+8

 Anonymous said...
Kebanyakan melayu atau jawa yg jadi menteri Dlm Negeri tidak sedarkan diri. Apatah lagi polis2 melayu senang diperalatkan.

Dulu Syed Hamid tunjuk kuasa dan salah kuasa. Dua orang perempuan pun dia suruh Polis melayu tangkap ISA.

Di UK dimana kita meniru amalam Parlimentary Democracy. Menteri Dlm Negeri tidak tunjuk act kerana Ketua Polis disitu tidak ikut arahan politician. disini Polis tak berapa cerdik. Apa politician suruh buat mereka ikut. Itu sebab Zahid besar kepala. Dia ingat dlm dunia ni tak ada Tuhan ke? Org yng dia aniaya bolih mengadu kat Tuhan. dia ingat semua orang takut dng Polis melayu ni.
20 May 2013 18:54:00 GMT+8

 Unknown said...
Andai kata PAS bergabung dgn Umno dan sebilangan PKR dan DAP juga masuk BN... adakah anwar terkubur ??

Jawapan saya TIDAK...
Walaupun Anwar katakan ditendang keluar dr PKR, Anwar boleh tubuh parti baru dan akan memenangi kawasan2 bandar dan kubu2 kuat PR yang sedia ada...

Rakyat lah penentu halatuju negara ini, bukan parti PAS, DAP dan PKR ataupun UMNO......
Jangan pandang remeh kemampuan pemimpin 2 rakyat...
Golongan mata duitan mungkin ada dalam ketiga2 parti PR dan kalau ingin mereka bole berambus...

Sejarah menunjukkan kesemua orang2 ini kalah teruk lepas keluar dari parti 2 pembangkang...
Call it by any name ABU, Gerakan Anti Samyvellu (GAS), ABCD, anti Mahathir, Reformasi or watever...

Hassan Ali, Ezam, Chandra Muzaffar, Tunku Aziz, Hee Yit Foong, Zaharin dan mungkin orang2 seperti Azmin , Zuraida dan Haron Din mungkin lebih suka nak dapat habuan dari UMNO... tapi kena ingat... Kuasa Rakyat Kuasa Keramat...

Jangan sampai satu hari nanti, kalau masih UMNO tak tumbang, rakyat semakin restless.... dan gerakan bertukar ker fasa lain...
20 May 2013 19:22:00 GMT+8


No comments:

Post a Comment