Lynas Corp cadang tarik balik saman terhadap 'Save Malaysia, Stop Lynas' (SMSL)
Syarikat pengeluar nadir bumi Australia Lynas Corp bercadang menarik balik saman fitnahnya terhadap kumpuan 'Save Malaysia, Stop Lynas' (SMSL).Ketua Pegawai Eksekutifnya Eric Noyrez berkata keputusan itu dibuat setelah melihat tiada nilai untuk meneruskan pertikaian dengan masyarakat tempatan.
"Dalam membuat keputusan secara sedar dan sukarela untuk menggugurkan saman fitnah ini, kami berpendapat kini adalah masa untuk terus bergerak. Kami mahu terus melibatkan masyarakat dan menunjukkan bahawa Lynas baik untuk Malaysia," katanya kepada Bernama.
Noyrez berkata sejak permulaan operasi di Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Kuantan pada November tahun lepas, kadar pelepasan yang diukur di lokasi, secara konsisten telah jauh lebih rendah daripada had yang dinyatakan dalam Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dan Penilaian Kesan Radiologi (RIA).
(JAS) dan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB).
"Ini untuk membuktikan produk dan proses kami adalah selamat untuk orang ramai dan alam sekitar," katanya.
- Bernama
No comments:
Post a Comment